kajiankeperluan.doc

4
KAJIAN KEPERLUAN Kajian Keperluan merupakan sesuatu kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat murid atau pelajar untuk memberi gambaran terbaik untuk merancang aktiviti- aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah agar ianya lebih berkesan dan mencapai objektif serta matlamat yang dihajati. Kajian keperluan boleh dilaksanakan dalam dua teknik iaitu teknik ujian dan bukan ujian. Teknik ujian seperti ujian pencapaian akademik, Ujian Kecerdasan, Ujian Kecenderungan Bakat, Ujian Minat, Ujian Personaliti, Ujian Saringan, Ujian Diagnostik, Ujian Aptitude Khas dan seumpamanya. Teknik bukan ujian termasuklah Kajian dokumen, Soal-selidik, Rekod Anekdot, Sosiometri dan Sosiogram, Kad 001 dan 002, Senarai Semak dan berbagai lagi. Walau bagaimanapun dalam masa yang singkat ini (4 minggu) pihak saya hanya dapat melakukan Teknik Pemerhatian, Teknik Temu-Bual bagi melahirkan aktiviti-aktiviti dan program yang bertepatan dengan kehendak murid dan sekolah.

Upload: razman

Post on 16-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN KEPERLUAN

KAJIAN KEPERLUAN

Kajian Keperluan merupakan sesuatu kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat murid atau pelajar untuk memberi gambaran terbaik untuk merancang aktiviti-aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah agar ianya lebih berkesan dan mencapai objektif serta matlamat yang dihajati.

Kajian keperluan boleh dilaksanakan dalam dua teknik iaitu teknik ujian dan bukan ujian. Teknik ujian seperti ujian pencapaian akademik, Ujian Kecerdasan, Ujian Kecenderungan Bakat, Ujian Minat, Ujian Personaliti, Ujian Saringan, Ujian Diagnostik, Ujian Aptitude Khas dan seumpamanya. Teknik bukan ujian termasuklah Kajian dokumen, Soal-selidik, Rekod Anekdot, Sosiometri dan Sosiogram, Kad 001 dan 002, Senarai Semak dan berbagai lagi.

Walau bagaimanapun dalam masa yang singkat ini (4 minggu) pihak saya hanya dapat melakukan Teknik Pemerhatian, Teknik Temu-Bual bagi melahirkan aktiviti-aktiviti dan program yang bertepatan dengan kehendak murid dan sekolah.

Saya telah melapor diri pada jam lebih kurang jam 7.35 pagi hari Selasa bertarikh 2 Mei 2006 di hadapan Tuan Abdul Samat bin Md. Salleh, Guru Besar SK Sungai Kajang, Batu Pahat.

Dalam pertemuan singkat dengan Tuan Guru Besar, saya telah diberi sedikit sebanyak gambaran berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berkenaan. Selepas itu saya dibawa berjumpa dengan Pn. Rusidah bte Hamzah iaitu Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Saya telah melakukan KAJIAN KEPERLUAN pada hari pertama ini dengan bertemu-ramah dan mendapatkan maklumat dari beliau serta melakukan pemerhatian sepanjang persekolahan hari berkenaan.

Setelah memerhati secara kasar didapati tidak ada apa keperluan yang mendesak terutama berkaitan dari segi disiplin murid. Murid telah melakukan kerja-kerja dan tugasan rutinnya dalam keadaan baik, termasuk juga pengawas.

Dari temu-ramah dan perbualan serta perbincangan singkat dengan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah ini terdapat beberapa keputusan awal yang berkaitan dengan KEPERLUAN PRAKTIKUM.

Gambaran awal yang mungkin akan dilaksanakan hasil dari temu-bual dan pemerhatian adalah seperti berikut:

1. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

1.1 Pamplet

1.2 Risalah

2. Hasil dari perbincangan kami akan memantapkan Falsafah, Misi, Visi, Objektif Am, Objektif Khusus, Etika Perkhidmatan, Piagam Pelanggan serta prinsip-Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling sekolah ini.

3. Hasil dari perkongsian idea kami ingin memantapkan lagi Carta Organisasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

4. Bimbingan / Kaunseling Individu

Kes - Seorang murid yang telah lama tidak hadhir ke sekolah.

5. Bimbingan / Kaunseling Kelompok

Kes Beberapa orang murid yang sering gagal meyiapkan kerja-

kerja atau latihan-latihan yang diberikan oleh guru.

6. Program Bimbingan

Program yang dinyatakan di bawah ini adalah beberapa program

cadangan yang boleh dipilih:

6.1 Belajar Cara Belajar

6.2 Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Mungkin dalam masa terdekat program ini akan dilaksanakan

dahulu memandangkan peperiksaan semester pertama hampir

tiba.

6.3 Keselamatan Pergi Balik Sekolah

6.4 Anti-Dadah