kaedah kajian kualitatif
DESCRIPTION
Presentation for GRU 6014TRANSCRIPT
NOAZIMA WAHABNOAZIMA WAHAB
IZYAN NADHIRAH ROSLANIZYAN NADHIRAH ROSLAN
MIOR RIDZUAN BIN RIZAMIOR RIDZUAN BIN RIZA
MOHD RAZUKI BIN DAUDMOHD RAZUKI BIN DAUD
DEFINISI:
Kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam.
Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Kajian Kualitatif
Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.
Kutipan data dijalankan secara berterusan
Peserta kajian
- Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.
Bentuk data- Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau direkod dalam bentuk gambar atau video.
Asas Penyelidikan Kualitatif
Rekabentuk kajian- Rekabentuk bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.
Metodologi kajian- Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.
Instrumen Kajian- Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.
1. Kajian lapangan: berbentuk semulajadi
- tingkahlaku dikaji secara semulajadi- kepercayaan berkait dengan
persekitaran semulajadi:> tingkahlaku mudah difahami tanpa
kekangan luaran atau kawalan
Ciri – Ciri Kajian Kualitatif
2. Pengumpulan Data
- Pemerhatian- Temuduga- Analisis Dokumen
3. Data berbentuk penceritaan4. Mengkaji bagaimana dan mengapa tingkahlaku berlaku
Ciri – Ciri Kajian Kualitatif
Jenis – Jenis Kajian Kualitatif
Etnografi
Kajian Kes
Fenomenologi
Teori Grounded
Kajian lapangan berbentuk pemerhatian yang
mengkaji sesuatu budaya atau tingkahlaku dalam sesebuah masyarakat.
Budaya: kepercayaan yang dikongsi dalam sesuatu masyarakat
Pengkaji menetap selama 6 bulan hingga setahun bersama peserta kajian.
Etnografi
Penyataan Masalah
Mendalami permasalahan – rangka kerja untuk memulakan kajian kualitatif
Soalan spesifik: soalan yang muncul daripada hubungan antara permasalahan dan data yang diperoleh Didapati dalam analisis data
Ethnography
Mengakses semua bahagian dalam lapangan
- Subjek penyelidikan- Dokumen- Lokasi penyelidikan
Membina hubungan baik dengan subjek penyelidikan
Kajian lapangan mengambil masa yang lama
Mengenalpasti dan memasuki lapangan kajian
Menggunakan strategi persampelan bertujuan
- memilih subjek kajian yang mempunyai banyak maklumat berkaitan kajian yang ingin dijalankan.
Strategi Persampelan Bertujuan- Maximum Variation: memilih individu atau kes
yang paling ketara. > tingkahlaku paling positif atau negatif
- Snowball: individu terpilih mencadangkan penglibatan individu lain.
Pemilihan Subjek Kajian
Pemilihan sampel mengikut kes: memilih
individu atau kes bergantung kepada ciri - ciri unik mereka- Ketara- Biasa- Unik- Reputasi
Pemberi Maklumat Utama: memilih individu yang berpengetahuan tentang topik yang dikaji
Menyeluruh: Memilih semua individu atau kes yang berkaitan
Strategi Persampelan Bertujuan
1. Pemerhatian2. Temuduga3. Analisis Dokumen
Tiga Kaedah Untuk Memperoleh Data
Perhatikan kumpulan sasar dengan melihat, mendengar dan bertindak seperti ahli kumpulan.
Penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta.
Matlamat: 1) Memerhati kegiatan,individu dan
aspek fizikal sesuatu situasi2) Melibatkan diri dalam aktiviti yang
bersesuaian yang membekalkan maklumat berguna.
Pemerhatian
Menggunakan nota lapangan untuk merekod
pemerhatian- Dua jenis data:
1) Huraian apa yang berlaku2) Pandangan berkaitan huraian data
(spekulasi, permasalahan)- Ketepatan- Nota bersifat menyeluruh
Pemerhatian
Teknik mengutip data daripada subjek
melalui soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi secara lisan atau tanpa lisan.
Jenis temuramah:- maklumat utama- sejarah hidup- temubual kumpulan fokus
Merekod dan menyalin temuduga membolehkan data dikaji dengan lebih terperinci
Temuramah
Dokumen merujuk kepada suatu rekod
tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang.
Rekod bertulis- bercetak: artikel, laporan, diari- tidak bercetak: rakaman, pita video, gambar
Jenis – jenis Sumber- Primer: karya asal- Sekunder: tafsiran karya asal oleh pihak kedua
Digunakan untuk mengesahkan data pemerhatian dan temuramah
Analisis Dokumen
Analisis melibatkan proses penelitian data
secara terperinci, meringkaskan dan menyusun data
Interpretasi melibatkan memberi makna dan kesignifikan kepada analisis data
Proses Analisis Kandungan Kualitatif
Analisi Data dan Interpretasi
1. Menyedia dan menyusun data untuk
dianalisis
2. Menghurai dan membina tema daripada data
3. Melaporkan dapatan kajian
4. Mentafsirkan (Interpretasi ) dapatan kajian
5. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian
6. Kesimpulan daripada data yang telah dikod
7. Laporan kaedah dan hasil kajian
Proses Analisis Kandungan Kualitatif
KAJIAN KES
KAJIAN KESMerupakan penerangan dan
penganalisisan terperinci sesuatu fenomena atau unit sosial (individu, kumpulan, institusi atau komuniti)
...KAJIAN KESKajian kes juga memfokuskan
kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. (Yin, 1994)
...KAJIAN KESSetiap kes merupakan sistem unik
yang mempunyai sempadan dan had (Merriam, 1998; Stake, 1995)
Kajian kes menjawab soalan “bila”, “bagaimana” dan “mengapa”
Alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperolehi maklumat berkenaan
...KAJIAN KES
ALAT KAJIAN
• Soal selidik• Temu bual• Pemerhatian• Penelitian
dokumen• Dokumen peribadi
(contoh: diari, memo, surat, foto, video, autobiografi, jurnal)
Kajian kes boleh digunakan sebagai reka bentuk utama dalam pelbagai bidang seperti:
...Kajian kes boleh digunakan sebagai reka bentuk utama dalam pelbagai bidang seperti:
BILAKAH KAJIAN KES SESUAI DIGUNAKAN?
Jika fokus penyelidikan adalah tentang proses (Merriam, 2001)
Bila ada cerita atau peristiwa yang unik dan menarik untuk diberitahu
Apabila fenomena yang ingin diselidik tidak mudah dibezakan daripada konteksnya, dan wujud interaksi yang kompleks antara keduanya (Yin, 1994)
KELEBIHAN KAJIAN KES
KETERBATASAN KAJIAN KES
...KETERBATASAN KAJIAN KES
...KETERBATASAN KAJIAN KES
...KETERBATASAN KAJIAN KES
TRIANGULASI KAJIAN KES
MASA RUANG PEMERHATI
Dilakukan beberapa kali pada sela masa yang berlainan
Dilakukan beberapa kali pada tempat dan keadaan yang berlainan
Dilakukan beberapa kali oleh pemerhati yang berlainan.
Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes, kaedah triangulasi boleh digunakan dalam tiga aspek ini:
KATEGORI KAJIAN KES
...KATEGORI KAJIAN KES
...KATEGORI KAJIAN KES
...KATEGORI KAJIAN KES
FENOMENOLOGI
Berasal dari bahasa YunaniPhainomai – menampakPhainomenon – pada yang
menampak
FENOMENOLOGI
Kadangkala turut dilihat sebagai perspektif falsafah.
Hasrat ahli fenomenologi adalah untuk memahami cara dunia dilihat oleh orang lain.
...FENOMENOLOGIKajian fenomenologi tertumpu kepada
struktur atau intipati pengalaman dan melibatkan struktur kesedaran seseorang
Pengumpulan pendapat, tanggapan dan tafsiran para peserta
Mengharap kepada analisis data kualitatif.
...FENOMENOLOGIGeertz (1973) menyatakan penyelidik
yang menggunakan kaedah fenomenologi berusaha untuk “memasuki” dunia konsepsi individu yang diselidik.
Penyelidik fenomenologi berusaha untuk memahami maksud sesuatu kejadian serta interaksi orang awam dalam situasi yang tertentu. (Bogdan & Biklen, 1992)
REKABENTUK KAJIAN TEORI “GROUNDED”Diasaskan oleh Glaser dan Strauss pada awal
tahun 1960-an.Merupakan pilihan utama penyelidik yang
ingin membina teori tentang fenomena yang ingin mereka ketahui dengan lebih mendalam tentang punca permasalahan yang dihadapi secara khusus, situasi dan setting.
Ia melibatkan proses yang berulang-ulang.
REKABENTUK KAJIAN TEORI “GROUNDED”Masalah yang dikaji – pengkaji akan
membina seberapa banyak soalan yang memfokuskan kepada
- apa yang berlaku kepada orang yang hendak dikaji,
- kenapa masalah itu berlaku dan - apa kesannya kepada orang dikaji.
REKABENTUK KAJIAN TEORI “GROUNDED”Pengkaji akan memilih orang yang hendak
dikaji mengikut skop kajian yang hendak dijalankan.
Proses mendapatkan data kajian ialah melalui perbualan atau interaksi yang tidak dirancang.
Konsep utama teori/core theoretical concept(s) akan dikenalpasti.
Jejantas sementara akan digunakan untuk menghubungkan data dengan konsep utama teori.
REKABENTUK KAJIAN TEORI “GROUNDED”Fasa awal – memakan masa yg lama dan
penyelidikan adalah terbuka.Fasa seterusnya – pengkaji akan lebih
tertumpu kearah meringkaskan dapatan penyelidikan.
Akhirnya – berkembang secara beransur-ansur kearah pembinaan satu kategori utama yang memusat.
Strategi analitik bagi memastikan pembinaan kategori utama ;
1) Pengekodan ( coding )- kod terbuka- kod separa terpilih
2) Mencatat memo- proses penulisan nota atau komen secara ekstensif.
Strategi analitik bagi memastikan pembinaan kategori utama ;3) Gambar rajah dan sesi bersepadu
- agar data dapat diterima serta menjurus kepada kemunculan teori baru.- tujuan utama bagi meringkaskan pemahaman semasa pembinaan teori.
4) Proses akhir- rumusan dapatan data diperincikan serta dikenalpasti.
RINGKASAN PROSES KAEDAH GROUNDED THEORYBaca data yg ditranskripsikanSenaraikan maklumatKategorikan maklumatUlang dengan transkripsi yang selanjutnyaKenalpasti kategori yang kerap berlaku
(major) dan kategori sampingan (minor) serta tema.
Lakukan triangulasi Ulang langkah jika perlu.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF
Penyelidikan kualitatif sering dikritik kerana ;i. ciri data yang bersifat subjektif, ii. sukar membuat kesimpulan dan
iii. kurang kebolehpercayaan dalam reka bentuk penyelidikan.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIFBagi memastikan kebolehpercayaan dan
kesahan dalam penyelidikan kualitatif, boleh dilakukan dalam 4 cara, iaitu ;1. Triangulasi2. Penilaian rakan3. Pemfokusan secara progresif dan peningkatan pemahaman4. Audit Trial.
1. TRIANGULASIMerupakan teknik kesahan silang ( cross-
validation )Bagi menilai sama ada data yang diperoleh
mencukupi melalui pemusatan maklumat.Proses silangan adalah diantara ;
- temubual- pemerhatian- hasil kerja- lain-lain dapatan
1. TRIANGULASITriangulasi Metodologi merupakan kaedah
yang paling relevanTerbahagi kepada 2 kategori, iaitu ;
1. triangulasi dalam kaedah( within methods triangulation )
2. triangulasi antara kaedah( between methods triangulation )
Triangulasi Dalam Kaedah(Within Methods Triangulation)
PENYELIDIK
INFORMAN 1
(GURU)
INFORMAN 3
(PELAJAR)
INFORMAN 4
(PENTADBIR)
INFORMAN 2(IBU
BAPA)
Triangulasi dalam kaedah adalah berkaitan dengan mereplika penyelidikan bagi memastikan kebolehpercayaan dan pengesahan teori melalui penglibatan sumber data yang pelbagai.
Triangulasi Antara Kaedah(Between Methods Triangulation)
Contoh triangulasi antara kaedah- penggunaan lebih daripada satu kaedah pengumpulan data.
POLA PEMAHAMAN MURIID TENTANG
PERCAMBAHAN BIJI BENIH
TEMUBUAL SEPARA BERSTRU
KTUR
UJIAN BERTULIS
PEMERHATIAN DALAM
BILIK DARJAH
PETA KONTEKS
2. PENILAIAN RAKANStrategi dimana dapatan kajian tertakluk
kepada komen serta pandangan individu lain yang sanggup membaca dan meneliti dapatan serta memberi pandangan
3. PEMFOKUSAN SECARA PROGRESIF DAN PENINGKATAN PEMAHAMAN
Merupakan prinsip untuk menjana pemahaman secara beransur-ansur
Penyelidik akan mengurangkan skop temu bual dan pertanyaan secara sistematik
4. AUDIT TRIALCutcliffe dan McKenna (2004) menekankan
bahawa audit trial merangkumi aspek teori dan/metodologi.
Ia juga mencakupi proses serta pernyataan sokongan disebalik tindakan yang diambil.
MENILAI PENYELIDIKAN KUALITATIF Penilaian ini melibatkan pertimbangan reka bentuk secara keseluruhan, iaitu ketelitian dalam setiap aspek daripada permulaan hinggalah selesai sesuatu penyelidikan.
Masalah yang sering diajukan ialah ;1. Masalah penyelidikan2. Kaedah3. Dapatan4. Perbincangan
SEKIANTERIMA KASIH