isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi
TRANSCRIPT
![Page 1: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/1.jpg)
BAB 9
ISU-ISU DAN CABARAN KEPEMIMPIN DAN ETIKA DALAM KOMUNIKASI
1. Pengenalan
2. Kuasa dan tanggungjawab
3. Pelanggaran hak individu
4. Kejujuran individu dan kredibiliti organisasi
5. Hak cipta
6. Kebebasan bersuara
7. Rumusan
![Page 2: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/2.jpg)
PENGENALAN
Bagi mengupas isu etika kontemporari,
struktur yang harus dimasukkan ialah
perbincangan konseptual, permasalahan,
dan penilaian. Sebaiknya-baiknya penilaian
ini mengandungi pendapat mereka yang
bersetuju dengan isu atau tindakan, dan
mereka yang tidak bersetuju dan penilaian
anda keseluruhannya.
![Page 3: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/3.jpg)
KUASA DAN
TANGGUNGJAWABDefinisi kuasa secara umumnya adalah merujuk
kepada keupayaan. Dengan lebih spesifik lagi,
Abdul Rashid dan El-Fatih (2005), dan McLean
dan McMillan (2003) menjelaskan kuasa sebagai
keupayaan menjadikan seseorang melakukan sesuatu
yang mungkin tidak akan dilakukannya (di dalam
Suhaini Muda, 2007). Keupayaan itu seterusnya
dijelaskan sebagai kapasiti sesetengah orang untuk
menghasilkan kesan yang diingini dan dijangka ke
atas orang lain yang mana keupayaan ini tidak
semestinya dilakukan secara kasar atau paksaan.
![Page 4: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/4.jpg)
Kajian-kajian mengenai kuasa banyak berdasarkan
kepada lima asas-asas kuasa oleh French dan
Raven (dalam Suhaini Muda, 2007). Pertama
adalah kuasa paksaan yang berasaskan kepada
ketakutan seseorang kepada kesan negatif yang
mungkin berlaku sekiranya beliau gagal bertindak.
Islam juga mengenal pasti kuasa ini selagi ia tidak
digunakan untuk memaksa orang yang dipimpin
melakukan kejahatan. Rasulullah s.a.w juga
pernah bersabda, “Patuhlah kepada pemimpin
selagi dia berbuat kebaikan.”
![Page 5: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/5.jpg)
Keduanya, kuasa anugerah yang berdasarkan
kepada keupayaan untuk membahagikan sesuatu
yang mungkin mempunyai nilai kepada orang lain.
Ia bukan sahaja wujud dalam bentuk material
seperti kenaikan gaji dan pangkat, tetapi juga boleh
jadi dalam bentuk bukan material sepertimana
anugerah yang dikurniakan kepada khalifah Islam
pertama, Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan
seorang peniaga berbudi bahasa yang sangat
berjaya dan dipercayai ramai sehinggakan beliau
selalu dilantik sebagai orang tengah dalam
pelbagai peristiwa.
![Page 6: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/6.jpg)
Ketiga merujuk kepada kuasa yang sah iaitu kuasa
yang dipunyai seseorang disebabkan kedudukan
beliau dalam hierarki formal, dan ia juga dikenali
sebagai autoriti. Islam mengiktiraf dan menghormati
mereka yang dilantik menjadi pemimpin secara
sah di mana Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah
dan juga kepada pemimpin dari kalangan kamu.
(4:59)
![Page 7: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/7.jpg)
Keempat adalah kuasa mahir yang
merujuk kepada pengaruh yang
berasaskan kepada kemahiran, skil
istimewa atau pengetahuan seseorang.
di dalam Islam, imam yang memimpin
sembahyang adalah dipilih daripada
seorang yang luas pengetahuannya
mengenai Islam.
![Page 8: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/8.jpg)
Akhir sekali ialah kuasa rujukan yang
berasaskan kepada identifikasi dengan
seseorang yang mempunyai sumber-sumber
atau sifat-sifat peribadi yang menarik di
mana beliau boleh melaksanakan kuasa ke
atas orang yang meminatinya. Ini samalah
seperti pemimpin Islam, Rasulullah s.a.w.
yang terus menjadi idola kepada umat Islam
sepanjang zaman.
![Page 9: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/9.jpg)
Perkembangan semasa di Malaysia sendiri
telah banyak mendedahkan mengenai
salahlaku para pemimpin yang disebabkan
oleh penyalahgunaan kuasa dan kurang
prihatin kepada etika. Disebabkan itu, kita
mendengar pelbagai isu yang melibatkan
para pemimpin daripada yang didakwa
kerana terlibat dengan rasuah dan pecah
amanah sehinggalah kepada yang terlibat
dengan pembunuhan.
![Page 10: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/10.jpg)
PELANGGARAN HAK INDIVIDU
Mengenai isu bekas menteri ditangkap sekedudukan
dengan seorang wanita. Ada pihak menganggap
tindakan bekas menteri itu menyalahi etika sebagai
seorang pemimpin yang dihormati rakyat. Tindakan
beliau melepaskan jawatan adalah wajar. Ada juga
yang bersimpati dengan bekas menteri berkenaan
dan menyalahkan pihak yang membuat rakaman
video dan menyebarkannya kerana pihak terlibat
juga dikatakan tidak beretika kerana telah melanggar
hak privasi individu.
![Page 11: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/11.jpg)
KEJUJURAN INDIVIDU DAN
KREDIBILITI ORGANISASI
Isu ini juga bukan hanya memberi kesan
kepada bekas menteri itu sahaja sebagai
seorang individu, tetapi turut memberi
kesan kepada badan atau organisasi yang
diwakilinya, dalam konteks ini adalah
kerajaan Malaysia.
![Page 12: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/12.jpg)
Pengakuannya itu mungkin dilihat sebagai
sesuatu yang jujur dan dengan perletakan
jawatannya itu dapat membersihkan nama
orgaanisasi dan semua ahli di dalamnya.
Ia turut meningkatkan kredibiliti organisasi
apabila ia memperlihatkan ketegasan
kerajaan menangani isu-isu berkaitan
dengan etika. Sebaliknya, pengakuan
jujurnya itu juga boleh merendahkan
kredibiliti organisasi.
![Page 13: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/13.jpg)
Ini kerana masyarakat mungkin amat menghormati
pemimpin tersebut kerana menjalankan kewajipan
dengan baik sebelum ini dan mereka tidak
menjangka beliau akan terlibat dengan masalah
ini. Namun setelah kejadian ini, masyarakat
mungkin mula mengesyaki kualiti nilai dan moral
pemimpin-pemimpin lain dalam organisasi
tersebut. Ini seterusnya boleh menjejaskan
kredibiliti organisasi itu sendiri. Jika dikaji secara
mendalam, keputusan yang dibuat bekas menteri
berkenaan, ia juga boleh diaplikasikan kepada
teori-teori etika yang telah anda pelajari.
![Page 14: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/14.jpg)
HAKCIPTA
Menurut Kamus Dewan (1989), hakcipta
merupakan hak kekuasaan yang dilindungi
atas sebahagian daripada hasil ciptaan
seseorang pengarang. Ia merupakan hak
ekslusif yang diberikan oleh undang-
undang kepada pemilik karya untuk
mengawal penggunaan karyanya bagi
suatu tempoh yang ditetapkan.
![Page 15: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/15.jpg)
Hakcipta juga merupakan sejenis harta yang
diperakui kerana ianya bernilai, boleh dibeli
dan dijual, dipindahmilik, diwasiat dan juga
disewakan. Peranan undang-undang
memberi, mengiktiraf, dan melindungi hasil
karya seseorang ini merupakan satu
penghormatan dan galakan kepada individu
terlibat bagi menghasilkan lebih banyak karya
di masa akan datang (Suhaini Muda dan
Ahmad Shamsul Abdul Aziz, 2004).
![Page 16: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/16.jpg)
Antara rasional penubuhan Akta Hakcipta
adalah untuk menggalakkan penghasilan
karya Sastera dan Sains. Namun, dewasa
ini banyak kesalahan kes-kes perlanggaran
undang-undang hakcipta dilakukan
terutamanya berkaitan dengan cetak
rompak.
![Page 17: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/17.jpg)
Contoh kes cetak rompak seperti dalam dua
serbuan berasingan di Bukit Mertajam pada 10
Ogos 2005, lebih 50000 cakera video digital
(DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak
rompak rakaman konsert mingguan dan
persembahan akhir program realiti TV
Akademi Fantasia 3 (AF3) serta cakera lucah
bernilai RM300, 000 telah dirampas oleh
pegawai penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP).
![Page 18: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/18.jpg)
Analisis situasi di atas menunjukan bahawa
kesalahan cetak rompak ini bukanlah
dilakukan oleh seorang individu sahaja, tetapi
ia merupakan satu perancangan berkapasiti
besar yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin
syarikat. Apa yang menyedihkan lagi ialah,
terdapatnya syarikat yang memakai status
MSC , tetapi turut melanggar Akta Hakcipta,
sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.
![Page 19: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/19.jpg)
KEBEBASAN BERSUARA
Mereka menjelaskan bahawa hak-hak yang
memastikan individu mendapat kebebasan
bersuara termasuklah kebebasan untuk:
1. Bercakap mengenai apa sahaja idea
walaupun ia tidak popular.
2. Petisyen iaitu hak untuk mempersembahkan
kenyataan bertulis yang mengkritik atau
mencadangkan perubahan kepada mana-
mana pihak berkuasa awam
![Page 20: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/20.jpg)
3. Berhimpun iaitu hak untuk berjumpa di rumah
atau mana-mana tempat perjumpaan tanpa
gangguan daripada kerajaan
4. Akhbar bagi memastikan wartawan diberi hak
melaporkan berita dengan kesesuaiannya.
5. Beragama iaitu hak untuk memilih dan
mengamalkannya tanpa gangguan daripada
orang lain.
![Page 21: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/21.jpg)
Definisi yang diberikan oleh Abdul Rashid dan
El-Fatih (2005) tidak sahaja tertakluk kepada
pengamal media sepertimana kebanyakan
definisi-definisi lain. Ia dilihat dalam konteks
yang lebih besar melibatkan pemimpin dan
masyarakat seluruhnya. Ia juga menjelaskan
mengenai hak-hak individu dan juga hak-hak
bersama.
![Page 22: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/22.jpg)
Apabila kita bercakap mengenai kebebasan
bersuara, akan terbayang negara Amerika
kerana negara itu sering menggambarkan ia
sebagai contoh negara pengamal demokrasi
yang terbaik. Di samping itu, Amerika juga
banyak mengkritik negara-negara lain yang
dianggap menyekat kebebasan bersuara
rakyat mereka.
![Page 23: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/23.jpg)
Amerika yang dilihat sebagai pejuang
kebebasan sekalipun menindas wartawan
dengan lebih teruk lagi daripada negara-
negara lain. Kawalan daripada pihak
berkuasa dan berkepentingan sebenarnya
merupakan satu cabaran besar kepada
seorang wartawan.
![Page 24: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/24.jpg)
Ini mengundang kepada perbincangan
mengenai peranan media dan etika.
Peranan media dalam mencari dan
menyebarkan informasi pula membawa
kepada perbincangan mengenai kualiti.
Menurut Besley, kualiti merujuk kepada
pengertian etika berkenaan kebebasan
bersuara dan kebebasan informasi.
![Page 25: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/25.jpg)
Kebanyakan pengamal media, khususnya
di negara-negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi
mempunyai kod etika yang mengandungi
prinsip-prinsip etika yang tersendiri yang
digubal sebagai panduan kepada mereka
yang terlibat dalam bidang kewartawanan
dan media
![Page 26: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/26.jpg)
Kod The Society of Professional Journalist
(SPJ) yang terkini selepas pindaan pada
1996 adalah berdasarkan empat prinsip
utama seperti berikut (Dominick, 2002) :
1. Mencari kebenaran dan melaporkannya.
Wartawan hendaklah jujur, adil, dan berani
dalam melaporkan berita.
![Page 27: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/27.jpg)
2. Meminimakan bahaya atau kerosakan.
Wartawan hendaklah menganggap sumber,
subjek, dan rakan sekerja sebagai manusia
yang perlu dihormati.
3. Bertindak bebas. Wartawan hendaklah bebas
daripada sebarang kewajipan atau ikatan dengan
pihak lain selain daripada hak-hak publik untuk
mengetahui.
4. Bertanggungjawab. Wartawan hendaklah
bertanggungjawab kepada khalayak dan antara
satu sama lain.
![Page 28: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/28.jpg)
Sekiranya para wartawan diberi peluang
mengamalkan kod etika ini sepenuhnya
dalam meneruskan profesionalisme mereka
tanpa gangguan, laporan berkualiti akan
dapat dicapai. Namun, melihat kepada
cabaran-cabaran semasa yang kian
meningkat, semua itu dilihat seperti amat
sukar untuk direalisasikan sepenuhnya.
![Page 29: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/29.jpg)
Apa yang mungkin boleh dilakukan dalam
keadaan ini ialah dengan mengambil
pendekatan Aristotle yang lebih sederhana. Ini
telah pun dilakukan oleh kebanyakan wartawan
negara-negara membangun seperti Malaysia,
terutamanya dalam melaporkan berita-berita
sosial, di mana mereka mencari berita dari
kedua-dua belah pihak dan memberi ruang
liputan yang sama untuk disuarakan kepada
khalayak.
![Page 30: Isu isu dan cabaran kepemimpin dan etika dalam komunikasi](https://reader031.vdocuments.site/reader031/viewer/2022012306/5a6570ce7f8b9af13a8b4a1d/html5/thumbnails/30.jpg)
RUMUSAN
Apa yang telah dibincangkan adalah beberapa isu
daripada lebih banyak lagi isu yang ada. Rumusnya,
siapa pun anda, anda hendaklah beretika kerana ia
membawa kepada kebaikan. Namun, tuntutan untuk
beretika adalah lebih mendesak apabila anda menjadi
pemimpin. Ini pula tidaklah mudah kerana seorang
pemimpin akan berdepan dengan pelbagai cabaran
samada yang dijangka atau yang tidak dijangka. Oleh
itu sekiranya anda seorang pemimpin atau akan
menjadi seorang pemimpin, anda harus berwaspada
dan mempersiapkan diri sebaiknya.