interaksi hypermarket dan pasaran - aplikasi model graviti dan sistem maklumat geografi (gis)...
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
1/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
2/143
PENGESAHAN
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah.
Tandatangan : ............
Nama Penyelia :Dr. Mohd Rafee b. Majid
Tarikh : ................
Tandatangan : ............
Nama Pembaca : Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri b.
Muhammad Ludin
Tarikh : ................
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
3/143
INTERAKSIHYPERMARKETDAN PASARAN:
APLIKASI MODEL GRAVITI
DAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
JAMAL AIMI BIN JAMALUDIN
Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
MEI , 2009
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
4/143
i
PENGAKUAN
Saya akui segala apa yang terkandung dalam projek ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan, ringkasan, jadual, graf, rajah dan gambarajah yang telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan : ........
Nama Penulis : Jamal Aimi bin Jamaludin
Tarikh : ............
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
5/143
ii
buat mama, bapak, juaini, fiqah, nini dan aisyah
dan keluarga yang kusayangi
allahyarham pakcikku dalam ingatan
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
6/143
iii
PENGHARGAAN
Segala pujianku pada Tuhan Yang Esa,
Tempatku bergantung. Usaha dan tawakalku demiMu.
Syukur dapat juga diselesaikan tugasan terakhir ini setelah melalui pelbagai
peristiwa yang banyak mengajarku menjadi insan yang lebih baik. Ucapan terima kasih
kepada semua tenaga pengajar di UTM yang telah mencurahkan ilmu kepadaku. Khusus
ucapan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda ini, Dr. Mohd Rafee Majid
yang tidak jemu berkongsi idea dan mencurahkan ilmu serta membantuku menyudahkan
kajian dan penulisan ini.
Buat Allahyarham Dr. Ahris, Dr. Foziah, Hafiz, Ally, Khadijah, Kak Syida, Kak
Nor, dan Abang Shahrul terima kasih kerana terus menyokong dan membantu tanpa jemu.
Kepada Dr.Nooraini yang tanpa jemu menjaga dan memberikan nasihat berguna
sepanjang keberadaku di Fakulti Alam Bina. Rakan karibku, Ayie, Lan, Atok dan
Majang. Sahabatku Ash, Faizal, Hidayah, dan Ayen. Serta tidak lupa kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu meyudahkan kajian dan
penyelidikan ini.
Perhargaan yang paling tinggi ku tujukan buat ibuku, Noor Rihan Yaakob,
bapaku, Jamaludin Hamid, adik-adikku; Juaini Amelina, Jamiatul Afiqah, Jannatul Afni,
Aisyah Jurhani, opah dan tok, keluarga besarku serta diriku sendiri. Terima kasih atas
segalanya.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
7/143
iv
ABSTRAK
Model graviti yang juga dikenali sebagai model interaksi reruang ialah model yangdigunakan secara meluas dalam bidang perancangan pengangkutan, perniagaan, dan
penyediaan kemudahan awam. Bertitik-tolak daripada Hukum Graviti Newton, model
graviti telah mengalami evolusi dan diubah suai bagi pelbagai tujuan kegunaan dan
aplikasi. Antara model graviti yang paling menonjol ialah Model Graviti Peruncitan
Reilly, Model Huff dan juga Multiplicative Competitive Model(MCI). Penggunaan
pelbagai jenis pemboleh ubah terutamanya pemboleh ubah jarak, menimbulkan persoalan
mengenai kemampuan model graviti asas dalam menerangkan fenomena di dunia sebenar
dan meramal senario masa hadapan dengan jitu, tanpa mengambil kira faktor sosia-
ekonomi, dan psikologi dalam sesuatu fenomena interaksi. Justeru itu, kajian in
membandingkan tahap kejituan ramalan empat viarasi model graviti asas yang
menggunakan pemboleh ubah jarak euclidean dan jarak sebenar yang berbeza parameter,
dengan hasil surveiyang menunjukkan pecahan pasaran tiga buah hypermarketGiant di
Johor Bahru. Hasil analisis mendapati penggunaan pemboleh ubah jarak euclidean tanpa
parameter menghasilkan ramalan paling jitu dalam meramal pecahan asalan pengunjung
hypermarket. Analisis kajian menunjukkan bahawa aplikasi Model Huff menggunakan
kemampuan analisis reruang dalam sistem maklumat geografi (GIS) juga didapati berjaya
menerang keadaan permukaan graviti sesebuah hypermarketdengan jelas, dan mampu
meramalkan tahap interaksi antara sesebuah hypermarketdengan pasaran serta
saingannya dengan baik. Berikutan itu, kajian ini merumuskan bahawa model gravitiyang menggunakan pemboleh ubah jarak euclidean tanpa parameter, mampu
menghasilkan ramalan mengenai interaksi antara hypermarketdengan pasarannya serta
interaksi antara hypermarketdengan saingannya dengan jitu. Sekaligus menolak dakwaan
mengenai ketidakmampuan model graviti bagi menerangkan fenomena semasa mahupun
meramal senario pembangunan gunatanah masa hadapan bandar.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
8/143
v
ABSTRACT
Gravity Model which also known as Spatial Interaction Model is widely use in the fieldof transportation planning, trade and allocation of public facilities. Emerging from the
Newton Gravitation Law, gravity model had been modified and adapted for various
purposes and application in many fields. Among of the most outstanding variants are the
Reilly Retail Gravitation Model, the Huff Model and the Multiplicative Competitive
Model (MCI). Usage of diversify variables especially the distance variable had spark
concern regarding the ability of the gravity model to explain an existing phenomena or
even forecasting future scenarios, without taken into account social economic and
psychology factors in determining any interaction phenomena. Thus, this research
concentrates on prediction precision of four model gravity variants in forecasting or
explaining existing interaction between three hypermarkets and theirs market. Each
variant used different types of distance variables, noticeably, Euclidean distance and
actual distance with different parameters. For the purpose, each prediction of those four
variants was compared with a survey result that shows market allocation and origin of
customer of each observed hypermarkets. Result show that usages of Euclidean distance
variable without parameter produce the most precise prediction compared to other three
variant. Application of Huff Model using geographic information system (GIS) spatial
analysis capability, successfully help to visualize gravitation surface of each
hypermarket. Furthermore, through integration of Huff Model and GIS, this research
result does prove the prudence capability of gravity model in forecasting and explaininginteraction of each hypermarket either with its market catchment and business rivals.
Thus reject the idea of certain party, that gravity model is not useable. However, it is still
believe and need to be study, that different type of interaction may require different
variant of gravity model to produce better explanation and prediction.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
9/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
10/143
vii1.6Kawasan Kajian & Hypermarket Kajian 111.7Skop & Pembatasan Kajian 121.8Hasil Kajian 141.9Susunan & Aturan Kajian 14
1.9.1Kerangka Kajian 151.9.2Sintesis Penulisan-penulisan Ilmiah Para Sarjana 151.9.3Rekabentuk Pangkalan Data & Penjanaan Model Graviti 171.9.4Analisis Viarasi Model Graviti & Penemuan Kajian 181.9.5Rumusan Kajian & Cadangan 18
1.10 Kepentingan Kajian Kepada Bidang Perancangan 181.11 Rangkuman Keseluruhan Isu dan Kerangka Kajian 19
2.0SINTESIS PENULISAN ILMIAH2.1Evolusi Perniagaan Runcit di Bandar dan Hypermarket 20
2.1.1HypermarketGiant 232.2Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat 24
Membeli-belah Pengguna
2.3Model Graviti, Evolusi dan Viarasinya 282.3.1 Hukum Graviti Peruncitan Reilly 302.3.2Model Huff & Model Graviti Peruncitan 32
Lakshmanan dan Hansen
2.3.3Multiplicative Compatitive Model (MCI) 362.3.4Pemboleh Ubah, Parameter dan Syarat Analogi 38
Model Graviti
2.3.5Kepelbagaian Aplikasi, dan Kelebihan Model Graviti 402.4Sistem Maklumat Geografi (GIS) 412.5ContohAplikasi Analisis Interaksi Spatial (Model Graviti) 45
Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)
2.5.1Menentukan Lokasi Pasar bagi Mendapatkan 45Pulangan Optimum dan Penentuan Garis Pemisah Kawasan
Pasaran (Berasaskan Model Reilly)
2.5.2Pembinaan Model Graviti Menggunakan Aplikasi GIS 462.6Rangkuman Keseluruhan Sintesis Nukilan Ilmiah 49
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
11/143
viii
3.0REKA BENTUK PANGKALAN DATA PENJANAAN MODEL& KAEDAH ANALISIS
3.1 Pangkalan Data Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 503.2 Reka BentukPangkalan Data, Metadata dan Attribut 51
Data Kajian
3.3Menilai Kejituan Viarasi Model Graviti 533.3.1Empat Viarasi Model Graviti Kajian 54
3.4 Operasi Spatial Bagi Tujuan Analisis, Menggunakan GIS 553.4.1Operasi Spatial Bagi Analisis Membandingkan 55
Kejituan Empat Viarasi Model Graviti
3.4.2Penjanaan Model Huff 593.5 Andaian-andaian bagi Analisis Viarasi Model Graviti 66
4.0ANALISIS VIARASI MODEL GRAVITI & PENEMUAN KAJIAN4.1 Struktur Analisis Kajian 704.2
Kejituan Ramalan Bagi Empat (4) Viarasi Model Graviti 71
4.2.1Kesan Penggunaan Jarak Euclidean, dan 74Jarak Sebenar dalam Model Graviti
4.2.2Purata Jarak Perjalanan yang Dilalui Pelanggan 76untuk ke Hypermarket
4.2.3Penggunaan Parameter Bagi Pemboleh Ubah 79Jarak Dalam Model Graviti
4.3 Perbandingan Pecahan Asalan Pelanggan Setiap 80HypermarketKajia Menggunakan Viarasi Model Graviti
4.3.1Perbandingan Pecahan Asalan Pelanggan 81HypermarketGiant Skudai Kajian Menggunakan
Empat Viarasi Model Graviti
4.3.2Perbandingan Pecahan Asalan Pelanggan 82HypermarketGiant Southern City Kajian
Menggunakan Empat Viarasi Model Graviti
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
12/143
ix
4.3.3Perbandingan Pecahan Asalan Pelanggan 83HypermarketGiant Plentong Kajian
Menggunakan Empat Viarasi Model Graviti
4.3.4Hubungan Bilangan Sampel Asalan Pelanggan 86dan Purata Ralat Serta Kesan Outlier
4.3.5Saiz Hypermarketdan Jarak Cakupan Pasaran 884.4 Persamaan Regressi Lelurus Bagi Interaksi Hypermarket 89
Giant & Pasaran Sekitar Johor Bahru
4.4.1Model Regressi Lelurus Interaksi Hypermarketdan 89Pasaran Menggunakan Jarak Euclidean
4.4.2Model Regressi Lelurus Interaksi Hypermarketdan 91Pasaran Menggunakan Jarak Sebenar
4.5 Perbandingan Hasil Survey dengan Ramalan Model Huff 92dalam Pemilihan HypermarketPenduduk
4.5.1Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk di 93Kampung Melayu Majidee, Taman Daya dan
Pangsapuri Bukit Saujana
4.5.2Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk di 95Bandar Baru Permas Jaya, Taman Desa Harmoni,
Taman Johor Jaya dan Taman Saujana
4.5.3Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk di 99Kampung Pasir
4.5.4Tahap Interaksi antara Tiga (3) Hypermarket 101Kajian Dengan Pasaran Mereka
4.5.5Ujian Signiifikan Keputusan Perbandingan Antara 103Ramalan Model Graviti dan Hasil Survei
4.6 Rangkuman Keseluruhan Analisis 104
5.0RUMUSAN KAJIAN & CADANGAN5.1 Keseluruhan Kajian 1055.2 Isu Penggunaan Viarsi Model Graviti 1055.3 Analisis dan Penemuan Kajian 107
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
13/143
x5.4 Implikasi Penemuan Kajian Pada Perancangan 108
dan Cadangan
5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 110
RUJUKAN 113
LAMPIRAN 1 118
LAMPIRAN 2 119
LAMPIRAN 3 120
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
14/143
xi
SENARAI GAMBARAJAH DAN RAJAH
NO. TAJUK GAMBARAJAH DAN RAJAH HALAMAN
1.1 Contoh Suasana Hypermarket 2
1.2 Kawasan Kajian dan HypermarketKajian 11
1.3 Susunan dan Aturan Kajian 16
2.1 Antara Contoh Premis Hypermarket Giant di Malaysia 23
2.2 Evolusi dan Susur Galur Model Graviti 29
2.3 Modifikasi Model Graviti Peruncitan Reilly dan Konsep
Sempadan Pemisah oleh Converse
31
2.4 Komponen dan Sub-sistem Sistem Maklumat Geografi (GIS) 43
2.5 Nilai potensi pasaran setiap kawasan . Garis pemisah dan
lokasi berpotensi ditentukan dengan menggunakan analisis
poligon Thiessen Voronoi.
46
2.6 Langkah Analsis Spatial bagi Kajian Permukaan Graviti
Supermarket oleh Hamilton di Palm Beach, Florida
47
2.7 Kemungkinan Pasaran Graviti Berpotensi Menurut Kajian
Hamilton
48
3.1 Mendapatkan Jarak Sebenar Tempat Asalan Pengunjung dari
HypermarketMenggunakan Model BuilderArcGIS 9.2.
56
3.2 Cost Weighted Distance (Jarak Sebenar) dari Giant Skudai 57
3.3 Cost Weighted Distance (Jarak Sebenar) dari Giant Plentong 58
3.4 Cost Weighted Distance (Jarak Sebenar) dari Giant Southern 58
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
15/143
xii
NO. TAJUK GAMBARAJAH DAN RAJAH HALAMAN
3.5 Raster Bilangan Rumah dalam Setiap Taman Perumahan 60
3.6 Membina Raster JarakEuclidean bagi Setiap Hypermarket
Menggunakan Aplikasi Model BuilderArcGIS 9.2
61
3.7 Raster JarakEuclideanHypermarketGiant Southern City 61
3.8 Raster JarakEuclideanHypermarketGiant Skudai 62
3.9 Raster JarakEuclideanHypermarketGiant Plentong 62
3.10 Pengiraan Nilai Permukaan Graviti Bagi Giant Southern City 63
3.11 Permukaan Graviti bagi Giant Plentong 64
3.12 Permukaan Graviti bagi Giant Southern City 64
3.13 Permukaan Graviti bagi Giant Skudai 65
3.14 Proses Pemodelan Model Huff bagi Menilai Tahap Interaksi
Hypermarket Giant Southern dengan Pasaran dan Saingannya
66
4.1 Densiti Jaringan Jalan di Kawasan HypermarketKajian 75
4.2 Densiti Kawasan Perumahan SekitarHypermarketKajian 78
4.3 Lokasi dan Gunatanah Sekitar Giant Plentong dan Taman
Johor Jaya (Outlier)
85
4.4 Kebarangkalian Penduduk di Taman Daya, Kampung Melayu
Majidee dan Pangsapuri Bukit Saujana Mengunjungi Giant
Skudai
94
4.5 Kebarangkalian Penduduk di Taman Daya, Kampung Melayu
Majidee dan Pangsapuri Bukit Saujana Mengunjungi Giant
Plentong
94
4.6 Kebarangkalian Penduduk di Bandar Baru Permas Jaya,
Taman Desa Harmoni, Taman Johor Jaya dan Taman Saujana
Mengunjungi Giant Southern
97
4.7 Kebarangkalian Penduduk di Bandar Baru Permas Jaya,
Taman Desa Harmoni, Taman Johor Jaya dan Taman Saujana
Giant Plentong
97
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
16/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
17/143
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN
2.1 Profil HypermarketKajian 24
Faktor-Faktor Mempengaruhi Pemilihan Tempat
Berbelanja Pengguna.
2.2 Faktor-Faktor Mempengaruhi Pemilihan Tempat
Berbelanja Pengguna.
25
2.3 Pemboleh ubah dan Parameter Model-model Interaksi
Reruang
39
2.4 Penggunaan Model Graviti dalam Pelbagai Bidang 41
3.1 Attribut Data Spatial dalam Pangkalan Data Kajian 52
3.2 Jumlah Responden dan Tempat Asalan Pengunjung
HypermarketKajian
53
4.1 Perbandingan Ralat dan Tahap Kejituan Setiap Viarasi
Model Graviti
72
4.2 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Menggunakan
Pemboleh Ubah Jarak Euclidean dan Jarak Sebenar
75
4.3 Purata Jarak Perjalanan Pengguna ke Giant Skudai,
Plentong dan Southern City
76
4.4 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Menggunakan
Parameter bagi Pemboleh Ubah Jarak Euclidean dan Jarak
Sebenar
80
4.5 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Skudai
81
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
18/143
xv
NO. JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN
4.6 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Southern City
82
4.7 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Plentong
83
4.8 Perbandingan Ralat dan Kejituan Ramalan Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Plentong Tanpa Taman Johor Jaya
(outlier).
84
4.9 Hubungan Bilangan Sampel Asalan Pelanggan dan Purata
Ralat serta Kesan Outlier
87
4.10 Perbandingan Kejituan Empat (4) Viarasi Model Graviti
dengan Nilai Outlierdan Tanpa Nilai Outlierbagi Giant
Plentong
87
4.11 Hubungan Saiz Hypermarket, dan Jarak Cakupan Pasaran 88
4.12 Model Regressi Linear bagi Interaksi Hypermarketdan
Pasarannya Menggunakan Jarak Euclidean
89
4.13 Model Regressi Linear bagi Interaksi Hypermarketdan
Pasarannya Menggunakan Jarak Euclidean (Tanpa Faktor
Bilangan Rumah).
90
4.14 Model Regressi Linear bagi Interaksi Hypermarketdan
Pasarannya Menggunakan Jarak Sebenar
91
4.15 Model Regressi Linear bagi Interaksi Hypermarketdan
Pasarannya Menggunakan Jarak Sebenar (Tanpa Faktor
Bilangan Rumah).
92
4.16 Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk Kg. Melayu
Majidee, Taman Daya dan Pangsapuri Bukit Saujana
93
4.17 Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk Bandar Baru
Permas Jaya, Taman Desa Harmoni, Taman Johor Jaya
dan Taman Saujana
96
4.18 Pemilihan Tempat Berbelanja Penduduk Kampung Pasir 113
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
19/143
xvi
NO. JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN
4.19 Ujian Kaitan Hasil Ramalan dan Hasil Survei 103
4.20 Ujian Signifikan antara Hubungan Hasil Ramalan dan
Survei
104
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
20/143
xvii
SENARAI GRAF
NO.GRAF TAJUK GRAF HALAMAN
2.1 Hubungan Bilangan Pengguna Hypermarketdengan Jarak Asalan
Pengguna
39
4.1 Kejituan Viarasi Model Graviti Menggunakan Pemboleh Ubah
Jarak Euclidean, Jarak Sebenar, Jarak Euclidean Berparameter^2
dan Jarak Sebenar Berparameter^2
73
4.2 Perbandingan Ramalan Viarasi Model Graviti yang
Menggunakan Pemboleh Ubah Jarak Euclidean dan Jarak
Sebenar
74
4.3 Perbandingan Kejituan Viarasi Model Graviti Yang
Menggunakan Viarasi Pemboleh Ubah Jarak dengan Parameter
Kuasa Satu dan Parameter Kuasa Dua
80
4.4 Perbandingan Kejituan Ramalan Empat (4) Viarasi Model Graviti
Bagi Meramal Peratusan Pecahan Asalan Pelanggan Giant Skudai
81
4.5 Perbandingan Kejituan Ramalan Empat (4) Viarasi Model Graviti
Bagi Meramal Peratusan Pecahan Asalan Pelanggan Giant
Plentong
82
4.6 Perbandingan Kejituan Ramalan Empat (4) Viarasi Model Graviti
Bagi Meramal Peratusan Pecahan Asalan Pelanggan Giant
Plentong
83
4.7 Perbandingan Kejituan Ramalan Empat (4) Viarasi Model Graviti
Bagi Meramal Peratusan Pecahan Asalan Pelanggan Giant
Plentong Tanpa Taman Johor Jaya (outlier)
84
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
21/143
xviii
SENARAI RUMUS
NO. RUMUS TAJUK RUMUS HALAMAN
1 Hukum Graviti Newton 1687 2
2 Model Graviti Peruncitan Reilly 30
3 Model Graviti Converse 31
4 Model Huff 32
5 Model Graviti Peruncitan Lakshmanan & Hansen 34
6 Multiplicative Competitive Interaction Model(MCI) 36
7 Model Graviti oleh Pearson 45
8 Peratus Kemungkinan Penduduk di R Mengunjungi HypermarketH
Berbanding Saingannya
53
9 Kemungkinan Peratus Pengunjung di Kawasan Rakan Mengunjungi
HypermarketH (Menggunakan Jarak Euclidean)
54
10 Kemungkinan Peratus Pengunjung di Kawasan Rakan Mengunjungi
HypermarketH (Menggunakan Jarak Euclidean Berparameter Kuasa
2)
54
11 Kemungkinan Peratus Pengunjung di Kawasan Rakan Mengunjungi
HypermarketH
(Menggunakan Jarak Sebenar)
54
12 Kemungkinan Peratus Pengunjung di Kawasan Rakan Mengunjungi
HypermarketH (Menggunakan Jarak Sebenar Berparameter Kuasa 2)
54
13 Nilai Permukaan Graviti (Gravitation Surface) Setiap Hypermarket 63
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
22/143
xix
NO. RUMUS TAJUK RUMUS HALAMAN
14 Peratus Kemungkinan Penduduk di Kawasan r Mengunjungi
HypermarketX Berbanding HypermarketSaingannya.
66
15 Ralat Ramalan 71
16 Purata Ralat Viarasi 72
17 Model Regressi Interaksi Hypermarket & Pasaran (Jarak Euclidean) 90
18 Model Regressi Interaksi Hypermarket & Pasaran (Jarak Euclidean
Tanpa Bilangan Rumah)
90
19 Model Regressi Interaksi Hypermarket & Pasaran (Jarak Sebenar) 91
20 Model Regressi Interaksi Hypermarket & Pasaran (Jarak Sebenar
Tanpa Bilangan Rumah)
92
17 Kemungkinan Pelanggan di Kawasan R Mengunjungi HypermarketH
Berbanding HypermarketSaingan Lain
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
23/143
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK LAMPIRAN HALAMAN
1 Ramalan Pecahan Pelanggan Empat Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Skudai
118
2 Ramalan Pecahan Pelanggan Empat Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Plentong
119
3 Ramalan Pecahan Pelanggan Empat Viarasi Model
Graviti Bagi Giant Southern City
120
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
24/143
BAHAGIAN 1
PENYATAAN ISU & KERANGKA KAJIAN
1.1 Perniagaan di Bandar, Hypermarketdan Model Graviti
Pembangunan sesebuah bandar melibatkan proses perancangan, pembangunan, dan
kawalan pelbagai jenis gunatanah yang berlainan di kawasan bandar, dengan objektif,
mewujudkan suatu suasana yang seimbang dan madani di kawasan bandar. Gunatanah
komersial atau perniagaan adalah antara komponen gunatanah yang penting bagi
mewujudkan suasana seimbang dan madani tersebut. Kerap kali, maju atau mundurnya
sesebuah bandar itu dapat kita ukur dengan hanya memerhatikan skala aktiviti dan
premis perniagaan di sesebuah bandar. Bukan sekadar membantu membentuk lanskap
fizikal, malahan aktiviti perniagaan komersial di bandar seperti perniagaan kewangan,
pengangkutan, makanan, telekomunikasi kesihatan dan perniagaan hartanah, amat
mempengaruhi suasana kehidupan harian penduduk sekitarnya di bandar.
Antara konsep pusat perniagaan mega yang popular dan pesat berkembang di kawasan
bandar seluruh dunia kini ialah hypermarket. Menurut ensiklopedia elektronik
Wikipedia (www.wikipedia.com, Januari 2009), hypermarketadalah sebuah kedai
berkeluasan mega yang menggabungkan konsep supermarketdan kedai besar
(department store) di bawah satu bumbung serta menjual pelbagai jenis barangan
makanan dan barang keperluan lain pada harga yang murah. Antara barangan keperluan
harian yang ditawarkan oleh hypermarketadalah makanan, barangan dapur, barangan
elektrik, peralatan rekreasi, dan pakaian. Hypermarketjuga menawarkan pelbagai
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
25/143
2
perkhidmatan seperti medan selera, mesin pengeluaran wang, perkhidmatan pos, kaunter
tukaran wang asing, kedai fotografi, salon, farmasi dan kedai telekomunikasi bagi
menjadi suatu pusat sehenti bagi aktiviti membeli-belah penduduk bandar. Antara
contoh hypermarketialah Carrefour, Wal-Mart, Jusco, Auchan, Tesco, Meijer dan Giant.
Gambar1.1 Contoh Suasana Hypermarket.
Aksessibiliti pembeli kepada premis peruncitan kerap kali dikaitkan dengan faktor jarak
antara sesuatu premis perniagaan runcit dan juga pasaran atau pembeli. Secara teorinya,
jarak dibahagikan kepada jarak fizikal dan jarak masa. Kadar kemungkinan sesuatu
interaksi antara pembeli dan penjual dikatakan berkadar songsang dengan jarak. Dalam
bahasa yang lebih mudah, lebih hampir sesebuah premis perniagaan runcit dengan
pengguna, maka lebih tinggi kebarangkalian bagi pengguna yang terlibat untuk
membeli-belah di premis tersebut. Teori ini dipelopori oleh Reilly dan Converse yang
mengubah suai prinsip dari Hukum Graviti oleh Sir Isaac Newton (Rafael et. al., 2005).
Newton diungkap sebagai menyatakan bahawa semakin jauh jarak antara dua entiti,
maka semakin berkurang kemungkinan berlakunya interaksi antara dua entiti tersebut.
Newton juga menambah bahawa semakin besar saiz sesuatu entiti itu, maka semakin
kuat daya tarikannya dan semakin besar saiz antara dua entiti, maka daya tarikan dan
jumlah interaksi antara keduanya juga akan bertambah. Daripada teori dan prinsip-
prinsip tersebut, Hukum Graviti Newton dibentuk (sila rujuk rumus 1).
(1)
Hukum Graviti Newton 1687, Sumber: Diubahsuai dari Katiman (1988)
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
26/143
3
Rumus bagi model atau Hukum Graviti Newton ialah seperti dalam rumus 1, F ij ialah
nilai tahap interaksi antara entiti i dan j. Mi pula merujuk kepada jisim atau pun saiz
entiti atau objeki manakala Mj pula merujuk kepada jisim atau saiz objek atau entiti j.
Dij dengan pula mewakili jarak yang memisahkan antara entiti atau objeki dan juga j.
Manakala G mewakili pemalar graviti interaksi antara i dan j.
Menurut Rafael, Dolores, & Pablo (2005), hasil daripada adaptasi teori dan prinsip
Hukum Graviti Newton tersebut, Reilly kemudiannya membina satu model bagi mengira
dan menganalisis kadar tarikan perniagaan runcit antara dua bandar yang kemudiannya
dikenali sebagai Model Graviti Peruncitan Reilly pada tahun 1931. Hanya sehingga
tahun 1964, Huff memperbaiki kelemahan model yang diadaptasi oleh Reilly dan
menghasilkan Model Graviti Huff (Huff Gravity Model) atau juga dikenali sebagai
Model Huff. Semenjak dari itu, Model Huff telah digunakan secara meluas dalam
bidang perdagangan dan perniagaan bagi mengira tahap interaksi dan tarikan antara
pasaran dan sesuatu premis ataupun zon perdagangan. Penerangan terpeinci,
perbincangan lanjut dan contoh-contoh aplikasi mengenai Model Graviti Peruncitan
Reilly dan Model Huff akan disentuh dalam Bahagian 2 penulisan ini.
Model ialah perwakilan keadaan atau fenomena di dunia sebenar dalam bentuk fizikal,
grafikal, maya mahupun matematikal yang digunakan bagi menerangkan sesuatu
keadaan atau fenomena semasa (Wheeler, 1993). Menurut Harris (1965 dalam Samat,
2008) aktiviti perancangan adalah berasaskan masa hadapan yang melibatkan proses
mencari alternatif terbaik dalam penggunaan ruang untuk kesejahteraan penduduk.
Model matematikal yang mengaplikasikan teori dan hukum ke dalam bentuk rumus
mempunyai pelbagai pemboleh ubah, suatu ciri yang membolehkan kita membuat
ramalan masa hadapan hasil daripada manipulasi pemboleh ubah pemboleh ubah rumus
sesuatu model itu. Ciri tersebut banyak membantu perancang dalam membuat keputusan
mengenai alternatif perancangan dan sesuatu projek pembangunan. Sekaligus membantu
mewujudkan persekitaran bandar yang lebih baik.
Harris (1965 dalam Samat, 2008) menyatakan bahawa proses membuat ramalan dan
jangkaan memerlukan maklumat berbentuk ruangan dan bukan ruangan. Model graviti
juga adalah melibatkan operasi membuat ramalan dan jangkaan, maka, aplikasinya juga
memerlukan maklumat berbentuk ruangan dan bukan ruangan. Sistem maklumat
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
27/143
4
geografi (GIS), ialah sistem yang menawarkan keupayaan untuk menyimpan,
memanipulasi, menganalisa dan memaparkan maklumat berbentuk ruangan dan bukan
ruangan dengan baik. Malahan lebih dari itu, sistem maklumat geografi berupaya
mengoperasi pengiraan matematikal dan memaparkan hasil analisis matematikal dalam
bentuk reruang.
Chapin (1968) pernah mengutarakan bahawa model-model berkaitan guna tanah sering
menghadapi masalah dengan ramalan masa hadapan yang tidak tepat. Model graviti
adalah antara model yang dikatakan menghadapi masalah tersebut (Riza, 1994). Dengan
bentuk yang pelbagai hasil beberapa pengubahsuaian oleh ramai sarjana, model graviti
dikatakan masih punya banyak kelemahan terutamanya berkaitan teori berkaitan
hubungkait antara pemboleh ubahnya, jenis dan bilangan pemboleh ubah yang patut
digunakan dan dari segi bentuk rumus model graviti itu sendiri. Maka model graviti
didakwa tidak sesuai diaplikasikan bagi beberapa kes kajian di sesetengah kawasan.
Justeru itu, kajian ini akan berusaha untuk merungkai sama ada model graviti mampu
atau tidak untuk meramalkan dengan berkesan tahap interaksi atau pun pecahan tarikan
pasaran hypermarket-hypermarketdi Daerah Johor Bahru, Malaysia. Caranya ialah
dengan mendapatkan pecahan asalan pengunjung di hypermarket-hypermarketterpilih
sekitar daerah Johor Bahru menggunakan kaedah survei secara rawak, dan
membandingkannya dengan kemungkinan pecahan asalan pengunjung bagi setiap
hypermarkettersebut yang diunjur oleh model graviti asas.
Model graviti tersebut akan disimulasi menggunakan aplikasi analisis reruang dalam
perisian sistem maklumat geografi ArcGIS 9.2 bagi mendapatkan hasil ramalan pecahan
asalan pengunjung hypermarketyang lebih tepat, jelas serta mudah difahami. Hasil
perbandingan tersebut akan membolehkan kita mengukur sama ada model graviti
releven atau tidak untuk digunakan bagi meramal pecahan asalan pengunjung sesebuah
hypermarketmahupun bagi menunjukkan fenomena interaksi antara sesebuah
hypermarketdengan pasaran dan juga saingannya. Dan sekiranya tidak, kajian ini akan
mengunjurkan beberapa kaedah yang mungkin dapat memperbaiki model graviti asas
tersebut dengan cara melihat kepada ketepatan nilai ramalan oleh model graviti yang
diubahsuai berbanding nilai yang di survei di hypermarketkajian.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
28/143
5
1.2 Rungkaian Permasalahan & Isu Penggunaan Model Graviti
Catanesa dan Snyder (1979) mendakwa bahawa ahli perancang menghadapi masalah
dalam membuat penilaian alternatif kerana masalah ramalan kesan pembangunan. Model
graviti digunakan secara meluas bagi membuat ramalan dan membantu pembuatan
keputusan dalam bidang perniagaan, pengangkutan mahupun perancangan gunatanah
bandar. Dalam bidang perancangan bandar, model graviti merupakan sebahagian
daripada entiti sistem sokongan pembuat keputusan perancangan dan hasil simulasinya
dijadikan kayu pengukur oleh kebanyakan pembuat keputusan bagi memilih alternatif
berkenaan sesuatu pembangunan pusat perniagaan, perumahan, jalan raya malahan
dalam menentukan agihan kemudahan awam serta infrastruktur.
Kesemua projek pembangunan tersebut adalah komponen penting bagi sesebuah bandar.
Maka sebarang keputusan yang dibuat mengenai komponen-komponen bandar tersebut,
akan mempengaruhi kehidupan seharian penduduk bandar dan mampu mempengaruuhi
keseluruhan sistem bandar. Sekiranya keputusan yang dibuat berdasarkan ramalan
sesuatu model adalah tidak seperti kesannya di dunia sebenar, maka pelbagai keadaan
negatif seperti kesesakan lalu lintas, kerugian pusat perniagaan yang kurang dikunjungi,
perumahan yang tidak terjual dan infrastruktur mega yang akhirnya hanya menjadi
gajah putih mungkin akan menimbulkan masalah berangkai yang serius.
Walaupun menurut kebanyakan pengkaji, model graviti adalah sesuai untuk
diaplikasikan bagi kebanyakan kes-kes kajian bandar di dunia, model graviti yang sama
mungkin tidak sesuai diaplikasikan untuk kesemua bandar di Malaysia. Hal ini adalah
kerana setiap bandar itu adalah dinamik, unik dan berlainan dari segi susunan gunatanah,
tahap jaringan infrastrukturnya, keadaan muka bumi dan iklim, malahan juga berlainan
dari segi taraf sosio-ekonomi dan budaya hidup. Todes (1981 dalam Riza, 1994)
mendapati bahawa model graviti sama yang digunakan oleh Huff di Chicago tidak dapat
merumuskan dengan baik agihan perjalanan di Cape Town Afrika Selatan atas batasan
oleh undang-undang Apartheid, manakala Riza (1994) juga mengutarakan perkara yang
sama apabila model graviti yang diaplikasikan di Kota Bharu, Kelantan juga gagal
menerangkan corak perjalanan penduduknya kerana mereka tinggal di kampung tetapi,
bekerja di bandar.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
29/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
30/143
7
adalah sukar bagi bandar-bandar di negara membangun di mana kedapatan data tersebut
adalah rendah dan tidak teratur untuk mengaplikasikan model graviti yang memerlukan
data yang banyak (Samat, 2008). Daripada isu penggunaan peboleh ubah yang abstrak
dan kompleks dalam model graviti, timbul persoalan, tidak bolehkah kita meramal kadar
interaksi antara sesebuah pusat perniagaan dan pasarannya dengan baik, walaupun
dengan hanya menggunakan model graviti asas yang tidak memerlukan banyak
pemboleh ubah serta mudah untuk difahami?
Sekiranya model graviti asas tersebut boleh digunakan, timbul pula persoalan mengenai
jenis dan perincian pemboleh ubah yang patut digunakan dalam model graviti asas bagi
menghasilkan ramlan yang lebih jitu. Contohnya penggunaan pemboleh ubah jarak di
dalam sesuatu model graviti. Apakah cukup dengan hanya menggunakan jarak kasar
seperti jarak terhampir atau lebih dikenali sebagai jarak Euclidean, untuk memperolehi
ketepatan ramalan yang boleh diterima. Ataupun perlu kita mengambil kira jarak
sebenar yang dikira menggunakan masa perjalanan atau pun kos yang diperlukan untuk
sesuatu perjalanan daripada rumah ke sesebuah pusat perniagaan. Hal ini perlu diambil
kira kerana jarak sebenar ke sesuatu destinasi adalah berlainan daripada jarak Euclidean
kerana terdapatnya pengaruh topografi, jaringan jalan raya yang aksesnya terkawal
(controlled access highway), persimpangan serta lampu isyarat. Malahan bagi kawasan-
kawasan bandar-bandar besar turutamanya di Wilayah Lembah Klang, para penduduk
kadang kala terpaksa melalui begitu banyak tol untuk pergi ke sesuatu pusat membeli-
belah.
Menurut Riza (1994), bagi menyediakan model yang baik, beberapa syarat dan cara
pembinaan model perlu diadakan, malahan sesuatu model itu haruslah mudah difahami,
sederhana serta ringkas. Model-model yang terlampau kompleks dikatakan tidak sesuai
dan tidak tepat, kerana akan melibatkan persamaan serta hubung kaitan yang terlalu
rumit bagi diterjemahkan kedalam bentuk matematik, sekaligus mengurangkan
ketepatan ramalan. Sebagai contoh, menurut Duffus (1987, dalam Riza, 1994) faktor
pengubahsuaian parameter dalam model graviti telah didapati menjadikan ramalan
semakin tidak tepat berbanding jika faktor itu tidak dimasukkan ke dalam model graviti.
Malahan Riza (1994) menulis, terlalu banyak pemboleh ubah dan persamaan yang
kompleks akan mengelirukan pembuat keputusan yang tidak pakar mengenai model
graviti tersebut sekaligus tidak dapat membahaskannya. Justeru itu, haruslah dikaji sama
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
31/143
8
ada model graviti asas mampu atau tidak untuk membuat unjuran dan ramalan yang baik
dan mudah difahami, sekaligus membolehkan perancang boleh menggunakan ia sebagai
alat bantuan dalam membuat keputusan dengan lebih efektif.
Penggunaan jenis jisim entiti yang sesuai bagi digunakan dalam model graviti juga
adalah antara persoalan yang perlu dijelaskan bagi mendapat hasil ramalan yang lebih
baik. Pada kebiasaannya, banyak kajian mengena interaksi antara sesebuah pusat
perniagaan dengan pasarannya menggunakan faktor luas lantai pusat perniagaan tersebut
dan bilangan penduduk atau rumah di sesuatu zon pasaran itu. Namun begitu, terdapat
juga beberapa kajian menggunakan model graviti yang mengambil kira faktor jenis
barangan yang dijual, pendapatan penduduk, kadar perbelanjaan penduduk serta
kepadatan penduduk bagi mengira kadar interaksi antara sesebuah pusat perniagaan
dengan zon pasarannya seperti yang dilakukan oleh Nakanishi dan Lee (1974) serta
Hamilton (2003). Maka, perlu kita tentukan juga sama ada adakah walaupun dengan
hanya menggunakan pemboleh ubah paling asas dalam model graviti, kita akan dapat
meramalkan kadar interaksi antara dua entiti dengan baik atau tidak.
Setelah diketahui sama ada penggunaan pemboleh ubah-pemboleh ubah asas mampu
atau tidak menghasilkan ramalan yang baik, perlu pula ditentukan kadar pemalar bagi
rumus model graviti asas ini. Pemalar ini akan memastikan formula ini akan dapat
diintrepetasi dengan skala atau unit ukuran (Hamilton, 2003), seterusnya boleh
digunakan bagi meramal tahap interaksi lain-lain pusat perniagaan dengan pasarannya di
kawasan kajian dan dengan entiti kajian yang sama sifatnya. Walaubagaimanapun,
terlebih dahulu tahap kejituan ramalan model graviti yang lengkap dengan pemalar
tersebut harus diperolehi. Hanya setelah itu, model graviti tersebut boleh digunakan bagi
membantu pembuatan keputusan berkaitan interaksi pusat perniagaan dan pasarannya.
Kajian bagi membaiki model graviti asas ini bukan sahaja penting bagi menunjukkan
bahawa model yang digunakan secara meluas itu sememangnya boleh digunakan bagi
meramal interaksi berkaitan sesuatu pusat perniagaan, malahan mampu membantu para
perancang untuk membuat ramalan masa hadapan dengan lebih tepat dan jitu bagi
konteks Johor Bahru secara spesifiknya. Dengan adanya model yang spesifik bagi
meramal interaksi pusat-pusat perniagaan di Johor Bahru membolehkan para perancang
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
32/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
33/143
10
ii. Apakah dengan menggunakan jarak Euclidean sahaja, cukup untuk
menghasilkan ramalan yang boleh diterima atau pun perlu menggunakan
jarak sebenar atau sebagai pemboleh ubah model graviti?
iii. Apakah kesan penggunaan parameter pemboleh ubah jarak ke atas tahapkejituan ramalan sesuatu model graviti?
iv. Bolehkah model graviti asas digunakan bagi meramalkan interaksisesebuah pusat perniagaan dengan pasarannya serta saingannya dengan
baik, sekaligus menjadi alat bantuan perancangan dalam mencatur
alternatif pembangunan gunatanah perniagaan bandar?
1.4 Matlamat Kajian
Mengkaji kemampuan model graviti bagi menerang dan meramalkan fenomena interaksi
antara sesebuah hypermarketdengan pasarannya serta saingannya, seterusnya bertindak
sebagai alat bantu perancangan kepada para perancang bandar.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengkaji kelemahan-kelemahan dan kekurangan sedia ada yang terdapatpada model graviti melalui carian dan analisa bahan-bahan ilmiah.
ii. Mengira peratusan pecahan asalan pengunjung hypermarketyang di ramalmenggunakan empat viarasi model graviti dan membandingkannya pecahan
pengunjung yang di survei di hypermarketkajian.
iii. Menilai kesan penggunaan pemboleh ubah jarak Euclidean dan pembolehubah jarak sebenar ke atas kejituan ramalan model graviti.
iv. Menilai kesan penggunaan parameter pemboleh ubah jarak ke atas ramalanmodel graviti.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
34/143
11
v. Membina Model Huff bagi setiap hypermarket kajian dengan menggunakan
kemampuan analisis reruang dalam sistem maklumat geografi (GIS) bagi
menunjukkan permukaan graviti (gravitationsurface) setiap hypermarket
kajian berbanding saingannya.
vi. Membandingkan ramalan kemungkinan tempat berbelanja (hypermarket)yang dipilih pengguna di sesuatu kawasan yang diramal menggunakan
Model Huff, dengan hasil survei pilihan tempat berbelanja pengguna .
1.6 Kawasan Kajian dan HypermarketKajian
MALAYSIA
Gambarajah 1.2 Kawasan Kajian dan HypermarketKajian.
Bagi kajian ini, daerah Johor Bahru yang berada di dalam wilayah pembangunan
ekonomi Iskandar Malaysia (IM) telah dipilih berdasarkan faktor terdapatnya bilangan
hypermarketyang banyak (Laporan Pemeriksaan RSN Johor, 2001) serta kadar
pertumbuhan di kawasan ini antara enam hingga tujuh peratus setahun (Pelan
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
35/143
12
Komprehensif SJER, 2004) yang menyebabkan pengawalan pembangunan menjadi
aspek penting bagi perancangan wilayah ini (sila rujuk gambarajah 1.2). Lebih dari itu,
lebih daripada 70 peratus daripada perniagaan dan 60 peratus populasi di Johor adalah
bertumpu di daerah Johor Bahru (Laporan Pemeriksaan RSN Johor, 2001),
menunjukkan betapa pentingnya wilayah ini dan pentingnya kajian ini dilakukan.
Atas sebab itu, kawasan ini adalah sesuai dijadikan kawasan kajian bagi menilai
keupayaan model graviti kerana faktor kedapatan pusat perniagaan (hypermarket) yang
banyak, intensiti pasaran yang tinggi dan besar serta jaringan jalan raya yang jelas dan
berjajaran. Lebih penting dari itu, kedapatan data gunatanah, terutama gunatanah
perniagaan dan perumahan serta kedapatan data lot kadastral kawasan ini dalam format
sistem maklumat geografi memungkinkan model graviti yang dijana menggunakan
sistem maklumat geografi diadakan.
Selain itu, kajian terdahulu mengenai Kesan Pembangunan HypermarketTerhadap
Kedai Runcit oleh Yuhanis (2008) yang menyediakan data survei sedia ada mengenai
peratusan pecahan asal pelanggan setiap hypermarketjuga mengambil daerah Johor
Bahru sebagai kawasan kajian. Empat (4) hypermarketyang dikaji oleh beliau ialah
hypermarketGiant Skudai dan hypermarketGiant Plentong yang terletak dalam
kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, hypermarketGiant
Southern City dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, dan hypermarketTesco
Bandar Seri Alam. Maka bagi memudahkan perbandingan antara hasil ramalan model
graviti dan statistik surveiasal, kawasan kajian yang sama diguna oleh Yuhanis akan di
guna pakai bagi kajian ini.
1.7 Skop dan Pembatasan Kajian
Kajian ini memfokuskan usaha untuk mengkaji tahap kejituan empat viarasi model
graviti asas, sekaligus menentukan sama ada model graviti asas boleh atau tidak
digunakan bagi menilai kadar interaksi antara hypermarket-hypermarketdi kawasan
kajian dengan pecahan tadahan pasarannya. Bagi menentukan kejituan hasil ramalan
oleh model-model graviti tersebut, hasil-hasil ramalan tersebut akan dibandingkan
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
36/143
13
dengan hasil survei pecahan asalan pelanggan hypermarket-hypermarketterlibat, yang
telah dibuat oleh Yuhanis (2008). Maka dengan itu, hasil kajian ini bergantung kepada
ketepatan hasil surveiyang telah dibuat oleh Yuhanis bagi menentukan tahap kejituan
model graviti yang dirumuskan oleh penulis.
Walaupun dalam kajian terdahulu Yuhanis (2008) mengambil empat (4) hypermarket
terpilih di Johor Bahru, pengkaji dalam kajian ini hanya akan mengkaji dan
membandingkan hasil survei dan ramalan bagi tiga (3) hypermarketyang bernaung di
bawah francais Giant sahaja, iaitu hypermarketGiant Skudai, hypermarketGiant
Plentong, dan hypermarketGiant Southern City bagi kajian ini tanpa mengambil kira
HypermarketTesco Plentong. Langkah ini adalah bagi memastikan beberapa faktor lain
seperti jenis kemudahan, jenis barangan, suasana, dan harga barangan yang ditawar oleh
hypermarketyang berbeza dapat dikurangkan. Malahan pula, hypermarketTesco
tersebut baru setahun dibuka. Maka, perbandingan dari segi promosinya juga adalah
berbeza. Dengan memilih hanya untuk membandingkan tiga (3) hypermarketGiant
tersebut, lebih tumpuan dapat diberikan dalam menilai kesan pemboleh ubah jarak dan
saiz hypermarketdan pasaran berpotensi dalam menentukan tahap interasi atau tarikan
sesebuah hypermarket.
Di dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan untuk membanding kesan penggunaan
pemboleh ubah jarak Euclidean dan jarak sebenar berbanding lain-lain pemboleh ubah
tambahan seperti status sosio-ekonomi pengguna dan juga kedapatan kedai-kedai runcit
di kawasan asalan pelanggan hypermarket. Maka dengan itu, hasil bagi kajian ini juga
dipengaruhi oleh kesan perbezaan pemboleh ubah kedua jenis jarak Euclidean dan jarak
sebenar. Kajian ini juga mengambil kira kesan penggunaan pemboleh ubah yang
melibatkan saiz hypermarketdan juga saiz populasi kawasan tadahannya.
Oleh kerana model graviti asas melibatkan pemboleh ubah berkaitan saiz hypermarket
dan saiz pasaran, maka sebarang keputusan ramalan juga akan dipengaruhi oleh
ketepatan maklumat berkaitan saiz hypermarketdan juga jumlah penduduk di zon
pasaran yang terlibat. Walaupun luas ruang lantai hypermarketadalah mudah untuk
didapatkan, namun maklumat penduduk yang mewakili kuantiti pasaran bagi setiap zon
adalah berdasarkan anggaran bilangan rumah setiap zon tersebut. Maka ketepatan
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
37/143
14
pengiraan model graviti dalam kajian ini juga akan bergantung pada maklumat
geospatial yang diperolehi berkaitan bilangan rumah di sesuatu zon pasaran.
Model graviti juga melibatkan pelbagai teori, maka operasi dan hasil ramalan model ini
adalah amat bergantung kepada beberapa andaian yang ditentukan kemudian melalui
kajian ilmiah di Bahagian 2. Bagi tujuan tersebut, sintesis penulisan ilmiah bagi kajian
ini memfokuskan pada model graviti yang diubah suai oleh Reilly dan Huff serta
beberapa ilmuan lain bagi tujuan mengenal pasti andaian yang digunakan, sifat-sifat
model graviti yang diubah suai mereka dan mengapa dan bagi tujuan apa model-model
tersebut diubah suai serta kaedah untuk mengaplikasikan model tersebut. Kajian ini juga
memfokuskan usaha bagi menilai tahap kejituan ramalan sesuatu model graviti dengan
membandingkan hasil ramalan dengan statistik berkaiatan pecahan asalan pelanggan
serta pemilihan hypermarketoleh pengguna yang disurvei.
1.8 Hasil Kajian
Kajian ini melibatkan penghasilan jadual-jadual serta graf-graf yang menunjukkan
peratusan serta pecahan pasaran hypermarket-hypermarketkajian. Begitu juga pelan-
pelan yang menunjukkan tahap interaksi spatial setiap hypermarketkajian dengan
pasaran dan saingannya juga akan dihasilkan bagi tujuan perbandingan dengan hasil
survei pecahan asalan pelanggan sebenar di hypermarket-hypermarketkajian. Hasil
kajian ini akan menentukan tahap kejituan ramalan model graviti dan menentukan sama
ada model graviti boleh atau tidak digunakan untuk membantu pembuatan keputusan
berkaitan perancangan atau tidak.
1.9 Susunan dan Aturan Kajian
Kajian ini akan dibahagikan kepada lima (5) bahagian iaitu, penyataan isu dan kerangka
kajian, sintesis penulisan-penulisan ilmiah, reka bentuk pangkalan data dan penjanaan
Model Graviti, analsis dan penemuan kajian, rumusan kajian dan cadangan. Carta alir
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
38/143
15
kerja kajian ialah seperti dalam rajah 1.3. Setiap bahagian dalam kajian ini diatur dan
difokuskan bagi mencapai matlamat dan objektif kajian.
1.9.1Kerangka Kajian
Bahagian pertama, kajian ini akan menghuraikan mengenai isu dan masalah berkaitan
aplikasi model graviti serta situasi sukar yang dihadapi oleh perancang dalam membuat
ramalan berkaitan dengan gunatanah perniagaan, yang seterusnya membawa kepada
keperluan untuk kajian ini diadakan. Matlamat dan objektif kajian ini dinyatakan agar
skop kajian dapat ditentukan dan kaedah bagi mendapatkan hasil akhir kajian juga dapat
digariskan secara kasar dalam bahagian ini. Bahagian pertama ini juga akan memberikan
pengenalan kepada perniagaan runcit di bandar terutamanya berkaitan hypermarketdan
model graviti.
1.9.2Sintesis Penulisan-Penulisan Ilmiah Para Sarjana
Di dalam bahagian kedua, kajian ini akan menerangkan dan membincangkan secara teori
dan empirikal penulisan-penulisan berbentuk ilmiah berkaitan subjek-subjek utama
dalam kajian ini. Antara bentuk penulisan ilmiah yang dirujuk bagi kajian ini ialah
buku, jurnal, laporan-laporan, artikel, rancangan pembangunan, dan laman-laman web.
Penumpuan bahagian ini adalah kepada empat (4) subjek berikut iaitu:
i.HypermarketDefinisi, konsep, sejarah, ciri-ciri, dan fungsi hypermarketserta kesan
pembangunannya dijelaskan dengan lebih terpeinci dalam bahagian ini.
ii.Faktor yang Mempengaruhi Pelanggan Ke Sesuatu Pusat PerniagaanBahagian ini secara ringkas menokok penerangan awal mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi interaksi antara sesuatu pusat perniagaan dan pasarannya
dengan mengambil kira pendapat beberapa ilmuan dan kajian terpilih. Hanya
apabila faktor-faktor tersebut difahami, maka, pemboleh ubah-pemboleh ubah
serta teori yang digunakan dalam model graviti akan lebih difahami.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
39/143
16
pemahaman terhadap sejarah, viarasi, teori, prinsip, tujuan, rumus, pemboleh
ubah, kelebihan, kelemahan, permasalahan adaptasi model graviti hingga kepada
aplikasinya di dunia sebenar. Maka dalam bahagian ini, sintesis mengenai
perkara-perkara berkaitan model graviti tersebut dirungkai dengan terpeinci
berasaskan pendapat, kajian serta aplikasi dan penggunaan model berkenaan oleh
para ilmuan dan pengamal dalam bidang berkaitan perniagaan dan penentuan
pasaran. Malahan dalam bahagian ini juga dibincangkan mengenai pelbagai jenis
dan kaedah untuk membentuk dan menghasilkan model graviti yang diperolehi
daripada pelbagai sumber .
BAHAGIAN1RUNGKAIANISU&KERANGKAKAJIAN
BAHAGIAN5RUMUSANKAJIAN&CADANGANMERUMUSKANSEGALASUSURGALURKAJIANDENGANFOKUSPADAHASILANALISIS,&PENEMUANKAJIAN.MEMBINCANGKANKEKURANGANKAJIAN
SERTAMENDAHULUKANCADANGANBAGIKAJIANSUSULAN. Rajah 1.3 Susunan & Aturan Kajian
BAHAGIAN 2 SINTESIS PENULISAN ILMIAH
HURAIAN&SINTESISTEOTIKALBERKAITANHYPERMARKET,FAKTORMEMPENGARUHIPILIHANLOKASIBERBELANJAPENGGUNA,EVOLUSIMODEL
GRAVITISERTAVIARASINYA,&PENGGUNAANSISTEMMAKLUMATGEOGRAFI(GIS)BAGIPEMODELANANALISISINTERAKSISPATIAL.
BAHAGIAN3REKABENTUKPANGKALANDATA&PENJANAANMODELPENGUMPULANDATAKELUASANHYPERMARKET,BILANGANRUMAH
DALAMSETIAPUNITTADAHANPASARAN,JARAK,&DATASURVEYKAJIANPECAHANASALANPELANGGANHYPERMARKET
PEMBINAANPANGKALANDATA &PENYUSUNANDATAGEOSPATIALDANATRIBUTDATABUKANSPATIALBAGIDIGUNAKANDALAMGIS
KAEDAHPENJANAANMODELGRAVITIMENGGUNAKANPERISIANARCGISBAHAGIAN4ANALISISVIARASIMODELGRAVITI&PENEMUAN
MENGANALISISKEJITUANRAMALANPECAHANASALANPELANGGANHYPERMARKETYANGDIJANAMODELGRAVITI&MEMBANDINGKANHASILPENGGUNAANPEMBOLEHUBAHJARAKEUCLIDEANDANJARAKSEBENARMEMBANDINGKANHASILSURVEYPECAHANPELANGGANHYPERMARKET
DENGANHASILRAMALANOLEHMODELGRAVITIKEMAMPUANMODELGRAVITIMEMBANTUMENERANGKANDANMERAMAL
KADARINTERAKSISESEBUAHHYPERMARKETDENGANTADAHANPASARANNYASERTAHYPERMARKETSAINGAN
RUNGKAIANISU&PERMASALAHANPENGGUNAANMODELGRAVITIPERSOALANKAJIAN
MATLAMAT,OBJEKTIF,HAD& PEMBATASAN,KAWASAN&HASILKAJIAN
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
40/143
17
iii.Model Graviti, Evolusi dan Viarasinya
Sintesis mengenai model graviti dan aplikasinya adalah bahagian yang terpenting
dan merupakan fokus utama bagi kajian ini. Tunjang kajian ini menjalar daripada
iv.Sistem Maklumat Geografi dan Analisis Interaksi Spatial (Model Graviti)Bahagian ini akan menerangkan mengenai perkara-perkara asas dalam sesuatu
sistem maklumat Geografi (GIS). Definisi, prinsip, struktur dan kelebihan GIS,
serta keupayaannya dalam menjalankan analisis interaksi spatial adalah antara
perkara yang dihuraikan. Beberapa contoh kajian, aplikasi dan penjanaan model
graviti menggunakan GIS juga dibincangkan secara ringkas di dalam bahagian
ini. Perkara paling penting bagi bahagian ini ialah sistesis mengenai hubung kait
antara kemampuan serta kelebihan GIS dalam menjalankan analisis spatial
hingga mampu menjadi alat efisyen dalam membangunkan model graviti juga
dibincangkan. Bahagian ini ialah fokus kedua terpenting bagi kajian ini.
1.9.3Reka Bentuk Pangkalan Data dan Penjanaan Model Graviti
Bahagian ketiga kajian ini pula membincangkan mengenai reka bentuk pangkalan data
bagi menjana model graviti menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). Antara yang
dinyatakan ialah data-data yang diperlukan bagi membina model graviti, jenis litupan
data, format, unjuran serta sumber data primer dan sekunder. Malahan diperincikan
dalam bahagian ini mengenai attribut-atribut bukan spatial bagi setiap litupan data
spatial.
Seterusnya diterangkan pula langkah-langkah yang diikuti atau kaedah yang digunakan
bagi menjana model graviti serta menjalankan analisis kajian, menggunakan
kemampuan analisis spatial di dalam GIS. Bentuk model graviti yang digunakan untuk
analisis kajian serta andaian-andaian berkaitan penggunaan model graviti juga
ditentukan di bahagian. Bentuk dan andaian model graviti yang digunakan untuk analisis
adalah berdasarkan pada sintesis yang dibuat berpandukan rujukan-rujukan ilmiah
berkenaan model graviti yang di perjelaskan dan dirangkumkan di dalam bahagian
kedua kajian ini.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
41/143
18
1.9.4Analisis Viarasi Model Graviti dan Penemuan Kajian
Hasil analisis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) dibincangkan dalam
bahagian ke empat kajian ini. Segala keputusan serta ramalan hasil janaan model graviti
menggunakan GIS dibincang dan dikupaskan. Ramalan tersebut kemudiannya
dibandingkan dengan hasil survei kajian terdahulu oleh Yuhanis (2008) bagi menjawab
persoalan utama kajian. Perbandingan hasil ramalan menggunakan pemboleh ubah jenis
jarak yang berbeza jenis juga dipaparkan serta dibincangkan dalam bahagian ini.
Malahan lebih dari itu, dalam bahagian keempat ini juga ditentukan tahap nilai kejituan
dan kebolehgunaan model graviti yang dikaji bagi kegunaan aplikasi sebenar.
1.9.5Rumusan Kajian dan Cadangan
Dalam bahagian kelima dan terakhir kajian ini, segala pucuk pangkal permasalahan atau
isu, persoalan kajian, kepentingan kajian, dan kaedah analisis dirangkumkan secara
ringkas. Manakala intipati keputusan analisis dan signifikan hasil analisis itu dalam
bidang perancangan diuturkan dan dirungkai. Bagi menutup penulisan berkaitan kajian
ini, permasalahan serta kelemahan dalam kajian ini akan diterangkan serta beberapa
cadangan berkaitan penambahbaikan kajian model graviti akan diunjurkan bagi kajian
lanjutan.
1.10 Kepentingan Kajian Pada Bidang Perancangan
Perancangan bandar adalah suatu proses bagi menentukan susunan gunatanah bandar
terbaik bagi mewujudkan suasana optima dan madani di bandar pada masa akan datang.
Ini bermakna segala yang dilakukan sekarang dalam proses perancangan ialah bertujuan
mendapatkan hasil yang terbaik di masa akan datang. Bagi membantu perancang
meramal kesan daripada sebarang tindakan atau keputusan yang mereka ambil kini di
masa akan datang, model digunakan bagi meramal dan menggambarkan impak
sekiranya sesuatu alternatif perancangan diaplikasikan. Antara model yang digunakan
bagi tujuan tersebut ialah model graviti yang digunakan secara meluas dalam bidang
pengangkutan, perniagaan dan perletakan kemudahan awam. Tiga bidang yang amat
berkait rapat dan penting dalam perancangan sesebuah bandar.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
42/143
19
Disamping membantu meramal dan menerangkan sesuatu fenomena, ramalan model
graviti juga mampu untuk mempengaruhi keputusan para pembuat keputusan. Maka
sekiranya model graviti tidak mampu meramalkan secara baik fenomena yang mungkin
berlaku di masa hadapan, maka para pembuat keputusan juga cenderung untuk membuat
keputusan yang salah berpandukan ramalan yang salah. Kesannya, proses pembangunan
sesebuah bandar tidak akan menjadi lancar dan pengurusan pengangkutan, perniagaan
dan kemudahan awam sesebuah bandar akan menjadi kucar-kacir serta tidak membawa
pulangan paling optimum. Semuanya kerana ketidakjituan ramalan model graviti,
menjadikan perancangan dan pembahagian kemudahan awam kepada penduduk bandar
menjadi tidak sekata dan tidak mencukupi. Malangnya, kesan tersebut hanya diketahui
setelah pembangunan dibuat. Dan pentadbir terpaksa menanggung kerugin mahupun kos
tambahan bagi kemudahan yang tidak digunakan dan membina kemudahan tambahan
bagi menampung keperluan. Maka adalah perlu ditentukan dulu tahap kemampuan
model graviti dalam meramal sesuatu fenomena interaksi antara dua entiti, sebelum
model tersebut digunakan sebagai alat bantu perancangan.
1.11
Rangkuman Keseluruhan Isu dan Kerangka Kajian
Model graviti ialah model yang digunakan secara meluas oleh para perancang bagi
menganjur ramalan berkaitan pembangunan sesuatu gunatanah, kemudahan awam mahu
pun infrastruktur. Namun begitu, kepelbagaian bentuk dan adaptasi bagi menilai sesuatu
fenomena menjadikan model graviti semakin kompleks, sukar untuk dikira dan sukar
untuk difahami. Malahan ada sarjana yang mendakwa bahawa model graviti yang
kompleks tidak akan menghasilkan keputusan ramalan yang baik dan jitu. Justeru itu
perlu ditentukan sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak. Dengan adanya kedapatan
data daripada survei kajian mengenai pecahan asalan pelanggan hypermarketdi daerah
Johor Bahru oleh Yuhanis, hasil ramalan hypermarkettersebut boleh dibandingkan
dengan hasil survei itu bagi memastikan tahap kejituan ramalan sesuatu model graviti
tersebut. Malahan bagi tujuan analisis, perbandingan dan pemahanan, kedapatan sistem
maklumat geografi (GIS) dan kemampuannya dalam analisis reruang, akan menentukan
kredibiliti model graviti tersebut dengan lebih sistematik, malahan pemahaman kita
mengenai interaksi reruang sesebuah hypermarketyang ditunjukkan oleh model graviti
akan menjadi lebih jelas dan mudah untuk difahami.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
43/143
BAHAGIAN 2
SINTESIS PENULISAN ILMIAH
Model graviti telah digunakan secara meluas sejak sekian lama bagi mengukur dan
meramal tahap interaksi antara sesuatu perniagaan dan pasarannya. Tahap interaksi antara
pusat perniagaan dan pasaranya ini pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Bahagian 2
kajian ini akan menerang dan membincangkan secara mendalam mengenai teori-teori
berkaitan hypermarket, faktor yang mempengaruhi interaksi antara hypermarketdan
pasarannya, aplikasi model graviti serta penggunaan sistem maklumat geografi (GIS)
oleh para sarjana agar setiap juzuk dan elemen penting dalam kajian ini dapat difahami
dengan baik. Beberapa contoh aplikasi model graviti menggunakan sistem maklumat
geografi juga dibincangkan bagi meningkatkan tahap penguasaan dan kejituan kajian ini.
2.1Evolusi Perniagaan Runcit di Bandar dan Hypermarket
Perniagaan runcit ialah suatu perniagaan yang melibatkan capaian serta penjualan
barangan dan perkhidmatan keperluan harian bagi kegunaan sendiri pengguna terakhir
dan barangan serta perkhidmatan tersebut dibeli oleh pengguna bukanlah untuk dijual
semula. Lasson, Weigand dan Wright (1976, dalam Katiman, 1988) menulis, pada
kebiasaannya, kuantiti barangan dan perkhidmatan yang dijual kepada pengguna terakhir
adalah kecil. Hal ini kerana, pada kebiasaannya, pengguna terakhir tersebut merupakan
seorang individu atau pun hanyalah sebuah keluarga. Namun begitu, menurut Bolen
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
44/143
21(1978, dalam Katiman, 1988) adalah tidak mustahil sekiranya sesebuah firma atau
syarikat juga berkemungkinan menjadi pengguna akhir dalam situasi tertentu.
Secara amnya bolehlah kita anggap bahawa sebarang kegiatan penjualan dan pembelian
dari penjual kepada pengguna terakhir dianggap sebagai aktiviti runcit (Katiman, 1988).
Antara contoh barangan yang dijual oleh perniagaan runcit ini adalah barangan keperluan
harian pengguna seperti makanan, keperluan dapur, perkakasan elektrik, serta pakaian,
malahan turut meliputi penawaran perkhidmatan seperti jahitan, cetakan, dandanan
rambut, serta kedai gambar yang menjadi keperluan harian penduduk di bandar.
Bermula dengan aktiviti peruncitan berskala kecil, sekecil sebuah rumah yang dijadikan
kedai runcit mini bagi membekalkan keperluan harian penduduk sekitar, evolusi
perniagaan peruncitan di kawasan bandar-bandar Malaysia mula berkembang semasa
kemasukan peniaga-peniaga daripada China semasa pemerintahan British. Peniaga-
peniaga China ini membawa bersama konsep rumah kedai yang ada di China. Bertitik
tolak dari situ, perniagaan peruncitan di bandar semakin berkembang mengikut tahap
pembangunan ekonomi, teknologi, dan saiz demografi sesebuah bandar (Agrawal &
Anupum, 2007). Bagi menampung permintaan yang semakin pelbagai dan kompleks
daripada populasi bandar yang semakin besar dan berkembang, konsep pusat perniagaan
mega mula diperkenalkan di Eropah dan Amerika Utara pada pertengahan abad ke-20
(Anand & Nambia, 2006).
Agrawal dan Anupum (2007) menyatakan bahawa terdapat pelbagai istilah yang
digunakan bagi pusat-pusat perniagaan mega ini termasuklah hypermarket, pusat
perdagangan mega, supermarket, superstores, shopping malls dan pusat membeli-belah.
Namun begitu menurut definisi oleh Management Ventures Inc. (MVI)hypermarket, dan
superstore membawa maksud dan konsep peruncitan yang sama cuma pada skala yang
berbeza dari segi saiz ruang lantai perniagaan dan pecahan jenis barangan yang dijual.
Hypermarketmenurut MVI selalunya ialah premis satu tingkat berkeluasan lantai 10,000
meter per segi (m2) hingga 20,000m2 yang mana barangan makanan merangkumi 50
peratus daripada jumlah jualan keseluruhuannya. Namun begitu, kini kebanyakan
hypermarketbaru, dibina dalam dua (2) tingkat bagi menampung penghuni atau lot-lot
sekunder atau perniagaan sampingan bagi menjadikan hypermarketsebuah pusat sehenti
membeli-belah yang lebih lengkap dan menarik serta memaksimumkan penggunaan
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
45/143
22tanah bandar. Contoh jenama besarhypermarketini ialah Carrefour, Auchan dan Jumbo.
Manakala menurut MVI lagi superstore seperti Wal-mart, Supertarget dan Meijer pula
berkeluasan lantai antara 8,000m2 hingga 28,000m2 manakala makanan merupakan 40
peratus dari jumlah jualannya. Pada kebiasaannya keluasan ruang lantai sesebuah
hypermarketdi sesuatu tempat adalah lebih dipengaruhi oleh faktor tempatan tapak,
lokasi dan cakupan serta attribut pasaran sasaran.
Di dalam penulisan Perrigot dan Cliquet (2006), hypermarketyang konsepnya
diperkenalkan pada 1960-an di Perancis, dirungkai sebagai sebuah pusat sehenti membeli
belah yang menjual pelbagai barangan makanan dan bukan makanan keperluan harian
pengguna di bawah satu bangunan dengan dilengkapi kemudahan tempat letak kereta
yang mencukupi serta mempunyai rangkaian francais yang besar. Bagi urusan niaga pula,
kesemua hypermarketmengamalkan konsep satu harga serta purata harga barangan yang
dijual pula adalah lebih murah berbanding kedai-kedai runcit konvensional
Hypermarketmenjalankan perniagaan secara layan diri dan mengamalkan konsep satu
harga. Bukan sahaja tidak mengamalkan konsep tawar-menawar (konsep satu harga),
hypermarketjuga menjual pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan keperluan harian
pengguna dibawah satu bumbung. Konsep ini didorong oleh perubahan corak kehidupan
dan rutin penduduk bandar yang semain sibuk dan kompleks. Maka masyarakat bandar
cenderung untuk memilih lokasi yang menawarkan pelbagai keperluan harian di satu
tempat agar mereka mampu menjimatkan masa bagi membeli barangan keperluan rumah
untuk kegunaan tempoh masa yang lebih lama. Varian produk yang dijual di sesuatu
hypermarketialah antara 80,000 hingga 100,000 jenis (Dunne et. al., 2002).
Kini, kesemua hypermarketdilengkapi dengan tempat letak kereta, penghawa dingin,
pencahayaan, muzik serta dekorasi menarik. Ciri-ciri yang amat-amat penting dalam
menentukan pemilihan lokasi berbelanja pengguna. Oleh kerana ciri-ciri tersebut,
hypermarketdilihat mampu menarik jumlah pengguna yang ramai berbanding perniagaan
runcit tradisional memandangkan hypermarketmenyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
dibawah suatu bumbung, dengan suasana yang kondusif serta menawarkan pelbagai
barangan keperluan harian berharga murah pada skala yang besar berbanding premis
runcit tradisional yang lebih kecil.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
46/143
23Menurut statistik Rancangan Malaysia Ke-9, kadar pertumbuhan hypermarketdi
Malaysia telah berkembang pada kadar purata 29.8 peratus setiap tahun dari tahun 2001
hingga 2005 sedangkan kadar pertumbuhan purata sektor peruncitan kecil hanyalah 4.2
peratus setahun (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006). Menurut laporan Euromonitor.com
pula, pertumbuhuan pesat hypermarketdi Malaysia adalah kerana kecenderungan rakyat
Malaysia membeli-belah di hypermarketyang menyediakan kemudahan yang selesa,
pilihan yang lebih banyak serta murah dan menjimatkan masa
(http://www.euromonitor.com/Retailing_in_Malaysia, 11 Februari 2009). Pada tahun
2005 sahaja, di Malaysia, sektor peruncitan ini bernilai RM33.1 billion (Rancangan
Malaysia Ke-9, 2006). Membayangkan betapa besar dan pentingnya segmen peruncitan.
2.1.1HypermarketGiant
Bagi kajian ini, hanya hypermarketGiant, hak milik syarikat Malaysia sahaja yang akan
menjadi entiti kajian. Perbandingan ke atas tiga hypermarketyang bernaung dibawah
jenama Giant ini adalah bertujuan mengurangkan kesan lain-lain faktor pemboleh ubah
seperti jenis barangan yang dijual, persekitaran hypermarket, kemudahan yang
disediakan, reputasi hypermarket, harga barangan serta faktor promosi yang mampu
mempengaruhi kadar tarikan terhadap sesebuah hypermarketitu.
Gambarajah 2.1 Antara Contoh Premis Hypermarket Giant di Malaysia
Menurut Answer.com (http://www.answer.com/hypermarket/giant, 13 Februari 2009)
HypermarketGiant bermula dengan pembukaan sebuah kedai runcit kecil oleh keluarga
Teng di pinggir Kuala Lumpur pada 1944 yang membina reputasi hasil penjualan
pelbagai jenis barangan makanan pada harga serendah mungkin. Kedai tersebut
kemudiannya berkembang menjadi sebuah gedung. Hanya pada 1999 iaitu dua tahun
selepas kemelesetan ekonomi dunia, syarikat Dairy Farm membeli gedung tersebut dan
http://www.euromonitor.com/Retailing_in_Malaysiahttp://www.answer.com/hypermarket/gianthttp://www.answer.com/hypermarket/gianthttp://www.euromonitor.com/Retailing_in_Malaysia -
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
47/143
24membuat penjenamaan semula dan menaik taraf kemudahan serta sistem perniagaan
gedung Giant itu kepada sebuah pusat membeli-belah bertarafhypermarket.
Jadual 2.1 Profil HypermarketKajian
Lokasi
(Pembukaan)Skudai (2005) Plentong (1998) Southern City
Format Dua (2) tingkat Satu (1) tingkat Satu (1) tingkat
Lot
Perniagaan
142 254 Tiada data
Letak kereta 586 1824 Tiada data
Keluasan (m2) 5,109 9,290 2,378
Profil
Pelanggan
30 % - Melayu,
65% - Cina,
5% - Lain-lain
35%- Melayu,
60% - Cina,
5% - Lain-lain
Tiada data
Sumber: www.gianthypermarket.com.my, 14 Februari 2009
Selain daripada memperkenalkan produk bukan makanan, Giant telah mengguna pakai
piawaian peruncitan antarabangsa termasuk dalam hal berkaitan kebersihan, keselamatan,
latihan staf, persekitaran membeli-belah yang kondusif, fungsi pembelian berpusat dan
kaedah operasinya. Hypermarketjenama Giant terus menjadi jenama nasional dan
antarabangsa, namun masih mengekalkan penawaran barangan yang berkualiti namun
mampu dibeli pengguna. Hingga tahun 2006, Giant telah membuka sejumlah 86
hypermarketdi seluruh Malaysia berkeluasan sekecil 11,000 kaki persegi (1,000 m2) di
Bangsar sehingga seluas 350,000 kaki persegi (33,000m2) di Shah Alam. Profil serta ciri-
ciri bagi tiga hypermarket kajian di senaraikan dalam jadual 2.1.
2.2Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Tempat Membeli-belah Pengguna
Aktiviti peruncitan berfokuskan kepada pengguna atau pembeli. Kajian mengenai
pemilihan lokasi berbelanja selalu dikaitkan dengan teori berkaitan perlakuan penggguna
serta beberapa teori lain. Teori Persaingan Lokasi (Competitive Location Theory)seperti
http://www.gianthypermarket.com.my/http://www.gianthypermarket.com.my/ -
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
48/143
25juga Teori Penempatan Pusat Christaller (Central Place Theory) mengandaikan bahawa
pengguna akan membeli-belah di tempat yang paling hampir yang menawarkan barangan
yang diidamkan olehnya. Lebih jauh jarak antara pengguna dengan pusat membeli-belah,
maka kemungkinan mereka untuk mengunjugi pusat membeli-belah itu semakin
berkurangan. Lebih luas sebuah pusat perniagaan bermakna lebih banyak barangan dijual
dan akan menarik lebih ramai pengunjung dari kawasan yang lebih jauh. Manakala lebih
luas serta padat kawasan pasaran bermakna keuntungan yang mungkin dijana akan
bertambah. Namun keadaan itu harus juga menilai pendapatan per kapita sesuatu populasi
yang berada dalam pasarannya. Ini kerana, pengguna yang mempunyai pendapatan lebih
tinggi, selalunya akan berbelanja lebih banyak bagi barangan runcit.
Namun begitu, pendapat ini dikritik sebagai tidak menggambarkan fenomena perilaku
pengguna yang semakin kompleks kini. Teori Christaller didakwa hanya mengambil kira
faktor jarak dan mengabaikan faktor seperti harga, kualiti, serta imej (Thompson, 1969
dalam Skogster, 2006). Timbul persoalan sama ada hanya faktor jarak dan luas pasaraya
sahaja yang menjadi faktor pemilihan tempat membeli-belah seseorang pengguna. Teori
mengenai Perilaku Pilihan Pengguna (Consumer Choice Behaviour), mengkaji faktor
pemboleh ubah yang diambil kira oleh pengguna dalam memilih untuk menggunakan
sesuatu kemudahan. Menurut teori tersebut, faktor jarak bukanlah faktor tunggal yang
diambil kira oleh pengguna dalam memilih tempat untuk membeli-belah.
Jadual 2.2 Faktor-Faktor Mempengaruhi Pemilihan Tempat Berbelanja Pengguna.
Sarjana Tahun Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat
Berbelanja Pengguna
Moller & Heuvel 1981 Ciri-ciri pengguna dan ciri-ciri peruncit.
Davidson 1984 Jangkaan pengguna & faktor dalaman runcit.Robinson 1987 Alternatif tempat membeli-belah, gaya hidup dan cita rasa
pengguna serta pengkhususan produk.
Okoruwa, Terza
& Nourse
1988 Usia dan jenis pusat membeli-belah, ciri demografi, dan
ciri ekonomi pelanggan
Leon 1990 Masa operasi, susun atur premis, kualiti produk,
kekerapan promosi khas penyebaran maklumat berkaitan
perbandingan produk yang dijual oleh peruncit dan
pesaing
Duff 1991 Kualiti kad promosi
Laaksonen 1993 Kedapatan saingan perniagaan
Audesh & Sandra 1995 Susunan produk, lokasi, harga, suasana, tahapperkhidmatan, & keselesaan.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
49/143
26Dengan kemajuan sistem dan medium pengangkutan, pengguna tidak lagi hanya
mengambil kira faktor jarak dalam memilih lokasi membeli belah, malahan mengambil
kira faktor cita rasa, budaya, subkultur dan bangsa. Kajian dan perbandingan beberapa
sarjana telah menunjukkan mengenai peri pentingnya faktor budaya, citarasa dan gaya
hidup dalam menjana perjalanan lebih jauh bagi tujuan berbelanja (Katiman, 1988).
Perubahan gaya hidup moden kini yang menjadikan jadual harian pengguna semakin
padat serta fenomena wanita bekerja menjadikan masa untuk membeli-belah bertambah
singkat, maka pengguna cenderung memilih pusat peruncitan yang menyediakan
kesemua barangan keperluan di suatu tempat dengan mengurangkan pengaruh faktor
jarak bagi faktor kemudahan.
Kajian oleh Rawi (1981, dalam Katiman, 1988)dan Ling (1983, dalam Katiman, 1988) di
Lembah Klang menunjukkan bahawa lazimnya pengguna akan mengunjungi pusat
membeli-belah yang paling hampir bagi barangan berorde rendah seperti makanan namun
begitu polanya adalah berbeza apabila pengguna sanggup pergi ke pusat membeli-belah
lebih jauh untuk barangan berorde tinggi seperti perabot, peralatan elektronik dan
pakaian. Oleh kerana itu, menurut Katiman (1988) lagi, adalah amat sukar untuk
menentukan corak sebenar perlakuan pengguna di dunia yang semakin berkembang serta
pelbagai, sekaligus kaitan antara faktor status ekonomi pengguna, jarak dan pilihan pusat
membeli-belah semakin tidak bercorak.
Antara indikator utama dalam penentuan pilihan pengguna ialah jangkaan pengguna dan
faktor dalaman runcit (Davidson et. al., 1984, dalam Audhesh & Sandra, 1995). Faktor
dalaman runcit ialah faktor yang boleh dikawal oleh peruncit adalah seperti produk,
harga, promosi, kemudahan, perkhidmatan, dan pekerja. Manakala faktor jangkaan
pengguna pula ialah faktor berkaitan pengguna yang bertindak balas atas faktor dalaman
runcit, iaitu persepsi pengguna atas suasana, keselesaan (dari segi masa dan ruang), tahap
perkhidmatan,penawaran produk, harga dan interaksi. Pendapat ini disokong oleh ramai
sarjana kemudiannya (Audesh & Sandra, 1995).
Moller dan Van den Heuvel (1981) mencadangkan bahawa faktor pemilihan dibahagikan
kepada ciri-ciri pengguna dan peruncit. Ciri-ciri peruncit termasuklah lokasi, aksessibiliti,
rupa fizikal premis, produk, promosi, kedudukan perniagaan, golongan pelanggan
sasaran, perkhidmatan dan juga pekerja yang menjadi faktor dinilai oleh pengguna.
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
50/143
27Laaksonen (1993) pula membincangkan mengenai pentingnya para pengkaji mengambil
kira faktor yang menolak pengguna daripada pergi ke sesebuah pusat perniagaan seperti
terdapatnya persaingan pusat perniagaan lain.
Walaupun sukar untuk dinilai dan terlalu subjektif untuk dibandingkan, faktor suasana
adalah penting kerana faktor itu mempunyai interaksi kuat dengan ciri sosial dan
psikologi pengguna. Bukan sahaja dari segi suasana fizikal yang kelihatan malahan
kemesraan pekerja pusat membeli-belah juga adalah penting bagi mewujudkan suasana
selesa di kalangan pembeli. Keadaan pencahayaan, pengudaraan, muzik dan gambar
dikatakan banyak mempengaruhi pengunjung untuk berbelanja lebih. Suasana ini juga
akan membentuk imej dan reputasi sesuatu pusat membeli-belah sekaligus mencipta
pelanggan tetap bagi sesebuah pusat perniagaan.
Suatu kajian oleh Beauvais (2008), menunjukkan bahawa pengguna lebih cenderung
untuk membeli-belah di hypermarketberbanding supermarketatau mana-mana kedai
runcit kerana faktor nilai wang per kilometer. Ini bermakna, walaupun terpaksa bergerak
lebih jauh untuk ke sesebuah hypermarket, faktor kepelbagaian barangan, kualiti produk
dan harga yang murah, masih merupakan faktor yang lebih penting daripada faktor jarak.
Kajian oleh Eppli dan Shilling (1996) menggunakan Model Runcit Lakshmanan dan
Hansen juga menunjukkan bahawa faktor jarak serta lain-lain faktor adalah kurang
memberikan kesan berbanding faktor keluasan serta saiz pusat membeli-belah dan saiz
pasaran dalam menentukan jumlah jualan. Dalam kajian tersebut, bahawa saiz entiti
memainkan peranan yang amat besar dalam menilai tahap interaksi sesebuah pusat
perniagaan dengan pasarannya. Pace dan Lee (2003) membidas pendapat tersebut dengan
mempertahankan kepentingan faktor jarak. Sorensen (2003) dalam kajiannya mendapati
bahawa 85 peratus pilihan membeli-belah adalah dipengaruhi oleh lokasi, yakni termasuk
faktor jarak. Malahan survei oleh Yuhanis (2008) bagi hubungan antara jarak dan
bilangan pelanggan hypermarketdi Johor Bahru sendiri menunjukkan signifikan jarak
dalam penentuan tahap interaksi antara peruncit dan pelanggan.
Disebalik kajian-kajian yang menunjukkan bahawa kini faktor jarak tidak lagi dominan
dalam penentuan tempat berbelanja pengguna, mungkin atas faktor terdapatnya medium
pengangkutan yang lebih efisyen dan pantas serta meluas, tidak dapat kita nafikan
bahawa lokasi dan jarak masih memainkan peranan utama dalam pemilihan tempat
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
51/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
52/143
29kawasan pasaran dua lokasi yang bersaing bagi pasaran yang sama. Model graviti pula,
digunakan bagi mengukur interaksi antara kesemua pasangan lokasi berkemungkinan.
Ramai sarjana telah mengubah suai hukum graviti yang dicetuskan oleh Newton bagi
kegunaan dan aplikasi tertentu dalam pelbagai bidang. Pada tahun 1885, Ravenstein
menggunakan hukum Newton untuk mengkaji perjalanan antara bandar-bandar Inggeris
manakala pada tahun 1924 pula, Young menggunakan hukum tersebut bagi mengkaji
corak pergerakan para petani di Amerika Syarikat (Nijkamp,1978; Riza, 1993). Steward
pada tahun 1941 menggunakan hukum graviti untuk mengkaji beberapa pengaruh sosial
(Nijkamp, 1978, dalam Riza, 1999) manakala Pallin pula dikatakan sebagai orang yang
pertama menggunakan hukum graviti dalam pergerakan lalu lintas dalam bandar (Stopher
& Meyburg, 1975, dalam Riza, 1999). Kebenaran Hukum Graviti Newton juga
dibuktikan oleh Zipf (1949, dalam Katiman, 1988) yang membuktikan bahawa wujud
interaksi dalam bentuk panggilan telefon, pergerakan penumpang, dan jumlah berat
barangan yang diangkut.
Rajah 2.2 Evolusi dan Susur Galur Model Graviti
Model graviti ialah model matematikal yang dicipta bagi mewakili pelbagai corak aliran
berkaitan geografi kemanusiaan. Pelbagai subjek berkaitan susur migrasi, trafik telefon,
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
53/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
54/143
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
55/143
32kepada faktor jarak semata dan hanya mengambil kira persaingan atau interaksi antara
dua pusat perniagaan sahaja (Eppli dan Shilling, 1996).
Wujud juga pendapat yang menyatakan bahawa pemilihan berkaitan reruang ini
dipengaruhi oleh faktor geo-psikologi seperti imej dan harga yang lebih berorientasikan
perlakuan pengguna. Menurut para sarjana yang mengkritik Teori Penempatan Pusat
Christaller yang menyokong prinsip Hukum Pengravitian Runcit Reilly, jarak bukanlah
faktor tunggal yang difikirkan oleh pengguna dalam memilih tempat berbelanja, malahan
penilaian terhadap kesemua tarikan sedia ada dalam kawasan cakupan perlu diambil kira.
Perlakuan pengguna terhadap dinamika persaingan antara peruncit dan pemilihan tempat
alternatif membeli-belah menjadi persoalan penting.
2.3.2 Model Huff & Model Graviti Peruncitan Lakshmanan dan Hansen
Oleh alasan itu, model yang digunakan oleh Reilly dan Converse kemudiannya diubah
suai oleh Huff berdasarkan pendapat Luce mengenai pilihan diskrit pengguna yang
menyatakan pengguna akan memilih sesuatu kemudahan yang paling optimal
keuntungannya berdasarkan pada perbandingan dengan kesemua kemudahan-kemudahan
alternatif lain dalam satu lingkungan yang dinilai oleh pengguna. Huff yang mempolopori
teori ini di pasca perang dunia mengatakan bahawa hubungan pelbagai hala antara jumlah
pasaran dan pusat-pusat membeli-belah adalah intipati kepada interaksi antara reruang
perniagaan bandar. Maka atas sebab itu juga Model Huff ini juga dikenalikan sebagai
model interaksi reruang yang berpaksi kepada teori interaksi reruang (Chasco & Vincens,
1999) (sila rujuk rumus 4).
(4)
Model Huff. Sumber: Diubahsuai dari Chasco & Vicens (1999)
Dalam model Huff, Pij mewakili kemungkinan peratusan pengguna di iakan
mengunjungi kedai j. Sjpula ialah kadar tarikan atau saiz kedai jterhadap pengguna di i
-
8/7/2019 Interaksi Hypermarket dan Pasaran - Aplikasi Model Graviti dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) (Tesis)
56/143
33manakala Dijpula ialah jarak antara kawasan idengan kedai j. b pula ialah nilai parameter
selari Hukum Reilly.
Pada tahun 1963, Huff menyatakan bahawa apabila pengguna punya beberapa pilihan
untuk pergi membeli-belah, mereka mungkin akan melawat beberapa pusat membeli-
belah berbanding hanya terhad kepada satu yang paling hampir. Setiap pusat perniagaan
yang berada dalam lingkungan kawasan pengguna punya peratusan tertentu untuk
dilawati. Oleh itu, Huff lebih selesa untuk menentukan kawasan pasaran secara
kemungkinan peratusan untuk dilawati berbanding terus menyatakan secara tepat, pusat
membeli-belah manakah yang akan menjadi pilihan tetap pengguna. Model kemungkinan
Huff ini menggunakan pemboleh ubah jarak masa serta saiz pusat membeli-belah sebagai
input meramal kemungkinan pengguna akan membeli-belah di sesuatu pusat membeli-
belah. Melalui model ini juga, dikatakan bahawa kawasan pasaran adalah kompleks,
bercantum dan juga berasaskan kepada kemungkinan perbelanjaan.
Menurut model interaksi reruang oleh Huff , lebih besar sesuatu pusat perniagaan itu,
lebih tinggi kemungkinan lebih ramai pelanggan akan membeli-belah di pusat perniagaan
itu. Manakala lebih jauh jarak antara pengguna dengan sesuatu pusat membeli-belah itu,
kemungkinan pusat membeli-belah itu dilawati pengguna berbanding lain-lain pusat
membeli-belah yang lebih hampir akan berkurangan. Malahan model ini
memperkenalkan penggunaan pemboleh ubah jarak masa perjalanan bagi memperbaiki
model oleh Reilly serta penggunaan parameter bagi pemboleh ubah jarak.
Voorshees dalam Riza (1999) menyatakan bahawa melalui kajian yang telah
dijalankannya, parameter jarak bagi perjalanan ke tempat kerja ialah 0.5, bagi tujuan
sosial ialah 3 manakala bagi perjalanan membeli-belah pula parameter jaraknya dalam
model graviti ialah 2. Penentuan parameter bagi perjalanan membeli-belah ini dibuktikan
lagi oleh hasil kajian dari survei yang dilakukan oleh Yuhanis (2008), apabila beliau
memplotkan jadual jauh asalan pelanggan dan bilangan pelanggan di empat buah
hypermarketkajian beliau. Namun begitu menurut Thall (1997, dala