jurnal 1-10
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
1/30
JURNAL AISHITERU AIMA CHAN
Bab 1
ERTEMUAN singkat bersama Khaleesya sebentar tadi benar-benar merobek hati dan
perasaan Aidil. Setiap bait kata-kata Khaleesya masih terngiang-ngiang di telinganya.
Kelu lidah jejaka itu untuk berkata walaupun sepatah kerana semangat di dalam dirinya kini bagaikan sudah tiada dek
diragut oleh si gadis yang begitu anggun dalam mini dress merah jambunya. Kata-kata Khaleesya sepanjang
pertemuan pendek mereka tadi masih segar bermain-main di minda Aidil.
I tak boleh nak lama-lama ni. Lepas ni I ada janji dengan Mel. Well, sebenarnya I ada perkara penting nak
beritahu you malam ni, Aidil.
Khaleesya berpeluk tubuh sambil mula berpaling membelakangi Aidil. Membiarkan jejaka itu berteka-teki
menanti apa yang ingin dinyatakan oleh gadis cantik di hadapannya.
So, straight to the point. I nak kita clash, Aidil. I rasa I tak dapat nak teruskan hubungan kita ni lagi. Itsuseless for me. Lagipun, setahun I spent time dengan you rasanya dah cukup berbaloi kut untuk kita berdua. I tahu
semua ni memang mendadak, tapi I memang dah tak ada perasaan pada you. I harap ini la penghujung kisah kita dan I
harap you jangan cari I lagi lepas ni. Tanpa rasa bersalah, Khaleesya menuturkan keinginan dan apa yang dirasakan
terhadap Aidil.
Khaleesya yang hanya memandang Aidil sekilas tanpa menunggu pertanyaan lanjut daripada jejaka itu terus
melangkah pantas ke arah keretanya semula setelah apa yang dipendamnya sudah diutarakan.
Gadis itu langsung tidak memberi peluang kepada Aidil untuk mendapatkan alasan munasabah mengapa dia
membuat keputusan yang pasti merobek hati jejaka yang kini sah bergelar bekas kekasihnya.
Aidil begitu terkejut. Bagai dihiris-hiris hatinya saat itu. Matanya sudah bergenang air jernih mendengar
kata perpisahan daripada Khaleesya. Melihatkan langkah laju Khaleesya yang mula meninggalkannya yang masih
terkejut, Aidil segera mengejar dan pantas lengan Khaleesya dipegangnya erat.
Kenapa you nak putus dengan I? Apa salah I sayang? Kalau I salah, betulkan I. Tapi please Isya, jangan
buat I macam ni. I sayangkan you lebih daripada nyawa I. I tak boleh hidup tanpa you, sayang. Please... sayang,
jangan buat I macam ni. I betul-betul mohon maaf kalau I ada buat salah, tapi jangan tinggalkan I macam ni Isya.
Please....
Aidil terus memegang kemas lengan Khaleesya walaupun gadis itu sudah mengamuk minta dilepaskan.
Lengannya cuba dilepaskan daripada cengkaman erat Aidil namun, gagal.
Saat itu, mata Khaleesya direnung oleh Aidil dengan penuh pengharapan dan sayu. Mengharapkan sedikit
simpati masih bersisa dalam hati gadis itu untuk dirinya yang benar-benar bingung dan ketandusan alasan. Kenapa
Khaleesya mahu berpisah dengannya setelah hampir setahun mereka berkongsi kasih dan cinta bersama?
Sememangnya Aidil tahu akan kedinginan hubungan mereka sejak sebulan yang lalu namun, perpisahan
mengejut malam ini langsung tidak pernah terlintas di benaknya. Malah, inilah perkara yang paling Aidil takutkan
selama ini namun realitinya, ia telah berlaku jua malam itu bersaksikan rembulan dan kejora yang melihat segalanyadari atas sana.
Hoi! Lepaskan aku la Aidil. Suka hati aku la kalau aku nak putus dengan kau. Aku dah bosan dengan kau,
tau tak! Bosan sangat.Enough Aidil! Cukup la setahun aku tahan dengan drama-drama kau yang selalu nak menangis
tiap kali aku marah kau, selalu nak berkepit dengan aku sampai aku dah naik rimas. Kau juga selalu bergantung duit
daripada abang kau aje. Manja sangat! Hei, kalau kau tak boleh hidup sangat tanpa aku, kau pergi mati la! Pergi jalan.
Ada aku kisah?!
Begitu kejam ungkapan dan pengakuan yang keluar daripada bibir merah Sharifah Khaleesya Adni. Nada
ungkapannya turut bertukar keras dan tiada lagi rengekan manja dan panggilan sayang yang selalu meniti di bibirnya
setiap kali bersama lelaki itu. Gadis yang telah setahun berkongsi kasih dengan jejaka bernama Aidil Sadhi itu
langsung tidak menghiraukan perasaan kecewa pasangannya. Hanya alasan bodoh dan tidak munasabah yang
diberikan oleh Khaleesya buat si jejaka yang telah berkorban segalanya demi membahagiakannya.
Selama setahun menyulam kasih dengan Khaleesya, segala kemahuan gadis itu dituruti oleh Aidil walau
seberat mana pun kemahuan yang diingininya. Setiap apa yang Khaleesya ingini akan Aidil belikan walaupun dirinya
P
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
2/30
masih belum bekerja. Dia sanggup menebalkan muka meminta wang daripada abangnya demi membahagiakan gadis
yang begitu Aidil sayangi. Selepas kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Aidil,
Khaleesya merupakan satu-satunya kebahagiaan dan keceriaan hidup yang dimilikinya.
Khaleesya telah membawa Aidil keluar daripada kepompong kesedihan, kemurungan dan gadis itu juga
telah menambah warna dalam hidup Aidil selepas peristiwa hitam yang menimpanya sekeluarga. Bagi Aidil, tanpa
Khaleesya hidupnya pasti sudah tiada maknanya lagi. Tiada makna seperti apa yang dirasainya semasa mendapat
berita tentang kematian orang tuanya. Dan malam itu, bersama tiupan sayup bayu di Taman Tasik Puteri... sekali lagi
hati Aidil terluka kembali. Berdarah dan kembali dirobek oleh tangan gadis yang amat dicintainya.
Sayang... jangan tinggalkan I, sayang. I betul-betul tak dapat hidup tanpa you. I terlalu sayangkan you,
Isya. Terlalu sayangkan you! Hidup I takkan bererti lagi tanpa you, Isya. I sanggup lakukan apa saja sayang, asalkan
kita dapat bersama kembali macam dulu. Tolong Isya, demi cinta I pada you. I mohon pada you, jangan tinggalkan I
sayang.PleaseIsya....
Aidil sanggup membuang ego lelakinya dengan melutut dan memegang kaki Khaleesya semata-mata untuk
memohon supaya gadis itu tidak meninggalkannya. Dia sanggup merayu, sanggup melakukan apa sahaja asalkan
Khaleesya Adni tidak meninggalkannya. Air jernih yang sedari tadi berjuraian semakin lebat membasahi pipi jejaka
itu. Sudah begitu terluka perasaannya saat itu dan tiada kata yang dapat menggambarkan kelukaan yang dirasai oleh
Aidil.
Fine, Aidil! Kalau kau nak sangat aku balik semula dengan kau, aku nak kau mati! Pergi mati Aidil! Akunak kau pergi mati sekarangjugak! Itu saja yang aku nak! bentak Khaleesya dengan keras.
Khaleesya sudah malas berfikir panjang. Kepalanya sudah mula serabut dengan tangisan dan pujuk rayu
Aidil yang semakin menjadi-jadi. Keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aidil pada mulanya dirasakan
mudah itu akhirnya mengusutkan kepalanya sendiri. Aidil tidak seperti lelaki-lelaki lain yang pernah ditinggalkannya
sebelum ini. Jejaka itu terlalu berharap untuk hidup bersamanya sedangkan dia kini sudah menjumpai lelaki yang
lebih baik berbanding Aidil. Dia memang tidak akan pernah menjadi pencinta yang setia.
Khaleesya bingkas menarik kakinya untuk melepaskan genggaman kuat Aidil yang masih tidak mengerti
dengan apa yang telah diberitahunya tadi. Tanpa mengendahkan rayuan pilu Aidil, Khaleesya terus melangkah laju
memasuki keretanya. Sekelip mata sahaja, Suzuki Swift hitam milik Khaleesya memecut laju meninggalkan jejaka
yang masih terkaku dalam tangisannya di atas rumput yang menghijau.
Aidil sudah kehilangan segala semangat yang ada dalam dirinya. Sorotan matanya yang memandang
pemergian Khaleesya semakin menambahkan kesedihan di jiwa. Khaleesya tidak pernah melukakan hatinya sebeginiteruk. Malah, dia memang tidak menyangka bahawa kedinginan antara mereka hampir sebulan ini benar-benar
melakar sejarah hitam dalam dirinya.
Kini Aidil sedar, tiada lagi jalan perdamaian untuk mereka berdua kerana setiap keputusan yang dibuat oleh
Khaleesya adalah muktamad. Cukuplah setahun Aidil mengenali dan mengasihi Khaleesya selama ini. Segala
perangai buruk dan baik Khaleesya sudah sebati dalam dirinya. Aidil butakan sahaja matanya dengan kedegilan dan
kekerasan hati milik buah hatinya itu kerana dia tidak sanggup kehilangan Khaleesya. Namun malam ini, keputusan
muktamad Khaleesya benar-benar membunuhnya.
Sayang... kalau itu yang you nak, I sanggup lakukan. I sanggup mati demi you... Isya! Tutur Aidil
perlahan ketika menyoroti pemergian Khaleesya. Sayu hati Aidil saat menuturkan ayat keramat pada malam itu. Ayat
yang mengakhiri pemergian kekasih hatinya tadi dan ayat yang bakal merubah kehidupannya dan juga kehidupan
seorang insan yang tidak bersalah suatu hari nanti.
ABANG... maafkan Aidil. Maafkan segala salah dan silap Aidil pada abang selama ni. Aidil tau Aidil dah banyak
susahkan abang. Aidil sayang sangat pada abang, tapi Aidil tak sanggup nak teruskan hidup ni lagi tanpa Isya, bang.
Aidil tak sanggup! Aidil sangat sayangkan Isya. Maafkan Aidil, abang. Maafkan Aidil kerana Aidil tak berpeluang
untuk membalas segala jasa baik abang menjaga Aidil selama ini. Halalkan makan minum Aidil. Maafkan Aidil
kerana Aidil bukan adik yang baik untuk abang.
Pesanan suara yang dititipkan oleh Aidil buat Adam sebentar tadi benar-benar meruntun jiwa si abang.
Adam yang baru sahaja mengaktifkan semula telefonnya yang dimatikan tadi amat terkejut mendengar setiap bait kata
daripada adiknya. Dia dapat merasakan bahawa ada perkara buruk yang bakal berlaku kepada adik kesayangannya itu.
Adam terkedu. Kepalanya ligat memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada Aidil dan kenapa adiknyamemberi pesanan berbau perpisahan sedemikian?
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
3/30
Tidak! Aidil takkan apa-apa. Aidil takkan apa-apa. Adam meyakinkan hatinya yang sudah gundah-gulana.
Sepantas kilat, kunci kereta di atas almari segera dicapainya. Dia harus mencari adiknya saat itu juga. Hatinya
semakin gelisah selagi tidak tahu keadaan Aidil yang sebenar.
Sejak dari pagi lagi, Adam menghabiskan masanya di pejabat seperti biasa. Dia tidak menerima sebarang
berita langsung daripada adiknya itu. Sangkanya, semuanya berjalan seperti hari-hari biasa. Kepulangannya selepas
maghrib tadi juga hanya disambut dengan suasana yang sunyi di rumah besar itu.
Adam sudah terbiasa dengan rutin adik kesayangannya itu. Pada waktu sebegini Aidil pasti akan keluar
bersama rakan atau teman wanitanya dan kepulangan Aidil biasanya pada lewat malam nanti. Adam yang tidak
mengesyaki apa-apa hanya menapak perlahan ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Telefonnya
yang sudah seharian bekerja keras menyambut panggilan penting sudah kehabisan bateri. Adam terus mengecas
smartphonenya itu sementara dia berehat seketika di atas katil.
Namun, kesibukannya hari ini amat dikesali oleh Adam saat dia menerima pesanan suara daripada Aidil
lewat jam sepuluh malam itu. Suara sayu Aidil begitu merunsingkan jiwa Adam. Sudah berkali-kali Adam cuba
menghubungi Aidil namun, semuanya gagal.
Ya Allah, jauhkanlah Aidil daripada perkara yang tidak diingini. Ya Allah, lindungilah adikku daripada
kejadian buruk yang tidak diingini. Doa Adam dalam hati sambil memecut laju membelah kepekatan malam menuju
ke destinasi yang sering dikunjungi oleh Aidil.
Namun, hanya beberapa kilometer melepasi pagar rumah kediamannya, dia menerima panggilan daripadapemanggil yang tidak dikenali. Hati Adam bagai dirobek saat si pemanggil memaklumkan bahawa Aidil terlibat
dalam kemalangan jalan raya dan kini dalam perjalanan ke hospital. Begitu parah kejutan yang diterima oleh Adam
saat itu. Air jernih sudah bergenang di tubir matanya. Hatinya tidak putus-putus berdoa supaya adiknya itu selamat.
Adam memecut kereta selaju mungkin ke hospital. Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Aidil.
Dia mahu memeluk adiknya itu dan tidak akan meninggalkannya lagi.
Setibanya di hadapan bilik kecemasan, hatinya diruntun hiba. Kakinya mula longlai dan tidak mampu untuk
berdiri lagi. Hanya esak tangisnya yang tidak berhenti mulai kedengaran di segenap ruang kawasan bilik kecemasan
itu. Adam begitu sedih. Inilah kesedihan yang sama dirasai saat mendapat berita kematian kedua-dua ibu bapanya
tujuh tahun yang lalu. Dia tidak sanggup untuk menghadapi situasi itu sekali lagi dan tidak sanggup untuk kehilangan
seorang lagi darah daging yang amat dikasihinya di dunia ini.
Saat Adam hiba mendoakan keselamatan adiknya, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Adam
mendongak, berpaling memandang wajah seorang lelaki muda yang begitu dikenali.
Lelaki itu membantu Adam untuk berdiri semula dan tanpa sempat dia bersuara, tubuh sasa Adam sudah
memeluknya erat bersama tangisan yang begitu sayu.
Selamatkan Aidil, Man. Tolong selamatkan Aidil. Ini semua salah aku. Salah aku, Man. Aku tak dapat jaga
Aidil dengan baik. Aku gagal. Aku abang yang tak guna, Man. Aku tak guna!
Adam meluahkan rasa sesalan dan sedihnya kepada Lukman. Jejaka muda yang merupakan pembantu
perbadinya, merangkap sahabat karib Adam.
Lukman cuba menenangkan Adam. Dia tahu, jiwa sahabatnya itu begitu tertekan dan terkejut dengan apa
yang berlaku waktu ini. Dia turut sama terkejut apabila menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Aidil
tadi. Dia yang sedang menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya pada masa itu segera bergegas ke
hospital tanpa sempat menyudahkan hidangannya. Dia tahu, sahabatnya, Adam amat memerlukan sokongannya saat
ini. Dia tahu, Aidil adalah segala-galanya bagi Adam. Dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam.Pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh jejaka itu dalam usia yang masih muda. Kehidupan Adam penuh dengan
liku yang menguji ketabahan hatinya.
Sabar, Dam. Banyakkan berdoa. Kau jangan salahkan diri kau. Semua ni dugaan daripada Allah untuk kau
dan Aidil. Kau harus sabar, kuatkan semangat dan doakan keselamatan Aidil. Kau kena kuat, Adam. Lukman
memberi kata-kata perangsang buat sahabat karibnya itu.
Esakan Adam semakin perlahan. Dia melonggarkan pelukannya pada Lukman.
Lukman kemudiannya memimpin Adam supaya duduk di kerusi menunggu di tepi bilik kecemasan itu.
Sabar, Adam. Jangan berhenti berdoa kepada Allah, sebab Aidil sedang bertarung nyawa kat dalam sana.
Kau tau, kan Aidil sayangkan kau. Dia akan berjuang demi abangnya. Dia takkan tinggalkan kau, Adam. Lukman
terus menyuntik semangat buat Adam walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sahabatnya itu
kelihatan semakin lega dan reda walaupun matanya masih belum berhenti mengeluarkan air mata.
Terima kasih, Man. Aku yakin Aidil akan se lamat. Aku yakin. Allah pasti akan tolong Aidil sebab aku
perlukan Aidil dalam hidup aku, Man. Aku yakin Aidil akan selamat. Aku tak izinkan Aidil tinggalkan aku macam
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
4/30
papa dan mama. Aku takkan biarkan perkara tu berlaku lagi dalam hidup aku. Ujar Adam dengan penuh
pengharapan.
Adam memandang wajah Lukman sambil menghadiahkan senyuman pahit. Dia menarik nafas dalam. Cuba
menenangkan gelodak dalam jiwanya saat itu. Dia beristighfar kepada Ilahi, mohon dikuatkan hatinya saat ini demi
adiknya, Aidil. Nasib baik di sisinya masih ada Lukman yang sentiasa setia mengingatkannya tentang pertolongan
Allah walaupun dalam keadaan susah dan senang. Tanpa sokongan daripada Lukman tadi, mungkin Adam tidak akan
berhenti daripada terus bersedih dan menyalahkan dirinya sendiri selagi dia tidak tahu keadaan sebenar Aidil ketika
ini.
Selamatkan adikku, Ya Allah. Selamatkanlah Aidil. Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku memohon dan
mengadu. Hanya Engkau yang tentukan segalanya. Hati Adam membisikkan doa. Hanya itu yang mampu
dilakukannya saat ini.
KEDATANGAN Lukman pagi itu telah mengejutkan Adam yang terlena di tepi katil Aidil. Sudah beberapa malam
Adam berada di situ menunggu adiknya sedar. Keadaan adiknya yang telah koma itu begitu meruntun hati Adam.
Sememangnya dia bersyukur kerana adiknya masih dipanjangkan usianya oleh Allah dan doanya itu dimakbulkan
Ilahi. Namun, dia tidak menyangka yang Aidil akan koma kerana otaknya mengalami kerosakan teruk akibatkemalangan yang menimpanya.
Doktor Raymond yang merawat Aidil turut menyatakan bahawa peluang untuk adiknya sedar semula adalah
amat tipis.
Adam berjanji, dia tidak akan berhenti berharap dan berdoa supaya Aidil segera sedar. Adam juga berjanji,
dia akan membalas segala perbuatan kejam yang telah dilakukan oleh teman wanita Aidil terhadap adiknya itu. Ya,
gadis yang bermain dengan kehidupan seorang lelaki yang begitu setia menyayanginya selama ini. Gadis yang
sentiasa meminta Aidil memenuhi segala kehendak dan keinginannya. Gadis yang begitu dicintai oleh Aidil sehingga
dia sanggup mati kerana gadis tersebut.
Entah apa hebatnya penangan gadis itu sehingga Aidil rela berkorban nyawa kerana terlalu kecewa dengan
manusia yang bergelar wanita.
Adam sememangnya tidak pernah bertemu dan mengenali kekasih adiknya itu. Dia hanya mengenalinya
daripada cerita Aidil. Sebelum ini, dia tidak pernah mengesyaki teman wanita adiknya itu kerana dia yakin, Aidil
bahagia dengan gadis tersebut setelah melihat perubahan positif dalam diri Aidil. Perubahan ketara selepas kejadian
hitam dalam keluarganya selama ini. Tetapi, segalanya telah berakhir selepas kejadian kemalangan yang menimpa
Aidil itu. Adam tekad mahu mencari bekas teman wanita Aidil. Dia mahu menuntut bela atas penderitaan dan
kekecewaan yang dialami oleh Aidil. Hanya perasaan dendam yang bermain di hatinya ketika ini.
Pertama kali Adam melihat wajah gadis itu adalah semasa dia membuka dompet milik Aidil yang
diserahkan oleh pihak polis dan untuk pertama kalinya juga, wajah gadis itu melekat kemas dalam memori Adam.
Kerana dendam yang begitu membara dalam dirinya, Adam meminta Lukman untuk mencari alamat kediaman gadis
itu. Pada masa yang sama, Adam sebenarnya sudah mempunyai agenda tersendiri. Perancangan dendamnya demi
menuntut bela.
Lamunan Adam tiba-tiba terhenti saat Lukman menyentuh bahunya.
Dam... balik la dulu. Biar aku temankan Aidil pulak. Dah berapa hari kau tak rehat. Kalau ada apa-apananti, aku callkau. Balik, rehatkan diri kau tu dulu. Mandi, lepas tu tidur secukupnya. Nanti kalau kau sakit, macam
mana kau nak jaga Aidil. Lukman yang sudah mengambil tempat di sisi Aidil memandang Adam yang baru mula
menapak ke bilik air.
Adam tersenyum pahit. Penampilannya beberapa hari ini tidak begitu kemas dan serabai dengan rambutnya
yang tidak bersikat rapi dan matanya yang bengkak akibat kekurangan tidur demi berjaga untuk menanti Aidil sedar.
Selesai mencuci muka dan membetulkan rambut dan bajunya, Adam keluar dari bilik air dan menuju ke
arah Lukman. Sahabatnya itu sedang leka membaca surah Yasin buat Aidil. Jiwa Adam begitu tersentuh dengan
perlakuan Lukman yang sentiasa terpuji itu. Mujurlah dia punya teman sebaik Lukman.
Adam dan Lukman sudah berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sepanjang usia persahabatan
mereka, Adam sememangnya mengenali Lukman sebagai seorang yang alim. Sahabatnya itu begitu terpelihara
akhlaknya kerana terdidik dengan ilmu agama daripada kedua-dua ibu bapanya yang merupakan ustaz dan ustazah.
Bangga Adam kerana mempunyai seorang sahabat yang begitu baik seperti Lukman. Sahabat dunia dan akhirat
baginya.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
5/30
Adam meminta diri untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Dia meminta pertolongan Lukman untuk
menjaga adiknya sepanjang ketiadaannya nanti. Mungkin, ini adalah masa yang sesuai untuk dia mula bertindak. Dia
harus selesaikan urusannya dengan segera kerana dia juga perlu meneliti beberapa dokumen penting syarikat yang
dibawa oleh Lukman ke hospital tadi.Alamat rumah yang diberikan oleh Lukman tadi benar-benar menaikkan rasa amarah dan dendam dalam diri Adam.
Adam sudah tekad. Dia harus mencari gadis itu dan membuat perhitungan dengannya secepat mungkin.
Bab 2
EAN dan T-shirt yang kemas terlipat di atas katil bercadar rona merah jambu itu
dimasukkan ke dalam bagasi. Sudah separuh daripada bahagian bagasi itu dipenuhi
dengan segala pakaian dan keperluan peribadi milik Khaleeda. Alatan solek yang merupakan keperluan wajib baginyasetiap hari disusun kemas di dalam pouch khas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi tersebut. Setelah memastikan
tiada barang yang tertinggal, Khaleeda menutup bagasinya.
Selesai mengemas, Khaleeda bangkit lalu duduk di atas katil. Terasa lenguh pula badannya kerana
mengemas tadi. Dua hari lepas, dia tiba di bumi Malaysia setelah empat tahun berhempas-pulas demi segulung ijazah
di negara matahari terbit itu. Setelah tamat menduduki kertas peperiksaan yang terakhir, Khaleeda tekad mahu terus
pulang ke Malaysia. Dia sudah tidak sabar mahu melepaskan rindunya yang menggunung terhadap keluarganya yang
sudah lama tidak dipeluk ciumnya.
Walaupun rakan-rakannya yang lain teruja dengan perancangan mereka untuk melancong ke tempat-tempat
menarik sebelum mereka meninggalkan negara maju itu, Khaleeda tetap tekad dengan keputusannya untuk terus
pulang ke Malaysia. Dia mahu memberi kejutan buat insan-insan yang amat disayanginya, mama, Papa Zhar, Kak
Isya dan juga adiknya. Keluarga yang sentiasa dirinduinya sepanjang empat tahun dia menjadi anak perantau selepas
neneknya meninggal dunia.
Galaxy Tab yang berada di atas meja belajar di sudut kanan bilik tidurnya itu dicapainya. Segera, akaun
Facebook dibuka dan ikon chatdi bahagian kanan bawah profilnya diklik.
Tertera nama profil orang yang dicarinya sedang online saat itu lantas Khaleeda terus menyapa sambil
tersenyum gembira.
KhalKhaleeda: Salam Kak Isya....
IsyaVouge: Babe....
KhalKhaleeda: Ha ha ha... tak jawab salam ye. So, hows holiday?
IsyaVouge: Great dear. Tapi lagi best kalau Khal ada jugak. Bila nak balik sini? Mama tak habis-
habis tanya pasal Khal.
KhalKhaleeda: Lol. Kirim salam kat mama, Papa Zhar dan adik. Ill be back soon.
IsyaVouge: Sure dear... cant wait. Akak ada banyak story untuk Khal.... I got new hot stuff here!
KhalKhaleeda: Ha ha ha... ni mesti pasal buah hati akak, kan? Nanti story ye. Ok la, have to go now.
Take care sissy!
J
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
6/30
IsyaVouge: Ahhh! Nanti la akak cerita. Khal pun sama. Take care... kirim salam akak pada mamat
chaebol kat sana.
KhalKhaleeda: Lol... chaebol in Korea la kak, not here. Ha ha ha....
IsyaVouge: Sama je la. Ok la Khal, bye....
KhalKhaleeda : Bye sis... take care.
Setelah perbualan ringkas antara dia dan kakaknya tamat, Khaleeda segera menutup akaun Facebook dan
terus Galaxy Tabnya dimatikan. Dia menyarungkan bekas baldu padagadgetkesayangannya itu dan terus dimasukkan
ke dalam beg sandang yang akan dibawanya esok pagi.
Khaleeda terus menarikcomforterbercorak Hello Kitty kegemarannya lalu memeluk erat patung beruang
yang bersaiz XXXL di sebelahnya itu. Kepalanya digesel lembut ke dada Mr. Bear sambil bibir mungil gadis itu
tersenyum manis. Membayangkan kegembiraan yang sedang menantinya esok hari di kampung halamannya, Ipoh.
Tidak sabar rasanya mahu bersama ahli keluarganya yang sedang bercuti di sana.
Khaleeda mengetahui rancangan percutian keluarganya itu daripada kakaknya, Khaleesya. Ketibaannya diKLIA dua hari lepas juga tidak disambut oleh sesiapa. Dia sengaja tidak memberitahu keluarganya kerana dia mahu
membuat kejutan. Dia merancang untuk pulang ke rumahnya di Bangsar terlebih dahulu sebelum berangkat ke Ipoh
untuk menemui keluarga.
Kedatangan mengejutnya esok pasti akan menggembirakan mama, Papa Zhar, Kak Isya dan juga adik.
Khaleeda mula melabuhkan mimpi lenanya. Dia mahu tidur awal malam ini kerana esok pagi dia akan berangkat ke
Ipoh.
Tunggu Khal datang esok mama, Papa Zhar, Kak Isya dan adik. Khal tak sabar nak lepaskan rindu pada
semua dan Khal tak sabar nak melawat pusara arwah datuk dan nenek.
Khaleeda terus dibuai lena dalam mimpi yang cukup bahagia bersama keluarganya sambil bergelak ketawa
di atas pangkin rumah arwah datuk dan nenek. Pangkin yang penuh dengan memori suka dan dukanya selama ini.
PAGI itu, Khaleeda hanya bersarapan ringkas. Segelas susu segar dan juga roti penuh serat menjadi pengalas perut si
gadis yang sudah bersiap sedia mahu ke stesen bas. Sudah tiga hari Khaleeda keseorangan di banglo itu semata-mata
mahu memberi kejutan buat papa dan mamanya. Nasib baiklah dia masih menyimpan kunci utama untuk masuk ke
dalam rumahnya sendiri. Kalau tidak, mahu hancur rancangannya untuk membuat kejutan istimewa buat keluarga.
Pagi itu, Khaleeda hanya mengenakan skinny jeans dan jaket kulit berwarna coklat gelap. Sandal Gladiator
warna emas yang cantik bercahayakan kilauan permata di sekelilingnya melengkapkan lagi penampilan anak gadis
kepada pasangan Ahmad Zharkuan dan Sharifah Aleya ini.
Khaleeda menarik bagasinya yang agak berat keluar dari pagar banglo keluarganya di Taman SA itu. Dia
menunggu ketibaan teksi yang telah ditempahnya semalam. Dia mengerling jam yang sudah empat tahun
menemaninya di rantau orang, hasil ingatan ikhlas daripada arwah nenek. Sudah pukul sembilan pagi. Kelibat teksi
berwarna biru yang dinantikan sedari tadi masih juga belum kelihatan.
Khaleeda mula dilanda resah. Bimbang akan ketinggalan bas. Bukan boleh kira jalan di Kuala Lumpur ni.
Kalau ada jammed di mana-mana, mahu sangkut perjalanannya nanti. Khaleeda merapikan rambutnya yang mula
serabai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu. Dia mengeluh resah. Tanpa menunggu lama, telefon di dalam beg
sandangnya dicapai. Dia ingin menelefon pemandu teksi yang dihubunginya semalam.
Namun, belum sempat jari runcingnya menekan ikon call, sebuah BMW X5 berwarna hitam berhenti betul-
betul di hadapannya. Entah bila masa kereta itu muncul pun Khaleeda sendiri tidak perasan. Terkejut besar Khaleeda
apabila kereta mewah itu berhenti mengejut hanya beberapa inci sahaja dari hujung kakinya. Kerana terlalu terkejut,
tubuhnya terdorong ke belakang untuk mengelak. Dia terus mencerlung, memandang ke arah si pemandu yang sudah
keluar dari dalam kereta dan melangkah laju ke arahnya bagaikan singa mahu menerkam mangsanya.
Tanpa sepatah kata, lengan Khaleeda ditarik dengan kasar untuk masuk ke dalam kereta milik lelaki yang
berwajah ketatitu. Jeritan Khaleeda juga langsung tidak dipedulikannya.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
7/30
Lepas la! Hei... awak ni siapa, hah?! Kenapa tarik-tarik saya macam ni? Saya tak kenal awak la. Lepaskan
saya! jerit Khaleeda.
Khaleeda masih berusaha menarik tangannya daripada cengkaman lelaki yang memang langsung tidak
dikenalinya itu. Namun, usaha Khaleeda gagal kerana tangan sasa lelaki itu pantas menarik lengan Khaleeda dengan
lebih kuat sehingga terdorong masuk ke dalam kereta mewahnya.
Saat itu juga, kepala Khaleeda terhantuk pada dashboard kereta. Khaleeda mengaduh kesakitan sambiltangannya menggosok perlahan bahagian yang terhantuk tadi. Kepalanya mula berdenyut sakit.
Huh, padan muka! Siapa suruh kau degil sangat. Memang kau tak kenal aku. Tapi aku kenal muka jalang
kau tu. Aku akan balas segala perbuatan jahat kau selama ini malah, berganda-ganda lebih jahat daripada apa yang
kau dah buat. Aku nak ajar sikit perempuan yang kurang ajar macam kau ni, supaya kau sedar siapa diri kau tu.
Perempuan jahat! Tengking Adam.
Tuduhan lelaki itu bagaikan panahan petir buat Khaleeda. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut
lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu benar-benar merobek jiwanya sebagai seorang perempuan. Begitu kejam
hinaan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Hati Khaleeda begitu terhiris kala itu.
Saat Khaleeda masih terpempan dengan hinaan tadi, Khaleeda tidak sedar bahawa lelaki itu telah
mengambil sehelai sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan segera menekup muka Khaleeda tanpa rasa bersalah
atau bimbang dengan perbuatannya menculik gadis itu. Ya. Pagi itu, Khaleeda diculik di hadapan rumahnya sendiri
tanpa ada saksi yang melihat kejadian itu.
Khaleeda meronta-ronta sambil berusaha sedaya upaya menolak tangan sasa yang telah menghalangnya
untuk bernafas. Namun, usahanya tetap gagal kerana penangan chloroform yang dibasahkan pada sapu tangan itu
telah membuatkan dunia Khaleeda menjadi gelap-gelita. Bukan setakat gelap akibat pengsan malah, sejak itu jugalah
kehidupan Khaleeda mula bertukar corak dan diselubungi kegelapan.
PAK MAT jaga perempuan ni elok-elok. Saya tak nak dia terlepas. Kalau dia melawan, Pak Mat lempang aje. Saya
izinkan. Asalkan perempuan tak guna ni duduk diam-diam dalam bilik tu. Pagi esok, saya datang balik. Sekarang saya
nak ke vila dulu, ada urusan sikit.
Adam terus berlalu meninggalkan pondok kecil milik Pak Mat, membiarkan orang tua itu kebingungandengan arahan mengejut yang diterimanya.
Pak Mat hanya mampu mengangguk, mendengar setiap arahan yang diberikan oleh majikannya itu. Dia
tidak ada keberanian untuk bertanyakan mengapa gadis cantik itu dibawa ke pondok kecilnya yang terletak di dalam
hutan ini? Selama ini pun, dia hanya menurut segala perintah yang diberikan oleh Adam. Segala persoalan yang
timbul di hatinya saat itu hanya mampu disoal dalam hati.
Lewat maghrib tadi, Pak Mat dikejutkan dengan kedatangan Adam yang sedang mengendong seorang gadis
yang tidak sedarkan diri. Dengan tergesa-gesa, Adam masuk ke rumah Pak Mat lalu menuju ke bilik lelaki itu. Dia
membaringkan gadis itu sebelum menggari kaki si gadis malang itu dengan rantai besi yang dibawanya.
Terasa agak kejam tindakan yang dilakukan oleh pemuda berbadan sasa itu pada mata Pak Mat. Tetapi, Pak
Mat percaya, pasti Adam mempunyai sebab yang tersendiri kenapa gadis itu diperlakukan sedemikian rupa. Namun,
jauh di sudut hati kecil Pak Mat, dia berdoa agar tiada perkara yang tidak elok akan berlaku terhadap gadis itu walau
apa pun kesalahan yang dilakukannya terhadap Adam.Sudah sembilan tahun Pak Mat berkhidmat dengan Adam dan tidak pernah sekali pun Pak Mat melihat
majikannya itu melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Malah, Adam selama ini begitu
mengambil berat akan soal kebajikan diri Pak Mat.
Adam yang dikenali oleh Pak Mat merupakan seorang pemuda yang amat baik hati dan seorang yang begitu
bertanggungjawab. Semenjak Adam berusia dua puluh tahun lagi, segala tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu
dipikul oleh anak sulung ini demi menyara dan menjaga adiknya, Aidil. Perniagaan hasil peninggalan arwah ibu dan
bapanya diteruskan dan dibangunkan oleh Adam sendiri semenjak kemalangan yang melakar sejarah hitam buat dia
dan adiknya. Adam sanggup meninggalkan pengajiannya di Korea Selatan pada masa itu dan pulang ke tanah air demi
menguruskan keluarga. Sepuluh tahun dia berhempas-pulas membina dan menaikkan nama perniagaan ibu bapanya
demi memberi yang terbaik buat adik yang terlalu disayangi, Aidil Sadhi.
Namun, sejak berita Aidil mengalami kemalangan beberapa hari yang lalu, Pak Mat dapat melihat kesedihan
yang terpaksa dilalui oleh Adam. Dia tahu, Adam terlalu menyayangi adiknya itu. Segala kehendak Aidil selama ini
pasti akan dipenuhi oleh Adam. Adam juga sanggup menyara Aidil setelah Aidil tamat pengajiannya di universiti
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
8/30
tempatan beberapa tahun yang lepas dan Adam juga tidak pernah memaksa adiknya untuk mula bekerja di syarikat
mereka kerana Adam mahu memberi ruang buat Aidil merasai kehidupan pada usia mudanya.
Adam tidak kisah jika dia terpaksa berpenat lelah mencari rezeki buat adiknya kerana dia tahu itu adalah
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kedua-dua ibu bapanya semenjak pemergian mereka.Begitulah kasih seorang abang terhadap satu-satunya saudara yang dia ada di dunia ini dan kerana terlalu sayang
itulah Adam sanggup melakukan sesuatu di luar kawalan rasionalnya.
Bab 3
EPALA
Khaleeda terasa begitu berat dan berdenyut hebat. Dia membuka mataperlahan-lahan. Kerana silau cahaya yang memancar terus menikam ke wajahnya,
tangan yang sedikit lenguh diangkat untuk menutup bahagian wajahnya daripada silauan cahaya tersebut. Dia mula
membuka mata perlahan-lahan. Kelopak matanya dielus perlahan bagi mengurangkan perit akibat silau yang dirasai
seketika tadi.
Khaleeda memicit kepalanya yang semakin berdenyut. Dia berusaha untuk bangun dan menegakkan badan.
Keadaan di sekeliling dipandang dan diamati perlahan. Dia kini seperti berada di dalam sebuah bilik kecil yang
berdindingkan buluh. Tingkap buluh di bilik itu terbuka luas di hadapannya. Silauan cahaya matahari yang menerobos
masuk melalui tingkap itulah yang telah memeritkan matanya seketika tadi. Lantas, dia cuba menyusun memori
tentang apa yang telah berlaku kepada dirinya semalam.
Khaleeda berpaling ke kiri dan kanan, dia kini berada di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang. Di
sebelah kirinya tersedia sebuah katil lama yang diperbuat daripada kayu. Hanya tikar mengkuang yang menjadi alas
katil yang tidak bertilam itu. Khaleeda mula dilanda rasa kurang enak. Dia mengeluh kecil. Rambut hadapannya yang
sudah menutupi sebahagian mata dibetulkan seketika. Dia melihat pakaian di tubuhnya yang sudah serabai dan comot.
Ya Allah, kat mana aku sekarang ni? Apa yang dah berlaku kepada aku semalam, Ya Allah! Bisik Khaleeda
sambil meraba kembali kepalanya yang semakin berdenyut. Dia memandang sekeliling. Mencari kelibat barang-
barang miliknya, namun tiada. Malah tiada langsung petunjuk yang boleh membantu ingatannya tentang apa yang
telah berlaku semalam. Kemudian, Khaleeda merenung kakinya. Sandal kesayangannya yang dipakai semalam juga
telah tiada, malah sudah berganti dengan gari besi yang terikat kukuh di kedua-dua belah kakinya.
Khaleeda cuba membuka gari tersebut, namun gagal. Kepalanya bertambah pening dan berdenyut. Dia mula
menangis melihatkan keadaan dirinya yang sebegitu dan kepalanya ketika ini ligat memikirkan apa yang telah berlaku
sebenarnya. Hatinya dirundung pilu dan resah. Perlahan-lahan, Khaleeda mula mengingati setiap apa yang dilaluinya
semalam sebelum dia dipengsankan oleh lelaki tak guna yang langsung tidak dikenalinya itu.
Kenapa dia culik aku? Apa yang dia nak daripada aku? Siapa dia? Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku
sampai gari aku macam ni sekali. Mama... papa... tolong Khal. Khal takut sangat. Khaleeda menyoal dan merintih
dalam hati. Dia sudah mula menangis. Tangisannya semakin kuat kedengaran dan beberapa minit kemudian, muncul
seorang lelaki yang turut tidak dikenalinya di muka pintu bilik tersebut.
Ya Allah. Selamatkanlah hambaMu ini, Ya Allah. Jauhilah aku daripada perkara yang tidak elok. Rintih hati
Khaleeda yang sudah berdebar-debar memandang lelaki yang seusia Papa Zharnya itu. Lelaki itu memandang tepat ke
arahnya yang masih menangis teresak-esak. Lelaki itu menapak menghampirinya perlahan-lahan.
Kenapa nak? Ada apa-apa yang mengganggu anak ke?
Pak Mat segera duduk menghadap wajah Khaleeda. Mencari-cari apa yang mungkin telah mengganggu
gadis itu sehingga dia menangis sebegitu rupa. Maklumlah, pondok kecilnya ini selalu juga dikunjungi oleh tetamu
yang tidak dijemput seperti ular atau kala jengking. Pak Mat bimbang jika binatang-binatang berbisa itu yang
mengganggu gadis di hadapannya ini sehingga gadis tersebut menangis sebegitu rupa.
Namun, Khaleeda yang sudah ketakutan melihat wajah lelaki tua yang tidak dikenalinya itu segeramengundur ke belakang. Dia amat takut saat lelaki itu menghampirinya dan hampir menyentuh lengannya. Khaleeda
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
9/30
cuba untuk berhenti menangis walaupun sisa tangisannya masih kedengaran. Dia tidak mahu orang asing di depannya
itu menganggap dirinya lemah kerana tangisannya yang teruk tadi. Khaleeda tidak mahu mengalah dengan begitu
mudah kerana dia pasti akan melawan keinginan jahat mereka yang telah menculiknya itu.
Siapa pak cik? Apa pak cik nak daripada saya, hah? Saya tak kenal pun pak cik. Apa niat pak cik culik
saya ni? Pak cik jahat! Mentang-mentang saya ni perempuan, pak cik ingat pak cik boleh ambil kesempatan macam ni
pada saya, hah! Pak cik tau tak pak cik dah culik saya? Nanti keluarga saya akan cari saya. Saya takkan lepaskan pak
cik dan kawan pak cik yang tak guna tu! Dengan penuh berani, Khaleeda menghambur segal a kemarahan yang
dipendamnya dari semalam kepada pak cik tua yang mula terkebil-kebil memandangnya. Lagaknya seperti begitu
terkejut dan tidak bersalah tapi bagi Khaleeda, pak cik di depannya itu sama sahaja seperti lelaki yang menculiknya
semalam. Mereka pasti sudah bersubahat.
Manusia berhati binatang... kejam! Tak guna! Teriak Khaleeda menyumpah dalam hati. Dadanya mula
berombak deras, menahan rasa amarah dengan perbuatan keji si penculik, terutamanya apabila dia digari sebegitu rupa
dan ia sungguh tidak berperikemanusiaan.
Kata-kata fitnah yang dihamburkan oleh lelaki semalam juga kembali terngiang-ngiang di kepalanya.
Marah, pedih dan benci membuak-buak di dadanya saat itu dan kalau dia punyai kudrat dan senjata, pasti akan
dibalunnya kedua-dua orang penculik itu seteruk-teruknya.
Amboi... amboi... amboi. Sedap betul mulut engkau mengutuk ya! Hoi, perempuan tak sedar diri! Engkau
sebenarnya tak layak nak menghina Pak Mat yang lagi mulia daripada kau tu. Dasar perempuan jahat! Kau ingat makbapak kau nak cari kau ke, hah? Anak tak guna macam kau ni sepatutnya diorangdah tanam hidup-hidup dari kecil
lagi. Tak ada la nak menghancurkan hidup orang lainpulakbila dah besar ni.
Kedatangan lelaki yang telah menculiknya semalam amat memeranjatkan Khaleeda. Mana tidaknya,
bagaikan halilintar jejaka itu menerobos masuk ke dalam bilik kecil itu dan terus dia menarik kejap rambut Khaleeda
yang panjang itu dan mula menolak tubuh kecil Khaleeda rapat ke dinding. Tanpa belas, lelaki itu merenung tepat
menikam mata hitam Khaleeda sambil menghambur segala kata-kata hinaan buat gadis itu.
Bagaikan sembilu menggores hatinya mendengar setiap kata yang dihamburkan oleh lelaki itu. Geraham
Khaleeda diketap kemas. Menahan tangis dan marah yang begitu membuak-buak saat itu. Matanya sudah mula
bergenang dengan air mata. Bila-bila masa sahaja empangan air matanya itu akan pecah berderai sekali lagi. Namun
Khaleeda tahankan juga, kerana dia tidak mahu dipandang lemah oleh lelaki yang tidak putus-putus menghina dan
menabur fitnah kepadanya.
Apa awak nak dari saya, hah? Apa salah saya sampai sesuka hati awak cakap saya jahat? Apa dosa sayapada awak? Saya tak pernah kenal awak pun. Nikanpulaknak buat jahat pada orang yang tak pernah saya jumpa. Hei,
awak sedar tak awak dah culik saya, hah! Bila papa dan mama saya dapat cari saya, saya akan humban awak ke
penjara!
Khaleeda masih belum puas. Dengan berani, dia membalas pandangan mata jejaka di depannya itu. Dia
mahu tahu dengan alasan apa dia diseret ke tempat asing dan diperlakukan sebegitu rupa. Khaleeda sendiri langsung
tidak tahu kenapa dia diperlakukan sebegitu oleh lelaki yang kelihatan amat membenci dirinya padahal Khaleeda
langsung tidak pernah kenal dengan pemuda itu.
Dadanya makin berombak kencang. Nak kata musuh keluarganya, Khaleeda tahu mama dan Papa Zhar tak
pernah bermusuh dengan sesiapa. Arwah nenek juga begitu. Keluarganya bukan keluarga pincang yang suka
bermusuh di sana sini. Khaleeda benar-benar buntu. Atau mungkin lelaki ini mahu meminta wang tebusan daripada
Papa Zhar dan mama? Hati Khaleeda semakin berkecamuk memikirkan pelbagai kemungkinan dan alasan kenapa dia
diculik.
Ha ha ha... memang kau tak kenal aku pun wahai perempuan jahat. Tak pernah kenal pun aku dan aku
sendiri tak teringin pun nak kenal dengan perempuan macam kau ni. Tapi, orang yang paling aku sayang dalam dunia
ni kenal dengan kau dan sebab terlebih kenal kau la dia dah tinggalkan aku. Sebab perempuan tak guna macam kau ni
la, dia sanggup buat kerja paling bodoh dalam hidup dia tanpa fikir tentang diri aku sebab dalam kepala dan hati dia
dah penuh dan sarat dengan pengaruh jahat kau tu. Sebab kau! Sebab kau, tau tak!
Adam sudah membentak marah. Rambut Khaleeda ditariknya kuat dan terus kepala gadis itu dihantuknya
berkali-kali ke dinding. Bagai dirasuk, perlakuan drastiknya itu sememangnya berlandaskan rasa amarahnya yang
sangat memuncak saat itu tanpa dia fikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Bergenang air mata lelakinya tatkala
mengingati wajah adiknya yang terkulai layu tidak bergerak. Terlalu pedih hatinya untuk menggambarkan betapa
sedih dirasakan apabila adik kesayangan yang dijaga selama ini sudah tidak dapat melihat dan mendengar bicaranya
lagi. Bagaikan mati di depan matanya sendiri.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
10/30
Pak Mat yang dari tadi memerhatikan tindakan amarah majikannya itu terhadap Khaleeda segera
menghalang perbuatan Adam. Pak Mat cuba menenangkan Adam yang begitu rakus menghentak kepala Khaleeda ke
dinding membuatkan gadis itu sudah terkulai pengsan kembali.
Encik Adam... sabar encik. Jangan jadi pembunuh pulak. Budak tu dah teruk cederanya tu. Sabar Encik
Adam. Bawa mengucap. Ingat Allah, pujuk Pak Mat.
Pak Mat menggosok perlahan-lahan belakang badan Adam yang sudah tercungap-cungap menahan marah.Perbuatan Adam terhenti. Dia kemudian meraup wajahnya dan beristighfar beberapa kali. Nafasnya ditarik
berkali-kali untuk menenangkan perasaan marahnya itu supaya akal warasnya dapat berfikir dengan rasional.
Ya Allah, apa yang dah aku lakukan ni, Ya Allah.Adam merenung wajah Khaleeda yang sudah terkulai
tidak bergerak di hadapannya itu. Darah merah mengalir di bahagian kepala Khaleeda yang telah dihantuknya tadi.
Tanpa berfikir panjang, Adam terus mendukung tubuh kecil Khaleeda dan terus dibaringkan di atas katil Pak Mat.
Pak Mat membantu Adam meleraikan gari yang mengikat kemas kaki Khaleeda sejak malam tadi.
Pak Mat, ambilkan first aid di dalam bilik saya. Bawa sekali kain bersih dengan besen air ya. Cepat sikit
Pak Mat. Arah Adam.
Pak Mat yang mengangguk setelah menerima arahan Adam terus bergegas ke kediaman Adam yang terletak
tidak jauh dari pondok itu. Adam begitu cuak tatkala melihat luka teruk di bahagian dahi gadis di depannya itu. Dia
menguak perlahan rambut hadapan Khaleeda yang sudah menutup sebahagian wajah dan luka di kepalanya.
Pertama kali Adam menyentuh seorang perempuan dan pertama kali juga Adam berkasar dengan seorang
perempuan. Walaupun dia amat bencikan gadis itu, namun rasa simpati dan bersalah tiba-tiba muncul menggunung
dalam hatinya. Tetapi ia tidak lama kerana rasa amarah dan dendamnya yang sudah lama ditanam sebelum ini datang
kembali.
She deserves itAdam. She deserves it! Bisikan halus itu kedengaran dalam hatinya. Perasaan benci yang
hadir mula mengaburi hati Adam kembali.
LEWAT petang itu, Khaleeda mula sedar. Wajahnya berkerut seribu menahan sakit dan perit akibat luka yang
dialami. Tangan kanannya diangkat dan menyentuh lembut balutan di kepalanya yang sedang berdenyut. Luka di
kepalanya terasa amat sakit dan badannya juga dirasakan begitu lemah setelah hampir dua hari tidak makan danminum walau setitik air pun.
Khaleeda begitu lemah saat ini. Dadanya berombak halus. Jauh di sudut hatinya, dia mengagak ajal bakal
menjemputnya tidak lama lagi. Hanya mati yang dapat digambarkan oleh gadis malang itu pada saat ini. Dan itulah
gambaran perasaan yang sama dirasai semasa neneknya meninggal dunia empat tahun yang lalu. Nenek yang terlalu
dikasihi dan dirinduinya itu.
Khaleeda hanya mampu membuka sedikit matanya sahaja waktu itu dan dia dapat melihat sesusuk tubuh
sasa yang telah menzalimi dirinya pagi tadi. Andai kudratnya masih ada, mahu sahaja ditikam tubuh sasa yang berada
di hadapannya itu berkali-kali. Tapi, apakan daya Khaleeda. Dia langsung tidak ada keupayaan kini, malah untuk
mengangkat tangannya sendiri pun dia sudah tidak larat lagi. Nyawanya dirasakan bagaikan berada di hujung tanduk.
Bila-bila masa sahaja dunianya akan kembali gelap.
Melihatkan Khaleeda yang sudah mulai sedar, Adam terus menghampiri gadis itu. Tangannya dengan
selamba menyentuh balutan luka di kepala Khaleeda. Memeriksa jika balutan itu masih baik atau sudah harus ditukar.
Okey lagi. Bisik Adam. Wajah pucat Khaleeda dipandangnya seketika. Sememangnya rasa benci di dalam
dirinya membuak-buak terhadap gadis itu, namun masih ada rasa perikemanusiaan dalam jiwa Adam. Tubuh
Khaleeda dibangunkan lalu disandarkan pada kepala katil. Adam memerah kain bersih yang direndam di dalam besen
yang dipenuhi dengan air suam diperah sebelum dielus lembut ke wajah pucat milik Khaleeda.
Khaleeda mula rasa marah. Begitu berani lelaki itu menyentuhnya tanpa keizinan. Malah memang itulah
yang telah dilakukan oleh Adam sejak dua hari lepas. Melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya tanpa meminta
kerelaan daripadanya. Berani betul Adam memperlakukannya sebegitu. Jika diikutkan hati yang marah, mahu sahaja
Khaleeda meraung dan menerajang kuat lelaki itu biar jatuh terlentang ke bawah, tapi dia begitu tidak berdaya kini.
Hanya rembesan air mata yang mengalir daripada birai matanya yang dapat menggambarkan perasaan marah dalam
hatinya itu.
Adam mengelap seluruh wajah Khaleeda bagi menambahkan kesegaran buat diri gadis itu yangsememangnya sudah begitu lemah. Jaket kulit yang dipakai oleh Khaleeda ditanggalkan sehingga mendedahkan
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
11/30
lengan putih gebu milik gadis tersebut. Matanya terpanar seketika. Namun, perasaan gementar yang hadir dengan tiba-
tiba itu diusirnya laju. Adam segera mengulangi perbuatannya mengelap tubuh Khaleeda. Dia tahu, Khaleeda sedang
memberontak marah dengan tindakannya ini. Dia memang sengaja mahu mendera perasaan gadis itu yang
sememangnya sudah tidak berdaya untuk melawan.
Lantak kau la kalau nak marah. Aku tak nak kau mati cepat. Aku belum puas nak seksa kau lagi. Bisik hati
jahat Adam. Kain bersih tadi diambil kembali dan dielus lembut di seluruh lengan Khaleeda yang terdedah. Dapat
dilihat, wajah gadis itu sedikit segar berbanding tadi setelah dibasahkan dengan air bersih. Kedatangan Pak Mat ke
bilik itu menghentikan perbuatan Adam. Dia terus menyambut mangkuk bubur yang dibawa oleh Pak Mat bersama
segelas air putih. Segera, Adam mengisyaratkan Pak Mat supaya meninggalkan mereka.
Orang tua yang patuh itu hanya menurut sahaja. Langsung tidak berani bersuara.
Adam meniup perlahan bubur nasi yang telah disediakan oleh Pak Mat sebelum menyuapnya ke mulut
Khaleeda. Namun, gadis yang dari tadi hanya memandang tajam ke arahnya itu langsung tidak membuka mulut malah
Khaleeda terus merenungnya tajam. Adam mencuba sekali lagi, namun reaksi yang sama dibalas oleh Khaleeda.
Kemarahan Adam mula memuncak dengan kedegilan yang ditunjukkan oleh Khaleeda.
Berani kau tak nak makan ya. Kau nak tunjuk protes dengan aku ke, hah! Dah sakit nak mati masih nak
berlagak dengan aku. Aku cakap makan... makan la! sergah Adam.
Sudah tiada layanan sebaik tadi. Segera bubur tadi disuapkan lagi. Namun, Khaleeda tetap tidak membuka
mulutnya. Baginya, biarlah dia mati kebuluran daripada mengikut kehendak lelaki dayus di depannya itu.
Adam yang sudah bertambah geram dan marah itu terus memaksa Khaleeda supaya membuka mulutnya.
Kedua-dua belah pipi Khaleeda dipegangnya erat dengan tangan sasanya, memaksa gadis itu membuka mulutnya.
Bersama tangisan, Khaleeda terpaksa juga menelan setiap suapan bubur yang sudah tidak disejukkan oleh
jejaka itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit tekaknya menelan saat itu. Setiap suapan bagi Khaleeda seperti
menelan lahar panas yang rakus melalui tekaknya.
Adam yang mula menggila marah itu berjaya menyuapkan kesemua isi bubur di dalam mangkuk itu.
Terbatuk-batuk Khaleeda menelan segalanya. Air putih segera disuakan ke mulut Khaleeda.
Dengan rakusnya, Khaleeda meneguk kesemua air dalam sekelip mata. Khaleeda berasa sedikit lega.
Pipinya kelihatan sedikit kemerahan kerana dipegang kuat oleh Adam sebentar tadi.
Tau pun makan. Aku nak kau cepat-cepat sembuh. Jangan nak manja sangat. Kau kan perempuan hebat.
Takkan sakit macam ni pun dah nak mengalah. Aku nak kau sembuh cepat sebab aku dah tak sabar nak uji kehebatankau tu. Kalau sakit macam ni, apa benda pun aku tak boleh buat... huh! Dengus Adam sebelum berl alu keluar dari
bilik itu sambil membawa mangkuk dan gelas yang sudah kosong. Dia berasa puas. Puas kerana tawanannya akan
kembali bertenaga untuk terus menerima hukuman daripadanya.
Kata-kata Adam tadi benar-benar menambah luka di hati Khaleeda. Matanya sudah mula berair kembali.
Pilu dengan nasib yang melanda dirinya. Khaleeda cuba mengurut lembut lehernya dan masih menahan rasa perit di
tekak walaupun badannya kini sudah terasa sedikit bertenaga.
Tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah. Kenapa dia melayan aku sebegini? Siapakah dia Ya Allah? Apakah
dosaku kepadanya? Kenapa dia berdendam dengan aku? Apa yang aku dah lakukan Ya Allah? Khaleeda memejamkan
mata dengan rapat. Kepiluan semakin menyelubungi dirinya.
Ya Allah... selamatkanlah aku. Lindungilah aku daripada mereka yang tidak berhati perut ini, Ya Allah.
Lindungi diriku daripada perkara yang buruk Ya Allah. Hanya doa yang mampu gadis itu utuskan. Walaupun tiada
siapa yang mendengar, Khaleeda yakin Allah akan melindunginya dan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkanAllah. Andai ini ketentuan yang telah tercatat buat dirinya, Khaleeda reda dan dia yakin akan ada hikmah di sebalik
segalanya.Titisan jernih yang sering menemaninya selama dua hari ini kembali semula. Beberapa minit kemudian, Khaleeda
lena kembali kerana kepenatan sambil terkenang nasib malang dirinya.
Bab 4
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
12/30
EDINGINAN hembusan angin yang tidak jemu menyapa tubuh tua Pak Mat tidak
menghalang dirinya untuk terus memetik kacang buncis yang ranum. Pelbagai jenis
sayur-sayuran lain turut sama dipetik oleh penjaga vila milik keluarga Adam Daniel itu yang mempunyai kebun
sendiri berhampiran pondok kecil yang didiaminya selama ini.
Kebun sayur itulah yang menjadi pengisi masa Pak Mat yang sememangnya tinggal sendirian di kawasanperanginan peribadi milik keluarga Adam. Vila yang terletak di hutan kecil di kawasan Bentong ini telah dijaga oleh
Pak Mat sejak mula berkhidmat dengan keluarga Adam.
Vila persinggahan ini amat selesa dan sememangnya digemari oleh Adam. Jika ada kelapangan masa, pasti
Adam mahupun Aidil akan datang ke vila ini untuk berehat dan menghirup udara segar.
Petang itu, Pak Mat mahu menyediakan makan malam buat Khaleeda. Gadis itu telah diamanahkan oleh
majikannya untuk dijaga sehinggalah kesihatan badan Khaleeda pulih sepenuhnya sebelum Adam pulang semula ke
vila itu.
Ketiadaan Adam selama seminggu memberi ruang buat Khaleeda untuk berehat sepenuhnya dan segera
pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Tempoh masa itu juga telah memberi ruang buat Khaleeda untuk
mengubah tanggapan negatifnya terhadap Pak Mat yang disangkanya bersubahat dengan Adam.
Keihklasan hati Pak Mat telah mengubah tafsiran buruk Khaleeda terhadapnya. Pada hari pertama ketiadaan
Adam di hutan itu, segala kemarahan Khaleeda terhadap jejaka itu dilepaskannya kepada Pak Mat. Pak Mat yang
tidak pernah meninggikan suara terhadap Khaleeda itu hanya diam menerima segala cemuhan dan amarah daripada
gadis yang masih terlantar sakit saat itu.
Pergi! Jangan kacau saya. Saya tak nak apa-apa pun daripada pak cik. Saya benci pak cik dengan bos pak
cik tu. Jahat! Hati binatang! Apa salah saya pada korangsemua, hah? Kenapa pak cik sorokkan saya kat sini? Saya
nak balik! Saya nak balik la!
Khaleeda menolak kasar mangkuk bubur yang disediakan oleh Pak Mat buatnya. Jika lelaki itu yang datang
membawa makanan untuknya, sudah tentu dia tidak mampu untuk berbuat sebegitu. Dia sudah masak dengan baran
lelaki itu yang akan membalas balik kedegilan Khaleeda berkali ganda daripada apa yang dilakukan oleh gadis itu.
Tetapi, dengan Pak Mat, Khaleeda berani bertindak agresif kerana dia tahu, orang tua itu tidak akan melawan malah
hanya diam menerima amarahnya.
Pak Mat yang masih berdiam diri mendengar amukan Khaleeda itu terus membersihkan makanan yangsudah tumpah di atas lantai. Dia hanya tersenyum sambil memandang Khaleeda yang sudah reda sedikit
kemarahannya. Pak Mat mengambil segelas air dan terus dihulurkan buat Khaleeda.
Minum air ni. Biar tenang sikit. Anak kena makan. Nanti nak makan ubat pulak. Pak Mat tak nak anak
makin sakit. Pak Mat sediakan makanan lain ya. Anak nak makan apa? Biar Pak Mat sediakan .
Begitu tulus hati orang tua itu menutur kata, memujuk dan bertanya. Wajahnya sentiasa tersenyum ikhlas.
Pak Mat masih memandang wajah suram Khaleeda. Menunggu jawapan daripada bibir pucat gadis itu.
Kenapa pak cik nak buat baik sangat? Kenapa tak biarkan saya mati kebulur aje. Kan itu yang pak cik
nak! Khaleeda kembali mengamuk. Walaupun sebentar tadi hatinya mula tersentuh dengan pujukan lembut Pak Mat,
namun dia tidak mahu terpedaya. Dia masih belum mempercayai keikhlasan Pak Mat yang sentiasa tenang dan
tersenyum di hadapannya.
Jangan cakap macam tu nak. Pak Mat tak ada niat nak sakitkan anak. Maafkan Pak Mat atas apa yang
berlaku. Anak makan ya. Pak Mat ambilkan makanan.
Segera Pak Mat berlalu keluar daripada bilik itu. Dia tahu, Khaleeda masih mahu menghambur kemarahan
buat dirinya. Namun, dia harus pandai memujuk gadis malang yang sudah terluka dengan perbuatan kejam Adam. Pak
Mat membawa semangkuk bubur lagi buat Khaleeda. Dia tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi katil
Khaleeda. Wajah Khaleeda yang masih mencerlung tepat ke arahnya itu dibiarkan saja oleh Pak Mat. Pak Mat
menyuapkan bubur ke mulut Khaleeda. Senyuman ikhlas yang terpamer di wajahnya dihadiahkan buat gadis yang
masih terlantar itu. Dan tanpa banyak bicara, Khaleeda mengunyah setiap suapan yang disuakan oleh Pak Mat
buatnya.
Khaleeda turut hairan kenapa hatinya begitu senang lembut dengan tindakan pak cik yang seusia Papa Zhar
itu. Lelaki tua yang sentiasa membahasakan dirinya sebagai Pak Mat itu begitu murah dengan senyuman. Mungkin itu
yang membuatkan Khaleeda sedar akan keikhlasan hati Pak Mat yang ingin membantunya. Khaleeda cuba
menghabiskan bubur itu walaupun jelas kelihatan wajahnya agak terdesak untuk menelan setiap suapan. Ubat pun
dimakan dan itu menambahkan lagi kelegaan hati Pak Mat. Harapannya cuma mahu Khaleeda segera sembuh dan
kembali bermaya semula.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
13/30
Kalau anak nak bersihkan badan, Pak Mat boleh bawa ke tandas. Kalau anak perlukan apa-apa lagi,
panggil Pak Mat, ya? Pak Mat ada kat depan sana. Anak berehat dulu ya. Pesan Pak Mat sebelum melangkah keluar
daripada bilik kecil itu.
Khaleeda menyoroti langkah orang tua itu sambil hatinya berbisik kelegaan. Lega, kerana tidak ada perkara
buruk yang berlaku terhadapnya hari ini dan layanan baik Pak Mat terhadapnya telah mengubat hatinya yang lara.
SEMINGGU menjaga Khaleeda, segala keperluan gadis itu diuruskan dengan baik. Cuma permintaan Khaleeda yang
meminta telekung sembahyang sahaja tak dapat Pak Mat sediakan. Segala pakaian Khaleeda sebenarnya telah
disediakan oleh Adam. Baju kurung Kedah dan kain sarung batik yang disediakan oleh Adam untuk gadis itu sudah
menjadi pakaian harian Khaleeda. Pak Mat masih ingat lagi wajah berang gadis itu saat pakaian itu dihulurkan
kepadanya.
Baju-baju saya mana? Kenapa saya kena pakai baju ni? Barang-barang saya yang lain mana pak cik?
Wajah Khaleeda sudah berkerut seribu saat sehelai baju kurung kedah dan kain sarung batik dihulurkan
kepadanya sebelum dia melangkah ke bilik mandi yang terletak di luar pondok.
Maafkan PakMat, nak. Pak Mat tak tau. Encik minta Pak Mat bagi anak pakaian ni aje. Emmm... baju-baju
kecil anak Pak Mat ada simpan dalam almari depan bilik tu.
Jawapan Pak Mat itu terus mengundang dengusan marah dan malu Khaleeda. Sudah beberapa hari dia tidak
melihat kelibat lelaki yang mula dibencinya itu. Panggilan encik yang selalu dipanggil oleh Pak Mat itu sentiasa
mengundang rasa marah dan benci dalam diri Khaleeda. Pakaian yang dihulur oleh Pak Mat itu disambut oleh
Khaleeda dan segera dia menapak ke bilik mandi yang terletak di luar pondok.
Kau ingat aku tak boleh pakai pakaian macam ni? Silaplah kau. Ini Khal la, aku boleh hidup walau aku
dicampak kat mana-mana pun. Bisik Khaleeda dalam geram. Sesungguhnya dia tahu, lelaki itu sebenarnya sengaja
mahu menyakitkan hati dan menyusahkan hidupnya dengan mencabarnya memakai pakaian tersebut. Tapi Khaleeda
tekad, dia tidak akan gentar dengan cabaran lelaki itu selagi dia masih di dalam hutan ini.
Khaleeda menapak masuk ke dalam bilik mandi yang hanya berdindingkan zink dan tidak berbumbung itu.
Bilik mandi itu terletak di sebelah pondok kecil yang didiaminya. Tidak pernah sepanjang hidupnya dia menggunakan
bilik mandi yang sebegitu daif rupanya. Lihat secara realpun tak pernah.Di dalam bilik mandi tersebut, hanya ada sebuah tempayan besar bersama gayung. Tiada botol-botol
barangan mandi, malah berus gigi serta ubat gigi juga turut tiada. Khaleeda mula berasa tidak selesa. Macam mana dia
mahu mandi jika tidak memberus gigi, mencuci muka dan bersabun? Tidak ada gunanya mandi jika tidak bersih.
Khaleeda mula mengamuk dalam hati. Dia kemudian segera keluar mendapatkan Pak Mat.
Pak cik... ubat gigi dengan berus gigi untuk saya ada tak? Saya tak selesa kalau tak berus gigi. Lagipun dah
berhari-hari saya tak berus gigi.
Sepanjang dia terlantar di atas katil, dia langsung tidak menggosok gigi. Entah-entah sudah bermacam-
macam jenis bakteria bermaharajalela dalam mulutnya saat ini. Mungkin, sudah berbatang-batang giginya yang telah
digerudi oleh makhluk mikro ini.
Ya Allah... Pak Mat terlupa, nak. Nanti Pak Mat bawakan untuk anak ya. Anak mandi la dulu. Pak Mat
pergi ambil berus dengan ubat gigi dulu.
Pak Mat terus berhenti daripada mengupas ubi kentang yang sedang dilakukannya sedari tadi. Dia dengan
laju menapak ke arah hutan meninggalkan Khaleeda yang masih terpinga-pinga.
Dia nak pergi beli ubat gigi kat mana tu? Dalam hutan ni ada kedai ke? Gumam Khaleeda sambil masih
menyoroti langkah Pak Mat yang semakin menghilang di sebalik pokok-pokok besar.
Malas mahu memikirkannya, Khaleeda kemudian masuk semula ke bilik mandi dan hari itu, pertama kali
dia menyegarkan badannya yang sudah lama tidak mandi itu dengan air sejuk dalam tempayan.
Walaupun sedang seronok menikmati air sejuk yang menyapa segar seluruh tubuhnya yang mula
menggeletar, mata Khaleeda sentiasa melilau, memerhati sekeliling. Bimbang jika ada yang mengintipnya. Rasanya,
mata bulatnya itu tidak berhenti berpusing 360 darjah kerana terlalu bimbang. Manalah tahu, jika si penculik gila itu
ada menyembunyikan kamera di dalam bilik mandi ni.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
14/30
PANGGILsaya Khal, Pak Mat. Pak Mat dah sediakan air untuk Khal ke? Khal nak mandi.
Khaleeda yang sedang menapak keluar daripada bilik yang sudah seminggu didiaminya itu segera
menjawab sapaan daripada Pak Mat yang sentiasa memanggilnya anak.
Pak Mat yang sedang memarut kelapa itu tersenyum memandang Khaleeda. Selama seminggu dia menjaga
Khaleeda, gadis itu sudah jarang melepaskan amarahnya.
Khaleeda lebih gemar menjawab pertanyaan dan sapaan Pak Mat dengan anggukan, gelengan atau hanyadengan senyuman pahit sahaja. Tetapi hari ini, gadis itu membalas sapaannya dengan kata-kata lembut dan baru hari
ini juga Pak Mat mengetahui nama gadis cantik itu.
Khaleeda dilihatnya sudah mengambil tempat di atas pangkin bersebelahan dengannya. Balutan luka di
kepala gadis itu sudah dibukanya semalam.
Comelnya nama Khal. Macam tuan punya nama. Tapi, jarang Pak Mat dengar nama perempuan Khal.
Kalau lelaki, nama Khalid tu pernah la juga Pak Mat dengar. Khal pergi la mandi dulu. Pak Mat dah sediakan air
dalam tempayan tu. Pakaian Khal semalam pun Pak Mat dah basuhkan. Ada dalam almari luar bilik tu. Nanti Khal
boleh guna.
Pak Mat kembali tersenyum. Dia kemudian kembali meneruskan tugasnya memarut kelapa tadi. Pak Mat
mahu menyediakan sarapan pulut kelapa buat Khaleeda hari ini.
Khaleeda tersenyum mendengar jawapan dan gurauan Pak Mat itu. Entah kenapa, setiap bicara Pak Mat
amat disenangi. Terkenang akan kenangannya bersama arwah nenek di kampung.
Terima kasih Pak Mat. Nanti Khal ambil pakaian tu. Isy... Pak Mat ni, bukan orang lelaki aje tau boleh ada
nama Khal ni. Khal pun bolehjugaksebab Khal memang comel macam yang Pak Mat cakap tadi.Hi hi hi....
Khaleeda sudah mula tersengih seperti kerang busuk.
Pak Mat tergelak seketika. Entah kenapa, wujud juga kemesraan antara mereka hari ini. Dia bersyukur
melihat keceriaan dan senyuman Khaleeda pagi itu. Sememangnya dia sendiri tidak tahu kenapa gadis itu dihantar ke
sini, tetapi Pak Mat yakin Khaleeda bukan gadis jahat seperti apa yang didengari daripada mulut majikannya sebelum
ini.
Memang comel pun Khal ni. Kalau senyum macam tu lagi comel Pak Mat tengok. Tapi Pak Mat t eringin
juga nak tau, apa nama betul Khal. Memang Khalid ke?
Pak Mat memuji Khaleeda. Sememangnya gadis itu sangat cantik orangnya. Matanya yang bulat, dengan
hidung mancung yang kecil cukup melengkapkan wajah comel gadis itu. Rambutnya yang berwarna coklat gelap
dengan potonganfringe di hadapan yang hampir menutupi matanya menampakkan lagi wajah manja gadis itu.
Isy... Pak Mat ni, tukan nama lelaki. Ada ke patut nama Khalid. Nama sebenar Khal, Khaleeda Adni la.
Tapi, sejak kecil lagi mama dengan papa dah panggil Khal. Khal sendiri pun tak tau kenapa. Mungkin dia nak anak
lelaki kut, sebab tu panggil Khal macam lelaki, kan? Jadi, sampai sekarang la semua orang panggil Khal. Tak apa la
Pak Mat, Khal pergi mandi dulu ya.Khaleeda mula melangkah menuju ke bilik mandi sambil tergelak kecil. Dia selesa dapat berbual dengan Pak Mat.
Dapat juga menghilangkan rasa rindunya kepada keluarga tercinta yang masih tiada khabar berita datang mencarinya
yang tersorok di hutan ini.
Bab 5
ETUKAN yang bertalu-talu di pintu kamar Ahmad Zharkuan dan Sharifah Aleya
benar-benar mengganggu lena mereka pagi itu. Mana tidaknya, pada jam satu pagi
begini, semua penghuni banglo itu sepatutnya sedang lena diulit mimpi indah setelah seharian penat berteleku di
dalam kereta dalam perjalanan pulang daripada percutian mereka.
Sharifah Aleya terjaga daripada lenanya yang sudah terganggu. Dia mengiring ke kanan. Berpaling,
memandang suaminya yang mendengus kecil tapi masih lagi lena dalam mimpinya sendiri. Kepenatan sangat
agaknya. Tidak mahu mengganggu suaminya, Sharifah Aleya segera menuruni katil dan menapak ke arah pintu masuk
kamarnya yang masih diketuk bertalu-talu. Rambutnya yang sedikit kusut itu dibetulkan seketika.
Tombol pintu dipulasnya. Terpacul wajah Khaleesya di muka pintu yang sudah mempamerkan muncungitiknya. Mungkin geram kerana mamanya lambat membuka pintu. Wajah yang sudah bertempek dengan solekan tebal
itu segera meraih lengan Sharifah Aleya yang masih mamai dan terpinga-pinga.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
15/30
Khaleesya menarik tangan mamanya ke bilik paling hujung di tingkat atas banglo itu. Pintu bilik milik
adiknya itu dibuka dengan segera. Lampu bilik yang sudah terpasang terang memperlihatkan setiap inci sudut di
dalam kamar tidur itu.
Mama, Khal dah balik, ma. Tengok tu, semua barang-barang Khal dah ada. Almari dia pun penuh dengan
baju-baju dia, ma. Khal tak bagitau kita pun dia dah balik Malaysia, ma.
Khaleesya yang agak seksi dalam gaun hitam sendatnya itu segera memandang wajah Sharifah Aleya sambiljari runcingnya menunjuk ke arah longgokan kotak-kotak dan beg milik Khaleeda. Dia yang kebetulan masuk ke bilik
Khaleeda untuk meminjam clutch milik adiknya itu tadi amat terkejut tatkala melihat barang-barang Khaleeda yang
sudah tersusun rapi di atas katil dan di dalam almari. Sememangnya Khaleesya tahu barang-barang yang dilihatnya itu
adalah milik Khaleeda, terutama sekaliMr. Bearyang terlentok kaku di atas katil adiknya saat itu. Patung beruang itu
merupakan teman setia dan teman tidur Khaleeda sejak dia berangkat ke Jepun empat tahun yang lalu.
Ya Allah, Khal dah balik Isya. Alhamdulillah. Gembiranya hati mama. Tapi kenapa dia langsung tak
bagitau mama. Mama ingat dia ikut kawan-kawan dia pergi bercuti dulu. Bertuah betul budak Khal ni. Balik tak
beritahu mama. Tapi... mana Khal, Isya? Tak ada pun dia masa kita sampai petang tadi.
Sharifah Aleya melahirkan rasa terkejut dan kelirunya. Dia masih ingat lagi, kepulangan mereka lewat
petang tadi. Suasana di banglo mewah itu senyap sunyi. Sememangnya tiada tanda-tanda rumah itu berpenghuni.
Sharifah Aleya mula berkerut bimbang.
Isya pun hairan, ma. Dah la balik senyap-senyap. Padahal Isya baru aje chatdengan Khal beberapa harilepas. Tak ada pula dia beritahu Isya yang dia dah nak balik. Isy...buat saspens orang betul la budak Khal ni. Dah la
tak nampak batang hidung lagi ni. Khaleesya mula membebel.
Dia kemudian mengerling Tag Heuer, pemberian bekas kekasih hatinya yang melekat cantik di pergelangan
tangannya. Angka yang ditunjukkan oleh jarum jam itu mengundang resah dalam hatinya. Melihatkan dia yang sudah
kelewatan, Khaleesya segera menapak ke arah draweryang terletak di sudut kiri bilik itu. Khaleesya terus mengambil
clutch Khaleeda yang ingin dipinjamnya. Dia kemudian mendapatkan mamanya yang masih keliru memikirkan ke
mana Khaleeda berada saat ini.
Mama... Isya dah lewat ni. Isya nak keluar dulu ya. Isya rasa Khal naksurprisekan kita la, ma. Nanti dia
balik la tu, ma. Mama jangan bimbang sangat la ya. Takkan la mama tak kenal perangai Khal tu. Selalu tak nak
susahkan mama dengan Papa Zhar.
Khaleesya terus membuat kesimpulan sendiri. Malas pula dia mahu memikirkan hal adiknya itu lama-lama
walaupun pada awalnya dia agak bimbang juga. Janji temunya pada malam itu lebih utama bagi gadis itu. Janji temu
dengan kenalan yang baru dikenali dan mula menambat hatinya. Khaleesya segera menghadiahkan senyuman manis
buat mama yang masih terpinga-pinga memandang kosong ke arah bilik Khaleeda. Pipi mama dikucup dan segera
keluar dari bilik Khaleeda.
Khal is back. Yes! Tak sabar nak cerita semua hal kepada Khal. Hati Khaleesya berbunga riang. Langsung
tiada tanggapan negatif yang difikirkan sedang berlaku ke atas adiknya itu. Baginya, Khaleeda mungkin sedang
bercuti dengan teman-temannya kerana itulah perancangan yang diberitahu oleh adiknya itu. Kepulangan Khaleeda
yang langsung tidak diberitahu itu mungkin kerana adiknya itu tidak mahu mengganggu mereka yang sedang leka
bercuti di Ipoh tempoh hari. Itu adalah alasan yang paling logik dapat Khaleesya fikirkan ketika ini.
Sharifah Aleya yang baru tersedar daripada angannya yang leka memikirkan tentang Khaleeda segera
menoleh mencari kelibat Khaleesya yang sudah menghilang. Sebenarnya Sharifah Aleya ingin bertanyakan anak
sulungnya itu ke mana dia mahu pergi pada waktu sebegini dan kenapa pakaian Khaleesya agak menjolok mata?
Namun, semua persoalan itu hanya mampu disoalnya di dalam hati apabila bunyi deruman kereta milik anaknya itu
sudah meninggalkan halaman rumah.
Keluhan kecil kedengaran daripada bibir si ibu. Sharifah Aleya kemudian mematikan suis lampu dan
menutup kembali pintu bilik Khaleeda. Dia kemudian menapak perlahan kembali ke biliknya semula. Penat badannya
dirasakan lebih berat berbanding memikirkan ke mana Khaleeda berada saat ini.Seperti Khaleesya, Sharifah Aleya turut beranggapan bahawa Khaleeda sedang bercuti bersama rakan-rakannya.
Sharifah Aleya yakin, Khaleeda mampu membawa diri dan pengalaman gadis itu yang sudah hidup di tempat orang
sejak menuntut di sekolah menengah lagi menguatkan lagi keyakinan Sharifah Aleya dan Ahmad Zharkuan terhadap
Khaleeda. Tambahan pula, anak gadisnya itu memang tidak suka menyusahkan mereka dan lebih selesa melakukan
semua perkara sendiri. Itulah yang arwah neneknya ajarkan selama ini, membuatkan Khaleeda begitu matang dalam
usia mudanya.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
16/30
Bab 6
HHH... sejuk! Jeritan nyaring Khaleeda menerobos di sekeliling pondok kecil
itu. Bagai mahu hilang nyawanya terkejut dengan jirusan air sejuk ke seluruh
batang tubuhnya. Habis basah kuyup satu tubuhnya yang masih terpinga-pinga bersama dada yang sudah berombak
deras.
Adam yang bercekak pinggang bersama baldi kosong di tangannya sudah ketawa terbahak-bahak melihat
keadaan Khaleeda yang begitu terkejut bagai terkena renjatan elektrik dek disimbah air sejuk tatkala dia sedang lena
dibuai mimpi. Puas hati Adam dapat mengenakan gadis yang dibiarkan bersenang-lenang selama dua minggu itu.
Ha ha ha... padan muka kau. Siapa suruh kau terlentang tidur lagi. Kau ingat kau dah jadi tuan puteri nak
bangun lewat macam ni, hah? Mentang-mentang aku tinggalkan kau dua minggu, kau dah mula naik tocang kat sini
ya. Hei... mulai hari ni, aku takkan biarkan kau hidup senang lenang macam ni lagi tau! Kalau tak sebab kau cedera
parah hari tu, dah lama aku bantai kau, tau tak?
Bagai ketua platun PLKN yang mengamuk sakan dengan pelatihnya pula lagak Si Adam pagi ini. Bertalu-
talu sindiran diberikan kepada Khaleeda sebagai sapaan selama dua minggu mereka tidak berjumpa.
Khaleeda meraup wajahnya yang sudah basah kuyup itu. Giginya sudah mula berlaga, tanda dia kesejukan
dek air yang sudah membasahi katilnya. Bebelan dan sindiran Adam tadi benar-benar menaikkan amarah dan geram
Khaleeda.
Namun, entah kenapa mulutnya pagi itu kelu untuk membalas. Hanya matanya sahaja yang berani
memainkan serangan balas. Dua minggu tidak melihat wajah Adam, dia sebenarnya amat terkejut bila kelibat jejakaitu kini berdiri di hadapannya. Mata Khaleeda masih tajam merenung Adam yang turut sama mencerlung bagai mahu
tembus wajahnya saat itu.
Kenapalah aku tak lari dari sini hari tu. Sakit jiwa aku dengan Hitler gila ni. Isy, menyesalnya aku tak lari
dari sini. Tapi, kalau aku lari pun, nak ke mana dalam hutan tebal ni? Mahu sesat aku. Nanti, lari daripada Hitler
depan ni, terjumpaHitlerharimau pula.Aish... kusutnya kepala.
Khaleeda membebel sambil mengetap bibir. Walaupun matanya masih memandang tajam ke arah Adam, dia
tetap berkira-kira memikirkan perasaan sesal yang dirasainya ketika ini.
Adam tidak mahu kalah. Mata Khaleeda tetap dicerlung juga. Kemudian, dia mula menghampiri gadis itu
perlahan-lahan. Mendekatkan jarak antara mereka.
Khaleeda mula mengundur ke belakang. Namun, dia masih teguh membalas pandangan mata Adam. Tidak
sesekali mahu mengalah kerana itu sahaja senjata yang dia ada untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap
tindakan lelaki itu.
Kau nak lawan aku, kan? Bagus... bagus.... Aku nak tengok, selama mana kau boleh lawan dan tahan
dengan aku. Aku nak tau jugakapa kehebatan yang kau ada sampai ada yang sanggup mati sebab perempuan macam
kau ni? Sinis lontaran kata daripada Adam.
Mata Adam yang dijegilkan tepat di hadapan Khaleeda itu membuatkan gadis itu mula menunduk sedikit
dan mengalah. Entah kenapa, setiap bait kata yang dihamburkan oleh lelaki itu bagaikan fitnah yang begitu
keterlaluan baginya. Bagaikan begitu besar dosa yang dilakukannya kepada seseorang padahal dia tidak pernah
melakukan perkara sebegitu. Khaleeda buntu. Dia harus tahu, kenapa lelaki ini mahu menghukumnya terhadap
kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Khaleeda perlu tahu, apakah kesalahan yang dimaksudkan oleh lelaki itu dan
siapakah insan yang dimaksudkan oleh lelaki itu sebagai mangsanya?
Apa lagi yang kau menungkan tu, hah? Nak meratapi nasib malang kau lagi ke? Kau patut sedar yang nasib
kau kat sini aku yang akan tentukan. Jadi sekarang, aku bagi masa pada kau lima minit saja untuk kau pergi mandi.Lepas tu, aku ada kerja untuk kau buat. Gerak la cepat!
A
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
17/30
Tengkingan Adam membuatkan Khaleeda mula kecut perut. Kerja apakah yang dimaksudkan oleh lelaki
itu? Dia mula dilanda resah. Khaleeda membiarkan persoalan itu tergantung begitu sahaja. Kalau diikutkan hatinya,
dia tidak sanggup mengikut setiap kehendak lelaki itu, tetapi memikirkan tindakan ganas pemuda itu yang pernah
menghantuk kepalanya dahulu, Khaleeda makin berjaga-jaga. Manalah tahu jika selepas ini mamat ni akan
menikamnya pula jika dia melawan kata. Siapa tahu, kan? Khaleeda tidak mahu nyawanya berakhir di tangan lelaki
kejam itu.
Kemudian, Khaleeda segera bangkit dan bergegas mengambil tuala serta pakaiannya di dalam almari.
Khaleeda menapak segera ke bilik mandi dan pada masa yang sama, Khaleeda sedar setiap perlakuannya itu disoroti
anak mata tajam milikHitler gila yang masih tidak melepaskannya hingga pintu bilik mandi ditutup rapat. Naik
meremang bulu romanya mengingatkan pandangan tajam mata itu yang mengekori langkahnya tadi.
Lelaki tak guna. Dahlah dayus sebab pukul aku. Huh! Harap muka aje hensem, tapi hati hodoh. Khaleeda
mula menyumpah dalam hati. Entah kenapa, makin lama, makin banyak kutukan dan sumpahan lahir daripada
mulutnya buat Adam. Kadang-kadang terfikir juga sikapnya itu tidak ubah seperti lelaki itu juga yang sesuka hati
menghina orang. Entahlah, dia sendiri buntu memikirkannya. Khaleeda segera membersihkan tubuhnya sambil
dadanya berdebar kencang meneka tugasan apakah yang akan diberikan kepadanya selepas ini?
MULAI hari ni, aku nak kau sediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam untuk aku setiap kali aku
suruh. Bukan setakat bab masak-memasak aje, aku nak kau buat segala kerja yang selalu dibuat oleh Pak Mat. Cuci
baju, mengemas dan macam-macam lagi. Dah tiba masanya aku bagi Pak Mat bersara daripada kerja dia. Dia pun dah
tua dan mulai hari ni, kau akan gantikan tempat Pak Mat.
Adam tersengih bagai kerang busuk. Dia yang begitu selesa bersilang kaki di atas pangkin pondok
memandang tepat wajah Khaleeda yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Tubuh gadis itu ditatapnya dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki. Pandangan yang menjadi kegemaran kaumnya.
Entah kenapa, rambut Khaleeda yang masih basah kerana tidak sempat dikeringkan itu mengundang getar di
jiwa Adam. Ditambah pula dengan baju kurung Kedah yang dikenakan oleh gadis itu kelihatan begitu padan dengan
Khaleeda yang lengkap berkain sarung batik . Adam menelan liur. Perempuan Melayu Terakhir. Bisik hati nakal
Adam tiba-tiba bersama senyuman penuh makna.
Sakit hati Khaleeda mendengar arahan yang diberikan oleh Adam kepadanya. Mana tidaknya, dia yang
berkelulusan kejuruteraan dari luar negara boleh pula diminta untuk menjadi pembantu rumah di dalam hutan ini.
Agak melampau lelaki di hadapannya ini. Sudahlah dia diculik tanpa tahu apa sebabnya. Boleh pula diarah itu ini.
Saat itu, mahu sahaja ditarik-tariknya rambut cacak lelaki itu, biar botak macam kawan sekolahnya dahulu, Botak.
Barulah padan dengan muka lelaki itu. Tetapi, semuanya itu hanya mampu Khaleeda ungkitkan dalam
hatinya sahaja. Mahu haru dia dikerjakan oleh Adam kalau dia melakukan seperti apa yang difikirkannya tadi.
Nafasnya ditarik dalam. Khaleeda menahan rasa amarahnya. Dia tahu, bagi lelaki itu, lebih teruk dia dapat
mengenakan diri Khaleeda, pasti dia akan lebih seronok dan puas.
Mamatpsiko! Bentak hati Khaleeda sebelum menambah kutukan dalam hatinya. Tapi kau silap wahai
Daniel Shaw jahat. Aku takkan merayu untuk meminta belas kasihan daripada engkau. Walau apa pun yang kau paksa
aku lakukan, aku tetap takkan tunjukkan kelemahan diri aku. Aku akan buktikan yang kau takkan dapat kenakan aku
dan segala kata-kata fitnah yang kau lemparkan kepada aku semuanya adalah salah. Aku akan buktikan Daniel Shaw.
Azam hati Khaleeda yang masih memandang tepat wajah Adam. Khaleeda yang masih tidak tahu nama
lelaki yang sentiasa menyusahkan hidupnya itu spontan sudah memberi nama jolokan baru buat Adam yang dilihatnya
agak mirip dengan wajah Agent Daniel Shaw dalam drama bersiri kegemarannya, Chuck yang dilakonkan oleh
Brandon Routh.
Khaleeda yang masih membisu itu hanya mendengar setiap penerangan Adam mengenai kerja-kerja yang
bakal dilakukannya nanti. Dia hanya mampu bermonolog untuk membina semangat supaya dirinya lebih kuat
menghadapi dugaan selepas ini. Khaleeda tidak akan gentar untuk menerima segala cabaran daripada lelaki itu
walaupun segala apa yang harus dilakukannya selepas ini adalah penderaan semata-mata. Khaleeda tekad, dia akan
mengikut rentak lelaki itu dan pada masa yang sama Khaleeda akan fikirkan cara bagaimana untuk lari daripada
cengkaman lelaki itu jika tiada pihak berkuasa yang datang mencarinya di hutan ini.
Kau tahu kan, semua kerja yang Pak Mat buat kat d alam hutan ni adalah secara manual. Maksud aku, kat
sini tak ada supermarketatau pasar untuk kau beli segala barang-barang dapur yang kau perlukan untuk memasak.Aku pun takkansupply apa-apa bahan masakan. Jadi, semuanya kau kena usahakan sendiri. Pandai-pandai la kau cari
semua tu dalam hutan ni. Dan satu lagi aku nak ingatkan, kat sini tak ada saliran air paip. Air yang kau guna untuk
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
18/30
bermandi-manda sakan tu sebenarnya diambil dari jeram hujung sana. So, memandangkan kau dah ambil alih tugas
Pak Mat, mulai hari ni kau kena penuhkan semua tempayan dalam bilik mandi dan dapur tu sendiri tanpa bantuan Pak
Mat lagi. Kau faham tak? soal Adam lalu menyengetkan sedikit kepalanya sambil matanya dijegilkan kepada
Khaleeda.
Khaleeda yang leka berangan itu sudah terkejut beruk mendengar kerja-kerja berat yang bakal dilakukannya
lagi. Ya Allah, biar betul mamatgila ni. Boleh ke aku angkut air. Tak guna punya lelaki. Buli perempuan macam tu
aje. Kalau aku kat Bangsar ni, dah lama aku repot kes penderaan ke atas wanita pada pihak berkuasa. Tak pun aku
telefon teledera yang selalu diiklankan di televisyen setiap hari. Huh! Harap muka aje macam pelakon favourite aku,
tapi perangai kau... harem. KO! Bebel Khaleeda dalam hati. Nafas marahnya ditahan supaya ledak marahnya tidak
tercetus nanti.
Dia kemudian memandang ke bawah. Memandang kakinya menguis habuk kayu yang berterabur di atas
lantai. Sudah berdesing telinganya mendengar bebelan daripada lelaki itu pagi-pagi begini dan hanya Tuhan saja yang
tahu betapa tidak sabarnya Khaleeda menanti pengakhiran semua ini.
Selesai bebelan lelaki itu berakhir, Khaleeda sudah diheret menuju ke belakang pondok. Terkial-kial
Khaleeda menyarungkan selipar jepun yang sudah menjadi sepatu rasminya di dalam hutan itu untuk membuntuti
langkah itu.
Adam menarik lengan Khaleeda dan diarah mengikutnya menuju ke arah deretan reban ayam yang berada di
belakang pondok.Setiap pagi, aku nak kau kutip telur ayam dari reban ni. Aku nak makan omelette. Jadi, kau wajib sediakan
sarapan specialni untuk aku. Arah Adam kepada Khaleeda. Dia tersengih memandang Khaleeda yang semestinya
sudah terpinga-pinga terkejut dengan apa yang dikatakannya tadi.
Gila apa dia ni. Dia nak makan omelette, akupulakyang susah-susah nak kena buat. Suka-suka hati anggap
aku ni balaci dia.Ahhh... macam mana nakambiktelur dalam reban tu. Hish... tak pasal-pasal aku kena kejar dengan
ibu ayam tu nanti. Tak pun, dengan bapak ayam tu sekali kejar aku. Ahhh... kusutnya macam ni. Khaleeda membebel
perlahan. Bibirnya sudah diketap rapat, tanda dia mula tidak selesa dengan apa yang bakal dilakukannya nanti.
Matanya mula memandang tajam ke arah lelaki yang sudah tersengih-sengih bagai meraikan penderitaan yang bakal
dihadapinya nanti.
Kau membebel apa tu? Tak puas hati dengan apa yang aku suruh ke? Ada aku kisah kalau kau tak suka?
Kalau kau nak keluar cepat daripada hutan ni, baik kau dengar cakap aku. Buat apa yang aku suruh. Ada faham?!
Jangan nak tunjuk protes dengan akupulak. Nanti tak pasal-pasal aku hantuk kepala batu kau tu sekali lagi.
Sekali lagi Adam menjegilkan matanya sedikit, cuba menakutkan Khaleeda bersama ugutannya yang
sememangnya pasti akan menggerunkan gadis itu. Kemudian, lengan Khaleeda yang masih belum dilepaskannya itu
terus ditarik lagi untuk mengikut langkahnya menyusuri denai jalan yang merentasi hutan itu. Khaleeda terus terpinga-
pinga mengikut langkah lelaki itu.
Isy... berapa banyak dosa dah aku dapat dengan mamatni. Selamba badak dia aje tarik-tarik aku, pegang-
pegang aku. Macamlah aku ni adik dia ke, mak dia ke, isteri dia ke.... Hati Khaleeda mula memprotes. Isy... simpang
malaikat kalau aku jadi isteri dia. Tak sanggup!
Kain sarung batik yang dipakai benar-benar membantutkan langkah Khaleeda untuk menyaingi langkah
besar lelaki yang mengheretnya itu. Beberapa minit kemudian, Khaleeda dapat melihat satu ruangan padang yang
terang dan lapang. Dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman yang hidup menyubur dan menghijau segar. Tatkala
melihat pemandangan di depannya itu, Khaleeda begitu teruja. Lengannya yang sudah dilepaskan oleh lelaki itu
membolehkan dia menapak laju menghampiri kebun sayur yang menyubur di hadapannya itu. Khaleeda menyentuh
juraian kacang panjang yang sudah boleh dipetik dan tidak semena, senyuman manis terukir di bibir pucatnya. Hilang
seketika amarahnya yang membuak-buak tadi.
Sudah empat tahun dia tidak menyentuh sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menyubur di hadapannya itu.
Entah kenapa, rasa rindu pada arwah nenek membuak-buak di sanubari. Di kampung, nenek selalu menyajikan
hidangan yang enak bersama dengan pelbagai ulam-ulaman kampung seperti ini untuknya.
Ulam-ulaman inilah yang menjadi kegemaran Khaleeda selama ini dan selama empat tahun berada di Jepun,
inilah kali pertama Khaleeda dapat melihatnya semula walaupun belum lagi dapat merasa.
Adam yang sudah memerhati dari tadi agak terkejut melihat senyuman yang terukir di bibir gadis comel itu.
Pertama kali Adam melihat wajah ceria gadis itu. Rasa gentar yang hadir di jiwanya saat melihat senyuman itu cepat-
cepat dihalaunya. Adam tidak mahu pendiriannya terganggu kerana dia sudah terpesona dengan Khaleeda.
-
7/28/2019 Jurnal 1-10
19/30
Isy... sawan ke apa budak ni. Tengok sayur pun excitedsemacam. Macam tak pernah makan sayur aje. Dia
ni hidup kat planet mana sebenarnya? Gumam Adam tatkala matanya tidak lepas daripada memerhati gadis yang
dibawanya ke hutan itu yang begitu teruja melihat kebun sayur yang diusahakan oleh Pak Mat.
Amboi... amboi... amboi... dah excitednak bercucuk tanam ke? Kau ni tak pernah nampak sayur ke, hah?
Nampak sayur macam nampaksandwich Subwayaje.
Sindiran Adam itu langsung tidak mengundang reaksi Khaleeda.Hurm... sebab kau dah excitedsangat, kan... mulai hari ni kau kena ambil tugas Pak Mat menyiram semua
tanaman di kebun sayur ni. Sayur-sayur yang dah matang tu kau boleh petik untuk masak. Ini aje sumber makanan
yang ada dalam hutan ni selain telur ayam tadi. Jadi, kau kena la masak apa-apa lauk yang berasaskan sayur-sayur ni
atau apa yang ada saja. Tapi, kalau perut mat salih celup kau tu tak boleh nak telan semua ulam ni, aku tak
bertanggungjawab. Cuma apa yang boleh aku cakapkan... padan muka kau!
Adam ketawa dengan gembiranya saat dia melihat wajah Khaleeda yang berubah menjelingnya. Begitu
seronok dirasakan kerana dapat mengenakan Khaleeda. Adam terus menyambung bebelan tugasan yang akan
dilakukan oleh Khaleeda. Memang tidak penat mulut jejaka itu membebel sedari tadi asalkan dia dapat menyakitkan
hati gadis itu.
Hah! Sebelum aku terlupa. Aku nak ingatkan kau, apa yang kau masak mesti sedap dan aku suka. Kalau
masakan kau hancus, aku akan denda kau. Kau kena ingat tu. Dan denda tu nanti... confirm dahsyat. Lebih dahsyat
daripada pengsan kena hantuk kepala hari tu. Senyuman sinis dilemparkan buat gadis bermatabulat di hadapannya.
Mendengarkan ugutan itu, Khaleeda sudah mengerutkan wajahnya tanda tidak berpuas hati dengan kata-
kata itu. Namun, apalah daya gadis itu. Khaleeda hanya mampu berdecit perlahan melepaskan rasa marah yang
dirasainya. Dia bimbang, jika dia melawan lelaki ini, mahu nyawanya melayang begitu sahaja. Khaleeda takkan
sekali-kali mati di tangan pemuda itu.
Menyampah punya lelaki. Dahlah nak aku masak-masak untuk dia. Demandnak mati pulak tu. Huh! Kau
ingat perut aku ni tak boleh telan semua tu. Silap besarlah kau. Aku ni Khal la, penggemar ulam nombor satu kalau
kau nak tahu. Untuk kau pulak, aku nak aje taruk ubat julap dalam makanan kau tu, supaya mulut laserkau tu boleh
diam dan hormat sikit pada perempuan. Khaleeda mengomel sendiri. Membayangkan wajah Adam yang sedang
menahan sakit perut akibat ubat julap imaginasinya itu. Dia ketawa kecil sambil menyoroti langkah Adam yang sudah
menuju ke arah hutan.
Setelah beberapa minit berjalan, kelihatan jeram yang begitu indah tersergam di hadapannya. Airnya bersih
dan jernih mengalir dan suasana damai itu membuatkan Khaleeda benar-benar terpaku. Tidak diduga, kawasan hutan
yang disangkanya penjara menakutkan itu mempunyai pelbagai keindahan semula jadi yang tersembunyi. Tanpa
menghiraukan Adam, Khaleeda menapak menghampiri gigi air. Dia mula mencangkung. Dengan penuh senyuman,
Khaleeda menyenduk sedikit air dingin jeram itu dengan telapak tangannya. Tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya saat itu.
Adam hanya memerhati. Dia tahu, Khaleeda sedang mengagumi keindahan jeram itu dan itulah juga
perasaan yang dirasainya semasa pertama kali ke sini. Adam turut tersenyum. Mengingati memori lama bersama
kedua-dua ibu bapanya. Kemudian, adiknya Aidil. Tetapi, ukiran senyuman itu mati saat mengingati wajah lesu Aidil
yang terbaring di katil hospital saat ini. Adam memandang Khaleeda yang masih leka di gigi air. Kalau diikutkan rasa
amarahnya pada gadis itu, sudah ditolaknya Khaleeda ke dalam sungai itu, biar mati lemas.Tapi, Adam harus bersabar. Dia tidak akan mengambil langkah pendek sebegitu saja. Adam mahu memberi
pengajaran buat perempuan itu tentang derita kehilangan orang yang disayangi. Dia sudah mempunyai perancangan
yang panjang untuk Khaleeda, gadis yang disangkanya teman wanita Aidil.
Bab 7
NGATAN pada arwah nenek, mama, Papa Zhar, Kak Isya dan adik datang mengetuk pintu
hati Khaleeda yang sudah la