jurnal 2 model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru

Upload: victor-tec

Post on 05-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ulasan ilmiah

TRANSCRIPT

Ulasan Jurnal dan ArtikelJurnal 2Tajuk Artikel : Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua Dan Kompetensi Pengajaran GuruPenulis : Mohd Yusri Ibrahim dan Aziz AminBilangan muka surat : 15 muka suratSumber : JuKu:Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik-Januari 2014 Bil. 2 Isu 1

1.0 PengenalanArtikel yang ditulis oleh penulis-penulis ini adalah untuk membina model kepimpinan untuk pengetua dan kompetensi guru. Menurut penulis, sekolah yang berkesan adalah bergantung kepada faktor kepimpinan pengetua atau guru besar. Penulis-penulis menekankan melalui kajian-kajian lepas bahawa elemen terpenting bagi menentukan keefektifan pengetua memimpin adalah kemampuan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Oleh itu, dalam bahagian latar belakang penulis telah menerangkan kepentingan-kepentingan kepimpinan pengajaran kepada sekolah dan juga hasil-hasil kajian yang menunjukkan kepimpinan pengajaran menjadikan sekolah itu lebih berkesan daripada sekolah yang tidak mengamalkannya. Penulis telah melakukan kajian ini kerana mendapati banyak model dan teori kepimpinan adalah daripada luar negara. Penulis percaya dengan adanya model yang dihasilkan adalah lebih sesuai dengan iklim pendidikan di negara ini. Saya bersetuju dengan pendapat penulis kerana kadang-kadang bahan yang kita perolehi tidak semestinya dapat diimplimentasikan berikut banyak faktor-faktor luaran yang tidak sesuai. Dengan adanya pengkaji-pengkaji tempatan, kita boleh merujuk atau menggunakan model yang mereka hasilkan kerana lebih sesuai dan tepat untuk pendidikan di negara kita. Instrumen bagi kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang telah diubahsuai daripada Principal Instructional Rating Scale (PIMRS) dan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Hasil dapatan penulis telah pula dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 18. Penulis telah mendapati bahawa matlamat sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran mempunyai signifikasi dalam kepimpinan pengajaran. Manakala daripada segi kompetensi, penulis telah mendapati kepimpinan pengajaran mempunyai signifikasi kepada kompetensi pengajaran.

2.0 Sorotan KajianDalam sorotan kajian penulis, mereka telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu kepimpinan pengajaran pengetua , kompetensi pengajaran guru dan hubungan antara kepimpinan pengajaran dan kompetensi pengajaran. Penulis telah sertakan sumber rujukan yang padat dan tepat yang menerangkan setiap bahagian terbabit.Bagi bahagian kepimpinan pengajaran pengetua, penulis-penulis telah mendapat rujukan daripada tahun 1984 hinggalah yang terkini. Penulis mendapati tidak banyak perubahan mengenai definisi-definisi kepimpinan pengajaran walaupun mempunyai perbezaan masa yang ketara. Saya tertarik dengan rujukan yang terkini iaitu Larry (2003) menyatakan dengan pengaplikasian yang lebih serius teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mutakhir ini, pengetua harus menggunakan pandangan yang lebih sofistikated dalam merangsang perkembangan staf serta memanfaatkan data untuk membuat keputusan dalam gaya kepemimpinan pengajaran mereka. Ini menunjukkan bagi kepimpinan pengajaran, kita mestilah mengikut perubahan-perubahan dalam bidang teknologi dan maklumat. Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran, seseorang itu harus menguasai dan mengunakan segala ilmu terkini untuk menjayakan satu-satu perancangan terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Bagi kajian ini, penulis telah memilih teori kepimpinan pengajaran yang dibina Hallinger dan Murpy (1985,1987) dengan sedikit pengubahsesuaian oleh Mohd Yusri dan Wan Abd. Aziz (2011). Untuk bahagian kedua iaitu kompetensi guru, penulis telah menulis dua rujukan sebagai definisi kompetensi pengajaran daripada Sazali et al. (2007) dan Good & Murpy (1990) . Penulis turut menyertakan dua model untuk kajianya di sertakan tiga hasil kajian lepas pada bahagian ini. Dapatan penulis mengenai kajian-kajian yang dijalankan oleh ( Shahril, 2005; Mohd Johdi, 2007; Anuar, Siti Haishah dan Nur Atigah 2009 ) menunjukkan kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh guru besar dan guru mempunyai hubungan signifikan kepada pencapaian murid. Yang terakhir hubungan antara kepimpinan pengajaran dan kompetensi pengajaran. Penulis telah mendapati kajian-kajian lepas mengenai hubungan ini menyumbang secara positif kepada kualiti pengajaran guru. Kesimpulannya, penulis telah mencadangkan satu kerangka konsep kajian berdasarkan kajian literaturnya. Saya mendapati penulis telah membuat kajian-kajian lepasnya dengan terperinci dengan menyertakan rujukan-rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajiannya. Ketelitian penulis juga amat tinggi kerana telah membaca kajian-kajian yang mempunyai signifikasi kepada perkara yang ingin dikajinya.3. Bentuk dan ProsedurBagi metodologi artikel ini, penulis telah menggunakan rekabentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengkaji populasi dengan cara mengukur data daripada sebahagian sampel yang ditetapkan. Responden kajian ini ialah guru-guru di sekolah menengah harian biasa di Terengganu Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan oleh penulis untuk mengukur dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran pengetua ialah soal selidik Principal Instructional Rating Scale (PIMRS) (Hallinger & Murphy,1987) yang diubahsuai oleh Mohd Yusri dan Wan Abd Aziz (2011) manakala pembolehubah kompetensi pengajaran guru diukur menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada dokumen Standard Guru Malaysia (SGM). Untuk analisa data yang diperolehi pula, penulis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 18. Saya berpendapat penulis telah memilih rekabentuk kajian yang sesuai dengan tajuk kajianya kerana ia adalah berdasarkan kajian-kajian yang lepas. Untuk pengesahan hipotesis pula, penulis telah menggunakan pekali regresi dan nilai nisbah kritikal (CR). Secara keseluruhan, penulis telah menulis prosedur metologinya dengan teratur dan teliti. Setiap langkah daripada responden, rekabentuk kajian dan cara data data dianalisa diterangkan dengan terperinci. Penulis turut memberikan nilai-nilai untuk menunjukkan kesahan hipotesis dan model yang akan dicadangkan.4. Hasil KajianPenulis mendapati kajiannya mengesahkan teori kepimpinan pengajaran oleh Hallinger & Murphy (1987) dan Mohd Yusri & Wan Abd Aziz (2011) iaitu dimensi-dimensi yang dicadangkan bersesuaian dan sepadan dengan tingkah laku pengetua dalam pupulasi yang dikaji. Dapatan penulis turut menyokong Sazali et al. (2007) bahawa wujud hubungan positif antara kepimpinan pengajaran pengetua dengan kompetensi guru. Selain itu, kajian ini juga menyokong kajian yang dilakukan oleh Srinides (2009) yang turut menggunakan analisa model persamaan struktur (SEM). Kajian ini berjaya mengenalpasti dua elemen yang penting dalam keberkesanan sekolah iaitu kepimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Model yang dibangunkan oleh penulis boleh dijadikan rujukan oleh pihak-pihak terbabit terutamnya pihak IAB dan KPM untuk merangka dan melaksanakan apa-apa kursus atau program-program pembangunan. Pada pendapat saya, masa adalah amat kritikal sekarang kerana prestasi sistem pendidikan kita makin menurun berdasarkan prestasi murid dalam PISA dan TIMSS. Kajian ini berjaya menunjukkan dua elemen yang kritikal untuk penambahbaikan demi peningkatan pendidikan di negara kita. Saya amat setuju dengan hasil kajian dan model yang telah dibangunkan oleh penulis-penulis ini.