interaksi 3 (topik 7,8,9)
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
PROSES
SET INDUKSI-menarik perhatian
-mewujudkan motivasi
-membuat perkaitan-menstruktur
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
TAJUK 7 KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Set Induksi
SINOPSIS
Dalam tajuk ini terdapat lima sub topik ia itu proses pengajaran mikro, dan empat
komponen kemahiran set induksi. Komponen kemahiran sei induksi yang pertama
ialah menarik perhatian diikuti mewujudkan motivasi dan mengstruktur.Setiap
komponen tersebut tidak wujud berasingan dalam satu contoh set induksi dan
terdapat pelbagai teknik untuk memulakan pengajaran.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI
7.0 Pengajaran Mikro
7.1 Proses Pengajaran Mikro
7.2 Set Induksi
7.2.1 Menarik Perhatian
7.2.2 Memotivasi
7.2.3 Membuat Perkaitan
7.2.4 Menstruktur
103
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti
a. Tuliskan satu hasil pembelajaran untuk set induksi / fasa orientasi anda. Rujuk aktiviti dalam bab 6, pilih jika ia sesuai .
b. Adakah orientasi anda satu peristiwa berselisih dan bagaimana anda memotivasikan pelajar, menarik minat serta mengaitkan dengan kandungan pelajaran anda hari tersebut
c. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan fasa orientasi anda.
7.0 Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro adalah aktiviti bersemuka antara pensyarah dan guru pelatih dalam
satu kelas. Ia adalah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima
belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran dalam satu kumpulan guru pelatih
antara lima hingga sepuluh orang sahaja. Dalam pengajaran sains kemahiran
pengajaran mikro terdiri dari set induksi, teknik penyoalan, perbincangan hasil
eksperimen, variasi rangsangan, penerangan, peneguhan, bahan bantu mengajar dan
penutup.
Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang mempraktikkan teori
pengajaran dalam situasi terkawal untuk satu-satu kemahiran dengan teknik simulasi
iaitu guru pelatih berperanan sebagai guru dan murid. Saranan untuk amalan
pengajaran mikro adalah seperti berikut :
a. Situasi terkawal untuk latihan pengajaran mikro di kalangan guru pelatih sendiri
dan bukan dalam situasi sebenar iaitu di sekolah. Ianya berlaku di kelas bersama
guru pelatih yang lain dan pensyarah dalam suasana terancang dan
dipermudahkan.
b. Saiz kelas, isi kandungan dan masa semuanya kurang dari pengajaran sebenar.
c. Berfokus kepada tugasan yang spesifik seperti kemahiran memberi arahan atau
membincangkan hasil eksperimen.
104
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
d. Pengulangan adalah perlu untuk membentuk kemahiran serta memperbaiki
kesilapan selepas berbincang bersama kawan-kawan dan pensyarah atau
refleksi sendiri selepas menonton video yang telah dirakam.
7.1 Proses Pengajaran Mikro
Model pengajaran mikro yang asal ialah merancang – mengajar – mengulas –
merancang semula – mengajar semula - mengulas semula. Dalam model ini guru
pelatih dikehendaki mengulang setiap kemahiran pengajaran mikro sehingga
menguasai kemahiran tersebut.
Model lain proses pengajaran mikro terbahagi kepada empat peringkat iaitu
pengenalan, perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Urutan pelaksanaan
proses tersebut bagi guru pelatih adalah seperti :,
a. Memahami konsep pengajaran mikro dan kemahiranya dari modul , bahan
bacaan dan pensyarah.
b. Meneliti borang senarai semak kemahiran pengajaran mikro supaya guru pelatih
mengetahui kriteria untuk dikuasai dan mengatasi kelemahan.
c. Melihat rakaman video tentang satu kemahiran pengajaran mikro dan berbincang
tentang kelemahan dan kekuatan.
d. Rancang satu sessi pengajaran mikro lengkap dengan objektif, bahan, cara
pengendalian dan penilaian pencapaian objektif.
e. Laksanakan pengajaran dan buat rakaman video. Pada permulaan pengajaran
mikro seharusnya dinyatakan objektif pengajaran supaya guru pelatih lain lebih
jelas.Diikuti oleh persembahan pengajaran mengikut urutan, sedikit jenaka
mungkin dan penutup akhirnya.
f. Terima maklumbalas dari pensyarah dan rakan serta teliti borang senarai semak
untukmelihat kelemahan dan kekuatan.
105
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Rajah : Proses Pengajaran Mikro Latihan 1 : Pengajaran mikro
Sebagai seorang guru berpengalaman rancang satu pengajaran mikro seperti berikut, praktikkan dalam kelas anda dan buat satu refleksi kendiri sebagai persediaan untuk sessi pengajaran mikro di Institut. :
ObjektifFokus PermulaanTugasan MajorAktiviti ArahanSumber PengajaranPenilaian
7.2 Set Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama
mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat
106
Rancang
Pendapat Penyelia Nyatakan Objektif
dan Mengajar Mengajar Semula
Maklumbalas dari penyelia & rakan
Rancang Semula
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan Ianya juga membantu membentuk
kerangka alternatif dan kognitif set dalam minda pelajar. Empat teknik yang biasa
digunakan termasuklah peristiwa berselisih, perbincangan lisan, penyampaian masalah
dan konflik pendapat.
Penyediaan aktiviti set induksi mestilah memenuhi prinsip-prinsip berikut:
1. Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur pelajar.
2. Hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
3. Hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada.
4. Menarik perhatian pelajar terhadap topik berkenaan.
5. Sesuai dengan masa dan objektif tercapai.
6. Bermakna sesuai dengan kebolehan, pengetahuan sedia ada dan minat pelajar
7.2.1 Menarik Perhatian
Menarik pelajar supaya memberi fokus kepada guru diawal kelas boleh dilakukan
dengan senyap atau guru bercakap dengan nada perlahan atau guru menggunakan
nada suara yang pelbagai. Guru boleh juga menggunakan alat bantu mengajar,
menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar
biasa
Aktiviti luar biasa bagi pelajar boleh disesuaikan dengan peristiwa berselisih iaitu suatu
demonstrasi yang bersalahan dengan struktur mental dan skema kognitif sedia ada
pelajar. Sebagai contoh semasa mengajar topik tolakan dan tarikan magnet, boleh
ditujukkan atau didemonstrasikan magnet itu terapung antara bingkai kayu seperti rajah
1, sebelum diterangkan seperti rajah 2 .
107
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Rajah 1
Rajah 2
Pengetahuan sedia ada pelajar adalah besi yang mengandungi magnet itu sepatutnya
jatuh kebawah atau melekat pada magnet pada bingkai kayu. Peristiwa berselisih disini
ialah besi itu terapung kerana keseimbangan antara daya tarikan graviti dan daya
tarikan magnet.
7.2.2 Memotivasi
Set induksi boleh mewujudkan motivasi dengan membangkitkan rasa ingin tahu,
menggunakan teknik bercerita, menunjukkan aktiviti berguna dan menggunakan soalan
mencabar. Memberi motivasi kepada pelajar memerlukan kreativiti seperti demonstrasi
model, tekaan , peristiwa berselisih, model, gambar atau soalan yang meransang .
108
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Contoh, guru menunjukkan gambar dan meminta pelajar meneka apakah perbezaan
antara isipadu paru-paru seorang budak dibandingkan dengan se ekor king kong
dengan menunjukkan gambar berikut : Pelajar bermotivasi untuk membuat hipotesis
dan membandingkan adakah saiz badan mempengaruhi saiz paru-paru dan
mekanisma tarik dan hembus nafas.
7.2.3 Membuat Perkaitan
Komponen membuat perkaitan termasuklah mengaitkan pengetahuan lepas pelajar,
peristiwa semasa, minat pelajar dan pengalaman pelajar.dengan isi pelajaran baru.
Contoh perkaitan antara laju ( v ) gerakan kelawar dengan getaran (hz) dan arah
gerakan kelawar.
109
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Rajah 1 : Kelawar dan Arah Gerakan
7.2.4 Menstruktur
Menstruktur termasuklah menyatakan had tugas yang akan dijalankan, menggunakan
satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara melaksanakan tugas dan
menyatakan aktiviti, tugas atau projek.
110
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Satu contoh set induksi bagi pengajaran tajuk sifat mikroorganisma. Pengajaran dimulai
dengan guru menunjukkan video atau gambar jenis-jenis mikroorganisma selama lima
hingga tujuh minit. Pelajar mencatat jenis mikroorganisma yang terdapat serta sifatnya
dalam dua kolum dalam lembaran kerja yang disediakan oleh guru iaitu jenis mikrob
dan sifatnya .Guru merumuskan bahawa tajuk hari ini ialah sifat mikroorganisma.
Latihan 2 : Berdasarkan gambar dibawah sediakan satu set induksi yang memenuhi 4 komponen di atas, anda boleh menyemak sanarai semak atau masukkan dalam senarai semak dibawah.
Rajah 1
Set InduksiMenyediakan rangka kerja atau struktur bagi sesuatu pembelajaran. Guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid yang terbaik apabila mereka dimaklumkan dahulu tentang apa yang telah guru tersebut jangka daripada mereka (memaklumkan mengenai tujuan pembelajaran dan perkara yang boleh dilakukan oleh kelas apabila ia berakhir).
Nama :
Topik :
Isi Kandungan :
111
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Komponen set induksi
Penarikan Perhatian( perkara yang luar daripada kebiasaan)
Ransangan motivasi
Perkaitan kognitif
Ketetapan struktur Tugasan :
Soalan :
Pernyataan aktiviti :
JENIS AKTIVITI SET INDUKSI ______________________________________
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO (SET INDUKSI)Nama Pengajar :Unit : Tarikh :
Kategori Pemerhatian( ) UlasanSekali Banyak
KaliTiada
Teknik Khusus1. Peristiwa berselisih
112
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
2. Perbincangan secara Lisan
3. Penyampaian Masalah
4. Konflik Pendapat
Cara Dan Objektif1. Menggunakan suara, gerak isyarat, kontak mata.
2. Menggunakan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
3. Meningkatkan minat & sifat ingin tahun di kalangan murid4. Memperkenalkan tujuan pelajaran dengan jelas
5. Memberi arahan dan tugasan dengan jelas
6. Mengenal pasti idea murid yang sedia ada.
Lain-lain
1.
2.
Pemerhati : …………………………………………………….. T. T …………………………
TAJUK 8 KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Penyoalan
113
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
SINOPSIS
Tajuk ini menerangkan jenis-jenis soalan, soalan yang berkesan dan bagaimana
meningkatkan kemahiran penyoalan .
HASIL PEMBELAJARAN
a. Mengenalpasti ciri-ciri soalan yang baik.
b. Merancang soalan yang berkesan.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti
a. Kenalpasti ciri-ciri soalan yang baik. Rujuk HSP pilih satu topik dan tuliskan satu set soalan.
b. Apakah bentuk soalan anda dan dimanakah dalam fasa manakah dalam RPH anda ia hendak digunakan.
c. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan fasa teknik penyoalan anda serta bagaimana anda memperbaiki mutu soalan anda.
KANDUNGAN ISI
114
Penyoalan
Ciri Soalan Yang Baik
Jenis-jenis Soalan
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Dalam kehidupan umumnya dan sebagai guru sains khasnya anda telah
melontarkan beribu soalan. Penyoalan dalam pengajaran sains umumnya untuk
mengalakkan inkuiri.
Antara Objektif Penyoalan
a. Menguji pengetahuan dankefahaman pelajar.
b. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.
c. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri kearah menyelesaikan
masalah.
d. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
e. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.
f. Membantu pelajar mengulang kaji pelajaran.
Komponen Kemahiran Penyoalan.
a. Pembentukan soalan, jelas, tepat dan ringkas.
b. Soalan konvergen berfokus kepada satu idea.
c. Soalan divergen ditumpukan lebih daripada sati idea.
d. Soalan hendaklah disebarkan keseluruh kelas.
e. Hentian memberi masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan.
f. Hendaklan melayani jawapan pelajar dengan memberi pujian, melengkap
dan membaiki jawapan.
g. Jika pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat hendaklah memberi petua
atau petunjuk untuk membantu pelajar.
h. Satu siri soalan perlu diberikan untuk mencungkil fikiran pelajar.
Ciri Soalan Yang Baik
a. Aras soalan sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
115
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
b. Perancangan penyoalan hendaklah dibuat sebelum pengajaran dan soalan
hendaklah pelbagai jenis.
c. Perkataan dalam soalan hendaklah mudah dan difahami oleh pelajar.
d. Soalan meransang minat pelajar kepada tajuk yang diajar.
e. Penyoalan meransang kemahiran berfikir.
Latihan 1 : Berdasarkan penyataan dalam jadual dibawah lengkapkan
penyoalan untuk merancang satu penyiasatan.
Soalan Saya Berapakah bilangan ayunan bandul ringkas
dalam masa 30 saat ?
Apakah yang akan saya ubah ? Panjang bandul
1. Bilangan ayunan bandul dalam
masa 30 saat.
2. Kelajuan ayunan bandul
1. Masa ( 30 saat )
2. Jisim ladung
Jadual
Benang, kaki retot, ladung, pembaris, gunting
dan jam randik.
Latihan 2 : Bina enam soalan dalam tajuk yang anda pilih berdasarkan
Taksonomi Bloom.
Topik :Peringkat Taksonomi Bloom Soalan
PengetahuanKefahaman
116
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
AplikasiAnalisisSintesisPenilaian
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO(TEKNIK PENYOALAAN)
Nama Pengajar :Unit :Tarikh :Kategori Pemerhatian( ) Ulasan
Sekali Banyak Kali
Tiada
Aras Soalan1. TR- Mengingat dan mengenali masalah
2. TT- Menunjukkan Pemahaman
3. CR- Berfikir secara kritis
4. CT- Berfikir secara kritis & menilai
Teknik Menanya Soalan1. Guru tanya soalan yang jelas, tepatdan fokus pada satu idea2 Guru mengubah suai semula mengikut kebolehan murid.3. Guru meningkatkan peningkatan penglibatan yang lebih ramai.4. Guru gunakan masa hentian selepas menyoal & murid menjawab. 5. Guru terus mencungkil idea murid selepas murid menjawab 6. Guru menggalakkan murid menanya soalan yang
117
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
berkaitan.Lain-lain
1.
2.
TAJUK 9a KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Perbincangan Hasil Eksperimen
SINOPSIS
Tajuk ini menghuraikan peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.
HASIL PEMBELAJARAN
Peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti
a. Kenalpasti apakah yang guru perlu bincangkan selepas sesuatu eksperimen . Rujuk HSP pilih satu set data berdasarkan satu eksperimen.
118
Perbincangan Hasil Eksperimen
Pemprosesan Data
Membuktikan Hipotesis
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
b. Bagaimanakah pelajar anda mempersembahkan data. Adakah ia berkait dengan kemahiran proses sains seperti hipotesis dan variable.
c. Bagaimana anda membuat rumusan dan kesimpulan eksperimen bersama pelajar anda.
d Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan hasil
eksperimen anda.
KANDUNGAN ISI
Selepas pelajar menjalankan eksperimen dan mengumpul data hipotesis perlu
dibuktikan sebelum membuat kesimpulan. Data tersebut perlu diproses,
diorganisasi, dianalisi dan dilapor. Dua perkara yang perlu dalam perbincangan
hasil eksperimen ialah :
a. Pemprosesan Data
i. Membuat pengiraan data yang telah dikumpul.
ii. Mempersembahkan data dalampelbagai format seperti carta dan graf.
iii. Menterjemahkan graf dan carta.
iv. Mengenalpasti paten data dan hubungan.
v. Mengelaskan data.
b. Teknik melaporkan maklumat dari eksperimen dan perkara yang perlu
dibincangkan.
i. Kaitkan dan huraikan keputusan, hipotesisdan ramalan.
ii. Perbincangan keputusan.
iii. Membuat laporan amali samada secara lisan atau penulisan.
iv. Cadangan cara untuk memperbaiki eksperimen
v. Pastikan setiap pelajar mempunyai data yang betul dan mengambil
bahagian aktif dalam perbincangan.
119
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
BORANG ANALISIS KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO 3PERBINCANGAN HASIL EKSPERIMEN
Pengajar :Penilai :Unit : Tarikh:
PEMERHATIAN - Tiada - Sekali - Banyak Kali
ULASAN -Tiada Berkesan - Berkesan-Sangat Berkesan
KATEGORITeknik Memproses Maklumat1. Membuat kiraan berasakan data yang dikumpul
2. Mewakili data dalam bentuk yang berlainan, seperti jadual
3. Menggunakan graf dan carta
4. Mentafsir graf dan carta5.
5. Mencari pola atau perhubungan yang terdapat dalam data.
6. Mengelas Data
Teknik Melapor maklumat1. Mentafsir perhubungan antara
keputusan, Hipotesis & Ramalan2.
120
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
3. Memberi Penjelasan kepada keputusan eksperimen
4.5. Membuat Laporan secara Lisan
atau bertulis6.7. Memberi cadangan untuk
membaiki atau melanjutkan eksperimen.
Lain-lain
TAJUK 9b KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Variasi Rangsangan.
SINOPSIS
Tajuk ini menghuraikan pelbagai rangsangan yang perlu dimasukkan dalam
pengajaran. Enam komponen variasi rangsangan akan dinyatakan dalam modul ini.
HASIL PEMBELAJARAN
a. Menyatakan enam jenis variasi rangsangan yang digunakan dalam
Pengajaran.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
121
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
KANDUNGAN ISI
Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan penyampaian
guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti
pengajarannya. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah
tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar serta mempelbagaikan
kaedah dan teknik mengajar.
9.1 Perubahan Pergerakan Langkah Guru
i. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar.
ii. Pergerakan perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P
dan tumpuan kanak-kanak.
9.2 Perubahan Pergerakan Anggota Guru
i. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru
contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.
ii. Penggunaan anggota badan secara bergilir-gilir mampu manarik minat
pelajar dan memudahkan mereka memahami penerangan yang diberikan
oleh guru.
122
Variasi Rangsangan
Guru
Pelajar
Bahan
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
9.3 Perubahan Nada Suara Guru
i. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah
nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.
ii. Guru boleh menggunakan nada suara yang lantang bagi memberi
penegasan terhadap sesuatu perkara.
iii. Nada suara yang boleh digunakan semasa mengajar ialah rendah, tinggi,
lantang, mendatar dan sebagainya.
9.4 Perubahan Fokus Deria Pelajar
i. Ianya merupakan saluran kemasukan maklumat pelajar seperti mendengar,
menonton, melihat dan merasa.
ii. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar
dengan menggunakan ABM.
iii. Penggunaan ABM yang sesuai perlu diambil kira agar fokus pelajar dapat
dikekalkan semasa sedang mengajar.
9.5 Perubahan Bentuk Lisan Pelajar
i. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
ii. Perubahan bentuk lisan pelajar seperti menyoal, menjawab, membaca,
bercerita, interaksi dengan guru dan lain-lain.
9.6 Perubahan Bentuk Fizikal Pelajar
i. Perubahan fizikal pelajar seperti menulis, duduk, berdiri, berlari, membuat
eksperimen dan lain-lain.
ii. Ianya termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan
bahan.
123
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
9.7 Interaksi DenganBahan Pengajaran
Variasi rangsangan interaksi dengan bahan pengajaran termasuklah interaksi guru
dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.
Kemahiran Pelbagai Ransangan
Nama Guru Pelatih: ………………………… … Kumpulan: ………………..
Tarikh; …………………………… masa : ………
Bulatkan nombor yang paling jelas sekali menyatakan pandangan anda tentang prestasi guru dalam Kemahiran Pelbagai Situasi Ransangan.
Bil Aspek Kepelbagaian1. Gerakerja/pergerakan guru 1 2 3 4 52 Gerakisyarat/Pergerakan anggota
guru1 2 3 4 5
3 Suara/corak pertuturan Guru 1 2 3 4 54 Hentian 1 2 3 4 55 Pemusatan lisan/bukan lisan 1 2 3 4 56 Saluran Deria/perubahan focus deria 1 2 3 4 57 Pola Interaksi
(a) Guru dengan kumpulan 1 2 3 4 5(b) Guru dengan individu 1 2 3 4 5(c) Murid dengan guru 1 2 3 4 5
Catatan / Ulasan :
………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tarikh: Nama Pemerhati
………………………………….
124
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG
Latihan
Berdasarkan senarai semak pelbagai ransangan di atas, minta kawan anda membuat pemerhatian setiap 30 saat perlakuan anda semasa menyampaikan pengajaran . Bincangkan bagaimana anda memperbaiki kemahiran komunikasi anda.
125