karbohidrat carbohydrate -...
TRANSCRIPT
KARBOHIDRAT
Carbohydrate
Di akhir kuliah ini, pelajar-pelajar dapat:By the end of this lecture, students may get:
1. Menjelaskan jenis-jenis karbohidrat.
2. Menmbincangkan ciri-ciri asas bagi heksosa.
3. Memberi definisi metabolisma, katabolisma dan
anabolisma.
4. Menjelaskan proses penghadaman dan penyerapan
karbohidrat.
5. Menjelaskan metabolisma karbohidrat.
Karbohidrat terdiri daripada unsur-unsur seperti
karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O).
Formula kimia bagi karbohidrat ialah:
Semua karbohidrat mempunyai rantai karbonil (C=O)
dan kumpulan hidroksil (-OH).
CnH2nOn
Sumber karbohidrat:
Sumber utama adalah daripada
tumbuh-tumbuhan.
Juga boleh disintesis melalui
gliserol dan asid amino.
Boleh dikelaskan melalui 2 cara iaitu:
1. Jumlah karbon yang terdapat pada
molekul.
2. Jumlah unit gula pada satu rantai.
3C
Triosa 4C
Tetrosa
5C
Pentosa
6C
Heksosa
2. Jumlah unit gula pada satu rantai.
Monosakarida (1 unit gula)
Disakarida (2 unit gula)
Oligosakarida (2-10 unit gula)
Polisakarida (>10 unit gula)
Bentuk gula yang paling ringkas.
Bersifat penurun - menukarkan warna reagen
Benedict (biru ke merah jingga).
Boleh jadi terdiri daripada 3, 4, 5 dan 6
molekul karbon.
Paling biasa dijumpai:
Glukosa
Fruktosa
Galaktosa
C6H12O6
Merupakan sumber tenaga utama tubuh.
Mempunyai 6 molekul karbon
kumpulan hidroksil pada setiap
molekul karbon.
kumpulan aldehid (H-C=O) pada C1
Di dalam air, C1 dan C5 membentuk ikatan
dan terbentuk struktur siklik.
Mempunyai 2 unit monosakarida yang diikat
oleh ikatan glikosida (-O-).
Ikatan glikosida dibentuk melalui
kehilangan atom hidrogen daripada 1
monosakarida dan kumpulan hidroksil pada
monosakarida berikutnya.
Dicirikan dengan perbezaan tahap
kemanisan.
fruktosa > sukrosa > glukosa > laktosa
Bersifat larut air.
Sejenis polimer biologikal.
Berbentuk struktur atau simpanan.
Tidak larut air.
Contoh : kanji, selulosa, glikogen.
Kanji simpanan karbohidrat pada
tumbuhan.
Glikogen simpanan karbohidrat pada
haiwan.
Selulosa struktur karbohidrat yang
terdapat pada
kebanyakan
tumbuhan.
Amilosa rantai lurus polisakarida
Amilopektin rantai bercabang
polisakarida
Definisi : Proses pemecahan molekul
kompleks kepada molekul yang lebih ringkas
oleh sel hidup dan menghasilkan tenaga.
Contoh : Glikolisis
Kitar Krebs
Rantai pengangkutan elekton
Definisi : Proses pembinaan molekul
kompleks daripada molekul ringkas bagi sel
hidup dan biasanya menggunakan tenaga.
Contoh : sintesis protein
glikogenesis
Gabungan katabolisma dan anabolisma yang
terdapat di dalam sel hidup.
METABOLISMA
ANABOLISMA KATABOLISMA
Karbohidrat dari makanan
akan dihadam dan diserap
Mulut amilase saliva (air liur)
Perut amilase dimusnahkan oleh pH
gaster yang berasid
Duodenum
amilase pankreas pecahkan
molekul kanji ke bentuk yang
lebih ringkas (maltosa)
sukrase : sukrosa glu + fruk
laktase : laktosa glu + galak
maltase : maltosa glu + glu
diserap
CHO yang diserap
Tenaga + CO2 + H2O Glikogen Lemak
Katabolisma Anabolisma
Proses pemecahan molekul 6C (glukosa)
kepada 2 molekul 3C (piruvat) melalui suatu
siri tindak balas.
Proses oksidasi glukosa atau glikogen kepada
piruvat dan laktat.
Berlaku di dalam sitoplasma sel.
Menghasilkan ATP.
Boleh berlaku dalam keadaan aerobik
(kehadiran oksigen) atau anaerobik (tanpa
oksigen).
Sebelum piruvat boleh memasuki kitar Krebs,
ia perlu diangkut ke dalam mitokondria
terlebih dahulu.
Di dalam mitokondria, pembentukan asetil-
koA berlaku.
Piruvat + Koenzim-A Asetil Ko-A + CO2
NAD+ NADH
Turut dikenali sebagai kitar asid trikarboksilik
(TCA) atau kitar asid sitrik.
Merupakan proses pengoksidaan asetil-koA
kepada CO2 dan H2O.
Proses ini berlaku di matriks mitokondria.
NADH dan FADH2 yang terhasil melalui ketiga-
tiga tapak jalan akan memasuki rantai
pengangkutan elektron bagi menghasilkan
ATP.
Proses penghasilan glikogen daripada glukosa
untuk disimpan di dalam badan.
Berlaku kebanyakannya di hepar dan otot.
Glikogen seterusnya akan ditukarkan kembali
kepada glukosa apabila diperlukan kelak.
Proses pemecahan molekul glikogen kepada
glukosa.
Berlaku apabila aras glukosa darah rendah.
Proses penghasilan glukosa melalui sumber-
sumber selain daripada karbohidrat seperti
lemak dan protein.
Keadaan ini berlaku apabila tiada
pengambilan karbohidrat dilakukan oleh
badan seperti yang berlaku dalam keadaan
kebuluran dan berpuasa.
Badan terpaksa menggunakan protein
ataupun lemak dalam keadaan yang demikian
untuk menghasilkan tenaga dan haba.
Insulin
Glukagon
Glukokortikoid
Adrenalin
Hormon tumbesaran
Dirembeskan oleh sel beta pada pankreas.
Dirangsang apabila glukosa ↑ dalam darah.
semakin ↑ glukos semakin banyak
insulin dikeluarkan.
Pada aras glukosa darah adalah normal,
hanya sedikit insulin dirembeskan.
pengambilan glukosa oleh sel otak
& otot.
Dirembeskan oleh sel alfa pada pankreas.
Dirembeskan apabila paras glukosa dalam
darah rendah.
Merangsang katabolisma glikogen di hepar.
Turut merangsang glukoneogenesis.
Kortisol - dirembeskan oleh korteks
adrenal.
Kortisol turut dikenali sebagai stress
hormone yang merangsang katabolisma
protein.
Pemecahan molekul protein akan
mengakibatkan asid amino glukogenik
memasuki tapak jalan glukoneogenesis.
TAMAT