karangan

15
KAMI MURID TAHUN 6 SK TITI GAJAH BERIKRAR DENGAN INI AKAN MENYAMPAIKAN MESEJ DAN HASRAT GURU KEPADA IBU BAPA KAMI. MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA … KEPADA BIMBINGAN DAN PENGAJARAN GURU. MENYIAPKAN SEGALA KERJA … SERTA TUGASAN… YANG DIBERIKAN OLEH GURU-GURU. MEMATUHI SEGALA USAHA BAIK … SERTA USAHAMURNI … GURU-GURU DAN IBUBAPA KAMI. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH … BAGIMENCAPAI KECEMERLANGAN … DALAM PEPERIKSAAN UPSR … TAHUN 2015. MEMASTIKAN SETIAP PROGRAM DAN RANCANGAN SEKOLAH… AKAN KAMI HADIRI DAN IKUTI. SEMOGA KAMI SEMUA MENDAPAT BERKAT DAN RESTU ILLAHI … INSYAALLAH IKRAR IBU BAPA

Upload: ezatmonkb95

Post on 11-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

KAMI MURID TAHUN 6 SK TITI GAJAH BERIKRAR DENGAN INI AKAN MENYAMPAIKAN MESEJ DAN HASRAT GURU KEPADA IBU BAPA KAMI.

MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA BIMBINGAN DAN PENGAJARAN GURU.MENYIAPKAN SEGALA KERJA SERTA TUGASANYANG DIBERIKAN OLEH GURU-GURU.MEMATUHI SEGALA USAHA BAIK SERTA USAHAMURNIGURU-GURUDANIBUBAPAKAMI.

BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGIMENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN UPSRTAHUN2015.

MEMASTIKAN SETIAP PROGRAM DANRANCANGAN SEKOLAH AKAN KAMI HADIRI DAN IKUTI.SEMOGA KAMI SEMUA MENDAPAT BERKAT DAN RESTUILLAHI

INSYAALLAH

IKRAR IBU BAPA

IKRAR IBU BAPA

KAMI PARA IBUBAPA MURIDTAHUN6 DISEKOLAH INI,DENGAN INI AKAN MEMASTIKAN ANAK MENGIKUTI KEHENDAK SEKOLAH.MENYEDIAKANSUMBANGANKEWANGANUNTUKPIHAKSEKOLAH BILA DIPERLUKAN..MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA DENGAN PIHAK SEKOLAHMENGIKUTI DAN MEMATUHI HASRAT BAIK PIHAKSEKOLAHMENJAGA DAN MEMBERI BIMBINGAN SERTA DIDIKANYANG SEMPURNAKEPADAANAK-ANAK KAMIDITAHUN 6.SENTIASA MEMANTAU KERJA BUAT ANAK-ANAK.DATANG BERBINCANG DENGAN PIHAK SEKOLAH.MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA ANAK-ANAK PADA SETIAP MASA..

Zuraimi Binti Mansor,Guru Besar,SK Kangkong 0124688550 6 Mei 2015

Kepada :En Zulkafly Bin Othman,Tuan Pegawai Pendidikan DaerahPejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

MEMOHON PENANGGUHAN KERJA DI SEKOLAH BAHARUMerujuk kepada perkara diatas, saya ingin memohon penangguhan kerja sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. 2. Saya telah menerima memo pertukaran tempat bertugas sebagai Guru Besar pada 5 Mei 2015 yang lalu . (berkuatkuasa pada 1 Mei 2015)3. Untuk makluman tuan saya telah melaporkan diri SK Titi Gajah pada 10 Mei 2015 dan telah berjumpa Tn Hj Mohd Isa bin Hassan , Guru Besar SK Titi Gajah yang telah juga mendapat memo pertukaran ke SK Tunku Raudzah. Beliau meminta saya hadir bertugas pada 20 Mei 2015 secara rasminya. 4. Oleh itu, sehingga tarikh tersebut saya akan meneruskan tugas sebagai Guru Besar di SK Kangkong .

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,.(ZURAIMI BINTI MANSOR)Guru Besar SK Kangkong.

IKRARHARIGURU

Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.

Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

Format NP (T)Zuraimi Binti Mansor,Guru Besar SK Titi Gajah,Alor Setar, Kedah.No Te l: 04- 7641751----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman, Kompleks Pendidikan , Jalan Stadium,05604 Alor Setar.(u.p. Unit Naik Pangkat)

Tuan, Pertukaran Penyandang Jawatan Kenaikan PangkatJawatan : Guru BesarPPP : Siswazah

Adalah saya merujuk kepada surat tuan JPK.S(NP)03-04/030/1/K/Jld.14(162)Bertarikh 21 April 2015 berkenaan perkara tersebut diatas.

2. Dengan ini disahkan bahawa :Nama : ZURAIMI BINTI MANSOR No KP : 671215025406Jawatan : GURU BESARJPK (P) 10- 42703

Mulai bertugas pada 20.05.2015 di SK Titi Gajah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANGSaya yang menurut perintah,

..(ZURAIMI BINTI MANSOR)Guru Besar ,SK Titi Gajah.

s.kPPD Kota SetarBismillah......AlhamdulillahwassolatuwassaalamAssalamualaikum wm..wbt..,

Yang berbahagia Encik Zubir bin , Yang Dipertua PIBG, SK. KangkongYang berusaha., GPK 1.Yang berusaha Puan., GPK HEM.Yang .t, GPK Kokurikulum.AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.

Selaku Guru Besar, saya ingin mengambil kesempatan pada hariyang amat bermakna ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini.

Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik dalam kokurikulum dan yakin kita juga mampu cemerlang dari segi akademik.

Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,

Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak.Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Tema Hari Guru tahun ini yanglebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata. Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.

Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan perkembangan semasa yang mana berlakunya gejala ponteng sekolah, pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh guru dengan rasa penuhtanggungjawab.

Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani.

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu bapa yang prihatin maka Insya-Allah proses melonjakkan transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan yang sejahtera.

Hadirinsekalian,

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru ialah,

Dialah pemberi paling setia,Tiap akar ilmu miliknya,Pelita dan lampu segala,Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa, diajuga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkanSelamat Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam...

FROM : MUHAMMAD IKRAM HUSAIMI BIN ZULKIFLECLASS : 2 KASIH

MESYUARAT PEKERJA & STAF Semalam, saya agak sibuk dengan pelbagai tugas seharian. Meronda kawasan sekolah, memantau perjalanan peperiksaan semester pertama , memantau tugas pekerja pembersihan kawasan swasta, berjumpa dengan tetamu dan menghadiri mesyuarat

Dua mesyuarat atau pertemuan yang menarik ialah mesyuarat dengan kakitangan sokongan dan pekerja pembersihan swasta. Mesyuarat ini merupakan post mortem pencapaian setengah tahun prestasi mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Perkara pertama yang ditekankan ialah soal keikhlasan di dalam bekerja dan sikap jujur. Ikhlas berkaitan dengan menganggap kerja itu sebagai ibadah yang selain mendapat gaji tetapi yang lebih penting ialah mendapat ganjaran pahala. Rezeki yang pkan ialah kita harapkan ilah rezeki yang halal, yang akan kita berikan buat makan kepada anak-anak kita yang kekal kesannya hingga ke akhirat nanti. Jangan pula kita mendapat rezeki yang haram akibat sikap kita yang suka mencuri tulang atau bekerja sambil lewa sahaja. Setiap kekurangan dalam tugas kita hendaklah kita tampung dengan bekerja lebih masa dan bekerja dengan lebih kuat.

Perkara kedua yang disampaikan ialah berkaitan dengana kreativiti dan innovasi. Dalam bekerja , kita mestilah kreatif dan sentiasa mempunyai keinginan untuk membuat innovasi terhadap kerja kita. Ini akan memberikan kita manfaat kepada 5 perkara:

1. Ia menunjukkan tahap pemikiran yang ada pada diri kita.2. Ia menunjukkan bahawa kita adalah seorang pekerja yang berfikir3. Ia menunjkkan bahawa kita mempunyai visi atau sasaran yang hendak dicapai.4. Ia menunjukkan bahawa seorang pekerja itu sentiasa meletakkan kepentinganorganisasi melebihi kepentingan dirinya sendiri.5. Ia memberikan kepuasan diri dan menjadikan diri kita'bernilai'

Oleh itu, setiap orang mestilah mempunyai sasaran dalam bekerja dan mempunyai keinginan melakukan sesuatu melebihi atau melampaui tugas hakiki yang diberikan. Melalukan kerja rutin, adalah tahap pekerja biasa. Melakukan kerja seperti diarahkan adalah biasa. Mengemukakan idea, merangka perancangan menjayakannya dan melaksanakannya dengan cemerlang tanpa arahan yang banyak adalah cemerlang!. Bagi seorang tukang kebun, melakukan kerja rutin, menyiram bunga, memotong rumput, menabur baja sepertimana yang ada di dalam spesifikasi tugas adalah biasa. Tetapi jika mereka boleh merancang suatu projek menyemai bunga dengan banyak untuk tujuan mencantikkan kawasan sekolah , hasil idea mereka sendiri, itulah yang dikatakan kreativiti dan pekerja yang cemerlang!

GURU BESARPN ZURAIMI BT MANSOR