kaedah pembiakan tanaman.docx
DESCRIPTION
KAEDAHTRANSCRIPT
KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN
PEMBIAKAN TANAMAN
Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi
bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan
membiak dan berkembang dengan dua cara :
•seksual; contoh biji benih, spora
•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan
lain- lain.
Biji benih
Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga
semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh
dibiak secara tampang.
Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih
•Boleh menghasilkan baka-baka baru
•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
•Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.
Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih
•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)
•Mengambil masa yang panjang untuk matang
•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya
•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana
pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim
Pemilihan Biji benih
Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:
•Matang
•Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
•Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
•Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
•Bebas dari penyakit dan perosak
Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau
masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat
yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam
keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan
kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih
hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih
dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan
lama.
Percambahan biji benih
Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu,
cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh
faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit
biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain
faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk
mempercepatkan percambahan.
Rawatan percambahan biji benih
Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:
•Pelelasan (scarification)
Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-
caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji
benih dalam asid atau air panas.
•Stratifikasi
Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih
dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang
turun naik.
•Vernalisasi
Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan
hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang
rendah.
•Pemeraman (fermentation)
Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau
menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji
benih.
Menyemai Biji benih
a. Rawatan sebelum menyemai
Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi
mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.
Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum
sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air)
b. Medium Percambahan
Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:
•mampu menyokong anak-anak benih,
•menyimpan air secukupnya
•mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar
•bebas dari biji benih rumpai
Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau
cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).
c. Cara menyemai
Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk
biji benih halus dan kasar.
Biji benih halus
Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian.
Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir
halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus
dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas
permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan
tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas
atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.
Biji benih kasar
1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.
2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji
benih yang timbul dibuang. Semai secepat mungkin dengan
menggunakan teknik yang betul.
3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves)
bolehlah diubah ke dalam beg politena.
Pembiakan Tampang
Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif
tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama
dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon.
Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini
mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah
sama dengan yang dibiak sekarang.
Kebaikan Pembiakan Tampang
* Boleh mendapat pokok yang seragam
* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya
* Cepat berbunga atau berbuah
* Boleh dibiakkan sepanjang tahun
* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
* Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji
benih bernas
Keburukan Pembiakan Tampang
* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini
* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus
* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit
Jenis-jenis Pembiakan Tampang
A) Secara Semula Jadi
a.Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh
menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan
chlorophythum.
b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh:
Pisang kipas (Ravenala), Keladi
c.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abaca
d.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllis
e.Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia,
bunga tasbih, iris, rumput, kunyit
f.Tuber Contoh: kentang, keladi
g.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada
jemala akar. Contoh: dahlia, keledek, gloriosa
Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di
atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh
kentang, bebawang.
B. Secara Buatan
KERATAN
a. Keratan dahan atau batang
Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan
kayu hijau atau lembut. Cara mengambil keratan batang:
Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya
keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah
satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang-
kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam
keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di
sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar,
rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA,
NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.
b. Keratan daun
Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan
tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan
mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya
ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan
keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak
sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria
boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan
tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm
panjang.
d. Keratan Akar
Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan
tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan
membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah
gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir.
Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara
lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh
digunakan sebagai bahan pembiakan.
Penjagaan Keratan
Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan
diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan
kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.
Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula
berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah
apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah
dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam
bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan
beri teduhan selama 7-14 hari.
Cantuman
Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-
buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.
Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :
a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
i) Sandingan
b) Cantuman mata tunas
i) Cantuman 'T'
ii) Cantuman tampal
iii) Cantuman takuk
c) Cantuman Belahan
i) Belahan tepi
ii) Belahan rencung
iii) Belahan baji
Pokok Penanti (Stock Plant)
Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan
sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz
batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata
tunas.
Mata tunas
Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-
pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku,
cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti
durian dan ros.
Cara mencantum mata tunas
Contoh: Cantuman tampal
a) Sediakan pokok penanti
b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm
pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang
tajam dan bersih.
c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan
kira-kira 1cm.
d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit
bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek.
e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan
yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas
daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.
f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas.
Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik
itu.
h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti
dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.
Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai
membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang
pokok penanti hendaklah dibuang.
Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga
yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium
atau mata tunas menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman
dilakukan.
LENTURAN (layering)
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang
masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.
Terdapat empat jenis lenturan:
a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut)
a) Lenturan udara (tut)
Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-
pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan
pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan
ciku.
Cara-cara mengetut
Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat
senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan
secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.
Tanah campuran biasa digunakan ialah
a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik
b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi
2 bahagian isipadu baja organik
Cara memilih dahan yang sesuai
a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit
atau diserang serangga.
b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras,
sekurang-kurangnya l cm garis pusat.
c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk
lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.
Cara mengetut
a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air
sehingga lembab.
b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di
bawah kelaran yang akan dibuat. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah
mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari
kelaran pertama.
d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi,
tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua
hujungnya.
i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong
bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.
KETERANGAN AM CILI
Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah
Nama Saintifik : Capsicum annum
Komposisi Nutrien :
Kandungan Amaun/100g
Protein 2.8 g
Karbohidrat 9.5 g
Lemak 0.7 g
Serabut 0 g
Kalsium 15.0 mg
Besi 1.8 mg
Fosforus 80 mg
Kalium 0 mg
Natrium 0 mg
Karotena beta 2730.0 ug
Vitamin B1 0.2 mg
Vitamin B2 0.1 mg
Vitamin C 175.0 mg
Niacin 0.7 mg
KETERANGAN BOTANI
Batang :Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .
Akar :Sistem akar tunjang dan akar serabut.
Daun :Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .
Bunga :Berwarna putih, dari ketiak daun .
Buah :Merah dan tirus dihujung .
Cara Pendebungaan :Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)
Kultivar :
Varieti Ciri-ciri
Kulai
(Baris
15)
Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas.
Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil
sebanyak 15-20 tan/ha.
MC 4Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan
pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.
MC 5Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada
antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha.
MC 11Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada
antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha.
MC 12Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan
pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
20-33° C .
Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :
5.5 - 6.8
AMALAN KULTUR
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa
pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan
plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .
Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 300-500 gm
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian
Penanaman di ladang :
Umur anak benih : 6 minggu
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara
baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos
bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi
kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air
bertakung ke parit utama .
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis
Tanah Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim
)
Masa
(Minggu lepas
tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:
2
10
2
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling
pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:
2
30
3-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling
pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:
2
20
3-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling
pokok
3. Gambut NPK12:12:17:
22 2,8 & 14 Keliling pokok
PEMELIHARAAN DAN PENYELANGGARAAN TANAMAN HIASAN
PENYEDIAAN CAMPURAN MEDIUM PENANAMAN Ayak semua bahan utama yang akan di gunakan saperti tanah atas, bahan
organik dan pasir untuk mengeluarkan bahan-bahan yang terlalu besar; Gunakan 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian
pasir (3:2:1), sebaik-baiknya longgokkan semua bahan tersebut di atas simen;
Gaul campuran tadi dengan membalik-balikkan mengunakan penyodok. Ia perlu di lakukan sebanyak beberapa kali supaya campuran menjadi sebati/seragam.
PEMASUAN SEMULA TANAMAN DALAM PASU Lembapkan sedikit tanah di dalam pasu; Keluarkan tanaman dengan menghentak-hentak dari pasu dengan kayu dan
mencabutnya keluar; Periksaakar tanaman di mana akar yang berpenyakit atau terlalu padat perlu
di potong dan di buang; Potong dan pangkas akar-akar yang terlalu padat dan banyak; Masukkan serpihan pasu atau batu bata ke dalam pasu yang akan di
gunakan;
PEMELIHARAAN DAN PENYELANGARAAN TANAMAN HIASAN Penyediaan campuran medium penanaman Pemasuan semula tanaman dalam pasu
Pengerasan anak benih Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam beg politena Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam pasu Menanam anak pokok dan palma ke tanah Memindah pokok dan palma Penjagaan anak pokok dan palma Isi separuh penuh pasu dengan tanah campuran pemasuan; Masukkan tanaman dan letakkan di tengah-tengah pasu kemudian isikan lagi
campuran tanah sehingga 1-2cm daripada mulut pasu; Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya tanah lebih padat; Siram tumbuhan dan letakkan di tempat yang teduh selama 1-2 minggu.
PENGERASAN ANAK BENIH Letakkan anak benih yang telah di tanam ke dalam pasu ataupun ke dalam
beg politena di tempat yang di panggil ‘ Kawasan Pengerasan’ yang permukaannya di turap dengan simen atau batu-batu kerikil;
Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari secara beransur-ansur sewaktu menjalani proses pengerasan;
Kurangkan penyiraman dari segi jumlah air dan kekerapan untuk mengurangkan pertumbuhan anak benih dan ini membolihkan karbohidrat yang terbentuk dapat di simpan untuk di gunakan ketika anak benih tumbuh di taman nanti dan ia di lakukan selama tujuh hingga ke sepuluh hari.
MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA Pilih beg politena hitam yang beukuran besar sedikit daripada bola akar anak
pokok atau anak benih; Tentukan beg politena mempunyai lubang-lubang kecil untuk saliran di
sekelilingnya; Masukkan anak pokok atau anak benih ke dalam beg politena dan tambah
lagi medium pemasuan sehingga hampir penuh; Padatkan sedikit medium di sekeliling anak pokok atau anak benih supaya
akar dapat bersentuhan baik dengan medium; Letakkan beg politena di tempat yang teduh dan siram anak pokok atau anak
benih dengan secukupnya;
Dedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur setelah lebih kurang seminggu.
MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM PASU Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian
bawahnya; Rendam dalam aiar terlebih dahulu selama beberapa jam jika mengunakan
pasu tanag liat,pasu-pasu plastik tidak perlu di randam kerana dindingnya tidak telap air;
Masukkan batu-batu kecil atau sabut kelapa yang di kisar ke dalam pasu setebal 2-3cm;
Masukkan medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuh; Keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian atau beg
politena, pecah-pecahkan sedikit bola akar sekiranya terlalu padat dan letakkan pokok di tengah-tengah pasu;
Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya medium dalam pasu menjadi mampat;
Pastikan anak pokok tidak di tanam lebih dalam daripada paras asalnya ketika di dalam beg politena atau kotak semaian;
Siram tanaman dengan cermat; Letakkan pasu di tempat teduh selama beberapa hari.
MENANAM ANAK POKOK DAN PALMA KE TANAH Sediakan dan bersihkan kawasan yang akan di gunakan untuk menanam
anak pokok atau palma; Siapkan lubang seluas 1m x 1m x 1m (1 meter padu); Masukkan campuran tanah penanaman yang melebihi dari paras permukaan
lubang yang di buat tadi, bahan campuran tanah penanaman ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian bahan organik (bahan dari najis binatang);
Buat lubang kecil di atas timbunan tanah penanaman tadi di mana anak pokok akan di masukkan ke dalam lubang itu;
Tanam anak pokok dengan berhati-hati supaya akar tunjangnya lurus ke bawah dan akar-akar cabang terletak dengan baik dan elakkan dari menanamnya terlalu dalam;
Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat pada batang anak pokok tadi dan dari masa ke semasa awasi ikatan tali supaya sentiasa berkeadaan longgar dan ganti jika perlu;
Siram anak pokok secukupnya untuk menyegarkan anak pokok yang baru di tanam dan seterusnya tutup permukaan tanah dengan mengunakan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam;
Beri perlindungan anak pokok yang baru di tanam tadi dengan mengunakan daun-daun besar saperti daun palma atau mengunakan kepingan politena hitam.
MEMINDAH POKOK DAN PALMA Pilih dan sediakan pokok atau palma yang akan di pindah; Besihkan kawasan pokok atau palma yang akan di pindah dengan
membuang tanah di sekeliling pohon pokok untuk membuat bola akar; Buat bola akar dengan mengunakan skop dan potong akar-akar yang
berlebihan atau terkeluar dari bola akar; Bungkus bola akar dengan mengunakan kepingan plastik, beg politena atau
guni; Angkat dan pindah pokok tadi ke dalam penanaman yang baru; Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat kepada batang pokok
tadi; Siram pokok tadi secukupnya dan kemudian tutup permukaan tanah dengan
bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam.
PENJAGAAN ANAK POKOK DAN PALMA Siram untuk membekalkan anak pokok kelembapan yang cukup untuk
pertumbuhannya; Baja kerana baja yang di berikan boleh membekalkan tanaman dengan
kandungan nutrien yang mencukupi; Pangkas dahan-dahan yang tidak di kehendaki dan juga untuk membentuk
pokok kepada bentuk dan saiz yang di kehendaki; Kawal tumbuhan rumpai untuk mengelakkan rumpai-rumpai yang mengambil
makanan dan air yang di perlukan untuk tanaman dan juga boleh mencacatkan kecantikan taman;
Kawal tanaman daripada serangan penyakit dan serangga perosak. Sebelum memberi rawatan kepada penyakit atau meracun serangga perosak hendaklah di teliti dan di ketahui jenis-jenis penyakit atau serangga perosak di mana dalam tanaman hortikultur dan lanskap terdapat tiga cara penyakit berjangkit iaitu melalui virus, bakteria dan melalui jangkitan kulat, kimia kawalan adalah berlainan dari satu-satu jangkitan.
CARA PENANAMAN CILI
Pengenalan
cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia
dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua
negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan
ditanam di kawasan tanah rendah.
Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah
Perak, Johor dan Kelantan
Kultivar yang disyorkan
1. MARDI MC11: Pedas
berhasil tinggi (17-24 mt/ha)
mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.
kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan
toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk
Choenophora
2. MARDI MC12
Sederhana pedas, mempunyai ciri masak serentak dan matang awal
Hasil tinggi 15-25 mt/ha
Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat
matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.
3. CILIBANGI-1: untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas
optima dan kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.
4. CILIBANGI-2: jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil.
Purata hasil 1.02 kg/pokok.
5. CILIBANGI-3: stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi.
6. CILIBANGGI–4: buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz
pokok kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.
7. CILIBANGGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.
8. CILIBANGGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan
buahnya pedas.
9. CILI Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas
7 jenis cili kulai
Kesesuaian Tanah/Cuaca
Sesuai ditanam di dataran rendah, Suhu diantara 22-40 °C
hujan yang sederhana iaitu antara 1500 - 2000 mm/tahun
iklim yang paling baik ialah yang mempunyai suhu 28-29 °C
Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah
pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong)
Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5 – 6.8
Taburan hujan : 15000-2000 mm/tahun
Penyediaan anak benih
Menyedia Anak Benih
Sediakan kotak semaian 60 cm x 30 cm x 10 cm utk 100 anak benih
Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi
ayam reput dan 1 bahagian pasir.
200 g/ha biji benih (50% percambahan)
Biji benih dirawat dengan 3g thiram/1000 g biji benih
Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan.
Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari
selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
Penyediaan kawasan
Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas
mengikut keadaan kawasan.
Jarak antara batas - 45 cm.
Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.
Pengapuran
Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun.
Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar
10 – 25 tan/ha setahun.
Penyuburan tanah
tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
Penanaman di ladang
Anak benih berumur 4 – 7 minggu boleh diubah ke batas.
Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.
Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman - 80cm X 80 Atau 90cm X 120 cm antara pokok. 150 cm antara
baris
PENJAGAAN
Sungkupan
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
Merumput
Bersihkan batas dariapada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau
tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.
Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan
secukupnya
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk
pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21)
untuk pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan
pokok.
Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan
dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti
dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair
dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur
dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga.
Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengurusan air
Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Boleh juga secara manual
Cili memerlukan 3.5 L air sehari
Jarak antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air
bertakung dan banjir
Perparitan diperlukan jika menghadapi masalah saliran
Pengurusan perosak
perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal
rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan
hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cili bangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan
antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.
Penyakit Cili
Penyakit mozek dan daun kerinting disebabkan virus adalah antara penyakit
yang biasa menyerang cili. Daun-daun yang diserang menjadi kecil, tidak tentu
bentuknya dan selalunya bergulung ke bawah. Virus biasanya disebarkan oleh
serangga, oleh itu cara yang berkesan untuk mengurangkan penyakit ini ialah
dengan menyembur pokok-pokok dengan Malathion sebulan sekali untuk
mengawal serangga.
Kadangkala layu daun disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum
berlaku juga pada pokok cili. Semua pokok yang diserang hendaklah dicabut dan
dibakar.
Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot
yang berpunca dari kulat Xanthomoas. Kulat akan menghisap cecair dari daun
pokok cili sehingga daun pokok cedera dan berlubang
hamama - selalu dikelirukan dengan serangan virus, kerana daun yang diserang
kedua-dua perosak tersebut menunjukkan tanda yang hampir sama. Daun jadi
kerekot, kerinting, mengecil dan pokok boleh terbantut.Daun yang kerekot tu
akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh
Antraknos buah - berpunca dari serangan kulat. merebak dengan cepat. Buah
rosak dan gugur
Serangga Perosak
Lalat buah merupakan serangga perosak cili yang utama. Lalat ini bertelur dalam
buah-buah yang muda dan larvanya makan di dalam buah. Warna coklat pada
cili hijau akibat serangan larva selalunya boleh dilihat pada cili hijau yang
dihidangkan di restoran. Buah cili ini dipetik sebelum kerosakan bertambah
serius hingga menyebabkan buah cili gugur.
Jika dibiarkan, buah cili menjadi lembut, berwarna coklat dan akan gugur
sebelum tua. Larva lalat buah itu boleh dilihat bila buah cili dipotong untuk
diperiksa. Semua jenis cili mudah diserang lalat buah. Cara-cara mengawal lalat
buah ialah seperti yang diterangkan pada halaman yang lalu. Jika serangannya
berterusan, walaupun dikawal dengan berbagai cara, cara yang paling baik untuk
mengelakkan daripada diserang ialah dengan memetik buah cili ketika ia masih
hijau
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT PENGUTIPAN HASIL
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20
tan/ha.
Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
Peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut cara
pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau
diproses sebagai produk hiliran.
Cili boleh dipetik 60-75 hari selepas menanam di ladang
memetik cili bagi kegunaan segar - berwarna hijau tua kemerahan
cili kering - apabila cili berwarna merah sepenuhnya
Kerja-kerja memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat
petang ketika suhu rendah.
Penuaian cili dilakukan dengan hanya menarik secara perlahan-lahan bagi
mengelak kelompok cili terluka ataupun terguris
Pengendalian lepas tuai
Aspek yang dirangkumi termasuklah tahap kematangan, pengendalian dan
pengangkutan di ladang, perlakuan operasi rumah pembungkusan dan
pengagihan untuk pasaran.
Pemprosesan
Cili yang diproses secara minimum merupakan cili yang telah didedahkan
kepada proses pembersihan, pemotongan, pra-perlakuan kimia, pengeringan
dan pembungkusan. Produk ini sedia untuk terus di masak/makan. Cili yang
diproses minimum boleh disimpan di suhu 2°C selama 3 minggu.
Pengeringan
perlu dilakukan untuk membuat lebihan air yang melekat pada cili bagi mengawal
pertumbuhan pathogen
Penuaian
berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan
segar atau diproses sebagai produk hiliran.
Pemilihan
mengasingkan cili yang cedera, berubah warna, kematangan dan saiz yang tidak
sesuai. Pengasingan pada peringkat awal yang dilakukan di ladang akan menjimatkan
kos dan memudahkan operasi seterusnya.
Pembasuhan
membuang kotoran, dan sisa penggunaan bahan kimia seperti racun kulat. Bekas yang
bersih perlu digunakan untuk membasuh. Air mestilah bersih dan perlu ditukar selalu
bagi mengelakkan pengumpulan patogen dan jangkitan penyakit yang boleh
menyebabkan kerosakan pada cili.
Penggredan/Pengkelasan
digred untuk mengasingkan tahap kematangan, tahap kecederaan mekanik, rupa
bentuk, warna, tahap serangan penyakit dan rupa keseluruhan. Cili yang telah digred
akan lebih seragam dan mudah untuk dipasarkan
Pembungkusan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak. Pembungkusan yang baik dapat
mengurangkan kehilangan air dan kerosakan mekanik yang boleh mempengaruhi mutu
cili pada peringkat penggunaan. bahan pembungkus yang sesuai ialah beg plastik
LDPE, jaring plastik, beg kertas dan dulang polistairin yang di balut dengan filem
polivinal klorida.
CARA PENANAMAN SERAI
Nama Melayu (Malay Name) : Serai
Keluarga (Family) : GRAMINEAE = POACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf
Saiz Pokok (Plant Size) : 100 cm
Nama Lain (Other Names) : Lemon Grass
Pokok Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia
(terutamanya masakan Thailand), Kemboja dan Vietnam) dan Caribbean. Pokok ini
mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan
segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, pokok ini juga sesuai untuk ayam,
ikan, dan makanan laut.
Terdapat melebihi 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus)
adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat
(Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh
digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk
herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini
(disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus
Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak
citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Anak Benih Serai Paha Ayam / batang RM0.25
PENGENALAN PERUSAHAAN SERAI
Bidang yang dipilih ialah penanaman serai secara komersial. Serai merupakan
tanaman yang sangat memberi keuntungan kepada pengusahanya kerana permintaan
serai di pasaran sangat baik. Serai biasa digunakan sebagai salah satu perisa atau
bahan dalam masakan. Oleh sebab ini lah serai sangat diperlukan setiap hari.
Kehendak pelanggan terhadap serai setiap hari membuatkan pasaran serai sangat baik
sekali. Oleh sebab inilah saya memilih serai untuk menjadi bidang usaha pilihan saya.
Serai bukan sahaja menjadi bahan penambah perisa dalam masakan, tetapi juga
digunakan sebagai herba, bahan ubat-ubatan dan sebagainya. Keperluan terhadap
serai sangat tinggi dari hari ke hari. Serai boleh dijual untuk tujuan pemprosesan
menjadi bahan lain seperti ubat dan sebagainya. Ia juga diperlukan untuk jualan runcuit
di pasar raya dan pasar-pasar basah. Dalam masyarakat Melayu, serai memainkan
peranan yang sangat penting. Boleh dikatakan rakyat nagara ini menggunakan serai
hampir setiap hari untuk tujuan masakan dan sebagainya. Jadi dengan itu, serai sangat
diperlukan setiap hari. Tidak ramai individu yang mengusahakan perusahaan menanam
serai ini. Jadi perusahaan ini sangat mempunyai potensi untuk berjaya dan pastinya
membawa pulangan yang lumayan kepada pengusaha tanaman serai.
Serai (Lemon grass)
Cymbopogon citrates
Famili : Gramineae (poaceae)
Variety
Di Malaysia variety tempatan ditanam dan digunakan sebagai bahan perisa bagi
makanan dan minuman.
Kesesuaian tanah dan iklim
Jenis tanah :
Sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan saliran yang kurang
baik. Tanah lom berpasir yang bersaliran baik paling sesuai.
pH tanah : 5 - 6.5
Iklim : Tropika
Hujan : 2500-3000mm/tahun
Amalan kultur
Bahan tanaman : Anak berakar
Penyediaan kaw. Tanaman :
Kawasan yang telah dibersihkan, dibajak dan digembur. Kadar pengapuran 4 – 5 t/ha
bagi tanah gambut, 1 – 3 t/ha bagi tanah bris, dan 3 – 5 t/ha bagi tanah mineral. Kapur
ini digaul dalam tanah dua minggu sebelum menanam.
Kuantiti benih : 40 000 batang/ha
Jarak tanaman : 0.5 m x 1 m
Kepadatan : 20 000 rumpun/ha
Cara menanam : 2 – 3 batang ditanam ke dalam lubang pada musim hujan
Pembajaan
Pengawalan rumpai
Dilakukan secara manual di antara pokok setiap bulan
Pengawalan perosak dan penyakit
Sehingga kini tiada perosak dan penyakit utama yang menyerang tanaman serai
Pengendalian selepas tuai
Aliran pengendalian
Pengendalian
Serumpun serai boleh menghasilkan 30 – 40 batang serai yang boleh dipasarkan.
Hasilnya lebih kurang 700 000 batang/ha (13 461.54 kg/ha). Pokok serai boleh dituai
lebih kurang 6 – 8 bulan selepas menanam. Rumpun digali dengan cangkul, akar dan
daun dipotong meninggalkan batang dengan upih daun sepanjang 10 – 15 cm.
pembungkusan secara pukal tidak melebihi 30 kg dalam bekas yang kukuh. Beg
polietilena (beg plasik), beg kertas dan filem polivinil klorida digunakan untuk
pembungkusan runcit.
PENANAMAN SAYUR-SAYURAN
Pengenalan
Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Sayuran yang
ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam
secara komersial kerana bebas daripada racun. Sayuran sangat penting kepada
manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan
lemak.
Jenis Sayur-sayuran
Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-
bahagian makanan.
Jadual Jenis Sayur-Sayuran
Bil Jenis sayuran Contoh
1 daun bayam, sawi bunga, sawi putih,
kobis dan kangkung
2 kekacang kacang botor/kelisa, kacang buncis,
kacang tanah dan kacang panjang
3 buah bendi, cili, kundur, terung, petola,
timun, tomato
3 akar / umbisi halia, lobak putih, lobak merah, ubi
keledek, ubi sengkuang, keladi
Pemilihan Tapak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya
termasuklah;
berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses
pemasaran.
berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan
mencuci sebelum pasaran dilakukan.
di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus
kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing
untuk mendapatkan air dan nutrien.
mempunyai kemudahan infrastruktur.
mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan
jika tanah bercerun.
Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan
penyakit.
berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan
mengelakan kecurian
Penyediaan tapak
Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu
pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep
umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung
pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat
seperti berikut:
Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar
proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak
mencukupi.
Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis
tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid
sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami
ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana
kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum,
molibdenum dan boron.
Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit
apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air
sangat rendah.
Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris
mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan
tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan
dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga
5.8.
Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi,
mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan
tidak terlalu berasid.
Penyediaan batas
Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-
sayuran seperti :
Membuang rumpai dan batu batan
Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak.
Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh
digunakan sebagai sungkupan.
Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah,
membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran
dan pengudaraan tanah.
Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 – 25 cm.
Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti
rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan
terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan
menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh
anak benih dan hidupan tanah.
mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah
sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang
keras dan padat.
mengelakkan tumbesaran rumpai
mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih.
bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.
Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar
percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan
yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik
Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi
tinggi.
Tidak rosak atau cacat.
Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran
Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan
perosak.
Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan
Penyemaian biji benih
Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara
penyemaian:
Semaian terus biji benih besar
Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
Tanam sebiji atau dua biji selubang
Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
Semaian terus biji benih kecil
Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain
boleh menggunakan dua cara:
Semaian terus ke batas tetap.
Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada
jarak tertentu.
semaian biji benih halus di dalam kotak semaian
Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian
penjagaan anak benih lebih mudah
anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan
hasil yang bertambah.
anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang
sama.
Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.
Menyemai cara semai tabur
Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
beri perlindungan (sungkupan) dan air.
selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak
tertentu.
Penjarangan
Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu
sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok
bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan
tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.
Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau
yang tajam.
Menyulam
Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak
pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan
berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan
meningkat.
Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak,
terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses
ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.
Penanaman
Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan
kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam
penanaman sayuran.
Mengubah
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih
dari batas semaian diubah ke batas tetap.
Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;
Segarkan anak benih sebelum diubah
Lakukan waktu pagi atau petang
Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah
pecah semasa mengubah.
Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di
sekeliling akar.
Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan
Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan
yang kuat.
Bekalkan perlindungan dan air.
Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari
Naungan
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk
mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya
matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat
mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak
atau menghanyutkan anak benih.
Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput
yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana
cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan.
Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan
membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.
Penjagaan tanaman sayuran
Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:
Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang.
Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap
oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-
sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat
sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu
menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.
Merumput
Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk
mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan
nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan
tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah
dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-
sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak
boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk
membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara
kimia.
Membaja
Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat
tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium,
magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang
sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja.
Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.
Membuat sokongan
Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang
menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat
seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-
sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang
berat.
Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya
matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan
seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada
menjadi kotor kerana terkena tanah.
Mengawal Perosak dan penyakit
Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan
mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya.
Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula
biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini
perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi. Sayuran yang diserang penyakit
selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman.
Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan
ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu
daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.
Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik
daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit
yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.
Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Penyakit Agen Simptom
Melecur anak
benih
Kulat Anak benih layu dan mati
Reput akar Kulat atau bakteria Pokok layu dan mati
Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang
atau hitam
Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam.
Pokok akan layu dan mati
Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan
mati.
Karat batang/ daun
atau lengai
Kulat Tompok kuning/perang daun
yang dijangkiti akan jatuh.
Memungut hasil
Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut
hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun
dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya
banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.
Masa memungut hasil
Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat
petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.
Panduan Memungkut Hasil Sayuran
Sayur-sayuran Tempoh mula memungut hasil Panduan
Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum
berbunga
Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi belum
bertukar menjadi warna
kekuning-kuningan
Kacang
panjang
6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan
tetapi bijinya belum terbunjul
keluar
Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning
dan gugur.
Cara memungut yang betul ;
memotong dengan pisau / sekatur
contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
mencabut
contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
menggali dengan cangkul/serampang
contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-
lain.
Memasar
Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna
sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan seger
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN STOLON (Contoh Tanaman: Rumput Bermuda/Episcia sp)
Pisahkan anak-anak tanaman yang tumbuh daripada tanaman induk; Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN RIZOM (Contoh Tanaman: Heliconia sp/Zingiber sp)
Potong rizom kepada beberapa potongan kecil dan setiap potongan sekurang-kurangnya mempunyai dua mata tunas;
Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Heliconia sp
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN BEBAWANG (Contoh Tanaman: Hymenocallis sp)
Pisahkan anak-anak bebawang yang tumbuh dari bebawang induk; Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Hymenocallis sp
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UBI (Contoh Tanaman: Ipomea sp/Ubi) Potong bahagian-bahagian yang mempunyai tunas kepada beberapa
bahagian; Celup bahagian ubi yang telah dipotong dengan racun kulat sebelum
menanam; Tanam bahagian-bahagian ubi ke dalam medium penanaman; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UMBISI (Contoh Tanaman: Ananas/Agave) Ambil anak-anak umbisi yang di panggil kormel; Potong anak-anak umbisi; Tanam bahagian-bahagian umbisi ke dalam medium penanaman; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
PEMBIAKKAN MENGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN (Contoh Tanaman:
Ophiopogon sp) Ambil tanaman yang mempunyai rumpun; Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun; Ambil rumpun yang telah di pecahkan; Tanam ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas
dengan keadaan semasa hidup berumpun; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Ophiopogon sp
PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
KERATAN BATANG LEMBUT:
Contoh Tanaman – Alternanthera sp
Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau;
Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun;
Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar;
Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas
medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang
bersesuaian;
Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian
di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.
KERATAN BATANG SEDERHANA:
Contoh Tanaman: Hibiscus sp
Ambil bahagian dahan yang baru matang;
Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai
daun;
Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar;
Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas
medium;
Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian
di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
KERATAN BATANG KERAS:
Contoh Tanaman: Pokok Simpur
Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan
batang yang telah lama matang;
Buat keratan sepanjang 2m atau lebih;
Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar;
Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu;
Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian
di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
PEMBIAKAN SECARA KERATAN AKAR (Contoh Tanaman: Philodendron sp) Potong akar-akar se panjang 15-30cm; Semai ke dalam medium pengakaran secara tegak atau mendatar; Semai secara tegak tentukan yang bahagian hujung akar itu berada di dalam
medium dan bahagian pangkalnya berada di atas medium; Letakkan bahan biakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biak serta mencatit tarikh
pembiakkan.
PEMBIAKKAN SECARA KERATAN DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp) Keratan daun bolih di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk
mengakarkan daun berlendir. Terdapat empat cara menyediakan keratan daun:
KERATAN URAT DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)o Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau
seranggan serangga perosak;o Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat
daun sepanjang 1cm;o Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium
penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman;
o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh
pembiakkan.
KERATAN LAI DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp)o Ambil lai daun dan potong sepanjang 4-5cm;o Semai keratan-keratan yang telah di potong secara tegak atau
mendatar di atas medium pengakaran;o Keratan-keratan lai daun yang di semai menegak hendaklah
bahagian atas lai daun itu menghala ke atas dan bahagian bawah lai daun di tanam ke medium medium;
o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh
pembiakkan.
KERATAN TUNAS DAUN (Contoh Tanaman: Lornicera sp)o Ambil daun yang mempunyai tunas ketiak dan sedikit bahagian
batang;o Semai keratan ke dalam medium pengakaran dengan cara
mencocok keratan sehingga ke paras bahagian lai daun;o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh
pembiakkan.
KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)
o Ambil sekeping daun serta tangkai daun;o Tanam bahagian tangkai daun ke dalam medium pengakaran
dan bahagian lai daun berada di atas permukaan medium;o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh
pembiakkan.