kedudukan mazhab syafie dalam produk kewangan islam semasa

11
KEDUDUKAN MAZHAB SYAFIE DALAM PRODUK KEWANGAN ISLAM SEMASA Oleh: Suhaimi Mohd Yusof dan Ahmad Hazim Alias PENDAHULUAN Urusan muamalat adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dalam mengatur kehidupan umat. Asas-asas Syariah yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah me sandaran utama dalam mentafsirkan kehendak dan keperluan manusia yang sering berubah- ubah dari semasa ke semasa. Dalam konteks meraikan kehendak dan amalan sem berhubung dengan muamalat, Syariah sama sekali tidak menyempitkan keadaan de hanya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ijtihad para ulama diperlukan memperincikan hukum sesuatu perkara yang digambarkan secara umum oleh kedua-dua sumber utama tersebut. Ruang lingkup ijtihad para ulama sudah pastinya berasask sumber utama dengan melihat realiti kehidupanyang lebih praktikal sejajar dengan kehendak Syariah. Bagi menangani isu-isu semasa muamalat, ulama fikah mengambil kira secara serius perk pokok dalam tradisi istinbat al-ahkam (kaedah perumusan hukum) seperti soal halal-har riba,gharar,maslahah, dan maqasid syar`iyyah. Namun begitu, dalam menjalankan tanggungjawab ini, ulama sentiasa mengambil pendekatan seimbang antara aspek dengan amalan dan antara pematuhan prinsip Syariah dengan `urf al-iqtisadiyyah (amala kebiasaan aktiviti ekonomi). Dalam konteks ini, terdapat kaedah fikah yang bermaksud: "Tidak boleh dinafi atau diengkar perubahan sesuatu hukum kerana perubahan masa".

Upload: mrcindai

Post on 21-Jul-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEDUDUKAN MAZHAB SYAFIE KEWANGAN ISLAM SEMASAOleh: Suhaimi Mohd Yusof dan

DALAM

PRODUK

Ahmad

Hazim

Alias

PENDAHULUAN

Urusan muamalat adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dalam mengatur kehidupan umat. Asas-asas Syariah yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi sandaran utama dalam mentafsirkan kehendak dan keperluan manusia yang sering berubahubah dari semasa ke semasa. Dalam konteks meraikan kehendak dan amalan semasa berhubung dengan muamalat, Syariah sama sekali tidak menyempitkan keadaan dengan hanya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ijtihad para ulama diperlukan untuk memperincikan hukum sesuatu perkara yang digambarkan secara umum oleh kedua-dua sumber utama tersebut. Ruang lingkup ijtihad para ulama sudah pastinya berasaskan sumber utama dengan melihat realiti kehidupan yang lebih praktikal sejajar dengan kehendak Syariah.

Bagi menangani isu-isu semasa muamalat, ulama fikah mengambil kira secara serius perkara pokok dalam tradisi istinbat al-ahkam (kaedah perumusan hukum) seperti soal halal-haram, riba, gharar, maslahah, dan maqasid syar`iyyah. Namun begitu, dalam menjalankan tanggungjawab ini, ulama sentiasa mengambil pendekatan seimbang antara aspek teori dengan amalan dan antara pematuhan prinsip Syariah dengan `urf al-iqtisadiyyah (amalan kebiasaan aktiviti ekonomi). Dalam konteks ini, terdapat kaedah fikah yang bermaksud: "Tidak boleh dinafi atau diengkar perubahan sesuatu hukum kerana perubahan masa".

Mustafa al-Zarqa' menegaskan bahawa kaedah ini membawa mesej jelas betapa hukum akan berubah dengan perubahan budaya dan cara hidup manusia. Dalam bidang perniagaan, kaedah perniagaan juga akan terus berubah bersama-sama dengan kemajuan zaman dan tamaddun manusia itu sendiri. Kaedah fikah menyatakan "perkara yang menjadi amalan dalam kalangan peniaga merupakan pengikat antara mereka".

Ibnu al-Qayyim pula menyatakan bahawa kegagalan memberikan respon yang tepat terhadap perubahan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. Sobhi Mahmassani menukilkan kata-kata Ibnu al-Qayyim yang berbunyi: " interpretasi undang-undang sewajarnya berubah dengan perubahan masa, tempat, keadaan, dan adatpengabaian fakta ini mengakibatkan ketidakadilan kepada Syariah dan menyebabkan banyak kesukaran dan kepayahan. Sungguhpun begitu, memang diketahui bahawa Syariah yang mulia lagi memelihara kepentingan tertinggi manusia tidak akan membenarkan natijah sedemikian."

PENDEKATAN DALAM MELAKSANAKAN KONSEP SYARIAH DALAM PRODUK KEWANGAN ISLAM

Konsep Syariah yang dilaksanakan dalam produk industri perbankan kini semakin bertambah dan meluas setelah wujudnya persaingan antara pengamal pasaran peringkat tempatan dengan pengamal pasaran antarabangsa.

Jika sebelum ini banyak produk-produk perbankan Islam menggunakan konsep Syariah yang terhad seperti murabahah, BBA, Inah dan bai al-dayn, kini banyak konsep-konsep

Syariah yang lain yang diguna pakai seperti ijarah, mudharabah, musyarakah, tawarruq dan sebagainya.

Perkembangan ini melihatkan bahawa pengamal perbankan Islam kini semakin bersedia dan memahami keperluan kepada mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan kepada produk-produk kewangan Islam yang patuh Syariah. Selain initiatif pengamal pasaran, para ulama Syariah juga mula menunjukkan kefahaman mereka terhadap struktur-struktur produk yang lebih kompleks dan pelbagai.

Kontrak yang diamalkan dalam kewangan Islam umumnya terbahagi kepada dua jenis kontrak iaitu kontrak yang bersifat "`uqud musamma" dan "uquq mustajiddah". Kontrak yang lahir daripada `uqud musamma lazimnya mudah dilaksanakan kerana segala syaratsyarat yang perlu ada pada kontrak tersebut telah dibahaskan oleh para ulama fikah terdahulu seperti jual beli, ijarah, salam dan sebagainya. Sementara kontrak yang bersifat mustajiddah, maka ia perlu kepada takyif fiqhi yang jelas dan ijtihad secara kolektif agar perlaksanaannya lebih menepati asas-asas Syarak. Lazimnya kontrak yang bersifat mustajiddah lebih banyak diamalkan dalam konteks kewangan semasa seperti murabahah li al-amir bi al-syira', ijarah muntahiyah bi tamlik, musyakah mutanaqisah, qard, mudharabah, wakalah bi istithmar dan sebagainya.

Dalam mempertimbangkan uqud mustajiddah beberapa perkara utama harus diambil kira sepertimana yang ditegaskan oleh Dr Nazih Hamad dan Dr Mohammad Ali al-Qari dalam kertas kerja mereka yang dibentangkan dalam mesyuarat Majmak al-fiqh al-islami.

Mereka menggariskan dhawabit tertentu yang perlu dipatuhi dalam pembentukan apa-apa konsep `uqud mustajiddah.

1. Tujuan melaksanakan kontrak baru tersebut adalah bagi memenuhi keperluan yangmasyru`ah yang diharuskan serta atas dasar maslahah muktabarah

2. Ia hendaklah bebas daripada riba, gharar fahisy, ghisy, tadlis, daripada memakanharta secara batil, tidak memudharatkan salah satu pihak atau mengakibatkan kehilangan hak seseorang.

3. Ia tidak bercanggah dengan nas atau ijmak yang sorih dan jelas 4. Kontrak baru boleh terbina sama ada ia langsung tidak menyerupai mana-manauqud musamma yang sedia ada dalam Syarak atau menyerupai uqud yang sedia ada dalam fiqh tetapi berbeza dari segi syarat. Dalam keadaan di mana syaratnya berbeza, maka pada ketika ini syarat tersebut perlu diteliti dari beberapa sudut:

1.

Jika ia menggugurkan syarat yang dinaskan maka hukumnya haram.

Sebagai contohnya jual beli tertangguh dalam pasaran komoditi di pasaranpasaran komoditi antrabangsa menyerupai jual beli salam, tetapi ia tidak mempunyai syarat penyerahan modal semasa majlis akad, sedangkan penyerahan modal semasa majlis adalah syarat yang dinaskan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

""....

1.

Jika ia menggugurkan syarat yang merupakan ijtihad para ulama

maka hukumnya bergantung kepada:

1.

kewujudan

`illah

syarat

tersebut.

Contohnya

syarat

mudharib mesti seorang muslim diwujudkan kerana terdapat kesangsian bahawa seorang bukan muslim tidak memelihara soal riba dan perkara haram, tetapi dengan wujudnya aktiviti pengawasan kegiatan perniagaan, rekod dan perakaunan, kesangsian tersebut tidak lagi timbul. Oleh itu pengguguran syarat ini tidak menjejaskan kontrak.

2.

`uruf yang berkaitan. Contohnya garam pada masa silam sebagai al-makilat, tetapi pada masa kini ia

dikategorikan

dikategorikan sebagai al-mauzunat.

3.

Persekitaran ekonomi semasa. Contohnya logam-logam lain

seperti besi dan tembaga yang dijadikan sebagai alat perantara pertukaran dikeluarkan dari hukum sarf dan jual beli salam dalam mata wang diharuskan ketika matawang yang digunapakai adalah dinar dan dirham.

1.

Jika syarat yang wujud dalam kontrak baru tidak diketahui dalam

perbahasan fikah yang terdahulu, maka syarat tersebut harus selagi ia mengandungi kemaslahatan pihak-pihak berkontrak dan tidak membatalkan atau menafikan tujuan kontrak ( .( Syarat tersebut dianggap fasid dan menjejaskan kontrak jika ia membawa kepada perkara haram dan menafikan tujuan kontrak.

PERKARA ASAS PEMATUHAN PRODUK KEWANGAN ISLAM

Amalan kewangan Islam melibatkan aktiviti-aktiviti kewangan yang dilakukan berdasarkan falsafah, prinsip dan konsep yang digariskan dalam Syariah. Amalan kewangan Islam semasa dibangunkan dengan meletakkan beberapa asas penting bagi memastikan kepatuhannya kepada hukum Syarak. Asas-asas utama tersebut ialah:

Bebas daripada amalan riba Meminimakan gharar Bebas daripada unsur judi (maysir)

Para ulama secara umumnya sepakat berhubung dengan pengharaman riba. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai pandangan yang berbeza dalam soal kategori atau jenis riba dan `illah pengharaman riba. Para ulama juga pada dasarnya sepakat berhubung dengan keperluan menghindari unsur gharar dalam aktiviti muamalat. Namun begitu, para ulama dalam membahaskan tentang gharar, memberikan definisi gharar yang berbagai. Penghapusan unsur perjudian dalam aktiviti muamalat Islam merupakan perkara yang disepakati oleh semua ulama kerana terdapat dalil yang jelas terhadap pengharamannya.

Riba: Pembahagian dan `Illah Pengharamannya

Riba nasiah

boleh dan

dibahagikan riba jual

kepada beli

riba (riba

buyu`). Riba nasiah melibatkan penambahan nilai akibat penangguhan bayaran hutang

sama ada hutang pinjaman atau hutang jual beli. Para ulama membahagikan riba jual beli kepada dua iaitu riba fadl dan riba nasa' (juga disebutkan sebagai nasiah). Riba nasa' atau nasiah dalam jual beli merujuk kepada penambahan yang berlaku akibat daripada menangguhkan bayaran. Riba fadl pula merujuk kepada tambahan dalam sukatan atau timbangan dalam pertukaran barangan ribawi sama jenis tanpa berlaku penangguhan serahan.

Ulama mazhab Syafie, membahagikan riba kepada tiga iaitu iaitu riba fadl, riba nasiah dan riba yad. Menurut mazhab Syafie, riba dalam pinjaman (riba qard) dianggap termasuk dalam kelompok riba fadl. Riba yad pula merujuk kepada jual beli barangan ribawi yang sama jenis dengan penangguhan penyerahan. Riba yad juga berlaku dalam penangguhan serahan dalam jual beli barangan ribawi yang berlainan jenis. Ulama mazhab selain Syafie seperti mazhab Hanafi merangkumkan apa yang dirujuk sebagai riba yad (oleh mazhab Syafie) ke dalam kelompok riba nasiah.

Selain daripada pembahagian riba, para ulama juga membincangkan tentang `illah riba. Perbahasan ulama-ulama mazhab berhubung `illah riba dapat dirumuskan di dalam jadual berikut:

Mazhab Mazhab Hanafi

Pandangan Tentang `Illah Riba Berpendapat timbangan dan sukatan merupakan `illah riba tetapi menetapkan kadar timbangan atau sukatan tertentu yang dianggap riba. `Illah riba bagi barangan ribawi seperti emas dan perak ialah naqdiyyah (sifat atau fungsi sebagai wang). Bagi barang ribawi daripada kategori makanan ulama mazhab Maliki membezakan `illahnya mengikut jenis sama ada riba nasiah atau riba fadl. `Illah pengharaman riba nasiah ialah mat`umiyyah (fungsi atau sifat sesesuatu sebagai makanan. Bagi riba fadl pula ulama mazhab Maliki mengatakan `illah pengharamannya ialah makanan ruji dan makanan yang boleh disimpan lama.

Mazhab Maliki

Mazhab Syafie Mazhab Hanbali

Membahagikan barangan ribawi kepada dua kategori iaitu naqd (wang) dan barang makanan. Ulama mazhab Syafie berpandangan `illah riba ialah naqdiyyah dan mat`umiyyah. `Illah riba ( riba jual beli) ialah timbangan dan sukatan.

Gharar

Unsur gharar dalam muamalat Islam hendaklah dielakkan berdasarkan kepada beberapa hadis daripada Rasulullah s.a.w antaranya ialah:

: .

Para ulama daripada mazhab yang berlainan telah memberikan definisi gharar yang berbagai. Jadual berikut menunjukkan beberapa definisi ulama terhadap gharar:

Mazhab Hanafi

Al-Sarakhsi Al-Kasani Ibn Abidin

Mazhab Maliki

Imam Malik Al-Qarafi Al-Dusuki Al-Syirazi Al -Syarqawi Imam Syafie Ibn Taymiyyah Ibn Qayyim

Mazhab Syafie

, ' Al-Kasani menyebutkan bahawa Imam Syafie mentakrifkan gharar seperti berikut: 1. 2.

Mazhab Hanbali

Dr. Sidiq Mohammad Dharir membuat kesimpulan bahawa definisi gharar yang dihuraikan oleh al-Sarakhsi, Ibn Taymiyyah dan al-Syarqawi adalah definisi yang menyeluruh kerana ia mencakupi cabang-cabang fikah yang dibahaskan oleh para ulama di bawah perbahasan gharar.

Perbahasan mengenai gharar yang terdapat dalam penulisan-penulisan ulama terdahulu lebih menumpukan kepada gharar dalam jual beli. Para ulama membahaskan bahawa gharar dalam jual beli boleh berlaku dalam beberapa aspek. Al-Baji dan Ibn Rusyd menyatakan gharar dalam muamalat boleh berlaku pada akad, tukaran (`iwadh) dan tempoh. Al-Qarafi membahagikan gharar dalam muamalat kepada tujuh aspek manakala Ibn Juzai pula menyatakan terdapat sepuluh jenis gharar yang ditegah dalam jual beli.

Namun begitu kefahaman yang dapat dinukilkan daripada perbahasan ulama tentang gharar dalam jual beli menjuruskan kesimpulan umum bahawa unsur gharar sangat ditegah dalam muamalah Islam.

PRODUK KEWANGAN ISLAM SEMASA

Produk kewangan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya:

Produk Deposit Produk Pembiayaan Produk Kemudahan Pendiskaunan Bil Instrumen Pasaran Modal

Produk Deposit

Produk deposit secara umumnya merangkumi beberapa jenis deposit seperti deposit simpanan, deposit pelaburan dan deposit akaun semasa. Produk deposit berdasarkan konsep

yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jadual berikut menunjukkan ringkasan struktur bagi produk deposit berdasarkan kontrak atau konsep yang berlainan.

Jenis Deposit

Konsep/ Kontrak

Struktur Produk Pelanggan menempatkan wang di bank dan disimpan oleh bank Bank memberi komitmen untuk menjamin keselamatan wang yang disimpan Bank di atas budi bicaranya memberikan hibah kepada pelanggan pada tempoh tertentu Pelanggan sebagai pemilik modal (rabb mal) menempatkan wang di bank Bank bertindak sebagai pengusaha (mudharib) akan menggunakan wang tersebut untuk menjana pendapatan Keuntungan yang diperolehi dibahagikan berdasarkan nisbah keuntungan yang telah dipersetujui di awal kontrak Sebarang kerugian daripada pelaburan ditanggung oleh pelanggan sebagai rabb mal Bank akan menanggung kerugian jika kerugian disebabkan oleh kecuaian bank selaku mudharib

Wadiah yad dhamanah

Mudharabah

Deposit Simpanan

Wakalah fi alIstithmar

Pelanggan melantik bank sebagai ejen pelaburan Bank akan melaburkan deposit dalam pelaburan patuh Syariah Bank sebagai wakil tidak menjamin sebarang pulangan pelaburan Bank tidak menjamin deposit tersebut kecuali jika pihak bank cuai atau mungkir untuk melakukan tanggungjawab sebagai wakil Bank sebagai wakil bertanggungjawab membuat pelaburan yang memberikan pulangan minimum tertentu yang dipersetujui dalam kontrak wakalah. Walau bagaimanapun, bank tidak menjamin pulangan tersebut. Pelanggan membayar upah nominal kepada bank Bank dengan persetujuan pelanggan dalam kontrak, boleh mengambil sebagai upah insentif, sebarang pulangan pelaburan yang melebihi kadar pulangan minimum