is 3 ecs 3032

Upload: aznanosman

Post on 07-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    1/8

    DPP B2(b)

    Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah

    INFORMATION SHEET

    PROGRAMME : SIJIL KEJURUTERAAN AWAM LUKISAN STRUKTUR

    SESSION : JAN JUN 2011 SEMESTER : 3A & 3B

    CODE/COURSE : ECS 3032 SHEET NO : IS 3

    LECTURER : EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN WEEK : 3

    TOPIC : 2.0 TENDER

    SUB-TOPIC :

    2.2 Tender Document

    2.2.1 Types of tender document

    2.2.2 Function and content of each document

    LEARNINGOUTCOME :

    After completing the unit, students should be able to :

    2.1 define tender document

    2.2 list each type of tender document

    2.3 describe the function and content of each document

    2.2 DOKUMEN TENDER (TENDER DOCUMENT)

    Dokumen tender ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat

    yang diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang ditawarkan.

    Dokumen tender juga dikenali sebagai dokumen tawaran.

    Tujuan dokumen tenderdikeluarkan adalah untuk :

    a. menghuraikan segala kehendak-kehendak klien/majikan,

    b. membolehkan pihak kontraktor mengemukakan tawaran dengan kos

    yang berpatutan,

    c. mengikat perjanjian antara klien dengan kontraktor untuk dijadikan

    sebagai dokumen kontrak,

    d. dijadikan sebagai rujukan dan rekod semasa pelaksanaan projek.

    2.2.1 JENIS-JENIS DOKUMEN TENDER (TYPES OF TENDER DOCUMENT)

    Page 1 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    2/8

    DPP B2(b)

    Jenis dokumen tender yang biasa dipratikkan kepada dua, iaitu :

    a. Dokumen Tender Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi

    Perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :

    Surat pelawaan tawaran (notis tender)

    Borang tender

    Arahan kepada penender

    Syarat-syarat menender

    Kehendak/kerja awalan

    Spesifikasi kerja

    Ringkasan tender

    Senarai kadar harga

    Lukisan kerja

    Lampiran

    b. Dokumen Tender Berdasarkan Senarai Kuantiti/Bahan

    Perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :

    Surat pelawaan tawaran (notis tender)

    Borang tender

    Arahan kepada penender

    Syarat-syarat menender

    Kehendak/kerja awalan

    Spesifikasi kerja

    Senarai kuantiti/bahan

    Lukisan kerja

    Lampiran

    2.2.2 FUNGSI DAN KANDUNGAN SETIAP DOKUMEN (FUNCTION OF

    CONTENT OF EACH DOCUMENT)

    a. Borang Tender (Tender Form)

    Keterangan : Borang perlu diisi oleh kontraktor dengan menyatakan

    harga tawaran dan tempoh siap kerja.

    Fungsi : Sebagai tanda menyertai tawaran untuk penilaian dan pemilihan

    kontraktor.

    Page 2 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    3/8

    DPP B2(b)

    b. Borang Penerimaan Tender (Tender Acceptance Form)

    Keterangan : Borang perlu diisi oleh klien/majikan untuk dikembalikan

    kepada kontraktor sebagai rekod simpanan.

    Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tender yang diserahkankepada klien telah diterima.

    c. Spesifikasi Piawaian Kerja (Job Standard Specification)

    Keterangan : Keterangan tentang kerja yang akan dijalankan, kualiti

    bahan yang dikehendaki oleh klien, kaedah menjalankan kerja dan tahap

    kualiti kerja yang diharapkan dapat dipenuhi oleh kontraktor.

    Fungsi : Maklumat yang menjelaskan kepada kontraktor tentang butir-

    butir yang berkaitan dengan kontrak yang ditawarkan.

    d. Senarai Kuantiti (Bills of Quantity)

    Keterangan : Mengandungi senarai kuantiti bahan dan kerja yang

    diperlukan untuk menyiapkan projek.

    Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

    anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah

    kerja yang akan dilakukan.

    e. Lukisan Kerja (Working Drawing)

    Keterangan : Mengandungi gambaran kerja yang ditawarkan kepada

    kontraktor.

    Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

    anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah

    kerja yang akan dilakukan.

    f. Jadual Kadar Kerja (Schedule of Working Rate)

    Keterangan : Mengandungi senarai harga bagi setiap kerja yang akan

    dilakukan oleh kontraktor.

    Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan

    anggaran kos.

    Page 3 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    4/8

    DPP B2(b)

    g. Notis Tender (Notice of Tender)

    Keterangan : Iklanmempelawa kontraktor untuk memasuki tender yang

    disiarkan dalam akhbar harian utama oleh pihak klien.

    Fungsi : Memaklumkan kepada kontraktor yang berkelayakan danberpengalaman untuk memasuki tender yang ditawarkan.

    h. Arahan Kepada Penender (Instructions For Tenderer)

    Keterangan : Arahan yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor

    supaya mengisi segala maklumat yang benar mengenai latar belakang

    kewangan dan prestasi petender.

    Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tendernya akan ditolak dan

    tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati maklumat

    palsu atau tidak tepat diberikan.

    i. Syarat-Syarat Menender (Conditions of Tendering)

    Keterangan : Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh petender/kontraktor

    yang melibatkan tugas, hasil kerja, insuran dsbnya

    Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa kontraknya akan ditamatkan

    dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati

    melanggar syarat-syarat yang diberikan.

    j. Surat Setujuterima Tender (Letter of Tender Acceptance)

    Keterangan : Surat yang perlu diisi dan ditandatangani oleh kontraktor

    untuk diserahkan kepada klien/majikan.

    Fungsi : Sebagai tanda kontrak telah diterima dan dipersetujui oleh

    kontraktor.

    k. Kehendak Awalan (Preliminaries)

    Keterangan : Kehendak yang menyatakan perkara-perkara yang tidak

    diukur dan dinyatakan di dalam ringkasan tender.

    Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor dalam melaksanakan

    projek terutama yang melibatkan kos.

    Page 4 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    5/8

    DPP B2(b)

    Page 5 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    6/8

    DPP B2(b)

    Page 6 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    7/8

    DPP B2(b)

    Page 7 of 8

  • 8/6/2019 IS 3 ECS 3032

    8/8

    DPP B2(b)

    EXERCISE 3.0

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen tender?

    2. Nyatakan tujuan dokumen tender dikeluarkan?

    3. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

    berdasarkan lukisan dan spesifikasi?

    4. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

    berdasarkan senarai kuantiti?

    5. Nyatakan fungsi dokumen berikut :

    a. Borang tender

    b. Borang penerimaan tender

    c. Spesifikasi piawaian kerja

    d. Senarai kuantiti

    e. Lukisan kerja

    6. Nyatakan kandungan dokumen berikut :

    a. Jadual kadar kerja

    b. Notis tender

    c. Arahan kepada menender

    d. Syarat-syarat menender

    e. Surat setujuterima tender

    REFERENCE :

    1. Teachers handout

    2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof,Abdul Aziz Abu Bakar (DBP)

    3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)

    4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS)

    5. Nota JKR (IKRAM)

    Page 8 of 8