kedudukan wanita dalam pensejarahan melayu tradisional

Upload: maria-walters

Post on 13-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

wanita

TRANSCRIPT

Kedudukan Wanita dalam pensejarahan Melayu Tradisional PENGENALANWanita pada zaman silam mempunyai kedudukan yang rendah seperti wanita di dalam masyarakat arab jahiliyah, hindu- budha serta Kristian sehinggakan mereka ini dianggap sebagai alat permainan bagi kaum lelaki.Kebanyakkan wanita dijadikan sebagai hadiah, dizalimi, dijadikan sebagai tawanan perang , dibunuh dan sebagainya. Contohnya anak perempuan dalam masyarakat jahiliah akan dibunuh secara hidup- hidup keran mereka beranggapan bahawa anak perempuan tidak berguna dan hanya boleh memalukan keluarga . Di India mereka sanggup membunuh bayi perempuan dengan member susu yang beracun kerana mereka beranggapan bahawa anak perempuan merupakan sesuatu yang membebankan dan jug akan memalukan keluarga.Namun begitu , kedatangan Islam sedikit sebanyak telah mengubah status serta kedudukan wanita dalam masyarakat . Walaupun kaum lelaki menjadi ketua keluarga tetapi wanita juga turut mempunyai hak dalam kehidupan serta pelengkap kepada kehidupan lelaki.Persoalan tentang wanita banyak diperkatakan dalam teks teks kesusasteraan MelayuTradisional.Tidak kira dalam bentuk puisi mahupun prosa. Sebagai contohnya, Syair Siti Zubaidah Perang China, Syair Bidasari , Riwayat Kelantan , Hikayat Raja- Raja Pasai , Sulalatus Salatin dan lain- lain lagi. Penceritaan yang terdapat didalam pensejarahan Melayu tradisional ini telah menonjolkan penglibatan kedudukan kaum wanita dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan lain- lain. Sungguhpun mereka tidak terlibat secara langsung tetapi pengaruh mereka sangat memberi kesan yang mendalam keatas sistem pemerintahan serta pentadbiran kerajaan dan juga dalam aspek sosio- budaya.

a) Wanita Sebagai Penerus Waris Atau Generasi Kepada Sesuatu KerajaanDalam Sulalat-us Salatin , kisah tentang wanita bermula apabila Putri Syahrul Bariyah bariwati yang terlalu amat baik parasnya itu didakwa tiada ada berbagai pada masa itu dan cahaya mukanya gilang gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana budinya[1] Puteri ini telah dikhawinkan oleh Nabi Khidir dengan Raja Iskandar Zulkarnain yang berbagsa Rom , yang dikatakan diserahkan Allah Ta ala segala kerajaan dunia ini kepadanya.[2] Melalui perkhawinan tersebut seorang lelaki yang menajdi pemula satu rentetan zuriat raja- raja besar di benua India , Asia Tengah dan Farsi telah lahir.[3] Seterusnya Puteri Cendani Wasis telah lahir daripada keturunan lelaki ini.Puteri ini dikatakan terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang pun[4]dan raja Culan yang menjelajah alam di bawah laut telah berkhawin dengan Puteri Mahtabul Bahri, iaitu anak kepada Raja Fatabul Ard .Hasil daripada perkhawinan mereka ini lahirlah tiga orng putera yang muncul di Bukit Si Guntang Mahamiru, yang didkawa sebagai leluhur Raja- Raja Melayu.[5]Peranan wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini ialah , wanita merupakan penerus warisan atau zuriat yang terbaik sehingga dapat mengwujudkan sebuah sistem politik beraja yang terbaik dan disegani. Wan Sendari pula dilihat sebagai seorang yang mempunyai ketahanan yang luar biasa sehingga dapat mengahadapi daulat Seri Teri Buana yang telah memudaratkan 39 perempuan tempatan yang dikhawini tanpa sebarang syarat sebelumnya.Mudarat kehadiran raja dari luar ini hanya dapat diatasi selepas waadat diadakan ( perjanjian berikrar) .Melalui peristiwa ini jelas bahawa peranan wanita atau kedudukan wanita merupakan sangat penting. Kekuatan unsur kebaikan yang ada pada Wan Sendari, puteri peribumi mampu melawan atau menawarkan tulah bawaan Seri Teri Buana yang berasal dari luar. Hal ini membuktikan bahawa Wan Sendari dapat menundukkan sial , bencana dan bahaya yang datang dari luar. Maka dapat dikatakan bahawa wanita juga dapat membawa kepada keamanan dan kegembiraaan kerana dapat menghapuskan pekara buruk yang dibawa oleh lelaki luar melalui gejala baik yang wujud dalam dirinya.Ketahanan Wan Sendari ini dapat dilihat dalam catatan Sulalat- us- Salatin seperti berikut: Maka Seri Teri Buana pun berkhawinlah dengan tuan puteri anak Demang Lebar Daun itu,Setelah hari malam, maka baginda pun beradulah dengan tuan puteri; setelah hari siang, maka dilihat oleh Seri Teri Buana akan tuan puteri Wan Sendari tiada kedal, maka terlalu suka baginda , maka baginda pun menyuruh memberi tahu Demang Lebar Daun .[Demang Lebar Daun] pun segera datang, maka dilihat Demang Lebar Daun anaknya selamat, suatupun tiada berbahayanya , maka ia pun terlalu sukacita melihat anaknya itu selamat , tiada berbahaya.[6]

b) Wanita Sebagai Ketua NegaraPada kebiasaanya golongan wanita dipandang sebagai golongan yang lemah dan tidak boleh memerintah kerajaan kerana kurang kepandaiaan dan kemampuan , tetapi hakikatnya hal ini adalah tidaka benar apabila terdapat bukti melalui penulisan- penulisan tradisional yang menunjukkan bahawa wanita juga sebagai pemerintah kerajaan yang utama.Sebagai contohnya, dalam karya Bustan Al Salatin menunjukkan Ratu Safiyatuddin yang merupakan Permaisuri Sultan Iskandar Thani yang telah memerintah Acheh. Karya ini juga menyatakan bahawa beliau mempunyai sifat kebijaksanan, keberanian, ketangkasan dalam menjalankan tugasnya sebagai pemerintah selama 35 tahun di Acheh. Di dalam Riwayat Kelantan pula, Che Siti /Paduka Siti merupakan pengasas kerajaan Kelantan atau sebelumnya dikenali sebagai Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayungdengan gelaran Seri Maharani Puteri.Beliau juga pernah sebagai seorang pemimpin semasa di Kuala Lebir , Kuala Sungai Kelantan . Che Siti dilantik menjadi Raja kerana akalnya yang tajam serta bijaksana.Selepas perlantikan tersebut Che Siti telah menjalankan tugas dan tanggungjawab baginda dengan baik.[7] Baginda juga telah mentadbir negeri dengan adil dan saksama dan disukai oleh seluruh rakyatnya.Melalui naskah Riwayat Kelantan ini dapat dilihat bahawa Che Siti sebagai watak wanita yang berperanan penting dan kedudukannya diangkat serta dimartabatkan sebagai pemimpin yang dianggap berjaya pada zaman itu.Selain itu, Seorang lagi wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam naskah Riwayat Kelantan ialah Puteri Saadong .Puteri Saadong telah memerintah negeri Serendah Sekebun Bunga selepas pemerintahan ibu angkatnya , Encik Siti Jarum Tegiling . Puteri Saadong dikatakan sebagai seorang yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dan tidak ada tandingan untuknya. Kecantikannya telah memyebabkan dia menjadi rebutan kepada sekalian anak- anak raja pada waktu itu.Apabila ibunya sedar tentang pekara ini Encik Siti telah mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah yang juga berketurunan Raja Jembal .Puteri Saadong telah dilantik menjadi raja bagi mewarisi taktha kerajaan daripada ibunya. Puteri Saadong juga dikatakan sebagai seorang pemerintah atau raja yang baik.Negeri Serendah Sekebun Bunga yang berada di bawah pentadbirannya digambarkan berada dalam keadaan aman dan tenteram. Mengenai kecekapan dan kebijaksanaan pemerintahan Puteri Saadung digambarkan seperti berikut; Sepeninggalan Encik Siti, memerintahlah Puteri Saadung di Kota Jelasin Negeri Serendah Sekebun Bunga dengan adil dan murah . Dari sehari ke Sehari bertambah ramai sehingga masyurlah negeri Serendah dan keelokan Raja Perempuan hingga ke Benua Siam[8]

Puteri Saadong juga telah menukarkan nama pangillan negerinya dari Serendah Sekebun Bunga kepada negeri Kilatan ( kemudian disebut sebagai Kelantan , sebab pelat lidah sebutan orang- orang tua, dibunyikan dengan bunyi Kelantan).Nama Kilatan ini pda mulanya telah diberikan oleh Raja Abdullah kepada bukit tempat persembunyian mereka semasa mearikan diri dari buruan tentera Siam.[9]Selain itu, dalam Sulalat- us Salatin terdapat kisah tentang Wan Seri Bini . Wan Seri Bini merupakan Raja dan pengasas Kerajan Bintan. Sulalat-us- Salatin telah memulakan hikayat dengan Bintan yang sudah mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh seorang wanita:

Adapun akan Bintan itu[rajanya] perempuan, Wan Seri Bini namanya;pada satu riwayat Permaisuri Sakidar Syah namanya itu ialah , baginda pun raja besar; lagi pada zaman itu ialah yang pergi ke benua Syam. Permaisuri Sakidar Syahlah yang pertama nobat, maka siturut oleh raja- raja yang lain .[10]

Wan Seri Bini merupakan orang yang pertama melaksanakan nobat menunjukkan betapa pentingnya peranan beliau dalam pembentukan upacara dan adat istiadat istana Kerajaan Melayu lama.Semasa pemerintahannya juga Bintan diperlihatkan sebagai sebuah Kerajaan yang dihormati dan menjadi tumpuan dunia sekitarnya.[11] Selain itu , wanita juga telah memerintah di Paatani. Contohnya Raja Hijau telah mula untuk memerintah Patani selepas peristiwa pembunuhan abangnya pada tahun 1584.Semasa pemerintahannya Patani merupakan sebuah kerajaan yang makmur .Raja Hijau juga telah menggalakan aktiviti pertanian dan banyak empangan dan juga terusan telah dibina.Selepas pemerintahan Raja Hijau , Raja Biru, Raja Ungku dan Raja Kuning juga telah memerintah Patani Pekara ini menunjukkan bahawa wanita pada zaman Tradisional ini juga telah menjadi pemerintah bagi sebuah kerajaan yang masyur seperti Patani.[12]

c) Wanita Dalam Bidang Ekonomidalam Sulalat-us Salatin , Wan Empuk dan Wan Malini merupakan dua orang perempuan berhuma di tanah Andalas. Peristiwa ini menunjukkan bahawa terdapat wanita Melayu tradisional yang juga melibatkan diri dalam bidang pertanian.[13]

d) Wanita Sebagai Penentu Waris Taktha Peranan Tun Senaja menjadi penting apabila beliau menjadi penentu sejarah zaman akhir Melaka iaitu setelah Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia , Sultan Mahmud Syah pula baru naik taktha dan masih muda lagi. Seramai sembilan orang pembesar utama telah dikumpulkan untuk tujuannya adalah untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi Bendahara.Peranan Tun Senaja ini dapat dilihat pada masa ini, anak Tun Kudu dan Balu Sultan Alauddin Riayat Syah, yang berada di belakang pintu , mengarah anaknya Sultan Mahmud Syah supaya melantik adiknya, Tun Muzahir , yang pada masa itu yang berada dalam jawatan Temenggung. Menurut Sulalat-us- Salatin kisah ini diceritakan seperti berikut:Maka titah Sultan Mahmud Syah , Siapa daripada anatara Orangkaya sekalian akan jadi Bendahara? Barangsiapa patut?Maka sembah Paduka Tuan , Tuanku ,sekalian yang Sembilan orang ini semuanya patutlah jadi Bendahara . Brangsiapa yang dikehendaki Yang Dipertuan, itulah jadikan Bendahara. Maka[Tun Senaja] bonda Sultan Mahmud Syah menegar dari balik pintu , maka bonda Sultan Mahmud Syah berkata apada anakanda baginda , Tun Muzahirlah jadi Bendahara. Maka titah Sultan Mahmud Syah , Pak Muzahirlah jadi Bendahara . Maka sekalian orang pun kabullah akan Seri Maharaja jdi Bendahara. [14]

Melalui peristiwa ini dapat dilihat bahawa wanita Melayu tradisional pada masa itu mempunyai kedudukan yang penting dalam menetukan waris taktha. Hal ini dapat dilihat apabila Tun Senaja menyuruh anaknya Sultan Mahmud Syah telah menuruti arahan ibunya untuk melantik adiknya Tun Muzahir sebagai Bendahara. Walaupun Tun Muzahir ini tidak layak untuk memgang jawatan tersebut Selain itu, wanita juga dilihat dapat memerintah di sebalik tadbir di dalam zaman yang dikuasai oleh orang lelaki . Ia juga membuktikan kebijaksanaan seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.Selain itu , Tun Fatimah juga dilihat sebagai penentu waris taktha .Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Mahmud berkhawin dengan Tun Fatimah selepas membunuh Bendahara Seri Maharaja mereka tidak hidup dengan bahagia serta ia juga tidak membawa keuntungan kepada negara Melaka.Oleh kerana terlalu sedih dan menyerahkan takthanya kepada anaknya Raja ahmad yang masih mentah. Walaupun Sultan Mahmud menyatakan Tun Fatimah debagai Raja Perempuan, namun Tun Fatimah masih lagi tidak menyukai Sultan Mahmud. Tun Fatimah sudah mengandung sebanyak tiga kali tetapi tiga kali pun beliau menggugurkan kandungannya. Apabila Sultan Mahmud bertanya kepadanya beliau menjawab Apatah kerja Raja beranak dengan beta lagi?Kerana anak Raja yang kerajaan telah ada.Maka Sulatan Mahmud pun telah berjanji dengan Tun Fatimah bahawa jangan dibuang anak kita ini; jika laki- laki ilah kita rajakan.[15] Setelah Raja Ahmad meninggal dunia, Sultan Mahmud telah kembali untuk memerintah semula.Apabil Tun Fatimah melahirkan anak lelai , Raja Ali , atau lebih dikenali sebagai Raja Alauddin, janji kepada Tun Fatimah telah dipercepatkan:Serta baginda [Raja Aalauddin Syah] jadi, peterana tepat Raja Muzzafar Syah duduk itu pun diambil orang . Setelah tujuh hari Sultan [Raja] Aalauddin Syah duduk di luar , dicukur orang, oleh ayahanda baginda; maka permaidani daripada Raja Muzaffar Syah diambil orang, menjadi tinggal tikar hamparan seperti adat orang kebanyakkan . Setelah empat puluh hari di uar, Sultan Aalauddin ditabalkan oleh ayahanda baginda dia atas kerajaan ; maka disuruh sebut Sultan Muda.[16]

Melalui peristiwa tersebut juga dapat ditegaskan bahawa wanita Melayu Tradisional telah memainkan peranan yang penting dalam menentukan waris dalam sesuatu kerajan.

e) Wanita Sebagai Alat Pendamaian Dan Pengerat Hubungan Dalam Politik NegaraMenurut Sulalat - us- Salatin, Radin Galuh Cendera Kirana , Puteri Majapahit telah dikhawinkan dengan Sultan Melaka berperanan memesrakan hubungan Tanah Jawa dengan Tanah Melayu. Selain itu , hubungan kerajaan Melayu yang berpusat di Singapura dengan benua Keling juga dapat dieratkan apabila Raja Singapura yang ketiga berkhawin dengan Puteri Tala Pancadi dari Bija Nagara. Selain itu, Puteri Hang Liu ( Hang Li Po ) juga telah memesrakan hubungan antara Kerajaan China dengan Kerajaan Melayu Melaka melalui perkhawinannya dengan Sultan Mansur Syah.Selepas perkhawinan tersebut juga barulah Sultan Mansur Syah mahu berkirim sembah kepada raja China yang berbunyi, Sahaya anak raja Melaka , empunya sembah pada raja benua China. Hal ini menunjukkan bahawa perkhawinan antara puteri dari China dengan sultan Melaka telah memperkukuhkan hubungan pesaudaraaan dan hubungan diplomatic anatara kedua kerajaan besar iaitu Melayu- China.[17]

f) Wanita Sebagai Hadiah Atau Tawanan PerangDalam Riwayat Kelantan , semasa peperangan antara negeri Melaka dengan Kelantan, Kelantan telah mengalami kekalahan dan 3 orang puterinya telah menjadi tawanan perang salah seorang daripadanya ialah Puteri Onang Kening yang akhirnya berkhawin dengan Sultan Mahmud[18].Selain itu, Dang Bibah dan Dang Bunga menajadi hadiah yang berserta dengan eas urai 7 tahil daripada Sultan Mansur Syah kepada Makhdum Mua kerana berjaya menjawab persoalan yang berkaitan dengan agama daripada baginda tentang syurga dan neraka yang tercatit di dalam kitab Darul Mazlum.[19]

9) Wanita Sebagai Mainan Dan PertikaianWanita juga kadangkala menjadi tenaga yang menghidupkan suasana dan kadangkala menjadi punca pertikaian . Terdapat beberapa peristiwa yang dikisahkan dalam Sulalat-us Salatin yang menunujukkan bahawa waniat kadngkala dijadikan sebagai mainan dan kadangkala wanita juga menjadi punca pertikaian sesama manusia. Pada suatu malam , Sultan Mahmud pergi bermain dengan isteri Tun Biyajit. Setelah tengah malam , baginda pun bergegas mahu pulang tetapi terserempak dengan Tun Biyajit bersama beberapa oarang pengikutnya. Hampir hampir berlaku pertikaman antara para pengiring Sultan dengan Tun Biyajit dan orang- orangnya. Menurut Sulalat - us Slatin perkembangan selanjutnya ialah: oleh Tun Biyajit akan isterinya itu diberinya talaknya syahadan ia pun tiadalah mau mengahadap dan bekerja lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Syah; akan Biyajit itu dibujuknya , dihantar baginda seorang gundik baginda , Tun Iram Sendari namanya , diambilnya oleh Tun Biyajit ; tetapi sungguhpun demikian , tiada juga Tun Biyajit mau ke majlis.[20]

Selain itu , peristiwa pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Sang Rajuna Tapa telah disula di hujung pasar . Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa telah menyebabkan ayahnya membelot dengan membantu Majapahit menakluki Singapura Sultan Iskandar pula telah melarikan diri ke Semenanjung dan akhirnya mengasaskan kerajaan di Melaka.Tindakan Sang Ranjuna Tapa adalah selaras dengan waad Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun di Palembang dahulu . kesal dengan perbuatan Raja terhadap anaknya , Sang Ranjuna Tapa menjadi marah Jikalau sungguh sekalipun anak hamba ada berbuat jahat , bunuh ia saja- saja , mengapatah maka diberi malu demikian itu?Oleh kerana raja melanggar waad .[21] Melalui peristiwa ini jelas menunujukkan bahawa wanita juga boleh menjadi mainan dan punca kepada pertikaian yang boleh mengakibatkan keruntuhan sesebuah kerajaan .

h) Wanita Dalam Bidang PenulisanKebanyakkan karya- karya sejarah Melayu Tradisional telah ditulis atau dihasilkan oleh golongan atasan serta bangsawan yang datangnya dari keluarga pemerintah. Hal ini kerana golongan wanita ini yang mempunyai kepandaiaan serta mempunyai peluang untuk mengaji.Hal ini boleh dilihat daripada waris perempuan daripada Raja Ali Haji yang menlis tentang wanita . Sebagai contohnya ialah cucu Raja Ali Haji iaitu, Hikayat Sayriful Aakthar.

i) Wanita Dikaitkan Dengan Kuasa Puteri Gunung Ledang merupakan wanita yang mempunyai hubungan dengan kuasa, pemerintahan dan negara.Kisahnya bermula apabila Raja Melaka begitu ghairah untuk mengatasi segala raja- raja di dalam dunia inidengan mengahwini puteri ajaib yang dikatakan tinggal di puncak Gunung Ledang. Apabila Sultan Melaka menghantar utusan untuk merisik beberapa syarat telah dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang anatarnya ialah:Jikalau Raja Melaka hendak akan daku , buatkanlah aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang . Akan peminangannya: hati nyamuk, tujuh dulang; hati kuman , tujuh dulang ;air pinang,muda setempayan;air mata setempayan ; darah Raja semangkuk;dan darah anak Raja ,semangkuk.[22]

Akhirnya Sultan Melaka telah kalah kerana walaupun semua sayarat yang lain dapat ditunaikannya, tetapi tiada sampai hati ,syarat menyediakan semangkuk darah anakandanya itu tidak dapat dipenuhinya. [23]Pekara ini menunjukkan bahawa wanita paza zaman Tradisional juga menpunyai kusa atau sakti yang menjadi rebutan pemerintah. Selain itu, daripada peristiwa tersebut boleh juga dikatakan bahawa wanita pada zaman tersebut mempunyai hak ke atas dirinya dan juga hak untuk membuat keputusan dan bijak .Puteri Gunung Ledang telah menolak lamaran Sultan Melaka dengan sopan dan bijak , ini menunjukkan Puteri Gunung Ledang boleh membuat keputusan sendiri untuk menolak lamaran Sultan Melaka dengan mengenakan syarat yang luar biasa.

KESIMPULANBerdasarkan perbincangan di atas , ia jelas menunujukkan peranan dan kedudukan wanita dalam pensejarahan Melayu tradisional adalah sangat penting. Kedudukan dan peranan kaum wanita pada zaman pensejarahan Melayu tradisional dapat dilihat dari pelbagai aspek antaranya ialah wanita sebagai penerus waris atau generasi kepada sesuatu kerajaan,wanita sebagai ketua Negara, wanita dalam bidang ekonomi, wanita sebagai penentu waris taktha, wanita sebagai alat pendamaian dan pengerat hubungan dalam politik negara, wanita sebagai hadiah atau tawanan perang,wanita sebagai mainan dan pertikaian, wanita dalam bidang penulisan dan wanita juga dikaitakn dengan kuasa. Kaum wanita pada masa itu bukan sahaja berperanan dalam hal politik mereka juga turut mempunyai kedudukan yang penting dari aspek ekonomi dan juga sosial. Wanita- wanita dalam pensejarahan Melayu tradisional juga telah memberi banyak impak penting ke atas pekara yang berhubung dengan fenomena politik dan sosio- budaya masyarakat sezaman dengan mereka.

BIBLIOGRAFI1) Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008 .2) Farrish A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving, Tuttle Publishing, 2003.3) Martinus Nijhoff, Hikajat Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968.4) Maziar Mosaffari Falarti, Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society, Rowman & Littlefield, 2012.5) Norhayati Ab. Rahman , Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih, Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009.6) Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor, R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004.7) Patit Paban Mishra, The History of Thailand, ABC- CLIO, 2010 .8) Ruzy Suliza Hashim, Out of the Shadows Women in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2003.9) Siti Hawa Salleh,Malay Literature of the Nineteenth Century, ITBM, 2010 .10) . W.G .Shellabear, Sejarah Melayu : satu pembicaraan kritis dari pelbagai bidang, Heinemann Educational Books Asia, Kuala Lumpur ,1978.

[1]Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 72-73. [2] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 72-73.[3] Ibid[4] Ibid.[5] Ibid.[6]Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 74. ;Maziar Mosaffari Falarti, Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society, Rowman & Littlefield, 2012, hlm 71.;Martinus Nijhoff, Hikajat Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968, hlm 85.[7] Norhayati Ab. Rahman , Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih, Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 266.[8] Norhayati Ab. Rahman , Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih, Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 268.[9] Ibid, hlm 268.[10] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 74.[11] Ibid, hlm 74.[12] Farrish A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving, Tuttle Publishing, 2003, hlm 56.; Patit Paban Mishra, The History of Thailand, ABC- CLIO, 2010, hlm, 57.[13] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa, hlm 73.[14]Ibid, hlm 77. ;Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor, R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004 , hlm 820.[15] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 79-80.[16] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 80.[17] Norhayati Ab. Rahman , Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih, Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 271.; Ruzy Suliza Hashim, Out of the Shadows Women in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2003 , hlm 131.[18] W.G .Shellabear, Sejarah Melayu : satu pembicaraan kritis dari pelbagai bidang, Heinemann Educational Books Asia, Kuala Lumpur ,1978 , hlm103.[19] A.Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus-us Salatin- Sejarah Melayu, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 158.[20] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 84.[21] Ibid, hlm 83.[22] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 81-82.[23] Siti Hawa Salleh,Malay Literature of the Nineteenth Century, ITBM, 2010, hlm 46.