intervensi al-ghazali dalam mencegah penyakit hati: suka mengumpat
DESCRIPTION
slide presentation kursus kaunseling dalam islam. Intervensi Al-Ghazali dalam mencegah penyakit hati : Suka Mengumpat).TRANSCRIPT
MUFIDAH BT ABU HASSAN
NURDALILAH BT DAHLAN
MASTURA BT MOHAMAD
AHLI KUMPULAN
Merupakan suatu proses menolong yang
melibatkan interaksi dua hala antara orang
yang memberi pertolongan dengan orang
yang menerima pertolongan dalam
keadaan suasana yang harmoni, penuh
kesedaran dan saling memahami.
Mengumpat dalam bahasa Arab adalah
'ghibah'.
Ghibah atau mengumpat adalahmenyatakan keaiban seseorang dibelakangnya sama ada berbentukperkataan, perbuatan atau isyarat.
Salah seorang sahabat Nabi (SAW) bertanya: “Apakah
itu mengumpat?” Rasulullah (SAW) menjawab:
“Menyebut sesuatu mengenai
saudaramu di belakangnya yang dia
tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya:
“Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya
apa yang disebutkan mengenainya itu benar
terdapat padanya?” Rasulullah (SAW) menjawab:
“Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan
itu memang benar) maka sebenarnya itulah
mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan
itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.”
Suka mendengar dan mengikuti perbualan orangyang menyerang peribadi dan kehormatan
seseorang.
Mahu bersaing dan menonjolkan diri denganmenganggap orang lain bodoh dan rendah.
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan oranglain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti
dinaikkan gaji dan pangkat.
Bergurau dan suka berlawak untuk mencela,
mengatakan kelemahan serta kecacatan
hingga mengaibkan orang lain.
Sikap suka mengejek dan mencela
disebabkan rasa bongkak serta sombong
kerana memandang rendah orang lain.
Hukum mengumpat adalah HARAM
Namun Imam Al-Ghazali telah
menggariskan beberapa jenis Ghibah atau
mengumpat yang dibenarkan dalam Islam
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabis.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya,
iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada
menceritakan keburukan orang lain untuk mencapaimaksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan
lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.Wallahu’alam..
1) Pengaduan penganiayaan
2) Meminta pertolongan untuk menegur
kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat
kepada kebenaran
3) Mengingatkan muslim yang lain daripada
kejahatan atau menasihatinya
4) Jika dia seorang yang jelas menujukkan
kefasiqannya atau bida’ahnya
5) Untuk dikenali
Harus bagi orang yang dizalimi untuk
mengadukan kezaliman yang dikenakan
keatasnya kepada Sultan atau hakim atau
sebagainya daripada orang-orang yang
berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi.
Contohnya dia berkata: Si pulan ini
telah menzalimiku dengan begini-begini
Harus bagi seseorang menceritakan kepada orang
yang diharapnya agar mampu menghilangkan
kemungkaran itu
Sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian,
maka kamu laranglah dia
Tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk
menghilangkan kemungkaran itu.
Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu(bahkan untuk
memburuk-burukkannya)maka ia adalah haram.
Jika seseorang pemimpin tidak memimpin dengan
baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia
adalah seorang yang fasiq (cuai).
Maka wajib memberitahukan orang atasannya untuk
memecatnya dan menggantikannya dengan orang
yang lebih sesuai supaya orang atasan itu mengetahui
keadaannya dan memberikan tindakan yang
sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak
tanduknya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia
meminum arak,orang yang terang-terang merampas
harta orang ramai,memungut cukai,mengenakan
cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara
kejahatan
Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang
dilakukannya secara terang-terangan itu
Haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya
Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran
seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta,
atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan
mereka tadi
Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk
mencelanya
Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain
yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-
cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.Surah al-Hujurat : 12
Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang
melihat saudara seagamanya diumpat dan
dia tidak menolong saudaranya padahal dia
boleh melarang atau menyokong
saudaranya, maka Allah akan menghinanya
di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad
Dunya dari Anas)
1) Mendapat kerugian besar pada hari akhirat
2) Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan
3) Dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat
4) Allah akan membalas perbuatan itu dengan
mendedahkan keburukan pada dirinya
1. Mengumpat boleh menyebabkan kita bergaduh
sesama sendiri
2. Mengumpat tentang keburukan orang lain
kepada orang lain atau mengaibkan orang
merupakan perkara yang tidak disukai oleh Allah
SWT
3. Allah akan membalas perbuatan suka
mengumpat ini dengan mendedahkan keburukan
kepada diri si pengumpat
SEKIAN TERIMA KASIH!