kata hubung

24
Kata Hubung

Upload: azifahnoor

Post on 02-Jun-2015

2.708 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata hubung

Kata Hubung

Page 2: Kata hubung

Kata Hubung

• Menghubungkan – Perkataan– Frasa– Ayat

Page 3: Kata hubung

Tetapi

• digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau bertentangan – Budak itu pandai tetapi malas.– Anita suka membaca tetapi dia benci menulis

karangan.– Saya gemar mendengar lagu tetapi saya tidak

boleh menyanyi.

Page 4: Kata hubung

Atau

• menyatakan sesuatu itu sama dengan yang lain– Adakah itu binatang atau haiwan?

• menyatakan yang mana di antara dua – Kamu hendak mengikut kami atau tinggal

di sini?• menyatakan lawan bagi sesuatu kata – Miskin atau kaya, semuanya bergembira

pada hari itu.

Page 5: Kata hubung

Dan

• Menghubungkan dua perkataan.– Ada yang orang sedang menyanyi dan ada ada

pula yang menari.– Ibu membeli susu dan roti di kedai.– Dia suka bermain bola sepak dan berbasikal

pada masa lapang.

Page 6: Kata hubung

Serta

• bersama dengan / dan juga– Abdullah serta keluarganya telah berlepas ke

Bangkok semalam.– Beliau memang baik hati serta jujur.– Hujan serta ribut turun pada malam itu.

Page 7: Kata hubung

Lalu

• Selepas itu– Bayi itu diberi susu lalu ditidurkan.– Sesudah dicuci lalu dijemur.– Ayam itu dipanggang lalu dimakan olehnya.

Page 8: Kata hubung

Sambil

• sedang melakukan sesuatu, melakukan yang lain juga– Kami minum kopi sambil berbual-bual.– “Sambil menyelam minum air”– Dia menonton televisyen sambil membuat kerja

sekolahnya.

Page 9: Kata hubung

Kerana

• menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian

• Oleh sebab– Pencemaran alam berlaku kerana sikap manusia

yang tidak bertanggungjawab.– Dia gagal dalam peperiksaannya kerana tidak

memperdulikan pelajarannya.– Mereka menjadi kaya kerana mereka rajin dan

berusaha.

Page 10: Kata hubung

Sementara

• Pada ketika itu– Pelajar-pelajar bersenam di dewan sementara

menanti hujan reda.– Saya mencuci pinggan sementara ibu memasak.– Adik membaca buku sementara menunggu ayah

datang.

Page 11: Kata hubung

Supaya

• Agar, mudah-mudahan tercapai– Belajarlah kamu sebelum tua supaya tidak

kecewa.– Kawasan pantai itu dibersihkan supaya kawasan

itu kelihatan indah.– Kita harus memupuk sikap bertolak ansur supaya

hidup kita akan aman damai.

Page 12: Kata hubung

Kalau

• menyatakan syarat, jika– Kalau tidak ada halangan, saya akan datang

petang ini. – Kita akan dapat mencipta sesuatu kalau kita

kreatif.– Anak itu akan berhenti menangis kalau diberi

susu.

Page 13: Kata hubung

Walaupun

• Biarpun, meskipun– Walaupun sudah larut malam, dia masih juga

menonton televisyen.– Anita gemar membaca walaupun kawan-

kawannya lebih suka bermain.

Page 14: Kata hubung

Apabila

• Pada ketika, semasa, sewaktu– Apabila sampai di rumah, barulah ia membuka

bungkusan itu. – Adik gembira apabila melihat kakak membawa

pulang belon berwarna merah.– Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan

ibunya yang semakin tenat

Page 15: Kata hubung

Apa kata anda?

Mari kita lihat gambar-gambar seterusnya bersama-sama

Page 16: Kata hubung
Page 17: Kata hubung

Apakah pendapat anda?

• Adakah makanan ini berkhasiat?– “kerana”

• Bilakah makanan sebegini dimakan? – “Apabila”

• Apa akan terjadi jika awak makan ini selalu?– “kalau”

Page 18: Kata hubung
Page 19: Kata hubung

Apakah pendapat anda?• Apa yang sedang dilakukan oleh orang itu?– “sambil”

• Nampaknya dia sedang makan sarapan. Apa yang sedang dimakan olehnya?– “dan”

• Adakah makan sarapan baik?– “Kalau”

• Makan sambil membaca, adakah ini baik?– “Apabila”

Page 20: Kata hubung
Page 21: Kata hubung

Apakah pendapat anda?

• Apa yang sedang berlaku?– “Lalu”

• Rambut budak itu pula, bagaimana?– “Walaupun”

Page 22: Kata hubung

Latihan• Shazana dan kawan-kawannya masih juga

mengulang kaji pelajaran _________ sudah larut malam.

• Idzwan ____ Geno sedang bermain badminton di gelanggang sekolah.

• _____________ Encik Muddathir seorang yang kaya, dia seorang yang pemurah.

• Afiq tidak tahu jika bas yang dinaikinya itu betul ______ salah.

atau walaupun dan

Page 23: Kata hubung

Latihan

• Adik Zakky sedang bernyanyi _______ menari di ruang tamu.

• Fatin sedang mencuci pakaian __________ kakaknya asyik mendengar radio

• Hatta makan nasi goreng _______ Fadhil makan mee rebus.

• Luqman menanggalkan kasutnya _____ naik ke rumah Pak Zulafandi.

sementara

Lalu sambil sementara tetapi

Page 24: Kata hubung

Sekian, terima kasih