i amalan dalam pengurusan pentadbiran tanah …
TRANSCRIPT
i
AMALAN DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH WAKAF
DI NEGERI JOHOR
MUSTAPAHAYUDDIN BIN ABDUL KHALIM
Laporan kajian ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2018
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
iii
DEDIKASI
Teristimewa untuk
Ayahanda dan bonda tercinta,
…………………………………..
Isteri tersayang,
…………………………………
Sumber Inspirasi,
……………………………….
Kekanda dan adinda,
…………………………………………….
Dengan doa, dorongan semangat, tunjuk ajar dan bantuan,
Sungguh aku merasa amat beruntung dan menghargai.
Hanya kalian sahaja yang tahu dan memahami.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan kurnia-Nya, saya terus
diberi kekuatan sehingga akhirnya menyiapkan Projek Sarjana ini sebagai memenuhi
keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana.
Di sepanjang menjalankan projek ini, saya telah banyak belajar dan memahami
daripada pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar sehingga saya mampu untuk
menyiapkannya. Penghargaan ini ditujukan khas kepada penyelia saya. Jasa baik dan
budi Profesor Dr Ismail Omar hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri
Johor, pihak Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia dan pihak ketua kampung yang terlibat kerana menyokong dan
memberi kerjasama bagi menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada isteri yang sangat memahami, sabar dan
memberi semangat yang sentiasa ada di sisi dalam setiap halangan serta tetap
menempuhi dalam setiap pencapaian. Begitu juga kepada ayahanda dan bonda yang
pastinya tidak pernah putus memanjatkan doa demi kejayaan ini. Terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
v
ABSTRAK
Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia
merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima
akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta
tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf adalah satu
amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat
dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan
pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya
pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Faktor-faktor penyebab yang
dapat dikenalpasti adalah kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak
strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk
manfaat umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di
negeri Johor. Seterusnya, kajian tentang isu-isu penyelesaian dalam pengurusan
pembangunan tanah wakaf di Johor juga akan dilaksanakan serta mengenal pasti
persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang
amanah dalam penambahbaikan pengurusan pentadbiran tanah wakaf. Dapatan kajian
diperoleh melalui tebaran borang soal selidik ke atas pegawai wakaf dan ketua
kampung di seluruh daerah negeri Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan
aplikasi “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) v.17”. Hasil analisis
menunjukkan wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi
memajukan tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, cadangan pembentukan Pelan
Induk Transformasi Pembangunan Tanah Wakaf Johor dihasilkan bagi menjamin
tahap panduan yang baik untuk memajukan tanah-tanah wakaf berkenaan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
vi
ABSTRACT
Waqf properties is one of the charities that is recommended in Islam. It is a welfare
method other than sadaqah. The reward continued to be given by Allah S.W.T. to
waqif as long as the property benefits mankind. Waqf properties management is a
matter that must be executed to ensure the property would benefit the ummah.
However, the problems arise regarding the misuse and inefficent of management and
administration of the waqf property. This problem leading to invasion of waqf lands
which are not developed. The identified factors of this problems are lack of funds and
the position of waqf lands are not strategic and causing these lands cannot be managed
properly to benefit the ummah. Hence, this research aims to study the practice of the
Johor Islamic Religious Council (MAIJ) in managing the administration of waqf lands
in Johor. Then, the studies on settlement issues in the management of waqf lands
development in Johor will also be implemented and lastly to identify the community
perceptions of the Johor Islamic Religious Council as trustee in the upgrading of waqf
properties. The findings obtained from the questionnaires given to selected
respondents consist of Waqf Officers and also the headmans in districts of Johore.
Data finding is analysed using “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
17.0”. The finding shows there are uniformity of the data and the level of good
governance capability to develop the waqf lands in Johore. Then, the suggestion of
Land Development Transformation Master Plan of Johore Waqf is produced to ensure
the best guide in development of waqf lands in Johore.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
TRANSLITERASI xv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 10
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Batasan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Majlis Agama Islam Negeri (Pemegang Amanah) 11
1.6.2 Agensi Pelaksana 12
1.6.3 Pengkaji dan Penyelidik 12
1.7 Definisi Istilah 12
1.7.1 Pembangunan 13
1.7.2 Harta Wakaf 13
1.8 Kesimpulan 13
BAB II KAJIAN LITERATUR 14
2.1 Pengenalan 14
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
viii
2.2 Definisi Wakaf 14
2.2.1 Definisi Wakaf Secara Literal 15
2.2.2 Definisi Wakaf Mengikut Syarak 15
2.2.3 Definisi Menurut Tradisional 16
2.2.3.1 Menurut Mazhab Hanafi 16
2.2.3.2 Menurut Mazhab Maliki 17
2.2.3.3 Menurut Mazhab Syafie 17
2.2.3.4 Menurut Mazhab Hanbali 18
2.2.4 Definisi Menurut Moden 18
2.3 Konsep Asas Harta Wakaf 19
2.4 Rukun Dan Syarat Wakaf 21
2.4.1 Wakif 21
2.4.2 Maukuf Alaih 21
2.4.3 Maukuf 22
2.4.4 Sighah 22
2.5 Jenis-Jenis Wakaf 23
2.5.1 Wakaf Ahli 23
2.5.2 Wakaf Khairi (kebajikan) 24
2.5.2.1 Wakaf Am 24
2.5.2.2 Wakaf khas 24
2.6 Matlamat Pelaksanaan Wakaf 24
2.7 Prinsip-Prinsip Asas Wakaf Harta 26
2.7.1 Hak Milik Yang Sah 27
2.7.2 Kekal 27
2.7.3 Kesahihan dan Kejelasan Tujuan 27
2.7.4 Tidak Boleh Dibatalkan 28
2.8 Pelaksanaan Pentadbiran Wakaf dan Pengurusan Wakaf 28
2.8.1 Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf
di India, Mesir, Kuwait dan Amerika Syarikat 28
2.8.2 Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf
Di Malaysia 30
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
ix
2.8.3 Pelaksanaan Pentadbiran Wakaf di Negeri Johor 33
2.9 Masalah-Masalah Dalam Membangunkan Tanah Wakaf 35
2.9.1 Halangan Fizikal 36
2.9.2 Kekurangan Dana dan Modal 36
2.9.3 Perundangan 38
2.9.4 Pemegang Amanah Yang Tidak Seragam 39
2.9.5 Pencerobohan Tanah Wakaf 40
2.10 Garis Panduan Wakaf Negeri Johor 41
2.11 Jurang Kajian 44
2.12 Rumusan 44
BAB III METODOLOGI 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Pendekatan Kajian 45
3.3 Rekabentuk Kajian 46
3.4 Lokasi Kajian 46
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.5.1 Pegawai MAIJ 48
3.5.2 Ketua Kampung 48
3.6 Instrumen Kajian 49
3.7 Prosedur Kajian 50
3.7.1 Kajian Rintis 50
3.7.2 Kajian Sebenar 51
3.8 Analisis Data 51
3.9 Peringkat Kajian 52
3.9.1 Peringkat I: Kajian Awalan 52
3.9.2 Peringkat II: Kajian Literatur 52
3.9.3 Peringkat III: Kajian Metodologi 53
3.9.4 Peringkat IV: Analisis Kajian 53
3.9.4.1 Interpretasi Skor Min 54
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
x
3.9.4.2 Ujian Kebolehpercayaan 54
3.9.4.3 Ujian Kesahan 55
3.9.5 Peringkat V: Cadangan dan Rumusan 55
BAB IV ANALISIS DATA, PERBINCANGAN DAN PENEMUAN
KAJIAN 57
4.1 Pengenalan 57
4.2 Profil Kajian 58
4.2.1 Analisis Data Bahagian A : Butir-butir
Peribadi Responden 59
4.2.1.1 Jantina 59
4.2.1.2 Umur 60
4.2.1.3 Tahap Pendidikan 61
4.3 Penganalisisan Data 62
4.3.1 Dapatan Objektif Satu 62
4.3.1.1 Tahap Amalan Pengurusan Wakaf di Johor 62
4.3.2 Dapatan Objektif Dua 64
4.3.2.1 Isu-isu Penyelesaian dalam Pengurusan
Wakaf di Johor 64
4.3.3 Dapatan Objektif Tiga 66
4.3.3.1 Persepsi Masyarakat Terhadap MAIJ 66
4.3.4 Pengujian Data (Ujian Kebolehpercayaan,
Ujian Kesahan dan Ujian Normal) 67
4.3.5 Ujian Kesahan 68
4.3.6 Ujian Normaliti 69
4.4 Rumusan 71
BAB IV PELAKSANAAN WAKAF DI NEGERI JOHOR 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Pelaksanaan Wakaf di Negeri Johor 72
5.2.1 Pelaksanaan Pembangunan Wakaf di Negeri Johor
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xi
oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) 72
5.2.2 Faktor-faktor Kemajuan Pembangunan Tanah
Wakaf di Johor 76
5.2.2.1 Keperluan Pembangunan 76
5.2.2.2 Kewangan Terhad 77
5.2.2.3 Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) 77
5.2.2.4 Saham Wakaf Johor 78
5.3 Pelaksanaan Pembangunan Wakaf di Negeri Johor oleh
Individu dan Agensi 83
5.3.1 Permohonan Sewaan Tanah 83
5.3.2 Permohonan Pajakan Tanah 84
5.4 Konsep Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 84
5.4.1 Potensi Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 84
5.4.2 Garis Panduan Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 85
5.5 Kebenaran Membangunkan Tanah Wakaf 86
5.5.1 Kos Pembangunan 87
5.5.2 Pulangan Hasil Kepada Majlis 88
5.5.3 Halangan Dalam Pembangunan Tanah-Tanah
Wakaf 88
5.6 Pembinaan di Atas Tanah Wakaf 89
5.6.1 Kategori Pembangunan di Atas Tapak Masjid dan
Surau 90
5.6.1.1 Masjid Yang Mempunyai Perniagaan
Sendiri dan Sedang Beroperasi 90
5.6.1.2 Masjid yang sudah ada perniagaan sendiri
dan sedang beroperasi 90
5.6.2 Permohonan Membina 90
5.6.3 Keluasan Membina 91
5.6.4 Tempoh Sewaan 91
5.6.5 Pulangan Hasil 91
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xii
5.6.6 Kaedah Bayaran 91
5.6.7 Deposit Sewa 91
5.6.8 Keluasan 92
5.6.9 Kos Pembinaan 92
5.6.10 Pengurusan dan Pentadbiran 92
5.6.11 Pengagihan hasil 92
5.7 Konsep Pendekatan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf 92
5.7.1 Konsep Usahasama Dalam Perkongsian Pintar 95
5.7.2 Usahasama Dari Segi Islam 96
5.7.3 Perundangan yang Menyentuh Perjanjian
Usahasama 96
5.7.4 Rukun Dan Sifat Perjanjian Usahasama 97
5.8 Perbincangan 98
5.9 Rumusan 99
BAB VI CADANGAN DAN KESIMPULAN 100
6.1 Pencapaian Objektif 100
6.2 Cadangan 102
6.2.1 Reformasi Pentadbiran 102
6.2.2 Keperluan Kepakaran 103
6.2.3 Pembentukan Kementerian Wakaf dan Pelan
Induk Pembangunan 103
6.3 Cadangan Bagi Kajian Akan Datang 104
6.4 Kesimpulan 104
RUJUKAN 106
LAMPIRAN 115
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xiii
SENARAI JADUAL
3.1 Bilangan Sampel Berdasarkan Populasi (Krejcie dan Morgan (1970) 47
3.2 Bilangan Pegawai Wakaf Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 48
3.3 Bilangan Ketua Kampung Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 49
3.4 Bilangan Item 50
3.5 Jadul Pemarkatan Bagi Skala Likert Mengikut Pernyataan Positif dan
Negatif 52
3.6 Pengkelasan Tahap Markah Skor Min 54
3.7 Indeks Korelasi Pearson 55
4.1 Responden Kajian Sebenar 58
4.2 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 59
4.3 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 60
4.4 Tahap Pendidikan Responden 61
4.5 Skor dan Petanda Item Yang Digunakan Dalam Menjalankan Kajian 62
4.6 Analisis Skor Min Keseragaman maklumat hartanah wakaf 62
4.7 Analisis Skor Min Keseragaman Keseluruhan Item 63
4.8 Analisis Skor Min Mengawal dan Memantau Keseluruhan Harta Wakaf 64
4.9 Analisis Skor Min Mengawal Dan Memantau Keseluruhan Item 65
4.10 Analisis Skor Min Pemegang Amanah 66
4.11 Analisis Skor Min Pemegang Amanah Keseluruhan Item 66
4.12 Pengkelasan Tahap Markah Skor Min 67
4.13 Alpha Cronbach Pembolehubah Kajian 68
5.1 Bilangan Tapak Wakaf Yang Telah Dan Belum Dibangunkan Di Seluruh
Negeri Johor 75
5.2 Bilangan Sekolah Dipersetujui Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 75
5.3 Bilangan Sekolah Yang Telah Dibangunkan di Negeri Johor 81
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xiv
SENARAI RAJAH
2.1 Struktur Pengurusan Wakaf Bagi Negeri Yang Tidak Mempunyai
Enakmen Wakaf 33
2.2 Struktur Organisasi Bahagian Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor 34
2.3 Susunatur Permohonan Hartanah Wakaf Di Negeri Johor 43
3.1 Rekabentuk Metodologi Kajian 56
4.1 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 59
4.2 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 60
4.3 Tahap Pendidikan Responden 61
4.4 Normal Q-Q Plot Amalan Wakaf 69
4.5 Normal Q-Q Plot Isu-isu dan Penyelesaian 70
4.6 Normal Q-Q Plot Persepsi Masyarakat 70
5.1 Bilangan Tanah Wakaf Di Seluruh Negeri Johor 74
5.2 Kategori Penggunaan Tanah Yang Dibenarkan 89
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xv
JADUAL TRANSLITERASI
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
Wakaf وقف w و
Sadaqah صدقة so ص
’Syara شرع sy ش
Hujjah حجة hu ح
Fuqaha فقهاء f ف
Hibah هبة h ه
Dalil دليل d د
Hadith حديث h ح
Rasullullah رسول r ر
Nabi نبي n ن
Wali والي w و
Syiar شعار s ش
Habs حبس h ح
Man’u منع m م
Ain‘ عين a‘ ع
Akad عقد a ع
Ijab عجاب ’i ع
Jihad جهاد j ج
Nazir ناظر n ن
Jumhur جمهر j ج
Mukalaf مكلف m م
Baligh بالغ b ب
Baitulmal بيت المال b ب
Sighah صيغة s ص
Qabul قبل q ق
Dzurri ظوري dz ط
Khairi خيري kh خ
Am عم a ع
Khas خاص kh خ
Istibdal استبدال i ا
Muzara’ah مظارعة m م
Badhr البدر b ا
Mudarabah مضاربة mu م
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pengurusan harta yang sistematik dan berkesan merupakan aspek penting dalam
sistem pentadbiran Islam. Di Malaysia khususnya, pengurusan harta seperti harta
tanah wakaf masih belum mencapai tahap kematangan dari segi pengurusan,
pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan (Mohd Afendi, 2008a). Terdapat taraf
kedudukan dan sistem yang berbeza antara negeri-negeri di Malaysia dalam aspek
pengurusan harta wakaf. Secara keseluruhan, ada yang maju ke hadapan dan ada yang
masih jauh ketinggalan. Sesetengah institusi mempunyai pelbagai inisiatif yang
diperkenalkan manakala sebahagian yang lain masih menggunakan cara tradisional
dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf. Anjakan paradigma dalam sesebuah
pengurusan memainkan peranan penting dalam merealisasikan setiap impian dan
pencapaian dalam bidang wakaf ini.
Pada masa kini, pembangunan harta wakaf lebih tertumpu kepada pembinaan
bangunan-bangunan bagi tujuan sewaan seperti rumah-rumah kedai, pangsapuri dan
sebagainya. Sebenarnya untuk membangunkan harta-harta wakaf ini bukannya
sesuatu yang mudah kerana ia terikat dengan kedudukan tanah-tanah wakaf yang
berselerak dan sebahagian besar daripadanya untuk kegunaan awam seperti bangunan
masjid, surau, kubur dan lain-lain. Di Kelantan misalnya, lebih 70 peratus daripada
keluasan tanah wakaf telah didaftarkan bagi tujuan pembinaan masjid, surau dan
perkuburan (Osman Sabran, 2002). Institusi wakaf pada masa kini memerlukan satu
anjakan perubahan dari segi pemikiran dalam melaksanakan pembangunan di atas
tanah wakaf.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
2
Perubahan yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu kepada tanggapan
masyarakat umum terhadap wakaf. Sebaliknya, ia turut menuntut pemahaman dan
kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan dan swasta dalam menguruskan
harta tanah wakaf. Hal ini sejajar dengan konsep asas ekonomi Islam yang
dibangunkan oleh tiga komponen yang terdiri daripada pihak pemerintah, swasta dan
badan-badan kebajikan sosial. Sektor kebajikan sosial membawa maksud kekuatan
ekonomi yang dikelola oleh seluruh rakyat dalam bentuk sedekah, zakat dan wakaf.
Selain itu, tanah wakaf juga perlu dibangunkan secara profesional melalui penyatuan
tenaga daripada segenap disiplin profesion seperti tokoh agama, jurutera, akauntan,
pemaju hartanah, arkitek dan sebagainya. Oleh itu, pentadbiran wakaf perlu dipimpin
secara telus sebelum melangkah ke alaf baru.
Konsep wakaf pada umumnya adalah pemberian yang berkekalan di atas harta
atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama
mengikut hukum Syarak (Enakmen Pentadbiran Igama Islam 1978, Enakmen 14).
Secara khususnya, penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana
yang dinyatakan dalam hujjah wakaf dari mula harta itu diwakafkan kerana Allah
S.W.T buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh
mana-mana individu lain. Pada istilah syarak pula, ulama’ Al-Syafie menjelaskan
bahawa wakaf harta merujuk kepada penahanan harta yang berkekalan dan dapat
dimanfaatkan harta tersebut manakala pemilik harta itu akan terputus hak
pemilikannya. Penggunaan harta tersebut adalah berbentuk kebajikan untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan perkataan lain, wakaf adalah menahan
harta yang kekal bentuknya (zatnya) dan manfaatnya dapat digunakan untuk tujuan
kebaikan dan diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan oleh syarak atau penahan
ke atas harta yang boleh dimanfaatkan dan penghasilan daripada harta tersebut boleh
digunakan bagi tujuan yang diharuskan sebagaimana yang disebut dalam kitab
karangan Wahbah al-Zuhaily (1986) iaitu Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Wakaf pada umumnya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk kepentingan umat Islam setempat
ataupun maslahah umum. Manakala wakaf khas pula adalah wakaf yang ditentukan
oleh pewakaf untuk sesuatu projek yang khusus seperti untuk pembinaan masjid dan
surau, keperluan anak-anak yatim dan sebagainya selagi mana tujuannya tidak
menyalahi syarak (Enakmen Majlis Agama Islam Negeri Johor 2003).
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
3
Para Fuqaha (ahli fiqh dan ulama') pula berpendapat amalan wakaf merupakan
ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang
berkekalan yang mengalir terus pahalanya kepada pewakaf buat selama-lamanya dan
ianya sangat dituntut dalam Islam. Ia juga merupakan suatu amal soleh yang mana
pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T kepada pewakaf selagi
mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah S.W.T. dan kedudukan harta
wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai (Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Enakmen 16). Pensyariatan wakaf
adalah bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T. Pahala yang amat
besar dijanjikan untuk sesiapa yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah S.W.T
sebagaimana firman-Nya yang berbunyi :
ثل بيل ل ذين ٱم هم في س ل مو ٱينفقون أ سنب لل
نابل في كل بع س نبتت سة أ ب ثل ح م لة ك
ب ة و ائة ح ٱم و لل اء ش ن ي عف لم ٱيض ليم لل سع ع ١٦٢وMaksudnya : "Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka
pada jalan Allah S.W.T seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai
dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat
gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas
(kurnianya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, 2:261)
Berdasarkan kepada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa Allah
S.W.T sangat menggalakkan hamba-Nya untuk bersedekah dan berwakaf dalam
memelihara keseimbangan ekonomi sesebuah negara. Ayat tersebut juga bukan
sekadar menunjukkan tentang besarnya pahala dalam melakukan amal jariah tetapi
sebenarnya, menuntut umat Islam untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain
supaya tidak ketinggalan dalam aliran arus pembangunan semasa.
Dalil ini pula dikukuhkan lagi dengan hadis Rasullullah S.A.W, bahawa
apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka
semua tanggungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat,
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
4
selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan
para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda Baginda Nabi S.A.W. di
dalam sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ))إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله
.إلا من ثلاثة: إلا من صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له((؛ رواه مسلم
Maksudnya: Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalanya kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan
untuknya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan kepada hadis di atas yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di
dalam bab wasiat terhadap perkara-perkara yang menyebabkan pahala selepas
kematiannya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelebihan mewakafkan harta milik
kita merupakan satu perkara yang amat dituntut dalam agama Islam. Hal ini dapat
dibuktikan dengan wujudnya pengurusan wakaf sekitar 1000 tahun dahulu di negara
Mesir, Turki dan Arab Saudi seperti pembinaan Universiti Al-Azhar yang ditadbir
oleh Perbadanan Wakaf. Sehubungan itu, institusi wakaf juga berperanan dalam
membangunkan kekuatan sosioekonomi ummah. Selain hadis di atas, pelaksanaan
ibadah wakaf juga adalah berasaskan kepada hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim yang berbunyi:
ما قال : ابن عمر عن ي الله عن رض ا ا عمر أص بر , أرضا ل ى الل ه عليه وسل م بي فأتى الن بخي صتأم ا, فقال ره يس ول الل ه , إن ي في ب : يا رس ا أص بر أرضا لم بخي أنفس مالاا قط هو أص
عندي منه, فقال : إن ش حبس د ب ا, قال: فت ق ب د ا وت ل أن ه لا يباع عمر , و ا أصا, ولا ل تاع أص د يب وفي في الفقر عمر ولا يورث ولا يوه قال فت اء وفي القربى وفي الر قابي الل ه بي س ي لا وابن الس ا على من جناح والض م أن يأك ولي أو يط رو ا بالم من
ر ي ا ديقا الاا ص و ل م م ت م ﴿ متفق عليه واللفظ لمسلم ﴾
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
5
Maksudnya: Diberitakan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Umar mendapat bahagian
sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "Wahai Rasullullah. Saya mendapat
sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih
berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?". Rasullullah S.A.W
menjawab, "sekiranya kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan harta itu
supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya." Lalu Umar
menyedekahkan (wakaf) tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya
terus menerus digunakan oleh fakir miskin, kaum kerabat, hamba sahaya, orang-
orang yang berada dalam musafir, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. (Muttafaqun
a’laih).
Hadis di atas disepakati oleh tokoh-tokoh hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim
dan Imam Ahmad, maka tahap hadis ini dianggap mutawatir dan sahih. Hadis tersebut
menceritakan tentang kelebihan mewakafkan harta wakaf untuk kegunaan orang Islam
yang memerlukan tanpa dikenakan bayaran. Hasil daripada sedekahnya akan dibalas
dengna pahala yang tidak terkira oleh Allah SWT walaupun tuan tanah tersebut telah
meninggal dunia.
Dan firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 92 yang berbunyi:
يء فإن لبر ٱلن تنالوا ا تنفقوا من ش وم ا تحب ون ت ي تنفقوا مم ٱح ليم ۦبه لل ٢١ع
(Surah Ali Imran, 3:92)
Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna)
sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua
yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Al-Rafi’i telah mentafsirkan maksud kebajikan dalam ayat di atas adalah wakaf, iaitu
satu-satunya ibadah yang dapat dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan
yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan walaupun
pewakafnya telah meninggal dunia dan selagi mana harta yang diwakafkan tersebut
terus kekal dan dimanfaatkan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
6
Institusi wakaf sangat berperanan dalam mengangkat syiar, martabat dan
keagungan Islam kerana ianya adalah sebuah institusi Islam yang menggabungkan
aspek kerohanian dan kebendaan. Dalam konteks Malaysia, institusi ini perlu diberi
tumpuan yang penting kerana ianya menjadi tulang belakang dan nadi untuk
mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan individu yang berkemampuan bagi
membina sosioekonomi ummah. Oleh sebab itu, institusi ini wajib diuruskan secara
profesional, terbaik dan kontemporari sehingga dapat menyerlahkan kegemilangan
Islam. Sudah sampai masanya pengurusan wakaf perlu melalui proses transformasi
supaya menjadikannya lebih cekap dan berkesan.
1.2 Penyataan Masalah
Sebahagian harta wakaf pada hari ini tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan
yang pastinya mendatangkan manfaat kepada umat Islam terutamanya tanah, malahan
ia tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan. Di samping
itu, terdapat pelbagai isu dan masalah apabila tanah wakaf ingin dibangunkan seperti
halangan daripada pemegang amanah tanah wakaf dan sebagainya. Hal ini disebabkan
kurangnya kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan
bagaimana cara dan bentuk ia boleh dibangunkan atau dimajukan.
Sebenarnya, Islam tidak melarang umatnya membangunkan atau
menggunakan tanah wakaf untuk manfaat umat Islam yang lain khususnya membantu
golongan yang miskin. Dalam konteks ini, ulama Fiqh telah mentakrifkan harta wakaf
sebagai suatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya ia digunakan
untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaatnya. Oleh yang demikian, tidak salah
sekiranya ada dalam kalangan umat Islam yang menawarkan diri untuk
membangunkan tanah wakaf bagi manfaat umat Islam selagi mana ianya tidak
bercampur dengan unsur-unsur riba, penipuan dan perkara-perkara yang diharamkan
oleh Allah S.W.T.
Di Malaysia, institusi wakaf masih tidak berfungsi sebaik mungkin dalam
membangunkan ekonomi ummah. Ini dapat dilihat sendiri di Pulau Pinang misalnya
yang mempunyai 89.26 ekar tanah wakaf serta Bandar Georgetown yang mempunyai
63 ekar tanah wakaf masih gagal dibangunkan menyebabkan masalah pembangunan
ekonomi dalam kalangan bumiputera di Georgetown tidak dapat diselesaikan.
Kejayaan institusi ini pada masa akan datang bergantung kepada kefahaman yang jelas
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
7
mengenai konsep, peranan dan matlamat tanah wakaf, kesedaran yang mendalam
mengenai kepentingan menjaga dan memelihara wakaf, sikap bekerjasama,
keseragaman pengurusan dan perlaksanaan serta penyelesaian masalah lain adalah
menjadi batu penghalang bagi pembangunan harta wakaf masa kini (Kamaruddin
Ngah, 1992).
Pada tahun 2006, negara ini mempunyai keluasan 89 ribu ekar tanah wakaf di
seluruh negara dan amat rugi jika keluasan tanah wakaf ini diabaikan kerana ia
berpotensi besar untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat, khususnya
umat Islam di negara ini, di samping kaum-kaum lain (Suhaida Ismail, 1994).
Walaupun tanah wakaf ini bertaburan dan tidak begitu ekonomik untuk dibangunkan,
namun perancangan pembangunan tanah wakaf wajar diteruskan supaya memberi
manfaat kepada masyarakat Islam. Dengan demikian, kajian ini memfokuskan kepada
beberapa isu yang mungkin baru atau mungkin isu lama yang seringkali dibincangkan
dalam seminar dan bengkel. Dalam masalah ini, antara isu utama dibincangkan adalah
lokasi, keluasan tanah, jenis wakaf iaitu sama ada wakaf am atau wakaf khas, nilai
tanah dan status pewakafan.
Lokasi tanah wakaf di Malaysia dipengaruhi oleh pola penduduk yang
umumnya mengikut kaum. Kedudukan tanah wakaf di kawasan luar bandar atau di
luar pusat perbandaran atau koridor pembangunan adalah berpunca daripada
kurangnya penduduk kaum Melayu mendiami kawasan-kawasan tersebut. Sekiranya
ada kelainan mungkin di Pulau Pinang sahaja kerana terdapat masyarakat perdagangan
beragama Islam di kawasan Georgetown yang berhijrah dan menetap pada masa
dahulu. Faktor tersebut telah menyebabkan lebih banyak tanah wakaf di Pulau Pinang
terletak di dalam kawasan bandar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Kajian menunjukkan terdapat 30,000 ekar tanah wakaf di seluruh negara,
namun hanya 2% sahaja terletak dalam atau berhampiran pusat pertumbuhan utama
iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Jumlah tanah wakaf di negeri
Johor adalah dianggarkan seluas 12,816.8016 ekar bersamaan 3975 tapak (MAIJ,
2016). Namun begitu sebanyak 823 tapak terletak di Johor Bahru yang merupakan
kawasan perbandaran utama di negeri tersebut dan hanya tinggal 9% harta tanah wakaf
yang masih belum dibangunkan di negeri Johor (MAIJ, 2016). Faktor lain yang turut
mempengaruhi potensi tanah wakaf adalah saiz tanah yang tidak ekonomik untuk
tujuan pembangunan yang berimpak besar. Di Melaka, kajian mendapati hanya 20%
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
8
tanah wakaf di negeri tersebut mempunyai keluasan melebihi satu ekar (Abdul Halim
Ramli, 2005).
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keluasan tanah wakaf adalah tahap
kedudukan ekonomi masyarakat Islam sendiri yang kebanyakannya hanya memiliki
tanah sekadar untuk tapak rumah sahaja. Terdapat juga keadaan di mana pewakafan
tanah dibuat khusus untuk tujuan masjid, surau ataupun tanah perkuburan. Potensi
tanah wakaf juga merupakan natijah kepada tahap kefahaman dan amalan wakaf dalam
kalangan masyarakat Islam negara ini. Sebahagian besar umat Islam mempunyai
persepsi bahawa pewakafan hanyalah untuk tujuan surau, masjid atau tanah
perkuburan sahaja. Masyarakat Islam beranggapan mewakafkan harta untuk tujuan
masjid, sekolah agama atau tanah perkuburan lebih menjamin ganjaran pahala kerana
tiadanya unsur-unsur ketidakpastian terhadap penggunaan tanah yang diwakafkan.
Faktor lain yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi potensi
tanah wakaf adalah jenis wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas. Wakaf khas telah
ditentukan kegunaan khususnya oleh pewakaf dan menyebabkan potensi
pembangunannya menjadi terhad berbanding wakaf am yang boleh dimajukan
mengikut keperluan dan potensi sebenar tanah. Contohnya di negeri Johor yang hanya
27% daripada 9,801.892 ekar tanah wakaf terdiri daripada jenis wakaf am dan Johor
Bahru sahaja mempunyai jumlah keluasan wakaf am sebanyak 31.6 ekar iaitu kurang
1% daripada jumlah keseluruhan tanah wakaf di negeri Johor. Pola taburan tanah
wakaf di negeri-negeri lain juga tidak banyak berbeza kerana mempengaruhi faktor
polarisasi kaum dan juga kecenderungan masyarakat Islam untuk memilih wakaf khas.
Kedudukan tanah wakaf yang sebahagian besarnya terletak di luar pusat penumbuhan
atau koridor pembangunan memberikan gambaran potensi sebenar tanah wakaf di
Malaysia.
Selain daripada kekangan yang telah dibincangkan di atas, tanah wakaf juga
sering berhadapan dengan masalah status pewakafan. Sebahagian daripada tanah
wakaf tersebut didapati masih tidak mempunyai status yang muktamad sebagai tanah
wakaf. Keadaan ini disebabkan sama ada oleh pemilikan tanah yang berlapis, tiadanya
persetujuan daripada pemilik bersama, bantahan ahli keluarga ataupun tuntutan
daripada waris. Keupayaan institusi wakaf untuk mendaftar dan mentadbir
keseluruhan rekod tanah wakaf juga menjadi penyumbang kepada isu status
pewakafan (Megat Mohd.Ghazali, 2006). Sehingga kini masih terdapat tanah wakaf
yang tidak didaftarkan walaupun setelah bertahun-tahun diwakafkan. Terdapat juga
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
9
tanah wakaf yang telah pun tidak lagi wujud ataupun melalui proses pindah milik
disebabkan ketiadaan rekod pewakaf yang muktamad dan kemas kini.
Kedudukan sebahagian besar tanah wakaf di luar kawasan bandar, pusat
pertumbuhan atau koridor pembangunan menjadikan tanah wakaf seperti terpenjara.
Cabaran utama yang perlu diatasi adalah membebaskan tanah wakaf tersebut daripada
terus terpenjara. Selagi tanah wakaf tersebut tidak dapat dibebaskan, selagi itulah
institusi wakaf tidak mendapat manfaat sebenar yang diharapkan. Lokasi tanah
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan potensi dan pulangan yang
diperolehi daripada pembangunan tanah tersebut. Contohnya, Ahmad Dawjee
Dadabhoy iaitu seorang jutawan Muslim berbangsa India telah mewakafkan tanah
yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur dianggarkan bernilai lebih daripada
RM34 juta. Walaupun dengan keluasan hanya 1.185 ekar, lokasi yang strategik
menjadikan tanah wakaf tersebut mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan
impak yang besar. Pembinaan bangunan di atas tanah wakaf tersebut terbukti
kebolehan agensi Islam negara ini membangunkan tanah wakaf dan menjadikannya
pembangunan tanah wakaf komersial yang pertama di Malaysia. Lantaran ini
menunjukan bahawa pengurusan dan lokasi tanah wakaf adalah elemen terpenting
dalam menentukan hala tuju dan kemajuan institusi wakaf pada masa akan datang
(Utusan, 2016 ).
Tanah wakaf yang berkualiti dan berpotensi seperti tanah wakaf Ahmad
Dawjee Dadabhoy amat sedikit bilangannya. Oleh itu, usaha mewujudkan lebih
banyak tanah wakaf yang berpotensi tinggi perlu diberikan perhatian dan
dipertingkatkan melalui pendekatan dan instrumen yang dibenarkan oleh syarak.
Pihak pengurusan wakaf juga perlu sentiasa telus dan bersedia menerima teguran dan
kritikan yang membina. Ketidaktelusan menyebabkan kurangnya keyakinan
masyarakat untuk berwakaf.
Oleh itu, sebarang usaha yang dilakukan, perlu jujur dan ikhlas demi kebajikan
dan kepentingan ummah. Menyedari amalan wakaf merupakan satu amal soleh dan
jariah yang berpanjangan, maka harta yang diterima dan diamanahkan oleh pewakaf
perlu dibangunkan dengan sebaik mungkin, seterusnya boleh dimanfaatkan untuk
kepentingan umat Islam keseluruhannya. Jika ini dapat diterap dan diamalkan, nescaya
kita akan melihat masyarakat Islam berlumba-lumba untuk mewakafkan harta benda
mereka ke jalan kebajikan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
10
Berdasarkan pelbagai isu pembangunan tanah wakaf di Malaysia umumnya
dan di negeri Johor khususnya, penyelidik mendapati masih tiada lagi kajian yang
menyeluruh dalam menyelesaikan masalah tanggapan masyarakat terhadap isu wakaf
di negeri Johor. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan bagi mengkaji masalah yang
berlaku dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf seterusnya mencari
penyelesaian dalam isu tersebut yang akan mendatangkan dan memberi peluang
kepada masyarakat seperti peluang pekerjaan dan yang berkaitan. Selain itu, kajian ini
juga akan mengkaji faktor yang mempengaruhi pembangunan dan pengurusan tanah
wakaf di negeri Johor.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bagi memenuhi objektif berikut:
i. Mengkaji amalan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam
pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor.
ii. Mengkaji isu-isu penyelesaian dalam pengurusan pembangunan tanah wakaf
di Johor.
iii. Mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Johor (MAINJ) sebagai pemegang amanah dalam penambahbaikan tanah
wakaf.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pemasalahan yang timbul, beberapa persoalan kajian telah
dibangkitkan seperti berikut:
i. Bagaimanakah amalan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam
pengurusan pentadbiran tanah wakaf di negeri Johor?
ii. Apakah isu-isu penyelesaian dalam pengurusan pembangunan tanah wakaf di
Johor?
iii. Sejauh manakah persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Johor (MAINJ) sebagai pemegang amanah dalam penambahbaikan tanah
wakaf di negeri Johor?
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
RUJUKAN
Buku
Al-Quran Al-Karim (1998). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Darulfikir, Kuala Lumpur.
Hadis Muslim (1631). Wasiat Yang Berkaitan Manusia Dari Pahala Selepas
Kematiannya. 1255/3.
Abd. Aziz Muhammad Azzam, Fiqh Mu’amalat, h. 210. Nawawi, Ar-Raudhah,
(Beirut: Dar AI-Kutub AI-’llmiah), IV hal. 377.
Abdul Halim Ramli, 2005. “Pengurusan Wakaf di Malaysia: Cabaran dan Masa
Depan”, Bab 8 dalam Abdul Halim Ramli dan Ahmad Che Yaacob (Ed). Islam
Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysia. Shah Alam:
UPENA, UiTM.
Abdul Halim Ramli dan Ahmad Che Ayob (2005). Islam Hadhari: Pengukuhan
Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), UiTM Shah Alam.
Abdullah, Abdul Muhsin (1997). Al-Mughni - Syaikh Muwafiquddin Ibnu Qudamah.
Penerbit Dar Alamul Kutub.
Aidi Ahmi, Mohd Herry bin Mohd Nasir & Mohd Hisham bin Mohd Sharif (2005).
E-Wakaf: Ke Arah Pengurusan Wakaf Yang Lebih Sistematik. Universiti
Utara Malaysia.
Al-Barri, Barri Al-Uthman (t.t.), Siraj Al-Sali, J.2. Mesir: Mustafa Al-Babi Al-Halabi.
Asy-Syarbini (t.t.). Mughni al-Muhtaj. Kairo Musthafa Halabi, II hal. 376.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) (2003), (No. 16 tahun 2003).
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
107
Enny Suhailis Suleiman (2006). Kajian ke atas masalah pembangunan tanah wakaf
di Negeri Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Hasanuddin Dolah, H. Ribut Hasanuddin Batubara, H. Muhammad Zuhirsyan
(2008). Fatwa Kontemporari Syeikh Ali Jum’ah (Mufti Mesir). Berlian
Publications Sdn. Bhd.
Ibn Qudamah, Abi Muhammad Abdullah Bin Ahmad Bin Muhammad (T.T), Al-
Mughni. J5. Mesir: Matba'ah Al-Imam.
Ismail Omar (2017a). Contohi Singapura Urus Harta Tanah Wakaf. Dewan
Ekonomi, Bil 3 Mac.
Ismail Omar (2015e). Aspects of Land Management and Development, LAP
Academic Publishing, Germany.
Ismail Omar (2015f). Malay Reservation Land in Malaysia – The Way Forward,
LAP Academic Publishing, Germany.
Ismail Omar (2014d). Aspects of Land Management and Development, Pustaka
Firdausi, Johor Bahru.
Ismail Omar et al (2014a). Pelan Transformasi Harta Tanah Wakaf Negara, Final
Report to JAWHAR dan YWM, Kuala Lumpur.
Ismail Omar and Fauziah Raji (2014b). Guidelines on the valuation of MRL in
Malaysia, Final Report to NAPREC, Bangi, Selangor.
Ismail Omar and Mazlan Ismail (2014c). MRL in Malaysia – The Way Forwards,
Final Report to NAPREC, Bangi, Selangor.
Ismail Omar et al (2014d). Bumiputra Landownership within Iskandar Malaysia,
Inception Report to Johor Land Berhad.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
108
Ismail Omar et.al (2014e). Bumiputra Landownership within Iskandar Malaysia,
Preliminary Report to Johor Land Berhad.
Ismail Omar et.al (2014f). Bumiputra Landownership within Iskandar Malaysia,
Final Report to Johor Land Berhad.
Ismail Omar (pty) (2014j). Aspects of Land Management and Development, Pustaka
Firdausi, Johor Bahru.
Juhaya S. Pradja dan Mukhlisin Muzarie (2009). Pranata Ekonomi Islam Wakaf,
Yogyakarta: Dinamika. h.58
Kahf, Monzer (2003). Islamic Economics: Notes on Definition and Methodology,
Review of Islam Economics. 13, 23-47.
Kahf Monser (2012). Waqf and sustaining economic development.
http://www.onislam.net/english/shariah/contemporary- issues/islamic-
theme/452593-waqf-and-sustaining-economic-development.html. Accessed
on 1st. May 2014.
Kamarudin Ngah (1992). Isu pembangunan tanah wakaf. Cetakan 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia.
Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Megat Mohd. Ghazali Megat Abd. Rahman (2006). Pembangunan tanah wakaf: isu,
prospek dan strategi.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
109
Mohamad Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Ridzuan Awang (1994). Undang-undang tanah Islam: pendekatan
perbandingan. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Zain bin Haji Othman (1982). Islamic Law: With Special Reference to the
Institution of Waqf. Publisher Prime Minister's Department, Religious
Affairs Division.
Muh. Fudhail Rahman (t.t.) Fakultas Syariah dan Hukum Jakarta Jl. Ir. H. Juanda 95,
Ciputat, Jakarta.
Osman Sabran (2002), Pengurusan Harta Wakaf. Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Sayyid Sabiq (1971). Fiqh al-Sunnah. Kuwait, Dar al-Bayan, 3:378.
Sekaran, Uma (2000). Research methods for business: a skill-building approach.
Publisher Wiley, Pennsylvania State University.
Siti Mashitoh Mahamood (2001). Bagaimana Membuat Wakaf. Kuala Lumpur:
Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
Suhaida Ismail (1994), Merealisasikan pembangunan tanah wakaf: kajian kes di
Selama, Perak Darul Ridzuan. Penerbit Universiti Malaya.
Suhana Abdul Karim (2001). Pembahagian harta pusaka menurut Islam: satu kajian
di Kuala Terengganu. Penerbit Universiti Malaya. Fakulti Sastera dan Sains
Sosial. Program Pengajian Islam.
Suparman Usman (t.t.). Hukum Perwakafan Di Indonesia. Hlm 43.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
110
Syed Othman Al Habshi (1993). The Influence of Islam on Economics. Publisher
Institute of Islamic Understanding Malaysia.
Patsy, Healey (1992). Rebuilding the city: property-led urban regeneration.
Publisher E. & FN Spon, the University of Michigan.
Wahbah al-Zuhaily (1986). Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuhu. Mesir: Dar al-Fikri.
Prosiding / Seminar
Abd. Halim Ramli dan Kamarulzaman Sulaiman (2006). Kertas Kerja Bertajuk
pembangunan Harta Wakaf: Isu, Pengalaman Negera-Negara Islam.
Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006.
Ismail Omar dan Nur Azlin Ismail (2016b). Synergizing Cash Waqf into Property in
Malaysia. Johor International Conference on Cash Waqf 2016, Persada
Johor, 7-8 November.
Ismail Omar dan Nur Azlin Ismail (2016l). Waqf Residential Property in Malaysia.
Conference on Accounting, Economic and Management, Universitas Gadjah
Mada, Yogyakarta, 17-19 August.
Ismail Omar (2016m). Constraining Factors on Waqf Land and Property
Development. Seminar on Waqf and Property Development, UDA Awqaf
and Bank Muamalat (M) Bhd, Port Dickson, 17-19 Dec.
Ismail Omar (2015a). Structure and Agency Approach in Managing Waqf Land, a
Case of Iskandar Malaysia. International Conference on Waqf: Waqf Issues
and Challenges – The Way Forward, 10 – 11th. May, Dewan Perdana
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu.
Ismail Omar (2015b). Waqf Scenario A Re-visit. Jawhar Intellectual Discourse
(JID), Dewan Jawhar, Putrajaya, 18 December.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
111
Ismail Omar (2015c). Scenario of Waqf Development. Talk on Waqf, Dewan Kuliah
1, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Ismail Omar (2015d). Forgetting Dark Ages and Venturing Into Brighter Future on
Waqf Education in Malaysia. Roundtable Talk on Waqf Education, Universiti
Teknologi MARA, 12 Februari 2015.
Ismail Omar and Aminah Md Yusof (2014g). Agenda of Transformation for Waqf
Lands – An Institutional Perspective. 2nd. International Conference on
Islamic Thought and Civilization, 18-19th. August, Casuarina Meru Hotel,
Ipoh, Perak.
Ismail Omar, Aminah Md Yusof and Mohd Faizal Manaf (2014h). The
Transformation Agenda of Waqf – Structure and Agency Approach. Kuala
Lumpur International Conference on Business, Law and Economics, 29-30
November, Putra Hotel Kuala Lumpur.
Ismail Omar and Mohd Faizal Manaf (2014i). Third Engine of Growth –
Endowment, Waqf and CSR in Education Sector. Global Conference on
Business and Social Sciences. 15-16th. December, Nexus Hotel, Kuala
Lumpur.
Sayuti Ab Ghani (2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes di
Bawah Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.International Conference
2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3), Hotel Garden Palace,
Jawa Timur, Indonesia. 19 April 2011.
Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir (2016). Kerangka Undang-Undang Pengurusan
Wakaf Di Malaysia: Ke Arah Keseragaman Undang-Undang. Icwr, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
112
Artikel / Jurnal
Ahmad Zaki b. Abdul latiff, Norzaidi b. Mohd Daud & Che Zurina bt.Ismail (2008).
Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan
Umat Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Jawhar, vol. 2, no. 2, 2008.
Abu Bakar Manat (2007). Isu-isu Semasa Berhubung Pembangunan Tanah Wakaf.
Jurnal Pengurusan Jawhar, vol. 1, no. 1, 2007.
Hasnol Zam Zam Ahamd (2007). Cabaran Dalam Mempertingkatkan Potensi
Pembangunan Tanah Wakaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, vol. 1, no. 1,
2007.
Mohd Bakri Ibrahim (2008). Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai Oleh Yayasan Wakaf
Malaysia. Jurnal Pengurusan Jawhar, vol. 2, no. 1, 2008.
Mohd Afendi bin Mat Rani (2008a). Fatwa Wakaf Di Malaysia: Analisis Khusus
Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Mohammad Akram b. Laldin, Mek Wok b. Mahmud & Mohd Fuad b. Sawari
(2008). Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf. Jurnal Pengurusan
Jawhar, vol. 2, no. 2, 2008.
Ismail Omar, Aminah Md Yusof and Mohd Faizal Manaf (2014k). The Economic
Transformation Waqf – Structure and Agency Approach. International
Journal of Business, Law and Economics, Volume 5, Issue 3, December.
Ismail Omar and Salleh Buang (2015g). Reviewing the National Land Code 1965 for
waqf land development in Malaysia. International Journal of Logistics and
Supply Chain Management Perspectives, Volume 4 No 3 pp 1716-1722.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
113
Ismail Omar and Muhammad Yusuf Al Fahmey Abdul Rahim (2015h). The
explanatory power of Giddens’s structuration theory in explaining the
structural side of the sources of land tax arrears in Malaysia. International
Journal of Applied Financial Management Perspectives, Volume 4, No 3 pp
1835-1841.
Ismail Omar (2015i). The Oil and Gas Hub, Desaru Tourism and Land Supply
Constraints in Pengerang. Johor, International Journal of Trade and Global
Business Perspectives. Volume 4, No 1 pp 1506-1513.
Ismail Omar (2015j). Enterprizing indigenous land in Kuala Lumpur: Constraining
factors of Malay Reservation land. International Journal of Trade & Global
Perspectives, Volume 4 No 2 pp 1635-1641.
Ismail Omar (2015k). Behaviour of landowners within the oil and gas hub in
Malaysia. International Journal of Logistics & Supply Chain Management
Perspectives, Volume 4 No 2 pp 1573-1576.
Disertasi / Tesis
Mohd Afendi bin Mat Rani (2008b). Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak
Berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di
Malaysia, Tesis Ph.D (tidak diterbitkan), Universiti Malaya.
Artikel Akhbar
Ismail Omar (2016a). Keperluan Wakaf di Universiti, Utusan Malaysia, 31
Disember.
Ismail Omar (2017b). Pilih antara endowmen, wakaf di UA, Berita Harian, 3 Mac.
Ismail Omar (2017c). Ensiklopedia Wakaf Majukan Industri Buku, Berita Harian, 30
Mac.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
114
Ismail Omar (2016c). Menyuburkan Wakaf Korporat, Dewan Ekonomi, September.
Ismail Omar (2016d). Cabaran Tabung Wakaf Universiti Awam, Utusan Malaysia,
14 September.
Ismail Omar (2016e). Tabung Wakaf – Tingkat Peluang Pendidikan Tinggi, Dewan
Ekonomi, September.
Ismail Omar (2016f). Memahami Konsep Wakaf Demi Ummah, Utusan Malaysia,
19 Ogos.
Ismail Omar (2016g). Wakaf Kurangkan Kos Sara Hidup, Utusan Malaysia, 3 Ogos.
Ismail Omar (2016h). Suburkan Potensi Wakaf Buku, Utusan Malaysia, 24 Mei.
Ismail Omar (2016i). Wakaf Hospital Ringan Beban Rakyat, Utusan Malaysia, 4
Mei.
Ismail Omar (2016j). Wakaf Memperkasa Pendidikan, Utusan Malaysia, 3 Mac.
Ismail Omar (2016k). Wakaf Tanah Untuk Rumah Rakyat, Utusan Malaysia, 26
Februari.
Laman Web
http://www.jawhar.gov.my/
http://www.utusan.com.my/rencana/wakaf-membangun-ekonomi-ummah-1.371773
Saham Wakaf (2010). Dicapai daripada http://elaporan.blogspot.com
/2010/09/saham-wakaf.html. Diakses pada 08 May 2012.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH