huruf ya kt.docx
TRANSCRIPT
BIODATA DIRI PELAJAR
Nama Pelajar : ALHA BINTI ZAINUDDIN
Kumpulan/ Unit : 8.03
Kad Pengenalan : 710101-10-6004
Tel : 019-2677529
Umur : 44 Tahun
Jantina : Perempuan.
Nama dan Alamat : Sek. Keb. Parit 6 Barat,
45300 Sg Besar ,Selangor.
Telefon Sekolah : 03-32243953
Warganegara : Malaysia
Taraf Perkahwinan : -
Nama Ibu ; Patmah Bt Hashim
Nama Bapa : Hj Zainuddin Bin Tahir
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan.
1
3
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
2.4 Pemilihan Fokus Kajian/ Rasional
2.5 Kaedah pengajaran
6
8
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
3.2 Objektif Khusus
3.3 Soalan Kajian
10
10
11
4.0 KUMPULAN SASARAN
14
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.2 Cara pengumpulan data
5.2.1 Pemerhatian
5.2.2 Analisis Dokumen
6.0 Cara Menganalisis Data
6.1 Pemerhatian
6.2 Temubual
6.3 Analisi Dokumen
6.4 Analisi Catatan Refleksi
7.0 Analisis Dan Interprestasi Data.
7.1 Pemerhatian
7.2 Temubual
7.3 Analisis Dokumen
7.4 Analisis Catatan refleksi
8.0 Rumusan/ RefleksiSelepas dapatan.
9.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGGUNAAN KAEDAH SWAN MEMBANTU MURID MENULIS
SAMBUNGAN HURUF YA DALAM PERKATAAN JAWI.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN.
Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang
wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah menjadi
masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi.
Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam
membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk
mengatasi masalah tersebut . Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran
saya, iaitu murid tahun 2 Cemerlang seramai 6 orang lemah dalam Jawi dan Al-
Quran.
Perkara ini amat membimbangkan saya sebagai guru kerana saya merasakan kaedah
pengajaran jawi sebelum ini kurang berkesan. Oleh itu saya telah membuat keputusan
untuk menjalankan kajian tindakan tentang satu kaedah baru lebih mudah dan menarik
untuk membantu murid dalam pelajaran jawi yakni bukan sahaja dari pembacaan malah
turut penulisan. Menurut Abd Halim Tamuri (2010). Kemahiran mengajar dalam proses
P&P mempunyai tiga komponen penting iaitu pendekatan,kaedah dan teknik. Oleh itu
seseorang guru yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-
tiga elemen tersebut.
Guru telah memfokuskan kajian kepada cara menulis sambungan huruf Ya. Berfokuskan
kepada masalah tersebut guru telah menggunakan kaedah Swan sebagai satu formula .
Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa apabila hendak menyambung huruf ya
hendaklah ingat kaedah Swan.
Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan aktiviti untuk
membolehkan murid menyambung huruf ya dan dapat mengatasi masalah penguasaan
Jawi..
Hasil dari aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai kemahiran
Jawi. Mereka dapat menulis dan menyambung huruf ya dengan agak baik.Perbandingan
keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberansangkan.Seramai 18/
21 orang murid mempunyai peningkatan selepas ujian Pasca dijalankan.
Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan murid
mengingat cara sambungan huruf Ya tetapi saya berasa cukup berpuas hati kerana
tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah berjaya dengan peningkatan
pencapaian murid.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
.
Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib
dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah rendah.Manakala Pelajaran
Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan Islam,malah buku teks juga ditulis
dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini, semestinya setiap murid perlu menguasai
pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik bermula dari
tahun satu lagi.Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan islam Tahun 2 Cemerlang dan sekaligus menjadi guru kelas tersebut .
Masa yang diberikan kepada saya adalah sebanyak 12 masa. Bagi Tahun 2 saya telah
mengajar keseluruhan bidang Pendidikan Islam sekaligus menjadi guru kelas mereka.
Sebelum saya memulakan pengajaran dan pembelajaran saya ke dalam kelas Tahun 2
saya berasa sangat terkejut kerana murid-murid sangat aktif dan suka bercakap sesama
mereka sewaktu guru sedang mengajar. Saya telah memerhatikan beberapa tingkah laku
murid-murid di dalam kelas Tahun 2 Cemerlang.. Tambahan pula kelas tersebut
terdapat murid lelaki seramai 21 orang mnakala murid perempuan seramai 6 orang.
Terdapat beberapa orang murid yang sangat nakal, murid yang suka mengadu, murid
yang suka membuat kerja sendiri dan murid-murid yang pendiam. Pelbagai karenah
murid-murid dalam kelas tersebut telah perhatikan .
saya kemudian mengajar pelajaran Jawi. Oleh itu, saya telah meminta mereka untuk
mengeluarkan buku tulis dan buku latihan untuk saya mengenalpasti apakah yang
telah dipelajari oleh mereka dan tahap penguasaan mereka dalam tulisan Jawi. Saya
dapati ramai dalam kalangan mereka mempunyai tulisan yang kemas dan cantik.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang murid yang didapati mempunyai
banyak kesalahan di dalam buku tulis mereka terutamanya dari segi penulisan Jawi.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran saya di bawah tajuk suku kata terbuka
dan tertutup, saya telah memerhatikan dan mengenalpasti masalah di mana mereka
tidak dapat menguasai huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh
disambung. Saya menyedari perkara ini sewaktu saya mengedarkan lembaran kerja
dan meminta mereka untuk menyiapkan latihan tersebut secara individu. Apa yang
saya dapati terdapat beberapa orang murid yang dapat menulis dengan baik tetapi
terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menulis dengan baik dimana mereka
menyalin semula suku kata yang saya berikan tanpa menyambung huruf-huruf
berkenaan. Semasa menyiapkan latihan yang diberi juga murid-murid sering
memanggil saya untuk bertanyakan huruf yang boleh disambung atau tidak. Saya
berasa agak bimbang dan risau dengan situasi ini. Hal ini sekiranya dibiarkan akan
berlarutan sehingga mereka naik ke Tahun 3 dan seterusnya dan akan melahirkan
murid-murid yang tidak tahu membaca Jawi.
Di dalam ujian bulanan pertama pada bulan March yang lalu juga didapati ramai murid
yang tidak dapat menjawab soalan menyambung huruf dengan betul. Masih ramai murid
yang menyalin semula kesemua huruf tanpa menyambung huruf-huruf jawi. Masih
ramai tidak pandai untuk menyambung huruf terutamanya huruf Ya dengan betul.
Kajian Zamferi (2009) juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang
memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf Jawi yang diberikan,
sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.
Walaupun murid dapat mengenal semua huruf Jawi, namun timbul pula masalah
mengenai bagaimana untuk menulis perkataan Jawi menggunakan huruf Jawi
tunggal.
Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, saya telah membuat keputusan
memberi lembaran latih tubi kepada semua murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui
sama ada masih terdapat murid yang berhadapan dengan masalah yang sama.
Walaubagaimanapun, masalah mula timbul apabila saya telah memilih beberapa orang
murid untuk menulis semula suku kata tersebut menjadi perkataan yang bermakna di
papan putih. Ada diantara mereka yang tidak dapat menyambung huruf jawi dengan
betul malah ada diantara mereka yang hanya menyalin semula suku kata tersebut tanpa
menyambung huruf Jawi. Oleh itu saya telah meminta mereka untuk menumpukan
perhatian di papan putih dan saya mula menulis dua huruf Jawi lalu saya bertanyakan
kepada mereka huruf boleh disambung dengan ya atau tidak? Ada diantara mereka yang
menjawab boleh disambung ada yang menjawab tidak boleh dan lebih menyedihkan ada
diantara mereka yang menjawab“…saya tak tahu ustazah”. Perkara ini sangat
mendukacitakan saya kerana sepatutnya kemahiran menyambung huruf perlu dikuasai
oleh mereka sejak dari Tahun 1 lagi. Saya berasa sangat sedih dan risau dengan prestasi
yang ditunjukkan oleh mereka. Hal ini kerana, adalah menjadi tanggungjawab saya
sebagai seorang guru Pendidikan Islam untuk menangani masalah keciciran Jawi ini
dengan lebih serius supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera. Kemahiran Jawi
sangat berkait rapat dengan Al-Quran, sekiranya mereka tidak dapat membaca tulisan
jawi bagaimanakah nanti mereka akan membaca Al-Quran dengan betul. Dalam perkara
ini, Kang (1990) juga berpendapat : “Membaca Al-Quran tanpa dasar tulisan Jawi
samalah seperti si buta berjalan tanpa tongkat kerana dengan mempelajari huruf serta
dasar tulisan, seseorang boleh mengetahui sebutan Al-Quran dengan lebih mudah”.
Menurut Zulkifli (2003) pula, pendedahan Pendidikan Islam kepada setiap individu
Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran Jawi wajar dilakukan ketika
mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Jawi amat penting bagi mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kerisauan saya tidak terhenti begitu saja. Saya telah berbincang bersama-sama dengan
guru pembimbing saya di sekolah dan guru pensyarah pembimbing saya berkaitan
masalah yang dihadapi oleh murid ini. Setelah berbincang beberapa perkara saya telah
mengambil keputusan untuk membuat satu kaedah yang dapat membantu murid
menyambung huruf Jawi bagi membentuk perkataan. Kaedah tersebut dinamakan
sebagai kaedah swan.
Saya beranggapan bahawa masalah ini perlu diatasi dengan segera supaya murid tidak
akan terus ketinggalan dan tercicir dalam mata pelajaran ini Kaedah Swan ini akan
dapat membantu murid untuk menyambung huruf ya dengan betul. Dalam pelajaran jawi
yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 2 ini saya dapati ramai daripada mereka kurang
mahir dalam menyambung huruf tunggal jawi dengan betul.Pengajaran dan
pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak
menguasai kemahiran mengeja ejaan jawi. Melalui dari kelemahan tersebut, saya cuba
melakukan perubahan untuk memberi kefahaman terhadap mereka tentang cara
menyambung huruf ya dengan betul.
Masalah ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam mengenal huruf tunggal
Jawi mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ). Keadaan ini akan menyebabkan
mereka sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengikuti pengajaran di
dalam bilik darjah serta bermasalah untuk menduduki peperiksaan dan ujian secara
bertulis.
Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari kurangnya
penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan penjaga kurang
menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid kurang memberi penekanan kepada
Jawi.
Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran Jawi dan
Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa pelajaran
berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan dan mereka mengambil sikap sambil lewa
dalam mengikuti pelajaran tersebut.Justeru, saya telah mencuba mencari jalan
penyelesaian demi memantapkan penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus
menjadikan mereka murid yang pintar dan cekap Jawi.
Melalui penelitian dan bacaan sumber - sumber di laman sesawang dan
perpustakaan serta perbincangan yang telah dilaksanakan saya mendapati bahawa
terdapat pelbagai cara yang boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang ,mengalami
masalah menulis secara mekanis. Oleh demikian terdapat peluang yang cerah bagi saya
membantu murid-murid ini memperbaiki penulisan mereka dengan pengaplikasian
langkah yang betul serta sistematik di dalam kajian tindakan.
Pengumpulan data awal merupakan bahan bukti yang terpenting yang dapat
membantu saya untuk mengatur langkah-langkah yang sesuai bagi memperbaiki tulisan
murid-murid tersebut. Sebuah pemerhatian terhadap tingkah laku murid telah
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setiap kali
latihan diberikan saya akan mengutip buku tulisan mereka bagi melakukan semakan
untuk tujuan pengumpulan bukti. Hasil penulisan mereka merupakan bahan penting
untuk melakukan perbandingan sebelum, semasa dan selepas kajian tindakan dijalankan.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan.
Melalui kaedah yang telah dijalankan telah dapat membantu meningkatkan serta
menambahkan keyakinan murid untuk mengingat isi pelajaran yang telah dijalankan.
Kaedah ini juga telah menambah baikan amalan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya adalah lebih tertumpu kepada untuk membantu guru membaiki
amalan pengajarannya kepada satu kaedah yang lebih baik yang dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam menyambung huruf Jawi tunggal.
2.1 Isu Keprihatinan
Berdasarkan refleksi yang telah saya nyatakan, saya dapat membuat kesimpulan dan
mengenalpasti bahawa masalah utama yang dihadapi oleh muridmurid saya ialah
masalah penguasaaan kemahiran menyambung huruf Jawi tunggal terutamanya huruf
Ya. Saya dapati murid-murid saya seringkali melakukan kesilapan yang sama apabila
saya meminta mereka untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Hal ini
kerana mereka tidak dapat membezakan huruf yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung semasa membuat latihan lembaran kerja. Saya merasakan bahawa mereka
kurang didedahkan dengan kaedah yang khusus untuk menyambung huruf ya dan juga
strategi pengajaran guru yang kurang berkesan menyebabkan mereka tidak dapat
menyambung huruf Jawi tunggal dengan betul.
Dengan rasa penuh tanggungjawab saya berasa saya perlu membuat sesuatu untuk
menangani masalah ini daripada terus berlanjutan. Sebagai seorang guru, kita
sseharusnya peka dengan masalah yang dialami oleh murid-murid terutamanya di
dalam bilik darjah dan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu muridmurid.
Sekiranya masalah tersebut dibiar berlarutan tanpa tindakan yang khusus dikuatiri
murid-murid akan sentiasa mengulangi kesalahan mereka yang sama dan akan tercicir
dalam Pelajaran Jawi. Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting di dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam tidak kira sama ada di sekolah rendah
mahupun di sekolah menengah. Hal ini kerana, hampir keseluruhan bahan pembelajaran
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan
tulisan Jawi. Sekiranya murid tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan sebaiknya,
maka mereka akan sentiasa ketinggalan dan terus tercicir berbanding murid-murid yang
tahu menulis Jawi terutama apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah
kelak. Ishak dan Hassan (1994) menyatakan bahawa kelemahan pelajar-pelajar sekolah
menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan
keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah. Sekiranya dari peringkat sekolah
rendah lagi mereka tidak menunjukkan minat dalam bidang Jawi dikhuatiri masalah ini
akan terbawa-bawa sehingga ke peringkat sekolah menengah nanti.Manakala
Muhammad (1992) pula menyatakan bahawa murid-murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam apabila bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan
menggunakan tulisan Jawi. Hal ini kerana tulisan Jawi merupakan kemahiran asas yang
penting bagi murid-murid beragamaI islam dalam mempelajari bidang-bidang lain yang
terdapat di dalam Pendidikan Islam seperti Ulum Syariah, Adab Islamiah, Jawi serta
Tilawah al-Quran.Justeru, kelemahan ini perlu diatasi dengan segera oleh guru dengan
menggunakan kemahiran mereka yang tersendiri supaya murid yang lemah ini dapat
dibantu dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka di dalam pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, saya juga perlu meningkatkan kualiti pengajaran saya dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran saya supaya dapat membantu murid-murid di dalam
menyambung huruf Jawi tunggal.
2.2 Isu Kajian
Kajian Tindakan yang dilaksanakan ini berfokuskan kepada kemahiran
menyambung huruf ya bagi murid tahun dua. Kajian ini dilaksanakan bagi membantu
golongan murid yang lemah dalam penguasaan menyambung huruf ya. Kaedah swan ini
tertumpu bagi memperbaiki kelemahan murid murid tahun dua yang mengalami
masalah dalam menyambung huruf ya dengan betul
Semasa sessi pengajaran murid-murid tahun dua yang lepas, saya telah
berbincang dengan guru JQaf yang turut serta mengajar kelas yang sama berhubung
gaya pembelajaran mereka yang mempengaruhi kemajuan pembelajaran. Hasil daripada
perbincangan tersebut didapati murid lemah dalam mencantum dan menyambung huruf
terutamanya huruf ya. Saya cuba membuat persediaan sebaik mungkin untuk membantu
mengatasi masalah tersebut. Semua persediaan dilakukan dengan memberikan fokus
kepada penguasaan kemahiran menyambung huruf ya. Daripada hasil pemantauan yang
dijalankan saya mendapati sebahagian daripada murid-murid tidak cekap membunyikan
dan menyebut sukukata terbuka dengan betul serta gagal menyiapkan latihan yang
diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan saya dapati bahawa
murid-murid tidak dapat menyebut,dan membunyikan sukukataa terbuka dengan baik .
Kelemahan yang dinyatakan tersebut merupakan punca utama mereka tidak boleh
membaca dan menguasai jawi dengan baik. Murid juga masih lemah dalam
menyambungkan huruf menjadi sukukata terbuka. Di sini saya dapat membuat
kesimpulan bahawa murid-murid tahun1 Kristal mengalami pelbagai masalah
pembelajaran. Walau bagaimanapun, isu yang dititikberatkan oleh saya dalam kajian ini
ialah penguasaan dalam menyambung dan membunyikan huruf vokul alf,wau dan ya.
. Kajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan al-Quran
di kalangan murid. disebabkan murid-murid saya adalah terdiri daripada murid-murid
tahun satu yang kebanyakannya tidak dapat menyambung huruf-huruf dan
membunyikan sukukata terbuka dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah
dapat menambahkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara menyambung dan
membunyikan sukukata terbuka dengan betul . Murid saya kurang mahir tentang cara
untuk menyambung huruf ya menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam
perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan dapat
menambahkan pencapaian kumpulan sasaran dalam ujian yang telah dijalankan.
2.2 Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-
murid seterusnya dapat membantu guru untuk menambahbaik amalan. Beberapa cara
pengumpulan data telah dipilih bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid
tahun dua. Langkah pertama yang telah saya lakukan dalam meninjau permasalahan ini
dengan mengedarkan lembaran kerja sebagai latih tubi. Mereka diminta menjawab
sendiri soalan-soalan yang diberikan dan saya telah meminta mereka untuk berlaku jujur
sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut. Saya dapati sebilangan murid
mempunyai masalah dalam menyambung huruf jawi tunggal terutamanya huruf ya.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan keatas mereka murid-murid yang
mempunyai masalah dalam menyambung huruf jawi tunggal ini ialah murid-murid yang
berada di kedudukan paling belakang. Mereka sering melihat jawapan yang dibuat oleh
rakan ebelah mereka.
Oleh itu, saya juga telah menjalankan temubual bersama guru Pemulahan Jawi.(JQAF)
yang mengajar kelas tersebut bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
berkaitan tahap penguasaan kemahiran menyambung huruf Jawi tunggal dalam
kalangan murid dan juga untuk mengetahui latar belakang murid. Selain itu juga,
untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat saya juga telah menganalisis
dokumen mereka seperti buku aktiviti, kertas ujian dan juga lembaran latih tubi. Saya
telah menjalankan analisis dokumen terlebih dahulu. Antara dokumen yang dianalisis
bagi kajian ini ialah keputusan ujian bulanan pertama,, buku tulis,lembaran kerja serta
buku kerja murid. Analisis dokumen yang dijalankan berfokuskan kepada penguasaan
murid dalam menyambung huruf terutamanya huruf ya dengan betul. Kajian tindakan
yang dijalankan ini berdasarkankan kepada Model Kemmis dan McTaggart)
berpandukan rajah 1 di bawah :
Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart
Selepas mengenal pasti masalah murid tidak dapat membaca sukukata terbuka
dan ayat mudah sebagai punca utama, pada langkah berikutnya pengkaji melaksanakan
perancangan awal dengan memaparkan kad imbasan yang mengandungi sukukata
terbuka kepada responden sebagai ujian lisan. Guru juga mempamirkan beberapa
sukukata di hadapan kelas dan murid cuba membunyikan sukukata tersebut. Aktiviti
yang dijalankan ke atas murid tersebut bagi mengesan dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid berdasarkan fokus kajian yang ditetapkan. Alat kajian yang
digunakan bagi merancang teknik yang bersesuaian dengan murid ialah menerusi
pemerhatian dan analisis dokumen.
Ujian lisan tersebut dijalankan oleh saya bagi mengenal pasti murid yang
bermasalah dalam mengenal,mengecam dan menyebut sukukata terbuka dengan betul.
Ujian ini dijalankan kepada semua murid tahun 1 Kristal sebelum saya menjalankan
kaedah Sifir Jawi kepada murid yang bermasalah. Menerusi langkah ini juga, saya dapat
mengesan kelemahan murid murid berdasarkan ujian lisan yang telah dijalankan.
Ujian lisan ini dijalankan sebelum responden didedahkan dengan kaedah Sifir
Jawi yang telah dirancang oleh saya. Bagi pelaksanaan ujian ini, saya telah
mempamirkan beberapa kad imbasan kepada murid supaya dapat menyebut dan
membunyikan sukukata terbuka tersebut dengan betul. Guru cuba membimbing murid
menyebut sukukata tersebut.
Masalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:
Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam mengesan
murid lemah dalam penguasaan jawi.
Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan
mereka lemah Jawi.
Pertandingan membaca perkataan dan ayat pendek Jawi di dalam bilik darjah.
Kegagalan murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti
lemahnya murid dengan Jawi.
Markah Ujian bulanan juga telah menunjukkan kelemahan murid daalam
menguasai pelajaran jawi.
Rekod prestasi Tasmik Alquran juga membantu guru mengesan kelemahan
murid kerana murid tidak dapat menguasai huruf-huruf hijaiyah dengan baik.
2.2 Kebolehtadbiran.
Kaedah Swan ini sesuai dengan semua murid yang mempunyai masalah dalam
menyambung huruf ya dengan betul.. Ianya juga sesuai digunakan oleh pelajar
Tahun 1, Tahun 2 hingga Tahun 6. Murid boleh menggunakannya tanpa bimbingan
guru setelah mendengar penerangan guru dan memahami contoh yang diberikan.Kos
yang tidak perlu mahal dan menjimatkan Selain itu,proses untuk menyediakan
bahan ini tidak terlalu rumit dan bahan yang digunakan mudah di dapati.
2.2.2 Kepentingan
kemahiran menyambung huruf jawi tunggal dengan yang betul akan meningkatkan
kualiti dan kemahiran menguasai tulisan Jawi dengan baik. Berdasarkan kepentingan
ini, saya perlu menambah baik amalan PdP saya agar jurang pencapaian kemahiran
yang telah saya kenal pasti ini dapat dikurangkan.
2.2.3 Kebolehgunaan
Menggunakan kaedah Swan ini akan dapat membantu murid untuk menyambung
huruf ya sekaligus murid dapat mengetahui dengan lebih jelas cara menyambung
huruf ya dengan betul..Guru juga dpt menambahbaik amalannya dalam
menyampaikan kemahiran ini. Kaedah ini akan membolehkan murid Tahun dua
menyambung huruf ya dengan dengan betul.
2.3 Kebolehkawalan
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Kaedah swan ini mudah
dikawal oleh guru terrsebut sewaktu membuat latihan lembaran kerja. Oleh itu,
tingkah laku kurang berdisiplin murid dapat dikawal dan dikurangkan sewaktu
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan murid lebih dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya di dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh guru.
Murid dari kelas tahun dual sebagai peserta kajian dalam penyelidikan tindakan ini.
Keempat-empat peserta mengalami masalah yang sama iaitu kekeliruan dalam
penentuan nama dan bunyi huruf. Kawalan juga merujuk kepada isu yang dikaji di
bawah bidang kuasa guru iaitu tidak dapat menyambung huruf ya dengan betul
2.4 Kolaboratif
Isu dapat ditangani secara bersama-sama contohnya selain menjalankan
ujian/pemerhatian /temubual dengan murid (sasaran), juga dapat menemubual guru
yang terlibat secara langsung dengan sasaran. Guru juga telah menemubual guru Jqaf
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.
2.5 Kerelevanan (sesuai)
Kajian yang dijalankan bersesuaian dengan isikandungan KSSR Pendidikan Islam
Tahun 1. Ianya merangkumi keperluan di dalam kandungan kurikulum dan menepati
dengan keperluan semasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia juga akan dapat
memenuhi keperluan sekolah dengan membantu mengatasi keciciran dalam
menguasai tulisan Jawi bermula dari Tahun Satu. Ia juga merangkumi Bidang /
Subjek yang di ajar bagi pelajaran Pendidikan Islam yang menekankan kepada
penguasaan Jawi.
3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum:
Antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk :
3.1.1 Membantu murid meningkatkan kemahiran menyambung huruf ya dengan betul
menggunakan kaedah swan.
3.1.2 Mengubah amalan guru dalam membantu murid menyambung huruf ya
dengan menggunakan kaedah swan.
3.2 Soalan Kajian
3.2.1 Bagaimanakah penggunaan kaedah swan berwarna dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran menyambung huruf ya tunggal dengan betul?
3.2.2 Bagaimanakah penggunaan kaedah swan Berwarna dapat meningkatkan
amalan sedia ada guru di dalam pengajaran dan pembelajaran membantu
murid meningkatkan kemahiran menyambung huruf ya tunggal?
4. KUMPULAN SASAR
Kajian yang dijalankan ini melibatkan empat orang responden dari kelas Tahun 2
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Parit 6 Barat Selangor. Kumpulan sasaran terdiri
daripada seorang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki. Saya telah mengambil
keputusan untuk menjalankan kajian ke atas empat orang murid tersebut kerana mereka
berada di aras yang lemah di dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi dan juga
keputusan ujian bulanan. Hal ini kerana julat markah mereka adalah antara 30 hingga 40
markah sahaja berbanding rakan-rakan mereka yang lain.Responden yang dipilih ini
berada di kelas yang agak corot. Walaupun kelas ini agak lemah namun terdapat juga
beberapa orang murid yang lain yang boleh menulis Jawi dengan betul. Kesemua
mereka terpilih untuk menjadi responden bagi membantu guru memperbaiki strategi
pengajaran dan membantu murid menguasai kemahiran jawi sepenuhnya.
4.1 Pemilihan responden.
Keempat-empat responden ini telah dipilih berdasarkan pemerhatian saya sewaktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di kelas tersebut dan juga terhadap
penilaian-penilaian seperti lembaran latih tubi, ujian bulanan dan sebagainya yang
dijalankan ke atas mereka. Pemilihan responden ini juga dilakukan adalah berdasarkan
cadangan daripada guru Pendidikan Islam yang mengajar di kelas berkenaan. Pemilihan
responden yang tepat dapat membantu hasil kajian dan seterusnya memberi impak yang
positif kepada keputusan kajian.
Jadual 1 : Kumpulan Sasaran
Kelas Tahun 2
Bilangan murid 4 Orang
Jantina 1 orang lelaki dan 3 orang perempuan
Masalah Tidak dapat menyambung huruf jawi tunggal
dengan betul
Prestasi akademik - - Kesemua mereka dapat mengeja dan membaca
perkataan dan suku kata jawi dengan betul dan
lancar. Masalah utama yang dikenalpasti ialah
masalah menyambung semula huruf tunggal atau
suku kata dan tidak dapat membezakan huruf
yang boleh disambung dan tidak boleh
disambung sewaktu menjalankan aktiviti latih
tubi.
Keputusan ujian juga menunjukkan mereka
berada di tahap yang lemah dimana markah yang
diperolehiadalah antara 30 hingga 40 markah.
Ciri-ciri lain
.
R1 – Lebih pasif di dalam kelas.
R2 – Seorang yang terlalu aktif dan sering ke
tandas.
R3 – Kurang melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran dan kerap mendiamkan diri apabila
ditanya.
R4 – Rajin tetapi lambat dalam membuat kerja.
Graf 1
Responden yang terlibat mengikut kumpulan murid
Murid Lemah Sederhana Baik Jumlah
21 orang 6 orang 9 orang 6 orang 21 orang
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Perancangan yang rapi telah saya lakukan sebelum,semasaa dan selepas kajian
tindakan ini dilaksanakan. Di dalam kajian yang dijalankan, saya telah menggunakan
Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart. Model ini terdiri daripada empat
peringkat iaitu merancang, bertindak, melaksana tindakan dan memerhati serta
membuat reflek yang dijalankan secara berturutan. Berikut merupakan langkah-
langkah yang terdapat di dalam Model Kemmis dan McTaggart :
Tinjauan Awal
Merancang Tindakan
Melaksana Tindakan dan Memerhati
Mereflek
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1998)
Proses kajian tindakan Kemmis dan McTaggart bermula dengan guru menjalankan
refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.
Kemudian guru itu menyediakan satu perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid. Seterusnya guru melaksanakan perancangan yang telah
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlulah memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu. Berpandukan Model Kemmis Mc Taggart ini saya telah
menjalankan kajian saya ini berdasarkan empat langkah tersebut.
5.1.1 Membuat tinjauan awal / mereflek.
Sewaktu membuat tinjaun awal di kelas Tahun 2 saya telah mengenalpasti beberapa
orang murid yang tidak dapat menyambung huruf-huruf Jawi tunggal dengan betul
melalui beberapa aktiviti yang telah dijalankan. Setelah mengenal pasti murid-murid
tersebut saya telah mencari satu jalan atau strategi yang sesuai untuk saya gunakan
bagi mengatasi masalah murid yang tidak dapat menyambung huruf ya tunggal
dengan betul. Saya telah berbincang dengan guru dan pensyarah saya serta berkongsi
idea bersama dengan rakan-rakan saya yang lain bagi mendapatkan satu strategi yang
sesuai untuk dijalankan ke atas murid sasaran saya.Saya juga telah membuat tinjauan
dan membaca beberapa kajian-kajian yang lalu yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar
lain melalui pembacaan di perpustakaan bagi mendapatkan gambaran sebelum saya
merancang tindakan yang sewajarnya.Saya juga telah menjalankan tinjauan dengan
melihat lembaran kerja yang telah diberikan kepada mereka setiap kali tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan kajian ini berjalan seperti yang telah
dirancang satu jadual perancangan telah dibina seperti dibawah :
Jadual 2 : Jadual Perancangan Tindakan
BULAN
2014 2015
PELAKSANAAN
J
U
N
J
U
L
O
G
O
S
S
E
P
O
K
T
N
O
V
D
I
S
J
A
N
F
E
B
M
A
C
A
P
R
1. Mengenal pasti masalah
Pemerhatian di sekolah semasa
P&P.
2. Pengumpulan data tinjauan
awal
3. Menentukan objektif kajian dan
persoalan kajian.
4. Merancang tindakan dan cara
untuk mengumpul data.
5. Menulis proposal kajian
6. Menyediakan bahan-bahan
yang berkaitan.
7. Melaksanakan tindakan.
8. Menganalisis hasil tindakan.
9. Membuat refleksi.
10. Menulis laporan kajian tindakan
12. Membentang dapatan kajian
tindakan
13. Penjilidan laporan
5.1.2 Merancang tindakan
Setelah membuat beberapa tinjauan awal, saya telah mengambil keputusan untuk
membuat satu inovasi berkaitan dengan kemahiran menyambung huruf Ya tunggal.
Idea ini diperolehi selepas saya membuat perbincangan bersama dengan guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing saya. Saya dapati murid juga tidak dapat
menjawab soalan menyambung huruf ya di dalam soalan ujian bulan pertama yang telah
dijalankan.Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat satu inovasi di dalam
pengajaran dan pembelajaran Jawi yang dinamakan kaedah Swan Berwarna. Menurut
Siti Fatimah (2006), yang menyatakan bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi dalam
kalangan murid-murid tahap satu di salah sebuah sekolah rendah pula didapati masih
pada tahap amat rendah. Dapatan kajian beliau juga menjelaskan kelemahan murid dari
segi menulis Jawi adalah lebih ketara jika dibandingkan dengan kemahiran bacaan
murid. Oleh itu saya merasakan bahawa satu langkah berkesan perlu diambil agar murid
dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dan seterusnya dapat membantu murid
menguasai kemahiran menyambung huruf Jawi tunggal dengan betul.Perancangan yang
teliti dan sistematik perlu dibuat untuk memastikan masalah murid menyambung huruf
ya tunggal dapat diatasi.
Untuk mengatasi Objektif kajian ini,saya akan menggunakan kaedah Swan berwarna
bagi membantu murid menyambung huruf ya melalui langkah-langkah seperti berikut :
Kaedah /
Teknik
Penggunaan Kaedah Swan Berwarna Membantu Murid Meningkatkan
Kemahiran Menulis dan Menyambung Huruf Ya membentuk Perkataan.
Langkah 1 Memperkenalkan Kaedah Swan . .Saya telah memperkenalkan
huruf ya kepada murid-murid . Setelah memperkenalkan huruf
ya tunggal kepada mereka dengan menyamakan bentuk huruf
ya dengan bentuk swan.
Langkah 2
Langkah 3
5.4.2 Kos Kajian
Saya akan menyediakan anggaran kos kajian dengan terperinci seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual Kos Kajian berikut:
Jadual 2 : Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 x RM 10.00 RM 10.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00
3. Alat tulis -
Pen Marker(white
board)
5 x RM 3.50 RM 17.50
4. Mounting Board 2 x RM 5.00 RM 10.00
5. Kertas Stiker berwarna 3 x Rm 8.00 RM 24.00
6.. Fotostat bahan 12 x 0.10 RM 1.20
JUMLAH RM 127.70
.
6.0 Perancangan cara pengumpulan data.
6.1) Pemerhatian.
Instrument pengumpulan data secara pemerhatian agak popular dalam kalangan para penyelidikan dan ia merupakan proses pengumpulan data yang berbentuk kualitatif. Teknik pemerhatian telah digunakan bagi tujuan melihat peningkatan respon pelajar dalam kaedah Swan ini. Aktiviti pemerhatian ini berdasarkan penglibatan yang aktif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rosinah (2011) pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi murid dalam kajian yang dijalankanm .Ianya merupakan instrument pertama yang saya gunakan untuk menjawab soalan kajian ini iaitu adakah kaedah Swan ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menyambung huruf ya dengan baik dikalangan murid Tahun 2 dan adakah penggunaan kaedah Swan ini membantu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Pendidikan islam.
Pemerhatian dilakukan sebanyak dua fasa iaitu sebelum dan semasa kajian dilakukan. Sebelum kajian dijalankan pemerhatian dilakukan bagi mengenal pasti masalah utama yang timbul dari dalam diri murid tersebut. Pada fasa kedua pula,pemerhatian dilakukan terhadap hasil kerja responden dan juga motivasi mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.
Saya telah membuat pemerhatian terhadap murid saya sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi.Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan saya telah mendapati bahawa murid-murid saya kurang memberikan tumpuan terhadap isi pelajaran. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam Tahun 2,saya telah melakukan pemerhatian tentang cara penulisan sambungan huruf ya dalam Jawi yang dilakukan oleh 4 orang peserta kajian yang difokuskan iaitu Murid 1 Murid 2, Murid 3, Murid 4 melalui latihan individu dalam kelas.,
6.2 ) Analisis Dokumen
Selain daripada itu, saya juga memperoleh data melalui analisis dokumen dengan meneliti hasil penulisan murid sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Hasil kerja penulisan yang diberikan kepada murid akan dikutip, disemak dan dianalis setiap kali tamat suatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jawi. Dokumen tersebut disemakk dengan menggunakan borang penyemakan tulisan dengan memerhati cara bentuk tulisan responden dan kemudiannya data tersebut direkodkan dalam jadual.
Dapatan analisis data tersebut kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk graf bar. Dapatan tersebut dijadikan sebagai pedoman bagi menilai sejauh mana keberkesanan teknik kaedah Swan idalam memperbaiki kemahiran menulis huruf ya murid-murid tahun 2 Cemerlang. Melalui analisis ini juga saya dapat membandingkan gred pencapaian sebelum dan selepas mengaplikasikan teknik Menulis Kemas (MK) dijalankan selama empat minggu di sekolah.
6.3) Temu bual
1.2 Perancangan Cara menganalisis Data
5.4 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN
5.4.1 Carta Gantt Perlaksanaan Kajian Tindakan
PELAKSANAAN BULAN
2014 2015
J
U
N
J
U
L
O
G
O
S
S
E
P
O
K
T
N
O
V
D
I
S
J
A
N
F
E
B
M
A
C
A
P
R
1. Mengenal pasti masalah
Pemerhatian di sekolah
semasa P&P.
2. Pengumpulan data tinjauan
awal
3. Menentukan objektif kajian dan
persoalan kajian.
4. Merancang tindakan dan cara
untuk mengumpul data.
5. Menulis proposal kajian
6. Menyediakan bahan-bahan
yang berkaitan.
7. Melaksanakan tindakan.
8. Menganalisis hasil tindakan.
9. Membuat refleksi.
10. Menulis laporan kajian tindakan
12. Membentang dapatan kajian
tindakan
0
5.4.2 Kos Kajian
Saya akan menyediakan anggaran kos kajian dengan terperinci seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual Kos Kajian berikut:
Jadual 2 : Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 x RM 10.00 RM 10.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00
3. Alat tulis -
Pen Marker(white
board)
5 x RM 3.50 RM 17.50
4. Fotostat bahan 12 x 0.10 RM 1.20
JUMLAH RM 93.70
1.3
Aktiviti 1:Menyebut Huruf :
Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak bersambung .Guru
telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut sebutan guru mengikut
kumpulan setiap kumpulan berulang kali. Guru juga telah meminta beberapa orang
murid mengetuai murid -murid yang lain untuk menyebut huruf demi huruf yang
1
ditunjukkan secara bergilir.Di samping itu, beberapa orang murid telah dipilih untuk
mempamerkan kad huruf ,manakala murid-murid yang lain akan menyebut huruf-huruf
yang dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa huruf-huruf yang
disebutkan itu adalah merupakan huruf yang bersambung dengan huruf lf,Wau dan Ya
Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid
Murid-murid menyebut huruf و ا
secara ي bergilir-gilir.dan membunyikan huruf yang bersambung dengan huruf
alif,wau dan ya.
Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa menyebut
huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk mengambil bahagian sebagai ketua
gambar
2
dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala murid lain turut menyebut huruf-
huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.
Refleksi Aktiviti 1:
Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru dapati
kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.
Aktiviti 2: Menghafal Formula : Sifir Jawi
Guru telah menyebut secara berintonasi, seolah-olah membaca satu ayat. Guru juga
menerangkan maksud dan pengertian huruf yang bersambung Alif,wau dan Ya.Guru
telah meminta setiap murid menghafal formula secara berintonasi.Setelah murid
bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula seorang demi seorang berdasarkan kotak
sifir Jawi..
gambar
3
Pemerhatian Aktiviti 2:
Murid-murid bersungguh-sungguh menghafal Kotak Ajaib Sifir Jawi secara
berintonasi. Guru memilih seorang murid ke hadapan kelas untuk menyebut huruf yang
akan disambungkan dengan huruf alif ,wau dan ya Murid lain akan menyambungkan
huruf tersebut dengan huruf alif,wau dan ya serta membunyikannya secara beramai-
ramai .Mereka begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan mudah
mereka telah dapat mengingat formula ini.
Refleksi Aktiviti 2:
Seramai 18 orang murid dapat menghafal sifir Jawi ini dengan baik dalam masa 10
minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid LINUS telah mencuba
sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu dibantu oleh guru untuk
menyebut
4
Guru sedang membimbing seorang murid untuk menyebut Sifir Jawi
Aktiviti 3: Penilaian / Ujian bertulis
Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektif
kepada 21 orang murid responden. Mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf
tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis dengan betul. Soalan bertulis itu pernah
dijawab oleh mereka sebelum diperkenalkan formula ini.
Rujuk lampiran 1.
5
Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid
6
Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberi
Pemerhatian Aktiviti 3:
Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana soalan itu
pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana dan lemah, mereka
tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab oleh mereka. Pada
keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalan-soalan yang diberi.Terdapat juga
murid yang cuba untuk bertanya dan berbincang sesama mereka tentang soalan yang
diberi.
Refleksi Aktiviti 3:
Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan penguasaan
yang diperolehi.Seramai 18 daripada 21 orang murid telah menunjukkan perubahan
7
berbanding sebelum didedahkan dengan sifir jawi. Sebelum ini mereka agak keliru dan
sukar memahami kaedah membunyikan sukukata terbuka.
Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada peningkatan
5.4 Penilaian
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang
dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu murid-murid
8
meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil dapatan daripada kajian
tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian PKBS 2.
Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas pendedahan.
BIL NAMA MARKAH
SEBELUM
MARKAH
SELEPAS
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
·
5.5Refleksi Kajian
9
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula Sifir Jawi
telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca
dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila usaha yang saya jalankan membuahkan
hasil 100% terhadap sasaran saya. Murid juga telah cekap membaca dan menulis jawi
ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6. Cadangan untuk kajian seterusnya
Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT A2Z
kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang dengan guru-guru
Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji pula bagaimana cara yang
sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca Jawi. Kami akan merancang apakah
pendekatan yang harus kami lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
7. Rujukan
10
Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun 2,DBP,Kuala
Lumpur.
Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan Matlob,Kuala
Lumpur.
Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan Pelajaran Kedah
dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.
http://abidah9116.blogspot.com/2011/11/isu-pelajaran-jawi-dan-permasalahannya.html
o Pre test jawi.
11
Pencapaian pelajar lemah dalam:
menyambung huruf
menulis perkataan dalam tulisan jawi.
o Buku latihan.
Sewaktu menyemak buku pelajar didapati
Terdapat pelajar yang lansung tidak menulis suku kata jawi.
Ada pelajar yang tidak menulis dengan cara yang betul.
Ada pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap.
Ada pelajar yang menulis sehingga tidak dapat mengenal pasti
kalimah apa yang telah ditulis.
10.
o Bacaan spontan dalam kelas.
Kebanyakan pelajar tidak boleh menyebut dan membaca teks
yang diberikan.
o Sikap dan minat
Pelajar tidak minat untuk mempelajari jawi.
Pelajar berpendapat jawi sukar untuk dipelajari.
o Peranan ibu bapa
Kesedaran ibu bapa membantu anak menguasai jawi sangat
kurang
Tidak pernah dihantar belajar ke sekolah agama oleh ibu bapa.
11.
12.
13.
12
14.
o Kaedah flash card/ carta
Guru menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai
tulisan jawi yang sangat jelas dan menarik.
Selepas itu guru akan menyebut satu persatu dan diikuti oleh
pelajar.
o 2. Kaedah tekap
guru akan mengedarkan suku kata tertutup yang
mempunyai menyuruh pelajar untuk menekap tulisan
guru itu.
Guru akan memegang tangan murid untuk menekap
tulisan jawi. Dengan cara betul.
15.
o 3. Tunjuk cara
Guru akan mengajar pelajar menulis jawi dengan cara yang betul
di udara.
Guru akan menyuruh pelajar mengangkat tangan sehingga paras
bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf tersebut di
udara.
o 4. Rakan bantu rakan (R&R)
Pelajar yang mempunyai penguasaan jawi yang lebih baik dilantik
menjadi ketua.
13
Ketua yang dilantik akan ditugaskan untuk memastikan arahan
yang disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai oleh anak
buahnya.
16. BIL. AKTIVITI TEMPOH PERLAKSANAAN CATATAN 1. Mengenal
pasti masalah dan mengumpul data awal. 18 Julai 2011 2. Merancang Tindakan
25 Julai 2011 3. Menulis proposal kajian 29 Julai 2011 4. Melaksanakan
tindakan (aktiviti 1) 1 Ogos 2011 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan aktiviti 1 12 Ogos 2011 6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3) 15
Ogos 2011 7. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 2 &
3 5 September 2011 8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 4) 12 September 2011 9.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 4 30 September
2011 10. Ujian untuk mengesan pencapaian 6 Oktober 2011 11. Refleksi Kajian
14 Oktober 2011 12. Menulis Laporan Kajian 17 Oktober 2011 13.
Pembentangan Dapatan Kajian 31 Oktober 2011
17. BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH 1. Kertas
A4 5 x RM 8.00 RM 40.00 2. Printer Cartridge 1 x RM 85.00 RM 85.00 3.
Fotostat Bahan RM 50.00 4. Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00 5. Carta
Jawi 1 x RM 5.00 RM 5.00 6. Flash Card 1 x RM 8.00 RM 8.00 7. Alat tulis dan
Marker Pen RM 10.00 JUMLAH RM 200.00
.3 SOALAN KAJIAN
Borang Pemerhatian Pengajaran Guru Lampiran A
Nama Guru :
14
Tarikh :
Masa :
Kelas :
Bil Perkara Ya Tidak Ulasan
1. Guru memperkenalkan keluarga
huruf Alif,wau dan ya kepada
murid dengan menggunakan kad
imbasan.
/
2. Guru mengaplikasikan teknik sifir
jawi dalam pengajaran secara
berperingkat.
/
3. Guru membimbing murid semasa
kemahiran membaca menggunakan
kotak sifir jawi dalam pengajaran .
/
4. Guru menggunakan bahan bantu
mengajar dan latihan yang sesuai
serta mencukupi.
/
5. Guru mengadakan aktiviti latih tubi
yang berterusan kepada murid bagi
mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
/
6. Guru mencapai objektif
pengajarannya dalam masa yang
/
15
telah ditetapkan.
Borang Pemerhatian Pembelajaran Murid Lampiran B
Kelas :
Bilangan Murid :
Tarikh :
Masa :
Bil Perkara Ya Tidak Ulasan
1. Murid mengikuti pelajaran dengan
baik dan mudah memahami huruf
vokul yang diperkenalkan.
/
2. Murid diperkenalkan dengan
aplikasi tenik menyambung dan
membunyikan sukukata terbuka
dalam pembelajaran yang
/
16
terancang.
3. Murid dibimbing sepenuhnya
semasa membaca sukukata
terbuka berpandukan carta petak
sifir jawi.
/
4. Bahan bantu mengajar dan latihan
yang diberikan menarik minat
murid terhadap pembelajaran.
/
5. Murid dapat membaca dan
menyebut sukukata terbuka
dengan baik dalam masa yang
ditetapkan.
/
17
BORA NG REKOD TEMUBUAL LAMPIRAN C
Nama Responden : _______________________
Tarikh : __________________
Soalan;
1. Adakah kamu minat untuk belajar pelajaran Jawi?
______________________________________________________
2. Mengapakah kamu minat/tidak minat terhadap pelajaran yang ustazah
sampaikan?
________________________________________________________________.
3. ADakah kamu dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang ustazah
sampaikan?
________________________________________________________________.
4. Adakah kamu merasakan membaca dan menulis jawi itu susah?mengapa?
________________________________________________________________.
5. Adakah kamu ingin menjadi seorang yang pandainmembaca dan menulis jawi?
Mengapa?
________________________________________________________________
18