isl m1.docx
TRANSCRIPT
ISL M1 : Rujuk buku wee eng hoe(1994). Organisasi & Pentadbiran Sukan & Pendidikan JAsmani.KL: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd utk mendapatkan maklumat berhubung aspek organisasi& pentadbiran sukan dan PJ
Konsep Organisasi Sukan dan Pendidikan Jasmani
Definisi Organisasi
Agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab.
Satu sistem aktiviti / kuasa personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah.
Satu entiti kumpulan manusia yang bekerja bersama dan diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Satu unit sosial yang sengaja dibentuk dan dibentuk semula untuk sesuatu matlamat.
Ciri-ciri Organisasi
Mempunyai tujuan yang jelas
Autoriti berhierarki
Pemusatan perintah
Pembahagian tugas
Sikap tanggungjawab
Keseimbangan
Fleksibiliti
Kepimpinan
Elemen-elemen Organisasi Sukan
1. Sebuah institusi sosial
Setiap anggota dalam organisasi sukan berinteraksi antara satu sama lain dan memainkan peranan tersendiri.
2. Penglibatan dalam secara terus dalam bidang sukan
Sesebuah organisasi sukan terlibat secara terus dalam pengendalian latihan, penganjuran kejohanan, dan bengkel sukan.
3. Mempunyai matlamat yang ingin dicapai
Matlamat yang digariskan biasanya berkisar tentang usaha untuk membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, atlet yang berkualiti.
4. Mempunyai struktur sistem tersendiri
Organisasi sukan ialah usaha yang dikumpulkan atas dasar memajukan bidang sukan dan mempunyai pelbagai bahagian untuk menggerakkan pengurusan sukan.
Konsep Pengelolaan, Pengurusan, dan Pentadbiran
Konsep Pengurusan
Keperluan mengurus
Kewujudan sebuah organisasi formal. Matlamat organisasi yang jelas. Organisasi diketuai oleh seseorang.
Proses yang terlibat
Perancangan: Aktiviti menetapkan matlamat. Pengelolaan: Pembahagian tugasan secara saintifik. Memimpin: Kerjasama antara ketua & anggota. Pengawalan: Penilaian dan laporan kerja yang dijalankan.