hubungan tekanan dan prestasi kerja di kalangan … · instrumen kajian yang digunakan ialah set...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN TEKANAN DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN
GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAI,
KELANTAN
SYAHDA ZAHRAH BINTI MOHAMAD DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN TEKANAN DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAI, KELANTAN.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya SYAHDA ZAHRAH BINTI MOHAMAD DAUD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 175, GUCHIL 2, 18020 KUALA KRAI, EN. JAMALUDIN RAMLI KELANTAN DARUL NAIM. Nama Penyelia Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh : 21 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN JAMALUDIN RAMLI
Tarikh : 21 APRIL 2006
HUBUNGAN TEKANAN DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN
GURU-GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAI,
KELANTAN
SYAHDA ZAHRAH BT MOHAMAD DAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis :SYAHDA ZAHRAH BT MOHAMAD DAUD
Tarikh :21 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Buat abah dan ummi yang dikasihi,
Mohamad Daud dan Mariani.
Budi, jasa, dan kasih sayangmu yang tidak terhingga banyaknya,
Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Buat adik-beradikku yang sentiasa diingati,
Ekza Syafiday, Syahidan Zali, Syazni Afiza, Syahla Aina, Syafiqah Ainor, Syafiq
Syazwan, Syarul Eiman, Hairil Haqim dan Hud Hafiy. Serta tidak dilupakan kakak
ipar dan anak sedaraku, Azwani dan Sirhan Amsyar.
Kalian adalah semua adalah kebahagiaan dan kegembiraanku.
Buat insan tersayang, Hadi Faizal,
Kau adalah sumber inspirasiku yang sentiasa memberikan aku semangat dan
dorongan.
Buat teman-temanku yang sentiasa dirindui,
Normazuraini, Noor Haslina, Noraini, Norhayati, Fazilah dan semua.
Dorongan dan sokongan kalian menjadi semangat buatku. Kenangan bersama akan
sentiasa terpahat dihatiku.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki semesta alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Nabi Muhammah S.A.W. Ucapan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa
kerana telah memberikan kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Jamaludin
Ramli selaku penyelia projek di atas usahanya memberi bimbingan dan tunjuk ajar,
nasihat serta idea yang membina sepanjang menyiapkan projek ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua pihak Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan, t erutama pengetua sekolah, guru-guru
penolong kanan serta guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam
menjalankan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
. Seterusnya, ucapan terima kasih kepada kaum keluarga, sahabat handai serta
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sumbangan sama ada idea dan
semangat sepanjang menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di
antara tekanan kerja dan prestasi kerja di kalangan guru-guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan. Seramai 75 responden yang telah dipilih secara
persampelan rawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik
yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian demografi, tekanan dan prestasi kerja
dan ianya mengandungi 32 item berbentuk soalan objektif. Prestasi kerja di kalangan
guru diukur berdasarkan Skill Brayfield dan Rothe (1951), manakala tekanan kerja
pula diukur berdasarkan alat Job Related Tension Index. Analisis yang dibuat adalah
berbentuk deskriptif. Pengujian dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Sosial Science (SPSS) untuk menganalisis nilai korelasi. Hasil daripada
kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan (P < 0.05) antara
tekanan kerja dan prestasi kerja di kalangan guru-guru. Hasil kajian juga
menunjukkan terdapat hubungan songsang antara tekanan kerja dan prestasi kerja.
vi
ABSTRACT
This case study is about the correlation between stress and work performance
among teachers from the Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan. 75
teachers had been choosen randomly as samples. Research instrument is a set of
questions that contain 3 section and 32 objective questions. 3 sections are
demography, stress and work performance. Skill Brayfield and Rothe (1951) was
used to measure work performance. The data were analyzed using Statistical
Package for Social Science (SPSS) , Correlation Pearson Product Moment and t-test
shows a significant correlation (P < 0.05) between work pressure and work
achievement. The finding also showed that there are negative correlation between
stress dan work performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
viii
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi Kajian 9
1.9.1 Tekanan Kerja 10
1.9.2 Guru 11
1.10 Kesimpulan 11
BAHAGIAN DUA
PENULISAN KAJIAN
BAB 2 PENULISAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian-Kajian Berkaitan 12
2.2.1 Kajian-kajian Tempatan 13
2.2.2 Kajian-kajian di Luar Negara 13
2.3 Teori- teori yang berkaitan 17
2.3.1 Model Tekanan Disiplin Tingkah laku
dan Perubahan 17
2.3.2 Punca-punca Tekanan Kerja di Tempat
Kerja dan Kesannya Terhadap Individu 17
2.4 Kajian Tahap Tekanan dengan Faktor Demografi 19
2.4.1 Kajian Lepas Mengenai Faktor Jantina
dengan Tahap Tekanan 19
2.4.2 Kajian Lepas Mengenai Faktor Umur
dengan Tahap Tekanan 19
2.4.3 Kajian Lepas Mengenai Faktor Lama
Berkhidmat dengan Tahap Tekanan 20
2.4.4 Kajian Lepas Mengenai Faktor Status
Perkahwinan dengan Tahap Tekanan 20
ix
2.4.5 Kajian Lepas Mengenai Kelayakan
Akademik dengan Tahap Tekanan 21
2.5 Kajian Lepas Punca Tekanan 21
2.5.1 Peraturan Sekolah 22
2.5.2 Beban Tugas 22
2.5.3 Hubungan Interpersonal 22
2.5.4. Masalah Pelajar 23
2.6 Kesimpulan 24
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 26
3.5 Perlaksanaan dan Prosedur Kajian 28
3.6 Penganalisisan Data 29
3.7 Analisa Kebolehpercayaan (reabiliti) 30
3.8 Kajian Rintis 31
3.9 Kesimpulan 31
x
BAHAGIAN EMPAT
ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Mengenai Latar Belakang Responden 33
4.2.1 Kekerapan Responden Mengikut Jantina 34
4.2.2 Kekerapan Responden Mengikut Umur 34
4.2.3 Kekerapan Responden Mengikut
Pengalaman Bekerja 35
4.2.4 Kekerapan Responden Mengikut
Status Perkahwinan 35
4.2.5 Kekerapan Responden Mengikut
Gaji Bulanan 36
4.2.6 Kekerapan Responden Mengikut
Pencapaian Akademik 36
4.3 Analisis Kekerapan Tahap Tekanan Kerja
Guru-guru 37
4.4 Analisis Kekerapan, Peratus, Min dan
Sisihan Piawai Responden Mengenai Tekanan. 37
4.5 Analisis Perbezaan Tahap Tekanan Kerja
Guru-Guru Mengikut Faktor-Faktor Demografi
Iaitu Jantina, Umur, Pengalaman Mengajar,
Taraf Perkahwinan, Dan Gaji Bulanan 39
4.5.1 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Jantina 39
4.5.2 Tahap Tekanan Kerja Responden Mengikut
Umur 40
4.5.3 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Pengalaman Bekerja 41
4.5.4 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Status Perkahwinan 41
4.5.5 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Gaji Bulanan 42
xi
4.5.6 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Kelayakan Akademik 43
4.6 Tahap Prestasi Kerja Guru-guru 44
4.7 Analisis Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan
Piawai Mengenai Prestasi Kerja Guru-guru 45
4.8 Hubungan antara Tekanan dengan Prestasi Kerja 46
4.7 Penutup 46
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
BAB 5 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Ringkasan Kajian 47
5.2 Perbincangan Kajian 48
5.3 Implikasi Kajian 49
5.4 Cadangan Tindakan 50
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 51
5.6 Kesimpulan 51
RUJUKAN 52
LAMPIRAN
Lampiran A 56
Lampiran B 57
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Cara memberi Skor bagi soal selidik
“ Job-Related Tension Index”. 27
3.2 Cara memberi Skor bagi soal selidik
“Five-point Skill”. 28
3.3 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 28
3.3 Nilai Alpha Alat Ukur Pengkaji Lepas 30
4.1 Kekerapan Responden Mengikut Jantina 30
4.2 Kekerapan Responden Mengikut Umur 34
4.3 Kekerapan Responden Mengikut Pengalaman
Bekerja 35
4.4 Kekerapan Responden Mengikut Status 35
4.5 Kekerapan Responden Mengikut Gaji Bulanan 36
4.6 Kekerapan Responden Mengikut Pencapaian
Akademik 36
4.7 Kekerapan Responden Mengikut
Tahap Tekanan Kerja 37
4.8 Kekerapan Peratusan, Min, Sisihan Piawai
Bagi Item-Item Tahap Tekanan. 38
4.9 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Jantina 40
4.10 Tahap Tekanan Kerja Responden
Mengikut Umur 40
4.11 Tahap Tekanan Kerja Responden Mengikut
Pengalaman Bekerja 41
4.12 Tahap Tekanan Kerja Responden Mengikut
xiii
Status Perkahwinan 42
4.13 Tahap Tekanan Kerja Responden Mengikut
Gaji Bulanan 43
4.14 Tahap Tekanan Kerja Responden Mengikut
Kelayakan Akademik 44
4.15 Kekerapan Responden Mengikut
Tahap Prestasi Kerja 44
4.16 Kekerapan, Peratusan, Min, Sisihan Piawai
Bagi Item-Item Tahap Prestasi. 45
4.17 Analisis Hubungan Korelasi Tekanan Dengan
Prestasi Kerja 46
xiv
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Unit Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
F - Frekuensi
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD/N - Pejabat Pelajaran Daerah / Negeri
% - Peratus
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik 56
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 61
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber,
dan pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan pelaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab
guru-guru menjadi lebih mencabar.
Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru
pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja,
beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah
tidak menafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani
dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang
tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga. Jika keadaan sedemikian dibiarkan
berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju
ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk
mencapai matlamat yang diidamkan.
Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan
perubahan kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Perubahan itu
dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap
guru semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah. Guru sendiri dan
2
persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi
menghadapi perubahan. Dengan itu, guru berasa amat kecewa kerana tidak mampu
menangani tugas dan harapan yang sudah berubah.
Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam
keadaan tertekan ( Smith, P.C. Kendall et al, 1969 ). Perasaan tertekan menjadikan
seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada
kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.
Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat
kasih sayang. Terdapat sesetengah guru yang mengalami perasaan tertekan, sikap
berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara
sebelum masa kerana dikatakan tertekan.
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan tahap tekanan kerja dan prestasi
kerja di kalangan guru-guru di satu sekolah di daerah Kuala Krai, Kelantan.
Seterusnya kajian akan memberi suatu gambaran yang dapat mengaitkan tekanan
kerja dan prestasi kerja supaya pihak pengurusan sekolah dapat mengenalpasti
pengaruh kedua-dua faktor ini terhadap prestasi pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Dengan berpandukan kajian ini, dapatlah pengetua dan staf pentadbiran
sekolah menangani masalah masing-masing dengan cara yang lebih positif dan
menggalakkan supaya dapat meningkatkan kecekapan mereka ke satu tahap yang
optima pada masa akan datang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tekanan kerja di dalam bidang pendidikan memang wujud di kalangan warga
pendidik yang perlu memikul tanggungjawab yang berat untuk menghadapi cabaran
yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Mereka tidak dapat mengelakkan diri
dari perasaan tertekan kerana kadang-kadang pencapaian yang diperolehi tidak dapat
memenuhi tahap yang diharapkan. Sekiranya tekanan di kalangan guru-guru
dibiarkan, ia akan memberi kesan terhadap pemikiran dan keadaan fizikal mereka.
Keadaan ini akan membawa akibat buruk di mana seseorang akan menunjukkan
3
tingkahlaku yang akan menjejaskan prestasi pekerjaan dan kesihatannya secara tidak
langsung.
Peranan guru kini bukan lagi hanya sekadar memastikan kesinambungan
stuktur dan sistem pendidikan yang ada tetapi juga berperanan sebagai pemimpin dan
penjana ilmu ke arah peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sejajar
dengan tuntutan semasa dan akan datang. Ini memperlihatkan bahawa peranan dan
tanggungjawab guru dalam dunia pendidikan amat mencabar sekali. Perubahan yang
terdapat dalam sistem pendidikan juga sebenarnya dilihat dapat memberikan tekanan
kepada guru. Ini dapat dilihat apabila perubahan secara mendadak seperti
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains (ETeMs) di
sekolah bagi tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Bawah mulai Januari 2003 oleh
Kabinet (Berita Minggu 21 Julai 2002). Rasional kerajaan adalah bertujuan
meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan generasi akan datang bagi
menghadapi dunia globalisasi, namun ianya memberikan tekanan terhadap guru
Matematik dan Sains yang mereka sendiri tidak mahir dan kurang mahir
menggunakan Bahasa Inggeris itu sendiri.
Pendedahan yang terlalu lama kepada masalah tekanan kerja boleh
menyebabkan seseorang guru itu menjadi kecewa, runsing, letih-lesu dan ‘burn-out’.
Sekiranya tidak diambil tindakan yang sesuai untuk menangani tekanan yang timbul,
ia boleh menyebabkan seseorang guru kurang budaya kerja, kurang menghasilkan
pengajaran yang berkesan, lemah semangat. Gejala-gejala akan menjadi satu
halangan kepada guru-guru untuk meneruskan perjuangan mereka sehinga
menghilangkan minat mengajar dan diakhiri dengan berhenti kerja.
Caplan dan Jones (1975) dalam (Lem Boon, 1983), berpendapat bahawa
ketegangan merupakan satu ransangan yang berbeza daripada ransangan normal
seseorang individu. Beliau memberikan contoh ketegangan psikologi seperti
kebimbangan, harga diri yang rendah dan ketidakpuasan kerja.
Cooke dan Rousseau (1983) dalam (Mohd Hasidi Zaini, 1995) berpendapat
bahawa setiap dimensi atau simpton-simpton ini akan dikira sama rata sebagai jenis-
jenis ketegangan psikologikal. Mereka juga berpendapat bahawa berada di dalam satu
4
sistem, kehidupan yang berpunca dari genetik dan faktor-faktor luaran dan seterusnya
memaksa sistem kehidupan yang berpunca melebihi daripada had yang sepatutnya.
Ini akan menjadikan satu keadaan yang tidak stabil di dalam sistem tersebut.
Menurut Cooper, Malinger dan Kahn (1978), tekanan kerja merujuk kepada
faktor persekitaran yang negatif atau punca tekanan seperti beban kerja, keadaan kerja
yang buruk dan perhubungan pekerjaan yang tidak memuaskan berhubung dengan
sesuatu pekerjaan. Tekanan kerja boleh melahirkan ketakselarasan fizikal dan emosi,
ketidakpuasan kerja dan perasaan tidak senang hati dan jemu kepada pekerjaan dan
tugas sehari (Mac Lean, 1980). Memandangkan tekanan kerja mempengaruhi
prestasi kerja seseorang individu dan mengancam kesihatan seseorang dan seterusnya
menjejaskan prestasi kerja mereka seperti ponteng kerja dan sentiasa mengambil cuti
sakit kerana tidak mampu memikul beban kerja yang berat. Keadaan ini akan
menjadi kesan yang buruk sekiranya tidak diambil berat dan diteruskan kerana ia
akan membawa kerugian yang besar kepada pihak sekolah apabila guru-guru berasa
mereka sentiasa tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya.
Peranan guru bukan sahaja sekadar mengajar. Guru-guru yang hanya sekadar
mengajar di sekolah tidak layak dipanggil guru. Gelaran yang paling sesuai untuk
mereka ialah pengajar. Guru sebenarnya bertanggungjawab mendidik anak didiknya.
Menjadi insan yang baik di samping menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada
mereka. Melalui guru, berlakulah perkembangan imej kedewasaan dan mereka
dianggap ‘gatekeeper of the field of learning’. Ini jelas memperlihatkan bahawa
begitu besarnya bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh guru.
Menurut Abouserie(1996) dalam (Gauri Devi, 2003) walaupun kini terdapat
perkembangan dalam bidang penerbitan, penyelidikan dan perbengkelan mengenai
kepentingan pemahaman tekanan dan juga kesannya terhadap prestasi profession,
namun masih terdapat kekurangan maklumat mengenai tekanan kerja khasnya
bahagian kehidupan pendidikan.
Menurut Adam (1980), jika manusia kekurangan tekanan dalam kehidupan,
‘rush out’ akan berlaku. Tekanan menjadi kuasa penggalak untuk mencabar kekuatan
diri supaya mencapai prestasi yang lebih berkualiti. Walau bagaimanapun tekanan
5
akan memudaratkan jika seseorang terlalu banyak diganggu dan dibebani dengan
kerja yang banyak atau seseorang berhadapan dengan terlalu banyak gangguan dan
kejutan. Fakta-fakta imperikal telah membuktikan bahawa kekerapan mengalami
tekanan yang tinggi dalam tempoh masa yang lama dan berpanjangan merupakan
faktor utama kepada kesakitan.
Manusia meluangkan banyak masa dalam aktiviti kerja. Namun kesejahteraan
hidup perlu dititikberatkan. Walau bagaimanapun, faktor utama yang menentukan
kualiti hidup pekerja adalah tekanan kerja. Kualiti hidup merupakan satu perasaan
kesejahteraan psikologi atau memperolehi kebahagiaan individu. Sehubungan itu,
kepuasan kerja juga yang menentukan kualiti hidup yang tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah tekanan kerja di kalangan guru negara ini agak kurang diberikan
perhatian berbanding dalam bidang industri atau profesion lain. Perkara ini
berkemungkinan disebabkan kurangnya kefahaman masyarakat terhadap profesion
ini. Sekiranya sesebuah organisasi seperti sekolah yang mempunyai ramai guru-guru
yang bermasalah dan sentiasa dalam suasana tekanan, ia akan memberi halangan
kepada pihak sekolah untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang
bermutu kerana tidak dapat melakukan kerja dengan lancar dan produktif. Keadaan
ini tentu akan menyebabkan kerugian besar kepada pihak sekolah kerana terpaksa
menerima guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
(i) Mengenal pasti tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru.
(ii) Mengenal pasti tahap tekanan kerja guru-guru sekolah mengikut
faktor-faktor demografi iaitu, jantina, umur, taraf perkahwinan,
pengalaman mengajar, gaji bulanan dan kelayakan akademik.
(iii) Mengenal pasti tahap prestasi kerja di kalangan guru-guru.
(iv) Mengenal pasti hubungan antara tekanan kerja dan prestasi kerja guru-
guru.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah:
(i) Apakah tahap tekanan kerja di kalangan guru-guru.
(ii) Apakah tahap tekanan kerja guru-guru sekolah mengikut faktor-faktor
demografi iaitu, jantina, umur, taraf perkahwinan, pengalaman
mengajar, gaji bulanan dan kelayakan akademik.
(iii) Apakah tahap prestasi kerja di kalangan guru-guru.
(iv) Adakah hubungan antara tekanan kerja dan prestasi kerja guru-guru.