keberkesanan fungsi bandar penawar sebagai bandar
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN FUNGSI BANDAR PENAWAR SEBAGAI BANDAR PERKHIDMATAN PELANCONGAN
NORIAH BINTI HUSSAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*
JUDUL : KEBERKESANAN FUNGSI BANDAR PENAWAR SEBAGAI
BANDAR PERKHIDMATAN PELANCONGAN
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
NORIAH BINTI HUSSAIN
Saya ____________________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ()
Disahkan oleh:
Alamat Tetap: NO 2 JLN DATO JAAFAR 1 PROF. DR. AMRAN HAMZAH 81930 BANDAR PENAWAR, Nama Penyelia JOHOR
Tarikh: 6 SEPTEMBER 2012 Tarikh: 6 SEPTEMBER 2012
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
PENGESAHAN
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca latihan ilmiah ini dan pada pandangan
saya latihan ilmiah ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Sarjana Sains Perancangan Pelancongan”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : PROF.DR. AMRAN BIN HAMZAH
Tarikh : 6 SEPTEMBER 2012
iii
KEBERKESANAN FUNGSI BANDAR PENAWAR SEBAGAI BANDAR
PERKHIDMATAN PELANCONGAN
NORIAH BINTI HUSSAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Sarjana Sains Perancangan Pelancongan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER 2012
iv
PENGAKUAN
“Saya akui tesis yang bertajuk “Keberkesanan Fungsi Bandar Penawar Sebagai Bandar
Perkhidmatan Pelancongan” adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tipa-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………..
Nama : NORIAH BINTI HUSSAIN Tarikh : 6 SEPTEMBER 2012
v
DEDIKASI
Khas untuk suami tercinta, terima kasih kerana memberi dorongan dan kepercayaan serta sentiasa sabar sepanjang tempoh ini…..
dan
Untuk untuk anak-anak tersayang, Muhammad Dzulfadhli, Muhammad Dzulhazmi dan Muhammad Dzulfikri, semoga ini menjadi pembakar semangat untuk kalian terus berusaha untuk mencapai impian masing-masing…
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang, pertama sekali saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia
kajian saya, Prof. Dr. Amran Hamzah kerana telah banyak membantu, memberi tunjuk
ajar, menyumbang idea dan komen sepanjang kajian penyelidikan ini dijalankan. Ribuan
terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menabur ilmu seikhlasnya dan secara
langsung membolehkan kajian ini dijalankan dengan lancar. Semoga semuanya
dirahmati oleh Nya dan sihat sejahtera sentiasa.
Penghargaan juga saya tujukan kepada pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di
atas kerjasama semasa kajian lapangan dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan terutama Wani dan
Hidayah di atas pengorbanan masa dan tenaga ke atas kajian ini.
Semoga usaha ikhlas yang dicurahkan dibalas dengan kesejahteraan hidup oleh ALLAH
S.W.T, Insya ALLAH...
vii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu penilaian terhadap fungsi Bandar Penawar sebagai
Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti
fungsi sebuah bandar perkhidmatan. Untuk mencapai matlamat kajian ini, kajian ini
telah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui pengumpulan data
secara borang kaji selidik terhadap pelancong yang dijalankan di Pantai Tg Balau, Lotus
Desaru Beach Resort, The Pulai Desaru Beach Resort & Spa dan Pusat Informasi
Bandar Penawar. Maklum balas mereka dianalisa menggunakan perisian data
berkomputer (SPSS) untuk mendapatkan nilai min setiap kriteria. Keputusan analisis
menunjukkan kemudahan hiburan, makan minum dan internet perlu ditambahbaik.
Empat kumpulan stakeholders iaitu Pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Pengusaha Hotel, Pengusaha Pengangkutan dan Pengusaha Restoran telah ditemubual
berdasarkan tema persepsi, kesanggupan, keupayaan, hasrat dan kemahuan. Keempat-
empat kumpulan ini berharap supaya Bandar Penawar akan lebih cemerlang dalam
tempoh dua tahun daripada sekarang. Di samping itu, pengkaji juga telah
mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk menjadikan Bandar Penawar sebuah
Bandar Perkhidmatan Pelancongan yang sentiasa dikunjungi iaitu pusat rekreasi dan
makanan laut, pusat pameran dan jualan kraftangan tempatan, agensi pelancongan dan
pemandu pelancong, pentas kebudayaan, dan pusat latihan perhotelan dan kecantikan
antarabangsa. Di harap semua cadangan ini dapat membantu KEJORA untuk
meningkatkan fungsi perkhidmatan pelancongan di Bandar Penawar.
viii
ABSTRACT
This study is about an evaluation of the function Bandar Penawar as the tourism service town. The aim of this study is to identify the function of the service town. In order to achieve the aim of this study, qualitative and quantitative approach has been used. The researcher has carried out questionnaires to the tourist at Tg Balau Beach, Lotus Desaru Beach Resort, Pulai Desaru Beach Resort & Spa and Bandar Penawar Information Center. Four safety attributes were tested to tourists in order to identify their expectation and perception toward the effectiveness of the facilities provided. Their feedback has been analyzed in Statistical Packages for Social Science (SPSS) to know the mean of each attributes. The result showed that entertainment facilities, food and internet services were the important factors to the tourists. Apart from that, four groups of stakeholders, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) management team, Hotel and Resort Owners, Transport Operators, and Restaurant Owners were interviewed based on the theme of perception, willingness, ability, desire and will. On overall, each and everyone is looking forward for a better improvement in tourist flow to Bandar Penawar as a result of surrounding mega developments. In addition, the researcher has also proposed several recommendations to improve the service in Bandar Penawar such as Exotic Seafood Center, Local Craft Center, Travel Agents and Tour Guides, Cultural Village and International Hospitality and Beauty College. Hopefully, these recommendations will help KEJORA to improve the function of Bandar Penawar as a tourism service town.
ix
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN i
PENGESAHAN ii TAJUK KAJIAN iii PENGAKUAN iv
DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii SENARAI KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH xvi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2. Kenyataan Isu Dan Masalah 2 1.3 Matlamat Dan Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4
x
1.5 Skop Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Kaedah dan Instrumen Kajian 6 1.7.1 Pemerhatian 6
1.7.2 Temubual 7
1.8 Rangka Kerja Penyelidikan 8
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12 2.2 Bandar Perkhidmatan 13 2.2.1 Bandar 13 2.2.2 Persempadanan Bandar Baru (Frontier New Town) 15
2.2.3 Kemudahan Perkhidmatan (Infrastruktur) 16 2.2.4 Jenis Bandar Pelancongan 17
2.3 Perkaitan Bandar Perkhidmatan dengan Pelancongan 18 2.4 Perlakuan Pelancong 19 2.5 Komponen Kemudahan Perkhidmatan dan Infrastruktur 21 Pelancongan 2.6 Kajian Kes Bandar Perkhidmatan Pelancongan 23 2.6.1 Cancun Island, Mexico 23
2.6.2 Hua Hin, Thailand 25
2.6.3 Cornwall Council, United Kingdom 26
2.6.4 Tuaran, Sabah 26
2.7 Perbandingan Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 27 Dengan Kawasan Kajian
xi
2.8 Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 29 2.9 Rumusan 31
BAB 3:
METODOLOGI
3.1 Pengenalan 32 3.2 Metodologi 33 3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian 36 3.3.1 Lokasi Kawasan Kajian 36
3.3.2 Pihak Berkuasa Tempatan 38
3.3.3 Pembangunan Kemudahan dan Infrastruktur 38
3.4 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian 39 3.5 Rekod Ketibaan Pelancong 40 3.6 Pembangunan di Bandar Penawar 41
3.6.1 Pembangunan Semasa 42 3.6.2 Pembangunan di Sekitar Bandar Penawar 42
3.6.3 Pembangunan Akan Datang 44
3.7 Rumusan 48
xii
BAB 4
ANALISIS DAN SINTESIS 4.1 Pengenalan 49
4.2 Sampel Saiz Kajian 51 4.3 Analisis Responden 51 4.3.1 Profil Pelancong 52 4.3.2 Perlakuan Pelancong 54
4.3.3 Persepsi Umum 55 4.4 Analisis Persepsi Pelancong 57 4.4.1 Kemudahan Penginapan 57 4.4.2 Kemudahan Makanan dan Minuman 58 4.4.3 Kemudahan Hiburan 59 4.4.4 Kemudahan Internet 60 4.4.5 Kemudahan Perbankan 60 4.4.6 Kemudahan Informasi 61 4.4.7 Kemudahan Pengangkutan 62 4.4.8 Kemudahan Keselamatan 63 4.5 Analisis Temubual 64 4.5.1 Analisis Persepsi Stakeholders 65 4.5.2 Analisis Keupayaan Sumber Manusia 67
4.5.3 Analisis Kesanggupan Komuniti 69
xiii
4.5.4 Analisis Hasrat Dan Kemahuan Terhadap Bandar Penawar 69
4.5.5 Analisis Halangan dan Kelemahan Bandar Penawar 70
4.6 Analisa SWOT 70 4.7 Rumusan 72 4.8 Kesimpulan 72 4.8.1 Kemudahan Pengangkutan 72
4.8.2 Kemudahan Makanan 73
4.8.3 Modal Insan 73
4.8.4 Kemudahan Sokongan 73
BAB 5
CADANGAN 5.1 Pengenalan 75 5.2 Cadangan Meningkatkan Fungsi Bandar Penawar Sebagai 75
Bandar Perkhidmatan Pelancongan
5.2.1 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Pengangkutan 76
5.2.2 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan 76
5.2.3 Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan 78
5.2.4 Cadangan Memantapkan Kemudahan Sokongan 80
5.3 Rumusan 83
xiv
BAB 6
PENUTUP
Penutup 84
SENARAI RUJUKAN Rujukan 85
SENARAI JADUAL Jadual 1.1 : Set Soalan Temubual Separa Berstruktur 7
Jadual 2.1 : Perincian Hierarki Bandar . 14
Jadual 2.2 : Jenis-jenis Bandar dan Fungsinya 19
Jadual 2.3 : Faktor-faktor Yang Akan Dipertimbangkan Semasa 20
Memilih Destinasi pelancongan Oleh Pelancong Eropah.
xv
Jadual 2.4 : 10 Aspek Terpenting bagi Kemudahan Perkhidmatan di 21
Sesebuah Destinasi pelancongan
Jadual 2.5: Elemen-elemen Infrastruktur Pelancongan 22
Jadual 2.6: Kumpulan Perkhidmatan Utama di dalam Sesebuah 23
Bandar Perkhidmatan Pelancongan
Jadual 2.7: Perbandingan Komponen Kemudahan Perkhidmatan 27
Pelancongan
Jadual 3.1: Butiran Responden di Kawasan Kajian 34
Jadual 3.2: Rekod Ketibaan Pelancong Berdasarkan Statistik 41
Imigresen dan Hotel ke Desaru
Jadual 3.3: Rekod Kadar Purata Peratusan Penginapan 41
Jadual 4.1 : Aspek-Aspek Analisis Fungsi Bandar Penawar 50
Jadual 4.2: Sampel Saiz Responden 51
Jadual 4.3: Min Kemudahan Penginapan 57
Jadual 4.4: Min Kemudahan Makanan dan Minuman 58
Jadual 4.5: Min Kemudahan Hiburan 59
Jadual 4.6: Min Kemudahan Internet 60
Jadual 4.7: Min Kemudahan Perbankan 61
Jadual 4.8: Min Kemudahan Informasi 62
Jadual 4.9: Min Kemudahan Pengangkutan 63
Jadual 4.10: Min Kemudahan Keselamatan 64
Jadual 4.11: Butiran Pihak yang Ditemubual 65 Jadual 4.12: Analisa SWOT Bandar Penawar 71
Jadual 5.1 : Perincian Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan 77
Makanan
Jadual 5.2: Perincian Cadangan Memantapkan Pembangunan Modal 79
Insan
xvi
Jadual 5.3: Perincian Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan 81
Kemudahan
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 : Carta Alir Rangka Kerja Penyelidikan 11
Rajah 2.1 : Peta Lokasi Cancun Island dan Kawasan Sekitarnya 24 Rajah 2.2 : Pemandangan Sekitar Hua Hin, Thailand 25
Rajah 2.3 : Sektor Pelancongan di Cornwall Council, United Kingdom 26
Rajah 2.4: Peta Lokasi Tuaran dan Hutan Paya Bakau 27
Rajah 2.5: Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 30
Rajah 3.1 : Rangka Kerja Teoritikal di Bandar Penawar 35
Rajah 3.2 : Peta Lokasi Kawasan Kajian (Bandar Penawar) 37
Rajah 3.3 : Kemudahan- Kemudahan Yang Disediakan Di Bandar 39
Penawar
Rajah 3.4 : Pembangunan Pelancongan Sekitar Bandar Penawar 43 Rajah 3.5 : Perubahan Pembangunan Pelancongan Di Desaru 44
Rajah 3.6 : Taburan Pembangunan di sekitar Bandar Penawar 45 Rajah 3.7 : Fasa Pembangunan Pelancongan Desaru 46
Rajah 3.8 : Pelan Pembangunan Fasa 1 Khazanah Berhad dan Desaru 47
Development Corporation
Rajah 3.9 : Komponen Utama Bio Desaru 48
xvii
Rajah 5.1: Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal 78
Insan
Rajah 5.2: Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan 81
Kemudahan Sokongan
BAB 1 PENDAHULUAN
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelancongan merupakan salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
utama di Malaysia yang mana ianya menyumbang terbesar yang berada ditangga ke
7 dengan nilai Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak USD 12.3 bilion dan
berada ditangga ke 3 dalam kadar tukaran wang asing (Menteri Pelancongan, Dato'
Sri Dr. Ng Yen Yen, 2011). Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism
Organisation (UNWTO) pada tahun 2011, Malaysia telah diiktiraf pada peringkat
global sebagai antara destinasi pelancongan utama dengan kedudukan tangga ke-9
dari segi bilangan ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi pendapatan
daripada industri pelancongan (tourist receipts). Pada tahun 2011, Malaysia
menerima 24.7 juta orang pelancong dari seluruh dunia dengan pendapatan
pelancongan sebanyak RM58.3 bilion yang telah mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan dan perniagaan serta meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun 2010,
seramai 16.5 juta pelancong telah menggunakan Negeri Johor sebagai pintu masuk
ke Malaysia dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 14.4% berbanding tahun
2009 iaitu sebanyak 15.4 juta pelancong. (Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan
Pelancongan Negeri Johor, 2011). Manakala daripada jumlah tersebut hanya 3%
iaitu 512,192 orang sahaja yang berkunjung ke kawasan Pelancongan KEJORA.
2
Justeru dengan kedatangan pelancong ke kawasan Pelancongan KEJORA,
pihak berkuasa tempatan iaitu Lembaga Bandaran Johor Tenggara perlu
menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan pelancong semasa percutian
mereka di Bandar Penawar iaitu bandar terdekat dengan kawasan pelancongan
Desaru. Menurut Laporan Johor Tenggara Regional Master Plan (1971), Bandar
Penawar pada asalnya dibangunkan bertujuan untuk menyokong pembangunan
pelancongan wilayah KEJORA terutamanya Desaru. Walau bagaimanapun setelah
lebih 30 tahun bandar ini dibangunkan, Bandar Penawar masih lagi tidak menonjol
sebagai bandar perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelancong. Ini kerana ianya
dibangunkan bagi memenuhi keperluan penempatan penduduk sebagai bandar baru
dan bukannya berasaskan pelancongan.
1.2. Kenyataan Isu dan Masalah
Bandar Penawar adalah sebuah bandar yang dibangunkan untuk dijadikan
sebagai pusat serantau (Regional Center) dan bandar perkhidmatan bertujuan
menyokong pembangunan pelancongan Desaru dan disasarkan untuk menjadi nadi
atau catalyst untuk pertumbuhan ekonomi wilayah dan membantu dalam
mengimbangkan pembangunan antara wilayah-wilayah di negeri Johor.
Pembangunan ini juga bertujuan untuk dijadikan pusat penempatan kakitangan
kerajaan dan swasta.
Bandar Penawar adalah salah satu bandar baru (frontier new town) yang
dibangunkan dikawasan pendalaman bagi menarik penempatan luarbandar bagi
meningkatkan ekonomi serantau. Walaubagaimanapun, kebanyakan bandar-bandar
baru ini gagal dikembangkan kerana tidak berjaya menarik pelaburan dan seterusnya
tidak dapat meningkatkan peluang pekerjaan (Lee 1987,1989).
3
Selain daripada itu lokasi perletakkan bandar ini yang agak jauh ke dalam
serta jauh dari jalan utama menyebabkan pelancong sukar untuk sampai ke bandar
tersebut. Ini turut disokong dengan permasalahan pengangkutan di pintu masuk ke
Negeri Johor seperti terminal feri Tanjung Belungkor dan Tanjung Pengelih ke
Bandar Penawar, daripada hotel-hotel sekitar Desaru ke Bandar Penawar, dari Pusat
Bandar Johor Bahru ke Bandar Desaru dan sebagainya. Kesannya sistem
perhubungan yang kurang efisyen ini menyebabkan Bandar Penawar terpinggir
daripada pembangunan pelancongan yang sepatutnya memberi faedah kepada
penduduk serta pembangunan di kawasan sekitarnya.
Bandar Penawar juga mempunyai masalah dari segi menawarkan kemudahan
tempatmakan serta makanan yang pelbagai seperti makanan laut, makanan
segera(fast food), makanan tradisional dan sebagainya. Ini kerana kedai makanan
yang terhadap di Bandar Penawar hanya memfokus kepada makanan tempatan dan
hanya beroperasi pada hari-hari bekerja sahaja. Waktu operasi kedai ini juga
bergantung kepada pemilik kedai makan tersebut dan biasanya tidak beroperasi pada
hujung minggu di mana hujung minggu merupakan waktu tumpuan pelancong ke
Desaru. Begitu juga dengan makanan laut yang hanya boleh didapati di Sungai
Rengit iaitu dengan jarak 35 km daripada Bandar Penawar. Sepatutnya banyak
tempat makan yang menyediakan hidangan makanan laut memandangkan Bandar
Penawar terletak berdekatan dengan kawasan sungai, pantai dan ianya juga menjadi
lokasi utama mata pendapatan bagi nelayan di sini.
Seterusnya permasalahan dari segi kemudahan seperti agen pelancongan,
pusat membeli belah, cenderahati, money changer, kemudahan kesihatan 24jam dan
seumpamanya. Seharusnya sebagai bandar yang menyokong pembangunan
pelancongan, bandar ini perlu memiliki segala kemudahan di atas bagi memberi
keselesaan kepada pelancong yang datang melancong ke sini. Pada masa yang sama
juga, penduduk akan mendapat faedah daripada limpahan pembangunan pelancongan
jika kemudahan seperti ini disediakan melalui peluang perniagaan dan seterusnya
4
menjana pendapatan mereka.Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan para
pelancong sukar untuk memanjangkan tempoh masa menginap serta perbelanjaan
mereka juga adalah terhad.
Akhir sekali adalah kemudahan pusat informasi pelancongan (TIC) yang
hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja dan bukannyapada hujung minggu.Ini
akan menyukarkan para pelancong untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan
produk-produk pelancongan yang ditawarkan di Wilayah Kejora. Kesannya apabila
pelancong ke Desaru, mereka hanya menginap serta melakukan sebarang aktiviti
yang ditawarkan oleh pihak hotel dan segala keperluan mereka akan diuruskan oleh
pihak hotel beserta dengan bayaran yang dikenakan bergantung kepada kehendak
pelancong tersebut. Kos yang dibayar pelancong juga biasanya tinggi setaraf dengan
kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong oleh pihak pengurusan hotel
tersebut.
Walaupun Bandar Penawar dibangunkan untuk menyokong pembangunan
pelancongan Desaru, namun pembangunan Desaru tidak memerlukan sokongan
perkhidmatan secara langsung (self sufficient) daripada Bandar Penawar.
Oleh hal yang demikian, sejauh manakah kebenaran terhadap
permasalahan yang dihadapi oleh Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan seperti yang telah dibincangkan seperti di atas?
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan Bandar Penawar
sebagai bandar perkhidmatan pelancongan.
5
Oleh itu, objektif kajian adalah untuk:
i Memahami keperluan bandar perkhidmatan dalam membangunkan ekonomi
setempat kawasan kajian
ii Mengenalpasti perbezaan antara Bandar Penawar dengan bandar
perkhidmatan yang lain
iii Mengenalpasti faktor yang menghalang perlaksanaan Bandar Penawar
sebagai bandar perkhidmatan
iv Merumuskan dan mencadangkan mekanisme untuk membolehkan Bandar
Penawar menjadi sebuah bandar perkhidmatan
1.4 Skop Kajian Skop kajian dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i Melakukan inventori dan pemerhatian terhadap kemudahan yang disediakan
di Bandar Penawar
ii Mengkaji kriteria bandar-bandar perkhidmatan yang lain
iii Menjalankan temubual bersama pengusaha untuk mengetahui kesediaan
mereka terhadap Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan
iv Menjalankan temubual bersama pelancong untuk mengetahui keperluan
pelancong terhadap sesebuah bandar pelancongan
v Menjalankan temubual bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui
fungsi sebenar Bandar Penawar samada ianya menepati fungsi sebagai bandar
perkhidmatan
vi Merumus dan mencadangkan tindakan untuk menjadikan Bandar Penawar
sebagai bandar perkhidmatan
6
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini adalah untuk menjadikan Bandar Penawar sebagai
sebuah bandar yang mempunyai ciri-ciri bandar perkhidmatan yang lengkap dan
seterusnya menggalakkan lagi aktiviti pelancongan di Wilayah Kejora.
1.7 Kaedah dan Instrumen Kajian
Pendekatan kajian yang akan digunakan adalah berbentuk kualitatif di mana
pendekatan ini akan berupaya menghuraikan maklumat secara terperinci berdasarkan
interaksi pengkaji dalam memahami fenomena yang berlaku didalam kes kajian
(Creswell 1994:56). Kaedah kajian kualitatif juga mengandungi ciri-ciri
pemerhatian yang sistematik dengan menggunakan metodologi untuk
menggambarkan dan menganalisis budaya serta tingkah laku individu atau kumpulan
(responden) daripada pandangan mereka yang ditemubual untuk mengenalpasti
fenomenasosial sebenar yang berlaku.
Pengkaji juga akan menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengukur tahap
kepuasan, persepsi dan keperluan pelancong terhadap kemudahan perkhidmatan yang
disediakan. Kaedah ini adalah lebih sesuai untuk memberi keputusan yang lebih
tepat dan dipercayai (Ryan, 1995) dan data yang terkumpul dapat di analisa dengan
lebih tepat dan cepat menggunakan perisian komputer.
7
1.7.1 Pemerhatian
Pemerhatian akan melibatkan pengumpulan maklumat serta data berkaitan
kemudahan perkhidmatan dan fasiliti yang sedia ada di Bandar Penawar dalam usaha
untuk mendapatkan gambaran sebenar kawasan kajian untuk memudahkan analisis
keadaan semasa kawasan tersebut dilaksanakan.
1.7.2 Temubual
Temubual separa berstruktur akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan kes kajian yang melibatkan beberapa kategori responden yang telah
dikenalpasti seperti di jadual 1.1. Untuk menyelaras maklumat, satu set soalan temu
bual separa berstuktur telah dirangka bagi memastikan maklumat yang diperolehi
dapat dikelaskan mengikut kategori maklumat tertentu. Ini bertujuan bagi
memudahkan soalan yang dikemukan dalam keadaan tersusun dan juga memastikan
maklumat dapat direkodkan secara mudah.
Jadual 1.1: Set Soalan Temubual Separa Berstruktur
BUTIRAN RESPONDEN BENTUK SOALAN 1. Lembaga Bandaran Johor Tenggara
Pengurus Besar- Encik Azizan Bin Md. Rais
Timbalan Pengurus Besar Pembangunan- Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ali
Pengurus Kerajaan Tempatan- En. Hamzah Bin Isa
Soalan akan memfokus kepada: Pandangan terhadap Bandar
Penawar sebagai bandar perkhidmatan
Perancangan dan usaha meningkatkan kemudahan perkhidmatan (infrastruktur) di Bandar Penawar
Halangan dan masalah
2. Pengusaha Restoren Din Corner Medan Selera Dataran Penawar Kedai Serbaneka
Soalan akan memfokus kepada: Kesedaran terhadap fungsi Bandar
Penawar Kesediaan ke arah bandar
perkhidmatan pelancongan
8
Pengusaha Hotel-Lotus Desaru, Pulai Desaru & Damai Resort
Halangan dan masalah
3. Pelancong Seramai 15 orang untuk 3 buah
hotel
Soalan akan memfokus kepada: Mengenalpasti kesedaran
pelancong mengenai kewujudan Bandar Penawar sebagai Bandar Penawar
Kriteria kemudahan perkhidmatan pelancongan
Pandangan mengenai kemudahan perkhidmatan yang telah disediakan di Bandar Penawar
1.8 Rangka Kerja Penyelidikan
Rangka kerja penyelidikan memainkan peranan dalam melaksanakan kajian
ini. Ini kerana ia akanmerumuskan kajian ini secara keseluruhannya sehinggalah ke
penemuan akhir kajian ini. Peringkat penyelidikan dibahagikan kepada 5 bahagian,
iaitu : -
i. Kajian awalan
ii. Kajian literatur
iii. Pengumpulan maklumat
iv. Analisis data dan sintesis
v. Rumusan kajian (cadangan)
i. Kajian Awalan
Ia meliputi pemahaman awal terhadap isu-isu semasa dalam membangunkan
kemudahan perkhidmatan termasuk mengenalpasti isu dan masalah terhadap
kawasan kajian. Maklumat ini akan diperolehi daripada pembacaan dan rujukan awal
terhadap persoalan yang berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan pelancongan di
9
Bandar Penawar. Seterusnya matlamat dan objektif dibentuk hasil daripada
pemahaman awal terhadap isu pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan
ini di Bandar Penawar. Di samping itu penentuan skop kajian juga dilakukan
berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dikenalpasti dengan
mempertimbangkan faktor masa kajian ini dilakukan. Daripada skop kajian juga,
pendekatan kajian pula disediakan dan seterusnya mengarah kepada pembentukan
cadangan di akhir kajian ini.
ii. Kajian Literatur
Melibatkan pengumpulan data untuk pemahaman yang lebih terperinci
terhadap konsep sebenar pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan
beserta dengan teori yang akan digunakan untuk kajian ini. Pengumpulan maklumat
sekunder dari kajian terdahulu dibuat bagi melihat konsep yang digunakan oleh
bandar-bandar perkhidmatan pelancongan di dalam dan luar negara dalam
penyediaan kemudahan yang diberikan kepada para pelancong. Melalui pembacaan
yang dilakukan, kriteria-kriteria kemudahan perkhidmatan pelanconganbagi sesebuah
bandar pelancongan akan dapat dikeluarkan berdasarkan kajian literatur ini.
iii. Pengumpulan Maklumat
Pengumpulan maklumat/data akan melibatkan pengumpulan data primer dan
juga data sekunder. Pengumpulan data primer dijalankan melalui pemerhatiandan
inventori pengkaji terhadap kemudahan perkhidmatan pelancongan di Bandar
Penawar. Manakala bagi data sekunder pula, temubual dan borang soal selidik akan
diedarkan kepadapelancong, pengusaha dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat
dengan pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan yang terdapat di
kawasan kajian.
10
iv. Analisis Data dan Sintesis
Data yang diperolehi akan dianalisis bagi mengetahui perbezaan antara
kemudahan perkhidmatan pelancongan di Bandar Penawar dan bandar-bandar
perkhidmatan pelancongan yang lain di dalam dan di luar negara. Hasil akhir yang
bakal dikeluarkan adalah kriteria keperluan tambahanterhadap bandar perkhidmatan
pelancongan bagi Bandar Penawar bertujuan untuk menyokong pembangunan
pelancongan di Wilayah Kejora.
v. Rumusan Kajian (cadangan)
Hasil akhir kajian ini adalah rumusan terhadap cadangan penambahbaikkan
kemudahan perkhidmatan pelancongan bagi Bandar Penawar untuk memastikan
fungsi sebenar Bandar Penawar semasa kewujudannya tercapai dan menepati
kehendak pelancong yang berkunjung ke Wilayah Kejora. Seterusnya ia akan
mengarah kepada cadangan di akhir kajian ini.
11
Rajah 1.1 : Carta Alir Rangka Kerja Penyelidikan
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
12
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini, penghuraian secara teoritikal terhadap perkara yang
berkaitan dengan kajian akan diperincikan. Bahagian ini juga merupakan hasil
rumusan daripada bahan bacaan yang telah dijalankan oleh pengkaji. Di antara
perkara-perkara yang diperincikan adalah menjurus kepada konsep bandar
perkhidmatan seperti definisi bandar dan kemudahan perkhidmatan (infrastruktur),
jenis-jenis bandar pelancongan, perkaitan antara bandar perkhidmatan dengan
pelancongan, perlakuan pelancong dalam pemilihan kemudahan perkhidmatan
pelancongan di bandar, perbandingan di antara bandar-bandar perkhidmatan lain
dengan kajian kes iaitu Bandar Penawar di Negeri Johor dan akhir sekali rumusan
keseluruhan bagi bab dua (kajian literatur) dapat dikeluarkan mengikut kesesuaian
bahan bacaan yang berkaitan dengan bandar perkhidmatan pelancongan
(infrastruktur).
13
2.2 Bandar Perkhidmatan
Bahagian ini akan menerangkan tentang definisi bandar dan ciri-ciri bandar
serta kemudahan perkhidmatan (infrastruktur) yang terdapat di bandar pelancongan.
2.2.1 Bandar Menurut Badrul Hisham Baharuddin (2009), bandar merupakan satu unit
sempadan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif, di mana
penduduknya bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam
pelbagai bidang yang berkaitan dengan bukan pertanian. Selain itu, sebuah bandar
haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Entiti fizikal yang tersendiri seperti jalan, dinding, rumah, pasar, tempat
ibadat, kawasan pentadbiran dan kawasan perusahaan;
ii. Penduduk yang berkelompok dengan kepadatan yang tinggi;
iii. Ketidakwujudan kegiatan pertanian;
iv. Mempunyai kerajaan sendiri;
v. Menggambarkan mutu kehidupan yang lazim atau perkhidmatan bandar;
vi. Populasi penduduk melebihi daripada 10 ribu orang;
vii. Adanya proses perbandaran seperti perkembangan bandar dari segi
keluasan, kawasan, penduduk, kegiatan perdagangan, perniagaan,
perindustrian dan perkhidmatan;
viii. Organisasi pentadbiran.
Bandar terbahagi kepada dua iaitu bandar berasaskan perundangan (statutory
town) dan bandar yang mengikut bancian (census town). Ini dibuktikan melalui
14
kajian yang dilakukan oleh Census of India pada tahun 2001 yang menerangkan
bandar berasaskan perundangan sebagai kawasan bandar yang diisytiharkan oleh
undang-undang negeri manakala bandar yang mengikut bancian mempunyai kriteria
seperti di bawah:
i. Penduduk minimum sebanyak 5000 orang;
ii. Sekurang-kurangnya 75 peratus daripada penduduk lelaki yang
bekerja terlibat dalam pelbagai sektor (pekerjaan) kecuali pertanian;
iii. Kepadatan penduduk sekurang-kurangnya 400 orang per km persegi.
Manakala di Malaysia pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Semenanjung Malaysia (2001), telah menggariskan piawaian perancangan bagi
sebuah bandar berdasarkan hierarki bandar. Hierarki tersebut mengandungi ibu
negara, pusat wilayah negara, pusat wilayah negeri, pusat separa wilayah negeri,
pusat tempatan utama, pusat tempatan kecil dan desa. Maklumat terperinci mengenai
hierarki bandar adalah seperti Jadual 2.1:
Jadual 2.1: Perincian Hierarki Bandar
Jenis No. Hierarki Status Populasi penduduk
Pentadbiran
Pusat Negara/ Wilayah
1 Ibu negara Bandaraya Lebih 500,000 Ibu negara 2 Pusat
Wilayah Negara
Bandaraya Lebih 300,000 Ibu negeri
Pusat Wilayah/ Negeri
3 Pusat Wilayah Negeri
Bandaraya 100,000 hingga 300,000
Ibu negeri
4 Pusat Separa Wilayah Negeri
Bandar 30,000 hingga 100,000
Pusat daerah/ Bandar utama
Pusat Tempatan
5 Pusat Tempatan Utama
Bandar 10,000 hingga 30,000
Bandar/ Pekan
6 Pusat Tempatan Kecil
Bandar Kecil / Separa Bandar
Kurang 10,000 Pekan
15
7 Desa Pusat Desa 2,500 hingga 5,000
Kampung
Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (2001)
Berdasarkan jadual di atas, kawasan bandar terletak pada tangga kelima
daripada tujuh hierarki bandar yang telah dinyatakan oleh pihak Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (JPBD). Oleh yang demikian, kawasan bandar boleh digolongkan
di dalam kategori pusat tempatan utama di mana semua aktiviti perniagaan,
pelancongan, penempatan dan perkhidmatan terdapat di kawasan bandar ini.
2.2.2 Persempadanan Bandar Baru (Frontier New Town)
Di bawah Dasar Ekonomi Baru (1970 hingga 1990), rancangan pembangunan
wilayah adalah salah satu cara untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat dari segi pembangunan sosial, keseimbangan ekonomi dan penempatan.
Sejajar dengan itu, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk
membangunkan bandar baru di kawasan pendalaman dan membangunkan kawasan
luar bandar sedia ada (in-situ) dengan menyediakan kemudahan untuk aktiviti
ekonomi di kawasan kurang membangun dan juga membangunkan pusat
pembangunan baru (Alden and Awang, 1985). Konsep pembangunan ini
dilaksanakan berdasarkan strategi yang dilaksanakan di Amerika Selatan oleh John
Friedmann pada 1960. Rancangan pembangunan ini menggunakan Growth Pole
Concept dimana ia dijangka akan menarik aktiviti dan pertumbuhan disekitar bandar
yang dibangunkan dan penyebaran pembangunan ekonomi kawasan sekitar akan
berlaku (Perroux, 1955; Aydalot, 1965; Boudeville, 1968).
16
Growth Pole Concept adalah:
“..... centers (pole or foci) from which centrifugal forces emanate and to
which forces are attracted. Each center being a center of attraction and repulsion
has its proper field, which is set in the field of all othe center.” (Perroux 1950)
2.2.3 Kemudahan Perkhidmatan (Infrastruktur)
Judd (2003) menerangkan infrastruktur boleh dikategorikan kepada
infrastruktur urban, infrastruktur awam dan infrastruktur fizikal seperti jalan raya,
sistem utiliti, komunikasi dan pendidikan, kesihatan serta kemudahan kerajaan untuk
pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan bandar. Walau bagaimanapun, pada
masa sekarang infrastruktur bukan hanya merangkumi jalan raya tetapi juga
perkhidmatan pengangkutan, sistem komunikasi, media, perumahan, pendidikan,
rangkaian komputer dan jaringan lebuhraya.
Manakala menurut Pearce (1992), kemudahan perkhidmatan atau
infrastruktur tergolong di dalam salah satu elemen penawaran yang disediakan
kepada pelancong selain tarikan pelancongan, penginapan dan kemudahan tambahan.
Tambahan pula, kebanyakan infrastruktur yang terdapat di sebuah bandar bergantung
kepada populasi penduduknya dan jenis pembangunan yang dijalankan, contohnya
kemudahan kesihatan yang disediakan mestilah bergantung kepada populasi di
sebuah bandar tersebut. Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (2001), kemudahan
perkhidmatan yang disediakan di bandar merangkumi klinik dan hospital, kedai 24
jam, kolej, stesen minyak dan lain-lain. Kesemua elemen ini memudahkan serta
memberi keselesaan kepada pelancong apabila berkunjung ke sesuatu destinasi
pelancongan.
17
2.2.4 Jenis Bandar Pelancongan Fainstein dan Judd (1999) menegaskan bahawa aktiviti ekonomi sangat
mempengaruhi perkembangan setiap bandar dan motivasi untuk pelancong memilih
sesuatu destinasi adalah berbeza. Hasil daripada itu, keduanya telah mengenalpasti
tiga jenis bandar pelancongan iaitu:-
i. Bandar Peranginan (Resort City)
Kawasan metropolitan yang dibangunkan khas sebagai kawasan
peranginan yang mempunyai kemudahan tempat tinggal, pusat
makanan, hiburan dan pusat membeli belah. Contohnya adalah bandar
Cancun di Mexico dan Las Vegas, Amerika Syarikat.
ii. Bandar Pelancongan Sejarah (Tourist Hisctoric City)
Kawasan yang mempunyai identiti sejarah dan budaya yang boleh
dihayati oleh pelancong. Bandar ini bukan dibangunkan khas untuk
tujuan pelancongan tetapi kualiti struktur bangunan yang unik dan
antik menjadikan ia sebagai tarikan kepada pelancong contohnya
Prague, Jurusalem dan Boston.
iii. Bandar Peralihan (Converted City)
Judd (1999) menerangkan bandar ini dicipta bagi membolehkan
pelancong menikmati kemudahan lain di luar kawasan peranginan
yang dilawati. Sebagai contohnya adalah kemudahan yang
dibangunkan di New York’s Times Square adalah papan iklan
18
gergasi, panggung wayang bertingkat, restoran ekslusif dan pusat
membeli belah. Mengikut Ehrlich dan Dreier (1999) Bandar Boston
yang hanya mula dikenali apabila sebuah Pusat Konvensyen dibina
pada awal 1990 dan terus pesat berkembang sebagai sebuah bandar
tarikan pelancong yang mempunyai pusat kewangan, pendidikan,
perubatan dan perkhidmatan perniagaan.
2.3 Perkaitan Bandar Perkhidmatan Dengan Pelancongan Sebuah bandar yang maju mestilah mempunyai kemudahan perkhidmatan
yang lengkap dari semua segi seperti pengangkutan awam, tempat penginapan dan
bangunan perniagaan. Ini adalah kerana kebanyakan aktiviti pelancongan
berlangsung di bandar dan pelancong lebih suka memilih bandar sebagai tempat
bercuti dan menggunakan perkhidmatan di situ (Ashworth, 2009). Mengikut artikel
yang bertajuk Tourism Development Framework for Cape Town – Tourism Spatial
Framework (2004), Bandar Cape Town mempunyai permintaan yang tinggi di
kalangan pelancong yang tertarik dengan perniagaan, hiburan, sukan dan lain-lain
tarikan di kawasan bandar. Oleh yang demikian, kerajaan Cape Town telah sedaya
upaya memastikan bahawa pelancongan dibangunkan dan diurus dengan baik untuk
kepentingan pelancong dan juga penduduk.
Di samping itu juga, terdapat dua ciri-ciri pelancongan di kawasan bandar
seperti yang diterangkan oleh Ashworth (2009) iaitu (a) kepelbagaian pelancongan
dan (b) jenis-jenis pengalaman percutian pelancong. Walaupun kemudahan yang
disediakan tidak digunakan sepenuhnya oleh pelancong, fungsi bandar tersebut
masih kekal sebagai bandar pelancongan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
fungsi sesuatu bandar pelancongan itu bergantung kepada jenis dan fungsi sebenar
bandar itu dan juga aktiviti pelancong ketika melawat bandar. Secara tidak langsung,
apabila aktiviti pelancongan dibangunkan di bandar, kesannya bukan hanya kepada
19
aliran pelancongan tersebut tetapi juga terhadap jenis bandar yang menampungnya.
Jadual di bawah menerangkan fungsi sebenar bandar pelancongan yang menyediakan
kemudahan perkhidmatan berbanding dengan jenis bandar-bandar yang lain.
Jadual 2.2: Jenis-jenis Bandar dan Fungsinya
Jenis Bandar Fungsi Bandar tradisional Pelancongan dikenali sebagai penyumbang kepada
struktur ekonomi yang kukuh Pelancongan dengan suasana kehidupan bandar perlu
diseimbangkan
Bandar Pelancongan Pelancongan sebagai penggalak pembangunan kepada pengangkutan
Perlu berhadapan dengan pelancong dan kepelbagaian bekalan pelancongan
Bandar bukan pelancongan
Pelancongan sebagai peluang untuk menggiatkan semula ekonomi penduduk tempatan
Perlu mencipta imej yang baru dan meningkatkan daya tarikan sesuatu destinasi
Sumber: Key Challenges for City Tourism Competitiveness, 2005
2.4 Perlakuan Pelancong
Perlakuan pelancong biasanya boleh didefinisikan sebagai tindakan yang
diambil seseorang apabila melakukan pembelian, menggunakan produk dan
perkhidmatan, termasuklah proses membuat keputusan yang akan menggambarkan
perbuatan ataupun perlakuan. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan
bahawa perlakuan atau tindakan yang diambil oleh pelancong adalah sangat penting
bagi pembangunan industri pelancongan (McColl, 1994). Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh The Eurocouncil of the European Bureau (2009), pelancong Eropah
yang pergi melancong akan mempertimbangkan aspek-aspek sepertimana di dalam
Jadual 2.3. Semasa kajian dilaksanakan lebih daripada 6000 orang telah menjadi
20
responden dan 61% menyatakan faktor keselamatan adalah paling utama. Manakala
cuaca dan kualiti tempat penginapan telah mendapat 8.3 mata daripada 10.
Jadual 2.3: Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Semasa Memilih Destinasi
Pelancongan Oleh Pelancong Eropah
Faktor-Faktor Pemilihan Destinasi 1. Keselamatan 2. Cuaca 3. Penginapan 4. Kawasan semulajadi 5. Kawasan pantai 6. Hospitaliti 7. Pengangkutan 8. Kos taraf hidup 9. Makanan dan minuman 10. Kemudahan penginapan 11. Harga pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi 12. Bilangan pelancong di sesuatu tempat tarikan pelancongan 13. Keadaan politik 14. Alam Sekitar 15. Sistem jaringan perhubungan 16. Aktiviti menjelajah dan mengembara 17. Kemudahan bersukan 18. Aktiviti pada waktu malam 19. Pengangkutan awam
Sumber: Safety is Highest Priority for Europeans on Holiday, 2009
Manakala menurut European Commission (2003), semasa kajian dijalankan
di 10 destinasi pelancongan, terdapat 10 aspek penting bagi kemudahan
perkhidmatan yang disediakan bagi memastikan kualiti pelancongan di sesebuah
destinasi tersebut. Keputusan yang diperolehi berdasarkan kajian ini menunjukkan
kemudahan hotel dan pengangkutan berada pada tangga pertama dan tangga kedua
terpenting dalam mempengaruhi pelancongan di sesuatu destinasi pelancongan.
Penyewaan bilik pula berada pada tangga yang paling bawah kerana kualiti
kemudahan penginapan ini berada pada tahap yang rendah. Jadual 2.4 menunjukkan
10 aspek terpenting bagi kemudahan perkhidmatan bagi sesebuah destinasi
pelancongan.
21
Jadual 2.4: 10 Aspek Terpenting bagi Kemudahan Perkhidmatan di Sesebuah
Destinasi pelancongan
Kemudahan Perkhidmatan Mengikut Kedudukan Ranking 1. Hotel 2. Pengangkutan 3. Makanan dan minuman 4. Tarikan pelancongan 5. Aktiviti sukan dan rekreasi 6. Penginapan yang tidak melibatkan perkhidmatan (apartment,
kondominium, cottage, villa dll) 7. Tapak perkhemahan 8. Kedai Runcit 9. Penginapan yang melibatkan perkhidmatan (hotel, inn, bed and breakfast,
motel dll) 10. Bilik yang di sewa (Rumah tumpangan)
Sumber: A Manual for Evaluating the Quality Performance of Tourist
Destinations and Services, 2003
2.5 Komponen Kemudahan Perkhidmatan dan Infrastruktur Pelancongan Mengikut kajian yang dibuat oleh Reutsche (2006), beliau menyatakan
bahawa komponen kemudahan perkhidmatan atau infrastruktur terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu elemen utama, elemen sekunder dan elemen tambahan.
Kenyataan ini disokong juga oleh Page (1995) berdasarkan Jansen-Verbeke (1986)
iaitu kemudahan perkhidmatan dikelaskan seperti berikut:
a) Elemen utama
Tempat aktiviti, iaitu semua elemen penawaran di antara bandar
terutamanya kawasan tarikan pelancong;
Tempat yang digunakan pada masa lapang yang dapat memberi imej
dan ‘sense of place’ kepada pengunjung
22
b) Elemen sekunder ialah perkhidmatan atau infrastruktur yang menyokong
keperluan pelancong di sesuati destinasi;
c) Elemen tambahan pula infrastruktur yang disediakan mengikut keadaan
tempat yang dikunjung seperti pengangkutan awam.
Kesemua elemen ini boleh dilihat dengan jelas dan lebih terperinci
berdasarkan jadual di bawah:
Jadual 2.5: Elemen-Elemen Infrastruktur Pelancongan
ELEMEN UTAMA ELEMEN SEKUNDER Tempat aktiviti Tempat untuk masa
lapang Hotel dan
perkhidmatan katering
Pasaraya Kemudahan
membeli-belah
Kemudahan kebudayaan Dewan konsert Pawagam Muzium dan galeri seni Teater Tempat pameran Kemudahan sukan Indoor and outdoor
facilities Kemudahan hiburan Kelab malam Kasino Penganjuran acara
Ciri-ciri fizikal Pelabuhan Taman dan kawasan
hijau Tugu dan monumen Tempat bersejarah Bangunan yang
menarik Kawasan berair, sungai
dan terusan Ciri-ciri sosio-budaya Cerita warisan
(folklore) Keramahan Bahasa Suasana tempat Keselamatan Adat dan warisan
tempatan
ELEMEN TAMBAHAN Kemudahan
pengangkutan dan tempat meletak kenderaan
Kemudahan pelancongan seperti pusat informasi pelancong, pemandu pelancong, penunjuk arah, peta dan brosur
Sumber: Page (1995) berdasarkan Jansen-Verbeke (1986)
Mengikut rencana yang diperolehi di dalam laman sesawang
www.olicognography yang bertajuk Tourism Infrastucture and Ecologic Anthropy
telah menggariskan 3 kumpulan perkhidmatan utama yang perlu di dalam sesebuah
bandar perkhidamatan pelancongan.
23
Jadual 2.6: Kumpulan Perkhidmatan Utama Di Dalam Sesebuah Bandar
Perkhidmatan Pelancongan
Utama Kedua Ketiga a. Tempat penginapan
Resort/Hotel Bajet
b. Tempat makan/minum c. Perkhidmatan
pelancong
a. Pusat membeli belah b. Rekreasi c. Hiburan d. Pusat informasi e. Pengangkutan
a. Pusat kesihatan b. Perkhidmatan
Kewangan
Sumber: Tourism Infrastructure and Ecologic Anthropy, 2011
2.6 Kajian Kes Bandar Perkhidmatan Pelancongan
Kajian kes ini akan menerangkan beberapa contoh bandar perkhidmatan
pelancongan iaitu Cornwall Council di United Kingdom, Cancun Island di Mexico
dan Hua Hin di Thailand.
2.6.1 Cancun Island, Mexico Empat dekad lalu, Cancun bukanlah sebuah tempat yang dikenali walaupun ia
mempunyai siri sand dune yang berbentuk nomber 7 dan dikelilingi paya bakau,
hutan dan pantai yang bersih. Cancun adalah sebuah pulau yang terlindung dan
berkeluasan 17 kilometer panjang dan 100 hingga 400 meter lebar. Ia juga
mempunyai sebuah lagun yang cetek dan berkedudukan menghadap ke Lautan
Carribean. Lagunnya dipenuhi dengan pokok bakau yang menjadi tempat
24
persinggahan burung seabirds dan sea turtles serta kehidupan marin. Nama Cancun
bermaksud sarang ular oleh penduduk tempatan. Semasa pembangunannya, tiga
perkara utama telah digariskan iaitu:
i. Membina zon pelancongan tanpa pendudukan tetap seperti koridor
pelancongan dengan penambahan hotel, pusat membeli belah, padang
golf dan marina.
ii. Membina zon penempatan di kawasan utara yang dilengkapi dengan
perumahan, komersial, jalan, bangunan pejabat, sekolah, hospital dan
lain-lain.
iii. Membina lapangan terbang antarabangsa bersebelahan dengan
Lebuhraya Cancun – Tulum di kawasan selatannya.
Rajah 2.1: Peta Lokasi Cancun Island dan Kawasan Sekitarnya
25
2.6.2 Hua Hin, Thailand
Bandar Hua Hin adalah bandar pelancongan tradisional dan tertua di Negeri
Thailand semenjak ia dibuka oleh King Rama IV pada tahun 1922 . Huan Hin pada
asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pantai Barat Teluk
Gulf dan berkedudukan sejauh 200 km daripada Bangkok. Semenjak ia dibuka, Hua
Hin bukan sahaja menjadi tumpuan pembesar-pembesar Thailand tetapi juga
keluarga Diraja Thailand. Sebuah Istana yang dinamakan Far From Worries yang
dibina pada tahun 1928 masih lagi digunakan oleh kerabat diraja dan ia juga boleh
dilawati oleh orang awam. Perhubungan awal yang wujud adalah perkhidmatan
keretapi sahaja tetapi Hua Hin kini telah mempunyai sebuah lapangan terbang dan
sistem jalanraya yang baik. Hua Hin menawarkan pelbagai aktiviti riadah
termasuklah golf. Ia dikelilingi oleh beberapa tempat menarik seperti Khao Sam Rol
Yat National Park yang terletak 50 km ke Selatan Bandar Hua Hin, Kaeng Krachan
National Park dan Air terjun Pa La-U adalah kira-kira 68 km daripada Hua Hin.
Rajah 2.2: Pemandangan Sekitar Hua Hin, Thailand
26
2.6.3 Cornwall Council, United Kingdom Cornwall telah wujud daripada zaman Pra Rom lagi dan aktiviti utama pada
abad yang ke 19 adalah perlombongan tembaga dan penangkapan ikan.
Perkembangan industri pelancongan wujud pada awal abad ke 20 dan kini ia menjadi
satu destinasi yang popular kerana mempunyai budaya yang unik, lanskap yang
menakjubkan dan iklim yang baik. Cornwall sangat ikonik kerana ia dikelilingi oleh
Selat Inggeris dan Laut Celtic. Dianggarkan 24% daripada keluaran dalam negara
nya adalah daripada sektor pelancongan.
Rajah 2.3: Sektor Pelancongan di Cornwall Council, United Kingdom
2.6.4 Tuaran, Sabah Tuaran adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di bahagian Pantai
Barat, di Barat Laut Sabah. Berkeluasan 1166 kilometer persegi dengan jumlah
penduduk seramai 108360 orang yang berbilang etnik seperti Dusun, Bajau dan Cina.
Tuaran mempunyai mercu tanda yang menarik iaitu Pagoda Cina setinggi sembilan
tingkat. Tuaran adalah pintu masuk ke Utara dan Timur Negeri Sabah iaitu ke Kota
Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Tawau
27
mempunyai hutan simpan bakau yang luas di Telok Mengkabong dan Telok
Sulaman. Tuaran juga mempunyai beberapa resort yang terkenal termasuklah Nexus
Karambunai Resort.
Rajah 2.4: Peta Lokasi Tuaran dan Hutan Paya Bakau
2.7 Perbandingan Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan Dengan Kawasan Kajian
Berikut merupakan perbandingan komponen kemudahan bandar
perkhidmatan berdasarkan model komponen kemudahan bandar perkhidmatan
pelancongan dan dibuat perbandingan dengan kawasan kajian.
Jadual 2.7: Perbandingan Komponen Kemudahan Perkhidmatan Pelancongan
Komponen Kemudahan Perkhidmatan
Contoh Kajian Kes Kawasan Kajian
Cancun Island, Mexico
Hua Hin, Thailand
Cornwall Council, United Kingdom
Tuaran, Sabah
Bandar Penawar
ELEMEN UTAMA Tempat aktiviti Kemudahan kebudayaan
28
Dewan konsert Pawagam Muzium dan galeri seni Teater Tempat pameran
√ √ √ √
√ √ √ √
√ √ √ √
√ √ √ √
Kemudahan sukan Indoor and outdoor
facilities
√
√
√
√
√
Kemudahan hiburan Kelab malam Kasino Penganjuran acara
√ √ √
√ √ √
√ √
√ √
√
Tempat untuk riadah Ciri-ciri fizikal Pelabuhan Taman dan kawasan
hijau Tugu dan monumen Tempat bersejarah Bangunan yang
menarik Kawasan berair,
sungai dan terusan
√ √ √ √ √ √
√ √ √ √ √ √
√ √ √ √ √ √
√ √ √ √ √
√
Ciri-ciri sosio-budaya Cerita warisan
(folklore) Keramahan Bahasa Suasana tempat Keselamatan Adat dan warisan
tempatan
√ √ √ √ √
√ √ √ √
√ √ √ √ √
√ √ √ √ √
√ √
ELEMEN SEKUNDER Hotel dan
perkhidmatan katering
Pasaraya Kemudahan membeli-
belah
√ √ √
√ √ √
√ √ √
√ √ √
√ √
ELEMEN TAMBAHAN Kemudahan
pengangkutan dan tempat meletak
√
√
√
√
√
29
kenderaan Kemudahan
pelancongan seperti pusat informasi pelancong, pemandu pelancong, penunjuk arah, peta dan brosur
√ √ √
√ √ √
√ √ √
√ √ √
√ √
Sumber: Olahan Pengkaji, 2012
Perbandingan ini dibahagikan kepada tiga komponen utama yang
merangkumi dua puluh satu kriteria dan dalam eleman utama pula ia dikategorikan
kepada dua iaitu kemudahan tempat aktiviti dan tempat untuk riadah. Manakala
elemen sekunder pula diwakili oleh tiga kriteria dan elemen tambahan meliputi dua
kriteria kemudahan pengangkutan dan kemudahan pelancongan. Terdapat dua puluh
tujuh elemen yang dibandingkan kepada lima bandar yang meliputi empat bandar
kajian kes dan kawasan kajian. Melalui perbandingan ini, dapat dilihat dengan jelas
keempat-empat bandar kajian kes telah menyediakan kemudahan dengan peratusan
melebihi 80% dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua puluh elemen
perkhidmatan berbanding dengan kawasan kajian. Dapat dilihat dengan jelas
kemudahan yang disediakan di Bandar Penawar hanya lima puluh peratus daripada
kemudahan yang ada di bandar kajian kes. Bandar Penawar hanya menawarkan
sepuluh elemen perkhidmatan dan hanya dua daripadanya daripada kategori elemen
utama.
2.8 Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan Berdasarkan kajian literatur, dapat dirumuskan keperluan perkhidmatan
bandar pelancongan adalah sepertimana model dibawah:
30
Rajah 2.5: Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan
Sumber : The Infrastructure of Play Building the Tourist City (Judd 2003)
Sumber : Human Resource Management (Mondy R. W, 2008)
Sumber : The Tourist City (Fainstein & Judd, 1999)
31
2.9 Rumusan
Berdasarkan kajian literatur ini, dapat dirumuskan bahawa sesebuah bandar
perkhidmatan pelancongan perlu menyediakan sekurang-kurangnya tujuh peratus
ataupun dua puluh elemen secara keseluruhannya sepertimana yang nyatakan di
jadual 2.6 di atas. Walau bagaimanapun untuk sesebuah bandar perkhidmatan
pelancongan ceria, menarik dan selesa untuk pelancong berkunjung adalah dengan
memastikan kemudahan utama dan modal insan di titik beratkan. Kemudahan
sokongan juga penting tetapi tidak sepenting aksesibiliti atau kemudahan
pengangkutan yang disediakan, pusat makanan yang mengajikan pelbagaian jenis
menu, kemudahan perbankan dan kedai serbanika ataupun pasaraya keluarga.
Kemudahan sokongan seperti hotel bajet, pusat bowling, pusat karaoke dan lain-lain
adalah sebagai nilai tambah untuk meningkatkan lagi keceriaan bandar perkhidmatan
tersebut.
BAB 3 METODOLOGI
32
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab tiga akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai metodologi
dan kawasan kajian iaitu Bandar Penawar yang terletak di Daerah Kota Tinggi Johor.
Ianya akan dimulakan dengan metodologi keseluruhan bagi kajian ini iaitu kaedah
pengumpulan maklumat primer dan sekunder serta penetapan saiz sampel. Manakala
instrumen kajian yang digunakan pula adalah soal selidik pelancong dan temubual
bersama pengusaha, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Ini diikuti dengan latar
belakang kawasan kajian yang terperinci, lokasi kawasan kajian, pihak berkuasa
tempatan, pembangunan kemudahan dan infrastruktur, justifikasi pemilihan kawasan
kajian, rekod ketibaan pelancong dan seterusnya pembangunan di Bandar Penawar
melibatkan pembangunan semasa dan akan datang di Bandar Penawar. Akhir sekali
adalah rumusan bagi bab tiga secara keseluruhannya.
33
3.2 Metodologi
Secara keseluruhannya metodologi bagi kajian ini akan memfokus kepada
kaedah kajian iaitu melibatkan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Kaedah kualitatif
digunakan bagi temubualbersama penggusaha, pihak berkuasa tempatan, pelabur dan
seumpamanya. Seterusnya kaedah kuantitatif digunakan bagi menganalisis soal selidik
pelancong di mana maklumat yang diperolehi akan dikeluarkan dalam bentuk nilai min,
graf dan sebagainya. Soalan kaji selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
a) Bahagian A: Profil Pelancong
b) Bahagian B: Perlakuan Pelancong
c) Bahagian C: Persepsi Umum
d) Bahagian D: Persepsi Pelancong
Data berkaitan dengan kemudahan bandar perkhidmatan pelanconganakan
diperolehi daripada sumber primer dan sekunder. Data primer akan diperolehi
daripada pemboleh ubah secara langsung oleh pengkaji untuk tujuan kajian (Sekaran,
2006). Data primer juga akan diperolehi daripada hasil temuduga terhadap empat
kumpulan yang berkepentingan dan berkaitan dengan Bandar Penawar iaitu
kakitangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, pengusaha, penduduk dan
pelancong. Data sekunder diperolehi daripada sumber yang sedia ada seperti buku
rujukan, journal dan kajian sebelum ini. Bagi menghimpunkan semua data dan
informasi berkaitan dengan bandar perkhidmatan pelancongan, kebanyakan buku
rujukan dipinjam daripada Perpustakaan UTM, journal dan kajian sebelumnya pula
diperolehi daripada World Wide Web dan secara online daripada laman sesawang
UTM.Untuk menentukan saiz yang akan ditemuramah adalah berdasarkan kumpulan
yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Bandar Penawar.
Sasaran adalah sepertimana berikut:-
34
Jadual 3.1 : Butiran Responden di Kawasan Kajian
Butiran Responden 1. Lembaga Bandaran Johor Tenggara
Pengurus Besar- Encik Azizan Bin Md. Rais Timbalan Pengurus Besar Pembangunan- Tuan Haji Zainal Abidin Bin
Ali Pengurus Kerajaan Tempatan-Encik Hamzah Bin Isa Pengurus Perancang Bandar – Encik Daud bin Abd Rahman
2. Pengusaha Restoren Din Corner Medan Selera Dataran Penawar Kedai Serbaneka Pengusaha Hotel-Lotus Desaru, Pulai Desaru & Damai Resort Pengurusan Khazanah Holdings Pengurusan Bio Desaru
3. Penduduk Bandar Penawar seramai 20 orang 4. Pelancong
Seramai 80 orang untuk 3 hotel
Untuk memperincikan komponen bandar perkhidmatan pelancongan, satu
rangka kerja teoritikal telah dirangka bagi memudahkan pengkaji memahami
keperluan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmtan pelancongan. Rajah 3.1
menunjukkan rangka kerja teoritikal bagi kawasan kajian.
35
Rajah 3.1: Rangka Kerja Teoritikal di Bandar Penawar
3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian
Bahagian ini akan memperincikan berkaitan dengan lokasi kawasan kajian,,
pihak berkuasa tempatan, kemudahan dan infrastruktur Bandar Penawar sebagai
pemahaman awal terhadap kawasan kajian ini. Pembangunan Bandar Penawar amat
berkait rapat dengan pembangunan pelancongan di Desaru.
36
3.3.1 Lokasi Kawasan Kajian
Bandar Penawar terletak di sebahagian mukim Pantai Timur dan mukim Tg
Surat di dalam daerah Kota Tinggi Negeri Johor. Berdasarkan hierarki pusat
penempatan di Negeri Johor (RSN Johor, 1986), Bandar Penawar di kategorikan
sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri. Kedudukan Bandar Penawar agak strategik
iaitu berada di antara pusat konurbasi pertumbuhan wilayah atau pusat separa
wilayah negeri iaitu Bandar Kota Tinggi dengan penempatan kecil Sungai Rengit.
Jarak Bandar Penawar dengan pusat Bandar Kota Tinggi adalah 50 kilometer
manakala dari pekan Sungai Rengit pula adalah sejauh 30 kilometer. Bandar
Penawar mempunyai keluasan 256.60 hektar dan telah dibahagikan kepada 6 zon
utama guna tanah iaitu zon perdagangan, zon institusi dan kemudahan masyarakat,
son kediaman, zon perindustrian, zon infrastuktur dan utiliti serta kawasan lapang
dan rekreasi. Pembangunan Bandar Penawar amat berkait rapat dengan
pembangunan pelancongan di Desaru, Tg Balau dan Batu Layar.
Bandar Penawar mempunyai keluasan 256.60 hektar dan telah dibahagikan
kepada 6 zon utama guna tanah iaitu zon perdagangan, zon institusi dan kemudahan
masyarakat, son kediaman, zon perindustrian, zon infrastuktur dan utiliti serta
kawasan lapang dan rekreasi. Mengikut laporan, zon institusi dan kemudahan
masyarakat serta kediaman merupakan pecahan terbesar iaitu sebanyak 31 peratus.
Daripada peratusan tersebut, zon institusi dan kemudahan masyarakat menggunakan
sejumlah 84.94 ekar manakala perumahan pula adalah 83.94 ekar. Populasi
penduduk Bandar Penawar pula mengikut bancian yang dijalankan pada tahun 2009
mendapati jumlah keseluruhan adalah seramai 10315 orang termasuk pelajar IPTS
dan pekerja ladang di dalam kawasan ini. Daripada bancian juga didapati majoriti
bangsa atau keturunan yang mendiami Bandar Penawar adalah bangsa Melayu iaitu
seramai 1212 buah keluarga, 99 buah keluarga berbangsa Cina dan 9 buah keluarga
berbangsa India.Pembangunan infrastruktur dan kemudahan di Bandar Penawar
adalah dibawah bidang kuasa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu
37
sebuah agensi pembangunan luarbandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah. Selain itu, Bandar Penawar juga telah dibangunkan bagi
menyokong industri pelancongan DESARU.
Bandar Penawar Desaru
Rajah 3.2: Peta Lokasi Kawasan Kajian (Bandar Penawar)
38
3.3.2 Pihak Berkuasa Tempatan
Kawasan kajian iaitu Bandar Penawar terletak di bawah pentadbiran
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bermula pada tahun 1972. Sebelum
kawasan kajian dibuka, tetuan Hunting Technical Services Ltd telah menyatakan
didalam Johor Tenggara Regional Master Plan bahawa pelancongan adalah sumber
ekonomi bagi penempatan baru ini. Pada tahun 1976, KEJORA diberi peranan
sebagai Kerajaan Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Selain
daripada itu, KEJORA juga berperanan untuk membangunkan kawasan kajian
kepada sebuah bandar baru yang berfungsi sebagai pusat penempatan kakitangan
kerajaan dan hotel disekitarnya.
3.3.3 Pembangunan Kemudahan atau Infrastruktur
Pembangunan kemudahanatau infrastruktur di Bandar Penawar adalah
dibawah bidang kuasa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu sebuah
agensi pembangunan luarbandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah. Selain itu juga Bandar Penawar telah dibangunkan bagi menyokong
industri pelancongan DESARU.
Pintu Masuk Bandar Penawar Masjid As Syifa’ Bandar Penawar
39
Rajah 3.3: Kemudahan- Kemudahan Yang Disediakan Di Bandar Penawar 3.4 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian Bagi pemilihan Bandar Penawar sebagai kawasan kajian ini, ia
mengambilkira beberapa kriteria bertujuan memudahkan pemilihan ini dijalankan.
Antara kriteria pemilihan adalah pertama Bandar Penawar dibangunkan khusus
sebagai Bandar perkhidmatan pelancongan bagi menyokong pembangunan
pelancongan Desaru. Sebagai bandar perkhidmatan pelancongan diharap dengan
kajian ini dilaksanakan dapat membantu untuk mengetahui sejauhmana kemampuan
Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan untuk menyokong
pembangunan pelancongan wilayah KEJORA. Selain daripada itu, pihak KEJORA
Dataran Tasek Bandar Penawar Pusat Informasi Bandar Penawar
Pusat Pengajian Tinggi Bandar Penawar
Klinik dan Makanan Segera Bandar Penawar
40
telah membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk memastikan
keselesaan penduduk setempat dan pelancong. Walaupun begitu setelah lebih tiga
puluh tahun Bandar Penawar dibuka kewujudan pelancong yang memasuki bandar
ini tidak serancak yang dijangka. Maju mundurnya Bandar Penawar amat bergantung
kepada pembangunan pelancongan Desaru. Ini kerana pelancongan di kawasan
berhampiran bukannya sebuah industri sebaliknya terdiri daripada gugusan pelbagai
industri yang berkaitan antara satu sama lain.
3.5 Rekod Ketibaan Pelancong
Rekod ketibaan pelancong terbahagi kepada dua iaitu rekod ketibaan
pelancong daripada hotel ataupun rekod berdasarkan kemasukkan pelancong
daripada pihak imigresen. Bagi kajian ini di mana kawasan kajian melibatkan Bandar
Penawar, rekod ketibaan pelancong daripada hotel adalah lebih sesuai digunakan
memandangkan sebahagian besar hotel adalah terletak sekitar kurang 10km radius.
Jadual 3.2 menunjukkan rekod ketibaan pelancong ke Desaru berdasarkan bilangan
pelancong yang menginap di hotel. Dapat dirumuskan daripada jadual di bawah,
rekod ketibaan pelancong ke Desaru pada tahun 2009jumlah kedatangan pelancong
telah menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Penurunan ini berlaku akibat penularan wabak influenza A H1N1 yang
menyebabkan ramai orang tidak mahu melancong serta mereka mengelak daripada
berdepan risiko dijangkiti penyakit ini. Akan tetapi pada tahun 2010, rekod
kedatangan pelancong kembali menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 10 peratus
bagi pelancong tempatan dan pelancong asing. Ini kesan daripada pertumbuhan
ekonomi serta pendapatan yang semakin baik dan terkawalnya penyakit H1N1.
Walaubagaimanapun jumlah kedatangan pelancong sekali lagi menunjukkan
penurunan sebanyak 12 peratus pada tahun 2011 kerana perkhidmatan feri daripada
Singapura ke Tanjung Belungkor yang tidak konsisten sepanjang tahun tersebut.
41
Jadual 3.2: Rekod Ketibaan Pelancong Berdasarkan Statistik Imigresen danHotel ke
Desaru
Tahun Jumlah Pengunjung Peratus 2008 271309 - 2009 217240 Penurunan 20% 2010 238964 Peningkatan 10% 2011 208844 Penurunan 12%
Sumber: Bahagian Pelancongan KEJORA (2012)
Manakala untuk kadar peratusan penginapdi hotel seperti Jadual 3.3 di
bawah, terdapat peningkatan peratusan dari tahun 2009 sehingga 2011. Ini
menunjukkan pelancong masih menginap di hotel berdekatan Bandar Penawar
walaupun tidak melawat Bandar Penawar. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa
faktor tiada kemudahan feri pada awal tahun 2011 bukan satu isu kepada pelancong
untuk melawat Bandar Penawar.
Jadual 3.3 Rekod Kadar Purata Peratusan Penginapan
Tahun Kadar Peratusan Penginapan 2009 27.65%
2010 30.24%
2011 31.54%
Sumber: Bahagian Pelancongan KEJORA (2012)
3.6 Pembangunan di Bandar Penawar Pembangunan di Bandar Penawar terbahagi kepada tiga iaitu pembangunan
semasa, pembangunan di sekitar Desaru dan pembangunan akan datang. Secara
42
keseluruhannya, ia menunjukkan perubahan pembangunan di Bandar Penawar
mengikut peredaran masa.
3.6.1 Pembangunan Semasa
Bandar Penawar telah dibangunkan pada tahun 1972 di mana pada awal
penubuhannya ia berfungsi sebagai pusat penempatan untuk kakitangan kerajaan.
Pada ketika itu, hanya terdapat lebih kurang 100 buah rumah pada fasa pertama,
namun begitu setelah 35 tahun kewujudan Bandar Penawar, pelbagai infrastruktur
telah disediakan untuk menyokong pembangunan pelancongan Desaru serta
menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Walaubagaimanapun, mulai
awal tahun 2010, pembangunan yang lebih rancak berlaku seperti pertambahan
kedai-kedai serbaneka, kedai makan, restoran makanan segera, pasaraya dan taman-
taman perumahan.baru di Bandar Penawar
3.6.2 Pembangunan di Sekitar Bandar Penawar
Bandar Penawar merupakan bandar perkhidmatan di mana ia bertindak
sebagai penyokong kepada pembangunan pelancongan Desaru. Pembangunan di
Bandar Penawar berkait rapat dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada
kakitangan yang berkhidmat di hotel dan resort di sekitar Desaru, kemudahan
keperluan harian, pusat informasi pelancong, kemudahan perkhidmatan kesihatan
dan keselamatan, perkhidmatan pengangkutan dalaman dan antara bandar,
kemudahan telekomunikasi, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang tenis,
futsal dan stadium. Rajah 3.4 menunjukkan pembangunan produk-produk
pelancongan yang wujud di sekitar Bandar Penawar. Manakala Rajah 3.5 pula
43
menunjukkan perubahan pembangunan di Desaru antara tahun 1970an dan 1990an.
Perubahan tersebut adalah pembangunan chalet-chalet dan resort untuk menyokong
industri pelancongan di Desaru.
Rajah 3.4: Pembangunan PelanconganSekitar Bandar Penawar
44
Rajah 3.5: Perubahan Pembangunan Pelancongan Di Desaru
3.6.3 Pembangunan Akan Datang
Taburan pembangunan yang akan berlaku sehingga tahun 2020 dijangka
melibatkan hampir keseluruhan semenanjung Pengerang dan kebanyakannya akan
tertumpu di sepanjang pantai Johor Tenggara. Keluasan keseluruhan pembangunan
tersebut adalah 30000 hektar dan hampir 80 peratus dimiliki oleh individu dan
pelabur swasta untuk tujuan pembangunan pelancongan. Terdapat beberapa
pembangunan yang berimpak tinggi yang akan mempengaruhi pembangunan
kawasan kajian seperti pembangunan Bio Desaru yang mempunyai keluasan 9000
ekar, pembangunan pelancongan Buckingham by the Sea yang berkeluasan 300 ekar,
pembangunan pelancongan oleh Khazanah dan Desaru Development Corporation
yang berkeluasan sebanyak 4000 ekar serta Pembangunan Penapisan Minyak dan
Petrokimia seperti Rajah 3.6 di bawah:
1970an 1990an
45
Rajah 3.6: Taburan Pembangunan di sekitar Bandar Penawar
Di antara pembangunan yang dinyatakan di atas , dijangkakan hanya dua
pembangunan yang akan benar-benar memberi impak terus kepada pembangunan
Bandar Penawar iaitu Pembangunan Pelancongan Desaru oleh Khazanah Nasional
Berhad bersama Desaru Development Corporation dan Pembangunan Bio Desaru.
Kedua-dua pembangunan ini berada di dalam anggaran kurang daripada 10km radius
daripada kawasan kajian. Pertama,pembangunan yang akan dilaksanakan oleh
Khazanah Nasional Berhad bersama Desaru Development Corporation akan
merangkumi 3 fasa utama seperti Rajah 3.7.
1
1 22
3
4
5
6
46
Rajah 3.7: Fasa Pembangunan Pelancongan Desaru
Konsep pembangunan pelancongan yang dirancang oleh Khazanah Nasional
Berhad adalah pelancongan mewah.Rajah 3.8 menunjukkan fasa pertama yang
dijangka akan siap pada tahun 2015. Di antara komponen pembangunan yang akan
disiapkan pada Fasa 1 adalah seperti padang Golf Ernie Erls 27 lubang dan padang
Golf Vijay Singh 18 lubang dan keduanya dilengkapi dengan rumah kelab serta
perumahan mewah, 3 buah hotel dan resort iaitu Sheraton Desaru Resort &
Convention Center, Aman Country Club dan Datai Desaru Hotel, taman tema air dan
marin serta taman hiburan Riverwalk.
47
Rajah 3.8: Pelan Pembangunan Fasa 1 Khazanah Berhad dan Desaru Development Corporation
Kedua adalah kawasan pembangunan ‘Bio Desaru’ seluas 9,000 ekar yang
akan menjadi sebuah hub lembah makanan organik terbesar di Malaysia.Rajah 3.9
pula menunjukkan komponen pembangunan terdiri daripada kawasan agro,
akuakultur, ladang ternakan dan kawasan pelancongan serta perkhidmatan dan
dijangka 4000 peluang pekerjaan akan dijana melalui pembangunan ini. Fasa
pertama pembangunan telah dilaksanakan bermula pada tahun 2011 dan dijangka
siap pada tahun 2015.
48
Rajah 3.9: Komponen utama Bio Desaru
3.7 Rumusan
Keberkesanan fungsi bandar perkhidmatan adalah bergantung terus kepada
kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga
kesediaan penduduk. Perbandingan kemudahan yang disediakan di Bandar Hua Hin,
Thailand dan Cancun, Mexico adalah amat jauh berbeza tetapi kedua-dua bandar ini
berskala besar dan bertaraf daerah. Bandar Penawar hanyalah sebuah bandar baru,
walaubagaimanapun kemudahan-kemudahan yang disediakan di kedua-dua bandar
tersebut boleh dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kemudahan di
Bandar Penawar sekiranya sesuai.
BAB 4 ANALISIS DAN SINTESIS
49
BAB 4
ANALISIS DAN SINTESIS
4.1 Pengenalan
Bab ini merupakan analisis data dan sintesis daripada soal selidik yang
dijalankan di empat lokasi iaitu Pusat Informasi Bandar Penawar, Pantai Tg Balau,
The Pulai Desaru Beach Resort & Spa dan Lotus Desaru Beach Resort. Analisis ini
akan terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama profil pelancong,
bahagian kedua perlakuan pelancong, bahagian ketiga persepsi umum, bahagian
keempat persepsi pelancong dan bahagian kelima analisis temubual bersama agensi
kerajaan, pengusaha hotel dan resort, pengusaha pengangkutan dan pengusaha
restoran. Borang soal selidik ini akan memperincikan 4 aspek iaitu profil pelancong,
perlakuan/motivasi pelancong, persepsi umum mengenai kawasan kajian dan
persepsi pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di kawasan kajian. Jadual
4.1 menunjukkan aliran aspek-aspek analisis yang akan dirumus berdasarkan apa
yang telah ditanya kepada pelancong. Manakala temubual pula memfokus kepada
beberapa aspek seperti pandangan terhadap fungsi bandar perkhidmatan
pelancongan,kesediaan dan kesanggupan untuk melatih kakitangan serta menghadiri
latihan, perancangan dan usaha meningkatkan kemudahan serta akhir sekali halangan
dan masalah. Analisis SWOT juga dijalankan bagi mengetahui kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman di Bandar Penawar. Seterusnya, bahagian ini akan
50
menganalisis faktor-faktor berkaitan dengan persepsi dan kesanggupan stakeholders
terhadap Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Selain itu,
analisis ini juga akan menghuraikan tahap keupayaan stakeholders terhadap
perkhidmatan pelancongan, kesanggupan penyedia perkhidmatan, kehendak dan
kemahuan pelancong serta masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan
Bandar Penawar sebagai sebuah bandar perkhidmatan pelancongan Seterusnya
sintesis dilakukan sebagai rumusan untuk analisis dan diikuti dengan rumusan
keseluruhan bagi bab ini. Aspek-aspek yang dikaji di dalam menilai Bandar Penawar
sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan adalah seperti Jadual 4.1 di bawah:
Jadual 4.1: Aspek-Aspek Analisis Fungsi Bandar Penawar
Analisis Ukuran
A: Profil Pelancong
1. Jantina 2. Umur 3. Asal 4. Status pekerjaan 5. Pendapatan
B: Perlakuan/motivasi pelancong
1. Tempoh masa melancong 2. Bilangan orang melancong bersama 3. Bersama siapa pergi melancong 4. Tujuan utama melancong ke 5. Tempat penginapan semasa bercuti
C: Persepsi Umum 1. Sumber Mengenai Bandar Penawar 2. Keinginan untuk Berkunjung 3. Kekerapan kunjungan 4. Motivasi untuk berkunjung 5. Kemudahan yang boleh diperolehi di Bandar Penawar 6. Keutamaan kemudahan yang dipilih semasa bercuti 7. Apakah yang membuat Banadar Penawar lain daripada bandar-bandar lain. 8. Cadangan penambahbaikan
D: Persepsi Pelancong 1. Kemudahan tempat tinggal 2. Makanan dan Minuman 3. Hiburan 4. Kemudahan Interner 5. Kemudahan Bank 6. Kemudah Informasi 7. Kemudahan Pengangkutan 8. Keselamatan
51
4.2 Sampel Saiz Kajian
Bagi menentukan saiz sampel kajian,semakan dibuat di Pejabat Pelancongan
KEJORA dan mendapati kedatangan pelancong ke pusat informasi pada tahun 2011
hanyalah 11 orang. Berdasarkan jumlah tersebut pengkaji memutuskan untuk
mendapatkan 100 orang responden untuk tujuan soal selidik seperti di Rajah 4.2.
Walau bagaimanapun saiz sampel sebenar yang telah diperolehi adalah 60 orang
pelancong kurang daripada target sepatutnya iaitu 26 (52%) pelancong asing dan 34
(68%) pelancong domestik. Kedua-dua kategori pelancong tidak mencapai target
seperti yang telah ditetapkan.kerana mereka tidak tidak pernah singgah di Bandar
Penawar dan faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan mereka tidak selesa
berkunjung ke Bandar Penawar.
Jadual 4.2: Sampel Saiz Responden
TARGET SAMPEL (RESPONDEN) SAMPEL TERKUMPUL
Domestik Asing Jumlah Domestik Asing Jumlah
50 50 100 51 39 90
4.3 Analisis Responden
Bahagian ini akan menganalisis profil umum pelancong dari aspek profil
pelancong, perlakuan serta motivasi pelancong, persepsi umum dan persepsi
pelancong terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan di kawasan kajian..
Pelancong juga diberi peluang untuk menyatakan keperluan semasa melancong dan
cadangan untuk menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan di kawasan kajian.
Bagi analisis ini juga maklum balas dari pelancong tempatan dan pelancong asing
52
akan diasingkan bagi memudahkan lagi analisis ini dijalankan. Antara analisis bagi
bahagian ini adalah seperti berikut:
4.3.1 Profil Pelancong
PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING
1. Jantina
Majoriti adalah pelancong lelaki iaitu
52.9%
Majoriti pelancong asing juga lelaki
iaitu 53.8%
2. Umur
Majoriti adalah pelancong di
peringkat umur 41 hingga 55 tahun
Peratusan yang sama untuk peringkat
umur daripada 18 hingga 55 tahun.
53
PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING
3. Pekerjaan
Majoriti adalah penjawat awam iaitu
41.2%
Majoriti adalah professional iaitu
30.8%
4. Pendapatan
Majoriti berpendapatan RM1501
hingga RM3000 iaitu 52.9%
Majoriti pendapatan adalah RM3001
hingga RM5000 iaitu 38.5%
54
4.3.2 Perlakuan Pelancong
PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING
1.. Tempoh Masa Melancong
Majoriti adalah pelancong lelaki
iaitu 52.9%
Majoriti pelancong asing juga lelaki iaitu
53.8%
2. Melancong bersama siapa
Majoriti melancong bersama
keluarga iaitu 82.4%
Majoriti melancong bersama kawan-
kawan iaitu 38.5%
55
4.3.3 Persepsi Umum
PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING
1.. Sumber Maklumat Mengenai Bandar Penawar
Majoriti maklumat diperolehi
daripada kawan-kawan dan
saudara iaitu 47.1%
Majoriti maklumat diperolehi daripada
pihak hotel iaitu 38.5%
2. Keinginan Melawat Bandar Penawar
Majoriti pelancong berkeinginan
untuk ke Bandar Penawar iaitu
76.5%. Peratusannya lebih rendah
dibandingkan dengan pelancong
asing.
Majoriti pelancong berminat untuk ke
Bandar Penawar 84.6%
56
PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING
3. Motivasi Untuk Ke Bandar Penawar
Majoriti maklumat diperolehi
daripada kawan-kawan dan
saudara iaitu 47.1%
Majoriti maklumat diperolehi daripada
pihak hotel iaitu 38.5%
4. Fasiliti Yang Boleh Diperolehi Di Bandar Penawar
Majoriti pelancong menyatakan
kedai makan dengan 76.5%
Majoriti menyatakan kedai serbaneka
iaitu 30.8%
57
4.4 Analisis Persepsi Pelancong 4.4.1 Kemudahan Penginapan
Pelancong domestik dan pelancong asing secara keseluruhannya bersetuju
bahawa kemudahan penginapan mudah dicari, berbaloi, berkualiti dan kakitangan
yang bertugas memberi layanan yang mesra dan peramah. Ini berdasarkan purata
yang diperolehi untuk kemudah sampaian dan staf yang peramah dan mesra adalah
melebihi 4.0, manakala pelancong domestik mempunyai purata 4.0 dan pelancong
asing adalah 3.92 untuk kategori berbaloi/pulangan nilai wang. Kedua-dua
pelancong berpendapat bahawa kualiti perkhidmatan di tempat penginapan hanya
pada tahap memuaskan. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan fizikal bangunan yang
tiada seliaan.
Jadual 4.3: Min Kemudahan Penginapan
Pelancong Kemudah sampaian
Berbaloi/ Pulangan nilai wang
Kualiti perkhidmatan
yang tinggi
Staf yang peramah
dan mesra
Domestik Mean 4.00 4.00 3.76 4.18
N 51 51 51 51 Std.
Deviation .791 .935 .437 .728
Asing Mean 4.08 3.92 3.62 4.15 N 39 39 39 39
Std. Deviation .494 .954 .870 .689
Total Mean 4.03 3.97 3.70 4.17
N 90 90 90 90 Std.
Deviation .669 .928 .651 .699
58
4.4.2 Kemudahan Makanan dan Minuman
Pelancong domestik dan pelancong asing bersetuju dengan kemudah
sampaian ke tempat kemudahan makanan dan minuman di Bandar Penawar kerana
kebanyakan tempat makan terletak di pusat bandar. Kedua-dua kumpulan pelancong
bersetuju dengan kualiti perkhidmatan yang agak baik. Tahap kebersihan dan
pelbagaian makanan adalah pada tahap biasa dan tiada yang istimewa pada pendapat
kedua-dua pelancong.
Jadual 4.4: Min Kemudahan Makanan dan Minuman
Pelancong Kemudah sampaian
Kepelbagaian makanan
Tahap kebersihan
Kualiti perkhidmatan
Domestik
Mean 3.82 3.29 3.4118 3.5882
N 51 51 51 51 Std.
Deviation .529 .849 .71229 .61835
Asing
Mean 4.00 3.46 3.4615 3.6154 N 39 39 39 39
Std. Deviation .577 .776 .77625 .65044
Total
Mean 3.90 3.37 3.4333 3.6000 N 90 90 90 90
Std. Deviation .548 .809 .72793 .62146
59
4.4.3 Kemudahan Hiburan
Kedua-dua kumpulan pelancong berpendapat bahawa acara hiburan yang
dijalankan tidak dipromosikan dengan baik. Oleh yang demikian, pihak yang
bertanggungjawab perlu memperkukuhkan lagi kegiatan promosi bagi setiap acara
yang dianjurkan. Kekerapan menganjurkan aktiviti juga perlu dipertingkatkan.
Walaubagaimanapun kekerapan penganjuran tidak akan mendapat reaksi positif
sekiranya kegiatan promosi tidak dipertingkatkan
Jadual 4.5: Min Kemudahan Hiburan
Pelancong Promosi acara yang dirancang sangat baik
Kekerapan yang mencukupi
Domestik Mean 2.8824 3.412 N 51 51 Std. Deviation .99262 .6183
Asing Mean 3.0000 3.308 N 39 39 Std. Deviation .70711 .4804
Total Mean 2.9333 3.367 N 90 90 Std. Deviation .86834 .5561
60
4.4.4 Kemudahan Internet
Pelancong domestik dan pelancong asing bersetuju dengan kewujudan spot
WIFI dan pusat internet walaubagaimanapun kedua-duanya tidak berpuas hati
dengan kelajuan capaian internet. Purata untuk kelajuan capaian hanyalah 2.76..
Jadual 4.6: Min Kemudahan Internet
Pelancong Wujud spot WIFI dan pusat internet
Kelajuan capaian tinggi
Domestik Mean 3.1176 2.5294
N 51 51 Std. Deviation .85749 .79982
Asing Mean 3.1538 3.0769
N 31 31 Std. Deviation .55470 .64051
Total Mean 3.1333 2.7667
N 90 90 Std. Deviation .73030 .77385
4.4.5 Kemudahan Perbankan
Kedua-dua kategori pelancong hanya berpuashati dengan kemudahan bank
yang terdapat di Bandar Penawar
61
Jadual 4.7: Min Kemudahan Perbankan
Pelancong Kemudah sampaian
Kemudahan perbankan mencukupi (ATM,Money
Changer)
Domestik Mean 3.6471 3.0588
N 51 51 Std. Deviation .78591 .96635
Asing Mean 3.6923 3.4615
N 39 39 Std. Deviation .63043 .66023
Total
Mean 3.6667 3.2333
N 90 90
Std. Deviation .71116 .85836
4.4.6 Kemudahan Informasi
Pelancong domestik dan asing bersetuju mengenai kakitangan Pusat
Informasi peramah dan mesra tetapi masih belum memuaskan lagi ini mungkin
disebabkan oleh masalah komunikasi kakitangan yang ditugaskan. Mengikut
pandangan mereka papan tanda dan brosur yang disediakan di Pusat Informasi adalah
mencukupi Walaubagaimanapun, pelancong asing agak kurang mengetahui
mengenai kewujudan pusat informasi berbanding dengan pelancong domestik tetapi
berbezaan purata keduanya agak kecil iaitu 3.23 berbanding 3.41.
62
Jadual 4.8: Min Kemudahan Informasi
Pelancong Wujud Pusat
Informasi Pelancongan
Papan tanda dan brosur yang
mencukupi
Staf di Pusat Informasi peramah
dan mesra
Domestik
Mean 3.41 3.41 3.65
N 51 51 51 Std.
Deviation .870 .618 .493
Asing
Mean 3.23 3.38 3.69
N 39 39 39 Std.
Deviation .725 .650 .480
Total
Mean 3.33 3.40 3.67
N 90 90 90 Std.
Deviation .802 .621 .479
4.4.7 Kemudahan Pengangkutan
Pelancong domestik adalah lebih berpuas hati mengenai perkhidmatan
pengangkutan awam yang disediakan berbanding pelancong asing ini
berkemungkinan disebabkan oleh kebanyakan pelancong domestik jarang
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Walaupun begitu, kedua-dua
kumpulan pelancong ini bersetuju dengan tambang yang dikenakan adalah
berpatutan.
63
Jadual 4.9: Min Kemudahan Pengangkutan
Pelancong Perkhidmatan
pengangkutan awam yang baik
Tambang yang berpatutan
Domestik
Mean 3.41 3.88 N 51 51
Std. Deviation 1.004 .697
Asing
Mean 3.15 3.69 N 39 39
Std. Deviation .899 .480
Total
Mean 3.30 3.80 N 90 90
Std. Deviation .952 .610
4.4.8 Kemudahan Keselamatan
Pelancong asing berpandangan bahawa Bandar Penawar adalah sebuah
bandar yang selamat kerana purata pelanconga asing adalah 3.62 berbanding dengan
purata pelancong domestik hanyalah 3.41. Kedua-dua kategori berpendapat bahawa
operasi klinik pada tahap biasa kerana kedua-duanya mempunyai purata yang hampir
sana iaitu 3.56 dan 3.46 seperti di Jadual 4.10.
64
Jadual 4.10: Min Kemudahan Keselamatan
Pelancong Tahap keselamatan yang tinggi
Waktu operasi klinik yang fleksibel
Domestik Mean 3.41 3.59
N 51 51 Std. Deviation .712 .939
Asing Mean 3.62 3.46
N 39 39 Std. Deviation .506 .660
Total Mean 3.50 3.53
N 90 90 Std. Deviation .630 .819
4.5 Analisis Temubual
Berdasarkan keperluan semasa industri pelancongan yang turut menuntut
komitmen dan kerjasama pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan, analisis ini juga
melibatkan beberapa pihak kerajaan dan swasta untuk melihat sokongan-sokongan
dan bentuk kerjasama yang sanggup disumbangkan kepada pembangunan Bandar
Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan dan seterusnya menarik lebih
ramai lagi pelancong untuk melawat ke Bandar Penawar.
Empat kumpulan stakeholders telah dikenalpasti iaitu Pengurusan KEJORA,
Pengusaha Pelancong atau Pembangunan, Pengusaha Makanan, dan Pengusaha
Pengangkutan. Daripada kesemua kumpulan tersebut, pengkaji berharap aspek-aspek
fizikal seperti kemudahan-kemudahan asas, infrastuktur dan aspek sosio-ekonomi
65
juga dapat dikaji bagi melihat masalah-masalah dan potensi daripada aspek-aspek
tersebut yang boleh mempengaruhi kesediaan dan perkembangan Bandar Penawar
sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Hasil daripada analisis akan
merumuskan tahap kesediaan dan sejauh mana keberkesanan Bandar Penawar
sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Antara butiran pihak yang terlibat adalah
seperti Jadual. 4.11.
Jadual 4.11: Butiran Pihak yang Ditemubual Bil Pihak yang ditemubual Tema A1 Encik Azizan Md Rais 1-Persepsi
2- Keupayaan 5- Halangan dan kelemahan
A2 Tuan Haji Zainal Abidin bin Ali A3 Encik Hamzah Isa B1 Ms Indra Ghandhi 1-Persepsi
2- Keupayaan 3- Kesanggupan 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan
B2 Encik Azmi Sharuddin B3 Lt Col Jamal Salleh B4 Encik Ramadhan
C1 Din’s Corner
2- Keupayaan 3- Kesanggupan 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan
C2 Elias : Bahtera Mas
D1 Parman (Teksi) 2- Keupayaan 3- Kesanggupan 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan
D2 Maraliner
4.5.1 Analisis Persepsi Stakeholders
Daripada persepsi Pengurus Besar KEJORA, beliau mengakui bahawa
Bandar Penawar berpotensi untuk terus maju dengan adanya tiga pembangunan
mega yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu Refinery and Petroleum
Integrated Development (RAPID), Pembangunan Pelancongan Khazanah Desaru
Development Corporation dan BioDesaru.
66
”Saya melihat Bandar Penawar akan terus berkembang, walaupun agak perlahan
sebelum ini mungkin salah satu faktor adalah tiada perkhidmatan bank. Pihak
KEJORA telah mengenalpasti tindakan jangka pendek yang perlu bagi Bandar
Penawar adalah penyediaan keperluan asas seperti pembinaan rumah dan juga
memastikan keindahan bandar dan kawal selia kemudahan yang sedia ada
dipertingkatkan.”( A1)
Manakala beliau menyatakan bahawa aktiviti tarikan pelancong di Bandar
Penawar adalah agak terhad.
”Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan program atau aktiviti yang dilaksanakan
di Bandar Penawar ini hanya berskala kecil walaubagaimanapun aktiviti tarikan
pelacong ini perlu dipertngkatkan dan pihak KEJORA sedang mengkaji keperluan
untuk MICE dan showcasee kebudayaan di sini” (A1)
Bandar Penawar akan berkembang dengan lebih pesat dan penduduk Bandar
Penawar harus bersedia untuk menerima perubahan ini.
“Saya menjangkakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan dating Bandar
Penawar sekurang-kurangnya akan menjadi tempat tumpuan penempatan untuk
ketiga-tiga pembangunan mega ini”. (A2)
“Satu perkembangan yang positif dan penduduk setempat perlu mengambil manfaat
daripada pembangunan ini” (A3)
Bandar Penawar tidak mempunyai keistimewaan yang boleh ditawarkan
kepada pelancong.
67
“Nothing special in Bandar Penawar,I would rather send my guests to Sg Rengit for
seafood” (B1)
“Pelancong yang tinggal di Resort sentiasa mencari sesuatu yang berbeza terutama
yang tinggal lebih daripada 2 hari” Tetapi mereka tidak bersedia untuk menempuh
perjalanan yang jauh” (B2)
4.5.2 Analisis Keupayaan Sumber Manusia
Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya perkembangan Bandar
Penawar tidak bergerak seiring dengan pembangunan yang akan dibangunkan
terutamanya kesediaan modal insan penduduk sekitar terutamanya di Bandar
Penawar. Beliau menegaskan bahawa :
”Saya hanya khuatir Bandar Penawar dan kawasan sekitarnya tidak dapat
menyediakan modal insan yang secukupnya terutama diperingkat profesional dan
pengurusan di dalam ketiga-tiga pembangunan mega ini. Kelemahan KEJORA
adalah peruntukan yang disalurkan tidak setanding dengan agensi-agensi lain
seperti Iskandar Regional Development Authotiry (IRDA)” (A1)
”Walaupun keupayaan dari segi bajet untuk membangunkan modal insan yang
berkemahiran agak terhad tetapi ia boleh dilaksanakan dengan konsep kolabrasi
dengan institusi pengajian dan NGO.Kebimbangan saya adalah penerimaan
penduduk setempat untuk berubah dan menyahut kehendak pembangunan ini.” (A2)
”Kami mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerja tempatan sama ada tenaga
mahir ataupun tidak. Bekerja sehari sudah cabut ”(B1)
68
Sumber manusia adalah satu aset penting dalam industri pelancongan dan
kesemua pengusaha meluahkan rasa kesusahan untuk mendapatkan semua peringkat
tenaga kerja daripada rank and file hingga ke peringkat profesional.
”Apabila Desaru dibuka nanti kami memerlukan sekurang-kurangnya 200 pekerja
untuk fasa pertama. Melalui pengalaman saya masalah utama untuk mencari
kakitangan eksekutif dan pengurusan. Sesetengahnya bersedia untuk berkhidmat
tetapi mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa inggeris, walaupun lepasa
ijazah”(B3)
”Janji Bio Desaru kepada kerajaan Negeri adalah tidak menggaji pekerja asing dan
keutamaan kepada penduduk sekitar kerana kami tidak bercadang untuk
menyediakan tempat tinggal. Mereka tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan Bio
Desaru. Kesediaan penduduk disini untuk menceburi bidang perladangan menjadi
tanda-tanya”(B4)
”Tiada masalah pekerja kerana hanya guna 6 orang saja. Mereka telah bekerja
dengan kami lebih 10 tahun. Pergi kursus? Semua mereka yang kerja dengan kami
ni sudah berumur dan sudah tidak berminat untuk kursus lagi (C1)
Kesemua pengusaha hotel sanggup untuk melatih tenaga kerja mereka untuk
mengikuti kursus dan latihan berkaitan dengan perkhidmatan pelancongan. Antara
beberapa kenyataan responden adalah seperti berikut :
” Pihak kami bersedia untuk melatih kakitangan samada ssecara dalaman atau ke
pusat latihan untuk latihan jangka pendek bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Kami membuat caruman HRDF pada setiap bulan, sudah tentulah latihan dan
kursus berkaitan boleh dilaksanakan tanpa ragu-ragu”(B2)
69
4.5.3 Analisis Kesanggupan Komuniti
Temubual telah dijalankan ke atas kepada Pengusaha Pelancongan,
Pengusaha Makanan,dan Pengusaha Pengangkutan bertujuan untuk melihat
sejauhmana keupayaan dan kesanggupan terhadap pelancongan secara tersurat dan
juga tersirat.
”Buka kedai setiap haripun, pelanggan tidak ramai dan gaji pekerja kena bayar
juga. Baik berniaga semasa hari bekerja sahaja. Hujung minggu akan dibuka kalau
ada tempahan.” (C1)
4.5.4 Analisis Hasrat Dan Kemahuan Terhadap Bandar Penawar
Beliau berhasrat ingn menjadikan Bandar Penawar sebuah bandar
perkhidmatan yang lengkap dan makmur. Beliau menjelaskan bahawa:
Bandar Penawar menjadi satu detinasi persinggahan untuk semua lapisan dan
golongan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. (A1)
Kesemua pengusaha hotel menaruh harapan yang tinggi terhadap Bandar
Penawar agar menjadi satu tempat One Stop Center bagi memudahkan urusan
mereka dan pelancong yang bermalam dihotel mereka”
70
”Harap pusat informasi dapat dibuka 7 hari seminggu untuk membolehkan
pelancong mendapat maklumat mudah dan tepat”(B1)
Harapan para peniaga supaya pihak KEJORA dapat merancang sesuatu untuk
menghidupkan Bandar Penawar semoga lebih ceria dan meriah.
”KEJORA mungkin boleh adakan pasar karat di pusat bandar supaya ia lebih
meriah terutama waktu malam yang suram”(C1)
4.5.5 Analisis Halangan dan Kelemahan Bandar Penawar
Beliau meluahkan rasa sedikit terkilan kerana pertumbuhan Bandar Penawar
agak perlahan berbanding dengan Sg Rengit.
Bandar Penawar sepatutnya lebih dikenali dan maju daripada Sg Rengit kerana ia
berhampiran dengan Desaru. KEJORA perlu mempertingkatkan lagi usaha supaya
para pelabur yang telah dikurniakan tanah pelancongan di sini untuk
mengusahakannya. Ini untuk merancakkan lagi pembangunan kawasan ini. (A1)
4.6 Analisa SWOT Analisa SWOT ke atas Bandar Penawar adalah untuk mengetahui kekuatan,
kelemahan, ancaman dan potensi yang wujud di Bandar Penawar. Butiran analisis
adalah seperti rajah di bawah:-
71
Jadual 4.12:Analisa SWOT Bandar Penawar
Kekuatan Tanah yang banyak untuk
dibangunkan
KEJORA mempunyai kuasa
untuk merangka Rancangan
Pembangunan Bandar
Hub Pendidikan
Sumberjaya pelancongan yang
banyak
Jalinan jalan darat yang baik
dengan adanya Senai Desaru
Expressway
Hampir dengan Singapura
Kelemahan Tidak tegas dalam penguatkusaan
pembangunan tanah-tanah
pelancongan
Tiada peruntukan untuk kerja-
kerja penyelenggaraan dan
penyeliaan kemudahan dan
fasiliti sedia ada
Jalinan jalan laut yang tidak
konsisten
Tiada kemudahan untuk
pelancong seperti travel agent dan
money changer
Tiada aktiviti malam
Kedatangan pelancong yang
bermusim
Peluang Pembangunan industri minyak
dan gas, Bio Desaru dan
pelancongan Desaru Khazanah
Limpahan daripada
pembangunan Iskandar
Ancaman Kuasa Kerajaan Tempatan akan
tamat pada pertengahan 2013.
Sistem pengangkutan feri yang
tidak menentu operasinya
Waktu operasi perniagaan
makanan yang tidak konsisten
Operasi pengangkutan laut yang
tidak konsisten
72
4.7 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab empat ini merupakan analisis tahap keberkesanan
Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Berdasarkan soal selidik
dan temubual yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa Bandar Penawar perlu
menambahbaik perkhidamatan sedia ada dan untuk memastikan ia sentiasa seiring
dengan tiga pembangunan mega yang sedang rancak dibangunkan.
4.8 Kesimpulan
4.8.1 Kemudahan Pengangkutan
Hasil analisa tidak menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap kemudahan
darat terutama kepada pelancong domestik berbanding pelancong asing.
Walaubagaimanapun, perkara ini perlu titik beratkan kerana dalam tempoh 3 tahun
akan datang jumlah pekerja dan pelancong dijangka akan meningkat kepada
lebihkurang 6000 orang. Terminal bas dan teksi Bandar Penawar sebagai terminal
utama di kawasan ini maka kemudahan pengakutan seperti bas mungkin perlu
dilebarkan ke kawasan Sedili, Tanjung Pengelih dan Tanjung Belungkor.
Pelancong Singapura adalah komponen besar yang melancong di kawasan ini
maka kemudahan pengangkutan laut perlu dipertingkatkan dengan menyediakan
kemudahan feri kereta dan ia mestilah konsisten.
73
4.8.2 Kemudahan Makanan
Bandar Penawar kini mempunyai 30 buah kedai makanan tempatan dan
sebuah restoran makanan segera. Kesemua kedai makanan ini menawarkan menu
yang hampir sama seperti masakan melayu tradisional dan makanan ala thai.
Daripada pemerhatian pengkaji hampir 70% kedai makanan ini beroperasi daripada
jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang dan tidak beroperasi pada hujung minggu.
Kualiti perkhidmatan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya pada hujung
minggu dan hari kelepasan am kerana tempoh penyediaan makanan adalah lebih
daripada 30 minit untuk setiap hidangan yang ditempah.
4.8.3 Modal Insan
Tahap perkhidmatan dari segi etika dan perilaku kakitangan hotel dan kedai
makan terhadap pelanggan perlu ditingkat. Hasil daripada tinjauan yang
dilaksanakan hampir 60% pekerja ini adalah lepasan sekolah dan tiada latihan formal
diberikan.
4.8.4 Kemudahan Sokongan
Selain daripada itu Bandar Penawar juga perlu ada kemudahan asas untuk
kemudahan pelancong seperti agensi pelancongan dan perkhidmatan tiket, pengurup
wang dan pusat informasi yang beroperasi sepanjang minggu.
74
Selain daripada itu, Bandar Penawar perlu pelbagaikan aktiviti yang lebih santai
dan menghiburkan terutama pada waktu malam. Penganjuran acara hiburan perlu
diperhalusi, terancang, konsisten dan dipromosikan secara meluas dan teratur. Bandar
Penawar perlu memperbanyakkan zon internet tanpa wayar dan memastikan juga
mempunyai capaian yang laju. Pihak berkuasa tempatan harus sentiasa membuka
peluang kepada mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta atau NGO untuk sama-
sama membangunkan Bandar Penawar.
BAB 5 CADANGAN
75
BAB 5
CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bahagian ini akan memfokus kepada cadangan-cadangan untuk
meningkatkan fungsi bandar pelancongan di kawasan kajian. Terdapat dua kategori
cadangan iaitu pertama, cadangan penambahbaikan dan pembangunan kemudahan
seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan makanan dan kemudahan sokongan
manakala cadangan kedua adalah memantapkan pembangunan modal insan.
5.2 Cadangan Meningkatkan Fungsi Bandar Penawar Sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan Sepertimana yang telah dianalisa di Bab 4 terdapat 4 kemudahan utama yang
perlu ditambahbaik bagi menjadi Bandar Penawar sebuah bandar perkhidmatan yang
ceria dan menjadi tumpuan kepada pelancong yang berkunjung ke destinasi pelancongan
sekitarnya.
76
5.2.1 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Pengangkutan Bagi memantapkan aksesibiliti ke Bandar Penawar beberapa kemudahan
pengangkutan perlu dipertingkatkan seperti:
i. Menyediakan satu rangkaian perkhidmatan bas berjadual daripada
Terminal Bas Bandar Penawar ke destinasi tarikan pelancong seperti
Ostrisch Fram, Fruit Farm, Batu Layar, Tg Balau, Sedili dan Tg
Belungkor
ii. Menyediakan pondok bas berjadual di semua kawasan yang dinyatakan
di para 5.2.1 (i) untuk memudahkan pelancong mengetahui dan
merancang perjalanan mereka.
iii. Kemudahan pengangkutan darat daripada Jeti Tg Belungkor dan Tg
Pengelih mesti selaras dengan perkhidmatan feri bagi menyelesaikan
rungutan kos pengangkutan yang tinggi dikenakan oleh teksi dan
pengusaha hotel dan resort.
iv. Menyediakan kemudahan pengangkutan feri berkereta bagi
meningkatkan lagi keselesaan pengunjung Singapura yang membawa
kereta sendiri.
5.2.2 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan Bandar Penawar berpotensi untuk menjadi destinasi makanan untuk menyokong
pembangunan pelancongan sekitar. Langkah pertama yang mesti diambil oleh pihak
77
berkuasa tempatan adalah memastikan waktu operasi yang tetap terutama pada hujung
minggu atau cuti am dan menambahkan pelbagaian jenis menu yang ditawarkan.
Jadual 5.1: Perincian Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan
Insentif untuk pemilik kedai
makanan.
Dicadangkan agar pihak berkuasa tempatan untuk
memberi ganjaran dan insentif kepada peniaga yang
menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan
mengikut peraturan yang ditetapkan.
a. Menyediakan satu sistem penilaian oleh
pengguna terus kepada pihak KEJORA
melalui laman sesawangnya.
b. Penilaian pada setiap hujung tahun dan ini
akan menentukan samada sewaan boleh
disambung atau ditamatkan dan juga peniaga
layak menerima pengurangan sewaan
sebanyak 30% setahun sekiranya markah
penilaian adalah 90% ke atas.
Pusat Makanan Eksotik di atas
restoran terapung
1. Restoran Makanan Eksotik / Laut Terapung
2. Bangunkan di kawasan kolam berhampiran Medan
Selera Bandar Penawar.
3. Menu berkonsepkan makanan laut, dan eksotik
seperti belangkas dan siput gonggong.
Pusat Memancing dan DIY BBQ 1. Pelantar memancing di tapak takungan air Bandar
Penawar berhampiran dengan Stadium Bandar
Penawar.
2. Bangunkan di kawasan lapang bersebelahan
sebagai tapak berkelah bergazebo dan kemudahan
BBQ
3. Pengunjung dibenarkan untuk memasak hasil
tangkapannya sendiri.
78
Kerjasama dengan INSTEDT, KPM, IKBN dan Kolej Komuniti
1 Membangunkan sebuah pusat latihan kecantikan bersepadu bertaraf antarabangsa
2
5.2.3 Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan
Antara cadangan untuk memantapkan pembangunan modal insan adalah seperti
Rajah 5.1 manakala perincian untuk setiap cadangan adalah seperti Jadual 5.1.
Rajah 5.1: Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan
Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara perlu menjadi tunggak utama dalam
memantapkan pembangunan modal insan secara kolobrasi dan kerjasama dengan
institusi pengajian tinggi di wilayah ini seperti Institut Darul Takzim (INSTEDT),
Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
dan Kolej Komuniti.
Selain itu, membangunkan sebuah pusat latihan kecantikan bersepadu bertaraf
antarabangsa sebagai langkah pertama menarik pelancong ke Bandar Penawar. Ini bukan
sahaja dapat meningkat mutu perkhidmatan tetapi ia juga dapat mengangkat martabat
Bandar Penawar ke taraf antarabangsa.
79
Jadual 5.2: Perincian Cadangan Memantapkan Pembangunan Modal Insan
Cadangan Penerangan
Kerjasama dengan INSTEDT,
KPM, IKBN dan Kolej Komuniti
1. Menjalankan kajian keperluan latihan secara
menyeluruh bersama penyedia latihan dan
pengusaha
2. Menyediakan modul kursus dan latihan
mengikut kehendak pengusaha
3. Memantapkan kemahiran dalam bidang
pelancongan
4. Penganjuran kursus pendek oleh institusi dan
dibiayai oleh KEJORA
5. Menyediakan tenaga mahir dan separa mahir
dalam bidang pelancongan bagi menyahut
keperluan pembangunan pelancongan sekitar
terutamanya Khazanah/Desaru Development
Corporation
6. Membudayakan Think Tourism Act Tourism
Membangunkan sebuah pusat
latihan kecantikan bersepadu
bertaraf antarabangsa
Konsep Pembangunan:
-Menyediakan 6 jurusan kecantikan iaitu:-
Jurusan Kecantikan Muka dan Badan
Jurusan Kecantikan Rambut
Jurusan Solekan
Jurusan Minyak Wangi
Jurusan Rias Kuku
Jurusan Operasi, Kewangan dan Pengurusan
Spa
-Mendapat akreditasi daripada jenama unggul dunia
-Konsep yang sama telah dilaksanakan di NYC’s
West Village, NoLitaand SoHo;; Paris’ Haute
Marais dan Montmartre
80
Sasaran Utama -Golongan remaja yang berminat dengan jurusan
kecantikan
-Pengusaha butik-butik kecantikan
Tempoh Pengajian -Kolej ini menawarkan tempoh pengajian selama 6
bulan hingga 1 tahun
Manafaat Yang akan Diperolehi: 1. Mencipta kelainan di Bandar Penawar dan yang
pertama di Asia
2. Membawa masuk pelajar luar negara
3. Memberi peluang penduduk setempat untuk
mendalami bidang kecantikan secara formal
teratur dan diiktiraf antarabangsa
5.2.4 Cadangan Memantapkan Kemudahan Sokongan Rajah 5.2 menunjukkan cadangan penambahbaikan dan pembangunan
kemudahan yang perlu ada di Bandar Penawar sebagai sebuah Bandar perkhidmatan
pelancongan. Manakala Jadual 5.3 menunjukkan perincian untuk setiap cadangan yang
dikemukakan.
81
Rajah 5.2: Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan Kemudahan Sokongan
Jadual 5.3: Perincian Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan Kemudahan
Cadangan Penerangan
Pusat Pameran dan jualan
kraftangan tempatan
1.Membantu mengetengahkan produk kraftangan
tempatan secara secara teratur.
2. Memastikan kualiti kraftangan yang dihasilkan
konsisten
3. One Stop Center kraf dan akan menjadi daya
tarikan pelancong
Pusat Informasi Yang berjadual Pusat informasi hanya beroperasi pada hari Isnin
hingga Jumaat sahaja. Waktu operasi pula mengikut
Penambahbaikan dan
Pembangunan Kemudahan
Sokongan
Perkhidmatan Pusat
Informasi Berjadual
Agensi Pelancongan
dan Pemandu Pelancong
Pentas Kebudayaan dan Kesenian
Menyediakan dewan
konvensyen
Pusat Pameran dan
jualan kraftangan tempatan
82
waktu pejabat. Oleh yang demikian adalah wajar
untuk menetapkan waktu operasinya pada setiap
hari mulai 9.00 pagi hingga 6 petang.
Agensi Pelancongan dan
Pemandu Pelancong
1. Agensi Pelancongan bagi membantu promosi dan
koordinasi perjalanan pelancong di Wilayah ini.
2. Pemandu pelancong untuk menjadikan setiap
kunjungan menjadi lebih bermakna dan bermanafaat.
Pentas Kebudayaan dan
Kesenian
1. Bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor
dengan mengadakan persembahan dan pementasan
kebudayaan pada setiap Sabtu dan Ahad.
2. Pembangunan sekitar tidak menyediakan
kemudahan seumpamanya.
Menyediakan dewan konvensyen 1. Selain daripada pelancongan, Bandar Penawar
juga mempunyai institusi pendidikan yang
mempunyai lebih daripada 1000 pelajar dan ini perlu
untuk majlis graduasi
2. Dewan ini juga akan dapat menampung
persidangan dan konvensyen industry pelancongan
serta minyak dan gas
Kemudahan membeli belah 1. Penawar Street Bazaar
Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam
9.00 malam hingga 2.00 pagi. Jualan ubatan
tradisional, peralatan tradisional lama dan perhiasan.
2. Gedung Membeli belah Keluarga MYDIN
Pusat Hiburan dan Riadah 1. Panggung Wayang dan Pusat Karaoke
Akan membantu menceriakan Bandar Penawar
dengan populasi pelajar IPT dan pekerja-pekerja
83
daripada 3 pembangunan mega yang hanya
mendapat cuti satu hari cuti mingguan sahaja dan
tiada kenderaan persendirian.
2. Spa Fitness and Wellness Center
Sinonim dengan nama Penawar, seharusnya sebuah
pusat sebegini adalah amat diperlukan bukan sahaja
untuk pelancong tetapi juga penduduk setempat.
5.3 Rumusan
Bab ini dirumuskan dengan beberapa cadangan dalam usaha untuk meningkatkan
funsi Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan.. Antara cadangan
yang telah dicadangkan adalah pertama memantapkan pembangunan modal insan.
Kedua, dicadangkan pembangunan kemudahan tambahan yang unik bagi menarik
pelancong ke Bandar Penawar. Akhir sekali adalah dicadangkan dengan pembentukkan
Jawatankuasa Pemantau dan Penilai iaitu sebuah badan bebas untuk menilai
kebekesanan kemudahan di bandar perkhidmatan pelancongan Dengan adanya cadangan
ini, diharapkan fungsi bandar perkhidmatan pelancongan di kawasan kajian akan
bertambah baik dan berupaya menarik pelancong serta penduduk untuk terus singgah ke
kawasan kajian.
BAB 6 PENUTUP
84
BAB 6
PENUTUP
Bab terakhir ini akan merumuskan keseluruhan kajian. Ia dimulakan dengan isu-
isu utama di mana melibatkan fungsi Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Isu utama
adalah kekurangan kemudahan dan fasiliti yang berkait secara langsung atau tidak
langsung dengan industri pelancongan. Walaupun di dalam kawasan kajian telah
disediakan kemudahan dan fasiliti asas, namun kegagalan untuk dikawal selia
menyebabkan imej Bandar Penawar terjejas. Selain daripada itu juga, dengan
pembangunan mega yang sedang dimulakan dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya
pada tahun 2014, keperluan modal insan professional, mahir dan separuh mahir
diperlukan. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) harus agresif untuk
memastikan keperluan tenaga kerja, perumahan dan lain-lain ditangani dengan
sewajarnya. Walau bagaimanapun terdapat batasan-batasan tertentu dalam perlaksanaan
ini termasuklah sumber kewangan dan kesediaan pihak kerajaan tempatan dan penduduk
sekitar Justeru diharap cadangan yang dikemukan ini akan dapat membantu untuk
memeriahkan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan dan menjadi
tumpuan pelancong domestik dan juga pelancong asing. Agensi yang terlibat seperti
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) perlulah bertindak dengan memainkan
peranan dalam usaha meningkatkan kemudahan dan fasiliti seiring dengan pembangunan
baru disekitar.. Akhir sekali diharap Bandar Penawar dapat berfungsi sebagai bandar
perkhidmatan pelancongan yang dikenali seluruh dunia.
RUJUKAN
85
SENARAI RUJUKAN
Ashworth, G., (2009). Questioning the Urban in Urban Tourism. Springer Dordrecht
Heidelberg London: New York.
Badrul Hisham Baharuddin (2009). Pengurusan Bandar: Bimbingan PTK.
Biro Inovasi (1995) Kajian Pelan Pembangunan Wilayah Kecil Pengerang,Biro
Inovasi dan Perundingan
Busch, R., (2004). Tourism Development Framework: Tourism Spatial Framework,
City of Cape Town. National Geographic Traveler.
European Commission (2003). A Manual for Evaluating the Quality Performance of
Tourist Destinations and Services, Enterprise DG Publication, Luxembourg.
Heeley J, (2011). Inside City Tourism A European Perspective. Channel View
Publications Bristol Buffalo Toronto
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2001). Garis Panduan Perancangan dan
Piawaian Rekabentuk Imej Bandar Malaysia, Semenanjung Malaysia.
Judd D R (2003) The Infrastructure of Play Building the Tourist City M.E Sharpe
Armonk New York London England
Judd, D. R and Fainstein S. S, (1999). The Tourist City. Yale University Press New
Haven and London
Manente, M., (2005). Key Challenges for City Tourism Competitiveness. University
Ca’ Foscari of Venice.
86
Mazanec J A and Wober K W., (1997). Analysing International City Tourism
Springer Wien: New York.
McColl, K.JR., Kiel, G.G., Lusch, R.F., and Lusch, V.N., (1994). Marketing:
Concepts and Strategies, Acumen Overseas Pte. Ltd, Singapore.
Mondy R. W (2008) Human Resource Management Pearson International Edition
Page S., (1995). Urban Tourism. Routledge Topics in Tourism
Pearce, D (1992) Tourist Development Longman Scientific & Technical
Perry, D.C. , (2003). Urban Tourism and the Privatizing Discourses of Public
Infrastructure. Business Park Drive, Armonk, New York.
Smith S L J (1995) Tourism Analysis A Handbook Addison Wesley Longman
Limited
The Eurocouncil of the European Bureau (2009). Safety is Highest Priority for
Europeans on Holiday, FIA European Bureau.
Town and Country Planning: Organisation Social Infrastructure Planning Division
(2001) : Definitions of Town / City and Urban Agglomeration, India.
LAMPIRAN
A STUDY ON SERVICE TOWN: Case Study: Bandar Penawar Master of Tourism Planning, UTM
SECTION A: TOURIST PROFILE
Please tick ( / ) your answer
1. Sex
..... Male ..... Female
2. Age
..... < 18 year
..... 18-30 year
..... 31-40 year
..... 41-55 year
..... > 56 year
3. Origin
..... Domestic (Please specify :.....................................)
..... International (Please specify :................................)
4. Occupation
..... Professional
..... Government Servant
..... Technical & related
..... Sales and related
..... Student
..... Retiree
..... Self Employed
..... Unemployed
..... Others (Please specify:....................)
6. Income
..... <RM1,500
..... RM1,501-RM3,000
..... RM3,001-RM5,000
..... RM5,001-RM10,000
..... >RM10,000
..... Tiada pendapatan
SECTION B: TOURIST BEHAVIOUR
Please tick ( / ) your answer 1. Length of Stay
..... Day trip
..... 2 days
..... 3 days
..... 4 days
..... 5 days
..... 6 days
..... > 1week
2. Number of persons travel with you ..................................................................................
3. Travelling with
..... Alone
..... With Spouse
..... Business
..... Club / Associations
..... Friend
..... Family
..... Others (Please Specify:............................)
4. Purpose of Visit
..... Relax
..... Picnic
..... Business
..... Visit Friend and Relative ..... Membeli-belah
..... Seminar
..... Food
..... Culture
..... Others (Please specify:............................)
5. Resort / Chalet where you stayed
..... Lotus Desaru
..... Pulai Desaru
..... Desaru Damai
..... Pelangi Balau
..... Penawar Inn
...... Others (Specify:.......................) ..... Day trip
SECTION C: GENERAL PERCEPTION
Please tick ( / ) your answer 1. Source of Information About Bandar Penawar
..... Friends and relatives
..... Hotel
..... Travel Agent
..... Internet
..... Others (Please specify:.......................)
2. Intention to Visit While on holiday in DESARU, have you intend to visit Bandar Penawar ..... Yes ..... No (If no, please proceed to question no. 4)
3. Frequency of visit
..... First time
..... More than 1 (Please specify:.......................)
4. Motivations of Visit Bandar Penawar
..... Rest and relaxation
..... Culture and Heritage
..... Entertainment
..... Eco
..... Travelling Needs (transport, laundry, banking)
..... Others (Please specify:.......................)
5. Facilities you could find in Bandar Penawar
..... Public Transport
..... Sundry shop
..... Internet
..... Food Outlet
..... Laundry
..... Banking
..... Clinic
..... Others (Please Specify:.................)
6. Facilities preferred when travelling base on priority
i........................................................................... ii.......................................................................... iii......................................................................... iv......................................................................... v..........................................................................
7. What makes Bandar Penawar different from other service town that you have visited
................................................................................. ................................................................................. ................................................................................. .................................................................................
8. Suggestion to improve the facilities in Bandar Penawar
................................................................................. ................................................................................. ................................................................................. .................................................................................
LAMPIRAN 1
SECTION D: TOURIST PERCEPTION (Please circle your answer)
PERCEPTION 1: Strongly Disagree 2: Disagree 3: Neutral 4: Agree 5: Strongly Agree
BANDAR PENAWAR PERCEPTION
1. Accomodation Easy to access Good value for money High quality of service Friendly and warm hospitality from staff
1 1 1 1
2 2 2 2
3 3 3 3
4 4 4 4
5 5 5 5
2. Food and Beverages Easy to access Variety of food High level of hygience and cleanliness High quality of services
1 1 1 1
2 2 2 2
3 3 3 3
4 4 4 4
5 5 5 5
3. Entertainment Well promoted for organized event at Dataran Bandar Penawar Adequate frequency of organized event (once every 2 months)
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
4. Internet Availability of WIFI spot and cyber cafe High speed of connection
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
5. Banking Easy to access Adequate banking facilities (ATM, Cheque Deposit, Money changer)
11
2 2
3 3
4 4
5 5
6. Information Availability of tourist information Adequate signages and brochures Friendly and warm hospitality
11 1
2 2 2
3 3 3
4 4 4
5 5 5
7. Transport Good local transportation Reasonable fare
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
8. Security and safety High level of personal safety Flexible clinic’s operation hours
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
LAMPIRAN 2
SOALAN TEMUBUAL
A) LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA
1. Apakah fungsi kewujudan Bandar Penawar dan adakah ia memenuhi ciri-ciri sebuah bandar perkhidmatan pelancongan?
2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang KEJORA terhadap Bandar Penawar?
3. Apakah kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan?
4. Adakah kekerapan program Hiburan Malam Minggu di Dataran Bandar Penawar mencukupi?
B) Usahawan (Soalan Berpandukan Pengurusan Sumber Manusia)
i. PENGUSAHA RESTORAN
1. Berapa jumlah pekerja dan bilangan penduduk Bandar Penawar yang terlibat?
2. Apakah keperluan sebenar pekerja?
3. Adakah pekerja ini telah menjalani latihan atau kursus berkaitan pengendalian makanan?
Sekiranya BELUM PERNAH, adakah pekerja ini sanggup sekiranya dihantar untuk menjalani latihan?
ii. PENGUSAHA HOTEL
1. Berapakah jumlah pekerja keseluruhan dan bilangan penduduk Bandar Penawar yang bekerja disini?
2. Adakah pihak hotel ada membuat perancangan untuk latihan dan kursus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pekerja?
3. Adakah pekerja-pekerja ini mudah menerima latihan yang diberikan?
4. Adakah pihak hotel mempunyai masalah tempat tinggal untuk pekerja-pekerja yang datang dari luar Desaru?
5. Adakah pihak hotel menyediakan perkhidmatan pengangkutan sendiri untuk membawa kakitangan dari Bandar Penawar, Bandar Mas dan kawasan yang berhampiran untuk datang bertugas?
6. Adakah pihak hotel menggunakan khidmat pengangkutan luar untuk membawa pelancong sekiranya diperlukan?
iii. PENGUSAHA PENGANGKUTAN
1. Kekerapan pelancong menggunakan perkhidmatan ini dalam sebulan?
Bas dalaman:
Bas antara kota:
Teksi:
Persendirian:
2. Adakah mempunyai masalah komunikasi dengan pelancong asing?
Bas dalaman:
Bas antara kota:
Teksi:
Persendirian: