itinerary perjalanan open trip kansai jepun 08 - 12 … · itinerary perjalanan open trip kansai...
TRANSCRIPT
ITINERARY PERJALANAN OPEN TRIP KANSAI JEPUN
08 - 12 Jan 2020 15 - 19 Jan 2020
[5 HARI 4 MALAM]
BIL MASA AKTIVITI CATATAN
1. Day 1 9.30pm Tiba KANSAI (AA)
Check in Hotel By VAN/MPV
2. DAY 2 9.00am OSAKA Tour *** Entrance Fee include s/d Muzium House and Living***
Subway
[500yen for Kimono]
s/d Tempozan Ferris Wheel***
s/d Santa Maria*** Ship
s/d Dotonbori /Shinsaibashisuji/Namba Subway
s/d - Dotonbori river cruise*** Boat
3. DAY 3 8.00am KYOTO Tour Train
s/d Arashiyama Bambo s/d Kyoto Tower
s/d Fushimi Inari
s/d Bergerak balik Osaka
4. DAY 4 7.30am HOKADATEYAMA SKI RESORT Gondola Ticket
1800yen
5.00pm Bergerak balik Osaka Train
s/d Shinsekai / Mega Don Quijote
5. DAY 5 9.00am Nara park Bus
s/d Osaka Castle Subway 5.00pm Bergerak Ke Airpot Train
TEMPAT LAWATAN : KANSAI
OSAKA Merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Ia bukan sebuah kota metropolitan yang biasa, kota ini cukup unik, sampai sahaja di Osaka anda dapat merasakan gabungan kedua-dua aura urban dan tradisionalnya. Lagi satu sebab kenapa anda perlu ke sini adalah kerana bangunan-bangunan pencakar langitnya yang menawarkan pemandangan sangat indah.
TEMPOZAN FERRIS WHEEL Adalah sebuah roda ferris yang terbesar di Osaka. Dari sini, anda dapat melihat panorama menarik lautan berdekatan dan kawasan sekitar bandar termasuklah bangunan-bangunan pencakar langit Osaka.
Daripada 60 buah gondola pada roda ferris ini, 8 daripadanya memiliki lantai yang dibuat daripada gelas, memang syoklah siapa yang dapat naik gondola ini, atas, bawah, depan, belakang, semuanya menyajikan pemandangan yang mengujakan!
NAMBA Tak lengkaplah pelancongan kalau tak membeli-belah. Kalau anda dah puas berjalan melihat keindahan bangunan, pameran di muzium, keindahan alam sekitar, sebelum balik ke negara, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman membeli-belah di negara yang dilawati.
Kalau di Osaka, lokasi membeli-belah yang paling syok adalah sekitar Namba. Antara yang terdapat di sini adalah kedai pakaian, beg, aksesori, kedai kopi dan banyak lagilah. Kedai-kedai fesyen yang terdapat di sini bukan sahaja dibanjiri kedai fesyen indie anak-anak muda Jepun sahaja, anda juga boleh menjumpai jenama antarabangsa seperti di sini.
Dotonbori / Shinsaibashi / Nippombashi
HOUSING AND LIVING MUSEUM Terletak di tingkat 8 sebuah bangunan telah di ubah menjadi sebuah perkampungan pertengahan abad ke-19 (masa Edo). Satu satu muzium mempunyai ciri-ciri yang realiti kehidupan perkampungan Osaka lama, yang pernah dikenali sebagai Naniwa. Di sini anda boleh mengunjungi kedai-kedai saudagar lama termasuk kedai kimono dan pembuat kabinet, sento (rumah mandi awam), dan dewan bandar.
Di sini juga anda boleh mencuba berpakaian tradisi jepun dengan bayaran 500yen dan bergambar di sekitar perkampungan lama selama 30 minit.
SANTA MARIA CRUISE Pelayaran selama 60 minit bersama kapal layar Santa Maria bermula dari Tempozan Harbor Village menyusuri Teluk Osaka menerusi bawah Minato Ohashi Bridge , dan sekitar Port Osaka. Port Osaka ialah sebuah pelabuhan luar biasa di Jepun kerana ia di buka kepada barat dan menawarkan satu pemandangan yang indah ketika matahari terbenam. Perbagai aktiviti di pertunjukan oleh krew kapal ketika pelayaran mengikut cuaca dan musim.
OSAKA CASTLE Dibina pada tahun 1583 dibekas kawasan Ishiyama Honganji Temple, kemudian musnah akibat perang. Setelah berapa kemusnahaan dan pembinaan semula Sehinggalah tahun 1931. Istana ini secara ajaib terselamat dari serangan udara semasa perang dunia ke2. Kerja-kerja pembaikan menara utama bagi memberi daya tarikan baru dalam 1997. Menara utama sekarang moden sepenuhnya di dalam malah menampilkan sebuah lif untuk kebolehcapaian lebih mudah. Ia kini di jadikan sebuah muzium informatif tentang sejarah istana dan Toyotomi Hideyoshi.
SHINSEKAI Melawat kawasan ini ibarat memasuki kapsul masa dan kembali ke zaman silam. Di sini sangat terkenal dengan tempat hiburan pada satu masa dahulu. Walapun kebanyakkan bangunan telah dibina semula dengan ciri ciri moden termasuk Tsutenkaku Tower namun kita masih dapat melihat beberapa kedai makan yang masih kekal dengan cara lama.
MEGA DON QUIJOTE Don Quijote adalah tempat membeli belah yang terkenal di Jepun. Terdapat berbagai macam barang bermula dari makanan, minuman, pakaian, kosmetik, dan keperluan sehari-hari lainnya hingga barang pakaibuang. Selain itu juga terdapat barang-barang menarik seperti perlengkapan cosplay, perlengkapan pesta, Jam berjenama , barangan wanita berjenama dan lain-lain. Rasanya tidak ada barang yang tak tersedia didalamnya Tempat ini bukan hanya menjadi tumpuan warga tempatan, namun juga tumpuan warga asing karena kemudahan sebagai one stop center
TOMBORI RIVER CRUISE Menaiki Bot menyesuri Sungai Tombori yang sangat Terkenal di Tengah Pusat Bandar Osaka selama 20 Minit sambil menikmati keindahan Dotonbori. Walaubagaimanapon Perkhidamatan ini bergantong kepada keadaan cuaca
KYOTO Kalau di kotaraya lain di Jepun sudah dimamah kemodenan, lain pula ceritanya dengan Kyoto. Di Kyoto terdapat lebih daripada 1000 buah tokong yang berwarna-warni serta taman-taman Jepun yang menenangkan jiwa, kalau anda ingin mengenali budaya tradisional Jepun, Kyoto adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati. ARASHIYAMA Arashiyama menawarkan pemandangan yang sangat mengasyikkan ia juga merupakan tempat golongan diraja pada zaman dahulu bersantai. Antara yang terkenal di sini adalah jambatan Togetsukyo yang berlatarbelakangkan pokok-pokok mekar di kawasan gunung. Nak tenangkan fikiran atau nak bergambar, ini adalah lokasi yang mesti anda lawati.
BAMBOO FOREST Berjalan-jalan di sekitar Bamboo Forest Street ini anda dapat menenangkan fikiran mendengar bunyi tiupan angin dan desiran daun-daun buluh. Nak lagi best, anda sekeluarga boleh sewa basikal untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan tiupan angin yang lagi mengasyikkan. FUSHIMI INARI Merupakan sebuah Tokong Shinto yang terpenting di selatan Kyoto. Yang menjadikan tokong ini unik dari tokong lain yang ada di sini dan sebab utama kenapa anda sekeluarga mesti datang ke sini adalah kerana ribuan gerbang torii yang mengelilingi ruangan berjalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong. Laluan yang diselubungi gerbang torii ini
membawa anda menuju ke Gunung Inari yang
terletak 233 meter dari kawasan tokong. Untuk
pengetahuan anda, setiap gerbang ini
disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan
individu yang mana nama mereka diabadikan
pada tiang-tiang gerbang.
NARA Merupakan legasi budaya tradisional negara Jepun yang kedua selepas Kyoto. Nara merupakan ibu negara pertama negara Jepun dari tahun 710 ke 794. Kalau anda melawat Nara, anda dapat melihat lebih daripada 7 buah lokasi yang diwartakan sebagai Tanah Warisan Dunia oleh UNESCO. NARA PARK Bayangkanlah sewaktu berjalan anda dikelilingi oleh rusa yang comel dan manja-manja, inilah yang dapat anda rasai kalau anda ke Nara Park. Beratus-ratus ekor rusa terdapat di sekitar taman ini, semuanya tak kekok beramah mesra dengan manusia. Anda boleh membeli makanan rusa yang dijual di gerai-gerai tepi jalan dalam harga sekitar 150 Yen sahaja.
SHIGA Bentuk muka buminya yang mempunyi kawasan tinggi menjadikan ia menerima taburan salji pada musim sejuk dan menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin merasai bermain salji ketika kerkunjung ke Kansai pemilihan Shiga kerana jarak, dan kos yang sangat berpatutan. Musim salji bermula dari pertengahan dis sehingga pertengahan mac. HAKODATEYAMA SKI RESORT Ski resort ini terletak di atas bukit dearah
Shiga 2 jam perjalanan dengan train di
sambung dengan kereta kabel menjadikan
pengalaman bermain salji seharian di sini
mengkapkan perjalanan anda ke Jepun di
musim sejuk
Bayaran 1800yen dikenakan
PENGINAPAN : HOTEL SARASA HOTEL SHIN OSAKA Hotel 3 bintang Dengan Tandas dan Bilik Air didalam
Double Room
PENGAKUTAN :
AIRPORT TRANSFER Van/MPV [Ketibaan SAHAJA]
Perjalanan Harian [ PUBLIC ] TRAIN Rangkaian Train
SUBWAY Rangkaian Train Bawah Tanah
BAS City Bus / Loop Bus
PACKAGE INCLUDED
1. Accommodation Hotel
2. Airport Transfer Van@Mpv [KETIBAAN SAHAJA]
3. All Public Transport Fees As per Itinerary
4. Osaka Entrance Fees As per Itinerary***
5. Insurance AXA VIP PLAN
6. Guide
PACKAGE EXCLUDED
1. Flight Ticket
2. Entrance Fees Not mention in itinerary
3. Meals