jenis-jenis ayat
DESCRIPTION
JENIS-JENIS AYAT. DISEDIAKAN OLEH : NOOR HAYATI BT MORAD S 210147. Jenis-jenis ayat. Dalam Bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat iaitu * Ayat Penyata * Ayat Tanya * Ayat Perintah * Ayat Seruan. AYAT PENYATA. Definisi : - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
JENIS-JENIS AYAT
DISEDIAKAN OLEH : NOOR HAYATI BT MORADS 210147
JENIS-JENIS AYATDalam Bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat iaitu
*Ayat Penyata*Ayat Tanya*Ayat Perintah*Ayat Seruan
AYAT PENYATA
Definisi : Ayat Penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh Ayat Penyata : 1. Nadiah seorang jurugambar.2. Penjual sayur itu sentiasa
tersenyum.3. Abdullah sedang tidur. 4. Bunga ros itu harum baunya.
AYAT SERUAN
DEFINISI AYAT SERUAN : Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.
Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang
biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
CONTOH AYATAmboi , garangnya kakak kamu itu !
Wah , besarnya rumah kamu !
Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut !
Definisi Ayat Tanya : ialah ayat yang tujuan menanyakan sesuatu hal.
1. Apa yang kamu buat di sini?2. Kamu hendak pergi ke mana?3. Siapa nama kamu ?
AYAT TANYA
AYAT PERINTAH
Definisi: Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta
Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar. Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel (lah) Ini kerana, tanpa partikel (lah) nada suara ketika mengucapkannya dirasakan agak keras atau kasar. Dengan adanya partikel (lah) maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah
Contoh : Duduklah di tempat masing-masing
Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong,
minta dan sebagainya.Contoh Ayat Perintah:
1. Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan.
2. Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.3. Silalah ke pentas utama.
4. Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing- masing.
Ayat perintah terbahagi kepada 4
Ayat Suruhan Ayat Permintaan Ayat Larangan
AYAT SURUHAN Bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan
kepada pendengar. Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan, contoh:“Tutup pintu itu.”
Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut: “Awaktutup pintu itu.”Partikel –lah turut boleh digunakan dibahagian predikat ayat suruhan, contohnya:“Tutuplah pintu itu.”
Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan
Contoh-contoh ayat permintaan: a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. b) Minta tuan benarkan kami masuk. c) Minta kamu semua bertenang.
Contoh ayat permintaan tolonga) Tolong tutup pintu depan itu. b) Tolong selesaikan pergaduhan ini.c) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.
AYAT PERMINTAAN
Ayat Larangan ertinya ayat yang menggunakan Kata larangan .Contoh kata larangan :-Jangan Usahlah Tidak Janganlah
Contoh ayat larangan :-1. Jangan duduk di sini.2. Janganlah menangis3. Usah kau pedulikan dia.4. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :-5. Ditegah membuang sampah di kawasan ini.6. Dilarang merokok di kawasan ini
AYAT LARANGAN
Maksud Ayat Silaan : Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.
Lazimnya digunakan pada permulaan ayat. Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput. Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas“-lah”.
Contoh ayat:1. Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis
kesyukuran tersebut.2. Jemputlah duduk di bangku yang disediakan di
ruang tamu.
AYAT SILAAN
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap
betul.*Sila jangan merokok.*Tolong jangan bising.*Minta jangan berludah.Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa
Melayu.
SEKIAN TERIMA KASIH