kajian tindakan smart sps
TRANSCRIPT
“SMART SPS LEARNING ” MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MEMAHAMI
KONSEP KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
DALAM MATA PELAJARAN SAINS
TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
ZAIJANAH BINTI LEH
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAGUKOTA KINABALU, SABAH
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan ke atas tahun 4 Aktif yang mana mempunyai seramai 30 orang murid.
Tidak semua murid adalah mempunyai kebolehan yang tinggi kerana masih ramai diantara
mereka adalah di kalangan yang mempunyai pengetahuan pada tahap yang sederhana.
Seiringan dengan itu, pengkaji mendapati pengajaran dan pembelajaran sains yang berkaitan
dengan soalan bahagian yang melibatkan kemahiran proses sains sangat susah untuk
diimplementasikan kepada murid-murid ini. Pengkaji telah menjalankan pengajaran
berulangkali tetapi masih terdapat murid yang tidak memahami konsep soalan . Terdapat murid
yang langsung tidak menjawab soalan dan menyalin semula soalan sebagai jawapan. Dan
apabila ditanya murid akan menjawab ‘lupa’ atau ‘tidak tahu’.
Ini menjadi satu keraguan dan keresahan kepada pengkaji dengan respon sebahagian besar
murid di kelas 4 Aktif ini. Oleh itu, tercetuslah satu idea untuk menghasilkan satu teknik dan
strategi untuk memastikan murid dapat menguasai teknik menjawab dan memahami konsep
serta kehendak soalan. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji ialah aktiviti berpusatkan
murid di mana pengkaji menjalankan kaedah menghafal kata kunci sains dan latihtubi. Pengkaji
1
menamakan Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains ini sebagai ‘SMART SPS LEARNING’ di
mana ia melibatkan dua penggunaan instrumen iaitu ‘kad formula sains Smart SPS’(formula
kata kunci sains yang diolah dengan cara nyanyian ‘anak itik tokwi’ dan penggunaan ‘Modul
Smart SPS’ (koleksi soalan latih tubi berjadual dan graf mengikut KPS:mengawal
pembolehubah,menyatakan tujuan dan corak perubahan).
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran sains tahun 4, merupakan titik pertama untuk
memperkenalkan kepada mereka tentang pengetahuan, pemahaman konsep dan
pengaplikasian terhadap kemahiran proses sains dalam soalan bahagian B berformatkan UPSR.
Terdapat beberapa kemahiran proses sains yang diuji dalam melaksanakan eksperimen atau
ujikaji . Disamping itu, soalan-soalan yang berasaskan soalan UPSR dalam bahagian B atau
subjektif mula didedahkan kepada murid-murid lebih awal sebagai persediaan mereka untuk
menghadapi peperiksaan UPSR dalam tempoh 3 tahun yang akan datang. Oleh itu, satu kajian
telah saya jalankan sebagai mencari satu teknik dan strategi yang berkesan untuk memastikan
murid tahun 4 Aktif ini dapat memahami konsep tentang cara menjawab soalan Bahagian B
dengan lebih mudah dan tepat. Pada pengalaman pengkaji, untuk mengajar topik yang
berkaitan dengan soalan Bahagian B memerlukan tenaga dan tumpuan yang lebih untuk
memastikan murid memahami konsep teknik menjawab soalan Bahagian B. Selain itu, ia
memakan masa yang lama untuk melihat kemajuan dan penguasaan murid terhadap konsep
teknik yang diajar. Oleh itu, pengkaji mendapat satu idea untuk menghasilkan cara yang paling
mudah untuk menerangkan teknik menjawab kepada murid.
Pengkaji telah menyediakan dua bahan instrumen untuk membantu murid dalam
mengingat atau menghafal kata kunci terlebih dahulu, kemudian pengkaji akan memberikan
penerangan terhadap kata kunci untuk membantu mereka menjawab soalan bahagian B yang
menggunakan kata kunci. Langkah seterusnya , pengkaji menyediakan satu set soalan latihtubi
2
sebagai bahan pengukuhan kepada murid untuk mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman
daripada formula kata kunci yang dihafal. Teknik pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat
menyelesaikan masalah adanya kekangan elektrik sewaktu perlaksanaannya.
1.1 ISU DAN MASALAH
Pada peringkat awalnya, saya telahpun menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang
topik yang berkaitan dengan eksperimen. Saya telah memberi penerangan tentang cara
menjawab soalan Bahagian B. Namun saya dapati, tidak semua murid memahami apa yang saya
ajar , hanya 30% murid daripada 30 orang yang dapat memahami cara menjawab soalan
bahagian B. Murid tahun 4 Aktif masih belum faham penggunaan kata kunci atau formula
menjawab soalan bahagian B. Ini adalah kerana mereka keliru dan tidak faham serta mudah
lupa dengan teknik yang diajar. Ramai di antara mereka yang masih bertanya dan menimbulkan
persoalan semasa menjawab kerana mereka tidak yakin dengan jawapan yang mereka berikan.
Ada juga yang laangsung tidak menjawab dan terdapat juga yang meniru jawapan rakan. Bagi
pendapat pengkaji, masalah ini timbul kerana mereka belum lagi memahami konsep soalan
bahagian B. Oleh itu, pengkaji menghasilkan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
dapat diaplikasikan di kelas dengan lebih mudah iaitu dengan cara “Smart SPS ”, teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai cara menjawab soalan bahagian B ini
menggunakan bahasa melayu sepenuhnya memandangkan murid tahun 4 Aktif agak lemah
dalam penguasaan bahasa Inggeris.
3
2.0 PENGENALAN
Apa Itu SMART SPS LEARNING?
“SMART SPS” adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua
instrumen kajian iaitu KAD FORMULA SAINS SMART SPS (science process skills) kemahiran
proses sains dan penggunaan MODUL SMART SPS. Pengkaji mendapat idea ini daripada
memikirkan satu cara yang berkesan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang dan
berterusan selagi format cara menjawab soalan bahagian B tidak ada perubahan. Pengkaji
merancang dan menyediakan instrumen yang dapat digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran proses sains dalam soalan bahagian B.
i. KAD FORMULA SAINS “SMART SPS” dinyanyikan ikut rentak lagu
(ANAK ITIK TOK WI);
Dalam memastikan murid ingat kata kunci atau formula menjawab bahagian B,
beberapa SPS(kemahiran proses sains) yang murid perlu dikuasai, ingat dan hafal
terlebih dahulu, ini adalah kerana soalan bahagian B selalunya adalah dari soalan
yang sama walaupun eksperimen yang berbeza . Sebagai contoh, soalan bahagian B
yang sering disoal;
a) Nyatakan tujuan penyiasatan dalam eksperimen di atas?
b) Nyatakan :
i. Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?
ii. Apa yang hendak diukur (pembolehubah bergerakbalas)?
iii. Apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan)?
Terdapat beberapa soalan lain yang sering berulang dan sentiasa diajukan di dalam
buku-buku rujukan, buku latihan dan soalan-soalan UPSR sebenar. Secara umumnya,
soalan -soalan bahagian B adalah berkaitan dengan kemahiran proses sains
(SPS;science process skills). Oleh itu ,pengajaran tentang konsep soalan kemahiran
4
proses sains (KPS/SPS) perlu difahami dan dikuasai oleh murid dan barulah murid
akan dapat menjawab soalan bahagian B dengan lebih tepat.
Dalam KAD FORMULA SAINS “SMART SPS” , saya hanya menekankan kepada kata
kunci mudah yang mana menjadi asas dalam menjawab soalan bahagian B iaitu
Kemahiran Proses Sains :-
i.mengawal pemboleh ubah dan mentafsir maklumat iaitu
ii. menyatakan tujuan dan
iii.menyatakan corak perubahan.
Pembelajaran dan pengajaran Sains tahun 4 merupakan tahun awal pengenalan
dengan soalan-soalan bahagian B berformatkan soalan sains UPSR. Formula kata
kunci ini dihafal dengan mengikut rentak lagu ‘anak itik tok wi’.Dengan cara
menghafal formula kata kunci dengan cara nyanyian akan dapat menguatkan
ingatan murid lagi dengan kata kunci yang penting untuk mencari jawapan dengan
betul. Selain itu, didalam kad formula inni disertakan contoh soalan yang boleh
diguanakan oleh murid sebagai rujukan dan penerangan tentang teknik menjawab.
Selain itu, murid juga akan merasa lebih seronok jika menghafal dalam bentuk
nyanyian jika dibanding dengan cara menghafal seperti biasa.
Kad Formula Sains “SMART SPS”
5
ii. MODUL “SMART SPS”.
Modul “SMART SPS” adalah merupakan koleksi soalan-soalan jadual dan graf
yang mana menguji kemahiran proses sains (SPS) i. mengawal pemboleh ubah, dan
ii. Mentafsir maklumat iaitu menyatakan tujuan dan menyatakan corak perubahan.
Pengkaji hanya menitikberatkan 3 kemahiran proses sains ini terlebih dahulu
memandangkan tahun 4 masih baru dalam bentuk soalan Bahagian B berformatkan
UPSR. Modul ini adalah merupakan asas pengajaran dan pembelajaran untuk
memahami konsep soalan dan teknik menjawab soalan bahagian B. Ia juga
merupakan latihan latihtubi bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran
proses sains (SPS) ini. Tiga Kemahiran proses sains ini merupakan kata kunci asas
yang perlu dikuasai dahulu , dan apabila mereka menguasai konsep dan teknik
menjawab 3 kemahiran proses sains (SPS) , murid sudah boleh menjawab dalam
soalan bahagian B yang lain yang mana melibatkan kemahiran proses sains yang
mempunyai aras yang lebih tinggi. Teknik lain akan didedahkan kepada murid
peringkat demi peringkat. Pada peringkat ini juga , pengkaji mendedahkan teknik
menjawab soalan Bahagian B yang berkaitan dengan jadual dan graf sahaja.Ini
bertujuan untuk menimbulkan minat murid terhadap sains dan tidak akan
menganggap bahawa sains adalah mata pelajaran yang sukar . Dan bagi pengkaji,
apabila murid merasa pelajaran itu tidak membebankan dan seronok untuk di
belajar maka minat murid terhadap pelajaran tersebut akan meningkat seterusnya
dapat membantu penguasaan dan pemahaman murid terhadap mata pelajaran
sains.
6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum:
i. Meningkatkan peratus lulus murid dalam mata pelajaran sains.
ii. Meningkatkan prestasi murid untuk pencapaian cemerlang (A) dalam sains.
iii. Menjana daya pemikiran murid dalam penguasaan kemahiran proses sains (SPS)
dalam menjalankan eksperimen dan penyelesaian masalah.
iv. Memastikan murid dapat menguasai teknik menjawab bagi soalan bahagian B.
3.2 Objektif Khusus:
i. Mewujudkan pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan dan menyeronokkan
dalam penyelesaian eksperimen dan khasnya penyelesaian soalan bahagian B.
ii. Meningkatkan penguasaan 3 kemahiran proses sains (SPS) yang asas yang sering disoal
soalan bahagian B.
iii. Murid dapat memahami dan menguasai konsep dan teknik menjawab soalan
bahagian B.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan tidak membosankan murid.
v. Meningkatkan keyakinan dan kemahiran proses sains murid dalam menjawab soalan
bahagian B.
3.3 KUMPULAN SASARAN:
Kajian di jalankan ke atas murid tahun 4 Aktif yseramai 30 orang murid. Kelas ini terdiri
daripada murid yang pelbagai peringkat kebolehan . 4 daripada mereka mempunyai aras
pengetahuan yang tinggi dan separuh daripadanya adalah mempunyai aras pengetahuan yang
sederhana dan sebilangan kecil daripada mereka adalah mempunyai aras pengetahuan yang
rendah.
8
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pemerhatian :
Pemerhatian ke atas murid telah dibuat semasa perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sains. Pengkaji telah memberikan beberapa soalan di papan putih dan lembaran
kerja. Setiap penyelesaian masalah ini pengkaji akan memberi penerangan tentang teknik
menjawab dahulu. Kemudian, Murid diuji dengan beberapa soalan bahagian B yang lain,
didapati sebahagian besar murid tidak dapat menjawab soalan sendiri dan sering menanya dan
meminta bimbingan guru untuk menyelesaikannya. Senario ini sering berlaku setiap kali
pengkaji mengajar tentang soalan Bahagian B. Perkara ini amat merunsingkan kerana
penguasaan murid dalam menjawab soalan bahagian B ini menyumbang besar kepada
pencapaian lulus dan cemerlang dalam mata pelajaran sains baik dalam ujian, peperiksaan
ataupun peperiksaan UPSR.
4.2 Semakan buku latihan;
Pengkaji memeriksa latihan yang dibuat oleh murid, didapati murid tidak menyiapkan soalan
bahagian B. Pada masa yang sama, terdapat jawapan yang salah dan terbalik misalnya
pembolehubah dimanipulasi menjadi pembolehubah bergerakbalas atau sebaliknya. Pengkaji
mendapati bahawa murid-murid berada dalam situasi “Misconception” atau salah konsep dan
keliru. Murid-murid juga sering mengulang soalan di ruang jawapan ada juga yang lengsung
tidak menjawab soalan.
4.3 Analisis markah ujian dan peperiksaan;
Pengkaji mendapati markah keputusan ujian bulanan dan peperiksaan penggal pertama
murid adalah tidak memuaskan. Di dalam Kelas 4 Aktif , pengkaji mendapati kelemahan murid
adalah di bahagian B. Secara puratanya , hanya 28% murid yang dapat menjawab soalan
bahagian B dengan tepat dan mendapat skala markah antara 6-12/20. Selebihnya, mendapat
9
markah di antara 0-5 /20. Bagi murid tahun 4, pendedahan teknik menjawab amat perlu
sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan diduduki oleh
mereka di tahun 6 nanti. Oleh itu, pengkaji menjangkakan jika murid kelas 4 Aktif ini dapat
menguasai teknik menjawab bahagian B lebih awal, sasaran untuk mendapat cemerlang A
dalam sains UPSR dapat dicapai dengan kualiti dan kuantiti yang lebih baik di masa akan datang.
4.4 Analisis markah Ujian Pra.
Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra yang merupakan ujian yang menumpukan soalan
Bahagian B sahaja. Ujian ini dapat melihat perbandingan sebelum dan selepas pengajaran dan
pembelajaran sains menggunakan “SMART SPS LEARNING”. Dengan ini juga ,pengkaji dapat
menilai dan mengukur kerkesanan penggunaan teknik pengajaran ini. Ujian ini hanya menguji 3
kemahiran proses sains iaitu mengawal pembolehubah, menyatakan tujuan dan corak
perubahan. Terdapat 2 soalan iaitu soalan berjadual dan soalan graf. Markah penuh bagi ujian
ini adalah 10. Didapati perolehan keputusan markah untuk 30 orang murid tahun 4 Aktif adalah
seperti dibawah:
MARKAH UJIAN PRA 0 /10 1/10 2 /10 4/10 5/10 6/10 7/10 8/10 10/10BIL MURID DAN
MARKAH 14 1 1 3 3 3 1 3 1
10
4.4.1 Refleksi Kendiri dan Tindakan yang dijalankan:
Ujian Pra telah dijalankan pada 14 Julai 2012 dan seramai 30 orang murid 4 Aktif telah
mengambil ujian ini.Keputusan menunjukkan bahawa ramai murid yang belum menguasai
teknik menjawab bahagian B. Ada diantara murid yang langsung tidak dapat memberikan
jawapan dengan hanya menyalin soalan semula sebagai jawapan. Selain itu, terdapat juga
murid yang menyalin formula kata kunci sebagai jawapan . Murid juga keliru untuk
menentukan pembolehubah. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang mendapat
markah yang baik di antara 6-10 markah iaitu 8 orang atau 27% sahaja. Murid-murid ini
memang di antara murid yang agak bijak dan cepat memahami dan mengingat apa yang diajar.
Melalui dapatan ini, pengkaji terpaksa mencari satu idea teknik pengajaran dan pembelajaran
yang dapat digunakan dalam mengatasi masalah ini. Pengkaji berpendapat bahawa murid
harus menguasai formula kata kunci menjawab soalan bahagian B. Apabila murid sudah
memahami konsep dan teknik menjawab ,pengkaji akan menyediakan satu set modul sebagai
aktiviti pengukuhan tambahan agar murid dapat menguasai teknik menjawab dengan latihtubi
yang diberikan.
4.2 LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN AKTIVITI
TARIKH/HARI LANGKAH PROSES CATATAN12 julai 2012
Langkah 1 Guru menjalankan ujian Pra kepada murid 4 Aktif
16-20 julai 2012
Langkah 2 Guru menyediakan bahan untuk pembinaan kad formula sains “Smart SPS”dan Modul “Smart SPS”.
Merancang, merangka, menaip ,mencetak ,proses ‘plastic leminate’ dan memotong kad.
21-22 julai 2012
Langkah 3 Guru memadankan kandungan kata kunci Kad Formula dengan rentak lagu “Anak Itik Tok Wi”
23 – 24 julai 2012
Langkah 4 Guru memperkenalkan Kad Formula sains kepada murid dan menyanyikan
Murid diminta untuk menghafal kata kunci dengan
11
(2 minggu mengikut sesi pdp)
bersama dengan mengikut rentak lagu “Anak Itik Tok Wi”. Seterusnya guru menerangkan contoh soalan dan teknik jawapan bahagian B (KPS yang terlibat) yang terdapat dalam kad Formula.
berpandukan kad formula sains Smart SPS
6 -18 ogos 2012(2 minggu)
Langkah 5 Murid membuat soalan latih tubi di dalam “Modul Smart SPS” yang mengandungi 30 soalan.
Murid boleh merujuk “kad formula Smart SPS” jika perlu.
30 ogos 2012 Langkah 6 Murid menjalankan Ujian Pos Guru mendapatkan maklumat analisis terhadap penguasaan dan pemahaman murid terhadap konsep dan teknik menjawab soalan bahagian B .pengkaji juga membuat penilaian dan pengukuran terhadap ‘SMART SPS LEARNING’
4.3 Perlaksanaan tindakan dan Pemerhatian terhadap respon murid.
Kajian ini dijalankan dalam tempoh 1 bulan lebih bermula dari 12 Julai hingga 30 Ogos 2012
ke atas 30 orang murid dari kelas 4 Aktif . Pada peringkat awalnya, murid sangat seronok dan
gembira apabila pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan
beberapa set kad formula sains SMART SPS. Murid menyanyi bersama dan mereka dapat
menghafalnya dengan lebih cepat. Dalam kad tersebut juga murid dapat membaca nota
tentang teknik menjawab pembolehubah, tujuan penyiasatan dan corak perubahan. Didapati
sebahagian besar murid memahami konsep teknik menjawab bahagian B dengan lebih cepat
jika dibandingkan jika guru banyak menerangkan berbanding dengan kaedah ini. Pendekatan ini
dijalankan selama 2 minggu mengikut jadual masuk kelas. Pada minggu ke ketiga, pengkaji
menggunakan instrumen kedua sebagai langkah pengukuhan di mana latihan berbentuk latih
tubi menggunakan modul SMART SPS.
12
Murid mula mengenal bentuk soalan bahagian B dan teknik menjawab soalan yang
melibatkan kemahiran proses sains yang melibatkan pembolehubah, menyatakan tujuan
penyiasatan dan corak perubahan. 70% murid dapat menjawab modul dengan berpandukan
kad formula sains SMART SPS dengan bantuan guru yang sedikit sahaja. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan dijalankan secara berkumpulan. 30% murid yang agak lemah
masih memerlukan bimbingan guru namun teknik menggunakan Kad Formula sains SMART SPS
dapat mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep teknik menjawab soalan .Secara
keseluruhan, murid-murid dapat menyiapkan modul SMART SPS dalam tempoh 2 minggu.
4.4 Analisis Dapatan kajian melalui Ujian Pos
Bagi memastikan kajian ini berhasil, pengkaji menjalankan Ujian Pos sebagai penunjuk aras
keberkesanan Pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Berikut
adalah hasil dapatan daripada 30 orang murid 4 Aktif yang telah dijalankan pada 30 Ogos 2012;
MARKAH UJIAN POS 1M 2M 3M 4M 5M 6M 7M 8M 10MBIL MURID
MENGIKUT MARKAH 1 1 2 1 2 2 4 12 5
13
Dalam ujian Pos, didapati keputusan ujian agak memuaskan dimana sebilangan besar murid-
murid menunjukkan prestasi yang sangat baik. Terdapat banyak peningkatan jika dibandingkan
dengan keputusan ujian Pra yang telah dijalankan di awal kajian. Seramai 23 orang mendapat
markah 6 ke atas iaitu kira-kira 76% sudah menguasai konsep teknik menjawab soalan bahagian
B. Berikut adalah perbandingan Keputusan ujian Pra dengan ujian Pos. Pengkaji mengambil
kesimpulan pengukuran pencapaian murid dengan membahagikan markah pencapaian baik (6-
10) dengan pencapaian rendah (0 – 5) dan perlu diberi tumpuan dan dibimbing dari masa ke
semasa sehingga mereka menguasai konsep teknik menjawab soalan bahagian B .
PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DENGAN UJIAN POS
14
REFLEKSI PENGKAJI :
Daripada dapatan kajian, perbandingan keputusan Ujian POS dan Ujian PRA sangat jauh
lebih baik dimana murid-murid menunjukkan satu kemajuan yang amat diharapkan. Adalah
berbaloi dengan usaha dan penat lelah pengkaji memikir ,merancang dan melaksanakan kajian
ini. Secara perbandingan, Pada peringkat Ujian Pra seramai 22 orang murid mendapat
markah 0 – 5 manakala iaitu kira-kira 73%, pada Ujian Pos bilangan murid yang berpencapaian
rendah berkurang kepada 7 orang hampir 24% sahaja dan bilangan murid yang mendapat
markah 6-10 pada ujian Pra hanya 8 orang iaitu kira-kira 27% ,namun pada Ujian Pos bilangan
murid yang mencapai markah 6-10 meningkat kepada 23 orang iaitu 76% mula menunjukkan
kemajuan yang boleh dibanggakan. Melalui kajian ini ,pengkaji mendapatkan satu hasil kajian
yang sangat memuaskan pencapaiannya. Namun, Pengkaji masih perlu menumpukan
perhatian kepada 7 orang murid yang masih memerlukan bimbingan seterusnya dalam
memahami konsep teknik jawapan. Pengkaji sangat berpuas hati dan rasa berbaloi segala usaha
dan inisiatif yang telah diberikan demi memastikan anak murid untuk mencapai kecemerlangan
dalam mata pelajaran sains khususnya.
15
5. PENUTUP
Dengan menggunakan ‘SMART SPS LEARNING ‘ ini dapat memberikan banyak impak
kepada kemajuan murid. Antaranya ,murid sudah hafal dengan kata kunci formula sains Smart
SPS dengan lebih cepat. Teknik menjawab juga semakin baik dikuasai lebih-lebih lagi dengan
panduan nota pada kad formula . Ia juga banyak membantu pengkaji dalam menerangkan dan
membimbing murid untuk menguasai konsep teknik menjawab soalan. Pengkaji tidak perlu
menggunakan banyak tenaga untuk sentiasa menerangkan konsep soalan dan masalah kerana
murid sudah mula faham dan tahu teknik menjawab. Implementasi latihtubi Modul Smart SPS
juga banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap pencapaian dalam
soalan bahagian B.
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran ini akan diteruskan sehingga ke peringkat tahun 5
dan 6. Di samping itu, pengkaji akan menambah lagi kata kunci kepada tahap yang lebih tinggi
misalnya kata kunci untuk menjawab soalan menyatakan hubungan ,hipotesis dan kesimpulan.
Pengkaji juga akan berkongsi instrumen dengan guru-guru sains lain di sekolah agar dapat
meningkatkan peratus lulus dan cemerlang sains di masa akan datang.
16
RUJUKAN
Abdul Rashid Johar& Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan.
Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia,Kertas soalan peperiksaan tahun-tahun
Lepas 2005 – 2011 UPSR SCIENCE, SASBADI SD. BHD
Mok Soon Sang(2003), Peperiksaan Panilaian Tahap Kecekapan, Skim Perkhidmatan Guru,
Siri Pendidikan Perguruan, kumpulan Budiman SDN. BHD Subang Jaya.
Syuhada Asyikin (2010), Diagnostic Model Test Paper, UPSR, Cemerlang.
Toh Kim Kau, L. Shirley, Chai Mun Lee(2010), Success Science UPSR, Oxford Fajar.
17