jenis – jenis penyelidikan ppt pim3113
DESCRIPTION
fffTRANSCRIPT
JENIS – JENIS PENYELIDIKAN
Ahli Kumpulan:AWANG SAIFUL BIN AWANG AHMAD MOHAMAD MUZAMIL BIN RABOL @ KABOLMUSTAKIM BIN JEPON
PIM3113
PENYELIDIKAN
ASASASAS GUNAANGUNAAN TINDAKANTINDAKAN PENILAIANPENILAIAN
PENYELIDIKAN ASAS
Penyelidikan asas atau fundamental (kadang-kadang dikenali juga sebagai
penyelidikan tulin) dilakukan untuk meningkatkan kefahamam tentang sesuatu prinsip asas. Biasanya hasil kajian berakhir
tanpa sebarang tindakan atau tiada manfaat dari segi komersil: penyelidikan asas adalah
meningkatkan perasaan ingin tahu. Penyelidikan untuk menambah
pengetahuan baharu tentang proses asas kehidupan, termasuklah bagaimana badan kita bekerja
dengan normal.
Penyelidikan untuk menambah pengetahuan baharu tentang proses
asas kehidupan, termasuklah bagaimana badan kita bekerja
dengan normal. Kajian dilakukan di dalam makmal, selalunya terhadap sel, tisu haiwan dengan tujuan
menyiasat mekanisma asas seperti bagaimanakah tisu bertindak terhadap
sesuatu kecederaan. Penyelidikan asas berfokus untuk menambahbaik pengetahuan dan kefahaman tanpa memikirkan sebarang aplikasi. Penyelidik selalunya bekerja dalam makmal (cth: mengkaji bagaimana gene dapat membantu perkembangan …..
Asas (fundamental atau tulin)) – penyelidikan ini dilakukan oleh saintis yang mempunyai sifat ingin tahu atau minat dalam persoalan saintifik. Motivasi utama mereka adalah untuk mengembangkan pengetahuan manusia, bukan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu rekaan. Tidak ada nilai komesil terhadap penemuan kajian asas.
Contoh: penyelidikan asas sains adalah untuk membuktikan jawapan persoalan berikut;
•Bagaimanakah alam semesta bermula? •Apakah yang terkandung dalam proton, neutron, dan elektron? •Bagaimanakah lumut (slime molds) membiak? •Apakah kod genetik yang spesifik untuk lalat buah?
PENYELIDIKAN GUNAAN
Definisi asas bagi penyelidikan gunaan ialah sebarang fakta yang
dikumpul untuk mendapat dan menggunakan pengetahuan yang
akan menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan sesuatu
perkara.
Definisi asas bagi penyelidikan gunaan ialah sebarang fakta yang
dikumpul untuk mendapat dan menggunakan pengetahuan yang
akan menyelesaikan sesuatu masalah atau memenuhi keperluan sesuatu
perkara.
Penyelidikan gunaan direka bentuk untuk menyelesaikan masalah yang praktikal dan bukan
untuk memperolehi pengetahuan semata-mata. Matlamat penyelidikan ini boleh dikatakan sebagai
menambah baik kehidupan manusia. Contohnya, penyelidikan gunaan boleh menyelidik bagaimana;
•Meningkatkan hasil pertanian •Merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit•Meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga di rumah, pejabat atau kenderaan
PENYELIDIKAN TINDAKAN
Penyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang pendidikan terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat keputusan berasaskan data (Othman, 2011). Ia biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah sosial (organisasi) atau pun fenomena dalam jangka masa yang singkat (Lewin, 1964); ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.
Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan bagi pengamal atau pun individu yang terlibat dengan situasi sosial berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua, 2006).
Secara umumnya ahli-ahli penyelidikan tindakan bersetuju bahawa penyelidikan tindakan adalah satu kajian inkuiri di mana pengkaji perlu membuat perbincangan, refleksi dan membuat keputusan ke arah tindakan yang baru sama ada mengaplikasikan penemuan baru atau pun mendefinisikan semula masalah.
Elliot dan Adelman (1976 , seperti dinyatakan dalam Chua, 2006) telah mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial di organisasi pendidikan, dan tujuan penyelidikan tindakan ialah untuk memperbaiki kualiti amalan harian.
Kurt Lewin (1947) mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai suatu proses lingkaran tiga-langkah iaitu (1) perancangan yang melibatkan tinjauan; (2) mengambil tindakan; dan (3) pencarian fakta tentang keputusan daripada tindakan yang dibuat (Othman, 2011).
Ebutt (seperti dinyatakan dalam Chua, 2006) pula mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai suatu penyelidikan yang dibuat oleh individu atau golongan yang merupakan pengamal kepada amalan harian dalam suatu sosial atau fenomena.
Stephen Corey (seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) pula mendefinisikan penyelidikan tindakan sebagai usaha yang dilakukan oleh pengamal untuk mengkaji masalah yang dihadapi secara saintifik supaya dapat member panduan, membuat pembetulan dan menilai keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Mills (2000, seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran/perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.
Terdapat beberapa model penyelidikan tindakan yang dicadangkan oleh para penyelidik yang dapat membantu guru untuk menjalankan kajian di bilik darjah.
Dua model dibincangkan di bawah iaitu Model Kemmis dan McTaggart (1988) dan Model Spiral Kajian Tindakan Kemmis yang dikembangkan daripada Model
Kemmis dan McTaggart.
Model Kemmis dan McTaggart (1988)
Model Spiral Kajian Tindakan Kemmis
KITARAN 1KITARAN 1
KITARAN 2KITARAN 2
Berdasarkan pada kedua-dua model di atas, kajian tindakan adalah merupakan satu proses berulangan iaitu kajian yang berterusan ke atas amalan sosial dan penyelidik membuat refleksi tentang tindakannya dalam kitaran pertama sebelum kitaran kedua bermula sama ada tindakannya telah mengubah keadaan semasa atau pun tidak (Chua, 2006). Proses kajian tindakan akan diulang semula jika didapati perlu berbuat demikian dengan memilih tindakan lain yang dapat membantu menyelesaikan masalah sosial berkenaan. Ini akan dilakukan dalam kitaran kajian tindakan selanjutnya.
PENYELIDIKAN PENILAIAN
Penyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu program atau pun intervensi sosial. (Rosinah, 2011).
Ciri-ciri utama yang terkandung dalam definisi penyelidikan penilaian ialah :
Menjawab soalan spesifik yang diperuntukanMengumpul maklumatMembuat keputusan pendapatMenimbangkan dengan teliti akibata daripada tugasan yang dispeksifikasikan.
Tujuan penyelidikan penilaian adalah untuk penambahbaikan program atau intervensi. Menurut Morrison (1993),penilaian sebagai penyampaian maklumat mengenai isu-isu spesifik yang mana pendapatnya adalah berdasarkan keputusan daripada tindakan yang telah diambil.
Elemen-elemen Penyelidikan Penilaian1 Tujuan Menentukan penyeleseaian masalah yang
dikemukakan dan member cadangan
perubahan atau penambaikan.2 Objektif Membuat keputusan berdasarkan
penilaian,misalnya menilai keberkesanan polisi
atau projek pendidikan yang telah dilaksanakan3 Deskriptif Menjelaskan situasi masalah yang timbul.4 Asas Inkuiri Inkuiri dijalankan atas permintaan klien-klien
terhad5 Skop Kajian Fenomena di bawah kajian lebih berpusatkan
local daripada universal.6 Pendekatan
Kajian
Penggunaan kaedah-kaedah penyelidikan
berkaitan dengan penyelidikan kuantitaif atau
kualitatif atau kedua-duanya.7 Prosedur Kajian Perancangan-Pengujian pengukuran
menganalisis
Interprestasi penilaian8 Kriteria Mengutamakan kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran, termasuk aplikasi.9 Tempoh Kajian Menepati tempoh masa yang diperuntukkan.
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu
program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak
sesuatu program yang telah dijalankan.
Kepentingan perkembangan profesion perguruan,. perancangan strategik dan sekolah yang berkesan
masa kini menjadikan penyelidikan penilaian semakin diutamakan. Sesungguhnya, objektif utama penilaian ialah menentukan nilai dan harganya, mencadangkan
idea dan strategi penambaikanDesmond Nuttall (1990) mengemukakan tujuh tujuan penilaian digunakan sebagai kajian :Akauntabiliti dua hala-guru dan murid-demi mengenalpasti manfaat yang optimum, termasuk peruntukkan sumber dan kemudahanUntuk penambahbaikan kursus dalaman dan kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruanUntuk mengenalpasti, membentuk,mempersembah dan memperkenalkan hasil penilaian kepada orang-orang yang berkaitan, termasuk ibu bapa,demi menjalin hubungan awam dengan lebih erat.Untuk menyediakan maklumat dasar, perancangan keputusan dan cadangan.Digunakan sebagai cara untuk keperluan diagnosis.Untuk penerokaan ke arah pertambahan kefahaman.Digunakan sebagai keberkesanan proses pembelajaran.
Proses Penyelidikan Penilaian
SEKIAN, TERIMA KASIH