jenis ikatan bata.docx

10
Jenis-jenis Ikatan Bata Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah: Ikatan Sisi Bata Ikatan Kepala Bata Ikatan Inggeris dan Ikatan Flemish Selain daripada ikatan di atas terdapat juga beberapa ikatan lain yang sering digunakan dalam kerja membina tembok, sila rujuk link berikutnya: Lain-lain jenis ikatan Prinsip-prinsip Ikatan Bata (i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah: (a) Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan ¼ ½ sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun di dalam tembok. (b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. (ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. (iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. (iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang

Upload: adron-lim

Post on 29-Nov-2015

770 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

jenis ikatan batacc103- bahan binaan dan aplikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Ikatan Bata.docx

Jenis-jenis Ikatan Bata

Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata.

Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah:

Ikatan Sisi Bata

Ikatan Kepala Bata

Ikatan Inggeris dan

Ikatan Flemish

Selain daripada ikatan di atas terdapat juga beberapa ikatan lain yang sering digunakan dalam kerja membina tembok, sila rujuk link berikutnya:

Lain-lain jenis ikatan

Prinsip-prinsip Ikatan Bata

(i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah:

(a) Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun di dalam tembok.

(b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina.

(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.

Page 2: Jenis Ikatan Bata.docx

(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.

(v) Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah. Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD

(vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

(vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan

(viii)Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan.

(ix) Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

Page 3: Jenis Ikatan Bata.docx

Ikatan Sisi Bata (Stretcher Bond)

Ikatan ini khas digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Lekapnya ialah ½ bata.

Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Ikatan sisi bata mengandungi semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti atau buntu.

Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.

Tembok yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat beban yang tinggi. 

Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka seperti dinding dalam bangunan, dinding pembahagi (partition wall), dinding

Page 4: Jenis Ikatan Bata.docx

luar (cavity wall) dan chimney stalk (tempat pembakaran), di mana tiada beban berat yang disokong. 

Ikatan Kepala Bata (Header Bond)

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja.

Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Page 5: Jenis Ikatan Bata.docx

Ikatan Inggeris (English Bond)

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan.  Ikatan Inggeris mengandungi lapisan kepala bata (header) dan

sisi bata (stretcher) yang berselang lapisan iaitu satu lapisan kapala bata dan satu lapisan permukaan sisi bata dalam lapisan yang berlainan.

Contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan kepala bata, lapisan kedua mestilah dalam lapisan sisi bata atau sebaliknya. 

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. 

Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. 

Page 6: Jenis Ikatan Bata.docx

Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. 

Oleh itu ia sesuai digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan,dinding penahan tanah dan lain-lain.

Ikatan Flemish(Flemish bond) Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun

berselang seli dalam satu lapisan yang sama.

Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata.

Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok.

Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’.

Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’.

Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa. 

Page 7: Jenis Ikatan Bata.docx

Lain-lain Ikatan Bata

Terdapat beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk

membina tembok. Antaranya ialah:

       o Ikatan tembok taman Inggeris,

       o Ikatan Monk,

       o Ikatan Dutch,

       o Ikatan bata perangkap tikus,

       o Ikatan bata silverlock dan

       o Ikatan raking.

Ikatan tembok taman Inggeris

Ianya sesuai digunakan pada tembok pagar dan tembok sekatan yang tebalnya 1 bata. Ikatan tembok ini mengandungi satu lapisan kepala bata diikuti dengan 3, 5 atau 7 lapisan sisi bata. Lekap di

Page 8: Jenis Ikatan Bata.docx

antara sisi bata ialah ½ bata dan di antara sisi bata dengan kepala bata ialah ¼ bata. Kelebihan jenis ikatan ini ialah kedua-dua belah permukaan tembok dapat dibina dengan rata.

Ikatan Monk

Ikatan tembok ini mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua bata sisi yang berselang-seli.

Page 9: Jenis Ikatan Bata.docx

Ikatan Dutch

Merupakan satu perubahan daripada ikatan Inggeris. Ikatan ini mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli, dengan tiap-tiap lapisan sisi bata itu bermula dengan bata kerat tiga suku. Tiada bata penutup setengah digunakan dalam ikatan ini.

Ikatan bata perangkap tikus

Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring. Lubang yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban.

Page 10: Jenis Ikatan Bata.docx

Ikatan bata silverlock

Ikatan ini adalah lanjutan dari ikatan Inggeris. Ikatan ini mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli secara mengiring. Lapisan kepala bata bermula dengan 2 bata tiga suku manakala lapisan sisi bata bermula dengan 3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok yang lurus.

Ikatan raking

Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan mengisikan dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun sesiku.