isi modul

Download isi modul

If you can't read please download the document

Upload: mualim2

Post on 07-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

i

TRANSCRIPT

Microsoft Word - Tajuk 1- 8 Panduan Pembelajaran _baru_.docSJH3093E Pentaksiran Dalam pembelajaran SejarahSJH3093E Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah45TAJUK 7PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHSinopsisTajuk ini membincangkan dasar pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah, ciri-ciri PBS, perancangan PBS, komponen PBS dan tugas serta tanggungjawab sekolah. Hasil Pembelajaran:Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-1. Menghuraikan dasar pelaksanaan PBS.2. Menganalisis ciri-ciri PBS.3. Meninjau peranan sekolah dalam pelaksanaan PBS.Sub Tajuk 7.1:Dasar pelaksanaan PBSPBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:a.Pentaksiran Sekolah b.Pentaksiran Pusat c.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulumd.Pentaksiran PsikometrikSub Tajuk 7.2:Ciri-ciri PBSSub Tajuk 7.3:Perancangan PBSSub Tajuk 7.4:Komponen PBSSub Tajuk 7.5:Tugas dan tanggungjawab sekolah. Layari internet untuk dapatkan info berkenaan sub tajuk 7.2, 7.3, 7.4 dan 7.5.Selepas berjaya memperolehi info daripada internet bincangkan bersama rakan anda. TAJUK 9APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENTAKSIRANSinopsisTajuk ini membincangkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pentaksiran sejarah, pembinaan item sejarah menggunakan perisian Hot Potatoes dan analisis item menggunakan Excel dan Rasch Model.Hasil Pembelajaran:Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-1. Mengaplikasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembinaan item sejarah.2. Mengaplikasi Hot Potatoes.3. Menggunakan Rasch Model dan Excel dalam menganalisis item..Sub Tajuk 9.1:Teknologi maklumat dan komuniaksi dalam pentaksiranPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.TMK dalam pengujian dan penilaianPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujuian dan penilaian merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan, pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi pencapaian atau prestasi pelajar.TMK dalam pengurusanPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan merangkumi pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah.TMK dalam penyelidikan dan pembangunanPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.Sub Tajuk 9.2Pembinaan item (contoh perisian Hot Potatoes)Hot Potatoes ialah sejenis perisian yang dicipta untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Perisian ini menyediakan beberapa perisian khusus untuk membina bahan seperti di bawah;a. JCROSS - Latihan Teka Silang katab. JCLOZE - latihan isi tempat kosongc. JQUIZ - Latihan Memasukan Teksd. JMIX - Latihan Menyusun Ayate. JMATCH - Latihan Menyusun Ayatf. JBC - Latihan Soalan Aneka PilihanPerbincangan lanjut anda perlu merujuk kepada laman sesawang http://hotpot.uvic.ca/ Pastikan anda melayari laman sesawang diatas untuk mengetahui prosedur pelaksanaan Hot Potatoes.Sub Tajuk 9.3:Analisis item (EXCEL, RASCH Model)Menurut Wright dan Stone (1979), Model Rasch mengendalikan bahawa respon terhadap sesuatu item dipengaruhi oleh dua faktor iaitu; (i) kebolehan respon dan (ii) kesukaran item. Oleh yang demikian untuk membina item yang berkualiti memerlukan langkah-langkah yang sistematik bermula dari peringkat proses pembinan item, kemudian peringkat menganalisa kebolehpercayaan melalui kajian rintis, dan peringkat yang terakhir adalah menganalisi respon pelajar terhadap item dari segi kesahan, kebolehpercayaan, kesukaran item dan kebolehan pelajar.RujukanAbu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2009). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Open University Malaysia.Bhasah Abu Bakar. (2009). Asas Pengukuran Blik Darjah: Tanjung Malim: Quantum Books.Cronbach, L.J., (1970). Essential of Psychological Testing Edisi ke-3. New York: Harper and Row.Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (semester IV). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.Ishak Shari & Ahmad Mohd Yusof (1997). Pengantar Statistik Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Said & Mohamad Munir Ismail.(2014).Pentaksiran dalam pembelajaran sejarah.Puchong:Multimedia Publication Sdn bhd.Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.Liaw Shui Hui & Goh Kim Leng (2002). Statistik Asas. Konsep & Amalan. Kuala Lumpur : McGraw-Hill Education.Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mokhtar Ismail.(2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,Popham, W.J.2000. Modern Educational Measurement. Practical Guidelines for Educatioanal Leaders. 3rd ed. Boston: Allyn and Bacon.Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran Dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan. Falsafah, Teori dan Praktis.Serdang: Penerbit Universiti Pertanian MalaysiaTan Poo Chang & Halimah Awang (2001). Pengenalan Statistik. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Vincent Pang & Denis Lajium (2008). Penilaian Dalam Pendidikan. Sabah: Universiti Kebangsaan Sabah.Zainuddin Awang & Lau Too Kya (1998). Statistik Asas ITM. Kuala Lumpur : Penerbit Institut Teknologi Mara..SELAMAT MAJU JAYA