ict dalam pendidikan
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga
komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi, ia
mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan
dan berjaya. Oleh itu, logiknya ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan
apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk
menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi
yang berkesan. Seterusnya, teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era
meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan
maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi
maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai
teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis
data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta untuk menghasilkan maklumat
dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan
maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan
ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi
membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam
ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, cepat dan dalam masa yang sama
(‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. (Azmi, 2000)
Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan
pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang
sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian
dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai
kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk
memperjelaskan sesuatu konsep serta menarik minat pelajar melalui teknik
pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).
1
2.0 Perkaitan Artikel Yang Dipilih Dengan Isu Keguruan
Berdasarkan artikel ICT Dalam Pendidikan di laman web Pejabat Pendidikan
Daerah Manjung yang dipilih, ICT merupakan adalah sistem yang membolehkan
pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam
pelbagai bentuk.
ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat.
Penggunaan ICT dalam pendidikan harus menjadi pegangan dan amalan guru-guru
di zaman era digital ini. Hal ini berikutan penggunaan ICT dalam pendidikan
memberikan pelbagai manfaat kepada guru dan juga pelajar.
Selain itu, penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan
tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan,
perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses
pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Pengunaan ICT seperti e-
pembelajaran, perisian CD-ROM, internet, akses laman web dan lain-lain lagi dapat
dijadikan guru sebagai bahan bantuan mengajar. Bahan-bahan bantuan mengajar ini
dapat digunakan oleh murid tanpa mengira batas tempat dan waktu. Misalnya,
pelajar dapat membuat latihan e-pembelajaran di rumah walaupun bukan dalam
waktu persekolahan. Hal ini dapat membantu guru untuk meningkatkan pencapaian
murid.
Seterusnya, menerusi artikel ICT Dalam Pendidikan ini juga turut
menggariskan beberapa dasar utama ICT dalam pendidikan. Dasar ini perlu diikuti
oleh guru dalam mengimplementasikan budaya ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan ialah pelajar
memperoleh kemahiran menggunakan ICT, mengutamakan peranan dan fungsi ICT
sebagai kurikulum dan alat P&P dan penggunaan ICT untuk tingkatkan produktiviti
dan kecekapan.
2
2.1 Pelajar memperoleh kemahiran menggunakan ICT
Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan
pengetahuan dan kemahiran literasi ICT terutama kepada semua pelajar
sekolah. Kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam
kurikulum sekolah. Guru dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran
seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan
sebagainya.
Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu
para guru bagaimana mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk
mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri
mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk
menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru bijak menggunakan
kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan
memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
ICT amat penting dalam asas pendidikan seumur hidup serta
memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam menggunakan ICT
akan memudahkan guru untuk mengajar kemahiran tersebut kepada pelajar.
Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti juga amatlah penting
dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam
P & P.
Semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan
kemudahan asas prasarana telekomunikasi bagi membolehkan pelajar di
pedalaman turut mendapat kemudahan akses maklumat. Namun,
pembangunan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di
pedalaman agak ketinggalan masa kini berbanding di bandar. Penguasaan
kemahiran ICT di kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini untuk
3
menjayakan lagi prasrana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai
pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian
perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P & P yang
berkesan.
Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam
menguasai teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri
dalam kalangan guru adalah salah satu faktor penyebab kegagalan guru
dalam melaksanakan kaedah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer).
2.2 Mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan
alat pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan artikel ICT Dalam Pendidikan turut menggariskan
peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran
di sekolah terdiri daripada komputer, overhead projector, note book, digital
camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain.
Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu
dipelbagaikan.
Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW)
telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat
mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-
pembelajaran ini dapat digunakan secara meluas iaitu murid dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri. Ia
bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman
web mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos.
Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan
kepada pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain .
4
Hal ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk
membeli buku, jurnal dan sebagainya. Selain itu, Ia juga menyediakan
kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah
dikemaskini dan maklumatnya terkini. Hal ini bermakna pengguna khususnya
pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat
dalam buku.
Selain itu, e-pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di
mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui
kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian.
Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang
lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif.
Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak
di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web
yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional
yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam
buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak
menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta
mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di
luar batasan sekolah. Pelajar juga boleh berinteraksi dengan guru dan
sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran
yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang
bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat
organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah
tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi
peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.
Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga
dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar.
Pembelajaran yang menggunakan kaedah penemuan lebih berjaya
berbanding murid yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Selain
itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah
berjaya meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
5
2.3 Penggunaan ICT untuk tingkatkan produktiviti dan kecekapan
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail
pembelajaran dalam kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara
konkirt berbanding secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field
dependent’ berbanding dengan pelajar ‘field independent’. Aktiviti-aktiviti
pengajaran bagi pelajar yang suka secara abstrak adalah mudah tetapi bagi
pelajar yang belajar secara konkrit akan mudah faham seperti beberapa
konsep, prinsip, peraturan dan hokum sekiranya terdapat pelbagai bahan
ilustrasi.
Dalam keadaan ini, peranan ICT dari segi meningkatkan kecekapan
guru, guru perlu meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan
pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia di samping
bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif
dibangunkan dengan menggunakan bahan visual, grafik, teks, muzik, video
serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang luas
kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau
rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan
sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanfaatkannya
sebaik mungkin.
Melalui penggunaan komunikasi elektronik seperti email, net meeting,
chat room dan sebagainya, guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama
sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran
maklumat dengan sekolah dari luar negara misalnya dapat meningkatkan lagi
komunikasi guru di samping dapat mempelajari kebudayaan dan negara
masing-masing. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan
kecekapan guru tersebut.
6
Selain daripada tiga dasar utama ICT dalam pendidikan, artikel ini juga turut
menyentuh mengenai matlamat 10 tahun mendatang bagi pembangunan ICT dalam
pendidikan. Antara matlamat tersebut ialah:
1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
2. Memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
3. Memperluas kurikulum berasaskan ICT
4. Meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT
5. Menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P
6. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar,
tenaga pengajar, dan personel KPM
7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
8. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT
9. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT
10. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan
masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam
pendidikan.
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat
daripada kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembaharuan pendidikan terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem
pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran
baharu kepada sistem pendidikan di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan,
sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih
ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat
merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju dalam bidang ICT.
Bagi pendapat saya, dalam mencapat matlamat 10 tahun mendatang
pembangunan ICT dalam pendidikan ini, kita harus sedar bahawa dalam
pengimplementasiannya ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kita turut
berhadapan dengan beberapa kekangan dan halangan. Kekangan ini dapat
menghalang pencapaian matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan ini. Antara
7
cabaran dalam membudayakan ICT dalam pendidikan ini ialah kekangan
menghabiskan silibus, kekurangan prasarana, kekurangan kemudahan, sikap
negatif, jurang digital dan sebagainya. Oleh itu, untuk menangani kekangan dan
cabaran ini, langkah-langkah untuk mengatasinya atau cadangan
penambahanbaikan perlu diperhalusi agar manfaat ICT dalam pendidikan ini
dinikmati oleh semua pelajar.
3.0 Cadangan untuk Menangani Cabaran Perkembangan Teknologi dan
Komunikasi dalam Pendidikan
3.1 Kekangan Menghabiskan Silibus
Pendekatan pengajaran menggunakan ICT seperti penggunaan internet,
melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di
peringkat sekolah perlu dirancang sesuai dengan kurikulum sekolah dan
digunakan dengan maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan multimedia misalnya powerpoint dan layar tayang boleh
memberikan kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program
pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang
terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Guru-guru perlu didedahkan
kepada penggunaan internet, website, on-line, e-mel serta pendekatan dan
kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer
Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai aktiviti
sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT
bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan
pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Sikap Negatif Guru
Guru harus meninggalkan pengajaran dan pembelajaran cara lama
yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran yang
8
melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di
kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat bagi
membolehkan ICT diadaptasikan dalam budaya pembelajaran. Perubahan
sikap dan nilai terhadap ICT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran
baru dalam pendidikan. Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya
penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai
objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi
baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Sikap guru yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan
secara lancar dan menyeluruh. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus
kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital
menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi
membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru
juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran
menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi
teknologi.
3.3 Kekurangan Kemahiran
Permasalahan yang kerap kali didengari bagi guru-guru tidak
menggunakan ICT di sekolah adalah kerana mereka belum bersedia. Hal ni
berikutan kelemahan guru dalam penguasaan pedagogi dan penggunaan ICT
sebagai satu cara baru dalam pengajaran pembelajaran. Oleh kerana bidang
ICT adalah bidang yang sangat pesat berkembang, input tentang teknologi
baru yang mempengaruhi cara penggunaan ICT untuk pengajaran dan
pembelajaran hendaklah diperkenalkan dari semasa ke semasa. Guru perlu
diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT
secara cekap dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan
penguasaan guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan
9
bengkel atau kursus ICT kepada guru. Dengan adanya bengkel kemahiran
ICT bagi para guru akan berupaya meningkatkan kecekapan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam
kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka
pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion
keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru
yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam
kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan staf yang
melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan
baik. Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar
pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa
terbuka kepada perubahan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di
sekolah.
3.4 Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan
multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu
dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah
juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan
tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang
membolehkan penyediaan infrastruktur.
3.5Jurang ICT dan Digital
Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama
di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar
mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan
kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu
komputer terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian
10
untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris perlu dipergiatkan manakala perisian untuk mata pelajaran lain
perlu dibangunkan.
Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kira
usaha untuk mengoptimumkan penggunaan ICT dalam kalangan guru, murid
serta pihak pentadbir sekolah. Penggunaan ICT secara optimum perlu
dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian, setiap kemudahan yang disediakan seperti komputer dan
kemudahan makmal komputer hendaklah dioptimumkan penggunaannya.
Jika sekolah mempunyai guru yang boleh dianggap berkemahiran dalam
bidang ini, amat wajarlah pihak sekolah mendapatkan perkhidmatannya untuk
melakukan latihan dalaman agar guru-guru lain akan turut dapat menjayakan
hasrat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam melaksanakan tugas
mereka. Pihak sekolah perlu berusaha menyediakan kemudahan ICT yang
terbaik untuk guru-guru dan murid-murid agar mereka dapat mengakses
maklumat dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
3.6Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin
dihadapi dari semasa ke semasa. Perancangan sekolah juga perlu
mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain
menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka
belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan
yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan
teknologi maklumat. Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan
yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal
implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran
berasaskan komputer di sekolah-sekolah.
11
4.0 Rumusan
Penggunaan ICT merupakan satu fenomena yang semakin berkembang
dalam aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Dunia
pendidikan juga tidak terkecuali turut merasa bahang teknologi ini. Oleh itu, semua
pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan terutamanya para guru perlu bergerak
seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut dalam usaha memastikan
sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan, seterusnya dapat
berkembang maju seiring dengan keperluan masyarakat semasa.
Untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak
kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam bidang
pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam
pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapur dan
papan hitam.
Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan
maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks isi
pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula
menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang minda
dan menambah kefahaman pelajar. Soalan-soalan latihan turut dimuatkan selepas
pengajaran setiap tajuk agar pelajar dapat menilai kefahaman tahap mereka, di
samping memperkukuhkan pembelajaran. Peranan guru pula masih kekal kerana
tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru
sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai bahan bantu mengajar bagi menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Untuk terus kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu mempunyai
inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT
secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran
guru itu akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan
12
pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke
peringkat yang lebih berkualiti lagi.
Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari. Antara
kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah dapat membina atau
membangunkan perisisan pendidikan bersifat multimedia dan interaktif untuk
kegunaan pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana teknologi multimedia
mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri dalam mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dengan adanya warga pendidik sebegini,
maka mudahlah isu cabaran yang dibincangkan dapat ditangani dengan berkesan.
13
5.0 Refleksi
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, akhirnya saya berhasil menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP)
bagi subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional (EDU 3108) ini. Telah
berbayar rasanya, segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang telah
dicurahkan apabila tugasan ini berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Sesungguhnya tugasan ini merupakan sebuah wahana rintis ilmu yang
saya kira amat baik untuk direnungi dan dihayati dalam segenap diri guru pelatih.
Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini, saya telah menempuhi beberapa
kekangan. Masa merupakan cabaran yang paling utama. Bak kata Benjamin
Franklin, lost time is never found again. Oleh itu, saya cuba untuk menggunakan
masa dengan bijak. Dalam kesibukan saya menyiapkan tugasan ini, saya juga sibuk
menyiapkan Kajian Tindakan dan beberapa tugasan lain dalam masa yang sama.
Komited dan fokus untuk tugasan ini kadang kala terpaksa dialihkan kepada
perkara-perkara tersebut. Namun, sebagai guru pelatih, saya sudah sedia maklum
dengan cabaran ini. Justeru, saya belajar mengenai pengurusan masa yang efisien.
Saya dahulukan kerja yang penting terlebih dahulu dan saya kemudiakan perkara
yang kurang penting bagi tempoh masa tersebut.
Selain itu, maklumat mengenai tugasan ini juga sukar diperolehi. Saya tidak
menjumpai buku-buku mengenai teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi
isu utama dalam aritkel yang dipilih di perpustakaan. Hal ini mungkin disebabkan
rakan-rakan saya terlebih dahulu meminjam buku-buku tersebut. Namun begitu, hal
ini tidak mematahkan semangat saya. Saya bergegas ke Perpustakaan Awam
Seberang Jaya untuk terus berusaha mencari buku-buku yang bersesuaian.
Alhamdulillah, saya berjaya menjumpai beberapa buku yang bersesuaian. Selain itu,
dunia di hujung jari seperti internet dan akses laman web ini saya gunakan secara
optimum demi mencari maklumat.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapat menganalisis dan mengkaji
secara lebih jauh bahan-bahan ilmiah yang saya baca untuk mendapatkan maklumat
tambahan tentang isu teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan yang
14
menjadi tajuk kajian saya. Dengan analisis yang lebih mendalam, saya dapat
memahami isi pokok yang cuba disampaikan pengarang dan meneliti tentang
unsur-unsur wacana yang digunakan oleh mereka. Dengan cara ini saya dapat
membanding beza ketulenan dan ketepatan idea yang cuba disampaikan oleh
pengarang.
Selain itu, melalui pengkajian yang teliti tentang aspek isu cabaran ini, saya
telah mempelajari pelbagai perkara. Antaranya, sebagai seorang guru era siber ini,
saya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran teknologi dan
komunikasi. Dunia di hujung jari kini perlu saya gunakan untuk mengeksploitasi
sebanyak mungkin ilmu dan saya perlu implementasikannya dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran kelak. Melalui tugasan ini juga menyedarkan saya untuk menjadi
guru yang berinovasi iaitu melakukan perubahan dari corak pengajaran tradisional
kepada pengajaran moden yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.
Saya juga perlu bersyukur dengan adanya perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi ini. Teknologi maklumat misalnya memberi pelbagai
kemudahan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer,
internet, laman web, power point dan sebagainya boleh digunakan sebagainya
bahan bantu mengajar untuk menarik minat pelajar di zaman teknologi kini.
Teknologi maklumat dan komunikasi dapat dijadikan medium pemudahcara sesi
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, soalan-soalan ulangkaji boleh dimuat turun
oleh pelajar tanpa perlu menyalin lagi. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa
dan tenaga para pendidik dan pelajar. Keuntungan daripada ICT ini dapat dinikmati
bersama.
Antara lain, sepanjang usaha membuat tugasan ini, saya juga belajar dengan
lebih mendalam tentang kepentingan menyuarakan idea baru dan pendapat bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebenarnya proses kehidupan ini sentiasa
berputar dan bergerak. Akal dan pemikiran manusia sentiasa berubah-ubah mencari
penambahbaikan bagi sesuatu perkara yang diusahakan. Idea-idea ini memerlukan
sebuah perlaksanaan yang berkesan demi memastikan kelangsungan perjalanan
rancangan agar menepati sasaran yang dihajati. Namun begitu idea-idea ini
haruslah bertepatan dengan norma-norma masyarakat yang perlu diikuti.
15
Sebenarnya tugasan ini adalah sebuah kompilasi maklumat yang saya
peroleh yang diadun dengan sedikit ruangan pendapat dan huraian untuk
menjelaskan dengan terperinci mengenai isu perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam pendidikan. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah
pembimbing Encik Ranjit yang telah banyak memberikan maklumat melalui
penceritaan beliau tentang asas kepimpinan dan perkembangan profesional di
dalam kelas. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan sekelas yang
banyak berkongsi maklumat dan idea.
16
6.0 Bibliografi
Buku
Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains.
Kuala Lumpur : Arus Intelek Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.
Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The
Classroom. Boston: Allyn and Bacon.
Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publications.
Munir, M.IT. Kurikulum Berbasis Teknologi Informasi dan Komunikasi. Bandung:
Alfabeta. 2008
Laman sesawang
http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=374:ict-dalam-pendidikan&catid=53:artikrl-pilihan&Itemid=278
http://dunia-ict-pendidikan.blogspot.com/2010/08/usaha-kerajaan-dalam-pembangunan-ict-di.html
http://my.opera.com/khairul11/blog/2009/11/23/teknologi-internet-dalam-pendidikan-ciri-penggunaan-aplikasi-dan-mu-2
http://permai73.blogspot.com/2010/01/penggunaan-ict-didalam-pengajaran.html
http://09030kr.blogspot.com/2010/02/penggunaan-dan-pengaruh-teknologi-dalam.html
17