institusi islam

25
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. PENDAHULUAN 2 2. PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM 3 3. TUGAS INSTITUSI KEHAKIMAN 4 4. KELAYAKAN DAN BIDANGKUASA HAKIM 5 5. ETIKA HAKIM 6 6. ETIKA DI LUAR MAHKAMAH 7-8 7. ETIKA DI DALAM MAHKAMAH 9-10 8. BIDANGKUASA SEORANG HAKIM 11 9. ACARA JENAYAH SYARIAH 12-15 10. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI SEORANG SAKSI 16 11. KESIMPULAN 17 12. RUJUKAN 18 1

Upload: durga-karthik

Post on 02-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Institusi Islam

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 22. PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM 33. TUGAS INSTITUSI KEHAKIMAN 44. KELAYAKAN DAN

BIDANGKUASA HAKIM5

5. ETIKA HAKIM 66. ETIKA DI LUAR MAHKAMAH 7-87. ETIKA DI DALAM MAHKAMAH 9-108. BIDANGKUASA SEORANG

HAKIM 11

9. ACARA JENAYAH SYARIAH 12-15

10. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI SEORANG SAKSI

16

11. KESIMPULAN 17

12. RUJUKAN 18

1

Page 2: Institusi Islam

PENDAHULUAN

Badan Kehakiman sesebuah negara dianggap badan tertinggi yang tidak boleh diganggugugat oleh sesiapa pun.Di dalam membicarakan kes,mahkamah diharapkan dapat mengadili semua kes dengan telus dan bijaksana.Islam sendiri sebagai agama yang berteraskan keadilan meletakkan garis panduan di dalam melaksanakan sistem kehakiman ini.

2

Page 3: Institusi Islam

PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM

- Badan Kehakiman adalah badan tertinggi negara.- Bidang kuasanya luas dan tidak boleh diganggu oleh

Badan Eksekutif.- Ia merupakan saluran terakhir dalam penyelesaian

masalah antara masyarakat.

3

Page 4: Institusi Islam

TUGAS INSTITUSI KEHAKIMAN

- Menegakkan keadilan.- Menguatkuasakan undang-undang.- Menjatuhkan hukuman antara pihak yang bertelagah.- Menyampaikan hukum- hakam Islam.

4

Page 5: Institusi Islam

KELAYAKAN DAN BIDANGKUASA HAKIM

Jawatan hakim ialah satu jawatan yang sangat penting dan berpengaruh. Beliau berperanan untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang di samping menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka yang dilantik menjadi hakim akan menghadapi cabaran yang sangat besar.Jika beliau terpesong sedikit daripada prinsip keadilan,beliau akan menghadapi balasan di akhirat. Sebaliknya jika beliau menghukum secara adil dan saksama beliau mungkin dimusuhi oleh mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam masyarakat.Oleh yang demikian, Islam mengenakan syarat yang tinggi untuk menjawat jawatan sebagai hakim. Antara syarat kelayakan hakim ialah:

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Merdeka

5. Adil

6. Mujtahad

7. Lelaki

8. Sempurna pancaindera

5

Page 6: Institusi Islam

ETIKA HAKIM

Hakim mesti menjalankan tugasnya dengan penuh adil. Keadilan itu mesti dilaksanakan dan dibuktikan dengan penghakiman yang tepat dan berasas. Hakim bukan sahaja perlu bersikap adil , bahkan juga perlu mendapatkan keyakinan masyarakat akan keadilannya. Hal ini bermakna beliau perlu mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh meninbulkan keragunan di kalangan masyarakat. Hakim bukan sahaja perlu berlaku adil ketika menjalankan tugas di mahkamah, bahkan sifat adil juga perlu dikekalkan ketika berada di luar tugas dalam kehidupan sehari-hari.

Keadilan perlu ditegakkan oleh hakim walaupun ia melibatkan keluarga, kerabat, kawan atau musuh. Hakim perlu menganggap semua yang tampil di hadapannya adalah setaraf dari segi undang-undang walaupun mereka berbeza dari sudut kekayaan, pangkat atau keturunan. Demi menjamin keadilan ini para hakim perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan oleh Islam. Etika atau adab hakim terbahagi kepada dua iaitu etika di luar mahkamah dan etika di dalam mahkamah

6

Page 7: Institusi Islam

ETIKA DI LUAR MAHKAMAH

1. Tidak menghadiri ‘ jemputan khas’ oleh orang yang ada kes di mahkamah walaupun orang tersebut adalah kaum kerabat atau orang yang biasa menjemputnya sebelum ini. ‘Jemputan khas’ bermaksud jemputan yang bilangan orang yang dijemput itu terhad iaitu antara lima hingga sepuluh orang. Jika lebih ia dikira jemputan umum.

2. Hakim tidak boleh menerima hadiah daripada mereka yang mempunyai kes di mahkamah walupun mereka kaum kerabat atau yang biasa memberikannya hadiah. dHakim juga tidak boleh menerima hadiah daripada orang yang tidak pernah memberikannya hadiah sebelum menjadi hakim. Bahkan terdapat ulama yang berpendapat bahawa adalah lebih baik bagi hakim untuk tidak menerima hadiah langsung daripada sesiapa sahaja kerana ia dianggap jalan kepada rasuah.

3. Hakim tidak boleh menerima rasuah iaitu pemberian sesuatu dengan tujuan agar hukuman dijatuhkan menyebelahi kehendak pemberi rasuah itu.

7

Page 8: Institusi Islam

4. Para ulamak berpendapat adalah makruh bagi hakim untuk terlibat dalam perniagaan kerana nin boleh mendorong kepada sikap berat sebelah terutama apabila kes melibatkan pelanggan, rakan kongsi, pesaing, penghutang atau pemiutang. Khalifah Umar al-Khattab pernah melarang Shuraikh berniaga ketika melantiknya menjadi hakim.

5. Hakim juga tidak boleh mengeluarkan fatwa kerana ia akan menjejaskan kewibawaan keputusannya terutama apabila penghakimnnya berbeza dengan fatwa. Fatwa adalah pendapat yang diberikan secara umum tanpa melihat tanpa kepada kes-kes secara khusus. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan penghakiman akan berbeza dengan fatwa. Jika ini berlaku, keadilan hakim akan dipertikai oleh masyarakat walaupun ia mungkin tepat.

8

Page 9: Institusi Islam

ETIKA DI DALAM MAHKAMAH

1. Menghukum dalam keadaan yang tenang dan tenteram dari sudut fizikal dan perasaan. Beliau tidak boleh menghakimi jika dalam keadaan marah, gelisah, letih lesu, terlalu lapar, terlalu kenyang, sakit yang kuat, terlalu mengantuk, terlalu sedih atau terlalu gembira.

2. Tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling seperti keluarga dan akan dalam membuat penghakiman .

3. Memberi layanan yang sama kepada pihak yang bertelingkah dalam perbicaraan .

4. Berusaha untuk mendamaikan pihak yang berlingkah sebelum menjatuhkan hukuman.

5. Tidak memanjangkan perbicaraan.

6. Berhati-hati dengan tindak- tanduk pihak yang bertlingkah iaitu tidak terpedaya dengan telatah mereka yang bertujuan untuk menarik simpati atau sokongan.

7. Menghargai saksi-saksi dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan kesaksian yang terbuka.

9

Page 10: Institusi Islam

8. Tidak menghakimi kaum kerabat sendiri kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

10

Page 11: Institusi Islam

BIDANGKUASA SEORANG HAKIM

1. Memutuskan hukum berpandukan nas al-Quran dan al-Hadis.

2. Menghakimi dua pihak yang bertelagah sama ada dengan kehendak mereka atau tidak.

3. Menolong orang miskin dan memberikan hak kepada pemilikanya.

4. Mengembalikan hak kepada yang empunya.5. Menegakkan hak dan perintah Allah.6. Memberi perhatian terhadap darah dan kecederaan.7. Memberi perhatian terhadap harta anak yatim.8. Memberi perhatian pada harta wakaf.9. Melaksanakan wasiat.

10.Memberi perhatian kepada maslahah umur keseluruhannya

11.Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

11

Page 12: Institusi Islam

ACARA JENAYAH SYARIAH

Dalam Islam seseorang yang melakukan jenayah dibicarakan di mahkamah atas tiga saluran

1. Saluran pertamaAdalah melalui penyerahan diri, iaitu orang yang menganggap dirinya melakukan jenayah itu insaf di atas kesalahannya dan sedar bahawa setiap kesalahan terutamanya dalam kes hudud tertakluk kepada hukuman yang ditetapkan oleh Allah. Bagi mereka yang telah dihukum di dunia berlandaskan hukuman yang selaras dengan syariat, Allah akan mengampurkan dosa-dosannya dan dia terlepas daripada hukuman di akhirat. Dalam sejarah Islam terdapat banyak kes yang melibatkan penyerahan diri sebegini seperti kes zina yang melibatkan Ma’iz bin Malik dan kes wanita Juhainah yang dikenali sebagai al-Ghamidiyah.

2. Saluran keduaAdalah melalui laporan yang dikemukakan oleh orang awam kepada pemerintah . Saluran ini menjadi tanggungjawab berasaskan prinsip al-amru bil ma ’ ruf wa an-nahyi anil mungkar seperti yang dituntut dalam Islam. Laporan ini perlu

12

Page 13: Institusi Islam

dibuat kepada badan penguatkuasa seperti badan hisbah, mahkamah atau polis yang akan menilai dan menyiasat sama ada wujud kes atau tidak. Aduan ini juga dikenali sebagai aduan hisbah. Pengadu mestilah memenuhi syarat, antaranya:

1. Benar-benar mengetahui perkara yang diadukan.2. Jujur dan ikhlas dalam menyampaikan maklumat.3. Niat laporan itu adalah semata-mata untuk menegakkan

perkara yang makruf dan mencegah yang mungkar.

3. Saluran ketiga

Di samping itu juga , pendakwaan juga boleh berlaku hasil maklumat yang diperolehi daripada saluran ketiga iaitu badan penguatkuasa atau badan pengawasan yang dikenali sebagai Badan ini merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan tugas al-amru bil ma ’ ruf wa an-nahyi anil mungkar seperti yang dituntut oleh Islam.

13

Page 14: Institusi Islam

Undang-undang Islam membenarkan tangkapan dibuat ke atas orang yang disyaki melakukan jenayah. Penggeledahan boleh dilakukan sama ada ke atas rumah atau ke atas badan. Sayyidina Umar pernah menggeledah rumah al-Qarsyi dan al- Thaqafi selepas menerima laporan bahawa rumah itu dijadikan pusat meminum arak. Hasil penggeledahan mendapati laporan yang diberikan adalah benar ada tersimpan arak di dalam rumah itu.

Orang yang dituduh melakukan jenayah juga boleh ditahan untuk proses siasatan. Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan selama satu hari satu malam untuk mendapat kenyataan dan berjaga-jaga. Walaupun bagaimanapun , penahanan ini adalah untuk siasatan dan sementara menunggu perbicaraan. Oleh yang demikian tempohnya tidak terlalu lama.

Undang-undang Islam juga membenarkan ikat jamin kepada orang yang disyaki. Ikat jamin ini bermakna orang yang memberi jaminan itu bertanggungjawab di atas kehadiran orang yang dijamin dalam perbicaraan sehingga ia selesai. Jika penjamin gagal menyerahkan orang yang dijamin itu, dia akan dipenjarakan untuk satu tempoh tertentu.

Di mahkamah, hakim akan memastikan kehadiran pendakwa dan tertuduh sebelum memulakan perbicaraan. Pendakwa akan membentangkan pertuduhan dan menerangkan secara ringkas

14

Page 15: Institusi Islam

dakwaan ke atas tertuduh. Sekiranya tertuduh tidak mangaku salah, pendakwa dikehendaki mengemukakan keterangaannya.

Prinsip ini berasaskan kaedah feqh yang bermaksud : “ Pada asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab”. Kaedah ini menjelaskan bahawa seseorang itu adalah bebas daripada sebarang jenayah kecuali jika dibuktikan sebaliknya. Hal ini bermakna beban bukti terletak pada pihak pendakwa. Jika pendakwa gagal mengemukakan keterangan yang dapat membuktikan kesalahan tertuduh, mahkamah akan membebaskan tertuduh daripada sebarang kesalahan. Seseorang itu tidak boleh dihukum atau ditahan di bawah mana-mana undang- undang tanpa dibicara dan dibuktikan bersalah.

Berdasarkan prosedur jenayah tersebut, dapat difahami bahawa Islam amat mengambil berat soal hak asasi manusia di samping mengutamakan nilai-nilai kemasyarakatan dan akhlaq. Undang-undang Islam berusaha untuk memastikan semua pihak yang melakukan jenayah dihukum dengan seadilnya di samping tidak mengabaikan hak mereka untuk membela diri.

15

Page 16: Institusi Islam

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI SEORANG SAKSI

1. Saksi mestilah baligh dan berakal.2. Saksi tersebut mengetahui sesuatu yang disaksinnya.3. Saksi itu adil iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak

mengekalkan dosa kecil serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruahnya.

4. Saksi tersebut adalah muslim.Kesaksian orang bukan Islam adalah harus jika kesaksian itu dibuat terhadap orang bukan islam juga.Kesaksian bukan Islam keatas orang Islam dibolehkan menurut mazhab Hambali bagi menjadi saksi keatas wasiat orang Islam dalam masa musafir apabila tidak didapati saksi-saksi Islam.

5. Saksi mempunyai ingatan yang baik iaitu tidak selalu pelupa.

6. Tiada tuhmah atau keraguan akibat daripada hubungan yang baik atau hubungan yang buruh dengan seseorang yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan .

16

Page 17: Institusi Islam

KESIMPULAN

Secara umumnya kaedah kehakiman telah digariskan oleh Islam,namun secara khusus atau lebih terperinci terpulang kepada manusia bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan perundangan diselasaikan secara adil dan saksama.Ia juga mestilah menepati keadaan realiti semasa dan inilah yang dinamakan sebagai pendekatan waqiiyyah iaitu sesuai mengikut zaman.

17

Page 18: Institusi Islam

RUJUKAN

1. Abdullah Muhammad Basmeih 1995. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. Edisi ke-2,

Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam.

2. Abdul Salam Muhamad Shukri. 2003. Panduan mengajar akidah kepada kanak-kanak. Bentong: PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd.

3. Abdullah Nasih Ulwan 1998. Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Trj. Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM.

18