kaedah nemonik dalam p

8
KAEDAH NEMONIK DALAM P & P MATEMATIK Mahasan Bin Mahmood SMK Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur Pengenalan Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Untuk mencapai kecemerlangan memang tidak lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan Dalam konteks hari ini suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru kreatif dan inovatif memainkan peranan penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini. Memang tidak dapat dinafikan tugas mendidik tidak semudah digambarkan. Tidak ada bidang pekerjaan yang tugas utamanya membina manusia untuk menghasilkan manusia, kecuali tugas pendidik. Manusia bukannya barang atau robot yang boleh dijangka hasilnya secara objektif apabila semua faktor yang menyumbang mutu barangan itu dikawal sebaik-baiknya. Latarbelakang Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pelajar ialah bagaimana cara untuk mengingat fakta-fakta, konsep-konsep atau rumus-rumus penting. Rata-rata pelajar mengatakan bahawa mereka dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi selepas sahaja guru mengajar, tetapi akan lupa selepas sessi pengajaran. Daripada perspektif guru, ini menunjukkan bahawa apa yang diajar hanya masuk ingatan jangka pendek. Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang. Jadi timbul berbagai-bagai

Upload: danny-chan

Post on 08-Aug-2015

99 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Nemonik Dalam p

KAEDAH NEMONIK DALAM P & P MATEMATIK

Mahasan Bin Mahmood SMK Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur

Pengenalan

    Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Untuk mencapai kecemerlangan memang tidak lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan Dalam konteks hari ini suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu dicerna.  Guru kreatif dan inovatif memainkan peranan penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini.

    Memang tidak dapat dinafikan tugas mendidik tidak semudah digambarkan. Tidak ada bidang pekerjaan yang tugas utamanya membina manusia untuk menghasilkan manusia, kecuali tugas pendidik. Manusia bukannya barang atau robot yang boleh dijangka hasilnya secara objektif apabila semua faktor yang menyumbang mutu barangan itu dikawal sebaik-baiknya.

Latarbelakang

    Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pelajar ialah bagaimana cara untuk mengingat fakta-fakta, konsep-konsep atau rumus-rumus penting. Rata-rata pelajar mengatakan bahawa mereka dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi selepas sahaja guru mengajar, tetapi akan lupa selepas sessi pengajaran. Daripada perspektif guru, ini menunjukkan bahawa apa yang diajar hanya masuk ingatan jangka pendek. Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang. Jadi timbul berbagai-bagai persoalan, adakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu bersesuaian atau tidak. Para pendidik perlulah memilih kaedah atau teknik yang sesuai untuk pengajaran dan proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Berbagai-bagai kaedah boleh diikuti dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Satu kaedah yang perlu ditekankan secara menyeluruh adalah kaedah nemonik.

Page 2: Kaedah Nemonik Dalam p

    Nemonik ialah satu kaedah menggunakan suatu rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal. Kaedah atau teknik ini sebenarnya telah lama digunakan oleh guru-guru atau pelajar-pelajar tetapi ia tidak diinovasi dan dikreatifkan. Inovasi ialah perubahan secara kreatif. Kaedah ini amat bertepatan dengan tugas seorang guru iaitu sebagai fasilitator atau dengan kata lain pemudah cara atau pembimbing. Rata-rata pelajar apabila ditanya, masalah utama yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah minat. Sebagai contoh kebanyakan pelajar tidak berminat atau fobia dalam pembelajaran matematik. Jadi kita sebagai pendidik mesti membuat refleksi diri. Cuba bertanya kepada diri, adakah kaedah pengajaran yang disampaikan itu mudah, menarik minat atau sebaliknya. Perkara yang penting bagi seorang guru ialah untuk menarik minat pelajar kepada subjek yang diajar.

Objektif

1. Menarik minat pelajar terhadap subjek sains dan matematik. 2. Menghilangkan rasa fobia pelajar dalam subjek matematik dan sains

3. Mengubah persepsi pelajar terutamnya pelajar melayu terhadap subjek   matematik dan sains. 4. Mendedahkan pelajar teknik penguasaan kemahiran-kemahiran asas

5. Penekanan penguasaan kemahiran-kemahiran asas mengikut objektif KBSM

Cara Pelaksanaan

    Semua guru-guru panitia matematik didedahkan dan ditekankan tentang penggunaan kaedah nemonik dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru akan menyatakan kaedah nemonik yang pernah atau biasa digunakan dalam P & P. Kaedah ini akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk-tajuk tertentu. Nemonik sebenarnya lebih kepada teknik ingatan yang berkesan.

Kumpulan Sasaran

    Semua pelajar sessi pagi yang mengambil subjek matematik dan matematik tambahan. Ini merangkumi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Peranan Guru

Page 3: Kaedah Nemonik Dalam p

    Guru-guru panitia matematik  menggunakan nemonik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk-tajuk yang tertentu.  

Peranan Pelajar

    Para pelajar mencipta suatu rangkai kata berdasarkan huruf pangkal untuk mengingat suatu fakta , rumus atau isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar tidak boleh menerima bulat-bulat rangkai kata yang diberi atau yang dicipta. Pelajar mestilah memahami konsep dan maksud huruf pangkal yang digunakan.

Contoh-contoh Penggunaan Nemonik Dalam P & P Matematik

    Dalam subjek matematik kaedah nemonik amat sesuai untuk mengingat rumus-rumus penting dan penguasaan kemahiran asas.

    Contohnya untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan beberapa operasi.    

Operasi Nemonik

(   ) KU

x DA

/ BA

+ CA

- TOL

    Dengan mengingat rangkai kata KUDABACATOL pelajar-pelajar dapat menyelesaikan atau menjawab soalan yang melibatkan gabungan beberapa operasi dalam matematik.

    Dalam tajuk logaritma tingkatan empat, pelajar dapat mengingat dua bentuk kesamaan iaitu kesamaan dalam bentuk logaritma dan kesamaan dalam bentuk indeks dengan mengingat AIN atau ANI.

   I         A    =   N

      Log    N  = I   A

           A  :  Asas   I : Indeks   N : Nombor

Page 4: Kaedah Nemonik Dalam p

    Dalam contoh di atas dua objektif pengajaran telah dicapai serentak iaitu     i) Menukar kesamaan dalam bentuk indeks kepada logaritma    ii) Menukar kesamaan dalam logaritma kepada bentuk indeks

    Kaedah ini boleh diibaratkan sebagai penjagaan rambut dalam shampoo Rejoice iaitu tindakan 2 IN 1  (dua dalam satu).

    Dalam tajuk trigonometri nilai sinus, kosinus dan tangen dalam sukuan dapat ditentukan dengan menggunakan rangkai kata SAYA SUKA TENGOK KARTUN.    

2 13 4

 

Sukuan Nilai Trigonometri Nemonik

1 Semua positif Saya

2 Sin positif Suka

3 Tan positif Tengok

4 Kos positif Kartun

 

    Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang berpusat pelajar, guru boleh memberi cukup masa kepada pelajar untuk membentuk atau mencipta suatu rangkai kata tanpa mengubah objektif pengajaran. Pelajar menjadi begitu kreatif untuk membina suatu rangkai kata yang menarik. Selain daripada rangkai kata SAYA SUKA TENGOK KARTUN kita juga boleh menggunakan ADD SUGAR TO COFFEE. Secara logiknya pelajar akan lebih menghargai dan puas dengan apa yang diciptanya sendiri berbanding dengan apa yang diberi tanpa melibatkan usaha. Dengan itu masalah pelajar untuk menentukan nilai sinus , kosinus dan tangen dalam sukuan dapat diatasi.

    Berdasarkan kepada rangkai kata yang dicipta oleh kumpulan pelajar guru membuat satu kesimpulan bahawa rangkai kata yang dicipta bergantung kepada daya kreativiti dan kecenderungan pelajar.

Page 5: Kaedah Nemonik Dalam p

    Memang tidak dapat dinafikan penemuan secara inkuiri amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah ini pelajar-pelajar diajak berfikir dalam menentukan sesuatu keputusan yang dibuat. Dalam contoh ini guru boleh menjelaskan warna merah terletak paling atas kerana merah bergerak paling laju dan dibiaskan paling sedikit dan sebaliknya.

    Untuk peringkat menengah rendah yang melibatkan soalan objektif, kaedah ini amat sesuai untuk menguasai aras yang paling rendah dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan.

    Satu kelebihan yang paling ketara dalam penggunaan nemonik ialah bukan sahaja pelajar bahkan juga boleh digunakan oleh guru-guru bagi mengingati fakta dengan mudah. Inilah yang dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apa yang paling penting adalah minat dan tanggapan pelajar ke atas sesuatu subjek atau mata pelajaran semakin bertambah dan berubah. Sebagai contoh, rata-rata pelajar tidak meminati mata pelajaran sains dan matematik. Keadaan ini akan menghalang pemurnian dasar-dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan seperti melahirkan 60 % pelajar aliran sains.

    Untuk mengatasi masalah ini, kita sebagai warga pendidik perlulah mengambil suatu pendekatan atau kaedah pengajaran yang lebih relevan dan bersesuaian dengan matlamat penggubal dasar.

Kebaikan

1. Pelajar-pelajar dan guru-guru boleh mengingat fakta dengan mudah dan berkesan. 2. Mengubah tanggapan pelajar terhadap subjek matematik. 3. Menarik minat pelajar terhadap subjek matematik 4. Tidak membosankan pelajar. 5. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok. 6. Meningkatkan prestasi peperiksaan samada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam. 7. Memudahkan persediaan guru untuk mengajar 8. Menjimatkan masa pelajar semasa membuat ulangkaji 9. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas dengan cepat dan mudah

Keburukan

1. Pelajar menerima bulat-bulat rangkai kata yang diberikan tanpa memikirkan konsep-konsep          penting. 2.Terhad kepada topik-topik yang tertentu sahaja.

Kesimpulan

Page 6: Kaedah Nemonik Dalam p

    Berdasarkan perbincangan ini dapatlah disimpulkan bahawa kaedah nemonik boleh digunakan sebagai satu kaedah atau teknik pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan teknik ini tidak terbatas kepada mana-mana mata pelajaran cuma perlu inovasi dan kreativiti guru itu sendiri. Kesesuaian kaedah ini lebih bermakna jika guru dan pelajar itu sendiri mempunyai kreativiti yang tinggi dalam membentuk sesuatu rangkai kata. Diharap dengan cara ini proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Ini amat relevan dengan kondisi pelajar sekarang dan masa hadapan, yang inginkan bentuk pengajaran dan pembelajaran  yang mudah tanpa menjejaskan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dengan erti kata lain seorang guru mestilah mampu mengimbangi di antara kehendak masyarakat dan tanggungjawab  hakikinya sebagai pendidik. Meningkatkan potensi profesionalismenya tetapi dalam masa yang sama menangani rutin harian yang dihadapinya dan meminimunkan usaha pengajarannya tetapi mampu memaksimunkan pembelajaran anak didiknya.

    Pendidik tidak seharusnya menerima bulat-bulat fenomena malas belajar di kalangan generasi sekarang. Suatu langkah yang lebih kreatif dan bermakna harus dijanakan untuk menjamin masa depan yang cemerlang. Oleh itu kemampuan dan ketrampilan menggarap perkara ini memurnikan lagi dan menuntut guru supaya lebih kreatif dan inovatif bagi menjayakan wacana pendidikan negara.

Bibliografi

Jujun S. Suriasamantri. 1990. Ilmu Dalam Perspektif. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Sharifah Alawiyah Al Sagoff. 1983. Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Heinamann Asia. Kuala Lumpur

Sharifah Alawiyah Al Sagoff. 1985. Buku Falsafah Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala     Lumpur.

Yaakub Isa. 1994. Guru yang Efektif. Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.

Zawawi Ahmad. Kaedah-kaedah Pengajaran. Universiti Malaya.  

Sinopsis

    Masalah fobia atau tidak minat matematik adalah isu yang paling menekan para pendidik dan pelajar buat masa kini. Rata-rata pelajar

Page 7: Kaedah Nemonik Dalam p

menghadapi masalah untuk mengingat sesuatu fakta atau isi pengajaran.

    Dalam konteks ini, guru dapat membuat suatu kesimpulan iaitu apa yang diajar hanya masuk ingatan jangka pendek. Proses pengajaran dan pembelajaran akan terbantut jika apa yang diajar tidak masuk ingatan jangka panjang. Suatu pendekatan pengajaran yang menarik dan berkesan perlu dijana untuk menjamin wacana pendidikan masa depan. Pendekatan yang boleh digunakan adalah kaedah Nemonik iaitu menggunakan suatu rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal.

    Pendidik tidak seharusnya menerima bulat-bulat fenomena malas belajar di kalangan generasi sekarang. Suatu langkah yabng lebih kreatif dan bermakna perlu dicerna untuk menjamin generasi yang lebih mampan dalam menghadapi dunia globalisasi.