impak alam sekitar daripada projek pembinaan empangan berskala besar dan kecil di semenanjung, sabah...

11
Empangan merupakan di antara struktur hidraulik yang paling besar dari segi saiz dan kawasan. Struktur yang melintangi saliran air ini dibina untuk menahan dan mengawal aliran air ke saluran, terowong dan saluran tiub wayar yang bertujuan mewujudkan turus air yang diperlukan untuk pelbagai keperluan. Antaranya adalah untuk menjanakuasa hidroelektrik dan melindungi muara daripada banjir. Penjanaan tenaga hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang tidak menghasilkan pencemaran udara kerana hidroelektrik adalah sumber tenaga yang bersih, ia tidak menghasilkan karbon dioksida, sukfur dioksida, nitrus dioksida dan juga pencemar udara yang lain. Penjanaan hidroelektrik dikatakan juga adalah sumber utama tenaga yang boleh diperbaharui, ia mudah diperoleh, cekap dan murah berbanding janakuasa tenaga yang lain seperti geoterma, biomas, angin dan tenaga solar. Pembinaan empangan hidroelektrik ini juga boleh dikelaskan mengikut skala pembinaannya. Contoh empangan hidroelektrik yang dikenal pasti sebagai berskala besar di rantau Asia Tenggara adalah seperti Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak, manakala empangan yang berskala kecil pula adalah seperti Empangan Semberong di Johor. Namun persoalannya, mengapakah setiap kali pihak kerajaan mengumumkan pembinaan projek empangan samada berskala kecil atau besar, maka kedengaranlah bantahan dan kritikan khususnya di kalangan penduduk yang terpaksa dipindahkan dan pertubuhan pencinta alam? Apakah impak negatifnya selain daripada kepentingan dan kebaikan yang diperoleh daripada pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik ini? 1

Upload: puterasulung

Post on 10-Aug-2015

704 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BA10110225MUHAMMAD AFIQ BIN AHMAT FUATSEKOLAH SAINS SOSIALUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TRANSCRIPT

Page 1: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Empangan merupakan di antara struktur hidraulik yang paling besar dari

segi saiz dan kawasan. Struktur yang melintangi saliran air ini dibina

untuk menahan dan mengawal aliran air ke saluran, terowong dan

saluran tiub wayar yang bertujuan mewujudkan turus air yang diperlukan

untuk pelbagai keperluan. Antaranya adalah untuk menjanakuasa

hidroelektrik dan melindungi muara daripada banjir. Penjanaan tenaga

hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang tidak menghasilkan

pencemaran udara kerana hidroelektrik adalah sumber tenaga yang

bersih, ia tidak menghasilkan karbon dioksida, sukfur dioksida, nitrus

dioksida dan juga pencemar udara yang lain. Penjanaan hidroelektrik

dikatakan juga adalah sumber utama tenaga yang boleh diperbaharui, ia

mudah diperoleh, cekap dan murah berbanding janakuasa tenaga yang

lain seperti geoterma, biomas, angin dan tenaga solar. Pembinaan

empangan hidroelektrik ini juga boleh dikelaskan mengikut skala

pembinaannya. Contoh empangan hidroelektrik yang dikenal pasti

sebagai berskala besar di rantau Asia Tenggara adalah seperti

Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak, manakala empangan yang

berskala kecil pula adalah seperti Empangan Semberong di Johor.

Namun persoalannya, mengapakah setiap kali pihak kerajaan

mengumumkan pembinaan projek empangan samada berskala kecil atau

besar, maka kedengaranlah bantahan dan kritikan khususnya di

kalangan penduduk yang terpaksa dipindahkan dan pertubuhan pencinta

alam? Apakah impak negatifnya selain daripada kepentingan dan

kebaikan yang diperoleh daripada pembinaan empangan janakuasa

hidroelektrik ini?

Empangan Bakun terletak di Jeram Bakun iaitu di antara kuala

Sungai Rajang dan Sungai Balui di Sarawak. Pembinaan Empangan

Bakun ini dianggarkan mampu menghasilkan tenaga sebanyak 2,400

megawatt per saat dan berupaya menjana pendapatan negara setahun

sebanyak RM13.5 bilion atau bersamaan US$3.6 bilion kepada negara.

Projek pembinaan empangan ini juga telah melibatkan perancangan

penghantaran tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia melalui

perentangan kabel bawah tanah sepanjang 1,500 kilometer dan

1

Page 2: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

perentangan kabel dasar laut sepanjang 650 kilometer yang merentasi

Laut China Selatan. Projek Empangan Bakun mempunyai ketinggian

tebing konkritnya setinggi 210 meter, di mana akan menghasilkan

kawasan tadahan berkeluasan sehingga 14,750 kilometer, dan dataran

yang akan dibanjiri seluas 69,640 hektar di kawasan hutan hujan yang

utama di Sarawak iaitu kira-kira sebesar negara Singapura yang akan

menjadikan empangan ini salah sebuah empangan yang terbesar di

dunia dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Empangan Bakun dikatakan

sebagai salah satu daripada usaha untuk mencapai matlamat Wawasan

2020 iaitu untuk mencapai taraf negara industri yang sepenunhya

menjelang tahun 2020. Projek-projek berskala besar merupakan kunci

utama untuk mencapai matlamat tersebut. Empangan Bakun juga

dijangkakan akan menjadi pusat penjanaan kuasa selaras dengan

peningkatan peemintaan terhadap tenaga. Empangan ini juga membantu

kepada pertumbuhan ekonomi dan perindustrian di Sarawak. Kerajaan

Malaysia dengan bantuan empangan ini juga mensasarkan kepada

pembangunan dan pemodenan golongan masyarakat asal di kawasan

tersebut.

Empangan Semberong yang siap dibina pada tahun 1984

merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan Pertanian

Bersepadu Johor Barat Fasa 2. Empangan ini terletak 10 kilometer dari

Bandar Air Hitam dan dihubungkan oleh jalan utama Air Hitam-Kluang.

Empangan ini berfungsi sebagai bekalan air bersih yang akan diproses

oleh Syarikat Air Johor (SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air

pengguna di sekitar daerah Batu Pahat. Empangan ini terus

membekalkan kira-kira 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air

domestik. Empangan ini dibina daripada tanah (zoned earthfill). Ianya

teridiri daripada dua empangan utama (1a dan 1b) dan tiga benteng

empangan pelana (saddle dams) iaitu empangan pelana 1, 2 dan 3.

Sumber air empangan ini datangnya daripada Sungai Semberong dan

mempunyai kawasan tadahan seluas 130 kilometer persegi.

2

Page 3: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Walaupun pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik seperti

Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor

dikatakan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat antaranya

seperti menyumbang kepada bekalan air bersih untuk kegunaan

domestik, menyumbang kepada tenaga bersih dan murah kepada

negara, mengurangkan kepada pencemaran udara, mewujudkan peluang

pekerjaan dan membantu dalam meningkatkan pendapatan negara hasil

daripada jualan tenaga elektrik yang dijana sebenarnya juga telah

memberikan banyak impak yang negatif terutamanya kerosakan kepada

alam semulajadi dan masalah kepada komuniti setempat.

Dalam projek Empangan Bakun umpamanya, tidak dinafikan

bahawa projek empangan ini mendatangkan kebaikan kepada

masyarakat dan juga kepada negara. Empangan Bakun dikatakan telah

berupaya menukarkan sumber semulajadi yang selama ini dianggap

sebagai sumber air yang tidak bernilai (worthless water) kepada sumber

air yang bernilai (valuable electricity). Hal ini kerana, Sarawak terkenal

sebagai kawasan yang menerima kadar hujan yang tertinggi dengan

purata 300 hingga 400 cm setahun, suhu yang tinggi dan kelembapan

yang tinggi yang berupaya mampu menjadikan tempat yang terbaik

untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Empangan Bakun boleh

beroperasi tanpa hujan selama setahun setengah yang berpotensi untuk

menjana tenaga hidroelektrik bukan sahaja di Borneo malah ke kawasan

negara jiran yang berdekatan.

Empangan Bakun juga merupakan salah satu daripada visi negara

untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri perindustrian

dan membantu Malaysia mencapai status negara moden di pentas

antarabangsa. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir

Mohamad dalam New Way Forward and Vision 2020, menyatakan

bahawa projek infrastruktur berskala besar atau mega merupakan salah

satu elemen kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Sarawak

berhasrat untuk menjadi negeri perindustrian yang maju dan menjadikan

Malaysia sebagai pusat penjanaan kuasa ekonomi utama di rantau ini.

3

Page 4: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Empangan Bakun ini mampu menjana kuasa yang dipercayai sebagai

suatu mekanisme untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah

negeri yang moden sama seperti negeri-negeri lain yang terdapat di

Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Melaka dan Selangor.

Projek Empangan Bakun juga secara tidak langsung memberikan

faedah dan kebaikan yang lain seperti menyediakan peluang pekerjaan

kepada masyarakat tempatan sebagai buruh binaan, menambahbaikan

infrastruktur seperti membangunkan kawasan pedalaman dengan

memodenkan sistem perhubungan dan komunikasi seperti jalan raya,

memberi khidmat latihan dan kemahiran kepada masyarakat asal seperti

penempatan semula dengan kemudahan asas yang mencukupi,

mengurangkan serta mengawal banjir semasa musim monsun dan

menjana sektor pelancongan kepada pelancong asing yang melawat ke

Tasik Bakun umpamanya.

Manakala, projek Empangan Semberong pada awal pembinaanya

adalah sebuah empangan yang dibina bagi tujuan tebatan banjir.

Sebagai kolam takungan air yang berskala kecil, empangan ini berfungsi

untuk mengurangkan kejadian banjir dengan menampung air banjir yang

melanda semasa musim tengkujuh dan membuang air pada kadar alir

yang terkawal dalam lengkungan keupayaan sistem sungai di hilir

empangan. Selain itu, simpanan air di empangan ini turut berfungsi

sebagai bekalan air bersih yang akan diproses oleh Syarikat Air Johor

(SAJ) sebelum disalurkan ke paip bekalan air pengguna di sekitar daerah

Batu Pahat. Pada masa sekarang, empangan ini terus membekalkan

sebanyak 2Mld atau 2 juta liter sehari air mentah untuk bekalan air

domestik. Empangan ini menyediakan perlindungan dan tebatan banjir di

hilir untuk tempoh masa 100 tahun tempoh ulangan dengan kadar

pelepasan maksimum 42 cubic meter cube (cumesc)

Walaupun kedua-dua projek empangan ini iaitu projek Empangan

Bakun di Sarawak dan Empangan Semberong di Johor memberi

kepentingan, namun secara tidak langsung kepentingan tersebut

4

Page 5: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

memberi kesan yang boleh merosakkan alam semulajadi dan masalah

kecenderungan berlakunya bencana banjir besar jika empangan tidak

dapat menampung kuantiti air yang berlebihan atau empangan pecah

kepada komuniti pribumi setempat serta krisis bekalan air bersih.

Implikasi pembinaan empangan kepada alam sekitar boleh dibahagikan

kepada tiga kategori, iaitu kesan kepada kawasan hulu tadahan, kesan

takungan air dan kesan kawasan di hilir empangan. Hal ini kerana,

secara prinsipnya semakin besar saiz sesebuah empangan yang dibina

maka semakin besar pula kawasan tadahan dan kawasan takungan yang

diperlukan. Pembinaan empangan akan menenggelamkan kawasan yang

luas bergantung kepada kapasiti takungan air yang diperlukan.

Masyarakat asal yang tinggal di kawasan itu sejak turun temurun

terpaksa dipindahkan seperti yang berlaku ke atas masyarakat orang

asal Penan di Bakun yang terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di

penempatan baru di Sungai Asap yang disebabkan aktiviti pembersihan

hutan seluas 70,000 hektar yang telah memusnahkan habitat semulajadi

yang merupakan sumber mata pencarian komuniti asal tersebut.

Penduduk di kawasan sekitar Batu Pahat dan Air Hitam sering

dilanda krisis bekalan air bersih terputus dan tidak memuaskan beberapa

tahun selepas empangan ini beroperasi. Dalam penyiasatan yang

dilakukan mendapati bahawa masalah dikatakan berpunca daripada

kekurangan bekalan air yang diperoleh daripada Empangan Bekok di

Segamat. Malah yang berlarutan itu di atasi dengan perlaksanaan hujan

tiruan di sekitar kawasan empangan dan agihan bekalan air

menggunakan lori tangki kepada penduduk. Namun pada penghujung

tahun 2006, bencana banjir telah melanda negeri Johor. Kejadian

berulang lagi pada penghujung tahun 2007. Kejadian banjir ini

mengakibatkan kerugian besar, kemusnahan harta benda tertinggi

dalam sejarah bencana negara. Kebimbangan terhadap struktur binaan

dan keupayaan Empangan Semberong mendapat perhatian kerana

kegagalan mengawal banjir di hilir sungai yang berpunca daripada

pelepasan air dalam kuantiti yang besar.

5

Page 6: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Penulis juga lebih memfokuskan kepada impak pembinaan

empangan dalam konteks permasalahan yang berlaku dalam komuniti

orang asal di kawasan yang terlibat yang telah menetap di kawasan

berkenaan sejak turun temurun lagi. Misalnya dalam projek Empangan

Bakun di Sarawak yang telah memaksa kira-kira 15,000 orang penduduk

asal dari kawasan Bakun. Menurut Laporan Aduan dan Siasatan, Hak

Masyarakat Asli Sarawak pada bulan Jun 2002 oleh Suruhanjaya Hak

Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), terdapat beberapa laporan

ketidakpuashatian penduduk berhubung isu yang berkaitan tentang

tanah adat mereka dan penempatan semula di Sungai Asap. Apabila

tanah mereka diperoleh, selain daripada kehilangan mereka ke atas

tanah tersebut mereka juga akan kehilangan tanah warisan (deprivation

of heritage land), kehilangan kebebasan untuk bermastautin atau

bergerak di bawah Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan, kehilangan

penggunaan sumber hutan, kehilangan kehidupan masa depan untuk

mereka yang terlibat dan keluarga terdekat mereka dan kehilangan

masa depan untuk warisan mereka yang terlibat.

Bagi pencinta dan aktivis alam sekitar pula, setiap lokasi itu

mempunyai keunikan yang tersendiri, khususnya hutan tropika. Spesis

flora dan fauna misalnya memang boleh dipindahkan ke kawasan lain,

tetapi kewujudannya tidak akan sekali-kali sama dengan lokasi asalnya.

Bahkan mungkin pupus sama sekali. Habitat semulajadi terganggu dan

menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru.

Contohnya dalam projek Empangan Bakun, walaupun aktiviti penanaman

semula kira-kira 200 jenis herba asli termasuk orkid dan halia serta 20

spesis pokok terlindung dijalankan di kawasan pembinaan empangan

tersebut oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC), keadaan tidak akan

sama seperti yang sedia kala kerana walaupun penanaman semula

dijalankan, tempoh masa yang diambil oleh tumbuhan tersebut untuk

mencapai usia matang dan keadaannya seperti sedia kala akan

mengambil masa yang begitu lama.

Menurut Perkara 13 Perlembagaan Persekututan telah

menyatakan bahawa, tanah yang telah didiami oleh masyarakat asal

6

Page 7: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

sejak turun temurun adalah hak asasi yang dilindungi. Hal ini kerana,

tiada seseorang pun yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut

undang-undang dan tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat

peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan

paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Hal ini kerana, tanah

yang diperoleh untuk tujuan pembinaan empangan Bakun ini telah

menyebabkan masyarakat asal di kawasan Bakun hilang tempat

bergantung kerana tanah yang didiami mereka adalah sejak turun

temurun untuk menampung kehidupan mereka.

Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan

empangan untuk tujuan janakuasa hidroelektrik mendatangkan 1001

kebaikan kepada kita dan negara. Malah dikatakan bahawa, penjanaan

elektrik melalui janakuasa hidroelektrik seperti empangan Bakun

merupakan salah satu penjanaan kuasa yang menjimatkan dari segi kos

pembinaan dan operasinya jika dibandingakan dengan loji yang

berasaskan kepada arang batu, gas atau bahan bakar fosil. Empangan

berskala kecil seperti Empanagn Semberong pula beurpaya sebagai

pembekal kepada bekalan air bersih untuk tujuan domestik yang

bertindak sebagai kawasan takungan air dan mampu mengawal banjir.

Kebaikan dan keburukan yang diperoleh daripada pembinaan projek

empangan bergantung kepada skala pembinaanya.

References

Books or Chapter in books

Duivendijk, H. V. 2003. Dam and Dikes in Development. Lisse: A. A.

Balkerna Publisher.

Jamaluddin, Md. Jahi. 2010. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: Dari

Stockholm

ke Rio de Janeiro dan Seterusnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Journal articles obtained from data bases

Beck, M. W., Claassen, A. H. and Hundt, P. J. 2012. Environmental and

7

Page 8: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Livelihood impacts of dams: common lessons across development

Gradients that challenge sustainability. International Journal of

River

Basin Management.

Kadaran, Mohd. Mazli. 2008. Pengurusan dan Keselamatan Empangan:

Kajian Kes

di Empangan Semberong. Universiti Teknologi Malaysia.

Namy, S. 2007. Addressing the Social Impacts of Large Hydropower

Dams.

The Journal of International Policy Solutions. Springer. 7.

Sovacool, B. K. and Bulan, L. C. 2011. Behind an ambitious megaproject

in

Asia: The History and Implications of the Bakun hydroelectric dam

in

Borneo. Journal of Energy Policy. 39;4842-4859. Retrieved from

www.elsevier.com/locate/enpol

Journals articles obtained from library

Bawe, L. 1996. Private profit at Public Expense. The Bakun Hydroelectric

Project. The Ecologist. 26(5).

Berkes, F. 1980. Some Environmental and Social Impacts of the James

Bay Hydroelectric Project, Canada. Academic Press Inc. (London)

Limited.

Newspaper clipping from E Media or from daily newspaper

available in library

Berita Harian. 2010. Sarawak bida lebih RM6b beli empangan hidro

Bakun. 27 September. (atas talian)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

SarawakbidalebihRM6bbeliempanganhidroBakun/Article/ (diakses

pada 8 Oktober 2012)

8

Page 9: Impak Alam Sekitar daripada projek Pembinaan Empangan Berskala Besar dan Kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Berita Harian. 2011. Sabah & Sarawak: Empangan Bakun dijangka

operasi pada 2012. 26 April. (atas talian)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ Sabah

SarawakBakundijangkaoperasipada2012/Article/ (diakses pada 8 Oktober

2012)

9