kanada

4
D. BUDAYA POLITIK Budaya politik merangkumi beberapa set asas nilai dan kepercayaan tentang politik dan sistem yang dipertanggunjawabkan untuk menginterpretasikan politik dalam sesebuah populasi (Barrington et. al, 2010). Budaya politik juga menawarkan suatu cara pandang dalam dimensi politik yang subjektif, yang mampu merumuskan norma-norma politik tatanegara, termasuklah matlamat politik dominan, proses politik pilihan dan pandangan rakyat terhadap tatanegara (polity) mereka (Henderson, 2008). Analisis politik perbandingan ke atas Kanada dan Malaysia akan dilakukan berdasarkan lima komponen budaya politik. Lima komponen tersebut melibatkan beberapa set nilai tentang hubungan sosial dan autoriti, kumpulan berkebajikan atau kepentingan individu, kebebasan atau keselamatan, keabsahan sistem politik, dan terakhir komuniti politik. Pertama, nilai hubungan sosial dan autoriti akan menyentuh penerimaan masyarakat Kanada dan Malaysia terhadap autoriti elit sosial dan seterusnya menentukan jenis hubungan sosial sama ada menegak (vertical) atau mendatar (horizontal). Masyarakat Malaysia menerima autoriti elit sosial dalam pentadbiran negara dan mempunyai hubungan sosial menegak, iaitu kumpulan yang berada di puncak tertinggi dalam hierarki sosial mempunyai kuasa untuk mengenakan keputusan yang dibuat ke atas kumpulan bawahan dalam hierarki sosial tersebut. Sebaliknya, Kanada pula mempunyai hubungan sosial mendatar yang menekan kesamarataan dan peranan oleh kebanyakan jika tidak kesemua ahli dalam masyarakat dalam membantu

Upload: fadhli-hariz-fayahet

Post on 19-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

politik kanada

TRANSCRIPT

Page 1: Kanada

D. BUDAYA POLITIK

Budaya politik merangkumi beberapa set asas nilai dan kepercayaan tentang politik dan sistem yang

dipertanggunjawabkan untuk menginterpretasikan politik dalam sesebuah populasi (Barrington et. al,

2010). Budaya politik juga menawarkan suatu cara pandang dalam dimensi politik yang subjektif,

yang mampu merumuskan norma-norma politik tatanegara, termasuklah matlamat politik dominan,

proses politik pilihan dan pandangan rakyat terhadap tatanegara (polity) mereka (Henderson, 2008).

Analisis politik perbandingan ke atas Kanada dan Malaysia akan dilakukan berdasarkan lima

komponen budaya politik. Lima komponen tersebut melibatkan beberapa set nilai tentang hubungan

sosial dan autoriti, kumpulan berkebajikan atau kepentingan individu, kebebasan atau keselamatan,

keabsahan sistem politik, dan terakhir komuniti politik.

Pertama, nilai hubungan sosial dan autoriti akan menyentuh penerimaan masyarakat Kanada

dan Malaysia terhadap autoriti elit sosial dan seterusnya menentukan jenis hubungan sosial sama ada

menegak (vertical) atau mendatar (horizontal). Masyarakat Malaysia menerima autoriti elit sosial

dalam pentadbiran negara dan mempunyai hubungan sosial menegak, iaitu kumpulan yang berada di

puncak tertinggi dalam hierarki sosial mempunyai kuasa untuk mengenakan keputusan yang dibuat

ke atas kumpulan bawahan dalam hierarki sosial tersebut. Sebaliknya, Kanada pula mempunyai

hubungan sosial mendatar yang menekan kesamarataan dan peranan oleh kebanyakan jika tidak

kesemua ahli dalam masyarakat dalam membantu membentuk politik dan keputusan sosial. Hal ini

kerana dasar di Kanada dicapai melalui kerjasama antara tokoh masyarakat dan individu

persendirian yang berusaha untuk mengurangkan konflik sosial (Lightbody, 2006).

Kedua, nilai kumpulan berkebajikan atau kepentingan individu akan ditentukan

kesignifikannya. Budaya politik individualistik di Kanada dilihat sangat memberatkan nilai

individualisme dan tidak menggalakkan kerajaan daripada melaksanakan dasar-dasar yang

melindungi kumpulan-kumpulan ekonomi dalam masyarakat, dan didemonstrasikan melalui

sokongan masyarakat terhadap Piagam Hak dan Kebebasan (Charter of Rights and Freedom),

pengamalan ekonomi bebas, sikap liberal masyarakat terhadap homoseksualiti, hak wanita dan

gerakan kesamarataan lainnya. Paradoks kepada budaya politik individualistik pula, budaya politik

kolektivisme di Malaysia lebih cenderung untuk berada dalam platform yang sealiran dengan

program-program kerajaan yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada ramai orang (Barrington

et. al, 2010).

Page 2: Kanada

Ketiga, keseimbangan antara nilai kebebasan dan keselamatan adalah perlu bagi

mengelakkan ketidakstabilan serta huru-hara dalam negara. Malaysia merupakan sebuah negara

yang sangat menekankan aspek keselamatan untuk menjaga keharmonian negara melalui

penguatkuasaan undang-undang dan peraturan untuk mengawal tingkah-laku individu. Keunikan

dalam kes Kanada ialah, seperti yang termaktub dalam Akta Perlembagaan Gabungan Kanada pada

1 Julai 1867, perkongsian pemerintahan antara kerajaan pusat digabungkan dengan peraturan sendiri

(self-rule) telah menjadi formula asas pemerintahan Kanada yang memberi keseimbangan antara

nilai kebebasan dan keselamatan (Ouziel, 2009). Kedua-dua nilai ini membentuk institusi kerajaan

dan polisi sesebuah negara.

Keempat, nilai keabsahan terhadap sistem politik akan menyentuh tentang hak memerintah

sesebuah rejim berkuasa. Pablo Ouziel (2009) berpendapat bahawa Kanada mengalami krisis

keabsahan sistem politik dan para pemerintah oleh kerana sifat berahsia, berpusat dan hierarki

parlimen persekutuan negara Westminster. Tidak pula di Malaysia, di mana rejim berkuasa masih

memegang tampuk pemerintahan sejak dari era kemerdekaan negara. Hal ini bermakna nilai

keabsahan sistem politik dan pemerintah Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Kanada.

Terakhir, nilai masyarakat politik Kanada dan Malaysia akan dilihat dipengaruhi oleh faktor

identiti dalaman atau kebangsaan. Oleh kerana, Kanada dan Malasyia terdiri daripada masyarakat

berbilang bangsa, kesetiaan masyarakat boleh juga terletak kepada bangsa, kumpulan etnik, agama,

atau tempat tinggal jika tidak terletak kepada negara. Seperti Malaysia, Kanada juga tidak

menggerakkan politik melalui revolusi untuk mendapatkan perubahan pantas dalam masyarakat.

Malah, Kanada dan Malaysia kedua-duanya mengalami perubahan politik yang perlahan melalui

peranan yang dimainkan oleh kumpulan berkepentingan dan kumpulan pendesak di kedua-dua

negara.

Secara keseluruhan, budaya politik masyarakat Kanada boleh dikatakan sebagai budaya

politik subjek-partisipan. Menurut James Lightbody (2006), rakyat Kanada kurang cenderung untuk

melibatkan diri dalam tindakan politik secara langsung dan konfrontasi. Tambahan, walaupun

dengan kejatuhan kepercayaan terhadap autoriti hierarki tradisional lebih sedekad lalu, rakyat

Kanada tetap juga kelihatan kurang cenderung untuk mengintegrasikan diri dalam pertubuhan politik

melalui keanggotaan mana-mana organisasi formal, yang mana kelihatan lebih kurang sama dengan

budaya politik di Malaysia.

Page 3: Kanada

Rujukan

Angus, I. 2006. Hermeneutic Continuity or Sovereign Performative? The Difference between

Canadian and American Political Cultures Revisited. Dlm. Froshauer, K., Fabbi, N. &

Pell, S. (pnyt.). Convergence and Divergence in North America: Canada and United

States. Kanada: Centre for Canadian Studies, Simon Fraser University.

Barrington, L., Bosia, M. J., Bruhn, K., Giaimo, S, & McHenry, D. E. Jr. 2010. Comparative

Politics: Structures and Choices. United States of America: Wadsworth Cengage Learning.

Lightbody, J. 2006. City Politics, Canada. Canada: Broadview Press, Ltd.

Ouziel, P. 2009. Crisis of Legitimacy in Canada’s Parliamentary Federation: A Case for

Participatory Democracy. (bahan tidak terbit) [2 Jun 2014].