isu gelandangan di malaysia : tahap kesihatan mental...

13
119 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP Ku Basyirah Ku Yaacob 1 , Mohd Suhaimi Mohamad, Norulhuda Sarnon ABSTRACT The issue of homelessness became popular when it was disseminated by the media in spite of the fact that the issue had long been in the community. However, due to the lack of local studies, there has been a confusion in terms of the roles and effectiveness of existing services. The study aims to explore mental health issues and levvvelll of life skilss among homeless. A questionnaire containing two instruments, namely Mental Health Inventory and Life Skills Profile, was developed to look into the issue of homelessness. A total of 315 respondents who were in rehabilitation centers in Desa Bina Diri Jerantut and Mersing were successfully interviewed to answer the questionnaire. The findings also show that there are significant differences between sex, race and age of homelessness. In addition, there is a significant negative relationship between the mental health and the life skills of the homeless. In conclusion, mental health and life skills play an important role in the recovery process of the homeless and should be taken seriously by the responsible party. Keywords: Homeless, Mental health, life skills ABSTRAK Isu gelandangan menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah lama wujud dalam masyrakat Bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan mental dalam kalangan gelandangan dan tahap kemahiran hidup mereka. Borang soal selidik yang mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Life Skills Profile dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai 315 orang responden yang berada di dalam pusat pemulihan iaitu di Desa Bina Diri Mersing dan Jerantut telah berjaya ditemubual untuk menguji instrumen kajian yang dibangunkan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara di antara jantina, bangsa dan umur gelandangan. Selain itu, terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara kesihatan mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan. Kesimpulannya, isu kesihatan mental dan kemahiran hidup memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan golongan gelandangan dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Kata kunci: Gelandangan, Kesihatan Mental, Kemahiran Hidup 1 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor; E-mail: [email protected]; [email protected]; [email protected];

Upload: donguyet

Post on 05-Jul-2018

338 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

119

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN

MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

Ku Basyirah Ku Yaacob1, Mohd Suhaimi Mohamad, Norulhuda Sarnon

ABSTRACT

The issue of homelessness became popular when it was disseminated by the media in spite

of the fact that the issue had long been in the community. However, due to the lack of local

studies, there has been a confusion in terms of the roles and effectiveness of existing

services. The study aims to explore mental health issues and levvvelll of life skilss among

homeless. A questionnaire containing two instruments, namely Mental Health Inventory

and Life Skills Profile, was developed to look into the issue of homelessness. A total of 315

respondents who were in rehabilitation centers in Desa Bina Diri Jerantut and Mersing

were successfully interviewed to answer the questionnaire. The findings also show that

there are significant differences between sex, race and age of homelessness. In addition,

there is a significant negative relationship between the mental health and the life skills of

the homeless. In conclusion, mental health and life skills play an important role in the

recovery process of the homeless and should be taken seriously by the responsible party.

Keywords: Homeless, Mental health, life skills

ABSTRAK

Isu gelandangan menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah

lama wujud dalam masyrakat Bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian

tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan

perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan mental dalam

kalangan gelandangan dan tahap kemahiran hidup mereka. Borang soal selidik yang

mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Life Skills Profile

dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai 315 orang responden yang

berada di dalam pusat pemulihan iaitu di Desa Bina Diri Mersing dan Jerantut telah

berjaya ditemubual untuk menguji instrumen kajian yang dibangunkan. Hasil kajian juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara di antara jantina, bangsa dan umur

gelandangan. Selain itu, terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara kesihatan

mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan. Kesimpulannya, isu kesihatan mental

dan kemahiran hidup memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan

golongan gelandangan dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak yang

bertanggungjawab.

Kata kunci: Gelandangan, Kesihatan Mental, Kemahiran Hidup

1Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor; E-mail: [email protected]; [email protected];

[email protected];

Page 2: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

120

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

PENGENALAN

Buat pertama kali dalam sejarah manusia di mana 50% populasi global tinggal di bandar

dan dijangkakan akan meningkat kepada 70% pada 2050 yang mana turut meningkatkan

kepadatan di bandar serta risiko masalah gelandangan. Hal ini bukan sahaja berlaku di

negara Malaysia, malah di negara-negara lain seperti China, India, Amerika Syarikat,

Jepun dan lain-lain. Anon (1980) mendefinisikan gelandangan sebagai mereka yang hidup

dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma kehidupan yang sesuai dalam masyarakat

setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap. Golongan

gelandangan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya warga emas, penagih

dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat, orang yang bekerja tetapi tidak

berumah dan seumpamanya. Gelandangan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan

halangan terhadap fizikal dan emosi mereka. Lazimnya, gelandangan sering berasa

bimbang mengenai tempat tidur mereka, makanan dan mudah untuk terjebak dengan

masalah dadah dan alkohol, penyakit serta jenayah jalanan (Kufeldt & Burrow, 1994).

Oleh itu, keperluan fizikal dilihat sangat diperlukan oleh mereka untuk membolehkan

mereka membentuk strategi untuk mendapatkan wang (McCreary, 2002). Jadual 1

menunjukkan statistik gelandangan mengikut kumpulan umur, etnik dan jantina yang mana

menunjukkan bilangan gelandangan adalah tinggi dari golongan berumur 18 tahun dan ke

atas. Kajian yang dilakukan oleh U.S Conference of Mayor (2005) menunjukkan bahawa

51% gelandangan adalah lelaki manakala 17% adalah wanita. Golongan kanak-kanak juga

dilihat tidak terkecuali terjerumus di dalam masalah gelandangan ini. Ada antara mereka

yang lari dari rumah serta ada yang bersama dengan ibu bapa tinggal di tepi-tepi jalan

kerana masalah kewangan dan sebagainya (Sharifah & Alifatul, 2012).

Jadual 1: Statistik Kes Gelandangan Mengikut Kumpulan Umur, Etnik dan Jantina 2013

Kumpulan Umur Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

Kanak-Kanak L P L P L P L P L P

a) Di Bawah 4 Tahun 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0

b) 4-6 Tahun 5 4 0 0 0 0 0 1 5 5

c) 7-12 Tahun 2 2 2 0 0 0 0 0 4 2

d) 13- 15 Tahun 3 3 0 0 0 0 0 0 3 3

e) 16-17 Tahun 9 8 0 0 0 0 0 0 9 8

Dewasa

a) 18-29 Tahun 5 7 5 1 1 1 0 0 11 9

b) 30-39 Tahun 58 40 22 7 29 2 8 16 117 65

c) 40-49 Tahun 103 19 60 13 78 8 7 1 248 41

d)50-59 Tahun 64 32 86 19 35 9 6 0 191 60

e) 60 Tahun ke atas 8 12 8 4 4 2 1 3 21 21

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat,

2013

Gelandangan dan penjagaan kesihatan adalah saling berkaitan. Kesihatan yang lemah

menjadikan ia sebagai faktor penyebab dan kesan daripada masalah gelandangan. Penyakit

mental yang serius akan menganggu keupayaan seseorang itu untuk menguruskan aspek

kehidupan seharian seperti penjagaan diri dan pengurusan perumahan. Kajian yang

dilakukan oleh California’s Public Mental Health System menunjukkan bahawa 15%

gelandangan adalah disebabkan oleh penyakit mental yang serius (National Coalition for

the Homeless, 2009). Gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan mental

menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan mereka disebabkan oleh keadaan

Page 3: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

121

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

mental mereka. Mereka sukar untuk akses kepada perkhidmatan pemulihan yang

bersesuaian dan kebanyakan tempat yang mereka tinggal tidak bersesuaian dan tidak dapat

memenuhi keperluan yang mereka perlukan.

KONSEP KESIHATAN MENTAL

Masyarakat seringkali memberi persepsi yang sama mengenai kesihatan mental, masalah

kesihatan mental dan penyakit mental (Jamaiyah, 2000). Namun, ketiga-tiga konsep

tersebut memiliki definisi yang berbeza antara satu sama lain. Menurut Mohit (2001) salah

faham ini menyebabkan kesihatan mental sering dipandang negatif dan penuh dengan

kebimbangan serta ketakutan. Untuk memahami masalah kesihatan mental, adalah penting

untuk memahami konsep kesihatan mental terlebih dahulu. Kesihatan mental merupakan

konsep positif yang berkait dengan kesejahteraan sosial dan emosi individu dan

masyarakat. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi,

pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan

penyakit fizikal.

Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat dari

tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami

kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi

kesihatan fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan dan menjejaskan keadaan fizikal dan

emosi seseorang (Suhana, Azima & Selvani, 2003).Berdasarkan hasil kajian survei yang

dijalankan pada 2011, 12% rakyat Malaysia yang berumur antara 18-60 tahun mempunyai

masalah kesihatan mental di mana 2% mempunyai masalah kemurungan, 1% psikosis,

kerisauan 1.8%, sementara yang melibatkan kemurungan yang mana penyakit kronik dan

penyakit mental sederhana (MMHA 2008).

KONSEP KEMAHIRAN HIDUP

WHO mendefinisikan kemahiran hidup sebagai keupayaan yang membantu individu untuk

menyesuaikan diri dengan cabaran di dunia realiti dengan menggunakan kemahiran yang

dipelajari. WHO mengkategorikan kemahiran hidup kepada tiga kumpulan iaitu pertama

kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian, kedua

ialah kemahiran interpersonal dan komunikasi yang mana ia menyumbang kepada

penerimaan sosial dan tingkahlaku sosial yang sihat dan ketiga ialah pengurusan diri

(Rostami dan Mehdi 2015).

Kemahiran hidup termasuklah aktiviti dalam kehidupan seharian (mandi,

pemakaian, pemakanan, kekemasan diri), aktiviti instrumental dalam kehidupan seharian

(penyediaan makanan, penjagaan pakaian, kebersihan, penjagaan rumah, pengurusan

kewangan), dan kemahiran komuniti (akses kepada pengangkutan, pengurusan masa,

interaksi sosial, keselamatan sosial). Kesemua kemahiran ini diperlukan oleh semua

individu dari kanak-kanak hingga dewasa. Aspek ini penting kerana ia membantu individu

itu untuk hidup berdikari di dalam komuniti seperti mampu mengurus diri sendiri,

mengurus perumahan, pengurusan kewangan dan dapat berkomunikasi dengan baik dalam

masyarakat (Christine & Louis, 2007). Profil kemahiran hidup merupakan salah satu

inventori untuk menilai tahap kemahiran hidup yang ada pada seseorang individu yang

mana merangkumi lima komponen penting seperti penjagaan diri, “non-turbelence”,

Page 4: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

122

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

kontek sosial, komunikasi dan tanggungjawab. Justeru itu, dengan adanya latihan

kemahiran hidup yang diberikan berdasarkan penilaian yang dibuat dilihat dapat

membantu kesejahteraan mental seseorang individu dan melengkapkan mereka untuk

menghadapi dunia realiti.

SENARIO GELANDANGAN DI MALAYSIA

Gelandangan dapat dibahagikan kepada lima kategori iaitu penagih dadah, mereka yang

mengalami masalah mental, bekerja tetapi tiada tempat tinggal, tidak bekerja dan tiada

kediaman. Terdapat pelbagai sebab mereka menjadi gelandangan. Mereka yang

mempunyai risiko untuk menjadi gelandangan ini menghadapi pelbagai kesukaran seperti

penderaan, masalah kesihatan mental, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta

kemiskinan. Apabila berdepan dengan tekanan sosial seperti kehilangan pekerjaan,

masalah kesihatan, serta ketidakupayaan diri menyebabkan berlakunya masalah

gelandangan. Dengan kekurangan sumber dan bantuan, golongan ini akan berterusan

menjadi gelandangan untuk jangka masa yang lama (Commonwealth of Australia, 2008).

Menjadi gelandangan ini memberi kesan langsung kepada kesihatan akibat

daripada keadaan tempat tinggal mereka yang tidak tetap iaitu di jalanan dan terdedah

kepada pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan kulit, masalah pernafasan, masalah

fizikal, mempunyai masalah kesihatan mental serta mudah untuk terjebak dalam masalah

penyalahgunaan dadah (Wright & Tomkins, 2006). Gelandangan juga memerlukan

pelbagai keperluan kesihatan mental dan sejarah trauma yang berulang yang mana jika

tidak dirawat akan mengganggu mereka untuk mendapat pekerjaan di masa hadapan.

Perkhidmatan kesihatan mental yang serius perlu diambil bagi membantu gelandangan. Ini

kerana, penyakit mental boleh hadir tanpa disedari oleh gelandangan dan mereka yang

terlibat dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental perlu mengenalpasti

kehadiran masalah mental dalam diri gelandangan itu sendiri. Sokongan sosial, tahap

penjagaan diri dan tahap kesihatan adalah pemboleh ubah yang penting untuk dilihat

mengenai gelandangan (Fitzpatrick. S, 2004).

Di Malaysia masih kurang pusat-pusat pemulihan yang dikhaskan bagi golonagn

gelandangan untuk mereka tinggal. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)

mentadbirkan 3 buah institusi pengemis yang dikenali dengan nama Desa Bina Diri iaitu

Desa Bina Diri Mersing di Johor, Desa Bina Diri Jerantut di Pahang serta Pusat Sehenti

Bina Diri, Sungai Buloh. Tiga buah pusat ini sebenarnya tidak mencukupi untuk

menampung kesemua jumlah gelandangan yang semakin meningkat saban tahun (Sharifah

& Alifatul 2012). Bagi mereka yang telah berada di dalam pusat pemulihan, tahap

kesihatan mental juga dilihat tidak berubah malah ada antara mereka yang semakin teruk

keadaan mentalnya (Kim 2007). Selain itu, kajian oleh Liu & Chui (2013) juga

menyatakan bahawa, individu yang memasuki pusat pemulihan akan memberi kesan ke

atas kesihatan mental mereka terutamanya tahap kemurungan dan kebimbangan. Ini

kerana, apabila seseorang itu telah masuk ke dalam pusat pemulihan, jaringan sosial

mereka akan semakin berkurang. Ada antara mereka yang telah dibuang oleh ahli

keluarga, sahabat serta orang yang rapat yang menyebabkan mereka ini telah hilang salah

satu sumber sokongan sosial yang penting dalam usaha pemulihan.Apabila tiada atau

kurang sokongan sosial diterima, ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mental. Selain

itu, kebanyakan individu yang memasuki pusat pemulihan mempunyai tahap kebimbangan

yang tinggi. Masalah ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya disebabkan

Page 5: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

123

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

oleh stigma dan persepsi negatif. Walaupun berada di dalam pusat pemulihan, masalah

kebimbangan tidak akan hilang tanpa rawatan yang sepatutnya malah akan menjadi

semakin teruk dan seterusnya menganggu kefungsian mereka. Individu yang memasuki

pusat pemulihan seringkali bimbang akan penerimaan masyarakat terhadap diri mereka.

Tambahan pula, ada antara mereka yang tidak diterima oleh ahli keluarga sendiri telah

menyebabkan kebimbangan mereka terhadapat penerimaan masyarakat meningkat (Liu &

Chui, 2013).

TEORITIKAL KAJIAN

Definisi yang jelas mengenai apa itu gelandangan akan membantu pembuat polisi untuk

memahami dengan lebih jelas mengenai gelandangan dan dapat mengembangkan idea

mengenai keperluan yang diperlukan oleh golongan ini. Teori struktural membincangkan

mengenai kemudahan untuk mengakses kepada penginapan atau perumahan. Teori ini

membincangkan mengenai kekurangan perumahan, ketidakadilan kebajikan dan sistem

ekonomi yang memberi kesan ke atas individu mahupun keluarga. Tekanan yang

berterusan (tanpa intervensi) akan menyebabkan masalah gelandangan yang berterusan.

Teori fungsional pula lebih melihat kepada perspektif tingkahlaku berbanding dengan

polisi perumahan mahupun kebajikan. Kecenderungan gelandangan untuk mengasingkan

diri dilihat sebagai tanda-tanda ketidakfungsian. Kedua-dua teori ini melihat gelandangan

sebagai mereka yang mengancam kepada masyarakat yang mana struktur masyarakat

(class system) yang memaksa mereka ini untuk menjauhi masyarakat dan mewujudkan

golongan gelandangan yang tidak dapat berfungsi secara normal dalam komuniti.

Selain itu, dari segi gelandangan yang mempunyai masalah mental merasa terputus

hubungan dalam membuat keputusan mengenai kesihatan dan kesejahteraan diri akibat

dari ketidakpadanan diantara perkhidmatan yang diberikan dengan apa yang mereka

perlukan (Fisk & Frey 2002). Terdapat hubungan yang positif di antara keupayaan

pengguna untuk memilih dan mengawal perkhidmatan mereka dengan keupayaan mereka

untuk berdikari (Nelson et al. 1998). Teori empowerment dilihat dapat digunakan untuk

membentuk program untuk golongan gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan

mental. Contohnya, kolaborasi diantara pembentukan projek komuniti, gelandangan yang

berada di pusat pemulihan serta staf, NGO, perkhidmatan yang memulihkan gelandangan

yang mana meningkatkan pemilihan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan (Fisk

& Frey 2002). Selain itu, teori pembelajaran sosial juga merupakan pendekatan yang dapat

digunakan dalam menyediakan model intervensi di mana mereka belajar untuk

mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dengan immersing mereka di dalam komuniti

pembelajaran sosial. Satu kajian yang menggunakan pendekatan ini untuk golongan

gelandangan dengan masalah kesihatan mental menunjukkan 62% peserta menunjukkan

perubahan di mana mereka ini memperoleh manfaat daripada intervensi kemahiran hidup

dalam memenuhi keperluan mereka.

KAJIAN LEPAS

Masalah kesihatan mental selalunya akan membawa kepada masalah gelandangan, apabila

mereka tidak berupaya untuk menghadapi tekanan hidup dan mengekalkan kemampuan

mereka untuk mengawal kehidupan seharian (Bogard 1999; Bhugra 1996). Apabila

seseorang gelandangan itu mempunyai masalah kesihatan mental, ia juga akan turut

Page 6: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

124

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

mempengaruhi kefungsian mereka di dalam komuniti kerana asas kemahiran hidup mereka

yang semakin berkurang dan merosot. Selain itu, terdapat hubungan yang sangat kuat di

antara gelandangan dan kesihatan mental (Geyer Szadkowski 1998).Kajian oleh Aghajani

(2002) mendapati bahawa dengan adanya latihan kemahiran hidup bagi golongan yang

memerlukan ini akan meningkatkan kesihatan mental dan sosial mereka serta

membolehkan mereka untuk berdikari dengan sebaiknya di dalam komuniti. Selain itu,

dengan adanya tahap kemahiran hidup yang tinggi ia dapat mengurangkan simptom-

simptom kemurungan, anxiety dan kefungsian sosial individu (Moradi 2002). Sharif et al.,

(1993) juga menjelaskan bahawa tahap kemahiran hidup yang tinggi akan mempengaruhi

dan meningkatkan hubungan interpersonal seseorang. Begitu juga dengan kajian yang

dilakukan oleh Taromyan (1993) menunjukkan bahawa dengan latihan kemahiran hidup

seperti pengurusan diri, kewangan, sosial kontek, komunikasi, pengurusan psikologi telah

meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal seseorang indidivu.

Terdapat kajian-kajian lain yang juga turut menyokong kajian di atas iaitu oleh

Vahid dan Masoumeh (2013) yang menyatakan bahawa dengan adanya latihan kemahiran

hidup berdasarkan penilaian kemahiran hidupyang dibuat ke atas individu akan

meningkatkan tahap kesihatan mental mereka kerana kemahiran hidup dilihat

mempengaruhi tahap kesihatan mental seseorang. Begitu juga kajian oleh Rostami dan

Mehdi (2015) menyatakan bahawa latihan kemahiran hidup akan mengurangkan tahap

tekanan, kemurungan dan anxiety seseorang individu. Justeru itu, berdasarkan kajian yang

dilakukan, dapat dilihat bahawa kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan di antara satu

sama lain dan ia turut mempengaruhi tahap kefungsian golongan gelandangan yang

mempunyai masalah kesihatan mental. Ini menunjukkan bahawa, asas kemahiran hidup

sangat penting diwujudkan di setiap pusat pemulihan bagi memulihkan keseluruhan aspek

ketidakfungsian individu dan membantu mereka untuk hidup berdikari dan

bertanggungjawab di dalam komuniti (Vahid dan Masoumeh 2013). Tahap kesihatan

mental memberi kesan ke atas tahap kemahiran hidup seseorang individu. Jika seseorang

itu mempunyai tahap kesihatan mental yang baik, maka tahap kemahiran hidup mereka

juga adalah baik dan sebaliknya. Namun, kajian mengenai gelandangan, kesihatan mental

dan kemahiran hidup masih kurang dijalankan terutamanya di dalam negara. Kebanyakkan

kajian gelandangan di Malaysia menjalankan kajian deskriptif dengan membina profil

gelandangan tetapi tidak melihat kepada hubungan kemahiran hidup dan kesihatan mental.

Keadaan mental dan fizikal golongan gelandangan sebelum dan semasa berada di

pusat pemulihan adalah sama malahan ada yang menjadi semakin teruk kerana kurangnya

penjagaan yang bersesuaian. Ini kerana pusat pemulihan yang ada dilihat bukan menjadi

pusat pemulihan tetapi mereka ini membawa budaya “gelandangan” itu masuk ke dalam

pusat pemulihan kerana mereka masih duduk atau tidur di tepi-tepi koridor sama seperti

keadaan mereka semasa berada di jalanan. Ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kawalan

daripada mereka yang bertanggungjawab serta kepakaran staf yang ada dalam pusat

pemulihan adalah tidak terlatih. Staf yang ada juga sukar untuk mengawal gelandangan

terutamanya dari segi tingkah laku dan kesihatan (Wagner 2005). Selain itu, salah faham

mengenai sebab penyebab kewujudan masalah gelandangan yang mana menyebabkan

masalah ini tidak dapat diselesaikan. Seperti contoh, mereka yang tiada rumah disebakan

oleh penceraian, keruntuhan rumahtangga atau tidak mampu membayar sewa rumah

kerana pendapatan yang rendah tetapi ditempatkan di dalam pusat pemulihan

menyebabkan mereka ini tertekan kerana terpaksa untuk tinggal dalam pusat pemulihan

dan bergaul dengan mereka yang bermasalah (Busch-Gertsema 2002).

Page 7: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

125

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Kekurangan sokongan sosial, kurang kemahiran sosial serta berlakunya konflik sosial

merupakan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan masalah gelandangan dan

kebimbangan. Apabila hal ini berlanjutan akan menyebabkan masalah kesihatan mereka

menjadi semakin serius kerana tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dari awal. Selain

itu, sikap sambil lewa gelandangan serta pegawai yang bertugas terhadap masalah

kesihatan mental juga menjadi punca masalah ini tidak berpenghujung. Bogard (1999)

menjelaskan bahawa polisi institusi memainkan peranan penting dalam menentukan

struktur institusi tersebut, kelayakan kakitangan serta pengurusan kerja yang mengawal

apa yang perlu dilakukan oleh pekerja dan mengikut prosedur yang betul dalam

memberikan perkhidmatan sosial. Tambahnya lagi, polisi dalam sesebuah institusi juga

mampu menangani kelompongan yang ada serta dapat memerihalkan kaedah berkaitan

dengan bagaimana kakitangan dalam institusi perlu bekerja dalam suasana institusi

masing-masing secara berkesan dan sihat. Manakala kajian oleh Darbyshire et.al (2006)

pula menjelaskan bahawa institusi jagaan yang beroperasi dengan staf yang

berpengetahuan dan berkemahiran boleh menyampaikan perkhidmatan kepada

gelandangan mengikut keperluan dan sumber yang diperlukan oleh mereka.

METODOLOGI

Rekabentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik telah digunakan dalam

meneroka tahap kesihatan mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan. Satu kajian

telah dijalankan di dua buah pusat pemulihan golongan gelandangan iaitu Desa Bina Diri

Mersing dan Desa Bina Diri Jerantut untuk menguji borang soal selidik yang dibentuk.

Seramai 315 orang responden telah berjaya ditemubual menggunakan borang soal selidik

yang mengandungi dua instrumen iaitu i) Mental Health Inventory (MHI) dan ii) Life Skills

Profile (LSP)

i. Mental Health Inventory (MHI) mengandungi 18 soalan yang diguna pakai

secara bukan klinikal untuk mengukur kefungsian emosi sama ada positif atau

negatif. Dalam bahagian ini dibahagikan pula kepada empat subskala iaitu

kebimbangan (anxiety), kemurungan (depression), kawalan tingkahlaku

(behaviour control) dan Afektif positif (positive affect). Nilai Cronbach’s

Alpha ialah 0.713.

ii. Life Skills Profile dibentuk oleh Rosen et.al (1989) adalah untuk mengukur

aspek kefungsian (life skills) yang memberi kesan kepada keberjayaan

seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental yang tinggal di komuniti

dan hospital. Terdapat lima subskala dalam soal selidik ini iaitu self-care, non-

turbulence, sosial-contact, komunikasi dan tanggungjawab di dalam 39 items.

Nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.831.

Setiap responden mengambil masa sebanyak 40 hingga 90 minit untuk menjawab semua

soalan dengan bantuan pegawai. Kesemua data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis

menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.

HASIL KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden. Majoriti responden yang

ditemubual adalah lelaki dan hanya 34 peratus gelandangan wanita. Separuh daripada

gelandangan adalah berumur 40 tahun ke atas dan berbangsa Melayu. Hanya 13.7 peratus

Page 8: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

126

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

gelandangan cina dan 18.7 peratus gelandangan India dan 4 peratus lagi lain-lain.

Sebanyak 52.4 peratus responden adalah bujang dan kebanyakan mereka hanya

mempunyai tahap pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja iaitu sebanyak 80.4%.

Jadual 1: Maklumat Demografi Responden

Kriteria Bilangan Peratus (%)

Jantina

Lelaki 208 66

Wanita 107 34

Bangsa

Melayu 200 63.5

Cina 43 13.7

India 59 18.7

Lain-lain 13 4.1

Umur (tahun)

18 - 29 40 12.7

30 - 39

40 - 49

91

104

28.9

33

Status Perkahwinan

Status Pendidikan

50 – 59

Bujang

Berkahwin

Janda/Duda

SPM

Diploma

Lain-lain

80

165

72

70

60

2

253

25.4

52.4

22.9

22.2

19

0.6

80.4

Jadual 2 : Frekuensi tahap kesihatan mental

Tahap Anxiety Depression Positive affect Behavioral control

Rendah 3 1 19 5

Sederhana 150 149 200 175

Tinggi 162 162 96 135

Jumlah 315 315 315 315

Jadual 2 di atas menunjukkan separuh dari responden mengalami tahap anxiety dan

depression yang tinggi manakala bagi positive affect dan behavioral control, separuh

responden mengalaminya pada tahap yang sederhana.

Jadual 3 : Frekuensi tahap kemahiran hidup

Tahap Non

Turbelence

Komunikasi Tanggungjawab Sosial kontek Self care

Rendah 305 314 293 293 294

Tinggi 10 1 22 22 21

Jumlah 315 315 315 315 315

Jadual 3 di atas menunjukkan kebanyakan responden mempunyai tahap kemahiran hidup

yang rendah dalam kesemua aspek kemahiran hidup di mana seramai 305 responden

Page 9: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

127

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

mempunyai tahap non-turbelence yang rendah, 314 responden mempunyai tahap

komunikasi yang rendah, 293 mempunyai tahap kebertanggungjawaban yang rendah, 293

responden mempunyai tahap sosial kontek yang rendah serta seramai 294 reponden

mempunyai tahap penjagaan diri yang rendah.

Jadual 4 : Hubungan di antara kemahiran hidup dan kesihatan mental

LSP/ Tahap KM Respon

sibility

Komun

ikasi

Non-

Turbelence

Sosial

kontek

Self care

Anxiety -.074 -.188** -.287** -.206** -.024

Depression

Positive Affect

Behavioral Control

-.076

-.264**

-.167**

-.108

-.055

-.150**

-.294**

-.120*

-.183**

.095

-.094

-.185**

.039

-.075

-.036

** k<0.05

Berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang

signifikan di antara anxiety dengan aspek kemahiran hidup iaitu komunikasi, non-

turbelence dan sosial kontek di mana nilai k<0.05. Depression juga dilihat mempunyai

hubungan negatif dan signifikan dengan aspek kemahiran hidup non-turbelence. Jenis

kesihatan mental positive affect juga dilihat mempunyai hubungan negatif yang signifikan

dengan dua aspek kemahiran hidup iaitu responsibility dan non-turbelence manakala bagi

behavioural control mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan empat

komponen kemahiran hidup iaitu responsibility, non-turbelence, komunikasi dan sosial

kontek.

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian, didapati lebih ramai lelaki yang menjadi gelandangan berbanding

wanita. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan lebih ramai lelaki menjadi

gelandangan berbanding wanita. Salah satu faktor utama adalah lelaki mempunyai

tanggungjawab untuk menanggung keluarga yang mana lebih membuatkan lelaki tertekan

jika mempunyai pendapatan yang kurang terpaksa menampung kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, lelaki didapati lebih berisiko terlibat dengan gejala sosial seperti penagihan

dadah dan mereka dikatakan kurang berusaha mendapatkan rawatan kesihatan mental

berbanding wanita. Walaupun begitu, kewujudan wanita yang menjadi gelandangan tidak

boleh diabaikan kerana ia berkait rapat dengan ketidakfungsian keluarga. Menurut kajian

yang dilakukan oleh U.S. Conference of Mayors (2007) menunjukkan bahawa 35%

daripada populasi gelandangan yang berkeluarga adalah lelaki manakala 65% adalah

wanita tetapi 67.5% populasi gelandangan bujang adalah adalah lelaki.

Dari aspek umur, kebanyakkan gelandangan yang ditemui adalah mereka yang

berumur 40 tahun ke atas. 1 dalam 5 individu yang tinggal di jalanan terdiri daripada

mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas. Ini kerana, kebanyakan rakyat Malaysia adalah

bekerja sendiri ataupun bekerja dalam sektor tidak formal di mana mereka tidak

mempunyai simpanan serta elaun bersara. Maka, apabila telah bersara, mereka tidak

mempunyai pendapatan yang stabil yang dapat menangung keluarga mereka dan akhirnya

membuat keputusan untuk tinggal di jalanan (KPWKM, 2014). Jika dilihat mengapa

golongan veteran menjadi gelandangan adalah kerana mereka sudah tidak bekerja dan

tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung keluarga mahupun

menanggung diri sendiri. Maka mereka ini memilih untuk menjadi gelandangan supaya

Page 10: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

128

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

dapat mengurangkan kos kehidupan mereka supaya jumlah pendapatan yang ada dapat

digunakan untuk perkara yang lebih memerlukan. Senario ini mungkin turut berlaku di

negara kita kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas tidak mempunyai keupayaan

fizikal dan mental untuk bekerja secara optimum serta terdapat kemungkinan juga

disebabkan oleh kepincangan sistem sokongan keluarga yang tidak dapat menjaga

golongan warga tua ini.

Berdasarkan jadual di atas juga, kaum melayu dilihat lebih tinggi menjadi

gelandangan berbanding dengan kaum cina dan india. Kajian yang dilakukan oleh Sharifah

& Alifatul (2012) juga menyatakan bahawa golongan gelandangan yang paling tinggi

terdiri daripada kaum melayu kerana berdasarkan kajian mereka kebanyakan kaum melayu

yang dijumpai adalah berdekatan dengan penempatan yang majoritinya terdiri dari kaum

melayu. Selain itu, berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2013),

majoriti penagih dadah juga terdiri daripada kaum melayu yang mana turut menjadi salah

satu faktor penyumbang kepada lebih ramai gelandangan terdiri daripada kaum melayu.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa golongan gelandangan ini mengalamai tahap

depression dan anxiety yang tinggi. Ini kerana menurut Sharifah & Alifatul (2012)

menyatakan bahawa peningkatan kos sara hidup telah meningkatkan tekanan hidup

individu kerana jumlah pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung

kehidupan mereka terutamanya yang berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab yang

ramai. Apabila tekanan ini berterusan dan tidak dirawat akan menyebabkan wujudnya

masalah mental. Selain itu, mereka yang menjadi gelandangan juga disisih dan dipandang

negatif oleh masyarakat dan ini memberi kesan kepada mereka dan mereka akan mula

menjauhi masyarakat dan turut meningkatkan tahap kemurungan mereka .

Tahap kemahiran hidup kebanyakan golongan gelandangan ini juga dilihat berada

pada tahap yang rendah kerana gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan mental

mempunyai tahap kemahiran hidup yang rendah berbanding mereka yang tidak

mempunyai masalah kesihatan mental serta mereka ini menghadapi masalah dalam

mendapatkan keperluan asas (Sullivan et al. 2000). Berdasarkan kajian oleh Gholamreza &

Fariba (2013) tahap kemahiran yang tinggi akan memberi kesan ke atas kesihatan mental

seseorang di mana apabila tahap kemahiran hidup tinggi maka tahap kemurungan

seseorang individu itu akan berkurang. Maka dapat dilihat bahawa kesihatan mental dan

kemahiran hidup dilihat saling berkait antara satu sama lain berdasarkan hasil kajian ini

dan kajian lepas. Kesihatan mental dan kemahiran hidup merupakan dua aspek yang

penting untuk dilihat dalam kalangan mereka yang menjadi gelandangan. Ini kerana

mereka yang menjadi gelandangan serta mempunyai masalah kesihatan mental mempunyai

tahap kemahiran hidup yang rendah yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran

untuk tinggal di dalam komuniti. Intervensi kemahiran hidup dapat membantu

gelandangan untuk mengembangkan dan mengekalkan tahap kemahiran hidup yang

diperlukan untuk mengekalkan kestabilan perumahan mereka. Ini kerana intervensi ini

membantu memperbaiki kemahiran pengurusan dari segi makanan, kewangan, bilik,

penjagaan diri dan penyertaan dalam komuniti

Masalah kesihatan mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan perlu

ditangani oleh semua agensi termasuklah pihak bukan kerajaan, keluarga dan rakan-rakan.

Satu perkhidmatan yang bersepadu untuk menangani isu gelandangan amat diperlukan

bukan semata-mata menyediakan kemudahan fizikal tanpa ada rancangan pemulihan

fizikal dan mental dalam jangka masa panjang. Mereka yang mengalami masalah

Page 11: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

129

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

kesihatan mental akibat dari tekanan yang berterusan ini tidak berupaya untuk berfungsi

dengan baik di dalam komuniti dan seterusnya akan kehilangan kemahiran-kemahiran asas

dalam kehidupan seperti mengabaikan penjagaan diri dan sebagainya. Justeru itu, dapat

dilihat disini bahawa pentingnya mewujudkan polisi yang khusus bagi golongan

gelandangan dalam menyelesaikan masalah mereka. Kesan ketiadaan polisi menyebabkan

masyarakat tidak peka dan faham dengan masalah gelandangan dan golongan ini akan

berterusan menjadi gelandangan tanpa sebarang program pemulihan yang berkesan khas

untuk mereka.

Ketiadaan polisi dipengaruhi oleh beberapa faktor, pertama, kurangnya kesedaran

atau penafian kepada masalah. Kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah pihak kerajaan

mahupun NGO tidak sedar akan kewujudan golongan gelandangan ini dan tidak begitu

jelas dengan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gelandangan (social

blindness). Kedua, disebabkan oleh maklumat yang salah daripada kerajaan di mana

kerajaan menyatakan bahawa tidak wujud gelandangan di Malaysia. Ketiga, keutamaan

yang mana apabila ramai sedar akan kewujudan gelandangan, tetapi gagal untuk memberi

keutamaan terhadap tindakan yang sepatutnya dilakukan dan faktor keempat adalah

kegagalan untuk menyedari tentang kepentingan untuk menyediakan polisi yang

bertepatan dalam menghadapi isu gelandangan ini. Justeru itu, kerajaan Malaysia perlu

untuk membentuk satu polisi yang bertepatan bagi mengendalikan isu gelandangan ini.

Akta Orang Papa 1977 juga perlu dikaji semula dan perlu menggunakan pendekatan yang

lebih bersesuain dengan definisi gelandangan. Elemen yang terdapat di dalam akta yang

lebih kepada criminilised the poor dan halangan terhadap keperluan perkhidmatan perlu di

hapuskan.

Oleh itu, pendekatan teori empowerment dapat digunakan dengan membolehkan

golongan ini untuk memilih keperluan yang mereka perlukan dengan kerjasama dari pihak

yang memberi perkhidmatan yang mana dapat menggunakan pendekatan melalui

pembelajaran sosial. Satu perkhidmatan yang bersepadu untuk menangani isu gelandangan

amat diperlukan bukan semata-mata menyediakan kemudahan fizikal tanpa ada rancangan

pemulihan fizikal dan mental dalam jangka masa panjang.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI POLISI

Gelandangan bukanlah penyakit mahupun kelemahan seseorang. Gelandangan wujud

disebabkan oleh sebab-sebab psikososial yang kompleks. Gelandangan mempunyai

pelbagai faktor etiologi yang mana mereka ini sangat memerlukan sokongan dan empati.

Keadaan sosial yang mana menyebabkan mereka ini kehilangan kemahiran sosial dalam

mengekalkan kestabilan perumahan. Maka dengan menyediakan perumahan sahaja sangat

tidak mencukupi bagi golongan ini. Mereka yang mengalami masalah gelandangan ini

memerlukan pulihan psikososial yang membolehkan mereka mengembangkan dan

membaikpulih kemahiran sosial mereka untuk tinggal berdikari di luar. Pemulihan ini

merupakan pendekatan ekologikal yang aims pemulihan untuk jangka panjang. WHO

mendefinisikan pemulihan psikososial sebagai proses untuk mereka yang mengalami

ketidakupayaan yang disebabkan oleh masalah kesihatan mental untuk mencapai tahap

kefungsian yang optimal untuk berfungsi di dalam komuniti (WHO 1996). Meningkatkan

tahap kemahiran sosial merupakan sesuatu yang penting sebagai sebahagian dalam proses

pemulihan psikososial kerana kemahiran sosial memainkan peranan yang sangat penting

dalam mengekalkan perumahan.

Page 12: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

130

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Secara keseluruhannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan

bekerja sebagai sebuah pasukan apabila berhadapan dengan golongan gelandangan dan

mengurangkan risiko masalah kesihatan mental mereka. Agensi-agensi kerajaan

mempunyai kuasa untuk mempertingkatkan jumlah pendapatan, upah dan gaji pekerja

selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Kerajaan perlu mengkaji semula strategi dan

polisi yang sedia ada dengan memperkembangkan perumahan yang mampu milik,

menguatkuasakan undang-undang pekerjaan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan

mental, perkhidmatan kemahiran hidup dan perkhidmatan pemulihan dadah. Di samping

itu, pihak kerajaan perlu memikirkan penubuhan satu unik khas yang menguruskan hal

ehwal gelandangan kerana majoriti negara-negara maju mempunyai badan atau unit khas

yang ditubuhkan kerajaan.

Selain ini, pihak NGO juga percaya bahawa mereka yang tinggal di jalanan

mempunyai hak, keperluan dan minat yang perlu dipertahankan. Kini, beberapa NGO telah

bergerak untuk membantu golongan gelandangan ini dengan menyediakan makanan,

pakaian, ubat-ubatan dan bantuan lain yang mereka perlukan. Integrasi NGO amatlah

penting bagi memastikan koordinasi dan pengurusan bahan bantuan dan sokongan yang

lebih baik kepada gelandangan. Namun apa yang paling penting dalam menangani isu

gelandangan dan kesihatan dari akar umbi ialah peranan yang dimainkan oleh keluarga.

Jika setiap keluarga memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin dan menyediakan

sumber sokongan yang diperlukan, maka tiadalah mereka yang mengalami ekslusi sosial

dan disisihkan dari keluarga atau masyarakat.

RUJUKAN

Aghajani, M. 2002. The effect of life skills training on mental health. University of

Shahid Beheshti Tehran

Arif Rohman. 2011. Program Penanganan Gelandangan, Pengemis, dan Anak Jalanan

Terpadu Melalui Penguatan Katahanan Ekonomi Keluarga Berorientasi Desa. Workshop

Penanganan Gelandangan di Perkotaan. Jakarta:Kementerian Sosial

RI.http://arifrohmansocial worker.blogspot.com.au/2010/11/program-penanganan

gelandangan-pengemis.html.[09 Desember2013].

Bhugra, D. 1996. Homelessness and mental health. Cambridge England: Cambridge

University Press.

Bogard, C. J., McConnell, J. J., Gerstel, N., & Schwartz, M. 1999. Homeless mothers and

depression: misdirected policy. Journal of Health and Sosial Behavior, 40(1), 46–

62.

Chong, Sheau Tsuey, Mohd Suhaimi Mohamad, &Er, A. C. 2013. “The Mental Health

Development in Malaysia : History, Current Issue and Future Development” 9 (6):

1–8.

Commonwealth of Australia (2008). The road home, A national approach to reducing

homelessness Canberra: Commonwealth of Australia

Christine A. Helfrich & Louis F.Fogg. 2007. Outcomes of a Life Skilss Intervention for

Homeless Adults with Mental Illness. J Primary Prevent. 28:313-326

Fisk, D., & Frey, J. 2002. Employing people with psychiatric disabilities to engage

homeless individuals through supported socialization: The Buddies project.

Psychiatric Rehabilition Journal, 26(2), 191-196.

Page 13: ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL ...journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_012... · dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat,

131

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Gholamreza Golmohammadnajad Bahrami & Fariba Molajabari. 2013. The effect of

training life skills on mental health of mothers having exceptional children.

European Journal of Experimental Biology. 3(2). 1-5

Jamaiyah, H. 2000. Community mental health in Malaysia: Marriage of Psychiatry and

Public Health. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas. 6, 155-165.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2013. Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kuala Lumpur.

Malaysian Mental Health Association. 2008. About Us. Retrieved from

http://mentalhealth.org.my/index.cfm?menuid=63&parentid=35

Moradi, M. 2002. The Impact of beneficial life skills training on high school students in

Tehran in his mental status improved. University of Shahid Beheshti

Tehran.National Coalition for the Homeless. 2009a, Why Are People Homeless?

On-line availablehttp://www.nationalhomeless.org/factsheets/why.html.

National Coalition for the Homeless. 2009b. Employment and Homelessness. Published by

the National Coalition for the Homeless, July 2009 on-line at

http://www.nationalhomeless.org/factsheets/employment.html

Rostami Qumart & Mehdi Karini. 2015. The Effect Of Life Skills Training On The

Educational Stress Deduction Of The Islamic Azad Univerisy Student In 2013-

2014. International Letters Of Social And Humanistic Sciences.52:122-126

Sharif, Z. 1993. The Impact Of Teaching Life Skills Onreduces Depression In Adolesents.

University Of Tehran

Sharifah &Alifatul. 2012. Homelessness in Kuala Lumpur, Malaysia : A Case of Agenda

Denial, International Journal OfSosial Science Tomorrow.1(2), 1–9.

Tarmyan F. 1993. Preliminary evaluation of the effectiveness of life skills training

programs to prevent drug abuse in the first year students of junior high school.

University of Shahid Beheshtu, Tehran.

United States Conference of Mayors. 2003. Hunger, homelessness on the rise in major

U.S. cities: Mayors' 25-city survey finds high housing costs, weak economy

increase need. Retrieved March 28, 2005, from

http://www.usmayors.org/uscm/us_mayor_newspaper/documents/01_13_03/hunge

r.asp.

Vahid Khoshravesh & Masoumeh Pourmohsen. 2013. The effect of life skills training on

mental health of persons reffered to counseling psychology centers in Rasht.

University of Rasht. 5(3):20-23

Wright, N. M. J., & Tompkins, C. N. E. (2006). How can health services effectively meet

the health needs of homeless people? British Journal of General Practice, 56(525),

286-293.