isu dan trenda esemen
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Isu Dan Trenda Esemen
1/5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIF, 56000 BANDAR TUN RAZAK
CHERAS, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 6
AMBILAN JANUARI 2011
ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM
INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN
NAMA : NURUL IMANI BINTI ABD HALIM
KUMPULAN : G6.2
NO KAD PENGENALAN : 900126-03-5158
PROGRAM : PISMP (AMBILAN JAN 2011) PENDIDIKAN KHAS MP
KURSUS : PKU 3111 ISU DAN TRENDA
TARIKH HANTAR : 23 OGOS 2013
NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL RAHIM BIN TALIB
-
7/28/2019 Isu Dan Trenda Esemen
2/5
PKB3111 [ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]
2 NURUL IMANI BINTI ABD HALIM 900126-03-5159 PISMP JAN 2011 PK MP
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan segala rahmat dan nikmat yang telah diberikan oleh Allah
SWT telah memberikan saya kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyiapkan
tugasan yang telah diberikan ini. Tanpa nikmat daripada-Nya saya tidak mampu
menyiapkan tugasan ini
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ditujukan kepada pensyarah kursus
PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas iaitu Encik Abd Rahim bin Talib.
Beliau telah banyak memberikan ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna kepada
saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ilmu yang iberikan sangat berguna kepada
saya sebagai persediaan menjadi seorang guru.
Di samping itu juga, tidak dilupakan kepada pihak sekolah Sekolah Kebangsaan
Taman Koperasi Polis yang juga telah membantu saya menjalankan pemerhatian dan
mengumpul maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu juga, ucapan
terima kasih juga disampaikan kepada guru-guru di sekolah tersebut kerana berkongsi
ilmu dan pengalaman mengenai dunia Pendidikan Khas.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak
memberikan saya sokongan moral. Saya amat bertuah kerana memiliki ibu bapa yang
begitu memahami dan menyokong saya dari segi moral dan kewangan. Tanpa mereka
saya yakin tidak akan mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik kerana kata-kata
semangat yang diberikan mereka sangat berkesan kepada saya di saat menghadapi
tekanan.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan guru pelatih G6.2 yang banyak memberikan saya sokongan dan nasihat
sepanjang menjalankan tugasan ini terutamanya semasa mencari bahan dan sumber
untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu juga, tidak dilupakan juga kepada
-
7/28/2019 Isu Dan Trenda Esemen
3/5
PKB3111 [ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]
3 NURUL IMANI BINTI ABD HALIM 900126-03-5159 PISMP JAN 2011 PK MP
pemberi semangat saya yang tidak putus-putus memberikan saya motivasi untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, semoga Allah membalas jasa mereka dengan segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
(NURUL IMANI BT ABD HALIM)
-
7/28/2019 Isu Dan Trenda Esemen
4/5
PKB3111 [ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]
4 NURUL IMANI BINTI ABD HALIM 900126-03-5159 PISMP JAN 2011 PK MP
1.0 PENGENALAN
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia. Perakuan 169 menyebut,
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan
seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan
hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu,
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
terus digalakkan.
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920-an
dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat
penglihatan dan pendengaran. Sehubungan dengan itu, pelbagai transformasi telah
berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga pada hari. Melalui pelbagai kajian dan
pembaikpulih, maka wujudlah Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah-
sekolah. Wujudnya Program Pendidikan Khas di sekolah rendah dan menengah di
negara kita adalah disebabkan oleh keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam memberi peluang kepada golongan yang istimewa ini untuk belajar
seiring dengan murid-murid normal.
Pendidikan Khas merujuk kepada perkhidmatan pendidikan yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas
dan bekeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan
bemrasalah pembelajaran seperti autisma, hiperaktif dan sindrom down (Utusan
Malaysia, 2011). Justeru, bagi merealisasikan pendidikan khas dalam kalangan
murid istimewa ini program seperti Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program
Inklusif dibentuk agar golongan istimewa ini juga mendapat peluang untuk belajar.
-
7/28/2019 Isu Dan Trenda Esemen
5/5
PKB3111 [ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]
5 NURUL IMANI BINTI ABD HALIM 900126-03-5159 PISMP JAN 2011 PK MP
Sebagaimana yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Khas di
negara kita iaitu:
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
berkemampuan merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Khas tersebut, tujuan utama pendidikan
khas di negara kita adalah bertujuan untuk menyuburkan keupayaan intelek, emosi,
sosial dan jasmani. Sehubungan dengan itu, kekuatan murid istimewa ini perlu
dikesan dan ditegaskan supaya melalui pendidikan tersebut guru-guru dapat
memperkembangkan kecekapan-kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-
kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja-pekerja yang memberi manfaat
dalam masyarakat.
Walaubagaimanpun, masih lagi terdapat pelbagai kekangan daripada usaha
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan pendidikan kepada
golongan istimewa ini. Maka, dalam tempoh tersebut pelbagai isu telah timbul
sepanjang tempoh pelaksanaannya di sekolah. Berdasarkan kepada kelemahan-
kelemahan daripada isu-isu tersebut, wujudlah usaha untuk menjadikan Pendidikan
Khas di negara kita lebih baik setaraf dengan negara-negara maju yang lain.