hubungan pengajaran dan pembelajaran …kepada model pengajaran dan pembelajaran berbantukan...

11
Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) DENGAN APLIKASI CANVA ABSTRAK Proses pembelajaran dalam konteks pendidikan yang efektif seharusnya menggunakan bantuan teknologi supaya lebih menarik dan berkesan. Dalam konteks pengajaran menurut Giesert dan Futrell (1990), seorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Perkara ini tidak lagi membabitkan guru sahaja malah pelajar juga boleh dilihat sebagai mempunyai kebolehan dan berbakat jika ingin menyampaikan maklumat dengan menggunakan alat elektronik. Penggunaan komputer digunakan di sekolah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran makanya pengkaji melihat kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) untuk melihat hubungan di antara aplikasi dan model tersebut. Pengkaji telah memilih aplikasi Canva sebagai bahan kajian atas faktor penggunaanya yang mudah, senang dan berkesan. Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), pendidikan, Canva. 1.0 PENGENALAN Komputer merupakan satu perkara yang boleh dikatakan penting pada masa kini. Komputer beserta sambungan internet adalah satu tambahan yang paling penting kerana hanya mempunyai komputer tanpa sambungan internet ibarat pokok yang tidak berbuah, tidak mampu digunakan segala yang ada secara maksimum. Ilmu tentang perkomputeran perlu diajar sejak sekolah rendah lagi. Pendedahan awal merupakan perkara yang perlu bagi sesuatu perkara yang sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa. Hal ini mampu menjadikan seseorang itu sentiasa cakna akan perubahan yang telah dilakukan. Bidang pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus kemodenan ini. Proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan konsep ‘Chalk and Talk’ telah disulami dengan penggunaan komputer agar menjadikannya lebih interaktif serta dapat meransang dan menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik. Hal ini bertepatan dengan Jamaluddin Badusah & Hashimah

Upload: others

Post on 14-Oct-2020

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PPBK) DENGAN APLIKASI CANVA

ABSTRAK

Proses pembelajaran dalam konteks pendidikan yang efektif seharusnya menggunakan

bantuan teknologi supaya lebih menarik dan berkesan. Dalam konteks pengajaran menurut

Giesert dan Futrell (1990), seorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai bakat dan kebolehan

tambahan. Perkara ini tidak lagi membabitkan guru sahaja malah pelajar juga boleh dilihat

sebagai mempunyai kebolehan dan berbakat jika ingin menyampaikan maklumat dengan

menggunakan alat elektronik. Penggunaan komputer digunakan di sekolah bagi memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran makanya pengkaji melihat kepada model Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) untuk melihat hubungan di antara aplikasi dan

model tersebut. Pengkaji telah memilih aplikasi Canva sebagai bahan kajian atas faktor

penggunaanya yang mudah, senang dan berkesan.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), pendidikan,

Canva.

1.0 PENGENALAN

Komputer merupakan satu perkara yang boleh dikatakan penting pada masa

kini. Komputer beserta sambungan internet adalah satu tambahan yang paling penting

kerana hanya mempunyai komputer tanpa sambungan internet ibarat pokok yang tidak

berbuah, tidak mampu digunakan segala yang ada secara maksimum. Ilmu tentang

perkomputeran perlu diajar sejak sekolah rendah lagi. Pendedahan awal merupakan

perkara yang perlu bagi sesuatu perkara yang sentiasa ada penambahbaikan dari masa

ke masa. Hal ini mampu menjadikan seseorang itu sentiasa cakna akan perubahan yang

telah dilakukan. Bidang pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam

mengikuti arus kemodenan ini. Proses Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan

konsep ‘Chalk and Talk’ telah disulami dengan penggunaan komputer agar

menjadikannya lebih interaktif serta dapat meransang dan menarik minat pelajar

terhadap sesuatu topik. Hal ini bertepatan dengan Jamaluddin Badusah & Hashimah

Page 2: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

Haji Hashim (2005) yang menyatakan bahawa penggunaan aplikasi internet

memberikan wadah atau inovasi baru untuk menarik minat pelajar membaca dan

mengumpul maklumat.

Pada zaman yang serba canggih, terdapat banyak aplikasi yang mampu

menyelesaikan sebarang masalah dengan kewujudan ruang tutorial dan laman web yang

memaparkan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini bertepatan dengan pandangan

Heinich (1993) yang berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik

pengajaran. Atas faktor manfaat menggunakan komputer dalam memudahkan proses

pembelajaran, makanya model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) digunakan pengkaji bagi melihat kerelevanan di antara aplikasi dan proses

pembelajaran yang efektif.

Dalam melihat hubungan model ini dengan penggunaan komputer, pengkaji

telah memilih aplikasi Canva yang merupakan satu laman web reka bentuk grafik yang

percuma. Kini, aplikasi Canva boleh didapati dalam peranti telefon pintar dan tablet.

Perkara ini amat memudahkan para guru dalam menyediakan slaid pembentangan

untuk digunakan di dalam kelas. Keterbatasan capaian wifi di sekolah memaksa para

guru menggunakan alternatif ini untuk menyediakan slaid pembentangan bagi menarik

minat pelajar. Dengan menggunakan aplikasi Canva di dalam peranti telefon pintar dan

tablet, para guru mampu melaksanakannya di mana-mana sahaja. Kajian ini juga

memfokuskan kepada cara membuat slaid pembentangan menggunakan Tablet.

Page 3: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

2.0 LATAR BELAKANG PPBK

Model ini telah diadaptasi daripada Projek PLATO (Programme Logic

Automatic Teaching Operation) di Amerika Syarikat. Program ini bertujuan untuk

membangunkan perisian pembelajaran. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah mula mengadakan projek rintis literasi komputer di 20 buah sekolah di

seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek Pengenalan Kepada Komputer.

Pada tahun 1990, projek ini telah ditukar nama kepada Pembelajaran dan Pengajaran

Berbantukan Komputer (PPBK). Negara-negara lain juga mempunyai kaedah seperti

ini yang dikenali sebagai Computer-Assisted Instruction (CAI) di Amerika Syarikat,

Computer-Aided Learning (CAL) di United Kingdom dan Computer-Based Learning

(CBL) di kebanyakan negara. Projek ini menjadikan komputer sebagai alat

pembelajaran dan membantu guru-guru menjalankan tugas harian khususnya dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran. PPBK ini bertujuan untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar melalui penggunaan komputer dalam pembelajaran dan

pengajaran. Di samping itu, teknik pembelajaran dan pengajaran juga dapat dipelbagai

bagi meningkatkan mutu pendidikan. PPBK juga dapat mendedahkan pelajar kepada

penggunaan komputer.

PPBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat daripada

pelajar mahupun pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PPBK sebagai perisian

pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan

(programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia

authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan

Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk

menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kajian ini melihat

kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan

hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva.

Unsur-unsur dalam PPBK seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk

membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklum balas

daripadanya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang

lebih moden, ia dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menggalakkan dan produktif. Bostock (1996) juga menekankan bahawa tujuan utama

perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran.

Page 4: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

3.0 KERELEVENAN PPBK PADA ABAD KE-21

Semua maklum bahawa PPBK adalah satu model yang lahir pada tengah tahun

90an. Model yang menggunakan pengantaraan komputer sebagai medium

pembelajaran dan pengajaran ini telah digunakan hampir 20 tahun di Malaysia dengan

melalui beberapa fasa penambahbaikan. PPBK juga melalui fasa peralihan teknologi

daripada Web 1.0 kepada Web 2.0. Ketika Web 1.0, pengguna hanya boleh membaca

maklumat di laman sesawang. Maklumat yang dipaparkan di laman sesawang juga

tidak boleh ditulis oleh orang selain pemilik laman sesawang tersebut.

Hal ini membuatkan maklumat terbatas dan komunikasi dua hala ketika

menggunakan internet tidak terjadi. PPBK yang tidak terlepas melalui fasa ini juga

mempunyai beberapa perisisan yang tidak boleh diubah oleh guru di sekolah. Perisian

cakera padat mengenai subjek hanya boleh digunakan untuk mengajar pelajar tanpa

boleh terus melakukan latih tubi menggunakan perisian tersebut. Hal ini membuatkan

pelajar kurang memahami secara total segala ilmu yang hendak diajarkan.

Peralihan kepada Web 2.0 pada akhir 2004 oleh Darcy DiNucci yang

dipopularkan oleh Tim O’Reilly telah membawa satu inovasi baru kepada internet. Web

2.0 dianggap menggunakan kerana ia adalah mudah bagi pengguna untuk menerbitkan

karya mereka, berhubung dengan pengguna lain serta berkongsi dan bertukar-tukar

maklumat. Antara contoh aplikasi yang berteraskan Web 2.0 adalah Canva.

Menggunakan Canva mampu menjana pendapatan bagi mereka yang mempunyai

kemahiran mereka bentuk corak.

Aplikasi Canva telah menawarkan peluang kepada mereka yang berkemahiran

untuk meletakkan templat mereka di dalam aplikasi itu. Mereka akan memperoleh

pendapatan jika ada pengguna lain yang menggunakan templat mereka. Hal ini

bertepatan dengan konsep Web 2.0 yang mampu memberikan pengguna peluang untuk

mengedit dan memuat naik semula templat mereka sendiri di dalam aplikasi.

Page 5: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

Bagi model PPBK pula, KPM tidak terlepas peluang dalam menelusuri

perubahan ini. Aplikasi yang betepatan dengan PPBK telah dicipta seperti laman

sesawang Frog. Laman sesawang ini boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai

medium unutk latih tubi, tutorial, simulasi dan pembelajaran. Hal ini membuatkan

PPBK jelas masih releven sehingga kini kerana KPM sentiasa menyesuaikan model

tersebut dengan perkembangan teknologi internet dan maklumat pada masa kini. Jelas,

walaupun kita sudah berada pada abad ke-21, model PPBK ini masih lagi boleh

digunakan dalam pendidikan di Malaysia.

4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN APLIKASI CANVA

Aplikasi Canva lebih senang, mudah dan berkesan berbanding aplikasi lain

yang lebih kompleks. Selain daripada percuma, Canva juga menyediakan pelbagai reka

bentuk yang sesuai dengan tema yang diingini oleh pengguna. Reka bentuk yang

disediakan juga megikut citarasa yang terkini. Pengguna juga mampu menggunakan

gambar sendiri sebagai templat. Aplikasi ini juga ada menyediakan jenis tulisan yang

pelbagai dan sesuai dengan pemilihan reka bentuk. Selain daripada itu, aplikasi ini telah

tersedia beberapa templat yang biasa digunakan oleh pengguna masa kini seperti

Instagram photo, headline, facebook photo dan sebagainya.

Aplikasi Canva juga boleh dimuat turun setelah selesai diedit dan dapat

digunakan secara luar talian selepas dimuat turun. Percampuran kesemua elemen

seperti pemilihan warna reka bentuk, latar belakang, saiz fon dan warna fon mampu

menjadikan sesebuah slaid pembentangan cantik dan menarik. Lumrah manusia akan

tertarik dengan perkara yang menarik dan hal ini secara tidak langsung mampu

membuatkan proses penyampaian maklumat tersebut berjaya. Semua kelebihan Canva

ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya aplikasi Canva di Play Store yang

membolehkan Canva digunakan di mana-mana sahaja. Atas faktor ini, ia mampu

menyelesaikan isu keterbatasan capaian wifi di dalam kawasan sekolah membantutkan

PPBK.

Page 6: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

5.0 CARA MEMBUAT SLAID PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN TABLET

1. Muat turun aplikasi Canva di App Store atau Google Play Store dalam

peranti telefon anda.

2. Baca terma dan syarat yang tertera dan tekan "Terima".

3. Selepas membuka aplikasi Canva, anda boleh mencari templates

pembentangan atau menggunakan ruang carian untuk mendapatkan hasil

yang lebih pantas.

4. Masukkan perkataan presentations pada ruangan carian dan tekan cari.

5. Tekan simbol '+' yang berada di bahagian kanan bawah, menu akan

keluar dan anda boleh pilih sama ada text, image, graphic, template atau

page.

6. Dalam menu text, anda boleh menulis input yang ingin disampaikan.

Pelbagai jenis tulisan yang menarik disediakan secara percuma. Saiz

tulisan juga boleh dilaraskan bertepatan dengan kehendak anda. Pelarasan

tulisan sama ada ingin diletakkan di tengah, kanan atau kiri juga boleh

dilakukan. Fungsi gelapkan(bold) dan condong(italic) juga disediakan.

Jarak huruf dan ketinggian juga boleh dilaraskan di dalam menu ini.

7. Dalam menu menu image, anda boleh memasukkan gambar bagi

menjadikan pembentangan lebih menarik. Anda boleh memasukkan

gambar daripada galeri telefon anda ataupun mencari secara atas talian.

Page 7: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

8. Dalam menu graphic, terdapat banyak jenis grafik yang menarik. Corak

yang disediakan mampu menjadikan pembentangan lebih cantik.

9. Dalam menu templates, terdapat banyak acuan yang mempunyai reka

bentuk yang cantik dan menarik. Jika ingin cepat, anda boleh terus

menggunakan carian untuk mencari acuan yang bersesuaian.

10. Dalam menu page, anda boleh menambah slaid. Paparan akan

menunjukkan jenis reka bentuk yang boleh dipilih oleh anda. Setiap slaid

boleh menggunakan acuan yang berlainan bertepatan dengan cita rasa

anda.

11. Selepas semuanya selesai, anda boleh menyimpan segala data.

perlu ditekan untuk menyimpan pembentangan yang telah siap.

12. Anda boleh memilih untuk menyimpan fail tersebut pada mana-mana

medium yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Page 8: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

6.0 KEBAIKAN PENGGUNAAN APLIKASI CANVA

Aplikasi Canva merupakan salah satu medium yang diterima umum kini. Selain

daripada kebanyakan isiannya percuma, Canva juga menyediakan ruang kepada pereka

reka bentuk untuk mendapat duit sampingan. Canva telah cuba menjual reka bentuk

mereka kepada yang berminat. Duit yang diperoleh akan diberikan kepada pereka reka

bentuk tersebut. Selain itu, pelbagai reka bentuk templat yang menarik membuatkan

ramai pengguna gemar menggunakan aplikasi ini. Tema juga digunakan bagi

mengkategorikan jenis templat dan memudahkan carian. Canva juga menyediakan

pelbagai pilihan warna, tulisan dan saiz. Perkara ini menjadikan Canva sentiasa di

fikiran apabila ingin membuat sesuatu slaid pembentangan ataupun reka bentuk.

Penggunaan Canva juga fleksibel sama ada di komputer riba mahupun peranti telefon

bimbit. Hal ini menjadikan penggunaannya lebih berkesan dan menyeluruh. Selain itu,

kepakaran dalam reka bentuk juga tidak diperlukan memandangkan Canva

menyediakan segalanya. Canva menggunakan konsep “ambil dan letak” yang

membuatkan semua orang mampu menggunakannya. Perkara yang paling disukai

apabila menggunakan Canva adalah templat yang banyak melebihi 60,000 jenis

templat. Pengguna juga mudah unutk menggunakan templat yang bertepatan dengan

tema yang mereka inginkan kerana hanya perlu menuliah di ruangan carian sahaja tanpa

perlu membelek setiap satu templat.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa dalam proses

Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) amat diperlukan.

Tambahan pula pada zaman yang serba canggih dan teknologi ini, kebanyakan pelajar

sekarang lebih cenderung dan tertarik dengan penggunaan imej yang menarik dan

penggunaan warna yang betul. Disebabkan itu, aplikasi Canva ini diajdikan piihan

supaya proses pembelajaran dan pengajaran itu menjadi lebih senang, mudah dan

berkesan.

Page 9: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Brosur Tajuk Kajian (Depan)

Gambar 2: Brosur Tajuk Kajian (Belakang)

Page 10: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

Gambar 3: Brosur Aplikasi Canva (Depan)

Gambar 4: Brosur Aplikasi Canva (Belakang)

Page 11: HUBUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …kepada model Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan hubungannya dengan penggunaan aplikasi Canva. Unsur-unsur dalam PPBK

Muhammad Haziq Bin Ariffadzilah

Gambar 5: Poster