kata ganda

21
KATA GANDA Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Upload: jusli-eli

Post on 30-Jul-2015

486 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Ganda

KATA GANDA

• Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan.

• Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Page 2: Kata Ganda

1.Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

                Kata ganda terdiri daripada:

                (a) kata ganda penuh tunggal                (b) kata ganda separa tunggal                (c) kata ganda berimbuhan                (d) kata ganda separa berimbuhan (e) kata ganda berima/ berentak

(f) Kata ganda semu.

               

Page 3: Kata Ganda

1.  Kata ganda penuh tunggalGandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Page 4: Kata Ganda

KATA GANDA PENUH TUNGGAL

• alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat,kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.

Page 5: Kata Ganda

KATA GANDA PENUH TUNGGAL

Contoh dalam ayat1.Setelah keluar dari penjara, dia benar- benar insaf akan perbuatannya dulu. 2.Cikgu Adnan selalu menegur Karim yang selalu menggunakan kata-kata yang kurang sopan.3.Orang-orang Cina tidak melanggan restoran itu kerana makanannya pedas-pedas belaka.

Page 6: Kata Ganda

Kata Ganda penuh berimbuhan

Imbuhan awalan: pemimpim-pemimpinImbuhan akhiran : amalan-amalanImbuhan apitan : persatuan-persatuan

Page 7: Kata Ganda

Kata Ganda Separa Berimbuhan

Imbuhan ter.. : teresak-esakImbuhan me.. : melayang-layangImbuhan ber.. : berpusu-pusu, berasak-asak

Page 8: Kata Ganda

KATA GANDA PENUH BERIMBUHAN

• Awalan -Kanak-kanak itu gembira ketika bermain-main di taman permainan itu.• Akhiran -Pembeli-pembeli itu berebut-

rebut untuk mendapatkan jualan murah.• Apitan -Pertandingan-pertandingan sukaneka itu ditangguhkan kerana hujan lebat.

Page 9: Kata Ganda

3 Kata Ganda Separa Tunggal1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. Senarai Kata Ganda SeparaBebawang,bebenang,bebudak,cecair,dedalu,dedaun,dedawai,gegendang,geguli,jejari,jejarum, jejentik,kekabu, kekisi,kekunci, kekuda, lelakiLelangit,lelayang, pepejal, pepijat, pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut, tetamu, tetangga.

Page 10: Kata Ganda

Penggandaan separa  

1.Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. A. Kata tunggal -    Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang di ulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /  

Page 11: Kata Ganda

Kata dasar Penggandaan penuh

Penggandaan separa

laki Laki-laki Lelaki

langit Langit-langit Lelangit

suatu Satu-satu Sesuatu

budak Budak-budak Bebudak

siku Siku-siku sesiku

Contoh:

Page 12: Kata Ganda

Contoh Ayat Penggandaan Separa Tunggal;

•Lelaki tua itu mencabut rumput di bawah rumah.•Lelangit budak itu sakit..

Page 13: Kata Ganda

3. Kata terbitan

a) Penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.

i. Kata dasar di ulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa depan.

ii. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

Page 14: Kata Ganda

4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar Kata terbitan Kata ganda

bual Ber + bual Berbual-bual

cari Ter + cari Tercari-cari

gila Ter + gila Tergila-gila

borak Ber + borak Berborak=borak

akan Se + akan Seakan-akan

 

Page 15: Kata Ganda

Contoh Ayat.1. Selapas bermain bola mereka sering berborak-borak di tepi

padang.

Page 16: Kata Ganda

Gandaan Menyalin

• Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.

• Perkataan keduanya ditambah me (N)• Contoh: sayang-menyayang, tolong-menolong,

tari-menari.

Page 17: Kata Ganda

Kata Ganda Berentak/Berima

 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.Contohnya:(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.persamaan bunyi di hujung:karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Page 18: Kata Ganda

Kata Ganda Berentak/ Berima

Persamaan Bunyidi Pangkal

Persamaan Bunyidi Hujung

Penyesuaian BunyiSeluruhnya

batu-batan anak-pinak bolak-batik

beli-belah calar-balar compang-camping

bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik

corat-coret comot-momot gopoh-gapah

degap-degup gotong-royong gunung-ganang

dentam-dentum karut-marut haru-biru

desas-Jesus kaya-raya huru-hara

gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang

gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Page 19: Kata Ganda

Contoh ayat kata ganda berentak

1.Tidak ada anggota masyarakat yang hina dina di sisi masyarakat yang berbudaya.2. Askar yang tertembak itu rebah-rempah sebelum terdampar di kaki gaung itu.3. Para penyokong setia pasukan bola sepak itu bersorak-sorak sehingga keadaan menjadi hiruk-pikuk.

Page 20: Kata Ganda

Kata Ganda Semu  Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.• Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.• Kata ganda semu terdiri daripada kata nama. Senarai Kata Ganda Semukuda-kuda,kupu-kupu,kura-kura,labah-labah,layang-layang,oleh-oleh,onde-onde, dan lain-lain

Page 21: Kata Ganda

Kata Ganda semu

1.Dia sedang bermain layang-layang.2.Adik menangis kerana disengat labah-labah.3.Pak Ali memasang kuda-kuda pada pintu utama rumahnya.