jadual kuliah mingguan masjid - pic.upm.edu.my · mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan...
TRANSCRIPT
VVVV
Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013
Sebarang cadangan & komentar sila e-mailkan kepada kami di:
atau, hubungi kami di:
PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582
FAKS: 03-89483742
HEBAHAN & MAKLUMAN
MUTIARA AL-QURAN
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)”.
(Surah al-Baqarah : 188)
SUBUH SYURUK
5:46 7:04
ZUHUR ASAR
1:14 4:30
MAGHRIB ISYAK
07:20 8:31
WAKTU SOLAT
Daerah Petaling dan
kawasan yang sewaktu
dengannya
1. Imam/Khatib Juma’at pada minggu ini 28 April 2017/01 Rejab 1438H
ialah Ust. Muhammad Syahmi Bin Rusli.
JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID
April 2017/ Syaaban 1438H
28
JUMAAT
Kuliah Maghrib : Fiqh Lengkap
Ust. Hj. Ismail Bin Hj. Omar
29
SABTU
Kuliah Subuh : Hadith 40
Dr. Abd. Rahman Bin Mahamood
Kuliah Maghrib : Hadis Qudsi
Ust. Ahmad Bin Hasbullah
30
AHAD
Kuliah Subuh : Fiqh Sirah
Ust. Ramli Bin Ahmad
Kuliah Maghrib: Akidah Ahli Sunnah
Ust. Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi
Mei 2017 / Syaaban 1438H
01
ISNIN
Kuliah Maghrib : La Tahzan
Ust. Shamsul Hakim Abd Samad
02
SELASA
Kuliah Dhuha : Tasawuf & Majlis Zikir
Ust. Hj. Hasyim Bin Mahmud
03
RABU
Kuliah Maghrib : Rehlah Ila Daril Akhirah
Prof Madya Dr.Hj Mohd Fauzi Bin Muhammad
04
KHAMIS
Kuliah Dhuha : Sahih Bukhari
Prof Madya Dr. Hashim Bin Mehat
Maghrib : Bacaan Surah Yasin & Tahlil
SEDUTAN KHUTBAH “ZIKRULLAH MEMBENTUK AKHLAK,
MERUBAH KEHIDUPAN” (petikan daripada teks khutbah JAIS)
Ketika berzikir pula kita dapat merasakan keagungan, kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Disamping itu kita hendaklah melakukan zikir dengan suara yang perlahan sekadar didengari oleh si penzikir sendiri. Berzikir dengan menyebut lafaz-lafaz yang terdapat dalam al-Quran atau as Sunnah. Adabadab ini perlu dilakukan supaya kita mampu menzahirkan akhlak yang mulia dan berdisiplin ketika berzikir bagi mencapai kesempurnaaan dalam berzikir selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Dengan demikian insya-Allah amalan berzikir akan diterima oleh Allah SWT. Bagaimanakah zikir yang dilakukan mampu membentuk akhlak? Jawapannya amat mudah. Bukankah seseorang yang berzikir ia sedang mengingat Allah. Jika ia mengingat Allah bermakna ia juga mengingat segala perintah dan syariat yang ditetapkan oleh Allah. Akhlak dan tatakelakuan seseorang yang ingat dan takutkan Allah sudah tentu tidak sanggup melakukan apa-apa sahaja perkara yang bertentangan dengan perintah-Nya. Inilah yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat Rasulullah SAW dan mereka yang cintakan Allah dan Islam.
Zikrullah ialah mengingati Allah dengan lisan dan perbuatan secara zahir mahu pun batin. Dengan berzikir kepada Allah, kita sentiasa melakukan perhubungan kepada Allah SWT. Ini memang merupakan satu daripada ciri orang bertaqwa. Skop zikir amatlah luas. Ianya meliputi segala perbuatan zahir mahupun batin selagi ditujukan kepada mengingati Allah. Termasuklah bila kita menyebut nama Allah SWT secara khusus, melakukan solat wajib dan sunat terutama solat sunat di waktu selepas satu pertiga malam, berpuasa, berzakat, membaca al-Quran, menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, berdoa, tidak melakukan maksiat, bekerja untuk mencari pendapatan yang halal dan merenung serta memikirkan pelbagai kejadian Allah SWT disamping mengucapkan sesungguhnya segala kejadian ini adalah ciptaan Allah SWT yang maha besar. Amalan berzikir mempunyai adab. Antaranya menyebut lafaz zikir seperti contoh “Lailaha Illa Allah” dan lain -lainnya dengan betul, berzikir dalam keadaan hati dan perasaan yang bersih dan suci.
28 April 2017/01 Rejab 1438H www.pic.upm.edu.my
ميمبار فوترا Mimbar Putra
RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/198/2017
SEDUTAN KHUTBAH
“PEKERJAAN SEBAGAI HAMPARAN SEJADAH” Petikan daripada teks khutbah JAIS
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh
setiap muslim yang bekerja agar pekerjaannya dapat
meraih keuntungan di dunia dan juga di akhirat.
1. Pekerjaan yang dijalani mestilah pekerjaan
yang baik dan patuh syariah. 2. Bekerja dengan tekun dan bertanggunjawab.
3. Niat bekerja sebagai ibadat dan mencari redha
Allah. 4. Tidak mengabaikan kewajipan kepada Allah.
Realitinya tidak semua orang dapat bekerja dalam
bilik yang berhawa dingin. Sesetengahnya terpaksa
bekerja ditengah terik panas matahari. Melakukan
kerja-kerja berat yang amat meletihkan. Namun
begitu Allah tetap memandang kepada mereka
dengan keampunan dan kasih sayang jika mereka
bekerja dan menjaga hak-hak Allah seperti menjaga
solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadan dan
seumpamanya.
Sesungguhnya dalam kegigihan mencari pekerjaan
itu, pastikan harta yang diperolehi tidak melalui
pekerjaan yang bertentangan dengan syariah.
Takutlah dengan pendapatan yang tidak bersih atau
tidak halal khususnya amalan rasuah yang berlaku
dalam urusan pentadbiran dan seumpamanya.
Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai
tangkapan terhadap pelaku rasuah bagi tahun 2016
terhadap penjawat awam atau pegawai kerajaan dan
juga orang awam ialah sebanyak 939 tangkapan.
Islam menggalakkan umatnya bekerja keras
kerana hamparan dunia ini ditabur dengan
pelbagai rezeki Allah sama ada diatas permukaan
bumi atau dari dalam perut bumi, dilautan dan
diangkasa. Semuanya boleh diusahakan oleh
manusia dengan akal dan ikhtiar yang dibekalkan
oleh Allah kepada manusia.
Abu Hurairah R.Anhu meriwayatkan bahawa
pada suatu ketika, beberapa orang sahabat melihat
seorang pemuda yang kuat dan rajin bekerja.
Mereka pun berkata; Alangkah baiknya jika dia
berjihad di jalan Allah. Rasulullah segera
menjawab: Jangan kamu berkata seperti itu. Jika
dia bekerja untuk menafkahkan anak-anaknya
yang masih kecil maka dia berada dijalan Allah.
Jika dia bekerja untuk menafkahkan kedua orang
tuanya yang sudah tua, maka dia dijalan Allah.
Dan jika dia bekerja untuk memenuhi keperluan
hidupnya, maka dia dijalan Allah.