kata ganti nama.pptx
TRANSCRIPT
KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA DIRI
• digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
• kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
KGND PERTAMA
• Merujuk kepada diri sendiri.
TUNGGAL JAMAK
Aku, saya, beta,
patik, hamba, dan
daku.
Kami dan kita
KGND KEDUA
• Untuk orang yang diajak bercakap.
TUNGGAL JAMAKAwak, kamu,
engkau, dikau, tuanku,
dan anda
Anda dan kalian
KGND KETIGA• Untuk diri orang yang dicakapkan atau
yang diperkatakan.
TUNGGAL JAMAKDia/ia, -nya, baginda dan
beliau
Mereka
KATA GANTI NAMA TUNJUK
• Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan
tempat.• Ada dua kata ganti nama tunjuk,
iaitu ini dan itu.
Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan Ayat contoh
ini Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
1.Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.2.Bilik ini telah lama dikosongkan.
itu Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
1.Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.2.Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.