infopack program perubatan mesir 2012 -8 feb 2013 (1)
DESCRIPTION
medicTRANSCRIPT
1
www.medicmesir.com Membentuk Saf Muslim Doktor Bertaqwa
INFOPACK 2013
“1 Rumah ~ 1 Doktor Pakar Muslim”
perubatan.pergigian.farmasi
17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 8948 9030 / 603 8945 9030 Hotline(9-5) : 019 3106167 / 019 620 6167 Fax: 603 8942 3827
7hb Feb 2013
2
MAKLUMAT UMUM PROGRAM PERUBATAN MESIR 2012 / 2013
(PENGAMBILAN SEPTEMBER 2013)
1. MENGAPA MESIR?
Mesir masih menjadi pilihan pada masa kini kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang Perubatan
atas faktor-faktor berikut:
a. Kemasukan terus ke Tahun Pertama untuk lepasan SPM, tanpa Matrikulasi, Foundation dan A-Level. Ini
menjimatkan masa.
b. Selepas Matrikulasi, peluang kemasukan terhad di Universiti tempatan. Hanya yang hampir dengan CGPA
4.0 atau setarafnya layak mendapat tawaran kursus perubatan. Akhirnya pelajar terpaksa menerima apa
saja kursus selain dari perubatan dan akhirnya cita-cita menjadi Doktor tidak kesampaian.
c. Kos sara hidup amat rendah. RM300 - RM500 sebulan sudah amat memadai.
d. Tajaan MARA & JPA untuk Tahun Pertama khas untuk Program Perubatan amat TERHAD. Namun,
peluang tajaan bagi pelajar yang sudah berada diluar negara terbuka luas, jika dipohon setelah lulus
cemerlang Tahun Pertama sekurang-kurangnya Mumtaz dan Jayyid Jiddan.
e. Pengajian Perubatan di Mesir lebih murah jika dibandingkan dengan di Rusia, India dan Indonesia.
f. Pengajian 100% dalam bahasa Inggeris. Tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan.
g. Bumi Mesir menyediakan pelbagai sudut untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat, oleh itu pelajar berpeluang
membentuk diri sebagai Doktor Muslim yang lebih bermakna kepada ummah.
2. MENGAPA DOKTOR
Kekurangan doktor PAKAR dimana-mana
WHO menetapkan nisbah 1:600, bilangan doktor kepada jumlah penduduk untuk negara membangun. Malaysia
menjangka akan mencapai sasaran ini dalam tahun 2015 untuk kawasan-kawasan bandar. Nisbah ini
bagaimanapun tidak seimbang dimana negeri seperti Kelantan masih pada tahap 1:2248 dan Sabah / Sarawak
1:1700. Oleh itu mengikut perangkaan, Malaysia masih kekurangan doktor sehingga tahun 2015. Maka, dengan
itu doktor masih diperlukan dan kekurangan amat dirasakan terutamanya dikalangan orang Islam. Bagaimanapun,
sasaran MedicMesir adalah kepada meramaikan „Doktor Pakar‟ yang masih ditahap yang begitu rendah,
terutamanya dikalangan umat Islam.
Doktor – Kerjaya mulia
Didalam kajian yang dikepilkan, kerjaya doktor adalah antara yang diminati ramai. Doktor mempunyai nilai nya yang
tersendiri yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Hakikatnya, doktor mempunyai imej yang disegani dan
dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Pendapatan yang lumayan adalah antara faktor tarikan. Kehidupan
doktor selalu dikaitkan dengan kehidupan yang selesa dan terjamin.
3
3. UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF JPA
Buat masa ini terdapat 8 buah universiti yang diiktiraf JPA. Semakan ini boleh dibuat di laman web JPA di
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp.
1. Cairo University
2. Alexandria University
3. Ainsham University
4. Tanta University
5. Al-Azhar University
6. Mansoura University
7. Zagazig University
8. Assiut University
4. PILIHAN PROGRAM & JANGKAMASA PROGRAM
Perubatan : 6 tahun
(Pilihan di Alexandria, Ainsham, Cairo, Al Azhar, Mansoura, Tanta & Zagazig)
Pergigian : 5 tahun
(Hanya di Universiti Al Azhar / Tanta / Alexandria / Mansoura / Ainsham / Assiut )
Farmasi : 5 tahun
(Hanya di Universiti Zagazig / Universiti Mansoura / Alexandria)
5. POLISI PENEMPATAN PELAJAR
Polisi MedicMesir adalah menempatkan pelajar mengikut permintaan pelajar setelah menilai keputusan SPM serta
menilai Tajaan atau kemampuan membayar yuran Tahun Pertama.
Pelajar yang telah ditawarkan oleh sesebuah universiti dibenarkan untuk membuat pertukaran selagi
Universiti yang hendak mereka berpindah itu masih terdapat kekosongan TANPA SEBARANG CAJ (hanya
dalam sebulan sebelum penerbangan)
6. KELAYAKAN MINIMA
Syarat minima adalah B atau B4 didalam 8 matapelajaran Biologi / Fizik / Kimia / Matematik Tambahan / Matematik
Moden / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Sejarah
Sila ambil maklum bahawa kemasukan ke universiti Mesir tidak mengambil kira langsung keputusan Diploma,
Matrikulasi , ASASI Sains , O-Level , A-Level dan apa-apa bentuk program persediaan yang lain. Bagi mereka yang
sudah mempunyai kelayakan-kelayakan ini, syarat kemasukan yang dinilai masih bergantung kepada keputusan
SPM.
4
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan akan TUTUP sebaik sahaja jumlah pelajar yang mendaftar disetiap Universiti mencecah 300 orang.
8. TIADA HAD UMUR KEMASUKAN KE UNIVERSITI DAN DENDA LEWAT SPM
Kerajaan Mesir tidak mengenakan had maksima umur yang dibolehkan mendaftar ke program perubatan di Mesir.
Walaubagaimanapun, setiap pelajar yang “lewat tahun” akan diperlukan membayar denda dengan kadar 500LE
setahun. Bayaran hanya perlu dibayar sekali sahaja dalam bulan Januari 2013. Bayaran perlu dibuat kepada wakil
MedicMesir di Mesir untuk diserahkan kepada pihak Universiti dan bukannya di Malaysia. Contoh pengiraaan adalah
seperti berikut::-
Sesi pengambilan September 2013
Pelajar SPM 2012 – Tiada sebarang denda dikenakan
Pelajar SPM 2011 – Dikenakan denda 1 tahun 500LE
Pelajar SPM 2010 – Dikenakan denda 2 tahun iaitu 500LE x 2 = 1000LE
Pelajar SPM 2009 – Dikenakan denda 3 tahun iaitu 500LE x 3 = 1500LE
(Begitulah seterusnya)
9. TARIKH BERANGKAT ke MESIR
Pertengahan September 2013
10. PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT
Seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir menjalankan Program Persediaan (preMEDIC MM2013)
dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM. Sila rujuk info mengenai preMedic. PreMedic akan
berlangsung didalam bulan June dan Julai 2013
11. VISA PELAJAR
Segala urusan dan kos VISA akan diuruskan oleh MedicMesir. Setiap muhafazah / universiti mempunyai aturan
proses VISA yang berbeza. Oleh itu semua pelajar dinasihati untuk mengikuti arahan MedicMesir. Bagi pelajar
yang berurusan sendiri mengenai hal VISA ini, mereka perlu untuk membuat „follow up „ sendiri dan membayar apa
jua kos terbabit secara persendirian.
VISA akan diperolehi secara ON ARRIVAL semasa sampai di lapangan terbang Mesir dan dilanjut sebaik sampai di
Universiti masing-masing. Lanjutan VISA pelajar akan dibuat diMesir setelah universiti mengeluarkan surat
pengesahan pendaftaran status pelajar di universiti. Kebiasaannya pihak universiti mengambil masa 3 bulan untuk
mengeluarkan pengesahan pelajar dan pelajar akan dipandu untuk urusan seterusnya. Segala urusan dan kos
berkaitan selepas setahun adalah tanggungan pelajar. Kos VISA ini tidak termasuk kos denda atau sebagainya yang
dikenakan oleh Universiti atau pihak imigresen Mesir.
Bagi pelajar Alexandria dan Mansoura, semua urusan VISA diuruskan oleh pihak Universiti dengan pemantauan
MedicMesir. Sila ambil maklum, kebiasaanya, urusan VISA melalui Universiti akan mengambil lebih masa.
5
12. WANG SAKU PELAJAR
Untuk tahun pertama, anggaran belanja yang diperlukan adalah memadai:-
i) RM 500 sebulan (1000LE) bagi pelajar di Universiti Al-Azhar dan Alexandria
ii) RM 300 sebulan (600LE) bagi pelajar di Tanta / Mansoura / Zagazig
Pecahan belanja adalah seperti berikut:
Makan / Minum (jika masak sendiri) 100 LE
Bil Telefon Bimbit / Internet 100 LE
Letrik dan Air 100LE
Fotocopy 20LE
Lain-Lain 180 LE (Anggaran Kadar tukaran adalah 1LE= 50sen)
JUMLAH 500 LE
Sewa Rumah sekitar 300 – 500 LE sebulan
13. AKAUN BANK PELAJAR
Untuk urusan bank anda berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil
Pertama: Bank HSBC – Buka akaun persendirian pelajar atau akaun bersama Ibubapa. Bagi pelajar yang dibawah
umur 18, anda mungkin tidak akan dibenarkan untuk membuka akaun. Oleh itu, Ibubapa boleh membuka akaun
atas nama ibubapa, tetapi menyerahkan kad kepada pelajar untuk kegunaan mereka mengeluarkan wang. Pastikan
pelajar memegang TAG HSBC mereka sendiri untuk memudahkan urusan „online banking‟. Pastikan online banking
boleh digunakan sebelum berlepas.
Kedua: Maybank – akaun persendirian pelajar. Pastikan pelajar telah mengunakan kad ATM sekurang-kurang
sekali semasa di Malaysia. Ini cukup sekadar untuk mengaktifkan „VISA Electron‟ kad Maybank tersebut. Pastikan
anda mengaktifkan akaun Maybank2u juga untuk memudahkan urusan „online banking‟.
Tujuan menyiapkan diri dengan 2 kad bank adalah untuk mempastikan jika satu kad gagal berfungsi atau hilang,
maka kad yang lagi satu boleh membant
Ketiga: Akaun Bank Mesir
Pelajar dinasihat juga membuka akaun bank di Mesir setelah 6 bulan berada diMesir dengan
mengemukakan dokumen dibawah:-
a. Tasdiq Kuliah
b. VISA Pelajar yang Sah
c. Salinan Passport
d. Salinan Kontrak Rumah dengan alamat tertera di kontrak
6
14. CARA BAYARAN YURAN KE UNIVERSITI
Cara bayaran adalah seperti dibawah:
a. PILIHAN 1: Bank-Deraf atas nama universiti masing-masing yang disediakan oleh ibubapa pelajar di
Malaysia. Serahan ke universiti boleh dibuat melalui pelajar atau MedicMesir. Sila rujuk nama penerima
untuk tujuan penyediaan Bank Deraf.
b.
c. PILIHAN 2: Bayaran yuran dalam Ringgit Malaysia dimasukkan terus kedalam akaun MedicMesir dan
MedicMesir akan menguruskan bank deraf tersebut ke Universiti.
d. PILIHAN 3: Bayaran melalui KWSP. Ibubapa hanya perlu mengunakan surat tawaran university untuk
tujuan pengeluaran wang KWSP.
e. PILIHAN 4: TT terus ke akaun Universiti. Ini hanya TERHAD kepada Universiti yang tiada halangan untuk
bayaran yuran dengan cara begini. Buat masa ini hanya Fakulti Pergigian , Universiti Alexandria sahaja
yang membenarkannya dengan sedikit bayaran tambahan caj Bank yang dikenakan oleh pihak Universiti.
7
15. MAKLUMAN BANK & TATACARA BAYARAN
Untuk segala urusan bayaran, sila „bank-in‟ terus ke akaun dibawah. Sila simpan slip bayaran bank untuk rujukan
kemudian.
Bank Maybank
No. Akaun 5128 0250 6800
Nama Akaun CampusCity Management
Faxkan bank in slip ke 03-8942 3827 atau scan dan email ke [email protected]
Untuk semakan dan berkaitan bayaran : Bahagian Akaun : Tel : 03 8945 9030 ( Cik Farah )
Sila ambil maklum bahawa, untuk pembayaran di pejabat, hanya cek sahaja diterima. MedicMesir tidak menerima
sebarang pembayaran tunai. Anda dinasihati membuat bayaran terus ke akaun diatas dan menyerahkan bank in slip
samada melalui FAX atau serahan tangan.
Jika membuat bayaran terus ke akaun sila FAX Bank Slip – Sila Guna borang di LAMPIRAN F
16 TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2013
MedicMesir menyediakan bantuan pinjaman bagi pelajar yang tidak mampu. Antara syarat permohonan adalah:
1. SPM 2010 / 2011/2012. Minima B didalam 8 subjek utama.
2. Hanya TERHAD kepada Zagazig / Assiut dan Program Ulum Islamiah
3. 2 orang penjamin bukan dari kalangan adik beradik diperlukan.
4. Pinjaman akan merangkumi Kos Perkhidmatan / Rumah / Tiket / Yuran Tahun 1
5. Pinjaman yang boleh diperolehi samada SEPARA atau PENUH.
6. Penyertaan JOM! Mumtaz adalah WAJIB
7. Pelajar yang gagal mengikuti mana-mana Program wajib JOM! Mumtaz semasa Tahun 1 akan terbatal
pinjaman dan dikehendaki membayar secara PENUH dalam masa 1 bulan. Ini adalah untuk menjamin
prestasi Tahun 1 yang lebih baik.
Bagi yang berminat, sila isikan Borang TPPPMM 2013. Pelajar boleh memohon dan kelulusan mutlak adalah hak
MedicMesir.
17. POLISI RUMAH
Semua pelajar yang memerlukan perkhidmatan MedicMesir bagi mendapatkan penginapan perlu menjelaskan
bayaran sebanyak RM2500. Wang ini akan digunakan untuk membuat bayaran-bayaran dibawah:
1. Perkhidmatan agensi rumah
2. Deposit rumah
3. Sewa rumah
4. Kelengkapan barangan rumah (Kelengkapan ini akan menjadi hakmilik pelajar)
Sila ambil maklum cara pengiraan dimana wang RM2500 tersebut dibelanjakan. (Rujuk Lampiran Rumah)
„Standard rumah‟ yang diambil adalah mengikut standard semasa yang didiami pelajar Malaysia. Pelajar yang
berminat untuk mendapatkan rumah yang lebih mahal dengan standard yang lebih tinggi sila maklumkan kepada
pihak MedicMesir. Untuk tujuan ini anda perlu mengisi BORANG KHAS. Tetapi pastikan anda mempunyai ahli rumah
yang cukup untuk membiayai kos yang lebih tinggi tersebut. Kes ini mungkin lebih relevan untuk pelajar-pelajar
yang akan ke Alexandria dan Kaherah.
Pelajar yang mendapatkan rumah sendiri melalui kawan-kawan atau menginap di rumah negeri tidak perlu
membayar wang rumah ini.
8
18. TIKET KAPALTERBANG
Tajaan bergantung kepada kelayakan pelajar. Pelajar hanya boleh memohon tajaan penerbangan setelah
menerima surat tawaran asli Universiti. MedicMesir hanya memberi panduan tentang peluang-peluang tajaan
yang boleh mereka pohon. Bagi mereka yang tidak sempat memohon tajaan, kos tiket adalah sekitar RM2500
seorang. Untuk tahun 2013, MedicMesir akan mengunakan perkhidmatan EGYPT AIR. Buat masa ini EGYPT
AIR membenarkan “2 bag x 23kg” muatan ‘check in’ dan 8kg muatan bag ‘hand carry’. Muatan yang
dibenarkan akan dinyatakan di dalam tiket. Bagaimanapun, bagi pelajar yang ingin membawa lebih muatan,
perkhidmatan kargo disediakan pada kadar RM60 sekilo.
Panduan tajaan tiket kapalterbang dari Pejabat Zakat atau Majlis Agama Islam Negeri.
Warga Wilayah Persekutuan : Boleh berhubung dengan MAIWP untuk mendapatkan tiket tajaan.
Warga Perak: Hanya perlu menghantar dan mendapatkan kelulusan tajaan tiket dari MAIP. Pihak MAIP akan
membuat bayaran terus kepada MedicMesir.
Warga Selangor: Anda boleh memohon pendahuluan sebanyak 75% dari RM2500 sebelum berangkat.
Bagi negeri-negeri lain, sila rujuk di dokumen INFO ZAKAT yang dikepilkan
19. USAHA PENAJAAN
Untuk tahun pertama, anda mestilah menyediakan peruntukan kewangan sendiri atau mendapatkan penajaan
dari mana-mana sumber yang dikenalpasti. Namun, MedicMesir, akan memaklumkan serta memberi
bimbingan saluran-saluran penajaan yang terbuka. Sebagai usaha tambahan MedicMesir akan turut berusaha
untuk mendapatkan penajaan bagi pelajar yang benar-benar layak. Sila pastikan semua pelajar dan ibubapa
faham bahawa pembelajaran pelajar adalah mengunakan sumber kewangan sendiri, maka setiap pelajar
mesti membuat keputusan bergantung kepada status ekonomi keluarga masing-masing..
Untuk Tahun Kedua, beberapa penajaan seperti MARA, JPA, Yayasan Negeri serta Lembaga Zakat membuka
ruang untuk penajaan selepas pelajar lulus cemerlang MUMTAZ / JAYYID JIDDAN semasa Tahun Pertama.
Keputusan penajaan adalah hak mutlak penaja. Pelajar akan di maklumkan setiap kali permohonan dibuka.
Pelajar dinasihatkan agar mendapat keputusan yang TERBAIK semasa tahun pertama. Ini bagi memudahkan
urusan tajaan. Pelajar yang mengulang tahun atau gagal mana-mana subjek Tahun Pertama adalah TIDAK
LAYAK memohon tajaan pada tahun semasa. Bagaimanapun tajaan boleh dimohon semula untuk tahun
berikutnya.
9
20. MAKLUMAN LANJUT
Pertanyaan lanjut mengenai perkara dibawah boleh diajukan kepada pegawai-pegawai dibawah:
NO PERHUBUNGAN UMUM :- 03 8945 9030 / 03 8948 9030
Urusan A-Z mengenai hal di universiti dan urusan pelajar-pelajar yang sudah berada di Mesir :
Puan Siti Haniza Mohd Nazri , 019 2306167, [email protected]
Pertanyaan UMUM mengenai Urusan Permohonan MedicMesir
Dr Ahmad Rodzi Mahmud (019 6206167), [email protected]
Permohonan Baru / Surat Tawaran Sementara/ Surat Tawaran Universiti Cik Maimunah (03 8948 9030 / 019 365 4555) [email protected] Cik Syida Urusan Dokumentasi / KWSP / ZAKAT Cik Syazana (019 365 4333), [email protected]
Urusan Bayaran / Resit Cik Farah (019 365 3444), [email protected] Cik NurSabihah Urusan preMedic/ FLIGHT / Urusan Rumah
Cik Mira (019 310 6167), [email protected] Urusan Taklimat dan Logistik Cik Nora Syikin (03 8945 9030)
Isnin hingga Jumaat : 9pagi – 5 petang (Rehat 1-2pm )
Kami berharap agar makluman di Infopack 2013 ini dapat menjelaskan panduan khidmat MedicMesir serta latar
belakang mengenai pengajian Perubatan di Mesir khususnya. Semoga maklumat asas ini membantu urusan
mengapai impian anda menjadi Muslim Doktor yang Berjaya. Ameen yaa Rabb. Sekian, terima-kasih.
Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri, CEO, +6019 2306167 / +201111 483229 (Mesir) / [email protected]
10
LAMPIRAN
LAMPIRAN
PERKARA
A
KHIDMAT MEDICMESIR
B
PROGRAM PERSEDIAAN
C
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI
D
TATACARA PERMOHONAN DAN CHECKLIST JADUAL TINDAKAN ANDA
E
CHECK LIST PEMBAYARAN
F
BORANG FAX BANK IN SLIP
G
PETA LAKAR KE FAKULTI PERUBATAN
H
PETA LOKASI PEJABAT MEDICMESIR.COM
I
PETA MESIR - LOKASI UNIVERSITI
J
ALAMAT UNIVERSITI
K
PENGIKTIRAFAN JPA
L
KERATAN AKHBAR
M
BORANG PENDAFTARAN MEDICMESIR 2012
N
BORANG PROGRAM PERSEDIAAN ~ PREMEDIC 2012
11
LAMPIRAN A
KHIDMAT MEDICMESIR BUTIRAN
A
Sebelum Mendapat tawaran rasmi universiti Urusan Terjemahan di Terjemahan Negara / Wisma Putra Urusan dokumentasi prosesan di Malaysia / Mesir Urusan pengeluaran surat tawaran sementara Urusan pengeluaran surat tawaran Universiti
B
Selepas Mendapat Tawaran – Sebelum Berangkat Urusan penyediaan dokumen berkaitan untuk membantu pelajar medapatkan penajaan zakat. Urusan Mendapatkan Penempatan Rumah Sewa (tahun pertama) melalui agensi di Mesir.
C
SEMASA BERANGKAT
Urusan Pre-Departure Urusan GROUP Check in / Departure di KLIA Urusan permohonan VISA pelajar awalan Urusan kargo barangan tambahan
D
SETELAH BERADA DI MESIR
Urusan Ketibaan pelajar-pelajar di Cairo Urusan sambutan pelajar berkumpulan di Mesir dan Sambutan Pelajar Baru Upah penyewaan pengangkutan barangan pelajar dari Cairo ke destinasi masing-masing Sewa Bas Khas untuk pelajar Makanan – Sarapan, makan Tengahari , makan Malam pada hari ketibaan Rehat di ARMA, Cairo Lawatan sekitar Cairo (Piramid Spink & Qalaah Salahuddin)- bergantung kesesuaian Penyelarasan untuk kemasukan ke penginapan masing-masing
E
URUSAN PENDAFTARAN PELAJAR DENGAN UNIVERSITI
Menguruskan rekod kemasukan pelajar dengan universiti Menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul antara pelajar dengan universiti Memastikan dokumen rasmi dikeluarkan setelah yuran diselesaikan Memantau prestasi akedemik pelajar dari masa ke semasa
F
KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR SEMASA DI MESIR
Merancang program bersama pelajar agar tahap sosial adalah terbaik Menyelaraskan kebajikan pelajar agar sentiasa dibela Menyokong mana-mana program yang meningkatkan nilai keagamaan pelajar-pelajar Menyokong mana-mana program yang positif yang dicadangkan persatuan pelajar di Mesir
G
preMEDIC 2013 – PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT ( selalunya dibuat didalam bulan June - July setiap tahun)
preMedic ~ Program Kuliah Perubatan + Bahasa Arab
12
LAMPIRAN B
preMEDIC MM2013 - PROGRAM PERSEDIAAN – June – July 2013
Tahun 2013 merupakan tahun keenam MedicMesir menjalankan kerjasama dengan Fakulti Perubatan, UPM,
Serdang. Alhamdulillah.
Program preMedic adalah satu program persediaan asas yang telah dirumus sebaik mungkin terutamanya untuk
lepasan SPM sebelum melangkah ke tahun pertama di Mesir. Program ini adalah kerjasama MedicMesir dan Fakulti
Perubatan,. Program ini merangkumi aspek akademik dan bukan akademik.
Untuk bidang bukan akademik, pelajar banyak didedahkan mengenai suasana kehidupan di Mesir.
Untuk bidang akademik, fokus dibuat terus mengikut subjek yang akan belajar semasa Tahun 1 di Mesir. Ini
merangkumi: HISTOLOGI / ANATOMI / FISIOLOGI / BIOKIMIA
Sesi akademik dibahagi kepada dua:
Sesi siang : 9 – 5 petang : Subjek Perubatan
Sesi malam : 8-10 malam : Kelas Bahasa Arab
Program ‘preMedic 2013’ ini amat sesuai untuk lepasan SPM. Ini adalah kerana:
a. Pelajar lepasan SPM tidak mempunyai sebarang asas Silibus Perubatan seperti pelajar-pelajar Matrikulasi. Oleh itu pendedahan ini adalah yang terbaik sebelum mereka memulakan sessi pengajian di Mesir kelak.
b. Pada kebiasaannya, pelajar yang baru sampai akan menerima pelbagai kejutan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu program preMedic menyingkatkan proses penyesuaian pembelajaran ini kelak.
c. Program ini juga mampu mengisi masa terluang dari Jan hingga Ogos 2012. Program berjalan dari June hingga Julai dan pelajar boleh mengulangkaji sendiri sehingga September. Ini menjamin masa yang terluang sebelum berangkat akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
d. Program akan diadakan di Fakulti Perubatan, UPM. Oleh itu pelajar boleh mendapat pendedahan awal di Fakulti Perubatan di Malaysia dan membuat perbandingan bila berada di Fakulti Perubatan di Universiti Mesir.
e. Kuliah preMedic dikendalikan 100% oleh pensyarah perubatan UPM.
SESI BERSAMA PAKAR
Sesi bersama pakar bertujuan untuk memberi pendedahan awal berinteraksi dengan doktor pakar didalam
bidang tertentu. Yang pentingnya, pelajar boleh mendapatkan tips untuk menjadi „pelajar perubatan yang
berjaya‟ dari setiap doktor pakar jemputan ini nanti
MAKANAN DAN ASRAMA
Makan tengahari dan malam disediakan pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad
Asrama disediakan. Jarak antara asrama dan kuliah adalah dekat
Tempat adalah TERHAD kepada 200 pelajar yang terawal memohon sahaja. ‘First Come-First Registered’
Kos Program adalah RM3500 (termasuk asrama, makan tengahari dan malam) untuk 7 minggu
JIKA BERMINAT: i. Sila isi borang pendaftaran preMedic MM 2013 (di lampiran). ii. Sertakan samada deposit pendaftaran RM500 atau bayaran penuh RM3500
iii. Deposit TIDAK DIKEMBALIKAN. Oleh itu, sila pastikan anda betul-betul berminat sebelum mendaftar. iv. Bayaran penuh mesti dijelaskan selewat-lewatnya 1hb June 2013 v. Fax slip bayaran beserta dengan borang pendaftaran preMedic 2013 ke 03 89423827 vi. Makluman terperinci dan pendaftaran di UPM akan dihantar sebulan sebelum program bermula.
13
LAMPIRAN C
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI Yuran pengajian universiti tidak perlu dibawa semasa berangkat. Bayaran deraf boleh disediakan terus atas nama „universiti‟ masing-masing atau bayaran melalui MedicMesir.
PROGRAM PERUBATAN
Universiti
Program
Tempoh
(tahun)
Tahun
Pertama
Tahun
Ke2-6
JUMLAH
KESELURUHAN
PENGAJIAN
AINSHAM Konvensional
6
8000 USD setiap tahun
(sekitar RM25,600) RM153,600
ALEXANDRIA
International Medical
Program
(Yuran Alexandria Medic
boleh dibayar sebelum 1hb
Mac 2014)
6
ZAGAZIG
Konvensional
6 2000USD
(RM6,400)
8000USD
(RM25,600)
Al AZHAR
Regular
(Program Berkembar Perubatan &
Agama + Tahfiz)
6
RM134,400
MANSOURA
Pilihan Pertama
Problem Based Learning -
Mansoura Manchester
Pilihan Kedua
Konvensional
6
2000USD
9200 USD
(RM29,440)
TANTA
Konvensional
6 3000USD
Tahun 2
8000USD
dan
Tahun 3-6
9250USD
RM153,600
Segala kenaikan yuran akan di maklumkan terlebih awal kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Kadar Tukaran adalah anggaran semasa sahaja.
14
PROGRAM PERGIGIAN
Universiti
Bahasa Penghantar
Tempoh
(tahun)
Tahun
Pertama
Tahun
Kedua
hingga
keLima
JUMLAH
KESELURUHAN
PENGAJIAN
ALEXANDRIA Bahasa Inggeris
5
USD 8000
(RM25,6000)
USD 8000
(RM25,6000)
RM128,000
Al AZHAR
Bahasa Inggeris 2000USD
(RM6,400 RM108,800
ASSIUT Bahasa Inggeris
MANSOURA Bahasa Inggeris
2000USD
(RM6,400)
USD 9500
(RM30,400)
RM128,000
TANTA
Bahasa Inggeris
USD 8000
(RM25,6000)
8000 USD
(RM25,600)
RM128,000
PROGRAM FARMASI
Universiti Bahasa Penghantar Tempoh
(tahun)
Tahun
Pertama
Tahun
Ke2-5
JUMLAH
KESELURUHAN
PENGAJIAN
ALEXANDRIA
Bahasa Inggeris 5
USD 8000
(RM25,600)
RM128,000
MANSOURA
ZAGAZIG
USD 2500
(RM8,000)
USD 5000
(RM16,000)
RM72,0000
MedicMesir tertakluk kepada sebarang pemgstrukturan baru yang di tetapkan oleh pihak Unviersiti berkenaan
15
LAMPIRAN D
TATACARA PERMOHONAN DAN CHECKLIST JADUAL TINDAKAN ANDA
BIL LANGKAH TINDAKAN √
1.
Daftar Online di www.medicmesir.com. Ini untuk memastikan rekod online
tercipta. Anda akan menerima Surat Tawaran Sementara(STS) dalam masa 48
jam waktu bekerja selepas mendaftar. Jika anda memohon dengan menghantar
borang semasa sesi TAKLIMAT, sila pastikan pendaftaran online juga dibuat.
SILA AMBIL MAKLUM, STS sudah memadai menyatakan yang ANDA DITERIMA
UNTU MENGIKUTI PENGAJIAN DI UNIVERSITI BERKENAAN.
2.
Jika anda BERSETUJU dengan STS tersebut, sila DEPOSIT WANG PENDAFTARAN
sebanyak RM500 + WANG PENDAFTARAN KPT RM320 = RM820. Jika anda
INGIN MENUKAR UNIVERSITI, sila maklumkan pertukaran di dalam blog
MedicMesir. Ini bagi membolehkan STS baru dikeluarkan dalam masa
seminggu.(Untuk urusan STS, sila berhubung dengan Cik Maimunah di talian 03
89489030 )
3.
Fax Borang Permohonan Pendaftaran MEDICMESIR 2013 / Kad Pengenalan /
Slip SPM / Sijil Lahir / Bank in Slip (RM820) ke 03 89423827 atau email ke
4.
Dalam masa 1 minggu dari para 3 diatas, anda perlu melengkapkan dokumen
dibawah & hantar secara POS EKSPRESS. Pastikan semua SALINAN TELAH
DISAHKAN :
- 20 keping gambar (tuliskan nama anda dibelakangnya)
- 10 salinan setiap satu (slip SPM/ sijil lahir/ KP Pelajar / Paspot)
- 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
- 1 salinan Borang Permohonan SSLN yang dikepilkan (atau download dari
Blog MedicMesir)
-
5.
Surat tawaran Universiti akan diperolehi dalam masa 2 bulan selepas dokumen
lengkap diterima. Permohonan selepas 1hb June 2012, Surat tawaran universiti
dijangka akan diperolehi dalam masa sebulan pelajar mendaftar di Universiti.
6. Maklumat bayaran sila rujuk LAMPIRAN E- CHECKLIST BAYARAN
7.
Maklumat keberangkatan sila rujuk LLAMPIRAN E- CHECKLIST BAYARAN
Akaun Mayban : CampusCity Management - 5128 0250 6800
16
LAMPIRAN E
CHECK LIST PEMBAYARAN
CHECKLIST BILA BAYARAN PERLU DIBUAT
JUMLAH
√
1. DEPOSIT (Hanya dibayar apabila anda sudah membuat keputusan)
1.1 Deposit Pendaftaran -Deposit termasuk kos terjemahan, Wisma Putra, KPT Cairo dan dokumentasi universiti
Sewaktu permohonan (sila ambil maklum deposit tak dikembalikan jika menarik diri)
RM500
Yuran KPT
RM320
2. YURAN PERKHDIMATAN MEDICMESIR
2.1 Yuran Khidmat Prosesan dan Penyelarasan di Mesir
Semasa mengambil surat tawaran
RM9500
3. PILIHAN RUMAH
3.1 TIADA BAYARAN TAMBAHAN- BAGI YANG MEMILIH UNTUK MENCARI RUMAH SEWA SENDIRI
TIADA BAYARAN
3.2 RUMAH SERTA KELENGKAPAN Deposit rumah + Sewa + Kelengkapan Baru (termasuk Peti Ais 2pintu, Mesin Basuh Automatik, Water Heater, Dapur, Katil, Almari, Tilam, Meja Belajar, Kerusi Belajar)
Selewat-lewatnya 1hb June 2013
RM2500
4. TIKET KAPALTERBANG
4.1 TAJAAN PENUH (bagi yg memohon tajaan tiket). TIKET dikeluarkan oleh penaja. RM500 dikenakan utk bayaran pengurusan ke destinasi masing-masing sahaja.
Selewat-lewatnya 1hb
June 2013
RM500
4.2 TIKET SEHALA (Tiket + Pengurusan Pengangkutan di Mesir )
RM2500
5. PROGRAM PERSEDIAAN (Program ini adalah PILIHAN dan bukan WAJIB)
5.1 Kursus ‘preMedic 2013’ June - Julai 2012 – Fakulti Perubatan, UPM Kelas 6 hari seminggu
Sewaktu Permohonan Baki perlu dibayar 1hb June
RM500 (semasa permohonan) RM3000
17
LAMPIRAN F BORANG FAX BANK IN SLIP
(sila fax ke 03 8942 3827 atau scan dan email ke [email protected])
NAMA PELAJAR:
TUJUAN BAYARAN:
JUMLAH:
NAMA PENGHANTAR FAX:
NO HP:
ALAMAT UTK MENGEPOS RESIT:
TAMPAL BANK IN SLIP DISINI
18
LAMPIRAN G
PETA LAKAR KE FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG
19
LAMPIRAN H
PETA LOKASI PEJABAT MEDICMESIR.COM
17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan
Tel: 03 8948 9030 / 019 3106167
20
LAMPIRAN I
PETA MESIR - LOKASI UNIVERSITI
University AinSham / Cairo / Al-Azhar
- Terletak di Al Qahirah
21
LAMPIRAN J
SENARAI PENUH ALAMAT UNIVERSITI (alamat ini perlu semasa mengisi borang membuat paspot) Ain Shams University, Faculty of Medicine http://asunet.shams.eun.eg/ Kasr-El-Zaafaran, Abbassia, Cairo, EGYPT Tel: +20 2 283 4573, Fax: +20 2 243 9622 Al-Azhar University, Faculty of Medicine http://www.azharmed.eg.net/ Meddina Nasr, Abbassia, Cairo, EGYPT Tel: +20 2 904 051, Fax: +20 2 611 414 Cairo University, Faculty of Medicine http://www.cu.edu.eg/Faculties/Medicine.asp PO Box 12611, Orman, Giza, EGYPT Tel: +20 25 729 584, Fax: +20 26 28 884 Mansoura University, Faculty of Medicine http://www.mans.edu.eg 24 El Gomhoria Street, Mansoura 35516, EGYPT Tel: +20 50 348 203, Fax: +20 50 348 203 Tanta University, Faculty of Medicine http://www.tanta.edu.eg El Geish Street, Garbia, Tanta, EGYPT Tel: +20 40 333 7544, Fax: +20 40 330 2785 University of Alexandria, Faculty of Medicine http://www.alex.edu.eg/ 22 Al-Geish Avenue El-Shatby, Alexandria 21411, EGYPT Tel: +20 3 597 1675, Fax: +20 3 596 0720 Zagazig University, Faculty of Medicine http://www.zu.edu.eg/ Sharkia, Zagazig, EGYPT Tel: +20 55 747 875, Fax: +20 55 345 452
22
LAMPIRAN K
PENGIKTIRAFAN JPA- Sila semak lama web JPA www.jpa.gov.my PERUBATAN
23
PERGIGIAN
FARMASI
24
LAMPIRAN L KERATAN-KERATAN AHBAR YANG MENYOKONG FAKTA BAHAWA BIDANG KEDOKTORAN MASIH BERKURANGAN
25
BORANG PENDAFTARAN MEDICMESIR 2013 (Sertakan SLIP SPM / Sijil Lahir / KP + Slip deposit pendaftaran RM 500 + KPT RM320 = RM820 ke 03 8942 3827)
A: MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh No KP
Alamat Rumah No Tel Rumah
No HP
Facebook ID
Nama Bapa Email Bapa FaceBook ID
Pekerjaan Bapa
No HP
Negeri Asal Bapa
Nama Ibu Email Ibu Facebook ID
Pekerjaan Ibu
No HP
Negeri Asal Ibu
B: MAKLUMAT AKADEMIK
Sekolah semasa SPM Tahap Terakhir (SPM/Matrik/Asasi / Lain2)
KEPUTUSAN SPM: TAHUN SPM:____________
Bio Kimia Mat. Tamb. BM
Fizik Sejarah Mat. Mod BI
C: CATATAN DOKUMEN YG DIHANTAR( Sila √ D: PROGRAM PERSEDIAAN 1 10 salinan fotokopi keputusan SPM
Kursus ‘preMedic 2012’ Fakulti Perubatan, UPM
(June - Julai)
Sila √ 2 10 salinan fotokopi kad pengenalan 3 20 keping gambar ukuran passport
(sila tulis nama di belakang gambar)
4 10 salinan fotokopi passport muka depan 5 5 salinan kad pengenalan mak / ayah 6 1 set borang SSLN 7 1 set Surat Tiada Halangan 2013
*Program persediaan adalah pilihan dan TIDAK WAJIB
E: LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah ikut turutan √
UNIVERSITI
PILIHAN
1. Isi borang ini jika anda sudah membuat
keputusan. Pastikan dalam masa yang sama
and mendaftar online di
www.medicmesir.com (Abaikan jika anda
telah mendaftar online)
2. Sertakan deposit RM500 +RM320 = RM820
3. Sertakan slip SPM, KP dan Sijil Lahir dan 1
foto semasa menyerahkan borang ini.
PROGRAM
26
BORANG PENDAFTARAN preMedic MM2013 Nama
No. Tel
Sekolah semasa SPM
Penglibatan koKU semasa
sekolah
Kemahiran diri
Program
Universiti Pilihan
Masalah Kesihatan
Alahan Makanan
Maklumat Tambahan
Maklumat bayaran
Deposit (RM500)
Bayaran Penuh (RM3000)
Untuk kegunaan pejabat
27
BORANG PENDAFTARAN MEDICMESIR 2013 (Sertakan SLIP SPM / Sijil Lahir / KP + Slip deposit pendaftaran RM 500 + KPT RM320 = RM820 ke 03 8942 3827)
A: MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh No KP
Alamat Rumah No Tel Rumah
No HP
Facebook ID
Nama Bapa Email Bapa FaceBook ID
Pekerjaan Bapa
No HP
Negeri Asal Bapa
Nama Ibu Email Ibu Facebook ID
Pekerjaan Ibu
No HP
Negeri Asal Ibu
B: MAKLUMAT AKADEMIK
Sekolah semasa SPM Tahap Terakhir (SPM/Matrik/Asasi / Lain2)
KEPUTUSAN SPM: TAHUN SPM:____________
Bio Kimia Mat. Tamb. BM
Fizik Sejarah Mat. Mod BI
C: CATATAN DOKUMEN YG DIHANTAR( Sila √ D: PROGRAM PERSEDIAAN 1 10 salinan fotokopi keputusan SPM
Kursus ‘preMedic 2012’ Fakulti Perubatan, UPM
(June - Julai)
Sila √ 2 10 salinan fotokopi kad pengenalan 3 20 keping gambar ukuran passport
(sila tulis nama di belakang gambar)
4 10 salinan fotokopi passport muka depan 5 5 salinan kad pengenalan mak / ayah 6 1 set borang SSLN 7 1 set Surat Tiada Halangan 2013
*Program persediaan adalah pilihan dan TIDAK WAJIB
E: LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah ikut turutan √
UNIVERSITI
PILIHAN
4. Isi borang ini jika anda sudah membuat
keputusan. Pastikan dalam masa yang
sama and mendaftar online di
www.medicmesir.com (Abaikan jika anda
telah mendaftar online)
5. Sertakan deposit RM500 +RM320 =
RM820
6. Sertakan slip SPM, KP dan Sijil Lahir dan 1
foto semasa menyerahkan borang ini.
PROGRAM