kefahaman konsep asid dan bes di kalangan … · 2005-04-26 · kerjasama dan bantuan dari...
TRANSCRIPT
KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
NORLIZA BINTI OMAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN PELAJAR-
PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
Saya : NORLIZA BINTI OMAR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO575E, LORONG AMAN, KG SERDANG, P.M DR. MOHD YUSOF BIN 32000 SITIAWAN, HJ. ARSHAD PERAK . Tarikh : 13/11/2004 Tarikh : 13/10/2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeledikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(NAMA PENYELIA)
KEFAHAMAN KONSEP ASID DAN BES DI KALANGAN
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
NORLIZA BINTI OMAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (kimia )”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. MOHD YUSOF BIN HJ ARSHAD
Tarikh : 13/10/2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NORLIZA BINTI OMAR
Tarikh : 13/10/2004
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Suami yang tersayang dan dicintai,
Mohd Nurulhuda bin Mohd Yusof,
budi dan jasamu tidak dapat di nilai,
tidak dapat ku lupakan,
berkat iringan doa, restu dan doronganmu,
menjadi penawar dan semangat
untukku terus berjuang,
Khas untuk,
Bonda dan ayahanda yang dikasihi,
Kau menjadi sumber inspirasiku,
dalam menempuhi liku dan ranjau,
kata perangsang mu ubat paling mujarab
buatku,
akanku semat ianya dalam kalbuku.
Ditujukan untuk,
Abang-abang, kakak dan adik yang dikasihi,
kalian banyak memberikan perangsang,
kata-kata kalian terpahat diingatanku,
melalui liku kehidupan di sini,
akanku ingati sepanjang hayatku.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat dan izinNya
memberikan kekuatan dan kesabaran penulis dalam menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasulullah
S.A.W, keluarga baginda, para-para sahabat, syuhada’, ambia’ serta pejuang
Islam.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia
pembimbing tesis saya, PM. Dr. Mohammad Yusof Arshad di atas segala
nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang membina sepanjang tempoh
perlaksanaan projek ini. Tanpa bimbingan ikhlas beliau, Projek Sarjana
Muda ini tidak akan berhasil.
Jutaan terima kasih serta penghargaan ikhlas ditujukan khas kepada
suami tercinta, Mohd Nurulhuda Mohd Yusof yang telah memberikan
banyak bantuan dan sokongan semasa melaksanakan penyelidikan ini
amatlah dihargai.
Kerjasama dan bantuan dari pengetua, guru kimia, pelajar -pelajar
serta pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Garing, Sekolah
Menengah Kebangsaan Ideal Hight dan Sekolah Menengah Agama Rawang
di daerah Selayang, Selangor amatlah dihargai.
Akhir sekali penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan Laporan
Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar
Tingkatan Empat mengenai konsep asid dan bes. Dalam usaha untuk
mencari jawapan bagi persoalan di atas, seratus orang pelajar Tingkatan
Empat dari daerah Selayang, Selangor telah dipilih untuk menjadi responden.
Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang
mempunyai 5 soalan. Dapatan kajian mendapati pelajar tidak mempunyai
kefahaman yang baik terhadap konsep asid dan bes khususnya pada aras
mikroskopik dan persimbolan. Dapatan dan cadangan ini diharapkan dapat
memberi gambaran yang jelas untuk memperbaiki stategi pengajaran dan
pembelajaran kimia dengan lebih berkesan di dalam kelas.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigated form four student’s
understanding the concepts of acid and base. In our attempt to answer the
above objective, one hundred of form four of several secondary schools
students in Selayang, Selangor have been selected as respondents. The
instrument used in this study is a set of questionnaire that consisted of five
structured questions. The findings showed that some students have poor
understanding and have several misconception about the concepts of acid
and base and they don’t have an ability to visualize the concepts at the
microscopic level. Hopefully these findings could improve the proces of
teaching and learning chemistry in the classroom.
vii
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
viii
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Terminologi 8
BAHAGIAN KEDUA
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 11
2.1 Idea pelajar tentang sains 11
2.2 Pemahaman Konsep Sains 13
2.3 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Kimia 14
2.4 Fahaman Konstruktivisme dengan Pengkonsepan 15
2.5 Masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari 16
asid dan bes.
2.5.1 Kurang pengetahuan dalam konsep 16
pentitratan
2.5.2 Kurang pengetahuan asas dalam 17
konsep mol
2.5.3 Kesilapan dalam pengiraan 18
matematik
2.5.4 Kesilapan dalam langkah- langkah 19
penyelesaian
2.6 Kesilapan dalam terminologi 20
ix
2.7 Kelemahan pelajar dalam 21
menguasai konsep
BAHAGIAN KETIGA
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 22
3.1 Rekabentuk Kajian 23
3.2 Tempat Kajian 23
3.3 Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 24
3.4.1 Kajian Rintis 26
3.4.2 Ujian Sebenar 26
3.5 Prosedur Kajian 26
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 27
BAHAGIAN KEEMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 29
4.1 Perbincangan Kajian 29
4.2 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 30
Asid dan Bes
x
4.3 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai 30
Konsep Pentitratan Asis dan Bes
4.3.1 Analisis soalan 1(a) 30
4.3.2 Analisis soalan 1b(i) 33
4.3.3 Analisis soalan 1b(ii) 36
4.3.4 Analisis soalan 1b(iii) 40
4.3.5 Analisis soalan 1(c) 42
4.3.6 Analisis soalan 1(d) 44
4.3.7 Analisis soalan 1(e) 46
4.3.8 Analisis Soalan 2(a) 49
4.3.9 Analisis Soalan 2(b) 51
4.3.10 Analisis Soalan 2(c) 53
4.3.11 Analisis Soalan 2(d) 56
4.3.12 Analisis Soalan 2(e) 58
4.3.13 Analisis Soalan 3(a) 61
4.3.14 Analisis Soalan 3(b) 63
4.3.15 Analisis Soalan 3(c) 65
4.3.16 Analisis Soalan 3(d) 67
4.3.17 Analisis soalan 4(a) 68
4.3.18 Analisis soalan 4(b) 71
4.3.19 Analisis soalan 4(c ) 74
4.3.20 Analisis soalan 5(a) 76
4.3.21 Analisis soalan 5(b) 79
4.3.22 Analisis soalan 5 (c ) 82
xi
BAHAGIAN KELIMA
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
5.0 Pengenalan 85
5.1 Rumusan Kajian 85
5.2 Implikasi Kepada Pendidikan 87
5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89
5.4 Kesimpulan 89
BAHAGIAN KEENAM BIBLIOGRAFI 90
BAHAGIAN KETUJUH LAMPIRAN A 93
LAMPIRAN B 94
LAMPIRAN C 95
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.3.1 Gambaran imej pelajar terhadap zarah-zarah 31
yang terdapat dalam larutan natrium hidroksida.
4.3.2 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 34
pada keadaan 1 cm3 sebelum proses peneutralan.
4.3.3 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 37
pada keadaan takat peneutralan.
4.3.4 Respon pelajar terhadap gambarajah zarah-zarah 40
pada keadaan 1 cm3 selepas takat peneutralan .
4.3.5 Respon pelajar terhadap hasil yang terbentuk pada 43
takat akhir pentitratan larutan natriun hidroksida dengan
larutan asid sulfurik.
4.3.6 Jadual menunjukkan respon pelajar terhadap persamaan 44
kimia yang lengkap bagi tindak balas larutan natrium
hidroksida dengan larutan asid sulfurik.
4.3.7 Respon pelajar terhadap pengiraan kepekatan asid 47
sulfurik.
4.3.8 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 50
terdapat dalam natrium hidroksida.
xiii
4.3.9 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 52
terdapat dalam air suling.
4.3.10 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 54
terdapat dalam larutan natrium hidroksida.
4.3.11 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 57
lengkap bagi proses pencairan natrium hidroksida.
4.3.12 Respon pelajar terhadap bilangan mol 59
natrium hidroksida.
4.3.13 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 61
terdapat dalam larutan asid hidroklorik.
4.3.14 Respon pelajar terhadap zarah-zarah apabila 63
larutan larutan asid hidroklorik bertindak balas
dengan pita magnesium.
4.3.15 Jadual menunjukkan respon pelajar terhadap hasil yang 66
terbentuk dalam tindak balas larutan asid hidroklorik
dengan pita magnesium.
4.3.16 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 67
lengkap bagi tindak balas larutan asid hidroklorik dengan
pita magnesium.
4.3.17 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 69
terdapat dalam asid etanoik.
xiv
4.3.18 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 72
terdapat dalam asid etanoik.
4.3.19 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang 75
lengkap bagi proses pencairan asid etanoik dengan air.
4.3.20 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 77
terdapat dalam larutan natrium hidroksida..
4.3.21 Respon pelajar terhadap zarah-zarah yang 80
terdapat dalam larutan natrium hidroksida.
4.3.22 Respon pelajar terhadap persamaan kimia yang lengkap 83
bagi proses pencairan asid hidroklorik dengan air.
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 93
B Surat Kebenaran EPRD Daripada 94 Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 95
Daripada Fakulti Pendidikan UTM
xv
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Kimia merupakan salah satu mata pelajaran sains tulen yang diambil oleh
pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah menengah. Pada zaman
moden ini, mata pelajaran kimia adalah satu bidang sains yang hidup dan masih
berkembang pesat. Kursus kimia di sekolah meliputi tiga kajian yang asasi iaitu kajian:
a) mengenai jirim iaitu pemerhatian mengenai sifat dan tindakbalasnya,
b) mengenai konsep iaitu pendapat manusia mengenai bagaimana mentafsir apa yang
diperhatikan dari segi zarah mutlak dan susunannya dan
c) dari segi penggunaannya.
2
Mata pelajaran kimia di sekolah menitikberatkan kajian tentang peninjauan tabii
bahan kimia, kefahaman mengenai konsep dan teori juga dititikberatkan kerana pelajar
memerlukan menerangkan tentang apa yang mereka perhatikan. Fakta dan penerangan
saling mempengaruhi kefahaman pelajar. Konsep asas digunakan untuk sesuatu
menyelesaikan masalah dalam kehidupan dan pelajar boleh menyelesaikan masalah
kimia.
Maka pelajaran kimia di ajar di sekolah menengah membolehkan pelajar
mengetahui konsep yang digunakan oleh ahli kimia untuk menerangkan fenomena yang
diperhatikan, gambaran mengenai atom, ion, struktur dan pengikatan atom dan lain- lain
lagi. Beberapa kajian mengenai cara pelajar mempelajari mata pelajaran kimia (Aziz
Nordin, 1992) dan cara menyelesaikan masalah kimia telah dijalankan (Mohammad
Yusof Arshad dan Aziz Nordin). Dalam kajian tersebut mendapati pelajar-pelajar
sememangnya mengalami masalah dalam mempelajari tajuk-tajuk kimia tertentu dan
juga dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengiraan. Maka kajian perlu
dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman pelajar terhadap beberapa
konsep yang dianggap sukar seperti konsep dalam tajuk asid dan bes.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kajian kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan konsep
konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat
serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1995 ), (Piaget, 1972),
(Pines and West,1986) dan (Wittrock,1974). Konsep yang tidak dapat dijelaskan
dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar menyebabkan mereka gagal
menyelesaikan masalah berkaitan dengn konsep tersebut (Aziz dan Hasnah,1990).
3
Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan, kecerdasan
dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan
sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis
dan memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz Nordin dan
rakan-rakan, 1995). Pelajar memerlukan penerangan, maka konsep dan teori perlu
dipelajari terlebih dahulu.
Malah fakta dan penerangan saling mempengaruhi pelajar sejak dari awal-awal
lagi. Apa sahaja maklumat dan penerangan yang diberikan oleh guru semasa mereka
berada diperingkat bawah lagi dijadikan sebagai pengetahuan asas yang menjelaskan
konsep-konsep tertentu. Pada mulanya, penerangan mungkin mengenai bahan itu
sendiri misalnya ‘penerangan’ mengenai sifat asid ion hidrogen. Dalam hal ini, boleh
diterangkan bahawa melalui pemerhatian didapati selalunya sesuatu bahan itu bersifat
asid bila ia boleh bertindak balas dengan air.
Kimia melibatkan pembelajaran konsep-konsep yang abstrak, bersifat tiga
dimensi dan dinamik. Ia bermaksud pelajar perlu mempelajari sesuatu yang
memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Pelajar perlu membayangkan sesuatu benda
pada aras makro dan mikro. Contohnya pelajar perlu memerhatikan sesuatu bahan
seperti kuprum secara luaran iaitu makro dan dalamannya iaitu mikro yang mana ianya
terdiri daripada atom-atom kuprum yang halus dan diskrit. Kedua-dua kualiti inilah
yang menyebabkan kimia sukar diajar dan dipelajari.
Jonassen (1995) menyatakan bahawa kesukaran dalam mempelajari kimia
mungkin berpunca daripada pelajar sendiri di mana pelajar lemah menguasai sesuatu
konsep sains dan kurang bersedia menghadapi pelajaran, kaedah pengajaran yang sukar
seperti kaedah pengajaran melalui menjalankan eksperimen atau keabstrakan topik
kimia itu sendiri.
4
Driver (1985), mengutarakan ‘kerangka alternatif’ pelajar yang telah sebati
dalam minda pelajar sahaja penghalang kepada kefahaman konsep baru yang pelajar
terima. Beliau mencadangkan bahawa pelajar mesti bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya dengan membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. Implikasinya
pelajar mestilah “aktif”.
Di dalam bidang sains yang luas ini, kimia merupakan satu cabang sains yang
tak kurang kesukarannya untuk difahami kerana kebanyakan konsep kimia adalah
abstrak dan sukar dibayangkan oleh pelajar. Dalam mata pelajaran kimia, terdapat
empat topik yang dikatakan paling sukar untuk difahami iaitu keseimbangan kimia,
tindak balas stoikiometri, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan (Garnett,
1992).
Asid dan bes merupakan tajuk yang sukar dalam kimia. Sebagai seorang guru,
seharusnya mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam matapelajaran kimia supaya
guru dapat memperbaiki segala kelemahan pelajar dan memudahkan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakan pelajar minat dalam mata pelajaran
sains khususnya kimia.
Didapati beberapa sebab yang menyebabkan pelajar lemah dalam memahami
konsep-konsep dalam asid dan bes. Antaranya ialah kurang penguasaan konsep
pentitratan dan mol, lemah matematik dalam menyelesaikan masalah dan sering
melakukan kesilapan dalam pengiraan matematik.
Begitu juga dengan topik asid dan bes, ia juga dianggap sebagai salah satu mata
pelajaran yang sukar difahami diperingkat sekolah menengah
5
(Nakleh & Krajcik, 1993). Beberapa konsep dalam mata pelajaran kimia seperti topik
asid dan bes yang menimbulkan masalah kepada pelajar termasuk konsep asas seperti
takrifan asid dan bes, peranan air dalam pembentukan asid dan bes, konsep peneutralan
dan penggunaan kemahiran matematik.
Matematik merupakan asas penting dalam mempelajari kimia terutama untuk
memahami proses kimia secara kuantitatif. Banyak aktiviti pembelajaran kimia
melibatkan kemahiran matematik contohnya pengiraan kemolaran, mol dan mencari
sesuatu jisim bahan. Maka kebolehan matematik yang baik akan membantu seorang
pelajar berfikir secara pantas, sistematik, logik dan kreatif (Aziz, 1990).
Daripada tinjauan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, di dapati bahawa
beberapa perkara dalam tajuk asid dan bes menimbulkan masalah pembelajaran di
kalangan pelajar iaitu pengiraan kemolaran melibatkan mol serta kefahaman terhadap
konsep pentitratan merupakan antara masalah yang timbul dalam asid dan bes.
1.2 Pernyataan Masalah
Banyak penyelidikan telah dijalankan terhadap pelajar dalam mempelajari
kimia, didapati dalam mempelajari kimia pelajar sering mengalami masalah disebabkan
kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi konsep yang sukar untuk difahami dan
perkaitan konsep yang rumit (Aziz Nordin, 1991). Adalah menjadi pengetahuan umum
bahawa ramai pelajar menganggap kimia sebagai satu mata pelajaran yang susah dan
dengan itu kurang meminatinya (Alias Baba, 1998) dan ini termasuk pentitratan dalam
6
konsep asid dan bes. Dengan itu satu kajian mengeni konsep asid dan bes dijalankan
dan objektif kajian dinyatakan dalam 1.3.
1.3 Objektif kajian
Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji kefahaman pelajar dalam konsep
asid dan bes merangkumi:
a) kefahaman pelajar tentang konsep pentitratan dengan menggunakan konsep zarah,
b) penggunaan kemahiran matematik dalam penyelesaian pengiraan melibatkan konsep
pentitratan,
c) penggunaan kemahiran matematik melibatkan pengiraan kemolaran dan
stoikiometri menggunakan konsep zarah,
7
1.4 Persoalan Kajian
Penyelidik cuba mencari jawapan dalam kajian ini dalam beberapa persoalan
kajian iaitu:
a) Adakah pelajar memahami konsep pentitratan dengan menggunakan konsep zarah?
b) Adakah pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan konsep pentitratan?
c) Bagaimanakah pelajar dapat menyelesaikan masalah pengiraan melibatkan
stoikiometri dengan menggunakan konsep zarah?
d) Bagaimanakah pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan pengiraaan
kemolaran?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru mengenai kefahaman pelajar
dalam topik atau konsep yang dikaji. Guru-guru juga dapat mengetahui fenomena-
fenomena yang mempengaruhi masalah pembelajaran pelajar dalam memahami
beberapa konsep asid dan bes dengan lebih jelas. Sehubungan dengan itu, maka guru
dapat menangani masalah dengan berkesan.