isu pengajaran koperatif di dalam matapelajaran prinsip perakaunan
TRANSCRIPT
PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN
TUGASAN INDIVIDU
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN D20081032212
TARIKH HANTAR : 15 NOVEMBER 2011
NAMA PENSYARAH: DR. ROHAILA YUSOF
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang kurikulum perakaunan di Malaysia
1.2 Kepetingan Pendidikan Perakaunan
2.0 Definisi kaedah pengajaran koperatif
2.0 Konsep pembelajaran koperatif
3.0 Persepsi guru dan pelajar terhadap pembelajaran koperatif
4.0 Cadangan untuk melaksanakan pembelajaran koperatif yang berkesan dilaksanakan di
Malaysia.
5.0 Cadangan untuk melaksanakan pembelajaran koperatif yang berkesan dilaksanakan di dalam
kelas.
5.1 Pembentukan Kumpulan Pelajar
5.2 Memperkenalkan Pembelajaran Koperatif kepada Pelajar
5.3 Pengajaran Guru dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
5.4 Aktviti Kerja Berkumpulan
6.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kurikulum Perakaunan Di Malaysia
Sejarah perakauanan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan dalam
tahun 1920-an di Pulau Pinang (Gull. 1983: Sukumaran,1984:1991). Pada awalnya, kursus
perdagangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang agama Kristian.
Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri seperti peperiksaan
London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman.
Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanakan sistem
pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan mengenai aspek
yang menyentuh pendidikan perdagangan. Lanjutan dari laporan itu, satu kurikulum batu
iaitu Kurikulum Bersepada Sekolah Menengah (KBSM) di gubal. Penyediaan kurikulum
tersebut megambil kira kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan salah
satu penekan yang diberi adalah pendidikan prinsip akaun. Pelaksananan KBSM dimulakan
pada tahun 1989.
Kurikulum Pendidikan Perakaunan mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menyediakan warga Malaysia yang
dapat menghadapi cabaran era globalisasi dalam abad 21.
1.2 Kepentingan Pendidikan Perakaunan
Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang membantu bagi pertumbuhan
ekonomi dari segi peluang pekerjaan. Apabila satu entiti perniagaan mula diwujudkan
bermakna ia akan memberi peluang pekerjaan kepada individu-individu lain. Dalam usaha
mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, berbagai galakan telah
diberikan. Antaranya ialah kemudahan kewangan berjumlah RM280 juta untuk skim
usahasama Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Usaha menggalakkan lebih ramai
individu melibatkan diri di dalam bidang keusahawan diteruskan lagi di dalam Rancangan
Malaysia Ketujuh.
Selain daripada usahawan, pendidikan perakauan menyediakan pelajar kea rah satu
profesion yang amat diperlukan di dalam dunia perniagaan sebagai sumber penyediaan
maklumat kewangan. Mereka bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat kewangan
bagi sesuatu entiti perniagaan. Bergantung kepada taraf kelayakan dan pengalaman,
perakauan memberkan laluan kerjaya yang banyak kepada pelajar iaitu sama ada sebagai
kerani akaun, pegawai akaun, akauntan atau pun pengurus kewangan.
2.0 DEFINISI KAEDAH PENGAJARAN KOPERATIF
Strategi PK merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam
menguasai bahan pengajaran yang di berikan oleh guru (Slavin,1990). Cohen (1994)
menakrifkan PK sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang
melibatkan semua ahli di dalam tugas yang di berikan tanpa penyeliaan guru secara langsung.
Menurut Cohen lagi (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedah ini dikatakan
memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran sosial dan di asaskan mengikut pandangan
humanistik yang berpandapat pendidikan sepatutnya berpusatan pelajar dan di bawah kawalan
pelajar. Manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.
Di bawah PK, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan sederhana boleh di
manfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam perakaunan, Kajian-
kajian di luar negara menunjukkan PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam
berbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan.
Selain dari pemahaman konsep, pendidikan perakaunan juga merupakan satu mata
pelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah. Di dalam situasi PK, pelajar tidak mudah putus
asa di dalam menyelesaikan masalah tugasan di samping lebih bersifat terbuka untuk menerima
strategi-strategi alternatif. Dapatan kajian Johnson, Skon dan Johnson (1980) mendapati situasi
PK mengatasi situasi pembelajaran individu dan persaingan dari segi pencapaian dalam aspek
penyelesaian masalah.
2.1 Konsep pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar
berinteraksi sesame mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat
rasional di sebalik PK adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan
sekiranya mereka ingin tahu mengenai kumpulan mereka Berjaya. Selaian daripada
itu, rakan sebaya dikatakan berupaya menggnakan bahasa yang mudah di fahami oleh
pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar. Menurut pandangan Slavin lagi,
kumpulan perbincangan, kumpulan projek, kumpulan maklmal dan penhajaran oleh
rakan sebaya merupakan contoh-contoh PK yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, Slavin berpendapat PK hanya akan berkesan apabila ia
memmpunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan
peluang yang sama untuk berjaya. Pelajar akan memberikan ganjaran apabila
kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteris tertentu tanpa ada sebab persaingan
antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi
untuk melibatkan diri di dalam aktiviti berkumpulan.
Rumusanya, ciri-ciri PK adalah peggunaan kumpulan yang kecil di dalam suasana
pembelajaran yang terancang, wujud interaksi dua hala antara pelajar dan peranan
guru sebagai pemudah cara ketika kerja berkumpulan.
3.0 PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF
Satu kajian telah di lakukan oleh McManus dan Gettinger (1996) telah mengakaji tentang
penilaian guru dan pelajar terhadap PK yang dilaksanakan di dalam kelas mereka. Tujuan kajian
tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat guru tentang penggunaan PK dan penilaian
terhadap PK serta reaksi pelajar terhadap bekerja di dalam kumpulan. Selaian daripada itu, kajian
tersebut juga meibatkan pemerhatian terhadap tingkah laku interaktif sesama pelajar ketika
aktiviti PK.
Antara dapatan kajian yang diperoleh adalah tentang kandungan pelajaran yang paling
banyak melibatkan PK ialah berkaitan dengan pembacaan,aktiviti untuk PK yang kerap diguna
adalah dalam bentuk permainan dan ciri PK yang digunakan adalah struktur ganjaran
berdasarkan hasil kumpulan. Secara keseluruhannya, guru berpendapat PK merupakan satu
strategi yang berkesan terutama dalam aspek sosial iaitu interaksi dengan rakan dan kerjasama.
Manakala menurut ersepsi pelajar, PK memberi kesan yang paling baik di dalam aspek
akademik, seperti mendapat gred yang lebih baik. Pelajar juga di laporkan lebih suka
menyiapakan kerja secara berkumpulan berbanding secara individu. Antara aspek positif tentang
PK yang dinyatakan oleeh pelajar ialah dapat mendengar pendapat rakan, dapat menyiapkan
kerja dengan lebih cepat, mendapat bantuan dan berpeluang bekerja dengan rakan,
Manakalaaspek negatfe PK menurut pendapat pelajar iaialah dari segi wujudnya konflik dan
merasa kecewa apabila rakan tidak mahu mendengar sesama sendiri.
Pengalaman guru yang menggunakan teknik PK adalah penting, mereka yang telah
mengenalpasti aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan PK. Berdasarkan reaksi
negatif pelajar terhadap beberapa perkara ketika kerja berkumpulan menunjukkan bahawa pelajar
perlu diberi kemahiran tertentu dan bimbingan guru ketika aktiviti berkumpulan.
4.0 CADANGAN UNTUK MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG
BERKESAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
Guru prinsip akaun perlu mempelbagaikan strategi penajaran dan pembelajaran yang
digunakan di dalam kelas. Strategi yang digunakan mestilah tidak terhad kepada penyampaian isi
kandungan secara kuliah semata-mata serana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa
mengambil kira tahap kefahaman pelajar dan lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu.
Guru juga perlu menggunakan strategi pembelajaran koperatif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana strategi tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula, strategi tersebut selaras denga konsep KBSM
dan konsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja kumpulan.
Selain daripada itu, institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pendidikan guru
adalah tentang keperluan memberi pendedahan mengenai PK kepada guru pelatih secara formal
iaitu dalam bentuk sebahagian daripada kursus pedagogi. Pembelajaran koperatif juga perlu
dipraktikkan di daam program pendidikan guru bagi membiasakan guru pelatih dengan berbagai
teknik PK. Selaian daripada itu, guru pelatih perlu diberi galakan untuk menggunakan PK
semasa menjalankan latihan mengajar.
Oleh kerana PK selari dengan konsep KBSM dan sekolah bistari, maka pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam
benrtuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah konsep dan pelaksanaan PK tidak sama
dengan kerja berkumpulan tradisional yang tidak berstuktur.
Pihak kementerian, khususnya Bahagian Perkhidmatan Guru, perlu memberi latihan
daam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada gru prinsip akauan yang sedia ada bagi
membantu mereka menguasai pengguaan PK. Imbuhan perlu diberikan sebagai penghargaan
kepada guru yang berusaha menggunakan inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas mereka.
6.0 CADANGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DILAKSANAKAN DI DALAM
KELAS.
6.1 Pembentukan kumpulan pelajar
Bilangan optima yang di cadangkan ialah empat orang yang mana membolehkan
mereka berbincang secara berpaangan. Dalam masyarakat yang berbilang bangsa,
proses integrasi etnik perlu di lakukan di dalam kelas memandangkan di luar masa
kelas, pelajar lebih senang berada di dalam kelompok etnik yang sama.
6.2 Memperkenalkan pembelajaran koperatif kepada pelajar
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PK, pelajar perlu diberi pengenalan ringkas
mengenai perjalanan aktiviti PK terutamanya dari segi pengiraan skor indiviu dan
skor kumpulan serta pengiktirfan kumpulan. Melalui gambaran itu, pelajar diberi
peluang untuk berkenalan dengan ahli kumpulan dan berbincang membentuk nama
kumpulan dan logo.
6.3 Pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar
Sewajarnya, guru membua bersediaan mengajar yang lebih terancang dan
menggunakan bahan bantu mengajar dengan sebaik-baiknya Guru masih perlu
memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar bagi membantu mereka membuat
latihan secara berkumpulan. Oleh kerana masa untuk pengajaran secara kuliah terhad
maka, topik-topik yang dia ajar perlu disampaikan secara berperingkat dan bukan
sekaligus.
6.4 Aktviti kerja berkumpulan
Semasa aktiviti berkumpulan, guru berperanan sebaga fasilatator dan membantu
kumpulan menghadapi sebarang masalah. Pada masa aktiviti ini, guru dapat
mengesan sebarang masalah yang timbul di dalam sesuatu kumpulan seperti ahli
kumpulan yang tidak serasi, kurangnya kerjasama, ahli kumpulan membuat kerja
secara individu atau hanya pelajar tertentu sahaja yang menguasai kumpulan.
Masalah-maslah ini harus diatasi dengan segera supaya tidak menjejaskan tumpuan
pelajar di dalam kelas. Justeru itu, guru tidak seharusnya menggunakan masa tersebut
untuk melakukan kerja-kerja lain sehingga tidak dapat mengikuti perkembangan yang
berlaku di dalam setiap kumpulan.
7.0 RUJUKAN
Arumugam (1986). Accounting education – Current and future. Kertas kerja yang
dibentangkan dala Seminar Pendidikan dan Latihan Perakauan anjuran bersama UPM dan
PERSAMA di Universiti Pertanian Malaysia, pada 23 Ogos, 1986.
Cohen, E. G. (1994) Learning together in multicultural classroom. Ontario: Pippin
Publishing Limited.
Rancangan Malaysa ke Tujuh (1996-2000). Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Ruhani Mat Min (1998). Hubungan penyesuaian dengan pencapaian akademik pelajar di
institute pengajian tinggi. Thesis (Master Saians). Universiti Putra alaysia.
Slavin, R.E. (1980). Cooperative learning. Review of Educational Research, 50 (2). 315-342.
Slavin, R. E (1980/1990). Research on cooperative learning : Consensus and controversy.
Educational Leadership. 47 (4), 52-54.