jawatankuasa persekitaran, keselamatan dan …
TRANSCRIPT
JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR (FABU OHSC) LAPORAN AKTIVITI
AKTIVITI : Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Tarikh : 18 November 2019 Masa : 2:15 – 4.30pm Tempat : Blok 11 Fakulti Alam Bina dan Ukur.
1. Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Fakulti Alam Bina dan
Ukur (FABU OSHEC) telah menjayakan latihan pengungsian bangunan (fire drill) ini
merupakan latihan tahunan pengosongan bangunan bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan
warga Fakulti menghadapi bahaya kebakaran sebenar.
2. Selain bantuan dan kerjasama daripada pasukan emergency response team fakulti (ERT) dan
bahagian keselamatan UTM memainkan peranan yang penting di dalam menjayakan latihan
tersebut.
3. Latihan bermula apabila loceng kecemasan dibunyikan dan ikuti dengan tindakan awal oleh
pasukan ERT Fakulti. Serentak dengan itu penghuni diarahkan bergegas ke tempat
berkumpul yang telah ditetapkan mengikuti laluan kecemasan ke arah tempat berkumpul.
Komander insiden akan menerima laporan jumlah penghuni daripada pegawai insiden setiap
bangunan. Komander insiden melaporkan situasi kejadian kepada pegawai keselamatan
serentak itu mengambil alih penugasan tindakan memadam kebakaran dan menyelamat
mangsa dibantu oleh ERT Fakulti.
Fakulti Alam Bina
dan Ukur
Kronologi Aktiviti:
2.10 FABU ERT standby.
3:00 Loceng kecemasan dibunyikan
ERT respon - mengarahkan penghuni keluar mengikut laluan kecemasan terus ke tempat berkumpul.
Membuat panggilan kecemasan kepada pengawal keselamatan UTM
3.05 Ketibaan pengawal keselamatan.
3:25 Komander insiden melapor situasi tempat kebakaran kepada pegawai keselamatan.
3: 45 Kerja – kerja menyelamat mangsa yang terperangkap.
4:00 Selesai tugas menyelamat.
4:10 Historian mengira keseluruhan warga B11
Rumusan dan tazkirah keselamatan oleh Deputy Insiden Komander
Selesai.
Rumusan Tempoh Pengungsian Bangunan
Bilangan penghuni yang berkumpul
Staf Pentadbiran 5 orang
Staf Akademik 5 orang
Pelajar 35 orang
Keseluruhan penghuni yang keluar dalam masa 3 minit, 45 orang.
Laporan disediakan oleh:
…………………………………….
AP. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan, Timb. Insdien Komanden Blok B11, ERT FABU
Rumusan Tindakan ERT FABU
JAWATAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB.
Chief Incident
Commander
Ketua Komander
insiden
Mengetuai Operasi
Membuat panggilan Kecemasan
Menerima laporan tempat kejadian
Melapor kepada pegawai Bomba/Keselamatan situasi kejadian
Incident Commander
Komander Insiden
Membuat pengumuman berlakunya kebakaran.
Memeriksa tingkat dan bahagian bangunan dan lapor kepada ketua
Komander.
Deputy Incident
Commander
Timbalan Komander
Insiden
Memeriksa tingkat dan bahagian bangunan
Memastikan keselamatan penghuni ditempat berkumpul.
Senarai semak nama penghuni di tempat berkumpul.
Floor Monitor
Pengawas bangunan
Membuat Kawalan Keselamatan Bangunan di tempat kejadian.
Researcher and
Rescue Team
Pasukan Penyelamat
dan Pemeriksa
Memeriksa bangunan bersama komander insiden.
Memastikan elektrik ditutup dan penghuni telah keluar dari tempat
kejadian.
Menyelamat mangsa yang cedera/terperangkap
Evacuator/fire team
Pengungsian/
Melawan Kebakaran
Melawan Kebakaran kecil di tempat kejadian
First Aider Team
Pertolongan Cemas
Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera.
Historian Mengira bilangan penghuni yang keluar dari bangunan dan
membandingkan dengan penghuni asal yang ada dalam bangunan.
Antara Gambar Yang Diambil Ketika Latihan Kebakaran Dilakukan
Peserta bergerak apabila lonceng kecemasan berbunyi
Peserta berkumpul di kawasan yang ditetapkan (Kawasan Berkumpul)
Historian mengira warga yang keluar dengan selamat
Taklimat oleh PM. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan (Timbalan Insiden Komanden)