k.e arah -masyarakat yang membaca: masalah dan …...berkesan, yang boleh memenuhi keperluan pembaca...
TRANSCRIPT
-
K.E ARAH -MASYARAKAT YANG MEMBACA: MASALAH DAN KEPERLUAN oleh Mariam Abdul Kadir dan Shahar Banun Jaafar
Konsep dan Nilaian Pembaca
Dikebanyakan negar'a yang sedang membanqun, konsep pembacaan
masih. lagi di tahap mengenali dan mengat-asi masalah-masalah yang
lebih utama dan mende,sak, iaitu menyediakan satu masyarakat yang
kenal huruf, boleh membaca dan boleh menulis. Di neqara-negara yang
Iebih maju seperti di Amerika Syarikat, dimana masyarakat yang kenaI
huru£ telah sampai hampir 100% dan penerbitan buku hampir mencapai
100,000 judul setahun, masih ada aspek-aspek proses pembacaan yang
telah diberi perhatian yang sewajarnya dan jumlah pembaca buku masih
di tahap kurang dari 45% penduduknya. Untuk mewujudkan satu masyarakat
yang membaca di Malaysia, maka ibu' bapa, para pendidik dan pegawai-
pegawai yang menggerakkan jentera-jentera kerajaan ke arab matlamat
ini perlu faham dan memberi perhatian yang sewaj arnya kepada berbagai
aspek pembacaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa di mana-mana negara sekalipun,
objektif utama ialah mendidik rakyatnya yang telah kenaI huruf
ke arah membaca bahan yang membawa faedah kepada dirinya, keluarga
dan negara. Setiap pembaca juga mempun,yai halt dan kebebasan untuk
memilih bahan yang hendak dibacanya. Apa yang perlu diwujudkan di-
negara kita ini, ialah bukan hanya satu masyarakat yang setakat kenaI
Kertaskerja yang dibentangkan- di S~mdpar Kebangsa~ Ke arah Pemantapan Bahasa Malaysia Sebagai Sa ran an B.udaya Tinggi, uni versi ti Kebangsaan Malaysia " 14 - 17 ~ ,198.,6
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
huruf dan boleh membaca sahaja, tetapi yang tahu akan nilai pembacaan
itu, dapat memilih bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca dan dapat
memahami dan menggunakan isi kandungan bahan yang dibaca. Dalam
rancangan-rancangan kempen membaca yang sedang dijalankan sekarang di-
peringkat negeri, desa dan sekolah perlu mengutamakan konsep membaca
ini. Jika objektif membaca ialah untuk menyemai dan mempertingkat
sifat gemar membaca dan menjadikan pembacaan itu s~agai satu tabiat
atau satu amalan hidup sehari-hari ba.gi masyarakat negara ini ~ maka
nilai pembacaan itu perlu. diperkenalkan dan dijelaskan dahulu.
Masyarakat yang tahu akan nilai pembacaan akan memilih bahan yang
sesuai dan bermutu sahaja untuk dibaca. Bahan-bahan bacaan yang lucah,
rendah mutu kandungan dan bahasanya, dan tidak menambah ilmu pengetahuan
pembaca tidak akan mendapat pembacanya.
Buku~buku cerita y~g dihasilkan oleh seorang penulis yang
tabu akan tanggungjawabnya kepada masyarakat dapat melibatkan pembaca
nya denqan kehidupan manusia, membawa pembacanya: kepada dunia kehid·upan
yang tidak pernah dialami dan memberi kefahaman yang lebih luas ter-
hadap kejadian-kejadian . dan masalah kehidupan sekelilingnya. Seoranq
penulis itu menghasilkan karyanya berdasarkan pengalaman dan latar
belakanq i lmu pengetahuan yang diperolehi. Melalui pembacaan, i lmu
pengetahuan hasil pemikiran penulis itu dapat disampaikan kepada
pembaca. Sayangnya nilai ini tidak selalu disedari oleh semua pembaca.
Membaca buku yang kaya d~ngan lukisan hidup dan emosi manusia melalui
bahasa yang tepat dan sesuai susunannya akan membantu pembaca meng-
hayati keindahan senikata bahasa dan menguasai penggunaan bahasa i tu.
Nilai ini juga perlu disedari dan diterima oleh pembaca. Bahasa
Malaysia tidak kurang dengan keindahan dan kekayaan senikatanya yang
dapat menarik masyarakat kita untuk ingin membaca buku-buku dalam
Bahasa Malaysia.
- 2 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Masalah Pembacaan
Masyarakat yang membaca merupakan masyarakat yang berilmu
pengetahuan, masyarakat yang berfikiran sihat dan rnasyarakat yang
dapat mengambil tindak-tinduk yang positif ke arah pembangunan negara.
Kita mahu masyarajat 70'juta yang wujud kelak adalah masyarakat yang
cekap membaca dan gemar membaca.
Walau bagaimanapun I masyarakat yang membaca masih belum wujud
lagi di negara ini. Dua tahun dahulu, masyarakat Malaysia digemparkan
dengan kenyataan bahawa orang MeIayu hanya membaca satu mukasurat
dalam satu tahun. Membaca masih belum merupakan keperluan utama
masyarakat kita. Keperluan membaca untuk mendapat dan menambah ilmu
pengetahuan dan mengisi masa lapang tidak dianggap sebagai satu keperluan
kehidupan seharian. Kenyataan bahawa tidak ramai yang membaca dan men-
dapat faedah daripada pembacaannya ialah disebabkan persaingan hebat
dari berbagai media seperti televisyen, video d~ komputer yang dapat
memenuhi keperluan mendapatkan maklumat dan berita semasa dengan cara
yang lebih mudah. Gejala-gejala video dan rancangan televisyen
merupakan satu saingan rekreasi masa lapang yang sukar ditandingi. Ia
nya memenuhi keperluan mendapatkan ceri ta dan juga maklurnat dengan tidak
periu bersusah payah membaca buku. Kemungkinan juga perkhidmatan seperti
BERITEKS yang membolehkah seseorang itu mendapat berita ringkas dengan
mudah dan cepat akan menjadi persaingan kepada pembacaan suratkhabar.
Dalam keadaan dimana sikap gemar membaca belum lumrah lagi di kalangan
masyarakat kita, maka pembahagian masa lapang yang sarna untuk membaca
dan menonton rancangan video dan TV tidak diambil perhitungan.
Di negara dimana sikap gemar membaca dan c'ekap membaca telah
menjadi satu budaya yang unggul, maklmnat-maklumat yang diterima dari
media-media televisyen, video dan komputer akan merangsang masyarakat
terus membaca.
- 3 /'
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Malahan seringkali dari siri televisyen atau wayang garnbar yang di-
sador dari buku cerita, akan diikuti dengan cetakan semula buku itu
yang menjadi jualan paling laris pula. Mereka tidak puas dengan
"melihat dan inendengar" tetapi ingin membandingkan cerita di televisyen
dengan cerita yang telah dioleh oleh pengarang itu dan seterusnya
menghayati keindahan bahasa dan gaya penulisan pengarang' itu. Malang
nya, di negara kita buku yang telah menang hadiah atau yang tinggi
mutunya tid-ak dijadikan siri teleyisyen. Kalau ada pun karangan yang
telah difilemkan seperti. "Ranjau sepanjang Jalan", masyarakat kita
yang tidak di tanamkan nilai pembacaan, tidak akan tertarik untuk
membaca bukunya.
Ternyata juga sikap individu terhadap pembacaan adalah yang
paling asas, walaupun mengikut kajian kadar mengenal huruf masyarakat
Malaysia telah mencapai 74%. Di tiap peringkat baik di peringkat
pra-sekolah, di alam remaja, sewaktu di dunia pekerjaan atau di peringkat
persaraan, terdapat perbezaan pokok diantara kebolehan membaca dan
keseronokan membaca. Ada golongan penuntut dan mahasiswa yang tidak
gemar membaca selain dari membaca untuk. lulus peperiksaan. Terdapat
juga ramai belia lepasan sekolah rendah yang tidak cekap membaca dan
dengan itu tidak mempunyai kecenderongan untuk mernbaca. Pada kontinum
yang satu pula terdapat. perbezaan asas diantara apa yang hendak di-
baca dengan apa yang ada untuk dibaca. Terdapat golongan belia yang
suka membaca, tetapi menghadapi rnasalah bahan yang dibacanya tidak
bermutu dan tidak membantu untuk menambah ilmu pengetahuan. Hasil
kajian "A survey on Reading Habits and Interests of Malaysian People"
(1983) memberi faktor utama orang ramai tidak membaca kerana tidak
ada masa untuk membaca (59%), rnempunyai tugas lain yang lebih penting
dari membaca (11%) dan susah rnendapat bahan bacaan (7%). Beberapa
penyelidikan lain yang telah dijalankan di In~titut,Teknologi Mara
telah menghasilkan penemuan yang lebih kurang sarna.
- 4 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Disamping itu pula, kita juga menghadapi kekurangan bahan
bacaan yang bermutu. Untuk melahirkan satu masyarakat ' Malaysi~ yang
mambaca, apakah bahan bacaan yang' tersedia untuk mereka. Kesukaran
yang dihadapi ,oleh penerbit-penerbit ·di Malaysia Uhtuk menentukan taraf
pembacaan dan ·bidang ilmu pengetahuan yang dalam program penerbitan
merekaadalah dis'ebabkan tidak adany.a ,satu perancangan penerbitan buku
yang menyeluruh dan. berkesan, yang boleh memenuhi keperluan pembaca
sebenarnya. Hasil kajian mengenai Kekurangan Bahan Bacaan Dalam
Bap.asa Malaysia oleh Perpustakaan Negara (1982) menWljukkan keruncingan
kekurangan bahan bacaan dalam Bahasa- Malaysia. Dari jmnlah 25,330
juq.ul yang diterbitkanantara tahun 1967-1980, iaitu 14 tahun, cuma
6,242 judul sahaja adalah dalam Bahasa Malaysia yang terdiri daripada
buku bukan teks sekolah.
Kekurangan bahan b.acaan dalam Bahasa. Malaysia jelas terbukti
jika dibandingRan aengan statistik golongan yang boleh membaca dan
menulis dalam Bahasa Malaysia bagi tahun 1980. Kajian yang sarna mem-
buat anggaran bahawa golongan ini adalah 45,% daripada penduduk yang ber-
umur 10 tahun ke atas bagi tahun 1'980., Anggaran ini dibuat berasaskan
'perangkaan daftar masuk sekolah rendah 'ba-gi murid-murid antara tahun
19'70-1.980. Bagi jmnlah 4,381, 844 orang yang boleh membaca dan menulis
da1am Bahasa ,Malaysia sebagai bahasa utama, hanya lebih kurang 6,000
j udUl bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia yang ters:edia. Selama negara
ki ta tidak. dapat menerbitkan buku-buku untuk keperluan masya,rakatnya',
selama i ,tu pula ki ta terpaksa bergantungkepada buku-buku yang diimpot<
untuk mengisi kekosongan yang wUjud. Walau bagaimanapun,- ~a'salah in·i .
tidak akan berkurangan o ,leh -sebab 'kebanyakan ,btlku. y.ang diimpot adaiah
dalam Bahasa Inggeris. Bagi gblongan yang harty~a boleh menulis dan mem-
baca dalam Bahasa Malaysia sahaja-, bahan bacaan yang' tersedia tidak dapat
menampUng keperluan mereka bukan ·s 'ahaj:a dar;i. segi bahas'a tetapi juga
perkara-perkara selain dari kesusasteraan dan bahasa.
- 5 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Perpustakaan dan Budaya Membaca
Perpustakaan adalab jentera yang penting dalam usaha
Kerajaan menqwujudkan masyarakat yang -membaca. Melalui bahan-bahan
bacaan yang tersedia dalam perpustakaan, pembaca-pem:baca dapat mem-
buat pilihan aalam berbagai bidang ilmu pengetahuan samada baqi
tujuan memajukan diri dalam bidang yang di(c'eburi atau semata-mata
untuk memenuhi keperluan keseronokan membaca. Perpustakaan berfungsi
untuk memperolehi, menyimpan, rnendokumentasi, memelihara dan menyebar
kan maklumat dari berbag~i bahan basil dari penulisan sezaman. Oleh
yang demikian, perpustakaan merupakan satu "media" menyamb'unq Dudaya
dan warisan pemikiran sezaman untuk dihayati oleh generasi akan datang.
Adalah menjadi tanggunqjawab pustakawan menyediakan bahan
bacaan yang sesuai bagi semua lapisan pernbaca mengikut peringkat umur,
kebolehan dan penguasaan bahasa dan janis bahan yang diperlukan.
Pembaca-pembaca yang sering mengunjungi Perpustakaan Negara terdiri
dari kanak-kanak pra-sekolah, penuntut sekolah rendah dan men~ngah,
remaja lepasan sekolah, rnahasiswa dan pensyarah dari Pusat Pengajian
Tinggi, para pentadbir dan pegawai-pegawai Kerajaan, para profesional
dan usahawan serta ibu bapa. Dalam usaha Perpustakaan Negara memberi
perkhidmatan perpustakaan yang berke'san kepada semua golongan pembaca
ini, masalah kekurang,an bahan d.lam Ba,hasa Malaysia yang dihadapioleh
Perpusta.kaan Negara juga menjadi masalah yang rumit yang 'melibatkan
penyampaian bahan-bahan bacaan kepada orang ramai. Perpustakaan-
perpustakaan awam negeri FELDA, KEMAS dan RISDA dan perpustakaan di-
pusat-pus,at pengajian tinggi dan Jabatan-jabatan Kerajaan sentiasa tidak
dapat memenuhi keperluan pembaca dan para penyelidikan yang memerlukan
bahan::ruj ukan dalam Bahasa Malaysia. Mereka ini yang telah mendapat
didik-an sekolah dalam 'Bahasa Malaysia tidak dapat mengguna bahan
- 6 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
roj.ukan dalam , Baha~ -Inggeri~ walaupun banyak dis9ci.iakan di-
perpustakaan.
Selain daripada menyediakan bahan bacaan yang diperlukan,
perpustakaan juga menyediakan berbagai perkhidmatan kepada pembaca .
dan menggalakkan penggunaan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Usaha
menggalakkan penggunaan buku adalah satu daripada tugas penting seorang
pustakawan. Aktivi ti-aktivi ti menggalakkan minat membaca buku seperti
waktu bercerita, sessi kerjatangan, persembahan drama dan boneka 'untuk
kanak-kanak, pameran buku . baru dan ceramah buku untuk dewasa sudah menjad~
aktiviti yang tetap dan wajib di perpustakaan-perpustakaan awam. lrii ada
lah untuk menarik minat orang ramai untuk mengunjungi perpustakaan
dan kemudian diharapkan akan tertarik dengan buku-buku yang tersedia.
Apa yang sering terjadi ialah anak-anak yang mendes~ ibu bapa ke
perpustakaan untuk me:ndengar ceri ta atau melihat persem.bahan boneka
telah membuka hati ibu bapa mereka untuk membaca.
Perhubungan pustakawan dengan pembac,a perlu wujud dari mula
pembaca itu jejak kaki ke perpustakaan. Interaksi yang aktif ini ada
lah untuk pustakawan memenuhi keperluan bacaan dan maklumat pembaca dan
untuk mencadangkan kepada setiap pembaca bahan-bahan bacaan yang l 'ebih
sesuai dengan minat dan peringkat kebolehan bacaannya. Walaupun
pustakawan tidak semestinya membaca semua buku di perpustakaannya,
tetapi dia perlu tahu dan mempunyai pengetahuan luas tentang buku-buku
.umum dan buku-buku dalam Bahasa Malaysia terutamanya apabila memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. Masalah yang dihadapi ,-;Cr' ". L
ialah oleh sebab perpustakaan ~erpustakaan awam~eger~sentiasa
kekurangan kaki tangan ikhtisas, tug,as ini selalunya tidak dapat diberi
kan oleh seorang pustakawan yang pe·rlu men gurus perpustakaan, membeli
buku, mengkatalog buku dan merancang perkhidmat?Il.
- 7 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Untuk membawa buku kepada pembaca yang tidak dapat
mengunjungi perpustakaan, perpustakaan-perpustakaan awam negeri dan
juga perpustakaan Negara telah menyediakan perkhidrnatan perpustakaan
bergerak. Oalam jangkamasa lim.a tahun antara 1980-1984, jumlah
perpustakaan telah berlipat ganda.
JADUAL 1
JUMLAH PERPUSTAKAAN BERGERAK 01 TIAP NEGERI
~ 1979 1980 1981 1982 1983 1984 NEGERI Johor - - - - - 1
Kedah 2· 2 2 3 4 4
Kelantan - - - - - -
Melaka - - 1 2 2 2
Negeri - 1 1 1 2 2 Sembilan
Pahang - - - 1 2 3
Perak - - - 2 2 2
Perlis - 1 1 1 1 1
Pulau 1 1 Pinang
1 1 2 2
Selangor 10 10 10 11 12 12
Trengganu - - 1 3 5 5
Wi l ayah - - - 1 2 3 Persekutupn
JUMLAH 13 15
\ 17 26 34 37
"
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia
- 8 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Oleh sebab perpustakaan-perpustakaan bergerak ini memberi perkhidmatan
di kawasan luar bandar, hampir 70\ daripada buku bacaan yang di-
bawa adalah buku-buku dalam Bahasa Malaysia. Minat masyarakat luar
bandar kepada buku-buku Bahasa Malaysia dan keupayaan mereka membaca
buku-buku dalam Bahasa Malaysia sahaja jelas terbukti apabila pad a
akhi~ minggu perpustakaan bergerak kembali ke Perpustakaan Pusat,
buku-buku Bahasa Inggeris tidak terusik dari raknya, sementara buku
Bahasa Malaysia hampir habis dipinjam.
Keperluan ke arah masyarakat membaca
Projek Gerakan Membaca telah dilancarkan oleh Y.A.B.
'Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam pada 28hb. Januari, 1980.
Pada bulan Januari 1983 Jawatankuasa Kebangsaan Gerakan Membaca telah
ditubuhkan untuk menjalankan beberapa projek yang telah diatur di-
Peringkat negeri dan daerah dengan kerjasama dan penglibatan dari semua
pihak termasuk pihak swasta, organisasi sosial, institusi pendidikan,
pihak penerbit, perpustakaan dan juga media rnassa. Matlamat Pro'jek
ini ialah mengwujudkan i) masyarakat yang gemar mambaca; ii) masyarakat
yang cekap membaca dan iii) masyarakat yang membaca sebagai satu
tabiat seharian. Ontuk mencapai matlamat ini, tiga strategi telah
disusun iaitu:-
i) sampaikan buku kepada pembaca
ii) terbi tkan lebih banyak buku
iii) kempen mendidik masyarakat.
- 9 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Untuk menyampaikan b\lk,u kepada pembaca, perpust~k:aan
memanglah menjadi jentera uta:ma dari pihak Kerajaan. Walau b~gai
manapun I sudah sampailah masanya pihak swasta I padan sukarela dan
oranq-orang perseorangan membantu Kerajaan dalam usaha ini. Jawatan
kuasa Gerakan Membaca telah mengenalpasti projek seperti "Perpustakaan
AnakAngkat" yang boleh diusahakan oleh badan sukarela dan proj.ek
"sumbangan Unttik Oesa Ki ta" yang beropa pemberian akbbar, majal·ah
atau buku secara tetap dari orang-orang perseorang~n yang mampu atau
telah berjaya kepada perpustakaan di kampong atau desa tempat kelahiran
mereka. Beberapa firma seperti Esso, M.OBIL dan Syarikat SINGER telah
tampil ke hadapan dan menghulurkan derma perpust·~an ber~erak serta
koleksinya kepada Perpustakaan Negara dan Perbadana,n Perpus·takaan
Awam Negeri Terengganu. W.alau bagaimanapWlI leb.ih banyak. lagi firma-
firma yang maju perlu menghulurkan bantuan oleh sebab jumlah 37
buah perpustakaan bergerak yang ada sekarang adalah j.~uh dari mencukupi.
Kedai buku merupakan satu lagi sal·oran penting bagi' pembaca
mendapatkan bahan bacaannya. Mengi)cut laporan Kaj ian Tentang Tabiat
dan Minat Membaca Masyarakat Malaysia, 60% buku yang dib~ca adalah
"dibeli dari kedai buku". Kebanyakan kedai buku di seluruh negara
hanya terdapat di bandar-bandar besar. Untuk memenuhi keperluail dan
selera pertlbaca di bandar I kebanyakan bukurang dijual ~dalah dalam
Bahasa Inggeris yang diimpot dari luar negeri. Pasaran buku-buku
Bahasa Malaysia terlalu lembab. Kebanyakan ~embaca, terutamanya di-
luar .bandar, tida,k tahu atau lambat tahu sa~u-satu· judul buku Bahasa
Malaysia yang sudah diterbitkan oleh sebab penerbitan tempatan tida)c
memberi keutamaan kepada promosi judul baru. Jik~ promosi buku lebih·
agresif dan diatur pula hi.n:gcga ke: desa, sudah pas'ti buku-buku Bahasa
~~laysia mendapat lebih banyak pemb~ca.
- 10 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
Langkah yang perlu untuk menambah jumlah pembaca dan
menanamkan kecenderongan meml:aca buku Bahasa Ma!aysia ialah dengan mem-
perbanyakkan judul dan jumlat buku Bahasa Malaysia di dalam semua
perkara untuk semua peringkat umur. Sejak tahun 1980, j'.umlah
pengeluaran buku di Malaysia telah bertambah, tetapi pertambahan ini
kebanyakalUlya adalah dalam buku teks sekolah rendah dan m~nengah. Bagi
buku-buku Bahasa Malaysia untuk kanak-kanak dan bacaan am pertambahan
masih terdapat di ~~1.-bidang agama, bahasa dan · ~a~eraan . ~layu.
Pertambahan buku-buku Bahasa Malaysia dalam bidang-~idang sains
perubatan, kejuruteraan, astronomi, fizik, kimia, pertanian, perdagangan,
muzik dan sukan hampir tidak ,~da.
JADUAL 11
JUMLAH JUDUL BUKU MENGlKUT BAHASA
~ 1979 1980 19~1 1982 1983 1'9,84 BAHASA Bahasa 991 1,118 1,654 1,699 1,114 2,298 ,Malaysia
Inggeris 792 550 548 919 2,124 92'6
Cina 98" 177 85 96 298 134
Tamil 44 8 12 23 35 5
Iban 3 - 12 12 - -
Bahasa lain 1 3 - - 1'0 1 Dua dan' 180 92 45 ~2 154 148 lebih bahasa
3,133 3,512 !
JUMLAH 2,037 1,948" 2,35,6 2,801
*===========:========= i== • . --~ := ,====~~= .------~ ,-Sumber: Oaf tar Akta Penyerahan Buku di Perpustakaan Negara Malaysia.
- 11 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
TAHUN
PERKARA
Karya
Agama
Sains politik
Ekonomi
Pelajaran
Perdagangan
Bahasa Malaysia
Sains Jati
Astronomi
Fizik
Kimia
Sains Perubatan
Kejuruteraan
Pertanian
Senibina & Lukisan
JAIJUAL 111
JUMLAH JUDUL BUKU BAHASA MALAYSIA (TIDAK TERMASUK BUKU TEKS SEKOLAH)
YANG DITERBITKAN MENGIKUT PERKARA UTAMA
1982 1983 1984
K:anak- Bacaan Kanak- Bacaan Kanak-kanak Am kanak Am kanak
1 29 4 29 9
3 64 - 46 -- 14 - 13 -
- 16 - 20 -
3 28 - 15 -2 13 - 16 -
3 30 4 17 1
- 2 - 5 10 - - - - -- 2 - 1 -
- - - 2 -- 2 - 6 1
- 3 - 1 -- 10 - 8 -- 5 - 13 -
- -~ -
- 12 -
~UMLAH Bacaan Am
.
43 115
91 204
24 51
24 60
20 66
9 40
24 79
2 19
- -
2 5
3 5
8 17
5 9
8 26
14 32
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
TAHUN 1982 1983 1984 JUMLAH
Kanak- Bacaan Kan.ak- Bacaan Kanak- Bacaan kanak Am kanak Am kanak ' Am
PERKARA
Kesusasteraan 151 290 36 78 65 148 768
Sejarah 3 13, - 10 - 25 51 Biografi - 4 - 5 - 9 18
Sumber: Daftar Akta Penye.rahan Buku di Perpustaka-an Negara Malaysia
Apa yang diperlukan ia'lah aktiviti terjernahan yang lebih pesat dalam
bidang-bidang yang ternyata sangat kekurangan buku dalam Bahasa
Malaysia. Selaras dengan aktiviti terjemahan, karangan asal juga perlu
diperbanyakkan. Keadaan yang ternyata dan sentiasa menghalang
penambahan buku , ilmiah dalam Bahasa Malaysia oleh cerdik pandai dari
golongan pegawai Kerajaan dan profesional. Oleh sebab mungkin telah
mendapat didikan dalam Bahasa Inggeris, maka mereka lebih cenderong mem-
buat penyelidikan il~ah dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan
penyelidikan ini telah diterbitkan di luar negeri atau Singapura. Apa
yang dikhuatirkan ialah keadaan ini berlarutan sehingga 1990, akan ter-
dapat di Malaysia satu generasi yang kehilangan moti vasi untuk menambah
ilmu pengetahuan oleh sebab terlalu sukar untuk mendapat bahan bacaan
yang diperlukan dalam bahasa yang mereka fahami.
Buku Bahasa Malaysia dan usaha untuk menerbitnya tidak boleh
dianggap sebagai I soal swasta I lagi. Apa yang perlu ialah pe'ranc,ang~
dan kerjasama antara Kerajaan dan penerbit. Sehingga ini, pembangunan
bahan bacaan negara ini tidak mendapat bantuan yang jelas daripada
ekonomi negara. Dalam Ranc angan Mal~ysi.a Pertaxna, Ked~a, Ketig-a dan
Keempat tidak ada rancangan _' dan_ peruntukan . untuk pembanqunan:'
- 1'3 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
buku terutama dalam Bahasa Malaysia. Sudah sampai masanya pihak
Kerajaan sendiri memberi pandangaIl yang serius kepada masalah bahan
bacaan dalam Bahasa Malaysia yang tidak mencukupi.
Mendidik rakyat supaya suka meJ[!.baca merupakan satu proses
yang tidak berhujung dan melibatkan berbagai pihak. Media massa
seperti radio dan TV yang selama ini menjadi persaingan kepada
pembacaan ini boleh membantu dalam usaha mendidik masyarakat kita
supaya membaca. Iklan-iklan yang menunjukkan faedah membaca, ikian
promosi buku-buku baru, ruangan bercerita untuk kanak-kanak, temuramah
dengan penulis yang telah menang hadiah Gapena/Esso, dan berbagai
rancangan lain perlu dan boleh diadakan. Masyarakat hari ini telah
mula menyedari tentang keperluan dan faedah membaca. Media bercetak.
seperti akhbar sentiasa menerbitkan rencana mengenai pembacaan ter-
utama semasa Pesta Buku Malaysia. Walau bagaimanapun, kesedaran ini
tidak seharusnya wujud apabila ada Pesta Buku sahaja, tetapi perlu
sentiasa dimasukkan ke dalam jiwa tiap individu yang boleh membaca.
Menanam semangat suka membaca bermula di rumah dan sekolah.
Ibu bapa dan guru menj adi teladan. Jika anak-anak dis·ogok dengan buku
dan komik atau majalah dalam Bahasa Inggeris sahaja, sudah tentu
minatnya untuk membaca buku Bahasa Malaysia tiada. Bahan bacaan dalam
Bahasa Malaysia perlu disediakan, terutamanya surat khabar. Kebanyakan
keluarga "middle-class" dan "upper-class" hanya mambeli dan membaca
New straits Times atau star. Akhbar Berita Harian jarang sekali di-
beli, apa lagi akhbar j awi Utusan Melayu.
Penutup
Projek Gerakan Membaca Perinqkat Pertama akan berakhir pada
tahun 1985. Apa yang dihct,rapkan pada akhir tahun 1985 ialah jika tidak
semua, sekurang-kurangnya separuh dari target pencapai;an yang di~ancangkan
-akan t~rlaksana. - -Majlis Kemajuan .Baku Kebangsaan Mal-aysia telah pUn .menyed;iakan
- 14 -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
deraf Dasar Buku Negara yang telah disampaikan kepada pihak Kerajaan
pada bulan Oktober, 1984. Satu daripada matlamat Dasar Buku Negara
ini ialah,
"Untuk memastikan supaya buku dalam Bahasa
Malaysia dapat memainkan peranan yang
berkesan sebagai alat pemb~~unan £iki~,
sosial dan kebudayaan sesuai dengan
keperluan dan cita-cita negara".
Tindakan yang diperlukan sekarang ini untuk menuju like arah masyarakat
yang membaca" ialah bagi pihak Kerajaan menerima dan mempastikan
matlamat ini akan terlaksana dengan sepenuhnya.
Rujukan
1. Dasar Buku Negara. Kuala Lumpur: Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia, 1984.
2. Katni Kamsono Kibat. "Rancangan Galakan Membaca di Malaysia. 1I
Kertaske.rj a di Seminar Mengenai Dasar Kebangsaan bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Makl~at, Petaling Jaya: 29-31 Oktober, 1984.
3. Mariam Abdul Kadir. "Penyediaan. Bahan Bacaan". Kertaskerja di Seminar Mengenai Dasar Kebangsaan bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat, Petaling Jaya: 29-31 Oktober, 1~84.
4. Memorandum Mengenai Kekurangan Bahan Bacaan Dalam Bahasa Malaysia dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1982.
5. Projek Gerakan Mambaca. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983.
6. A Survey on the Reading Habits and Interests if -Malaysian Peopl'e-. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka, 19B3.
- 15-- -
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - Perpustakaan Negara Malaysia