institusi lestari merupakan organisasi
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
1/29
1
Institusi lestari merupakan suatu organisasi iaitu sama ada organisasi kerajaan mahupun
organisasi bukan kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan pembangunan lestari. Institusi
lestari sangat penting dalam memastikan sumber alam sentiasa terpelihara daripada
kerakusan sikap yang menuju ke arah pembangunan. Pembangunan lestari pula merupakan
satu konsep yang memberi penekanan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan sumber
alam dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ianya tidak terhad kepada sesuatu aktiviti
semata-mata, tetapi adalah menyeluruh dan berkait rapat dengan kehidupan manusia di
atas muka bumi ini. Oleh hal yang sedemikian, kewujudan institusi lestari memainkan
peranan yang sangat penting dalam merealisasikan pembangunan yang berkonsepkan
kelestarian alam sekitar sejajar dengan pembangunan mampan pada era masa kini.
Pendidikan alam sekitar serta keperluan kepada pembangunan lestari di Institusi
Pengajian Tinggi merupakan salah satu contoh institusi lestari yang berperanan sebagai
kesinambungan kepada apa yang pelajar perolehi daripada pendidikan di sekolah-sekolah
rendah dan menengah dalam aspek alam sekitar. Pendidikan lestari penting dalam
melahirkan graduan yang dapat menggunakan ilmu yang dipelajari bagi mengekal dan
memperbaiki kualiti hidup untuk generasi yang akan datang dalam setiap tindakan dan
keputusan yang diambil.
Apabila memperkatakan tentang pembangunan lestari dan alam sekitar, persidangan
United Nations Comission on Environment and Development UNCED, 1972 di Stockhom
dan persidangan UNCED 1992 di Reo de Janeiro, Brazil merupakan pencetus kepada arena
perbincangan alam sekitar dunia. Persidangan UNCED 1992 yang telah menggariskan plan
tindakan menyeluruh (Agenda 21) yang mengandungi prinsip-prinsip bagi membantu pihakpemerintah sesebuah negara dan institusi-institusi lain melaksanakan dasar-dasar dan
program-program pembangunan lestari ada menyatakan tentang kepentingan pendidikan
dalam menjayakan pembangunan lestari iaitu education is criticalfor promoting sustainable
development and improving the capacity of the peopleto address sustainable development
issues(UNCED, 1992).
Terdapat berbagai takrifan yang dibuat berkaitan pembangunan lestari dan secara
umumnya ditakrifkan adalah sumber yang digunakan sekarang perlu mengambil kira kepadakeperluan generasi yang akan datang. Terdapat tiga elemen dalam konsep pembangunan
PENGENALAN
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
2/29
2
lestari iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan antara
satu sama lain untuk menyediakan keperluan kehidupan manusia yang selamat, harmoni
dan sejahtera. Pembangunan di Malaysia adalah berteraskan kepada alam dan sumber
aslinya. Bagaimanakah Malaysia dapat mengekalkan kesuburan tanah, kepelbagaian
sumber alam, kualiti udara sihat dan air bersih dalam menjadikan Malaysia negara maju?
Jawapannya sangat mudah kerana ianya terletak kepada institusi lestari yang berjaya
mencapai matlamatnya ke arah pembangunan mampan atau lestari. Dalam pembangunan
yang semakin pesat dengan sumber alam yang semakin terhad, manusia sebolehnya mahu
bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik. Persaingan dan
pembangunan yang dilakukan perlu kepada pertimbangan antara pembangunan manusia
dan keterbatasan sumber alam yang ada.
Dasar alam sekitar Negara telah diwujudkan semenjak 2002 bertujuan untuk
meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat
Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari (Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, 2002). Pendidikan dan kesedaran terdapat
dalam strategi hijau Malaysia dan salah satu komponen yang digariskan adalah Alam
sekitar dan pembangunan akan diintegrasikan ke dalam aktiviti pendidikan dari peringkat
sekolah hingga pendidikan tinggi. Sejauh manakah pendidikan dalam bidang kejuruteraan
di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berperanan dalam memberi ilmu ke arah pembangunan
lestari? Penekanan berkaitan kelestarian dalam beberapa aspek pendidikan adalah perlu
antaranya dalam pengajaran (kurikulum), penyelidikan dan pembangunan dan juga dalam
dasar pendidikan tinggi negara. Pemasalahan-pemasalahan yang timbul berkaitan alam
sekitar perlu kepada penyelesaian melalui pendidikan yang mana pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam melakukan perubahan. Tidak dapat dinafikan kurikulum
pengajaran yang dibuat adalah perlu melihat kepada permintaan pasaran kerja semasa
dalam semua bidang pengajian.
Pendidikan untuk kelestarian (sustainability) secara umumnya merupakan suatu
proses untuk membangunkan keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada
pelajar-pelajar yang membolehkan penglibatan mereka dalam pembangunan lestari lebih
berkesan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa serta membantu mereka untuk
bekerja ke arah masa depan yang lebih lestari. Secara khususnya, pendidikan lestari
membolehkan pelajar-pelajar dapat mengintegrasikan pertimbangan persekitaran dalam
membuat sebarang keputusan secara lebih berhemah (Mukaddes & Agnello, 2009).
Pendidikan persekitaran (environmental education) dan pendidikan untuk pembangunan
lestari (education for sustainable development) dilihat mempunyai kesamaan dalam
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
3/29
3
penerapan kepentingan alam sekitar melalui pendidikan. Melalui kertas kerja oleh Cieges
dan Gineitiene (2005) ada dibincangkan kesamaan dan perbezaan konsep antara kedua-
duanya. Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama sesebuah institusi pengajian tinggi
sebagai salah sebuah institusi lestari adalah menyediakan pelajar-pelajar dengan nilai-nilai
keprihatinan, ilmu, kemahiran dan keperluan nilai-nilai lain untuk melahirkan kelestarian
dalam diri mereka. Pelajar-pelajar universiti bukan hanya mendapat ilmu berkaitan bidang-
bidang yang tertentu sahaja, malahan lebih daripada itu. Peranan universiti kepada
masyarakat adalah pelbagai termasuklah melalui penyelidikan, teknologi yang berinovasi,
memberi ilmu dan juga melalui interaksi dengan mereka. Maka adalah penting keperluan
sistem pendidikan ke arah pembangunan lestari dipertingkatkan dan disusun dengan lebih
berkesan di institusi pengajian tinggi.
Universiti mempunyai peranan penting dalam melahirkan graduan pelbagai disiplin
yang mempunyai kefahaman mendalam berkaitan konsep kelestarian dan mempunyai
keprihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar dalam setiap tindakan dan keputusan yang
dibuat. Setiap tahun, universiti akan melahirkan para bijak pandai yang akan menjawat
jawatan penting dalam pelbagai sektor. Mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan
sesebuah negara dengan ilmu yang dimiliki dengan menjadi modal insan yang berguna
kepada agama dan negara.
Minda lestari perlu dikembangkan dalam diri mereka. Untuk itu universiti perlu
berperanan ke arah pembangunan lestari dalam pelbagai cara termasuklah pengajaran,
penyelidikan, pengurusan, perancangan, pembinaan dan lain-lain. Antara ciri-ciri cemerlang
sesebuah institusi pengajian tinggi adalah dapat mengeluarkan graduan yang memenuhi
kehendak pasaran dan dapat mengaplikasikan ilmu dalam konteks masyarakat semasa.
Mengaplikasikan ilmu dalam konteks masyarakat semasa pada pandangan penulis adalah
dapat menggunakan ilmu untuk memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada
masyarakat iaitu bertepatan dengan konsep pembangunan lestari yang diterapkan melaluipendidikan.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
4/29
4
Perlancongan berkonsepkan Hijau memberi peluang kepada pelancong tempatan dan luar
Negara menerokai landskap semulajadi Malaysia untuk menikmati udara bersih dan melihat
kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Pelancongan hijau merupakan sub-sektor
industri pelancongan yang paling pesat berkembang. Ini kerana Malaysia dikurniakan
dengan pulau-pulau dan kawasan terumbu karang yang cantik. Ramai pelancong asing
yang datang untuk menyaksikan keindahan semulajadi keindahan semulajadi sambil
melakukan aktiviti rekreasi seperti menyelam dan snorkelling.
Kriteria ASEAN Green-Hotel Standard
Persekitaran dasar dan tindakan untuk operasi hotel
Penggunaan produk hijau
Kerjasama dengan masyarakat dan organisasi tempatan
Pembangunan sumber daya manusia
Pengurusan sisa pepejal
Kecekapan pengunaan air
Pengurusan kualiti udara (dalaman dan luaran)
Kawalan pencemaran bunyi
Pengolahan air sisa dan pengurusan
Pengurusan pembuangan toksik dan bahan kimia
Industri Pelancongan dan Perhotelan Hijau
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
5/29
5
Menurut laporan EcoMalaysia (2010) beberapa kawasan eko-pelancongan di Malaysia yang
menunjukkan tanda-tanda penggunaan berlebihan, iaitu:
Wang Kelian di Perlis (batu kapur, gua-gua, hutan)
Kenyir di Terengganu (tasik,aktiviti berperahu,trekking dan memancing)
Pulau Kukup di Johor (mangrove, kehidupan liar dan makanan laut)
Lower Kinabatangan Sungai di Sabah (monyet belalai dan kehidupan liar)
Pulau Redang di Terengganu (ikan, terumbu karang dan persekitaran laut yang
menarik)
Pulau Sipadan di Sabah (ikan, terumbu karang dan persekitaran laut yang menarik)
Istilah hotel hijau (green-hotel) juga menggambarkan hotel yang berusaha untuk menjadi
lebih mesra alam melalui kecekapan penggunaan tenaga, air, dan bahan- bahan mesra
alam di samping memberi perkhidmatan yang berkualiti. Sebanyak 10 hotel di Malaysia
telah diiktiraf sebagai Hotel Hijau (Green Leaf Hotel) telah berjaya mengurangkan
penggunaan tenaga sebanyak 20%, air 10%, kertas 10% dan sampah 20%.
Kepelbagaian khazanah alam sekitar
merupakan sumber asas
pelancongan, di mana tanpaperlindungan, daya tarikan
pelancongan akan hilang begitu
sahaja. Penguasa industri
pelancongan dan perhotelan hijau
yang bertanggungjawab perlu
memelihara dan memulihara alam
sekitar dengan menyimpan air,
mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan sisa pepejal untuk menjamin
peningkatan kualiti hidup generasi yang akan datang.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
6/29
6
Istilah hijau sering digunakan untuk amalan dan produk yang mempunyai elemen sosial,
etika dan mesra alam. Dalam bidang perkhidmatan
yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat kewangan,
pengurusan asset dan insurans yang berorientasikan
persekitaran digelari hijau. Sungguhpun syarikat-
syarikat tersebut beroperasi kearah keuntungan,
tujuan perniagaan teras mereka telah mula
berorientasikan prinsip kelestarian dan kepelbagaiaan
biologi.
Produk-produk berciri sedemikian telah berkembang dengan pesat. Ini menunjukkan
bahawa penggabungan produk-produk kewangan dengan persekitaran dan mewujudkan
khidmat perbankan hijau adalah tidak mustahil. Kebanyakkan institusi kewangan di seluruh
dunia telah mula memastikan bahawa keputusan program pinjaman mereka membantu
untuk mengekang kemusnahan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
Bagi memenuhi syarat sebagai produk dan perkhidmatan perbankan hijau, produkkewangan yang ditawarkan harus menyediakan pelanggan-pelanggan insentif yang jelas
untuk mengurangkan kos tersembunyi aktiviti perbankan mereka. Walaupun manfaat secara
keseluruhan dan langkah berterusan memerlukan jangka masa yang panjang untuk menilai,
manfaat yang diharapkan yang boleh diperolehi melalui kegiatan mesra alam tertentu
digunakan sebagai penanda aras.
Produk dan Perkhidmatan Perbankan Hijau
Green Banking Products andServices
RetailBanking
AssetManagement
Corporate &Investment
BankingInsurance
Perbankan Hijau
http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJkCGkfjtQOxUAt1CJzbkF;_ylu=X3oDMTBlMTQ4cGxyBHNlYwNzcgRzbGsDaW1n?back=http://images.search.yahoo.com/search/images?p=perbankan+hijau&fr=yfp-t-701&fr2=piv-web&tab=organic&ri=4&w=391&h=392&imgurl=2.bp.blogspot.com/-Ht5p2GfIHcQ/Th3FMb3O60I/AAAAAAAAClw/ZQ2VTvHcYWk/s1600/LOGO-HARI-BUMI_DONE.gif&rurl=http://gerakanindonesiahijau.blogspot.com/2011/07/perubahan-iklim-merupakan-isu-yang.html&size=961.3+KB&name=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&p=perbankan+hijau&oid=60fc12a0dda5d87ca5988ea997acaf58&fr2=piv-web&fr=yfp-t-701&tt=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&b=0&ni=72&no=4&ts=&tab=organic&sigr=12pkv2kb3&sigb=138l628t6&sigi=130r9pt3h&.crumb=Np7KCodVww5http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJkCGkfjtQOxUAt1CJzbkF;_ylu=X3oDMTBlMTQ4cGxyBHNlYwNzcgRzbGsDaW1n?back=http://images.search.yahoo.com/search/images?p=perbankan+hijau&fr=yfp-t-701&fr2=piv-web&tab=organic&ri=4&w=391&h=392&imgurl=2.bp.blogspot.com/-Ht5p2GfIHcQ/Th3FMb3O60I/AAAAAAAAClw/ZQ2VTvHcYWk/s1600/LOGO-HARI-BUMI_DONE.gif&rurl=http://gerakanindonesiahijau.blogspot.com/2011/07/perubahan-iklim-merupakan-isu-yang.html&size=961.3+KB&name=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&p=perbankan+hijau&oid=60fc12a0dda5d87ca5988ea997acaf58&fr2=piv-web&fr=yfp-t-701&tt=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&b=0&ni=72&no=4&ts=&tab=organic&sigr=12pkv2kb3&sigb=138l628t6&sigi=130r9pt3h&.crumb=Np7KCodVww5http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJkCGkfjtQOxUAt1CJzbkF;_ylu=X3oDMTBlMTQ4cGxyBHNlYwNzcgRzbGsDaW1n?back=http://images.search.yahoo.com/search/images?p=perbankan+hijau&fr=yfp-t-701&fr2=piv-web&tab=organic&ri=4&w=391&h=392&imgurl=2.bp.blogspot.com/-Ht5p2GfIHcQ/Th3FMb3O60I/AAAAAAAAClw/ZQ2VTvHcYWk/s1600/LOGO-HARI-BUMI_DONE.gif&rurl=http://gerakanindonesiahijau.blogspot.com/2011/07/perubahan-iklim-merupakan-isu-yang.html&size=961.3+KB&name=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&p=perbankan+hijau&oid=60fc12a0dda5d87ca5988ea997acaf58&fr2=piv-web&fr=yfp-t-701&tt=perbankan+perlu+beradaptasi+secara+interdependensial+dengan+lingkungan+...&b=0&ni=72&no=4&ts=&tab=organic&sigr=12pkv2kb3&sigb=138l628t6&sigi=130r9pt3h&.crumb=Np7KCodVww5 -
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
7/29
7
Perbankan Hijau di Serata Dunia
Malaysia
Institusi perbankan telah diseru oleh pihak kerajaan untuk mengambil kira aspek alam
sekitar sebagai kriteria ketika menilai permohonan pinjaman perumahan. Pada tahun
2007, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu, iaitu Datuk Seri Azmi Khalidberkata bahawa pihak pemaju perumahan perlulah mempertimbangkan manfaat
persekitaran semasa merancang projek pembinaan baharu untuk membantu Negara
menghadapi perubahan iklim dan pemanasan.
Kanada
Pinjaman hijau telah dilancarkan untuk membiayai pembelian peralatan jimat tenaga
dan bahan-bahan yang digunakan dalam projek pembangunan kondominium baharu.
Amerika Syarikat
Pada 2007, Citigroup di Amerika Syarikat menandatangani perjanjian dengan Sharp
Electronics Corporation untuk menawarkan pelanggan pilihan pembiayaan yang mudah,
murah dan selesa untuk membeli sistem elektrik kuasa solar.
Australia
Pada 2003, Credit Union Merc telah mencipta pakej produk inovatif kewangan Go
Green untuk pinjaman kenderaan. Pihak bank akan meletakkan nilai kadar gas rumah
hijau bagi setiap pinjaman berdasarkan jenis kenderaan dan juga memberikan kadar
faedah yang lebih rendah dan sesuai.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
8/29
8
United Kingdom
Pada 2006, Barclays (UK) melancarkan inisiatif Wang dan Karbon untuk
menggalakkan pelanggan mengimbangi pelepasan karbon berkaitan dengan perjalanan
udara. Kerjasama dengan organisasi Climate Care, Barclays mendirikan laman web
untuk produk mereka dan dana digunakan untuk melabur dalam projek kecekapan
tenaga, pemulihan hutan dan tenaga diperbaharui di Negara membangun.
Eropah
Mulai tahun 1995, Bank Belanda mendapat manfaat daripada inisiatif Green Fund yang
diterajui oleh kerajaan. Melalui pembelian saham dalam dana hijau atau melalui
pelaburan wang dalam produk perbankan hijau, warga Belanda dikecualikan dari
pembayaran cukai (Capital Gains Tax) dan menerima 2.5 % diskaun dalam pembayaran
cukai pendapatan.
Produk dan perkhidmatan perbankan hijau masih di peringkat awal dan tahap kejayaannya
masih belum diketahui. Hanya melalui penyelidikan dan kajian lanjutan mengenai produk-
produk perbankan hijau, membolehkan kita mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam
mengenai tahap pencapaiannya, daya tarikan pelanggan serta kesinambungan dan kesan
kesedaran yang berjaya diwujudkan melalui perlaksanaan perbankan hijau.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
9/29
9
Penyertaan Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar 2009/2010 telah dibuka bagi sekolah-
sekolah yang memenuhi syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan telah dijemput
untuk menyertai program tersebut. Sekolah Lestari bermaksud sekolah yang
membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam
aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi
mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh
yang melibatkan semua lapisan masyarakat atau warga sekolah bersama keluarga, komuniti
setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Konsep ini juga
menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari merupakan asas bagi aktiviti-aktiviti alam sekitar
yang sedang dan yang akan dilaksanakan di sekolah.
Contoh sekolah yang telah dianugerahkan sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar ialah SMK Permas Jaya.
Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di
antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.
SEKOLAH LESTARI
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
10/29
10
Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu
pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini
merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti
Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth,Program RE &
EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K
(Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran
Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain.
Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program
pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan
menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti
setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Sehingga akhir sesi ke-2 program ini, sebanyak 125 buah sekolah telah menyertai
program ini. 40 penyertaan dari sekolah rendah dan 85 penyertaan dari sekolah menengah.
Sesi pertama 2005/2006 : 68 penyertaan (23 sekolah rendah, 45 sekolah menengah
manakala, sesi kedua 2007/2008 : 72 penyertaan (25 sekolah rendah, 47 sekolah
menengah). Daripada jumlah ini 15 sekolah telah menyertai semasa sesi pertama
Pemenang Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar :
Sesi Peringkat Sekolah Rendah Peringkat Sekolah Menengah
2005/2006
Sekolah Jenis Kebangsaan (C)
Chi Hwa, Sandakan, Sabah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Peter Mojuntin,
Penampang, Sabah
2007/2008
Sekolah Kebangsaan Bakri Batu
5,
Muar, Johor
Sekolah Menengah Kebangsaan
(P) Methodist, Pulau Pinang
Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari 2007/2008 telah diadakan serentak dengan Majlis
Pelancaran Rakan Alam Sekitar. Majlis ini telah diadakan pada 4 Jun 2009 bersempena
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2009. Seramai 1,000 orang jemputan telah hadir pada
majlis yang disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ,Timbalan Perdana
Mentari Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ini.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
11/29
11
Bengkel Promosi Sekolah Lestari -Anugerah Alam Sekitar 2007/2008
Bengkel Promosi Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 11-12 Mac
2009 di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang . 33 orang peserta terdiri daripada pegawa--
pegawai JAS Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia telah dilatih untuk
mempromosikan program ini di negeri masing - masing. Susulan daripada itu, pada tahun
2009, sebanyak 24 bengkel/taklimat promosi SLAAS telah dijalankan diseluruh Malaysia
dengan 1891 orang penyertaan.
Negeri Aktiviti Tarikh Tempat Bil.
Peserta
Labuan i Bengkel Promosi 22 April 2009 Hotel Waterfront,
Labuan
21
Pulau Pinang i Taklimat Peringkat
Sek.
Menengah
ii Program Sek.
Lestari
SMK Kg.Kastam
iii Program Sek.
Lestari
SMK Task Mutiaraiv Taklimat Peringkat
Sek.
Rendah
1 Jun 2009
27 Jun 2009
18 Julai 2009
29 Julai 2009
Maktab Perguruan
Tunku
Bainun
SMK Kg. Kastam
Tmn Bukit Panchor
SMK Guar Perahu
250
100
100
200
Langkawi i Seminar SLAAS 20 April 2009 Hotel Grand
Continental
41
Perak i Taklimat SLAAS
ii Bengkel Penyediaan
Laporan &Dokumen
7 April 2009
9-10 Januari
2010
JAS Perak
The Orients Star
36
30
Johor i Bengkel Promosi 5-7 Oktober
2009
Tanjung Piai Resort 45
Negeri
Sembilan
i Bengkel Prompsi 14-15 Julai 2009 Glory Beach Resort,
PD
30
Sabah i Taklimat Promosi 15 Ogos 2009 JAS Sabah 26
Pahang i Bengkel Promosi
ii Bengkel Promosi
23 Jun 2009
16 Julai 2009
Wisma Belia, Kuantan
Hotel Green Park,
Temerloh
84
40
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
12/29
12
Perlis i Bengkel Promosi 16 April 2009 Perpustakaan Awam
Kangar
93
Melaka i Bengkel Promosi 20-21 Julai 2009 Hotel Avilion Legacy,
Melaka
30
Terengganu i Bengkel Promosi 14 Julai 2009 Permai Inn, Kuala
Terengganu
79
Selangor i Bengkel Promosi 28 April 2009 Hotel Goldcourse,
Klang
81
Kuala
Lumpur
i Taklimat Promosi
ii Seminar
Penyediaan
Dokumen
2 April 2009
11 Julai 2009
Dewan Ibnu Sina,
PSN
SMK Dato' Ibrahim
Yaacob
270
123
Kedah i Bengkel Promosi
(Zon
Selatan)
ii Bengkel Promosi
(Zon
Utara)
5 Mei 2009
27 Mei 2009
Hotel Swiss Inn, Sg.
Petani
Pusat Sumber
Pendidikan,Alor Star
30
30
Sarawak i Bengkel Promosi
(Zon
Kuching)
ii Bengkel Promosi
(Zon
Tengah)
iii Bengkel Promosi
(Zon
Utara)
23-24 Mei 2009
17-20 Ogos
2009
4-7 November
2009
Hotel Grand
Continental
Kingwood Resort
Hotel,
Mukah
Dewan Suarah Baram
Marudi, Miri
55
43
54
Jumlah 24 1891
Jadual : Pecahan 24 bengkel/taklimat promosi SLAAS
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
13/29
13
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang
melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan,
pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).Konsep ini juga menitikberatkan
pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan di
sekolah.
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran dan
pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan
yang lestari.Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk
persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan kawasan sekolah.
Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan
guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum
dan ko-kurikulum.Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari Anugerah
Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan
membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat,
masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.
Matlamat Sekolah Lestari
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam
aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan secara berterusan untuk
mencapai tahap Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2011.
Objektif Sekolah Lestari
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif berikut :
memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah,
meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaandan pemuliharaan alam sekitar,
menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan,
meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan
pendidikan alam sekitar,
mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
14/29
14
Bagi mencapai objektif untuk melahirkan lebih ramai individu yang cintakan alam sekitar,
Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan dua kem untuk pelatih-pelatih Institut Pendidikan
Guru Malaysia (PGM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia manakala 1 kem
untuk ahli-ahli Rakan Alam Sekitar bagi tahun 2010. Pada tahun ini, aktiviti-aktiviti kem yang
dijalankan adalah bertemakan penerapan amalan-amalan mesra alam dalam kehidupan
seharian. Selain itu, tujuan JAS melaksanaan aktiviti seperti ini adalah dengan harapan agar
peserta-peserta dapat berkongsi maklumat dan pengalaman yang diperolehi semasa kem
dengan rakan-rakan dan sanak saudara agar lebih ramai individu dapat mempraktikkan
kehidupan yang mesra alam.
Kem Kesedaran Alam Sekitar Siri 1 telah dijalankan di Amansari Beach Resort, Kuantan,
Pahang selama 3 hari iaitu dari 12 hingga 14 Mac 2010. Seramai 52 orang pelatih dan 4
orang pensyarah pengiring dari IPGM Kampus Sultan Mizan dan IPGM Kampus Dato
Razali Ismail serta 8 orang peserta dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Terengganu
dan Pahang turut menyertai kempen tersebut. Pembersihan pantai,audit sisa pepejal,
membuat kotak suria, membuat sabun daripada minyak masak terpakai dan membuat enzim
daripada sisa makanan yang tidak dimasak merupakan antara aktiviti yang dijalankan
sepanjang kem tersebut.
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KEKAS)
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
15/29
15
Kem Kesedaran Alam Sekitar Siri 2 pula adalah untuk ahli-ahli Rakan Alam Sekitar
(RAS) yang telah dijalankan di Teluk Batik Resort, Lumut, Perak pada 2 hingga 4 Julai 2010.
Seramai 49 orang peserta yang merupakan ahli-ahli RAS adalah sekitar Negeri Perak,
Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kem ini adalah hamper
sama dengan KEKAS Siri 1, tetapi perbezaannya ialah peserta dapat lebih berpeluang
untuk merentasi denai hutan sambil lebih mengenali flora dan fauna yang terdapat di Teluk
Batik di samping mengenali ekosistem paya bakau yang terdapat di Taman Paya Bakau,
Lumut. Kem ini adalah pertama kali dianjurkan untuk ahli-ahli Rakan Alam Sekitar.
Kem Kesedaran Alam Sekitar Siri 3 merupakan kem terakhir yang dijalankan pada
tahun 2010 di Siar Beach Resort, Lundu, Sarawak. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2
malam dan dalam kem ini aktiviti yang dijalankan adalah sama juga seperti KEKAS Siri 1
tetapi aktiviti jungle trekking memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan
Gunung Gading dan mengenali ekosistem paya bakau yang terdapat berhampiran dengan
kawasan resort. Kem ini diharap telah memberi impak atau kesan yang mendalam kepada
peserta dengan melakukan transformasi hidup yang lebih mesra alam kearah bumi yang
lebih hijau dan selamat didiami.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
16/29
16
Pendidikan dan kesedaran orang awam terutamanya golongan pelajar terhadap isu alam
sekitar merupakan perkara penting dalam menangani isu perubahan iklim agar mereka pekadan sensitive terhadap isu tersebut. Usaha Negara-negara membangun seperti Malaysia,
Thailand,dan Indonesia yang diletakkan di bawah kategori Non-Annex tidak berkewajipan
untuk mematuhi tahap pelepasan pengurangan pencemaran, tetapi haruslah mengambil
langkah-langkah untuk memenuhi syarat-syarat Article 6 United Nations Framework
Convention on Climate Change (Pendidikan, Latihan dan Kesedaran Awam) tidak akan
berjaya tanpa sokongan padu daripada masyarakat dunia.
Satu Bengkel Asia and The Pacific Regional Workshop on Article 6 of the Convention
(Education, Training and Public Awareness) telah diadakan di Hotel Bali Hyatt, Bali,
Indonesia pada 14 16 Oktober 2009 sebagai persediaan mengumpul input dari Negara-
negara Asia dan Pasifik untuk digunakan dalam UN Climate Change Conference yang ke-15
di Copenhagen pada 7 18 Disember 2009. Berdasarkan keputusan kaji selidik yang
diperolehi daripada bengkel tersebut, tahap kesedaran awam terhadap isu perubahan iklim
di negara-negara Asia dan Pasifik adalah kurang daripada 50%.
PELAKSANAAN ARTIKEL 6 UNFCCC
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
17/29
17
Kriteria yang boleh digunakan untuk menunjukkan amalan baik yang diaplikasikan bagi
mempromosikan pendidikan dan kesedaran awam terhadap alam sekitar dalam menangani
isu perubahan iklim adalah seperti berikut:
Program yang boleh diguna dalam keadaan yang berbeza,contohnya perbezaankeadaan geografi di pulau
Boleh diukur keberkesanannya, contohnya tinjauan awam dan temuramah orang ramai
tentang isu perubahan iklim.
Tahap penyertaan masyarakat
Sensitivity jantina dan umur
Halangan utama yang dihadapi oleh negara-negara Asia dan Pasifik dalam melaksanakan
Artikel 6 UNFCCC adalah seperti berikut:
Tidak dijadikan agenda utama dalam pentadbiran
Kekurangan dana/pembiayaan kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti
pendidikan, latihan dan kesedaran berkaitan perubahan iklim.
Kesukaran mengubah persepsi dan sikap masyarakat
Kekurangan maklumat / informasi
Kekurangan tenaga pakar dan sumber manusia
Langkah-langkah mengatasi msalah dalam melaksanakan Artikel 6 UNFCCC adalah seperti
berikut:
Diberikan keutamaan di dalam agenda negara
Country mapping perlu dilakukan oleh negara-negara Asia dan Pasifik bagi
mengenalpasti keperluan dalam melaksanakan Artikel 6 UNFCCC serta bantuan yang
diperolehi daripada UNFCCC mengikut keperluan tersebut
Perlantikan focal point bagi Artikel 6 UNFCCC adalah perlu bagi memastikanpelaksanaannya lebih teratur dan berkesan
Memperbanyakkan bahan bacaan seperti majalah, filem dan dokumentari mengenai
perubahan iklim.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
18/29
18
Cadangan Insiatif / pendekatan baru dalam Program Outreach bagi menggalakkan
penyertaan masyarakat adalah seperti berikut:
Penggunaan teknologi terkini dalam sebaran maklumat, contohnya facebookdan twitter
Menerapkan unsur perubahan iklim dalam aktiviti kebudayaan (empower the culture),contohnya menyelitkan unsur perubahan iklim dalam penganjuran teater dan
persembahan muzik.
Menceritakan kisah sebenar kepada masyarakat berkaitan fenomena dan kesan
perubahan iklim yang berlaku di kawasan setempat
Menganjurkan program/aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan untuk menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
19/29
19
Terdapat 5 buah bandar yang telah dianugerahkan sebagai kawasan paling hijau di dunia.
Bandar-bandar ini sebenarnya bukanlah hanya setakat mempunyai kawasan hijau tetapijuga meliputi usaha-usaha mereka kea rah memperbaiki jejak (footprint) mereka.
REYJAVIK, ICELAND
Bandar ini merupakan bandar yang secara menyeluruh menggunakan kuasa daripada
tenaga semulajadi termasuklah geothermal dan hidroelektrik. Selain itu, sistem
pengangkutan di sana turut menggunakan teknologi gas hydrogen dan ini menjadikan
bandar mereka dinobatkan sebagai bandar yang terbersih di negara Eropah.
PORTLAND,OREGON, AMERIKA SYARIKAT
Walaupun terdapat banyak bandar di Amerika Syarikat yang telah tersenarai di dalam
Carta Bandar Terhijau, tetapi bandar ini merupakan bandar yang pertama menggunakan
sistem transit ringan (light-rail) dan mewujudkan jaringan laluan basikal yang
komprehensif supaya penduduk tidak perlu menggunakan kereta. Bandar ini juga
merupakan antara bandar pertama yang berjanji akan mengurangkan pelepasan karbon
dengan menggunakan bahan binaan lestari.
BANDAR TERHIJAU DI DUNIA
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
20/29
20
CUITIBA, BRAZIL
Bandar ini lebih menumpukan aktiviti penyelenggaran kawasan mereka dengan
menggunakan kaedah penghijauan. Sebagai contoh, pemotongan rumput di taman
menggunakan kambing biri-biri. Bandar ini juga terkenal dengan sistem pengangkutan
transit awam yang terbaik, di mana masyarakat setempat digalakkan untuk tidak
menggunakan kereta.
MALMA, SWEDAN
Malma merupakan salah satu bandar terbesar di negara Swedan yang mengalami
pembangunan pesat. Tumpuan diberi kepada pembangunan kawasan hijau (green
space). Bandar ini bukan hanya dikenali dengan taman yang indah tetapi juga
pembangunan bandar lestari. Persekitaran bandar ini dianggap sebagai mesra alam.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
21/29
21
VANCOUVER, CANADA
Vancouver dikenali sejak percubaan mereka mengadakan kejohanan Olimpik musim
sejuk mesra alam. Bandar ini telah ditempatkan di tempat lima teratas sebagai bandar
paling hijau di dunia kerana aktiviti harian mereka yang dianggap sebagai mesra alam.
Sembilan puluh peratus bandar Vancouver menggunakan tenaga hidroelektik. Angin,
solar, ombak dan kejadian pasang surut yang digunakan sebagai sumber tenaga telah
menjadikan bandar ini untuk terus kekal hijau. Tambahan lagi, bandar ini juga telah
mempunyai beberapa lagi perancangan buat masa hadapan untuk terus hijau.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
22/29
22
Perkembangan ekonomi negara yang pesat, terutamanya sejak dua dekad yang lalu,
merancakkan pembangunan bandar di Malaysia. Bandar sedia ada mengalami
perkembangan pesat dari segi saiz dan juga kepadatan. Bandar baru juga turut dibina bagi
menampung permintaan terhadap ruang bagi penempatan, perniagaan, perindustrian dan
kemudahan masyarakat. Kadar perbandaran di Malaysia telah meningkat dari 54 % pada
tahun 1991 kepada 65% pada tahun 2000. Kadar ini dijangkakan akan mencapai 75%
menjelang tahun 2020. Ini bermakna lebih banyak kawasan di Malaysia akan bertukar
menjadi kawasan bandar pada masa hadapan. Sehingga tahun 2000, sudah terdapat
sebanyak 138 buah bandar di Malaysia berbanding hanya 49 buah pada tahun 1970.
Penduduk dari luar bandar juga semakin ramai berhijrah ke kawasan bandar bagi
mendapatkan pekerjaan yang diharap akan memberikan pendapatan yang lebih lumayan.
Akibatnya, jumlah penduduk di kawasan bandar meningkat dengan mendadak. Pada tahun
kemerdekaan negara, 25% dari penduduk Malaysia yang menetap di bandar. Jumlah ini
telah meningkat sehingga 62% pada tahun 2000; dan akan dijangkakan akan mencapai
80% pada tahun 2020.
TAHUN BILANGAN BANDAR PERATUSANPENDUDUK BANDAR
1957 36 25%
1970 49 29%
1980 67 34%
1991 129 51%
2000 138 62%
Jadual: Penambahan bilangan bandar di Malaysia
Mesra ekologi (ecologically - friendly atau eco - friendly) merujuk kepada sesuatu
aktiviti atau produk yang tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar. Konsep
mesra ekologi juga dikenali sebagai mesra alam atau mesra ekologi adalah suatu bandar
yang dirancang dan dibina dengan sebaik-baiknya agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
dalam bandar tersebut tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Kini, terdapat inisiatif di luar
dan juga di dalam negara kea rah melahirkan bandar yang mesra ekologi. Ini termasuklah
pembinaan bandar baru yang mesra ekologi dan juga memperelokkan keadaan di bandarsedia ada agar ianya menjadi lebih mesra ekologi.
BANDAR MESRA EKOLOGI
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
23/29
23
Dalam merancang dan membina sesebuah bandar mesra ekologi, terdapat beberapa
komponen yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah :
Pencemaran alam sekitar yang minima
Pencemaran udara boleh dikurangkan dengan mengurangkan kesesakan jalan raya danmeningkatkan penggunaan teknologi tinggi di kilang-kilang pembuatan. Pencemaran air
boleh ditangani anataranya dengan meletakan aktiviti yang mencemar jauh dari sumber
air. Pencemaran bunyi bising boleh dikurangkan dengan mengambil langkah seperti
menanam lebih banyak pokok dan menyediakan dinding penghadang bunyi di kawasan
terbabit.
Pencemaran sungai di Malaysia adalah berpunca dari aktiviti perbandaran
Pengangkutan yang efisien
Kesesakan lalu lintas merupakan antara penyumbang pencemaran yang tinggi di
kawasan bandar. Oleh itu, sistem pengangkutan yang efisien perlu disediakan di
kawasan bandar dengan keutamaan diberikan kepada pengangkutan awam. Laluan
khas juga perlu disediakan secara menyeluruh bagi memudahkan penduduk berjalan
kaki dan menunggang basikal.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
24/29
24
Penggunaan tenaga yang mampan
Bangunan perlu direkabentuk agar penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan.
Contohnya, penggunaan suis lampu automatic yang memadamkan lampu apabila tiada
orang di dalam bangunan, peningkatan aliran udara semula jadi yang dapat
mengurangkan penggantungan kepada penghawa dingin dan penggunaan papan solar
bagi menjana tenaga dari cahaya matahari.
Penyediaan kawasan hijau
Penyediaan kawasan-kawasan hijau seperti taman dan landskap jalan bagi tujuan
menapis pencemaran, memperelokkan iklim setempat dan sebagai kawasan rekreasi
warga kota.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
25/29
25
Sekolah dan persatuan belia seluruh dunia telah menyambut Kempen Iklim Sedunia. Hanya
Tindakan yang Mampu Membawa Perubahan adalah tema bagi kempen tersebut. Sasaran
utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingya tindakan
individu dalam usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.Kempen Perubahan Iklim
Sedunia telah bermula pada November 2008. Sekolah yang mendaftarkan diri telah
melaksanakan pelbagai aktiviti seperti kesenian, pementasan drama, penulisan artikel,
temuramah radio dan tinjauan awam.
Contoh poster Kempen Pemanasan GlobalFrank (seekor katak) telah dipilih sebagai mascot rasmi kempen yang memperjuangkan dan
menghalang perubahan iklim. Kemuncak kempen ini berlangsung pada 21 Januari 2009
apabila beribu-ribu pemakai kostum katak berarak bagi memprpromosikan idea untuk
menghalang perubahan iklim. Aktiviti tersebut telah bermula pada waktu tengah hari di
Oceania dan kemudian diperluaskan di Asia, Afrika,dan Eropah sebelum bergerak ke
hemisfera Barat.
KEMPEN PEMANASAN GLOBAL SEDUNIA
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
26/29
26
Empat buah sekolah tempatan yang telah mengambil bahagian di dalam aktiviti ini
ialah SMK Teloi Kanan Kedah, SMK Batu Kawan Penang, SK Teluk Teduri Kedah, dan SK
Kuala Jenggal Terengganu. Kira-kira 1200 buah sekolah dan persatuan belia dari 110 buah
negara terlibat secara keseluruhannya. Kempen ini dianjurkan oleh ENO, iaitu sebuah
sekolah maya dan rangkaian untuk penjagaan alam sekitar yang berpangkalan di
Joensuu,Finland. Pelajar Malaysia turut mengambil bahagian di dalam United Nation
Cyberschoolbus Climate Change Video Conferencing pada 28 Mei 2009 bersama-sama
dengan sekolah-sekolah dari Kanada, Amerika, dan Australia. Pelajar-pelajar terbabit telah
membentangkan Projek Penanaman Pokok yang dilihat sebagai suatu langkah efektif untuk
menghalang pelepasan gas hijau.
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
27/29
27
CABARAN DALAM PEMBANGUNAN INSTITUSI LESTARI
Pembangunan lestari merupakan suatu cabaran sejagat. Ia merupakan suatu yang
sistemik dan merupakan asas di dalam mencorak pengeluaran dan penggunaan
ekonomi. Perubahan ke arah pembangunan lestari memerlukan perubahan institusi,
dan perspektif dalam suatu jangka masa yang panjang. Isu dan cabaran yangdihadapi adalah berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain mungkin
disebabkan oleh perbezaan dari segi polisi dan kekangan tertentu dalam organisasi
(Walker & Brammer, 2009), sosioekonomi, demografi dan budaya (Adham & Siwar,
2012) serta tahap kesedaran dan perundangan, kurang kesedaran, pengetahuan,
kemahiran dan kepandaian tentang kepentingan memelihara alam sekitar.
Kajian mengenai amalan perolehan lestari awam (sustainable public
procurement; SPP) di United Kingdom oleh Walker dan Brammer (2009) mendapati
kekangan utama dalam melaksanakannya ialah dari segi kewangan. Kos yang tinggi
menyebabkan banyak program dan aktiviti dalam pemuliharaan alam sekitar
tergendala dan terabai. Selain itu juga, masalah kewangan yang dihadapi juga
menyebabkan banyak institusi tidak dapat menjalankan kajian untuk pemuliharaan
alam sekitar. Kesan daripada itu, banyak program yang lebih efektif tidak dapat
dijalankan dan langkah pemuliharaan tidak dapat diteruskan dengan efektif.
KESIMPULAN
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
28/29
28
Cabaran yang dihadapi dalam menjayakan pembangunan institusi lestari ini
ialah tiada kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar. Ramai yang
memandang remeh tentang isu alam sekitar. Ramai yang masih mengamalkan
budaya hidup negatif. Contohnya, pembuangan sisa toksid ke dalam air laut dan
sungai.
Selain daripada itu, penubuhan institusi lestari menghadapi pelbagai cabaran
lain akibat daripada sikap tamak manusia yang sentiasa inginkan keuntungan dan
pemodenan yang pesat. Akibat daripada sikap haloba inilah yang menjadikan dunia
kini semakin musnah dan alam semakin menuju kehancuran. Ramai manusia yang
pentingkan diri dengan melakukan pembalakan secara haram demi kepentingan diri
sendiri. Kesannya alam sekitar seperti hutan simpan semakin kurang. Oleh itu,
hakisan akan berlaku dan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan memberi
kesan kepada ekosistem bumi.
Cabaran yang juga sering dihadapi oleh institusi lestari pada masa kini adalah
kerjasama yang baik daripada setiap lapisan masyarakat. Ramai masyarakat yang
masih kurang kesedaran tentang isu alam sekitar ini. Contohnya, institusi lestari
memberi ceramah tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar, mengadakan
ceramah tentang alam sekitar, program pemuliharaan alam sekitar, dan
menyebarkan isu-isu tentang alam sekitar, namun ramai yang tidak
mengendahkannya kerana ramai yang masih tiada kesedaran. Oleh yang demikian,
mereka tidak member kerjasama yang baik dalam program pemuliharaan ini.
Pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai
-
7/29/2019 Institusi Lestari Merupakan Organisasi
29/29
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh institusi lestari ini adalah kerana tiada
pendedahan yang serius tentang isu alam sekitar. Contohnya kurang pendidikan
alam sekitar terutamanya di sekolah. Melalui pendidikan, kepentingan tentang
pemuliharaan alam sekitar akan dapat diterapkan ke dalam jiwa kanak-kanak. Selain
itu, pendidikan di rumah oleh ibu bapa juga penting dalam menyelamatkan bumi kita
daripada kemusnahan. Pendedahan awal boleh menyemaikan semangat cintakan
alam sekitar.
Penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan