jenis ayat terbaru
TRANSCRIPT
BAHASA MELAYU: JENIS-JENIS AYAT & JENIS-JENIS AYAT
PERINTAH TAHUN 7
DIHASILKAN OLEH :
Norsanani Binti Hassan (06B0037) Dk.Noramalina Binti Pg.Rakawi (06B0228)
Noor Afinah Binti Abu (06B0804) Siti Rabeah Binti Abdul Jalil (06B0837)
Rosnani@ ‘Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh (06B0842)
JENIS -JENIS AYAT
1. Ayat Penyata.
2. Ayat Seruan
.
3. Ayat Tanya.
4. Ayat Perintah.
1. AYAT PENYATA
Pengertian:
Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan iaitu sesuatu yang menceritakan keadaan atau ayat berita untuk menerangkan sesuatu hal.
Contoh ayat:
Dia berada di hospital selama seminggu.
2. AYAT SERUAN Pengertian:
Ayat yang bertujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti marah, hairan, takut, sakit dan sebagainya. Ayat seruan mempunyai kata-kata seperti oh, amboi, aduh, dan syabas dan tanda seru (!) pada akhir ayat.
Contoh ayat: Syabas, pasukan kamu telah berjaya!
3. AYAT TANYA
Pengertian:
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dan dihadirkan dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat. Kata tanya biasanya disertai dengan partikel -kah
Contoh ayat:
Berapakah harga ikan ini?
4. AYAT PERINTAH Pengertian:
Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan suatu tindakan atau untuk mengarahkan seseorang supaya melakukan sesuatu.
Ayat ini terbahagi kepada 4 jenis:
1. Ayat suruhan
2. Ayat permintaan
3. Ayat silaan
4. Ayat larangan
Contoh ayat:
Makanlah kuih yang terhidang ini.
JENIS-JENIS AYAT
PERINTAH
1. Ayat Suruhan
2. Ayat Permintaan
3. Ayat Silaan
4. Ayat Larangan
1. Ayat Suruhan
Contoh Ayat:
A. Tolong tinggalkan tempat ini segera.
B. Bawa buku kamu pada halaman 25.
C. Bawalah dua pasang kasut.
D. Berjalanlah cepat-cepat.
2. Ayat Permintaan
Contoh Ayat:
A. Harap selesaikan tugas itu segera.
B. Tolong belikan saya kuih itu.
C. Minta bertenang sekejap.
D. Tolong sampaikan salam kepada ibu kamu.
3. Ayat Silaan
Contoh Ayat:
A. Silakan masuk.
B. Sila jawab surat ini dengan segera.
C. Sila duduk di sebelah kiri dewan ini.
D. Jemput makan.
4. Ayat Larangan Contoh Ayat:
A. Jangan merokok di sini.
B. Jangan mengambil harta orang.
C. Jangan melengah-lengahkan kerja.
D. Usah percaya kepada cerita-cerita karut itu.