kegiatan perikanan di kuala besut dan kesannya kepada sosioekonomi penduduk ( pembangunan kawasan, ...
DESCRIPTION
Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan. Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan 1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang enggan berkerjasama.Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari kumpulan ikan Selar dan Cincaru.Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484 tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perikaTRANSCRIPT
KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA
SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR
DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU
BAB 1
PENGENALAN
1.1Pengenalan
Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap
aspek ekonomi memang tidak boleh di pertikaikan. Kekayaan sumber akuatik
adalah pemberian alam yang tidak terhingga. Industri perikanan moden
merupakan bidang yang berpotensi besar bagi membantu meningkatkan taraf
hidup golongan penternak dan nelayan di samping mengurangkan
kebergantungan import dari negara luar. Justeru itu, usaha ke arah memajukan
sektor perikanan tidak harus bernoktah selagi tidak mampu mencetuskan
transformasi sektor ini sebagai satu entiti komersial yang maju, moden dan
berdaya saing. Di Malaysia, sektor pengeluaran makanan berasaskan perikanan
kini diberi suntikan nafas baru supaya ia dapat dibangunkan secara terancang di
samping menyediakan peluang kepada golongan sasar yang terdiri daripada
pengusaha berskala komersial atau agro-entrepreneurs mahupun nelayan
tradisional.
1
Peluang ini di terjemahkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
yang menggariskan dasar dan hala tuju strategik baru yang di dokong oleh
program dan projek khusus bagi memartabatkan sektor perikanan khususnya
dan pertanian umumnya sebagai jentera ketiga penjana pertumbuhan ekonomi
negara. Perancangan jangka panjang ini adalah selaras dengan Pelan
Pengeluaran Ikan Negara yang merupakan pendekatan masa depan secara
tersusun dan bersepadu dari segi pengeluaran, kualiti dan keselamatan
makanan, latihan, pemasaran, pemindahan dan penggunaan teknologi,
pembangunan usahawan kecil dan sederhana serta penglibatan sektor swasta.
Sub-sektor perikanan yang terdiri daripada perikanan tangkapan (laut pantai, laut
dalam dan tuna), akuakultur (air tawar dan air payau) dan pemprosesan
perikanan, dilihat mampu menghasilkan sumbangan yang besar dalam
pembangunan sektor perikanan di negara ini.
Walau bagaimanapun, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa
sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu
diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi
dan kesejahteraan sosial rakyat berkekalan. Justeru itu, perancangan ke arah
pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan sumber akuatik yang berkesan
perlu dilakukan dengan berpaksikan. Kod Amalan Untuk Perikanan Yang
Bertanggungjawab (Code Of Conduct For Responsible Fisheries, CCRF) seperti
yang disarankan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations
(FAO). Kod Amalan ini mula diperkenalkan dan diterima secara sebulat suara
2
pada tahun 1995 apabila perikanan dunia tidak mampu lagi menampung
pembangunan dan eksploitasi sumber yang berlaku dengan pantas dan tidak
terkawal. CCRF menyediakan prinsip dan piawaian antarabangsa bagi amalan
bertanggungjawab yang menyentuh aspek-aspek biologi, teknologi, ekonomi,
sosial, persekitaran dan komersial. Ia boleh digunapakai kepada semua sub-
sektor perikanan termasuk pemprosesan serta perdagangan ikan dan produk
perikanan, operasi penangkapan ikan, akuakultur, penyelidikan perikanan dan
integrasi perikanan ke dalam pengurusan kawasan pesisir pantai.
Berikutan dengan pembangunan pesat Negara, pengurusan sumber asli turut
menjadi semakin kompleks dan rumit. Pertambahan penggunaan sumber asli
perlu diimbangi dengan keperluan pada masa akan datang. Seperti sumber-
sumber asli yang lain, sumber perikanan juga turut akan mengalami kepupusan
sekiranya dieksplotasi melebihi kadar kemampuan sumber tersebut untuk
memulih sendiri secara semulajadi. Selain itu, keadaan ini akan turut
membahayakan alam sekitar marin dan ekosistemnya. Ini kerana kerosakan
yang dialaminya tidak akan dapat dipulihkan akibat impak negatif aktiviti
pembangunan di daratan mahupun di pesisiran pantai. Oleh yang demikian,
sistem pengurusan efektif perlu mengambil perhatian akan faktor-faktor tersebut
yang sekaligus akan meliputi kesemua faktor yang boleh memberi kesan
terhadap sumber perikanan laut.
3
Di bawah Dasar Pertanian Negara, ikan merupakan sumber protein penting dan
keperluan ikan negara akan dipenuhi melalui penggunaan kaedah penangkapan
moden dan pembangunan sepenuhnya sumber-sumber perikanan. Dalam usaha
memajukan sektor perikanan, kerajaan tidak terlepas daripada menghadapi
cabaran untuk mengekalkan sumber perikanan laut dalam. Berdasarkan kepada
keperluan dan isu pembangunan dalam sektor ini, pengurusan sumber perikanan
perlulah berkesan bagi memastikan kemampanan sumber perikanan negara
terus terjamin. Ini secara amnya memberikan manfaat yang ketara kepada
negara dan khususnya masyarakat yang terlibat dalam pekerjaan sebagai
nelayan.
Seperti sedia maklum sumber perikanan berlainan daripada sumber-sumber asli
yang lain dan ianya bukanlah hak milik individu. Tanggungjawab menguruskan
sumber perikanan terletak diatas bahu kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan
Perikanan, sama ada di Sabah atau semenanjung Malaysia. Memandangkan
sumber perikanan, sama ada di Sabah mahupun Semenanjung perkara ini
amatlah rumit untuk diurus, maka ia memerlukan satu pendekatan yang
menyeluruh disamping perancangan yang teliti untuk mengekalkan stok ikan
yang ada tanpa mengalami kepupusan seperti yang berlaku di beberapa negara
lain didunia. Perkara ini jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 6 Akta
Perikanan 1985. Dalam usaha untuk menguruskan sumber perikanan secara
berkesan
4
Dalam usaha mnegurus sumber perikanann secara lebih berkesan pihak
kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan dengan mnegambil kira
keadaan sosioekonomi masyarakat nelayan setempat. Ini termasuklah
menetapkan bilangan lesen agi sesuatu jenis peralatan menagkap ikan bagi
sesuatu kawasan pembekuan lesen baru dan mempertingkatkan
penguatkuasaan. Setakat ini usaha-usaha yang dijalankan telah didapati
memberi kesan positif dan memberangsangkan dalam sektor perikanan dengan
penambahbaikan dalam perlagai keperluan yang diperlukan oleh nelayan. Bagi
memperluaskan lagi pengururan perikanan negara, Jabatan Perikanan Malaysia
teleh memperkenalkan program MCS (Monitoring ,Control and Surveillance)
dengan bantuan Kerajaan Canada melaui ‘ Canadian International Development
Agency’ ( CIDA). Dengan terlaksananya program ini akan membolehkan Jabatan
perikanan mengawal sumber perikanan negara dengan lebih berkesan. Program
MCS telah diakui sebagai satu pendekatan yang terbai dalam pengurusan
sumber perikanan yang melibatkan aktivit perikanan dalam sesebuah negara.
Bagi membolehkan penaksiran sumber perikanan dibuat maka beberapa
penyelidikan telah dilakukan dari semaa kesemasa. Ianya boleh dilaksanakan
dengan mempertingkatkan kemampuan penyelidikan itu sendiri. Sebagaimana
yang dinyatakan dalam perlembagaan negara, penyelidikan merupakan
tanggungjawab Kerajaan Pusat sepenuhnya. Menurut peruntukan Konvensyen
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang Laut (UNCLOS), sekiranya
negara dapat mengeksploitasi sumber perikanan di perairan Zon Ekonomi
5
Eksklusif, ia hendaklah membernarkan negara jirannya mengeksploitasi sumber
tersebut. Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia akan merugikan negara.
Tambahan pula di bawah program Kawasan Pembangunan Asean Timur-Brunei,
Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), peluang untuk menerokai bidang
perikanan laut dalam semakin cerah dan terbuka. Dalam keadaan sekaranf ianya
sesuai dilaksanakan menerusi kerjasama di antara pengusaha-pengusaha dari
negara-negara yang terlibat dalam program BIMP-EAGA.
Pengeluran perikanan negara dijangka akan terus meningkat ke tahap
sederhana dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus setahun bagi memenuhi
permintaan pasaran tempatan dan angtarabangsa. Peningkatan ini dijangka
disumbangkan oleh pertambahan pengeluaran perikanan laut dalam dan
akuakultur. Sungguhpun demikian,sektor perikanan di negara ini secara
relatifnya adalah kurang maju jika dibandingkan dengan negara-negara Asean
yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam satu kertas kerja yang
dikeluarkan oleh LKIM pada tahun 1985, menyatakan bahawa Thailand telah
mengusahakan perairan lautnya dengan sepenuhnya dan telah mengadakan
perjanjian yang dibuat secara usaha sama menerusi permit bagi meneroka
sumber ikan negara-negara seperti Australlia, India dan Saudi Arabia. Hasil
pembangunan perikanan yang pesar menjadikan Thailand negara yang ke 9
penting dalam pengeluran ikan. Disamping itu, negara jepun juga sebagai
negara pertama, Korea Selatan yang ke 8, Indonesia yang ke 10, Filipina ke 12
dan Malaysia hanya berada pada tempat ke 24. Secara geografinya kedudukan
6
Malaysia sewajarnya meletaknan negara ini sebagai pengeluar sumber
perikanan setanding dengan negara-negara Asean Maritim yang lain. Hal ini
didapati berlaku disebabkan oleh peneroaan sektor perikanan yang lebih
tertumpu kepada kawasan perairan pantai sahaja dan penerokaan kurang
dilakukan di perairan laut dalam.
Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan dengan
pengistiharan ini keluasan perairan negara telah bertambah dari 47,000 batu
persegi kepada 162,000 batu persegi. Ini secara tidak langsung telah
menyediakan tambahan sumber perikanan negara dan memberi peluang kepada
kita untuk mengeksploitasinya. Sumber ini perlulah ditangani dengan bijaksana
supaya hak yang diterima dapat digunakan sepenuhnya oleh malaysia.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha
bagi memenuhi syarat memiliki sepenuhnya ZEE. Ini dapat dilihat dengan usaha
mengadakan Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 dan Akta Perikanan 1985 yang
bertujuan mengurus dan menerokai sumber-sumber ikan ke tahap yang optimun
tanpa menjejaskan sumber-sumber tersebut. Susulan dari keadaan ini kerajaan
telah sedaya upaya memajukan sektor perikanan negara.
Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 telah memberi tekanan yang khusus
kepada pembangunan industri perikanan. Pihak kerajaan khususnya Jabatan
Perikanan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan galakan seperti
mengadakan kajian sumbe ryang komprehensif pada tahun 1985-1987,
7
menyediakan kemudahan kredit, latihan, insentif dan sebagainya kepada
penduduk. Permintaan ikan negara untuk tujuan makanan menjelang tahun 2010
diaggarkan sebanyak1,579,800 tan metrik, sementara penawaran ikan
dianggarkan sebanyak 1,298,860 tann metrik iaitu 82,2 peratus dari keperluan
negara. Dalam keadaan pengeluran ikan dunia mengalami kemerosotan.
Kemerosotan pendaratan ikan dunia adalah akibat dari 70 peratus daripada
sumber perikanan dunia telah diterokai sepenuhnya.
1.2 Latar belakang kajian
Malaysia merupakan negara yang mengeluarkan hasil pertanian yang aktif di
dunia. Perkembangan sektor pertanian di Malaysia giat dijalankan dengan
pelbagai kemudahan dan perkembangan yang aktif yang dilakukan oleh kerajaan
sepanjang tahun. Kegiatan perikanan merupakan kegiatan yang mendapat
perhatian di dalam negara untuk dimajukan dan dikembangkan sebagai salah
satu sektor yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor penyumbang utama
kepada kemajuaan industri pertanian negara pada masa kini.
Sumber ikan merupakan sumber semulajadi yang boleh berkembang ataupun
berkurang. Manakala nelayan pula bergantung hidup kepada salah satu kegiatan
manusia yang tertua sekali iaitu menangkap ikan sama ada yang dilakukan
secara tradisional atau menggunakan teknologi moden. Pembiakan atau
pengurangan sumber ikan bergantung kepada tindakan manusia dan alam
8
sekitarnya. Perusahaan perikanan mempunyai peranannya dalam ekonomi
Malaysia kerana ia menyumbang ke arah bekalan sumber protein utama rakyat,
sumber pekerjaan, sumber keuntungan kepada pemodal dan membawa masuk
pertukaran wang asing melalui eksport hasil perikanan negara ke luar negara.
Pembangunan kawasan perusahaan perikanan harus mengambil kira ciri-ciri
dasar laut, topografi dan hidrografi yang menentukan metedologi dan teknologi
menangkap ikan. Penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengambil
kira ciri-ciri hidrografi akan membazirkan sumber perikanan serta merosakkan
kawasan pembiakan ikan. Perbezaaan dalam penggunaan alatan menangkap
ikan akan mengakibatkan jumlah pendaratan ikan yang berbeza yang seterusnya
menentukan pendapatan pengusahanya. Selain itu, daripada terdapat konflik di
antara pengusaha dengan pentadbir berpunca daripada penggunaan metodologi
dan teknologi yang tidak sesuai dangan masa dan ruang perairan.
Sistem pemasaran dan segala kemudahannya seperti kilang air batu, bekalan
minyak, pengangkutan serta agensi pemasaran harus cekap sekiranya matlamat
menyingkirkan orang tengah yang menindas kaum nelayan dicapai. Petempatan
nelayan dari segi paburan, saiz, komposisi, corak dan struktur perlu dirancang
serta dilaksanakan secara bersepadu. "Pekan Nelayan" dan "Perusahaan
Perikanan Laut Dalam" di Zon Ekonomi Eksklusif perlu dilaksanakan segera
untuk memastikan nasib dan perencanaan masa depan nelayan yang berhala
tuju dapat di realisasikan. Kod Amalan ini telah diperkemaskan lagi dengan
9
mengambilkira senario perikanan yang berbeza di Asia Tenggara. Southeast
Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) telah memulakan program
Penserantauan Kod Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (Regional
Code Of Conduct For Responsible Fisheries) sejak tahun 1998. Melalui program
ini, SEAFDEC telah menghasilkan empat garis panduan teknikal untuk perikanan
bertanggungjawab di Asia Tenggara yang terdiri daripada:
1) Garis Panduan Serantau untuk Operasi Menangkap Ikan yang
Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fishing Operation)
2) Garis Panduan Serantau untuk Akuakultur yang Bertanggungjawab
di Asia Tenggara (Responsible Aquaculture)
3) Garis Panduan Serantau untuk Pengurusan Perikanan yang
Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fisheries
Management)
4) Garis Panduan Serantau untuk Amalan Lepas Tuai dan
Perdagangan yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara: (Responsible
Post-Harvest Practices and Trade)
10
1.3 Pernyataan masalah
Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga
dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada
penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat
malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing.
Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada
pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi
menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan.
Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan
sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang
berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk
memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada
perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan
ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam
menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan
1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di
bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk
melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan
pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan
11
perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang
enggan berkerjasama.
Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek
pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf
hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada
perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan
setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan
kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan
baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan
akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.
Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk
untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan
pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat
menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih
meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama
seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis
ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan
kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia
dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint
Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut
12
adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari
kumpulan ikan Selar dan Cincaru.
Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada
tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah
rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di
perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan
metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484
tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di
kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.
Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan
pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan
kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang
datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini
akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan
perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan
yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perikanan
terutamanya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor perikanan memberikan pulangan
yang lumayan dalam perkembangan kegiatan pasar tani, namun demikian
13
perkembangan sektor perikanan juga turut memberikan sumbangan dalam
perkembangan infrastruktur di kawasan yang terlibat. Sejauh mana
perkembangan sektor perikanan mempengaruhi perkembangan infrastruktur
akan dapat dilihat melalui kajian dan penyelidikan mengenainya. Hal ini demikian
kerana, sektor pengankutan amat penting dalam memastikan kelancaran
sesuatu sektor terutamanya sektor perikanan disebabkan kecekapan dalam
sektor pengankutan akan dapat memastikan hasil tangkapan dapat dihantar
kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat dan pengguna dapat
menikmati hasil yang masih segar.
1.4 Kepentingan kajian
Kajian ini merupakan satu kajian yang penting dalam mengetahuai
perkembangan sektor perikanan dan perananya kepada penduduk setempat.
Kebanyakan kajian yang telah dilakukan hanyalah berfokus kepada kepentingan
pengeluaran hasil perikanan, hala tuju pemasaran hasil perikanan, industri hiliran
berasaskan sumber perikanan, jenayah maritim serta kurang menekankan kaitan
di antara perkembangan sektor perikanan kepada pembangunan sosioekonomi
penduduk terutama kepada perkembangan kawasan, infrastruktur dan aktiviti
perniagaan yang di jalankan di sekitar kawasan ini hasil daripada perkembangan
sektor perikanan.
14
Kajian ini amat penting dalam mengetahui perkembangan sosioekonomi
penduduk yang berhampiran dengan sumber perikanan di samping mengetahui
perkembangan yang berlaku hasil daripada kemajuan yang dibawa dengan
berkembangnya aktiviti perikanan. Perikanan merupakan satu sektor yang
penting dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Dengan ini, melalui kajian
yang akan dijalankan kita akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
perkembangan sosioekonomi penduduk hasil daripada perkembangan
perusahaan perikanan yang banyak membantu dalam perkembangan kawasan
yang terdapatnya sumber perikanan untuk di majukan.
Kajian ini juga amat berguna sebagai garis panduan untuk mengetahui hala tuju
dan perkembangan kawasan kajian hasil daripada perkembangan sektor
perikanan yang mambawa sinar baru kepada penduduk yang terlibat dengan
kegiatan nelayan terutamanya penduduk di Kuala Besut yang majoritinya
kegiatan utama mereka adalah dalam sektor perikanan. Melalui kajian ini kita
akan dapat menyedari perkembangan sektor perikanan di Kuala Besut turut
membawa perubahan kepada perkembangan sosioekonomi penduduk di Kuala
Besut yang terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan.
1.5 Skop dan batasan kajian
Kajian yang dilakukan ini terhad kepada penduduk di Kuala Besut yang terlibat
dengan kegiatan perikanan. Populasi yang dipilih ialah penduduk Kuala Besut
15
yang mendiami sekitar kawasan ini dan terhad kepada penduduk yang terlibat
dengan kegiatan perikanan sahaja sebagai fokus utama kajian. Penduduk akan
ditanya mengenai perkembangan kegiatan perikanan dan kesannya kepada
sosioekonomi dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual yang
akan dilakukan sendiri oleh pengkaji. Soalan yang akan dikemukan berfokus
kepada perkembangan kegiatan perikanan, perkembangan kawasan serta
kemajuan yang semakin ketara di lihat dikawasan ini hasil daripada
perkembangan kegiatan perikanan yang berlaku. Jawapan yang dipilih melalui
soal selidik akan disemak dan dilakukan pengiraan dan draf awal mengenai
dapatan kajian dan semakan. Dapatan kajian adalah tertakluk kepada populasi
persampelan dan jangka masa kajian yang dilakukan dalam masa yang terhad.
1.6 Matlamat dan objektif kajian
Objektif umum kajian ini ialah mengkaji kesan perkembangan sektor perikanan
kepada pembangunan yang berlaku terhadap sosioekonomi penduduk di Kuala
Besut. Untuk mencapai matlamat ini, pengkaji telah mengariskan beberapa
objektif khusus iaitu:
(i) Mengetahui perkembangan kegiatan perikanan di Kuala Besut.
(ii) Mengetahui kesan kegiatan perikanan kepada perkembangan
infrastruktur di Kuala Besut
(iii) Mengenal pasti masalah dalam meningkatkan perkembangan kegiatan
pembangunan di Kuala Besut
16
(iv) Mencadangkan langkah-langkah dalam meningkatkan sosioekonomi
penduduk.
17
1.7 Kerangka konseptual
Kegiatan perikanan di kuala besut
Kesan kepada sosioekonomi penduduk
Infrastruktur
aktiviti perniagaan
Pembangunan kawasan
sumber perikanan
pembangunan kawasan di kuala
besut
Perniagaan berasaskan sumber
perikanan
Pembangunan jalan raya, pembinaan bangunan baru
Kemudahan penduduk
tempatan dan luar
Pernigaan sendiri dan kerajaan
Aktiviti naik taraf jalan kampung dan bangunan di Besut
Hipotesis kajian
Kesan kegiatan perikanan membawa perubahan kepada sosioekonomi penduduk Kuala
Besut
18
1.8 Organisasi Penulisan Laporan
Organisasi penulisan laporan menceritakan mengenai perkara yang berkaitan
dengan bab-bab yang akan dikemukakan oleh pengkaji dalam menyiapkan
keseluruhan kajian yang dilakukan. Dalam bab pertama meliputi aspek-aspek
latar belakang kajain, pernyataan masalah, skop dan batasan kajian, matlamat
kajain dan objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, teori kerangka
konseptual dan organisais penulisan laporan. Di dalam bab dua pula
merangkumi ulasan-ulasan literatur dan kajian lepas yang melibatkan
pembacaan, penghuraian dan perbincangan secara menyeluruh berkaitan kajian,
laporan dan penulisan ilmiah berkaitan tajuk kajian. Manakala di dalam bab tiga
pula merangkumi penghuraian mengenai metodologi kajian yang merangkumi
lokasi kawasan, keperluan data, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis
data serta sampel dan kaedan persampelan.
Selain itu, dalam bab empat pula melibatkan analisis data dan penemuan. Dalam
bab ini pengkaji akan menganalisis data-data primer dalam bentuk analisis
deskriptif dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan carta. Penyelidik
juga akan menyatakan penemuan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji
dengan mengaitkan data-data sekunder dan ulasan literatur bagi mnegukuhkan
dapatan kajian yang telah ditemui dalam kajian yang telah dilakukan. Manakala
akhir sekali dalam bab lima pengkaji akan mengemukakan cadangan yang
berkaitan dengan kajian dan membuat kesimpulan secara keseluruhan berkaitan
19
dengan penemuan dan kajian yang telah dilakukan. Dengan ini disertakan rajah
organisasi laporan seperti rajah di bawah.
BAB 2
ULASAN LITERATUR
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
BAB 4
ANALISIS DATA DAN PENEMUAN
20
BAB 1
PENGENALAN
BAB 5
CADANGAN DAN KESIMPULAN
2.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian dalam bidang perikanan boleh merangkumi
bidang kajian yang luas dan pelbagai aspek boleh dilakukan kajian
mengenainya. Skop dan kajian yang terperinci perlu dilakukan dalam setiap
aspek untuk mendapat input yang sebenar. Oleh itu, kajian yang dilakukan
dalam bidang ini dilakukan dengan penuh terperinci dan dengan kajian yang teliti
untuk mendapat hasil yang berkualiti
21
BAB 2
ULASAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.1.1 Sejarah Besut
Sejarah kewujudan kuala besut tidak dapat dibuktikan secara jelas, namun
demikian berdasarkan catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke
Kelantan dan buku Tuffatul Nafis karangan raja Ali Haji. Sejarah besut banyak di
perolehi daripada cerita yang menerangkan asal usul besut, salah satu cerita
mengenai nama besut kononya berpunca dari zaman dahulu di mana daerah ini
merupakan salah sebuah kawasan yang berada di bawah pemerintahan
kerajaan siam. Nama Besut dikatakan timbul dari perkataan BE dalam bahasa
Siam bermakna “daerah” manakala “sut” mengambarkan tempat atau kawasan
paling jauh atau penghujung sesuatu kawasan. Ini jelas boleh dipercayai
berdasarkan faktor jarak antara Bangkok yang merupakan pusat pentadbiran
siam dengan Besut amatlah jauh.
Selain itu, terdapat satu lagi cerita mengenai sejarah kewujudan nama Besut,
menurut cerita kononya dahulu kawasan ini diperintah oleh seorang raja yang
digelar Raja Sang Nyanya yang merupakan ketua lanun yang sangat zalim yang
22
menyebabkan tidak ramai orang yang ingin tinggal di kawasan ini. Namun
demikian selepas raja ini meninggal kawasan ini di ambil alih oleh kumpulan
penduduk yang terdiri daripada orang Pangan yang ketua mereka bernama
BESUT, dengan ini dipercayai nama BESUT adalah di ambil daripana nama
ketua Pangan itu. Namun kesemua cerita mengenai sejarah kawasan ini tidak
dapat di buktikan sepenuhnya, ini kerana bukti yang menyentuh mengenai
kewujudan daerah ini amat sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam
Pelayaran Abdullah ke Kelantan dari buku Tuhfatul Nafis karangan Raja Ali Haji
yang mana dalam catatanya ini ada diceritakan mengenai kumpulan pedagang
Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut dengan diketuai.
Dalam catatan ini dicertiakan mengenai sekumpulan pedagang dari pattani
(Selatan Siam yang datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang
bernama Cik Latif. Dipercayai Cik Latif ini berasal dari Sumatera dan telah biasa
berdagang di Pattani. Cik Latif telah menawarkan segantang Mata Kail kepada
orang Pangan dan berjaya menyuruh irang pangan keluar dari daerah ini ke Hulu
Besut. Dengan ini beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah
perkampungan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mengambil
sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang dijadikan pusat
pentadbiran pertama di Kuala Besut sebelum kampung Raja.
Walau bagaimanapun selepas Cik Latiff meninggal dunia dan diganti dengan Cik
Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Besut berada dalam keadaan huru
hara kerana ancaman lanun. Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik
23
Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan
meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan
Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum
Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1
telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu
Tengku Kadir. Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya
mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur
ke Pulau Perhentian. Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan
lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu
untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut
serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.
2.2 Sejarah sektor perikanan
Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan
Perikanan telah di beri tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
dan Ketiga (1976-1980), sebanyak RM 96 juta diperuntukkan kepada Jabatan ini
bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan
Subsidi Nelayan. Sebanyak RM 45 juta diperuntukkan untuk mengadakan
infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, jabatan ini telah memperkenalkan
dasar perlesenan yang lengkap dan seragam bagi membantu pembangunan dan
pengurusan sumber perikanan.
24
Bermula tahun 1981, kerajaan mengistiharkan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang
melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000
batu nautika persegi. Selain itu, Akta perikanan turut diperkenalkan dan
dikuatkuasakan pada januari 1986. Jabatan perikanan turut giat menjalankan
penyelidikan perikanan bagi memantapkan lagi kegiatan perikanan negara.
Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut
dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang.
Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu
Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada
nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, jurumudi, Pembuat
Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan
Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk
membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan
pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan
Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal
tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan
laut dalam telah dilancarkan pada 1 7 September 1987 oleh YA.B. Perdana
Menteri Malaysia bersama dengan Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah
mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi
mempergiatkan aktiviti ini.
25
Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif diperingkat
antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat
Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program
Teluk Bengala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO),
Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak
1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuab Departmen
Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah
ditububkan pada 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun
1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan
sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara;
apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah
menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya
perikanan laut dalam dan akuakultur
2.3 Sumbangan sektor perikanan
2.3.1 Menambahkan pendapatan negara
Sektor perikanan pada tahun 2004 telah menghasilkan 1,537,988 tan metrik
pengeluaran ikan bernilai RM 5,505.9 juta termasuk 456 juta ekor ikan hiasan
yang bernilai RM 106.03 juta. Pengeluaran ikan mencatatkan peningkatan
sebanyak 3.64% dari segi pengeluaran dan sebanyak 6.17% dari segi nilai.
Mengikut sektor, pengeluaran perikanan tangkapan marin menyumbang
26
1,331,645 tan metrik atau 87% daripada pengeluaran ikan negara yang bernilai
RM 4,241.4 juta. Perikanan pantai masih kekal sebagai penyumbang utama
dengan pengeluaran sebanyak 1,060,150 tan metrik atau 69% daripada
keseluruhan pengeluaran ikan negara. Sektor perikanan laut dalam telah
menyumbang 271,495 tan metrik iaitu 17.6% daripada keseluruhan pengeluaran
ikan negara. Sektor akuakultur pula telah mencatatkan pengeluaran sebanyak
202,225 tan metrik, menghasilkan 13.2% daripada jumlah pengeluaran ikan
negara. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.72% jika dibandingkan dengan
pengeluaran pada tahun 2003. Bagaimanapun, pengeluaran daripada sektor ini
menunjukkan kenaikan dari segi nilai pengeluaran sebanyak 7.86% daripada RM
1,172.31 juta pada tahun 2003 kepada RM 1,264.5 juta pada tahun 2004.
2.3.2 Peluang pekerjaan
Kegiatan perikanan di Kuala Besut menyumbang pekerjaan kepada penduduk
yang tinggal di Kuala Besut. Hampir 98% penduduk disini berkerja sebagai
nelayan dan terlibat dalam kegiatan yang berasaskan perikanan. Perkembangan
kegiatan perikanan ini menyumbang kepada penduduk pekerjaan sebagai
nelayan,pembuat bot, industri keropok, membuat pukat dan industri hiliran yang
berasaskan kegiatan perikanan. Selain itu, perkembangan kegiatan ini juga telah
membolehkan penduduk dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik hasil
daripada perkembangan kegiatan perikanan ini yang menyumbang kepada
pendapatan penduduk di sini.
27
2.3.3 Pembangunan kawasan
Perkembangan kegiatan perikanan ini telah banyak membangunkan kawasan di
Kuala Besut. Kegiatan perikanan yang giat dijalankan disini telah membawa
perubahan kepada pembinaan jalan raya yang lebih baik, projek naik taraf jeti
pendaratan ikan, perkembangan kawasan dan pelbagai kemudahan lain yang
ditambah dikawasan ini seperti masjid, stesen bas, stesen kereta sewa dan
kegiatan perniagaan lain.
2.4.2 Taraf hidup penduduk meningkat
Perkembangan kegiatan perikanan ini telah membawa kepada perkembangan
kegiatan susulan seperti perniagaan kecil-kecilan dan perusahaan kecilan seperti
pasar tani dan kegiatan membuat keropok di Kuala Besut. Hasil daripada
perkembangan ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk dan hampir
98% penduduk di sini mempunyai peluang pekerjaan dan dapat menikmati
segala kemudahan yang ada dan menggunakannya. Kadar kemiskinan di
kawasan ini juga adalah pada tahap yang sederhana. Ini jelaslah menunjukkan
walaupun penduduk terlibat dengan kegiatan perikanan, namun taraf hidup
mereka masih pada tahap yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang lebih
baik dan dapat menampung hidup.
28
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Kawasan kajian
Kajian ini dijalankan di Kawasan nelayan di Kuala besut yang merupakan
kawasan perkampungan yang terdiri daripada golongan nelayan. Kajian yang
dijalankan di kawasan ini bertujuan untuk mendapat gambaran sebenar dari
responden yang terdiri daripada nelayan. Kuala Besut di pilih sebagai lokasi
kajian kerana bertepatan dengan tajuk yang diambil dan kawasan ini merupakan
kawasan yang giat dilakukan aktiviti perikanan. Di kawasan ini hampir 98%
penduduk terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan. Pemilihan
kawasan ini adalah amat bertepatan dengan kajian yang akan dilakukan kerana
kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan nelayan, kegiatan pembangunan
perikanan, aktiviti hiliran yang berasaskan perikanan dan aktiviti perniagaan yang
berasaskan sumber perikanan dijalankan di kawasan ini.
Selain itu, lokasi kegiatan perikanan yang dijalankan di kawasan ini juga jelas
memperlihatkan saling kaitan antara sumber perikanan dan pembangunan
penduduk nelayan di kawasan ini. Saling kaitan ini dapat dilihat dimana
perkembangan sektor perikana di Kuala Besut telah membawa banyak
perubahan kepada sosioekonomi penduduk. Hal ini terbukti dimana di Kuala
29
Besut sekarang telah di bangunkan pelbagai kemudahan seperti Bank Pertanian,
Lembaga Kemajuan ikan (LKIM), pejabat pos, pusat pelancongan, jeti
pendaratan ikan, pendalaman muara di kawasan pendaratan, perkembangan
pasar tani, stesen bas, kemudahan infrastrktur dan sosial lain bagi kemudahan
penduduk di Kuala Besut.
Namun demikian, kepelbagaian pembangunan yang dilakukan disebalik kesan
kegiatan perikanan telah menarik pengkajia untuk melihat kesan kegiatan
perikanan kepada sosioekonomi penduduk seperti dalam aspek perkembangan
kegiatan pasar tani, perkembangan infrastruktur dan perkembangan
pembangunan kawasan Kuala Besut. Kajian mengenai perkembangan pasar tani
dilakukan untuk mengetahui setakat mana kegiatan perikanan memberi kesan
kepada kewujudan pasar tani dan bagaimana hasil perikanan yang diperolehi
dipasarkan kepada pengguna. Kajian yang dijalankan mengenai perkembangan
infrastruktur dilakukan untuk mengenai bagaimana perkembangan kegiatan
perikanan memberi kesan positif kepada pembangunan infrastruktur kawasan ini
seperti kegiatan naik taraf jalan raya, pembanguan kemudahan pendaratan ikan,
bangunan dan sebagainya untuk kemudahan penduduk di Kuala Besut.
30
3.1.1 Lokasi
Rajah 3.1: Peta kawasan kajian.
Sumber: http://www.dromoz.com/directory/place/?id=1087
31
Kuala Besut,Terengganu
Daerah besut merupakan salah satu daerah di dalam negeri Terengganu yang
merupakan pntu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri
Kelantan. Daerah ini mempunyai keluasan 123,3678 hektar iaitu kura-kira 9.52
daripada keluasan negeri Terenganu. Daerah Besut mempunyai aggaran
penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu.
Pertumbuhan purata penduduk ialah 2.89% setahun. 93.8% penduduk ialah
berketurunan melayu, dan nisbah lelaki dengan perempuan ialah 101 kepada
114 orang pada tahun 1998 berbanding 84 orang pada tahun 1983 dengan ini
jelas menunjukkan mejoriti penduduk daerah ini menetap di kawasan luar
bandar.
3.1.2 Kedudukan Geografi
Topografi daerah ini adalah landai disebelah utara dan beralun disebelah
selatan. Keadaan fizikal ini telah menjadikan kawasan rendah sebagai lembah di
lembangan Sungai Besut. Sebanyak 35.8 peratus daripada keluasan mempunyai
ketinggian kurang daripada 20 meter. Kawasan berbukit diselatan mempunyai
ketinggian melebihi 200 meter dan di kiri kanan sempadan daerah tersergam
Banjaran Gunung Tebu dan Hutan Simpan Pelagat. Daerah ini diairi oleh Sungai
Besut yang mengalir dari Hulu Besut hingga ke muara Sungai di Kuala Besut
dan Laut China Selatan. Pusat Pentadbiran daerah Besut ialah di Kampung
Raja. Pusat-pusat tumpuan utama ialah Jerteh dan Kuala Besut. Pusat-pusat
kecil daerah pula terdiri daripada Bukit Payong, Pasir Akar, Kg. Renek, Jabi,
Apal dan Tembila. Daerah Besut mempunyai 15 mukim pentadbiran. dan
32
kawasan berhalangan di daerah Besut berjumlah 113,241 hektar termasuk
kawasan hutan, pertanian, perladangan, tapak bina dan saliran. Guna tanah
daerah Besut dipecahkan kepada pertanian 33,089.6 hektar, bangunan 27,761.9
hektar, industri 517.5 hektar, rizab hutan 56,243 hektar, tanah kerajaan
persekutuan 733.5 hektar dan lain-lain kegunaan 204 hektar.
3.1.3 Kawasan pentadbiran
Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Negeri Terengganu: Kuala
Terengganu, kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan
Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru, Setiu dibentuk.
Kini terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Kuala
Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu. Di antara daerah-daerah ini,
33
Hulu Terengganu mempunyai kawasan yang terluas iaitu hampir satu pertiga
daripada keluasan Negeri Terangganu.
3.1.4 Keluasan kawasan di negeri Terengganu
DAERAH KELUASAN (hektar) PERATUS
Besut 123,367.8 9.52
Dungun 273,503.1 21.11
Hulu Terengganu 387,462.6 29.91
Kemaman 253,559.9 19.57
Kuala Terengganu 60,528.1 4.67
Marang 66,654.3 5.15
Setiu 130,436.3 10.07
JUMLAH 1,295,512.1 100.00
Sumber: Majlis Daerah besut 2008
34
3.1.5 Kemudahan yang terdapat di Kuala besut.
Nama Alamat No.Tel Faks
Jabatan Kerja
Raya Besut
21200 Besut,
Terengganu Darul Iman
09-
6956133
09-6956557
Mahkamah
Rendah
Syariah Daerah
Besut
Kampung Raja,
22200 Besut,
Terengganu
09-
6956922
09-6958820
Jabatan
Kebajikan
Masyarakat
Daerah Besut
Tingkat 1,Bangunan Persekutuan
Besut
22200 Besut
Terengganu Darul Iman
09-
6956042
09-6957003
Tenaga
Nasional
Berhad
Pencawang Masuk Utama,
Jalan Kuala Besut,
Kampung Seberang Jerteh,
22000 Jerteh, Terengganu.
09-
6971532
-
Jabatan
Pengangkutan
Cawangan Kecil Besut,
22200 Kota Putra,
09-
6958757
09-6958723
35
Jalan Terengganu
3.2 Keperluan data
Secara amnya, data yang diperlukan dalam kajian yang dilakukan ini
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu data sekunder dan data primer. Data
sekunder diperoleh daripada laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan
yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan agensi yang
terlibat lain. Manakala data primer diperoleh hasil daripada proses soal selidik
yang akan dijalankan di kawasan kajian untuk mendapatan maklumat lanjut
mengenai kajian ini.Data-data yang diperlukan dalam kajian ini meliputi data
pembangunan di Kuala Besut, perangkaan perikanan, data pembangunan
kawasan serta lain-lain data yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan
di kawasan ini.
3.3 Kaedah pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data merupakan kaedah yang penting dalam memastikan
data yang dikumpul mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi menjamin
mutu kajian ini berlaku dengan lancar, pengkaji memilih untuk mendapatkan data
dan mengumpul data dan maklumat penting yang diperlukan daripada sumber
primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang akan digunakan oleh
36
pengkaji ialah dengan mengunakan kaedah temu bual dan soal selidik yang
akan dilakukan di kawasna kajian untuk mendapat bukti dan maklumat yang
diperlukan mengenai kajian yang dijalankan. Soalan-soalan yang akan
dikemukan meliputi pembangunan kawasan, perkembangan kemudahan dan
kegiatan pasar tani yang dijalankan dikawasan ini.
Selain itu, pengkaji juga akan mengemukakan soalan kepada responden seperti
jantina responden, pendapatan, umur, pekerjaan. Pengkaji berpendapat dengan
memilih cara ini untuk melakukan kajian, pengkaji akan dapat mendapatkan
maklumat secara terus dengan penduduk dan dapat mengetahui sendiri
mengenai maklumat yang sepatutnya pengkaji perolehi. Maklumat juga pengkaji
akan perolehi secara terus tanpa melalui pihak lain. Dengan cara ini pengkaji
akan dapat perolehi maklumat secara terperinci dan maklumat yang diperoelhi
oleh pengkaji akan lebih dipercayai kerana pengkaji sendiri yang mendapatkan
maklumat tersebut.
Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan bahan
sekunder. Bahan sekunder merangkumi dokumen-dokumen dan bahan
penerbitan. Dokumen dan bahan penerbitan juga melibatkan pembacaan
pengkaji terhadap bahan seperti jurnal,artikel, keratan akhbar, latihan ilmiah,
kertas seminar, prosiding dan bahan bacaan daripada internet. Selain itu,
pengkaji juga mendapatkan maklumat daripada buletin yang dikeluarkan oleh
37
Kementerian Pertanian, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia dan buku
Perangkaan Perikanan Malaysia.
38
Permasalahan kajian
Pembentukan objektif dan matlamat kajian
Pembentukan kerangka konseptual kajian
Keperluan data yang akan digunakan
Kaedah pengumpulan data
Analisis data
Variasi pemilihan kawasan perikanan
Cadangan dan kesimpulan kajian
Data Primer
Soal selidik
Temu bual
Data sekunder
Jabatan kerajaan yang berkaitan
LKIM Majlis Daerah
Persatuan NelayanLain-lain
39
3.4 Kaedah analisis
Kaedah analisis data merupakan satu aspek penting dalam membuktikan
kesahihan data yang diperolehi supaya boleh dipercayai dan dilakukan kajian
terperinci. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob ( 2005) analisis dalam aspek
sekarang membawa penegertian bahawa seseorang itu melakuka prosedur
statistic terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan
dalam metodologi. Maklumat dan data yang diambil daripada soala selidik yang
dilakukan dari jabatan yang berkenaan akan dikumpulkan dan disemak dengan
teliti supaya data yang diperolehi mempunyai kesahihan yang tinggi. Data
kuantitatif yang didapati daripada soal selidik akan dianalisis melalui kaedah
statistic dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical package For Sosial
Science). Program SPSS merupakan kaedah yang bermutu tinggi dan tepat
dalam menganalisis data. Data-data seperti data kuantitatif dan kualitatif perlu
dikumpulkan untuk diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferens
untuk melihat hubungan antara variable. Data dan maklumat yang diperolehi
akan dilakukan pemerincian dengan memberikan penerangan dengan
menggunakan jadual dan graf bagi memudahkan pemaparan hasil dapatan
kajian yang dilakukan. Pemaparan dalam bentuk ini adalah memudahkan
penyampaian maklumat untuk mudah difahami oleh pembaca.
40
3.5 Sampel kajian
Dalam kajian yang berkaitan dengan kegiatan perikanan Kuala Besut, sample
kajian yang dipilih yang terdiri daripada sebahagian daripada keseluruhan
populasi yang ada. Sampel soal selidik yang dipilih secara rawak terdiri daripada
nelayan di Kuala Besut serta penduduk sekitar yang tinggal di kawasan ini.
Sampel yang digunakan untuk kajian ini ialah 100 orang. Ini bagi memudahkan
pengkaji mendapatkan data daripada sampel yang tidak ramai serta mengatasi
masalah kekangan masa dan kewangan untuk ke lokasi kajian. Kaedah
persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian rawak mudah
yang mengandaikan bahawa setiap pengunjung yang terlibat dalam aktiviti
perikanan mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel.
3.6 Kaedah persampelan
Kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan kebarangkalian. Dengan
cara ini pengkaji memilih teknik persampelan rawak secara berlapis sebagai
terknikyang sesuai dalam menentukan sampel bagi kajian yang dilakukan
terhadap penduduk di Kuala Besut. Melalui kaedah ini pengkaji akan
menjalankan satu langkah iaitu mengambil sampel dengan mengasingkan
dahulu sampel unsur-unsur dalam populasi kepada kumpulan tidak bertindih
yang setiap satunya dinamakan lapisan atau strata. Selepas itu, pengkaji akan
mencabut satu sampel secara rawak mudah daripada tiap-tiap lapisan ini.
41
3.7 Peralatan dan jadual kerja
Keseluruhannya, sesuatu proses penyelidikan yang dilakukan memerlukan data
dan bahan kajian yang khusus untuk melakukan penyelidikan, namun dalam
kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya menggunakan set borang soal
selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
kajian yang dilakukan. Set-set soalan yang digunakan ini digunakan untuk
mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian seperti maklumat
penduduk, jantina dan sebaginya yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
Manakala dalam proses pengumpulan data, kajian ini akan menggunakan
kemudahan komputer dan perisisan SPSS untuk memproses maklumat dan data
yang diperlukan untuk kajian.
Bagi melakukan penyelidikan ini ke kawasan kajian, ianya akan bermula selepas
minggu peperiksaan semester sebelumnya. Selepas peperiksaan akhir
semester, pelajar akan melakukan perbincangan dengan penyelia mengenai
penyelidikan yang akan dijalankan pada semester akan datang dan pengkaji
juga akan menjalankan penyelidika pada cuti semester kerana pada waktu ini
terdapat kelapangan masa yang banyak dan boleh digunakan untuk melakukan
penyelidikan dan kajian ke lokasi. Antara perkara yang akan dilakukan semasa
cuti semester ialah:
42
I. Mengemas kini maklumat, objektif kajian dan metodologi kajian yang akan
dijalankan
II. Membuat ulasan literatur dan mengemaskini maklumat yang sepatutnya
dilakukan
III. Mereka bentuk soalan soal selidik dan fokus yang akan diberikan dalam
set soalan soal selidik
IV. Membuat pra ujian
V. Melakukan proses soal selidik ke lokasi kajian
VI. Mengumpul set-set soalan soal selidik
Selepas cuti semester berakhir, penyelidikan akan dimulakan dengan melakukan
kerja-kerja menganalisis set-set soalan soal selidik, menganalisis data, membuat
laporan, membuat penyemakan laporan, berjumpa penyelaran dan seterusnya
menghantar laporan untuk disemak oleh penyelia.
3.8 Kesimpulan
Dalam bab tiga ini pengkaji akan melakukan beberapa pendekatan yang telah diambil dan
sepatutnya dilaksanakan dalam kajian yang akan dijalankan. Pendekatan ini meliputi
penerangan secara jelas mengenai lokasi kajian dengan memaparkan peta lokasi kajian,
keperluan data dalam melakukan kajian, kaedah pengumpulan data daripada sumber
primer dan sekunder dan penjelasan mengenainya, kaedan analisis data yang akan
43
dilakukan, pembentukan hipotesis kajian serta kaedah persampelan yang akan digunakan
dalam melancarkan proses kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Segala maklumat
dan paparan maklumat yang diberikan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk
memantapkan lagi kajian yang dijalankan oleh pengkaji disamping memudahkan gerak
kerja pengkaji menjalankan penyelidikan mengikut langkah yang sepatutnya dilakukan
dan tidak mengelirukan pengkaji melakukan kajian. Segala maklumat dan penjelasan
yang diberikan oleh pengkaji adalah untuk memudahkan lagi kelancaran kajian yang
akan dilaksanakan oleh pengkaji.
44
Bil Perkara
Cuti
semester
Minggu pembelajaran
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14
1 Mengemas kini maklumat,objektif dan metodologi kajian
2 Merangka soalan soal selidik
3 Pra ujian (pilot servey)
4 Kerja lapangan ( menjalankan soal selidik)
5 Ujian literatur
6 Menganalisis data
7 Menulis draf laporan penyelidikan
8 Pengubahsuaian dan pembetulan
9 Laporan akhir penyelidikan
Jadual kerja penyelidikan
45
46