isqat al-tadbir dalam kitab tanwir al qulub fi isqat ...· kamus dewan edisi ketiga ianya bermaksud

Download ISQAT AL-TADBIR DALAM KITAB TANWIR AL QULUB FI ISQAT ...· Kamus Dewan Edisi Ketiga ianya bermaksud

Post on 01-Jul-2019

280 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Nor Shakirah Azizan, Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-

    `Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):

    108-130

    108

    ISQAT AL-TADBIR DALAM KITAB TANWIR AL QULUB FI

    ISQAT TADBIR AL-`UYUB TERJEMAHAN `UTHMAN

    SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI

    *Nor Shakirah Azizan

    **Che Zarrina Sa`ari

    *Sarjana Usuluddin Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,

    Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    **Profesor Madya Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,

    Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Emel: *norshakirahazizan89@yahoo.com

    Abstrak

    Makalah ini merupakan kajian mengenai konsep isqat al-Tadbir berlandaskan pemikiran ulama Melayu Nusantara iaitu `Uthman Shihab

    al-Din al-Funtiani. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini

    bertujuan mengkaji pemikiran `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani

    mengenai konsep isqat al-Tadbir menerusi karya Jawi terjemahannya Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub daripada kitab asal berbahasa Arab oleh `Ibn `Ata Allah al-Sakandari iaitu al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. Makalah ini adalah penting bagi menyediakan wacana mengenai konsep

    isqat al-Tadbir. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan metode perpustakaan sebagai metode utama pengumpulan data. Kajian telah

    mendapati konsep isqat al-Tadbir yang dikemukakan oleh `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani tidak berbeza dengan pemikiran penulis asal

    kitab ini dan ia didapati bersandarkan pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah.

    Kata kunci: Isqat al-Tadbir, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub,

    `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, `Ibn `Ata Allah.

    ISQAT AL-TADBIR IN THE BOOK OF TANWIR AL-QULUB FI

    ISQAT TADBIR AL-`UYUB TRANSLATED BY `UTHMAN

    SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI Abstract

    The article discusses the concept of isqat al-Tadbir which is based on the

    idea of well-known Malay archipelagos scholar, `Uthman Shihab al-Din

    al-Funtiani. This descriptive qualitative analysis study aims at

    investigating the thought of `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani

    concerning the concept of isqat al-Tadbir through his translated Jawi

    mailto:norshakirahazizan89@yahoo.com
  • Nor Shakirah Azizan, Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-

    `Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):

    108-130

    109

    work Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub from the original work in

    Arabic by Ibn Ata Allah al-Sakandari, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. This study is important for providing the discourse on the concept of isqat al-Tadbir. To achieve these objectives, this study used the library research as the main method of data collection. The study found that the concept of

    isqat al-Tadbir put forward by `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani has no different with the thought of the original author of this work, and it is found

    that their thought on this concept is based on Ahl al-Sunnah wa al-

    Jama`ahs view.

    Keywords: Isqat al-Tadbir, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub, `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, `Ibn `Ata Allah.

    Pendahuluan

    Para ulamak terdahulu termasuklah `Uthman Shihab al-Din al-

    Funtiani menggunakan kitab Jawi sebagai medium perantaraan

    penyebaran maklumat Islam dan mengembangkan pemikiran atau

    ilmu yang ada dalam kitab Jawi tersebut kepada masyarakat.

    Mereka berperanan sebagai seseorang yang berkepentingan di

    dalam masyarakat, berilmu pengetahuan yang tinggi dan

    bertanggungjawab dalam semua bidang seperti bidang

    kemasyarakatan, politik, pentadbiran, dan sebagainya serta tidak

    hanya berfokuskan kepada bidang penyebaran dakwah atau

    keagamaan semata-mata untuk mendidik masyarakat ke arah jalan

    yang benar mengikut acuan Islam.1 Justeru itu, kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub hasil karya Ibn `Ata' Allah yang telah diterjemahkan oleh `Uthman Shihab al-Din Funtiani dilihat

    penting untuk dikaji kerana pemikiran yang terdapat dalam kitab

    tersebut merupakan satu khazanah ilmu yang perlu diterokai,

    dipelajari dan difahami oleh masyarakat semasa.

    Takrif Isqat Al-Tadbir

    Dari sudut bahasa makna isqat bermaksud menggugurkan,2

    meninggalkan,3 menjatuhkan dan membuangkan.4 Perkataan tadbir pula berasal daripada perkataan Arab dan telah juga digunakan

    1Farid Mat Zain, Islam Di Tanah Melayu Melayu Abad Ke-19 (Shah alam: Karisma

    Publication Sdn. Bhd., 2007), 100. 2`Uthman bin Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub (Kaherah:

    Matba`ah `Isa al-Babi al-Halabi wa Shurakah, 1925), 1. 3`Uthman bin Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 3. 4Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-

    Malayuwi, J.1. (Kuala Lumpur: Darul Fikir, 1990), 293.

  • Nor Shakirah Azizan, Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-

    `Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):

    108-130

    110

    dalam bahasa Melayu sebagai tadbir. Oleh yang demikian, isqat al-Tadbir dari sudut bahasa boleh didefinisikan sebagai mengugurkan tadbir. Namun begitu isqat al-Tadbir yang dimaksudkan dalam kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub adalah meninggalkan tadbir yang tercela dan bukanlah

    meninggalkan tadbir yang terpuji.5 Bagi pemahaman lanjut

    mengenai isqat al-Tadbir, penulis membawa definisi perkataan isqat, al-Tadbir dan perkataan yang ada kaitan dengan al-Tadbir iaitu khalq dan ikhtiyar. Perkataan ikhtiyar ini turut dibincangkan kerana Ibn `Ata Allah dan `Uthman Shihab al-Din ada menyebut

    perkataan ini seiringan dengan perkataan al-Tadbir.

    i)Isqat Perkataan isqat merupakan masdar kepada asqat6 dan asqat

    bermaksud akhta 7 serta membawa maksud zalla.8Akhta memberi

    maksud salah,9 manakala zalla pula bermaksud menjatuhkan di

    dalam salah dan menempuh dengan segera atau lalu dengan

    cepat.10 Contohnya dia berbicara dengan menggugurkan sesuatu

    perkataan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu perkataan

    telah jatuh dan menyebabkan ada kesalahan pada kalimah tersebut11

    atau berbicara dengan perkataan yang tidak betul.12 Ibn al-Sukayt

    dalam membahaskan makna isqat menyebut ia seperti bercakap dengan perkataan yang tercicir atau terjatuh atau tergugur hurufnya.

    Sebagai contoh yang lain, dia membaca dengan menggugurkan

    5Penjelasan secara detail boleh dilihat dalam Nor Shakirah Azizan, Isqat al-tadbir

    dalam kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-'Uyub terjemahan 'Uthman

    Shihab al-Din al-Funtiani, (Disertasi, Universiti Malaya, 2015), 24-49. 6Ahmad Mukhtar `Umar et al., Mu`jam al-Lughah al-`Arabiyyah al-Mu`asirah,

    (Kaherah: `Alam al-Kutub, 2008), 1078. 7Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, (Beirut: Dar Sadir, 1956), 317. 8Shawqi Dayif et al., Mu`jam al-Wasit (Kaherah: Dar al-Shuruq al-Dawliyyah,

    2004), 435. 9Muhamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-

    Malayuwi, J. 1, 177. 10Muhamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-

    Malayuwi, J.1, 267. 11Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, 317. 12Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu Dewan al-

    Mu`jam al-`Arabi al-Malayuwi al-Kabir (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), 1149.

  • Nor Shakirah Azizan, Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-

    `Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):

    108-130

    111

    perkataan.13 Selain itu, perkataan isqat digunakan di dalam ayat yang menunjukkan keguguran iaitu orang yang mengandung

    mengalami keguguran janin.14 Isqat juga bermaksud keguguran yang memberi gambaran dari sudut psikologi iaitu ideologi

    seseorang tidak disedari kerana menyandarkan kepada orang yang

    lain.15 Namun begitu terdapat perkataan yang digunakan adalah

    asqat bukannya isqat tetapi membawa maksud gugur atau jatuh.16 Al-Qur`an juga ada menyebut perkataan asqit yang membawa

    maksud yang sama iaitu jatuhkanlah atau gugurkanlah.17

    Al-Shu`ara 26: 187

    Terjemahan: Maka jatuhkanlah kepada

    kami gumpalan dari langit, jika engkau

    termasuk orang-orang yang benar.

    ii)Tadbir

    Tadbir pula bermakna tugasan menguruskan sesuatu.18 Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ianya bermaksud urusan menjalankan

    sesuatu atau mengelola.19 Tadbir di dalam bahasa Inggeris ialah governance iaitu merangkumi semua aspek cara negara, perbadanan

    korporat dan entiti diuruskan20 manakala perkataan tadbir mengikut tema bahasa Arab adalah masdar bagi perkataan dabbar mengikut

    13Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, 317. 14Shawqi Dayif et al., Mu`jam al-Wasit, 435. 15Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu, 1149. 16Abd. Rauf Hassan dan Abdul Rahim Salleh dan Khairul Amin Mohd Zain,

    Kamus Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Melayu (Selangor:

    Oxford Fajar Sdn Bhd, 2005), 184. 17 Muhammad Fuad `Abd al-Baqi, al-Mu`jam al-Mufahras Li Alfaz al-Qur`an al-

    Karim (Kaherah: Dar al-Kutub al Misriyyah, 1945), 352. 18Kamus Dewan Edisi Keempat. (cet. Ke-2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka, 2007), 1565. 19Kamus Dewan Edisi Ketiga. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998),

    1340; Mashitah binti Taharin et al., Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baru

    (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus