kajian penguasaan jawi morak
TRANSCRIPT
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di kalangan
pelajar tingkatan satu. Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan temubual . Sampel terdiri
daripada 15 orang lelaki dan 35 orang perempuan di salah sebuah sekolah agama di Daerah
Tumpat Kelantan iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanul Saadah Morak. Pemilihan
sampel berdasarkan tempat pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan temubual
bersama guru dan beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian
penguasaan tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan kepada
huraian peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai cadangan dan kajian untuk
dilanjutkan. Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di
kelas serta meningkatkan kemahiran penguasaan tulisan Jawi untuk murid-murid Islam
tingkatan satu.. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk
mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta faktor yang mempengaruhi kebolehan
sampelan menulis Jawi. Manakala ujian mengenal, menulis dan membaca pula untuk
mengetahui sejauh mana masalah kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian
ini menunjukkan prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di
mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan
Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga
mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan
tulisan Jawi beberapa saranan dibuat seperti wujudnya program Pintar Jawi, Sayang Jawi dan
yang terbaru ialah program j-QAF (Jawi,Quran,Arab,Fardhu ain) sebagai kesinambungan ke
arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan
yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.
1
BAB 1
1.0 Pengenalan.
Rajah 1
(Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah
Melayu)
1.1 Sejarah Tulisan Jawi
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang
sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor
dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M, manakala tulisan
Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan
tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini
tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
2
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Bukti
bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa
Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua
bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris seperti dalam rajah 2 di
bawah.
Rajah 2
Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku dengan
pesatnya baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya. Pada peringkat ini murid-murid
di tahap satu suka menyoal, meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti belajar dalam
menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai bagi menyediakan rangsangan
yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkara-perkara berkenaan Islam dan
seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam.
Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid di
peringkat sekolah menengah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan
aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi
membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan
3
tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan perkataan
mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Hal ini
adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha
menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita
‘Falsafah Pendidikan Negara’.
Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan
seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi.
Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor
di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis Jawi. Peringkat
menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan
dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran
menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.
Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi serta
tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan kepada murid-
murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam huruf-huruf Jawi. Guru
seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak mengelirukan murid
dengan kaedah tulisan Jawi. Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu
murid-murid menguasai tulisan Jawi dengan baik. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja
dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan
perhatian yang lebih terhadap penguasaan tulisan Jawi.
4
1.2 Peringkat Pramenulis
Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam
tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi
kepada murid-murid dari peringkat awal lagi. Bagi mereka menguasai kemahiran membentuk
lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi yang dirancang haruslah
sistematik bertitik tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-
latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri ke
kanan.
1.3 Peringkat mendirikan asas
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan murid-murid membentuk huruf di kertas kosong yang
tidak mempunyai sebarang garisan.
1.4 Penyampaian kemahiran
Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslah memberi perhatian kepada
beberapa perkara :
1.4.1 Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf
dengan menggunakan gambar.
1.4.2 Sebelum dilatih menulis, hendaklah diberi latihan bebas untuk membetulkan
urat-urat daging murid-murid.
1.4.3 Murid-murid menulis dengan menyebut nama-nama huruf.
1.4.4 Menggunakan kertas, mula-mula gunakan alat-alat dengan baik,
kemudiannya dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
5
Kesimpulannya, setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang tulisan Jawi sebagai
satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu tulisan yang lebih ke
arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu dikuasai dengan betul dan baik. Tulisan Jawi merupakan
kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti dikekalkan hingga ke akhir
zaman. Oleh yang demikian pengkaji telah memilih beberapa kaedah dalam mengesan tahap
penguasaan jawi bagi murid Tingkatan Satu dengan mewujudkan satu program Kelas Intensif
Pemulihan Jawi yang diadakan di sekolah tersebut.
BAB 2
2.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut:
2.1 Bagaimanakah murid-murid tingkatan satu mengenalpasti huruf-huruf
Jawi?
2.2 Bagaimanakah murid-murid tingkatan satu boleh menguasai kemahiran
menulis tulisan Jawi?
2.3 Bagaimanakah murid-murid tingkatan satu dapat menulis huruf-huruf Jawi?
2.4 Apakah punca-punca murid-murid tingkatan satu tidak dapat menulis huruf
Jawi?
2.5 Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid?
2.6 Apakah halangan-halangan pelajar tingkatan satu tidak berminat dengan tulisan
jawi ?
2.7 Kenapakah pelajar tingkatan satu tidak memberi tumpuan kepada proses P &
P Jawi ?
2.8 Kenapakah pelajar tingkatan satu lebih cenderung menulis rumi berbanding
Jawi ?
2.1 Objektif Kajian
Antara objektif yang hendak dicapai di dalam kajian ini ialah:
3.1 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tingkatan satu mengenalpasti
huruf-huruf Jawi.
3.2 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tingkatan satu dapat
menguasai kemahiran tulisan Jawi.
3.3 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tingkatan satu menulis huruf-
huruf Jawi.6
3.4 Mengetahui punca-punca murid-murid tingkatan satu tidak tahu menulis
tulisan Jawi.
3.5 Mengetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid .
3.6 Mengetahui halangan- halangan pelajar tingkatan satu tidak berminat
dalam penulisan Jawi.
2.2 Kepentingan Kajian
Hasil dapatan daripada kajian ini adalah diharap dapat:
4.1 Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pelaksanaan Kelas Intensif
Pemulihan Jawi di masa akan datang
4.2 Membantu pihak guru Pendidikan Islam dan guru j-Qaf menilai kelemahan
yang terdapat pada murid dalam menguasai tulisan jawi.
4.3 Mewujudkan rasa tanggungjawab yang tinggi dan komited terhadap
memartabatkan tulisan jawi dikalangan masyarakat .
4.4 Menarik minat murid tehadap penulisan jawi secara mendalam dan
menobatkan kembali tulisan jawi dalam urusan harian.
4.5 Membiasakan murid dengan pembacaan dan penulisan tulisan jawi .
2.3 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Ugama Arab
Bustanul Saadah Morak, Tumpat Kelantan iaitu pada bulan Oktober 2012. Seramai 50
orang pelajar telah dijadikan responden yang terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 35
pelajar perempuan iaitu 100 peratus pelajar Islam. Responden-responden yang dipilih
akan dinilai tahap penguasaan mereka dengan menggunakan borang soal selidik seperti
yang dilampirkan dalam Lampiran 1.
2.4 Latar belakang kajian
Kajian ini di jalankan di Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanul Saadah, Morak Tumpat
Kelantan merupakan salah sebuah sekolah agama di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan 7
( YIK ). Sejarah Madrasah Bustanul al-Saadah Kampung Surau Lama, Morak bermula pada 2
Januari 1959 apabila hari pertama sekolah ini dibuka dengan 2 buah kelas serta 40 orang
murid – Kelas Tahdiri dan al-Fasl al-Awwal. Sekolah ini terletak di tepi Jalan Besar Wakaf
Bharu Palekbang yang pada waktu itu masih merupakan jalan kampung, di hadapan rumah
pengasas sekolah Tok Nebeng Pak Cik Daud Hj Ahmad Penghulu Kampung Morak. Dua
orang guru pelopor madrasah ini pada tahun 1959 dan 1960 ialah Ustaz Ramli Awang dan
Abdul Aziz Husin. Pada penghujung dekad 1990 an, atas inisiatif guru besarnya yang baru,
Ustaz Najmuddin Ibrahim, kerajaan negeri mengenal pasti kawasan tanah seluas 8 ekar di
Bendang Ketong bagi didirikan bangunan sekolah yang baru. Bangunan ini yang
dimulakan pada 2 Januari 2002 siap sepenuhnya pada awal 2005. Sekolah baharu ini
mula beroperasi pada 20 Mac 2005. Yang Amat Berhormat Dato’ Tuan Guru Nik
Abdul Aziz bin Nik Mat merasmikan sekolah ini pada hari Isnin 3 Mac 2008. Esoknya, 5
Mac 2008, kira-kira jam 12.30 pagi, mudir Najmuddin meninggal dunia. Pada tahun
2009, Madrasah Bustan al- Saadah, Morak merayakan hari ulang tahunnya yang ke 50
iaitu Jubli Emas diterajui oleh Mudir Ust Wan Fakhrulrazi bin Wan Mahmood. Sekolah
Menengah Arab Bustanul Saadah Morak yang ditubuhkan pada tahun 1959 juga perlu
mencapai falsafah pendidikan Yayasan Islam Kelantan iaitu :-
“ Pendidikan Islam sebagaimana yang diterangkan pengertiannya di dalam istilah
ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris adalah suatu yang berterusan kearah memperkembangkan
potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di muka bumi secara
menyeluruh dam bersepadu umtuk melahirkan insane yang seimbang dari segi rohani, akhlak,
emosi, akidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi
melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan
layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, Negara dan ummah. “
2.5 Kumpulan Sasaran
8
“Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual.”
Semua murid tingkatan satu. Namun kajian ini akan memfokuskan kepada 50 orang
pelajar tingkatan satu merangkumi pelajar lelaki dan perempuan yang terpilih sahaja.
2.6 Strategi Pelaksanaan
6.3.1 Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah.
6.3.2 Aktiviti latih tubi penulisan jawi ditekankan dalam Kelas Intensif
Pemulihan Jawi di sekolah.
6.3.3 Setiap Kelas Intensif mengandungi enam modul dengan jumlah masa
selama sepuluh jam.
6.3.4 Bilangan bagi setiap kumpulan dalam LDK adalah berdasarkan kesesuaian
sesebuah sekolah.
6.3.5 Semua murid perlu disediakan Rekod Kemahiran yang dijadikan sebagai
laporan prestasi individu.
2.7 Tinjauan Literatur
Kajian ini adalah mengenai kebolehan pelajar tingkatan satu dalam menguasai tulisan
Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa
perkara yang berkaitan seperti berikut :
a) Teori-teori mengenai tulisan .
b) Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar
negara.
Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan
memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.
2.7.1 Teori-teori
Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu
dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan
menulis. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama
yang berkaitan dengan kajian.
Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,
9
Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktiviti-
aktiviti psikomotor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak.
Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara
semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca.
Dr. Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanak-kanak.
Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind .
Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam
pepatah masyhurnya :
Bersama-sama dengan pandangan Aristotle, Dr. Montessori menegaskan bahawa
pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini :
Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah (1999), “menyatakan kehilangan
atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’
bangsa Melayu yang hilang. dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda
Melayu membaca al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi”. Ekoran
daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang
tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak
tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang
pernah mentamadunkan bangsa Melayu.
Menurut Zaidi Osman (1999) “ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam
perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua
manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih
terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan,
kesusasteraan, sejarah, keagamaan , perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang
jelas tentang tulisan Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu
zaman silam. Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda
“Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria.”
“Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu, bahawasanya latihan deria adalah hal yang paling penting dalam pendidikan.”
10
sekarang ini diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan seterusnya
mempertahankan martabatnya di mata dunia”.
2.7.2 Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan
luar negara.
Ibnu Taimiyyah (1982) “menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan
Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam
bidang Islam”.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid (1991)
“yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah rendah. Ini
berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan dalam
banyak mata pelajaran lain di sekolah”. Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat
menguasai kemhairan Jawi.
Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b. Endut
(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia hanya
diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.
Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan “
Kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum lama
sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat membaca
Jawi. Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak akan dapat
membaca dan menulis jawi” .(Berita Minggu, 18 Oktober ,1987)
Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) “mendapati dalam
kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum sekolah
telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan kemahiran Jawi di
kalangan pelajar sekolah”
11
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.
Nama
Bentuk huruf
Padanan RumiTungga
l
Awal
kata
Tengah
kata
Akhir
kata
Alif ا ا a
Ba ب ب ـب ـب b
Ta ت ت ـت ـت t
Sa ث ث ـث ـث s, (th)
Jim ج ج ـج ـج j
Ha ح ح ـح ـح h, (ḥ)
Ca چ چ ـچ ـچ c
Kha خ خ ـخ ـخ kh
Dal د ـد d
Zal ذ ـذ z, (dh)
Ra ر ـر r
Zai ز ـز z
Sin س س ـس ـس s
Syin ش ش ـش ـش sy
Sad ص ص ـص ـص s, (ṣ)
Dad ض ض ـض ـض d, (ḍ)
Ta ط ط ـط ـط t, (ṭ)
Za ظ ظ ـظ ـظ z, (ẓ)
12
Ain ع ع ـعـ ـعawal: a, i, u; akhir: k,
(‘)
Ghain غ غ ـغـ ـغ gh
Nga ڠ ـڠ ـڠـ ڠـ ng
Fa ف ف ـف ـف f
Pa ڤ ڤ ـڤ ـڤ p
Qaf ق ق ـق ـق k, q, (q)
Kaf ك ك ـك ـك k
Ga ڬ ـڬ ـڬـ ڬـ g
Lam ل ل ـل ـل l
Mim م م ـم ـم m
Nun ن ن ـن ن n
Wau و ـو w, u, o
Va ۏ ۏـ v
Ha ه ه ـه ه h
Ya ي ي ـيـ ي y, i, e taling
Ye ى ـى e pepet hujung
Nya ڽ پـ ـپـ ڽـ ny
hamzah ء ءawal: gugur; akhir: k,
(’)
ta marbutah ة ـة t, h, (ṯ)
Catatan:
1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik
dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
13
2.8 Metodologi
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Maka dalam bahagian ini,
pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan kajian
ini. Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka bentuk
kajian, sampel kajian, tempat kajian,instrumen kajian, analisis data, pentadbiran
kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan alatan yang digunakan dalam melakukan
kajian.
2.9 Reka bentuk kajian.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid (2000) telah
menyatakan “bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh
penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu
kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.”
Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid tingkatan satu yang beragama Islam
yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan semasa proses pembelajaran di
dalam kelas. Setiap sesi mengambil masa selama 20 – 30 minit.
BAB 3
3.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Data primer merupakan data yang dikumpul daripada kajian yang
dijalankan oleh pengkaji yang bertujuan spesifik bagi menerangkan
masalah kajian (Naresh, 1999). Kebanyakan data primer juga terdiri
daripada sumber-sumber data sekunder tetapi ini bergantung kepada
bila maklumat asal tersebut dikumpul (Lehmann dan Winer, 1996).
14
Pengumpulan data primer dalam kajian ini diperoleh melalui dua kaedah
iaitu kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Pengumpulan data
primer melibatkan beberapa kaedah yang sering digunakan dalam
penyelidikan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pengamatan.
Kaedah ini melibatkan penyelidik tinggal bersama-sama dengan
komuniti yang dikaji bagi satu jangkamasa yang tertentu. Dengan cara
ini, mereka dapat mengamati ciri-ciri komuniti yang dikaitan dengan
lebih tepat dan dekat. Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelidikan
perpatisipasif (Rohana Yusof, 2003:126). Pengumpulan data primer juga
boleh didapati dengan menggunakan kaedah soal selidik. Terdapat dua
bentuk kaedah ini, iaitu soal selidik secara langsung dan soal selidik
secara pos. Dalam soal selidik secara langsung, penemuduga akan
bersemuka dengan responden dan menyoal mengikut soalan-soalan
dalam borang soal selidik. Ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa
dan kos. Kadang-kadang terdapat kesukaran menemuduga responden,
mungkin responden ketiadaan waktu untuk ditemuduga. Bagi
mengatasi masalah ini, penyelidik boleh menggunakan kaedah soal
selidik secara pos (ibid:126). Sumber asli atau dikenali sebagai sumber
pertama adalah bukti atau hasil langsung dari sesuatu kejadian.
Sumber-sumber asli termasuklah kesan-kesan tinggalan atau artifak-
artifak, saksi dan pemerhati. Artifak, saksi dan pemerhati akan menjadi
perantara antara sesuatu peristiwa, perkembangan atau pengalaman
pendidikan yang dikaji dengan penyelidik. Sumber asli akan
menghasilkan maklumat asal tentang sesuatu peristiwa yang dikaji.
Sumber asli yang utama yang utama ialah pemerhati atau saksi
kejadian serta objek sebenar dalam bentuk artifak dan rekod. (Mohd
Majid Konting, 1990:90). Ahmad Mahdzan Ayob (1992:52) menyatakan
terdapat empat jenis pengumpulan data primer yang digunakan oleh
para penyelidik. Empat jenis yang dinyatakan tersebut ialah kaedah
bancian, kaedah tinjauan biasa (tinjauan pemberita), kaedah
pemerhatian “penyertaan” dan kaedah tinjauan sampel kebarangkalian.
Setelah meneliti hasil pendapat dan teori-teori penyelidikan, penyelidik
telah memilih kaedah soal-selidik dan temubual untuk mengumpulkan
15
data primer yang dikehendaki. Rasioanal pemilihan kaedah-kaedah
tersebut secara umum adalah kerana pada pandangan penyelidik
kaedah-kaedah tersebut bersesuaian untuk mendapatkan maklumat
bagi menjawab semua persoalan kajian yang telah ditetapkan. Rasional
pemilihan kaedah-kaedah tersebut secara akan dijelaskan didalam
subtopik seterusnya.
3.1 Soal Selidik
Dalam mana-mana tinjauan sosial, satu soal selidik atau instrumen yang
seragam hendaklah digunakan. Soal selidik yang seragam itu akan
mengandungi satu rentetan soalan yang telah digubal khas untuk
mengumpul data bagi mencapai objektif kajian. Soalan-soalannya diatur
dan dibentuk sebegitu cara supaya dapat membantu responden merasa
selesa, dan boleh mengingat kembali perkara-perkara yang telah
berlaku pada masa lampau (Ahmad Mahdzan Ayob, 1992:67). Soal
selidik adalah alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat
secara langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang
dikaji oleh seseorang penyelidik. Ia juga adalah nadi kaji selidik dengan
erti kata ia adalah pengganti daripada penyelidik sebelum seseorang
penyelidik mengemukakan soalan-soalan kepada responden (Rohana
Yusof, 2003:132). Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang disusun
secara teratur untuk ditadbirkan ke atas responden oleh penemubual.
Penemubual boleh meminta responden sendiri mengisikan jawapan.
Soal selidik ini adalah satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji,
kerana kualiti dan mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan
pada keseluruhannya. Jika soalan dalam soal selidik kabur, maka
jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang
nyata (Syed Arabi Idid, 1992:87). Borang-borang ini mengandungi
soalan-soalan ringkas yang berkaitan serta disediakan pilihan jawapan
kepada responden untuk memudahkan responden menjawab. Jawapan
yang diperoleh daripada pengagihan borang soal selidik merupakan
data utama dalam kajian ini. Penggunaan soal-selidik dapat membantu
16
pengkaji mendapatkan data dengan kadar yang cepat. Ia juga
merupakan alat pengumpulan data yang cekap kerana banyak data
dipungut (Sekaran, 1992). Menurut Samarudin dan Nazri (1993:31), soal
selidik berbentuk satu senarai soalan-soalan yang bertulis. Soalan-
soalan itu disediakan oleh pengkaji sendiri yang difikirkan merangkumi
subjeknya. Soalan-soalan mestilah terang dan senang difahami.
Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan
menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala
kadar. Soalan bebas-jawab ialah soalan isikan tempat kosong; jawab
senarai semak ialah soalan jenis Thurston di mana subjek hanya
memberikan jawapan dengan menanda salah satu pilihan jawapan; dan
soalan skala kadar menggunakan kaedah Likert di mana responden
memilih jawapan daripada satu kontinum (ekstrem ke ekstrem) (Mohd
Najib Abd Ghaffar, 1999:88).
Tujuan soal selidik ialah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
tepat dan lengkap.
Untuk mencapai maksud ini ia mesti mempunyai dua ciri utama:
1. Soal selidik mestilah memenuhi objektif penyelidikan. Maklumat-
maklumat yang diperlukan perlu dicatatkan terlebih dahulu dan
soalan-soalan dibentuk ke arah mendapatkan maklumat ini.
2. Soal selidik perlu disediakan dalam satu bentuk yang seragam. Ini
bermakna semua orang dalam sampel akan menjawab soalan-soalan
yang sama (Kamarudin Ngah dan Roslim, 1990:63).
Tujuan soal selidik ialah untuk mendapatkan data daripada responden.
Soal selidik ini juga boleh dianggapkan juga sebagai satu usaha
menyampaikan rangsangan bagi mendapatkan jawapan daripada
responden (Syed Arabi Idid, 1992:87). Dalam membina soal selidik,
beberapa perkara perlu diambil perhatian.
17
Dari ketiga-tiga jenis soal-selidik seperti yang dinyatakan sebelum ini,
penyelidik telah memilih soal-selidik jenis skala kadar untuk
dikemukakan kepada para responden. Pemilihan ini adalah berdasarkan
kesesuaian soal-selidik jenis ini untuk mendapatkan maklumat bagi
menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Rasional penyelidik
memilih kaedah soal selidik adalah kerana kaedah merupakan kaedah
yang terbaik untuk mendapatkan banyak data yang diperlukan daripada
jumlah responden yang ramai dalam masa yang singkat. Dengan soalan
yang sama untuk semua responden, penyelidik dapat membuat
perbandingan pandangan antara responden setelah data telah
dianalisis. Tidak dinafikan juga, melalui kaedah ini, data mudah
diproseskan dengan menggunakan komputer. Selain itu, kesahan
keputusan daripata data yang diterima adalah sangat tinggi kerana
soalannya bersifat objektif.
3.2 Temu bual
Selain soal selidik, penyelidik juga memilih kaedah temu bual untuk
mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian. Temu bual adalah
kaedah bila mana subjek dan penyelidik hadir sama dalam proses
memperolehi maklumat. Maklumat penyelidikan diperolehi secara
langsung oleh penyelidik daripada subjek. Temu bual digunakan bagi
memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai sesuatu
objektif penyelidikan. Soalan yang digunakan bagi merangsang
maklumat dibina sebagaimana pembentukan soal selidik dengan
beberapa penyesuaian. Cara persoalan adalah perbezaan yang nyata
antara kaedah temu bual dengan kaedah soal selidik. Temu bual
mengkehendaki kedua-dua pihak, penyelidik dan subjek berinteraksi
secara langsung dan aktif. (Rohana Yusof, 2003:154).
Menurut Abu Hassan Othman (1980:7), temu bual merupakan satu
proses interaksi antara penemu bual dengan respondennya. Tujuannya
adalah uintuk mendapatkan data-data penting bertukar-tukar fikiran
18
pengalaman. Walaubagaimanapun temubual ini boleh dikalsifikasikan
kepada berbagai cara dengan mengikut fungsinya atau mengikut
bilangan individu yang mengambil bahagian dalam temu bual
tersebut.Kaedah ini juga dapat digunakan untuk memperoleh maklumat
yang lebih mendalam memandangkan ia adalah berbeza dengan
perbualan biasa kerana ia merupakan perbualan yang dirancang dengan
teliti terlebih dahulu. Di samping itu banyak maklumat boleh diperoleh
melalui temu bual yang dirancang dengan baik. (Azizah, 1998). Kaedah
ini juga fleksibel di mana seseorang yang ditemubual boleh
menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut lagi.
Penemu bual juga boleh membuat pemerhatian terhadap orang yang
ditemu bual dan dengan ini boleh menentukan sesuatu perkara
berdasarkan reaksi yang diberi (Mohamad Najib Abd Ghaffar, 1999:116).
Rasional pemilihan kaedah temu bual ini adalah kerana kaedah ini dapat
menghasilkan maklumat yang lebih tepat daripada maklumat yang
didapati daripada kaedah-kaerdah pengumpulan data yang lain yang
digunakan penyelidik. Kebenaran maklumat yang didapati juga tinggi
kerana penemubual dapat meminta penerangan lanjut sekiranya beliau
merasa ragu-ragu terhadap kebenaran jawapan yang diberi. Selepas
maklumat atau data dikumpul, dicanai dan dipilih mengikut kesesuaian
permasalahan penyelidikan, tibalah masanya penyelidik melakukan
aktiviti penganalisisan data tersebut. Dalam perkara ini, terdapat empat
aktiviti penganalisisan data iaitu pemprosesan data, membuat
kenyataan berdasarkan data yang diproses, mengatkan atau
membandingkan dapatan kajian dengan hasil lain dan membuat
kesimpulan atau implikasi berdasarkan peringkat 1 dan 2 (Sulaiman
Masri, 2003:66).
3.2 Sampel dan persampelan
19
Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan murid
tingkatan satu. Responden ini terdiri daripada 50 orang pelajar Sekolah Menengah Arab
Bustanul Saadah Morak, Tumpat Kelantan. Jadual 1 berikut menunjukkan latarbelakang
responden.
Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas
Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah Kekerapan
Jantina
Lelaki
Perempuan
15 (30%)
35 (70%)
Kelas
Tingkatan Satu 50 (100%)
Jumlah 50 (100%) Jumlah 50 (100%)
Bagi mendapatkan maklumat kajian, pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah
Tumpat iaitu Sekolah Menengah Arab Bustanul Saadah Morak. Pengkaji memilih sekolah
tersebut kerana sekolah tersebut merupakan tempat pengkaji sedang bertugas dan
memudahkan untuk menjalankan kajian .
BAB 4
4.0 INSTRUMEN KAJIAN
Soal selidik diedarkan kepada 50 orang pelajar yang mewakili
responden daripada 50 orang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah
Arab Bustanul Saadah Morak. Borang soal selidik dalam kajian ini telah
dibangunkan berdasarkan kepada objektif kajian supaya maklumat yang
diperoleh akan lebih spesifik dan tepat. Di samping itu juga,penyelidik
turut menjadikan kajian-kajian lepas sebagai panduan untuk membina
soalan-soalan tersebut. Borang soal selidik ini melibatkan tiga bahagian
yang utama iaitu bahagian A, B dan C.
(i) Bahagian A
20
Dalam bahagian A, penyelidik mengemukakan soalan-soalan yang
melibatkan latar belakang pelajar dari segi jantina, tingkatan,
pendidikan individu, kecenderungan mempelajari tulisan jawi, mula
mempelajari jawi, masa mengulangkaji Jawi, keputusan peperiksaan
Jawi ( Pendidikan Islam ), saudara mara yang pernah mempelajari Jawi,
tujuan mempelajari Tulisan Jawi, kesukaran menulis Jawi serta halangan
dalam penulisan Jawi.
(ii) Bahagian B dan C
Skala Likert telah digunakan bagi soalan-soalan dari bahagian B dan
bahagian C. Dalam skala Likert, responden dikehendaki menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala
dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada
‘sangat setuju’ kepada ‘sangat tidak setuju’ (Mohamad Najib, 1999:88).
Contoh Skala Likert adalah seperti yang diberikan di bawah:
PILIHAN SKALA LIMA MATA LIKERT
Sangat Tidak Setuju 2
Tidak Setuju 3
Kurang Setuju 5
Setuju 15
Sangat Setuju 25
Jadual 2: Skala Lima Mata Likert
Berasaskan maklumat yang terhasil daripada penganalisisan tersebut,
penyelidik akan menggunakan maklumat tersebut sebagai bukti
membuat sesuatu keputusan. (Rohana Yusof, 2003:183). Penganalisisan
data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual adalah dengan
menggunakan kaedah analisis statistik mudah. Terdapat dua bentuk
kaedah analisis iaitu:
4.1 Kaedah Kualitatif
21
Data yang dianalisis dalam kaedah kualitatif adalah perkataan, gambar
atau artifak dan bukannya nilai angka. Data kaedah kualitatif terdiri
daripada nota catatan lapangan, transkrip temu bual, gambar, artifak,
pita rakaman audio/video, memo, dokumen bertulis rasmi atau tidak
rasmi atau sebagainya. Data-data ini lebih banyak dianalisis secara
deskriptif. Penyelidik tidak menukarkan data-data tersebut dalam
bentuk angka seperti pendekatan kajian kuantitatif. Penyelidik cuba
menghurai, memahami dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat
daripada data-data tersebut supaya menjadi sesuatu yang bermakna
(Rohana Yusof, 2003:147).
4.2 Kaedah Kuantitatif
Apabila menggunakan pendekatan bersifat kuantitatif, penyelidik kerap
mengumpul data daripada sejumlah besar individu, membuatkannya
begitu rumit tetapi tidak mustahil menilai data kerana keluasannya.
Dalam pendekatan kuantitatif, tinjauan dilakukan ke atas sejumlah
besar individu atau menggunakan jadual temu bual berstruktur yang
mana soalan adalah berbentuk soalan tertutup digunakan. Sebagai
tambahan kepada teknik pengumpulan data yang standard dalam
tinjauan dan temubual, berbagai-bagai teknik krestif direka bagi
penyelidikan bersifat kuantitatif ini
(Rohana Yusof, 2003:151). Analisis kuantitatif terdiri daripada
persembahan nombor dan manipulasi pemerhatian bagi tujuan
penerangan dan perbincangan fenomena tersebut (Babbie, 1995).
Kaedah ini digunakan dalam menganalisis hasil daripada borang soal
selidik telah disediakan oleh penyelidik yang diedarkan kepada 50 orang
responden daripada Sekolah Menengah Arab Bustanul Saadah Morak
yang telah dipilih. Penyelidik telah menyampaikan borang soal selidik itu
sendiri serta berjumpa sendiri dengan responden. Bermakna penyelidik
tidak menggunakan teknik soal-selidik secara pos. Borang soal selidik
yang telah lengkap diisi oleh responden telah dipungut oleh penyelidik
pada waktu itu juga. Penyelidik hanya membuat data secara manual
22
sahaja bagi tujuan menganalisis data. Data dan maklumat yang
dianalisis dalam kaedah kuantitatif ini diperoleh daripada soal selidik
yang merupakan data primer. Hasil analisis kemudiannya disusun dan
dibentuk dalam bentuk jadual supaya lebih mudah difahami.
Tujuan penyelidik mengumpul data ialah untuk :
1. Memerihalkan sesuatu populasi dengan menggunakan statistik
sampel, seperti purata, sisihan piawai, atau membandingkan
beberapa populasi dari segi ciri-ciri penting populasi itu.
2. Mengelaskan atau mengelompokkan responden mengikut ciri-ciri
tertentu dengan membuat taburan ulangan atau memaparkan
secara jadual; - dengan tujuan supaya dapat diketahui berapa ramai
responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
3. Menguji sama ada ciri-ciri tertentu responden berkait dengan ciri-
ciri tertentu yang lain, misalnya menguji tahap kecenderungan
pelajar dalam penulisan Jawi atau penulisan Rumi.
4. Mengukur hubungan di antara satu angkubah sandar dengan
beberapa angkubah bebas.
5. Menguji keeretian keputusan yang diperoleh.
Kesimpulannya. pengumpulan data dalam kajian ini akan dilakukan dengan dua alat kajian
iaitu seperti berikut :
a) Borang soal selidik
i. Bahagian A : Maklumat responden
ii. Bahagian B : Sikap responden
iii. Bahagian C : Faktor-faktor mempengaruhi sikap
responden
b) Temubual untuk guru
i. Bahagian A : maklumat guru
ii. Bahagian B : Pengajaran dan pembelajaran
23
Data atau maklumat yang diperoleh daripada bahagian A dianalisis
untuk mengetahui latar belakang sampel kajian. Nilai kekerapan dan
peratusan digunakan bagi memperolehi maklumat yang berkaitan.
Manakala bagi data mentah bahagian B dan C pula dianalisis untuk
mengetahui hasil pandangan responden terhadap setiap item yang
diberikan untuk menjawab segala persoalan kajian. Analisis
bahagian B dan C ini dibentangkan dalam bentuk peratusan sahaja
bagi lima jenis respons seperti berikut:
Jadual 3 Skala Pengukuran Tahap Penguasaan
SKALA BILANGAN %
Sangat Tidak Setuju 2 4%
Tidak Setuju 3 6%
Kurang Setuju 5 10%
Setuju 15 30%
Sangat Setuju 25 50%
BAB 5
5.0 JANGKA MASA KAJIAN
Pengkaji hanya mengambil masa dalam tempoh 1 bulan setengah
sahaja untuk menyiapkan kajian ini iaitu bermula pertengahan bulan
Oktober sehingga penghujung bulan November 2012. Pelaksanaan
kajian dilakukan seperti dalam jadual di bawah.
Jadual 4 Jangka Masa Kajian
24
NO AKTIVITI KAJIAN BULAN
10 11
1 Kajian literature dan kajian sebelumnya
2 Pengumpulan Data
3 Pengedaran borang soal selidik dan
temuramah
4 Analisa Data
5 Penulisan dan penyiapan laporan
5.1 TATACARA KAJIAN
Data untuk kajian akan dikumpulkan melalui tatacara yang telah
dirancang terlebih dahulu. Penyelidik akan mendapatkan kebenaran
untuk menjalankan kajian ini daripada Pengetua Sekolah Menengah
Arab Bustanul Saadah Morak. Apabila kebenaran diberikan, penyelidik
akan meminta keizinan bagi mengedarkan soalan soal selidik. Borang-
borang diagihkan kepada semua responden dan dipungut kembali untuk
dianalisis oleh penyelidik dan mendapat data serta dapatannya. Semua
dapatan akan dibincangkan dan dibuat satu rumusan mengenai tajuk
kajian. Setelah selesai, proses penyediaan laporan dilakukan oleh
penyelidik bagi membuat laporan terakhir mengenai tajuk kajian ini.
Carta tatacara kajian ini dilaksanakan dapat dilihat dalam jadual berikut:
Kebenaran
Kelulusan
Pengetua Sekolah Berkenaan
Pengedaran Soal Selidik
Penganalisisan Data
Rumusan dan Laporan Akhir
Rajah 1 Tatacara Kajian
BAB 6
25
6.0 PENGANALISISAN DATA
Penganalisisan data dibuat dalam dua bahagian iaitu bahagian A merangkumi latar belakang
respoden dan bahagian B dan C melibatkan item persoalan berkaitan diri sendiri, ibu bapa dan
persekitaran sekolah. Dalam penganalisisan data ini, pengkaji hanya mendetailkan data di
bahagian A sahaja manakala untuk bahagian B dan C, pengkaji hanya merumuskan sahaja
hasil responden dalam menjawab soalan soal selidik yang dikemukakan.
6.1 BAHAGIAN A (LATAR BELAKANG RESPONDEN)
Pada bahagian ini, penyelidik akan menghuraikan dan membincangkan
beberapa perkara yang berkaitan dengan latar belakang responden. Ini
termasuklah perkara-perkara yang telah dinyatakan pada perkara 12 tadi.
Penganalisisan data pada bahagian ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan gambaran umum mengenai latar belakang responden.
Jumlah keseluruhan responden ialah sebanyak 50 orang pelajar.
Perbincangan pada bahagian ini akan dijelaskan mengikut kategori item
yang telah ditetapkan sebagaimana yang dipaparkan dalam jadual-jadual
di bawah.
6.1.1 Jantina
Jadual 5 Taburan Respoden Mengikut Jantina
Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah Kekerapan
Jantina
Lelaki
Perempuan
15 (30%)
35 (70%)
Kelas
Tingkatan Satu 50 (100%)
Jumlah 50 (100%) Jumlah 50 (100%)
Jadual 5 menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina.
Secara keseluruhannya, sebanyak 50 responden telah terpilih untuk
menjawab soal selidik yang dikemukakan. Jadual menunjukkan responden
terdiri daripada pelajar lelaki dan juga perempuan. Sebanyak 15 orang
pelajar lelaki atau meliputi sebanyak 30% terlibat dalam menjayakan
26
penyelidikan ini. Manakala pelajar perempuan yang terlibat terdiri
daripada 35 orang atau 70%. Ini menunjukkan responden perempuan lebih
ramai terlibat berbanding responden lelaki dalam penyelidikan ini. Proses
pemilihan jumlah status jantina adalah untuk memudahkan proses
terhadap data yang diperoleh. Selain itu juga, ia bertujuan untuk
mempelbagaikan responden kerana pemikiran dan pemahaman antara
lelaki dan perempuan seringkali berbeza.
6.1.2 Minat Mempelajari Jawi
Jadual 6 Taburan responden menurut minat mempelajari Jawi
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
3
Minat
mempelajari
tulisan jawi
Minat 35 70%
Kurang minat 10 20%
Tidak minat 5 10%
JUMLAH 50 100%
Jadual 6 di atas menunjukkan tahap minat responden terhadap tulisan
jawi. Apa yang dapat dilihat di sini ialah daripada 50 orang pelajar yang
menjadi responden, 35 orang iaitu 70% daripada keseluruhan responden
menyatakan dengan yakin bahawa mereka sememangnya berminat untuk
menguasai Jawi. Sebanyak 10 orang responden atau 20% daripada
keseluruhan responden pula menyatakan bahawa mereka kurang
berminat dengan penulisan Jawi. Manakala hanya 5 orang responden iaitu
meliputi 10% responden sememangnya tidak meminati Jawi. Hasil yang
didapati bahawa sebahagian besar daripada responden sememangnya
berminat terhadap penulisan Jawi.
6.1.3 Mula Mempelajari Jawi
27
Jadual 7 Taburan responden menurut peringkat pendidikan mula
mempelajari Jawi
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
4
Mula
Mempelajari
Jawi
Pra Sekolah 29 58%
Sekolah Rendah 20 40%
Sekolah Menengah 1 2%
JUMLAH 50 100%
Jadual 7 di atas menunjukkan peringkat pendidikan di mana responden
mula mempelajari Jawi. Apa yang dapat dilihat di sini ialah daripada 50
orang pelajar yang menjadi responden, 29 orang iaitu 58% daripada
keseluruhan responden mula mempelajari Jawi di peringkat tadika atau
pra-sekolah lagi. Sebanyak 20 orang responden atau 40% daripada
keseluruhan responden pula mempelajari Jawi bermula di peringkat
sekolah rendah. Manakala seorang sahaja meliputi 2% responden
mempelajari Jawi bermula di sekolah menengah. Hasil yang didapati
bahawa, majoriti daripada responden telah mempelajari atau menulis Jawi
sejak di peringkat Pra Sekolah.
6.1.4 Masa Mengulangkaji Jawi Seminggu
Jadual 8 Taburan responden mengikut masa mengulangkaji Jawi seminggu
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
Kurang 1 jam 35 70%
28
5 Masa Mengulangkaji
Jawi Seminggu
1 hingga 2 jam 12 24%
2 hingga 3 jam 3 6%
Lebih 3 jam 0 0%
JUMLAH 50 100%
Pada Jadual 8 menunjukkan taburan responden berdasarkan masa yang
diperuntukkan oleh responden untuk mengulangkaji subjek Jawi dalam
seminggu. Jadual di atas jelas menyatakan kepada kita bahawa mereka
yang memperuntukkan masa yang kurang daripada satu jam
menunjukkan jumlah yang paling ramai iaitu 35 pelajar atau merangkumi
70%. Sementara itu, tiada responden yang memperuntukkan masa lebih
daripada tiga jam. Manakala selebihnya adalah mereka yang
memperuntukkan 1 hingga 2 jam iaitu sebanyak 12 orang yang meliputi
24% daripada keseluruhan responden. Terdapat 3 responden sahaja yang
memperuntukkan 2 hingga 3 jam seminggu iaitu sebanyak 6% daripada
keseluruhan responden. Hasil yang didapati sejumlah besar responden
memperuntukkan masa yang sangat sedikit untuk mengulangkaji subjek
Jawi. Hasil daripada item ini bersangkutan dengan item ke-3 sebelum ini
iaitu berkaitan dengan minat responden terhadap Jawi. Kemungkinan
responden lebih menumpukan masa mereka kepada subjek lain.
6.1.5 Keputusan peperiksaan Jawi ( Pendidikan Islam ) akhir tahun.
Jadual 9 Taburan responden mengikut keputusan peperiksaan Jawi
( Pendidikan Islam) akhir tahun.
29
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
3
Keputusan
peperiksaan Jawi
(Pendidikan Islam)
akhir tahun.
A-B 23 46%
C-D 22 44%
E 5 10%
JUMLAH 50 100%
Jadual 9 menunjukkan taburan responden mengikut keputusan yang
mereka perolehi daripada peperiksaan akhir tahun. Keputusan
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pelajar yang memperolehi gred A
dan B, gred C dan D dan gred E. Didapati terdapat keseimbangan diantara
bilangan responden yang mendapat keputusan yang cemerlang dan
responden yang mendapat keputusan sederhana. Responden yang
memperolehi gred A dan B sebanyak 23 orang iaitu sebanyak 46%
daripada keseluruhan responden. Diikuti pula oleh responden
memperolehi gred C dab D iaitu sebanyak 22 orang responden iaitu 44%
daripada keseluruhan responden.. Manakala terdapat 5 orang responden
sahaja yang memperolehi gred E iaitu 10% daripada semua responden.
Dapat dibuat satu kesimpulan bahawa responden dapat menguasai Jawi
dengan baik. Hal ini kerana sebahagian besar responden lulus dalam
peperiksaan akhir tahun.
6.1.6 Saudara yang pernah mempelajari Jawi
30
Jadual 10 Taburan responden mengikut kedapatan saudara mara responden
yang mempelajari Jawi.
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
7
Saudara yang
pernah mempelajari
Jawi
Ada 40 80%
Tiada 10 20%
JUMLAH 50 100%
Jadual 10 pula menunjukkan berkenaan taburan responden yang mana
saudaranya pernah mempelajari Jawi. Didapati majoriti responden
mempunyai saudara mara yang mempelajari Jawi. Perkara ini dibuktikan
apabila sebanyak 40 responden mempunyai saudara yang mempelajari
Jawi iaitu meliputi 80% daripada kelseluruhan responden. Manakala
selebihnya iaitu sebanyak 20% responden tidak mempunyai saudara yang
mempelajari Jawi iaitu sebanyak 10 orang responden.
6.1.7 Tujuan Mempelajari tulisan Jawi
Jadual 11 Taburan responden mengikut tujuan mempelajari
Jawi.
ITEM PERKARA KEKERAPAN %
8
Tujuan
mempelajari Jawi.
Menguasai
penulisan
27 54%
Untuk membaca
bahan bacaan
18 36%
Menjadi pakar dalam tulisan Jawi
3 6%
Sekadar mata pelajaran tambahan
2 4%
JUMLAH 50 100%
31
Jadual 11 menunjukkan taburan responden mengikut tujuan mempelajari
Jawi. Majoriti responden menunjukkan lebih cenderung menguasai Tulisan
Jawi iaitu sebanyak 27 orang responden dengan 54% daripada
keseluruhan responden. Responden yang mempelajari Jawi untuk
membaca bahan bacaan seramai 18 orang iaitu 36% daripada keseluruhan
responden. Sebanyak 3 responden mempelajari Jawi ini untuk menjadi
pakar iaitu sebanyak 6% daripada keseluruhan responden. Terdapat 4%
responden yang mempelajari Jawi hanya sebagai mata pelajaran
tambahan, manakala yang memilih lain-lain tujuan tiada respon daripada
responden. Kesimpulan yang boleh dibuat bahawa majoriti responden
memahami tujuan mereka mempelajari Jawi dengan baik iaitu untuk
menguasai Jawi.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada soal selidik di bahagian A ialah
majoriti responden memberi jawapan positif dalam penulisan dan
penguasaan Jawi bagi pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Arab
Bustanul Saadah Morak.
6.2 BAHAGIAN B dan C ( ANALISIS ITEM )
Pada bahagian B dan C ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan
dengan sikap responden dan faktor-faktor yang mempengaruhi sikap
responden dalam penguasaan Jawi atau penulisan Jawi serta respon
daripada temubual pengkaji dengan guru-guru berkenaan proses
pengajaran dan pembelajaran Jawi di Sekolah Menengah Arab Bustanul
Saadah Morak. Namun untuk bahagian B dan C ini pengkaji tidak akan
menghuraikan secara detail hasil soal selidik dan temuramah yang telah
dijalankan sebagaimana pengkaji telah maklumi di bahagian 15. Secara
keseluruhannya, sebanyak 20 item soalan telah dibina dan ia dibina
berasaskan kepada dua persoalan kajian yang telah dihuraikan sebelum
ini ( sila rujuk borang soal selidik di lampiran ). Kesemua item soalan yang
dibentuk juga menggunakan format skala Likert bagi memudahkan proses
penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk memberi
32
kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara
tepat dan fleksibel ( sila rujuk jadual 3 ). Skala Likert tersebut terdiri
daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak Setuju), 2 = (Tidak Setuju), 3 =
(Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = (Sangat Setuju). Selaras dengan itu,
penyelidik telah membahagikan proses penganalisisan data pada
bahagian ini kepada dua bahagian yang berbeza iaitu:
i) Analisis Mengikut Setiap Item
ii) Analisis Secara Keseluruhan Berdasarkan Objektif Kajian
6.2.1 Analisis Mengikut Setiap Item
Proses penganalisisan data pada bahagian ini dilaksanakan untuk
mendapatkan hasil kajian secara lebih terperinci berdasarkan setiap satu
item soalan yang dikemukakan. Penganalisisan data ini akan dibuat
dengan merujuk kepada skor kekerapan dan peratus sahaja. Bagi
memudahkan proses analisis dijalankan, item-item soalan yang
dibangunkan telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu berkenaan
dengan sikap responden dan faktor-faktor berkaitan dengan sikap
responden serta temubual dengan guru berkaitan proses pengajaran dan
pembelajaran Jawi.
6.2.2 Analisis Secara Keseluruhan Berdasarkan Objektif Kajian
Mengetahui tahap penguasaan pelajar tingkatan satu mengenal huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid tidak
mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam rajah 1.
Rajah 1 : Tahap penguasaan pelajar tingkatan satu mengenal huruf-huruf Jawi.
33
Tidak Mengenal huruf Mengenal Huruf
0
20
40
60 42
58
Ujian Mengenal huruf
Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 50 orang murid sudah
mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu Huruf . ت dan ا mudah diingati kerana ا
huruf ا ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala huruf , ث, ب
ن, , ح د dan ي sebanyak 90% dan huruf ه sebanyak 60% sahaja murid menguasainya.
Diikuti pula huruf yang menunjukkan peratusan sebanyak 50%. Hasil kajian و dan س
juga menunjukkan 40% bagi huruf , , ل, ف ص sememangnya boleh dikuasai ء dan ذ
dengan baik juga. Bagi mengenal huruf ر dan م pula, hanya 30% sahaja murid daripada
50 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf ع sebanyak 16% sahaja. Bagi 6 huruf
yang berikutnya iaitu huruf , , , ظ, ط ز خ hanya 7 daripada 50 orang sahaja yang ك dan ,ج
menguasainya sebanyak 14%. Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu , ك, , ڤ ح, ج
, , م, ق ض menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah sebanyak 6% ى dan ,ش
sehingga 3% sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang mengenali huruf ن
sebanyak 2% sahaja.( Rujuk lampiran 2 )
6.2.3 Mengetahui tahap penguasaan pelajar tingkatan satu menulis huruf-huruf Jawi.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 66% murid tidak tahu dan tidak boleh
menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34% sahaja murid boleh menulis huruf Jawi.
Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan pelajar
tingkatan satu amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah.
34
Tidak Boleh Menulis Boleh Menulis0
10
20
30
40
50
60
70
66
34
Ujian
Rajah 2 : Tahap penguasaan murid Tingkatan Satu menulis huruf-huruf Jawi
Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan jadual 13 (rujuk lampiran),
semua murid berada pada tahap kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama Jawi iaitu
huruf , ج, , , ث ت ب Bagi huruf .ح dan ,ا pula masing-masing memberi خ dan د
keputusan yang baik juga iaitu sebanyak 80% dan 76%. Manakala bagi huruf س hanya
70% daripada 35 orang murid yang menguasainya. Begitu juga bagi huruf ذ dan ص
hanya 64% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf ر pula hanya 60% sahaja
dapat dikuasai oleh pelajar Tingkatan Satu.
Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 50 responden didapati
46% hingga 6% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan betul dan baik bagi
huruf, , , , , , , , , ن, م ك ف ظ ط ض ش ز , Manakala bagi huruf yang berikutnya .ن dan ,چ ع, ع
, , , , , , , , ي, ء ه و و ل ك ق ف ,غ dan ى menunjukkan 0% daripada 50 orang yang langsung
tidak boleh menulis huruf tersebut. Dari analisis ini, pengkaji dapat membuat andaian
bahawa murid-murid tidak dapat menulis huruf-huruf yang berkenaan adalah disebabkan
kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah. Sekadar mendengar murid boleh
menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah
memadai dengan kebolehan mereka tanpa ditekankan lagi pada proses menulis dengan
baik dan betul.
6.2.4 Mengetahui tahap penguasaan pelajar Tingkatan Satu membaca huruf-huruf
Jawi.
35
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid tidak
boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh membaca
huruf Jawi dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.
Tidak Boleh Membaca Huruf Boleh Membaca Huruf46
47
48
49
50
51
52
48.4
51.6
Ujian
Rajah 3 : Tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga membaca huruf-huruf Jawi
Semasa ujian dijalankan, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca huruf
Jawi pada tahap sederhana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian 2 huruf
pertama Jawi sahaja yang dapat dibaca secara urutan sebanyak 100%.Huruf ini amat
sinonim dengan murid-murid yang biasa terdedah dengan 2 huruf pertama dalam al-
Quran.
Hasil kajian juga mendapati hampir separuh daripada huruf tidak boleh dibaca secara
urutan dengan baik dan betul sebanyak 47.2% sahaja. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memberi penekanan yang mendalam bermula dari
peringkat awal ini lagi. Ini bermakna huruf-huruf berkenaan sememangnya sudah di ajar
dan dapatan dari buku-buku latihan murid didapati sudah banyak latihan menyambung
huruf-huruf Jawi untuk membina suku kata terbuka dan menulis ayat-ayat mudah.
6.2.5 Punca-punca yang mempengaruhi Pelajar Tingkatan Satu tidak dapat menulis
huruf-huruf Jawi.
Hasil kajian yang dijalankan membuktikan bahawa pelajar yang lemah menulis Jawi
adalah berpunca daripada individu itu sendiri, ini kerana mereka berasa malas untuk
belajar, tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji, kurang berminat dengan tulisan
36
jawi, lebih cenderung menulis rumi berbanding menulis Jawi, belajar kerana terpaksa,
selain itu mereka juga tidak memberi penumpuan dalam proses pembelajaran.
8.2.6 Bentuk-bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai
Rata-rata huruf Jawi tidak dikuasai dengan sepenuhnya berbanding dengan huruf hijaiyah
yang terdapat di dalam al-quran. Huruf-huruf tersebut adalah seperti yang berikut : , ع, چ
, , ى, و ك iaitu sebanyak 19.4% daripada 36 huruf-huruf Jawi. Ini membuktikan ن dan ,ف
huruf –huruf tersebut jarang digunakan dalam kehidupan seharian dan menyebabkan ianya
sukar dikuasai dengan sepenuhnya.
Kesimpulannya ketiga-tiga bahagian dalam soal selidik yang telah dibina
telah mendapat respon yang positif di kalangan responden yang
menghasilkan natijah yang baik dalam menjawab persoalan kajian.
Peratusan ketiga-tiga bahagian tersebut berada di paras setuju. Justeru,
penguasaan para pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Arab Bustanul
Saadah Morak boleh dikatakan berada pada tahap yang baik.
BAB 7
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
7.1 RUMUSAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, kajian dapat
merumuskan beberapa dapatan. Dapatan-dapatan tersebut ialah:
1. Majoriti para pelajar mempunyai minat untuk mempelajari Tulisan
Jawi atau menguasainya.
2. Pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penulisan Jawi
selain penulisan Rumi.
37
3. Pelajar didapati tidak dapat memahami semua pengajaran yang
telah diberikan oleh guru terhadap kaedah-kaedah penulisan Jawi
secara sistematik.
4. Pelajar merasakan masa yang diperuntukkan untuk penerapan
tulisan Jawi dalam subjek Pendidikan Islam dalah sangat terhad dan
mereka merasakan masa yang diberikan tersebut tidak memadai
atau tidak mencukupi.
5. Tahap penguasaan tulisan Jawi masih di tahap penguasaan yang lemah
memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memberi sepenuhnya perhatian
terhadap penulisan Jawi ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
7.2 CADANGAN
Berdasarkan kepada hasil analisis terhadap data yang diperoleh,
perbincangan dan rumusan yang telah dilakukan sebelum ini, maka pada
bahagian ini penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan
terhadap kajian ini. Cadangan-cadangan ini merupakan sebagai langkah
untuk mempertingkat serta memperbaiki penguasaan para pelajar
terhadap penguasaan tulisan Jawi. Antara pihak yang terbabit untuk
cadangan ini ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Islam
Kelantan, pentadbiran sekolah dan tenaga pendidik.
7.2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia dan Yayasan Islam Kelantan
Pihak pengurusan kurikulum dicadangkan agar mengasingkan Subjek Jawi
daripada subjek Pendidikan Islam lantaran terlalu banyak kaedah-kaedah
yang perlu dipelajari dalam penulisan dan pembacaan Jawi. Perkara ini
perlu diberikan perhatian kerana penulisan Jawi sekarang ini semakin
ketandusan dan ketinggalan, malah semakin ramai pelajar yang tidak
boleh membaca dan menulis Jawi. Justeru tempoh masa yang mencukupi
dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik
lagi. Dalam melahirkan guru yang berkemampuan dalam kaedah
penulisan Jawi, maka pihak Yayasan Islam Kelantan disaran mengadakan
bengkel-bengkel atau seminar berkaitan teknik-teknik yang terbaru dan
38
terbaik dalam pengajaran ilmu ini. Ini bagi memastikan pelajar dapat
mempelajari ilmu ini dengan seronok dan mudah bagi melahirkan pelajar-
pelajar yang benar-benar mahir dalam penulisan dan pembacaan Jawi dan
seterusnya ilmu-ilmu Islam.
7.2.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Pihak sekolah perlu banyak memberikan bimbingan dan galakan kepada
guru dan pelajar supaya meningkatkan pengetahuan mereka dalam
penulisan Jawi. Pihak sekolah juga memberikan sokongan dan kerjasama
kepada pihak Panitia Pendidikan Islam seperti mengadakan aktiviti yang
menjuruskan kepada kaedah-kaedah penulisan seperti pertandingan seni
kreatif penulisan Jawi, kuiz dan penulisan cerpen, sajak dalam penulisan
Jawi dan sebagainya. Di sebalik aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, pihak
sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang dapat merangsang kepada
penonjolan unsur-unsur kesenian penulisan Jawi. Sebagai contoh
mewujudkan dan memperbanyakkan sudut serta papan tanda yang
mempamerkan tulisan Jawi yang mempunyai unsur keindahan yang tinggi.
Pihak sekolah juga boleh meletakkan ayat-ayat ini atau bait-bait syair yang
bersesuaian dengan tempat-tempat tertentu di sekolah. Keadaan ini akan
merangsang kecederungan dan keminatan pelajar dalam penulisan dan
pembacaan Jawi.
7.2.3 Tenaga Pendidik
Sebagai insan yang bergelar guru di sekolah, kebijaksanaan serta
ketinggian hikmah dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan oleh
para pelajar. Guru yang kreatif dan inovatif akan dapat menzahirkan satu
bentuk suasana pembelajaran yang kondusif serta bermakna. Perkara
yang paling penting di sini ialah guru diharap dapat mengubah persepsi
pelajar terhadap penulisan Jawi ketika mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam. Persepsi yang dimaksudkan ialah anggapan terhadap
penulisan Jawi adalah sukar. Seterusnya guru perlu menanamkan minat di
kalangan pelajar terhadap penulisan Jawi. Guru tidak seharusnya bersikap
acuh tak acuh terhadap rasa tidak minat pelajar terhadap penulisan Jawi.
39
Kepelbagaian terhadap kaedah atau corak pengajaran dan pembelajaran
juga perlu dilaksanakan guru. Guru yang menggunakan kaedah yang
bersifat stereotype akan menyebabkan pelajar merasa bosan dan tidak
bersemangat untuk belajar. Para guru perlu sentiasa peka dengan
penemuan-penemuan terbaru tentang cara pengajaran penulisan Jawi
yang berkesan. Para guru tidak sepatutnya mengekalkan kaedah
tradisional yang kadangkala merugikan pelajar sendiri. Selain itu, guru-
guru perlu memastikan pelajar dapat mengaplikasikan ilmu mereka pada
kehidupan mereka seperti dalam pembacaan mereka kepada teks-teks
yang bertulisan Jawi.
7.3 Cadangan untuk kajian lanjut
Berdasarkan kepada keputusan-kepuutsan yang diperolehi daripada hasil kajian ini,
beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat
melengkapkan lagi kajian seperti ini, iaitu :
7.3.1 Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Pengkaji pada masa akan
datang disarankan agar menggunakan sekolah dari seluruh daerah supaya dapatan kajian
lebih lengkap dan dipercayai.
7.3.2 Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk meningkatkan lagi minat
terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Kajian mengenai penggunaan bahan
bantu belajar ini banyak dijalankan tetapi tidak banyak berkaitan dengan penguasaan
tulisan Jawi.
7.3.3 Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah
penguasaan tulisan Jawi. Penggunaan teknik yang telah gunakan terhadap murid-murid
boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka Melalui kajian ini mungkin guru
boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi mereka membantu murid-murid
menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi dengan lebih berkesan.
7.3.4 Kajian ini hanya mengkaji sikap dan faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan
murid dalam tulisan Jawi sahaja. Disarankan pada masa akan datang dapat menjalankan
kajian tentang faktor-faktor yang berkaitan dengan sosioekonomi dan taraf kehidupan
pelajar yang mempengaruhi kelemahan murid dalam tulisan Jawi. Implikasi tersebut akan
40
lebih membuka peluang untuk membantu tahap kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-
murid.
PENUTUP
Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam menguasai tulisan
Jawi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-bahagian apa yang paling lemah dan perlu
diberi perhatian. Malahan tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran
Jawi juga masih lagi pada kedudukan yang sederhana. Walaupun dapatan
kajian mendapati kebanyakan pelajar berminat mempelajari ilmu ini,
tetapi masih banyak di kalangan para pelajar yang tidak memberi
penekanan atau tumpuan dalam proses pembelajaran Jawi. Minat tersebut
perlu dipupuk dengan persediaan ke arah pembelajaran yang lebih
berkesan. Pendekatan serta pendedahan yang berbagai-bagai menjadi
elemen penting dalam usaha menarik pelajar agar lebih berminat dan
lebih cenderung menulis Jawi. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan
kesedaran semua pihak seperti guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat
keseluruhannya haruslah menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan
kemahiran tulisan Jawi di peringkat awal kanak-kanak lagi secara optimum agar tulisan jawi
ini dapat dimartabatkan diseluruh Negara di masa kini dan masa-masa akan datang.
41
Rujukan .
Ahmad Mahdzan Ayob (1992), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, Edisi
Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Amat Juhari Moain. 1992. Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa 35 (11): 101 1012.
Al-Quran al-Karim.
Hamdan Abdul Rahman.1999. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Kang Kyoung Seock. 1986. Perkembangan jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala
Lumpur:
Muzni Hj. Borhan. 1995. Penguasaan pelajaran Jawi dikalangan Murid tahun tiga di sekolah-
sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus. Tesis Sarjana. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samarudin Rejab, Nazri Abdullah. (1993), Panduan Menulis Tesis, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sulaiman Masri. (2003), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei,
proposal, tesis), Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur.
Syed Arabi Idid. (1992), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
42
Akhbar:
LC Fang. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. Berita Harian 20 November:8.
Mohamed Jusoh. 2000. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji.Mingguan Malaysia 25 Jun: 13.
Nordin Saad. 2000. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. Utusan Zaman 10 Disember: 10.
Shahrul Nizam Abdul Talib.2000. Pupuk Minat Pelajar Cintai Jawi. Utusan Zaman 3
Disember: 10.
Temubual
Wan Fakhrulrazi Wan Mahmood, Pengetua Sekolah Menenagah Arab Bustanul Saadah
Morak, Tumpat Kelantan.
Zuraida Mat Yasin, Tenaga Pengajar Menenagah Arab Bustanul Saadah Morak, Tumpat
Kelantan.
43
BAHAGIAN (A)
Arahan : Sila jawab soalan yang dikemukakan dengan menandakan ( √ ) pada ruang
yang disediakan atau sila nyatakan maklumat yang dikehendaki pada tempat
yang bersesuaian.
1. Jantina :- Lelaki Perempuan
2. Tingkatan:
i) Tingkatan Satu
ii) Tingkatan Dua
3. Adakah anda berminat mempelajari Tulisan Jawi ?
i) Minat
ii) Kurang minat
iii) Tidak minat
4. Mula mempelajari Jawi :-
i) Di peringkat pra-sekolah/ tadika
ii) Di peringkat sekolah rendah
iii) Di peringkat sekolah menengah
5. Masa mengulangkaji Jawi dalam seminggu :-
i) Kurang 1 jam
ii) 1 hingga 2 jam
iii) 2 hingga 3 jam
iv) Lebih 3 jam
44
6. Keputusan peperiksaan Jawi ( Pendidikan Islam ) akhir tahun:-
i) A-B
ii) C-D
iii) E
7. Adakah dikalangan saudara anda (contoh: ibu/bapa/abang/kakak) yang pernahmempelajari Jawi ?
i) Ada
ii) Tiada
Nyatakan jika ada : 1. ………………………………………..
2. ………………………………………..
3. ………………………………………..
8. Tujuan mempelajari Tulisan Jawi (boleh tentukan lebih daripada satu) :
i) Menguasai penulisan jawi.
ii) Untuk membaca tulisan jawi dalam majalah, akhbar dan lain-lain.
iii) Untuk menjadi pakar dalam seni tulisan jawi.
iv) Hanya sebagai mata pelajaran tambahan
v) Sebab lain (nyatakan) :
…………………………………………………………………………
9. Sebab kesukaran menulis jawi:
i) Tidak minat dengan tulisan jawi.
ii) Tiada kaedah penulisan jawi yang diajar.
iii) Lebih selesa menulis rumi berbanding menulis jawi.
10. Halangan-halangan dalam penulisan jawi :
i) Ada dua dwi tulisan iaitu rumi atau jawi.
ii) Tidak ada pendirian teguh untuk menulis jawi.
iii) Tidak peka dengan tulisan jawi.
45
BAHAGIAN (B)
Arahan : Tandakan ( / ) pada petak yang telah disediakan berdasarkan skala berikut:
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
Objektif Satu
Mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pembacaan dan penulisan jawi.
BAHAGIAN A: Diri Sendiri & Ibu bapa
No Soalan SS S KS TS STS
1 Saya berasa malas untuk belajar/ mengulangkaji subjek
jawi.
2 Saya tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji
mata pelajaran jawi.
3 Saya tidak mempunyai sumber rujukan subjek jawi.
4 Saya kurang berminat dengan tulisan jawi.
5 Saya menulis dalam tulisan jawi atas paksaan guru
bukannya kemahuan diri saya sendiri.
6 Saya selalu tidak hadir semasa P & P subjek jawi.
7 Semua bahan bacaan saya lebih cenderung dalam
tulisan rumi berbanding tulisan jawi.
8 Saya mempunyai terlalu banyak subjek yang perlu
dipelajari sehingga saya mengabaikan subjek jawi.
46
9 Saya hanya belajar jawi di sekolah sahaja, di rumah
langsung saya tidak menulis tulisan jawi.
10 Di rumah, saya terpaksa menjaga adik-adik saya dan
membantu ibubapa melakukan kerja-kerja rumah
menyebabkan saya tidak dapat menulis jawi dengan
baik.
BAHAGIAN C: Persekitaran Sekolah
No Soalan SS S KS TS STS
1 Saya tidak memahami pengajaran guru kerana kurang
menarik dan bosan.
2 Saya tidak mendapat perhatian daripada guru kerana
saiz kelas yang besar.
3 Guru tidak memberikan latih tubi yang mencukupi.
4 Suara guru saya terlalu kecil menyebabkan saya tidak
dapat dengar penjelasannya.
5 Guru saya mengajar terlalu cepat sehinggakan saya
tidak dapat mengikuti pengajaran beliau.
6 Tulisan guru saya terlalu kecil menyebabkan saya tidak
menyalin dengan baik.
7 Tiada persaingan yang sihat daripada rakan-rakan
menyebabkan saya tidak mempunyai motivasi untuk
belajar.
8 Rakan saya sering mengganggu saya/ mengajak saya
berbual semasa guru mengajar.
9 Jumlah masa/ waktu yang diperuntukkan untuk subjek
jawi tidak mencukupi.
10 Persekitaran kelas yang tidak kondusif menyebabkan
saya tidak dapat memberikan tumpuan semasa P & P.
(Keadaan kelas yang kurang selesa)
Cadangan pelajar dalam meningkatkan prestasi subjek jawi:
47
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN YANG ANDA BERIKAN!LAMPIRAN 2
JADUAL 13 : Penguasaan pelajar Tingkatan Satu mengenal huruf-huruf Jawi
BIL PENGUASAAN MENGENAL JAWI KEKERAPAN %1 iaitu ا dan ت 50 100%
2 huruf , ح, ث ن, , ب د dan 45 ي 90%
3 huruf ه 30 60%
3 huruf س dan 25 و 50%
5 huruf , , ل, ف ص 20 ء dan ذ 40%
6 huruf ر dan م 15 30%
7 huruf ع 8 16%
8 huruf , , , ظ, ط ز خ ك dan ,ج 7 14%
9 huruf , ك, , ڤ , , , م, ق ض ش ح ج , dan ى 3 6%
10 huruf ن 1 2%
JADUAL 14 : Penguasaan Pelajar Tingkatan Satu Menulis Huruf-huruf Jawi
BIL PENGUASAAN MENULIS JAWI KEKERAPAN %1 huruf , ج, , , ث ت ب ح dan ,ا 50 100%
2 huruf 40 د 80%
3 huruf خ 38 76%
3 huruf س 35 70%
5 huruf ذ dan ص 32 64%
6 huruf ر 30 60%
7 huruf , , , , , , , , ن, م ك ف ظ ط ض ش ز ,چ 23 46%
8 huruf ن 3 6%
huruf , ع, , ع , , , , , , , ي, ء ه و و ل ك ق ف غ , dan ى - 0%
48
49