hubungan pencemaran partikel terampai (pmio) dengan ...hubungan pencemaran partikel terampai (pm10)...

8
Pertanika J. Sci. & Technol. 4(2): 275-282 (1996) ISSN,OI28-7680 @ Penerbit Universiti Pertanian Malaysia Hubungan Pencemaran Partikel Terampai (PMIO) dengan Pesakit Asma Zailina HashUn, Juliana Jalaludin, Azman Zainal Abidin 1 dan Azizi Haji Omar 2 Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti Fakulti Ekologi Manusia Universiti Pertanian Malaysia 43400 Serdang, Selangor, Malaysia J]abatan Sains Alam Sekitar Fakulti Saw dan Pengajian Alam Sekitar Uniuersiti Pertanian Malaysia 43400 Strdang, Stlangor, Malaysia 2]abatan Ptdiatrik Fakulti Perubatan Universiti Ktbangsaan Malaysia 50300, Kuala Lumpur Malaysia Received 27 September 1995 ABSTRAK Satu kajian terhadap 30 orang pesakit asma yang terdiri dari kanak-kanak telah dilakukan di Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara PMIO dan serangan asma yang dialami oleh pesakit. Kajian berbentuk epidemiologi prospektif telah dilakukan dari I September 1994 sehinggga 31 Disember 1994. Pesakit asma telah dipilih dari Unit Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang, sejarah dan tahap penyakit yang dialami. Kad diari pula digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kekerapan penyakit yang dialami oleh pesakit asma. Perkembangan pesakit diikuti setiap minggu 5epanjang kajian bagi mendapatkan maklumat perkembangan penyakit. Data PMlO pula didapati dari Jabatan Sains Alam Sekitar, UPM melalui stesyen pengukuran kualiti udaranya terletak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Hasil dari temubual berdasarkan persep5i yang dibuat oleh ibubapa responden mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan serangan a5ma di kalangan responden adalah cuaca yang sejuk (73.3%), pencemaran udara (70%), dan pemakanan (67.7%). Ujian statistik menunjukan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara PMIO dengan serangan asma sepanjang masa kajian (r=0.73). Semasa jerebu, terdapat perkaitan yang lebih signifikan di antara PMIO dengan serangan asma (r 0.86).

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pertanika J. Sci. & Technol. 4(2): 275-282 (1996)ISSN,OI28-7680

    @ Penerbit Universiti Pertanian Malaysia

    Hubungan Pencemaran Partikel Terampai (PMIO)dengan Pesakit Asma

    Zailina HashUn, Juliana Jalaludin, Azman Zainal Abidin1

    dan Azizi Haji Omar2

    Jabatan Pemakanan dan Kesihatan KomunitiFakulti Ekologi Manusia

    Universiti Pertanian Malaysia43400 Serdang, Selangor, Malaysia

    J]abatan Sains Alam SekitarFakulti Saw dan Pengajian Alam Sekitar

    Uniuersiti Pertanian Malaysia43400 Strdang, Stlangor, Malaysia

    2]abatan PtdiatrikFakulti Perubatan

    Universiti Ktbangsaan Malaysia50300, Kuala Lumpur• Malaysia

    Received 27 September 1995

    ABSTRAKSatu kajian terhadap 30 orang pesakit asma yang terdiri dari kanak-kanaktelah dilakukan di Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah untukmengenalpasti perkaitan di antara PMIO dan serangan asma yangdialami oleh pesakit. Kajian berbentuk epidemiologi prospektif telahdilakukan dari I September 1994 sehinggga 31 Disember 1994. Pesakitasma telah dipilih dari Unit Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur.Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenailatarbelakang, sejarah dan tahap penyakit yang dialami. Kad diari puladigunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kekerapan penyakityang dialami oleh pesakit asma. Perkembangan pesakit diikuti setiapminggu 5epanjang kajian bagi mendapatkan maklumat perkembanganpenyakit. Data PMlO pula didapati dari Jabatan Sains Alam Sekitar,UPM melalui stesyen pengukuran kualiti udaranya terletak di DewanBandaraya Kuala Lumpur. Hasil dari temubual berdasarkan persep5iyang dibuat oleh ibubapa responden mendapati bahawa faktor-faktoryang menyebabkan serangan a5ma di kalangan responden adalah cuacayang sejuk (73.3%), pencemaran udara (70%), dan pemakanan (67.7%).Ujian statistik menunjukan bahawa terdapat perkaitan yang signifikanantara PMIO dengan serangan asma sepanjang masa kajian (r=0.73).Semasa jerebu, terdapat perkaitan yang lebih signifikan di antara PMIOdengan serangan asma (r ~ 0.86).

  • zailina Hashim. Juliana Jalaludin. Azman Zainal Abidin dan ADzi Haji Omar

    ABSTRACTA study of 30 asthmatic children was conducted in Kuala Lumpur. Theobjective of this study was to examine the relationship between respirableparticulates (PMIO) and asthma attacks. This study was conducted from1st September to 31st December 1994. Patients were selected from thePediatric Unit, Kuala Lumpur General Hospital. Questionnaires wereused to obtain information on the history and severity of asthma attacks ofthese patients. Diary cards were used to collect information on thefrequency of asthma attacks. The patients' progress was followed throughevery week during the study period and the attacks recorded. The data onair quality and meteorology were collected from the Universiti PertanianMalaysia air quality monitoring station located at the Kuala Lumpur CityHall. Based on the interviews, parents perceived that the causal factors ofasthma attacks were cold weather (73.3%), air pollution (70%), and diet(67.7%). Statistical tests indicated that there was a significant relationshipbetween asthma attacks and the PM 10 concentration (r~0.73) through-out the study period. During the haze episode, the relationship betweenasthma attacks and PMIO concentrations was more significant (r = 0.86).

    Kata kunci: pencemaran udara, PMIO, jerebu, kanak.kanak asma

    PENGENALANPartikel terampai (PM10) adalah partikel yang berukuran kurangdaripada 10 1J. m yang boleb di sedut masuk ke dalam paru-paru. PMIOdijadikan indikator yang penting bagi menilai kualiti udara di LembahKelang. Garis panduan yang telah dicadangkan untuk kualiti udara dinegara Malaysia ialah 150 lJ.g/m' (mikrogram per meter padu udara).Keadaan dikatakan berjerebu apabila paras partikel terampai melebihi 2kali ganda daripada keadaan normal, manakala visibliti atau jarakpenglihatan kurang dari 1 km dan kelembapan udara kurang dari 95%Uabatan Alam Sekitar 1992). Semasa episod jerebu (September hinggaOktober 1994) paras PM 10 hampir mencapai 300 Ilg/m' iaitu 2 kali gandadaripada paras yang disarankan untuk kualiti udara di Malaysia UabatanAlam Sekitar 1995). Tahap PM10 yang agak tinggi ini boleh menimbulkanbeberapa implikasi kesihatan kepada penduduk di kawasan sekitaran.

    Antara penyakit yang kerap di kaitkan dengan masalah jerebu yangberlaku ini adalah serangan asma. Asma merupakan penyakit yang berlakupada bahagian saluran pernafasan individu yang sensitif terhadaprangsangan faktor dari luar. Penyakit ini disebabkan oleh kesempitansaluran pernafasan akibat dari gerakan spastik bahagian bronkus, bengkakpada cabang bronkus dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Terdapat 2jenis penyakit asma iaitu asma ekstrinsik yang disebabkan oleh faktorluaran seperti pemakanan debu atau habuk di udara atau keadaan cuaca.Manakala asma intrinsik pula disebabkan oleh faktor dalaman sepertigenetik, ketegangan emosi atau keletihan (Perry et al. 1982).

    276 Pertanika J. Sci. & Technol. Vol. 4 No.2. 1996

  • Hubungan Pencemaran ParlikeJ Terampai {pM 10) dengan Pesaki! Asma

    Di dalam usaha untuk mengkaji impak pencemaran udara kepadamanusia, pesakit asma merupakan populasi yang sensitif terhadap kualitiudara kerana mereka ini selalunya alah kepada bendasing yang berada diudara. Beberapa kajian yang telah di lakukan ke atas pesakit asmamenunjukkan bahawa tedapat perkaitan yang signifIkan di antara seranganasma dengan kepekatan bahan pencemar yang tinggi di udara seperti gassulfur dan nitrohen dioksida, ozon dan partikel terampai (AmericanThoracic Society 1978; Perry et at. 1982; Haymes and Wells 1986; Ponka1991; Forestiere et at. 1994.

    Kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada satu kajian yang dilakukanselama empat bulan, untuk mengenalpasti perkaitan di antara kepekatanPM 10 dengan serangan asma di kalangan pesakit di persekitaran kawasanKuala Lumpur.

    METODOLOGIKajian berbentuk irisan lintang epidemiologi ini telah dijalankan daripadaSeptember sehingga Disember 1994. Kajian yang melibatkan 30 orangpesakit asma yang terdiri dari kanak-kanak telah dijalankan di kawasanKuala Lumpur. Mereka adalah pesakit luar yang datang ke Unit Pediatrik,Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan asma.Pemilihan sampel telah dilakukan dengan batuan pakar perubatan dariunit ini. Pesakit-pesakit ini tinggal di kawasan-kawasan seperti Cheras,Titiwangsa, Sentul, Ulu Kelang, Setapak dan Segambut. Kanak-kanakyang berumur bawah 12 tahun telah dipilih di dalam kajian kerana merekabawah 12 tahun telah dipilih di dalam kajian kerana mereka merupakangolongan yang rentan terhadap serangan penyakit. Beberapa faktor lainyang boleh mempengaruhi serangan peyakit asma seperti merokok,tekanan pekerjaan, pendedahan dari tempat pekerja dan diet yangberbeza, tidak terdapat di kalangan kanak-kanak. Oleh itu pengaruhfaktor-faktor ini dapatlah di kurangkan.

    Dalam kajian ini kekerapan serangan asma di kalangan kanak-kanakini diikuti selama 4 bulan dengan menggunakan kad diari yang diisi setiaphari oleh ibubapa kanak-kanak ini. Borang soal selidik telah digunakanuntuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang, sejarah, tahappenyalit yang dialami dan pengaruh persekitaran dalaman kepada pesakitasma. Data PMlO telah didapati dari stesyen pengukuran kualiti udaraJabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia yang terletak diDewan Bandaraya Kuala Lumpur (Inouye and Azman 1986). "MicroComputer System for Air Monitoring" (MCSAM II) adalah sistem yangdigunakan untuk mengukur kepekatan PMlO. Ia diukur dengan meng-gunakan kaedah pancaran beta. Data yang diperolehi adalah berbentukpurata harian bermula dari I September sehingga 31 Disember 1994.

    Pertanika 1. Sci. & Technol. Vol. 4 No.2, 1996 277

  • Penyebab

    Zailina Hashim, Juliana Jalaludin, Azman Zainal Abidin dan A.zi.zi Haji Omar

    KEPUTUSAN DAN PERBINCANGANData kajian ini terdiri dari bahagian yang diperolehi dari borang soalselidik, kad diari dan rekod daripada stesyen pengukuran kualiti udara.Keputusan daripada borang selidik menunjukkan bahawa sebanyak 43.3%daripada mereka mempunyai ahli keluarga terdekat yang mengidap asmadan selebihnya (56.7%) tidak mempunyai sejarah asma dalam ke!uargaterdekat. Ini menunjukkan bahawa faktor genetik bukanlah penyebabutama penyakit ini. Antara faktor utama penyebab serangan asma dikalangan kanak-kanak di dalam kajian ini adalah cuaca yang sejuk(73.3%), pencemaran udara (70%) dan makanan (67.7%). Rajah Jmenggambarkan persepsi ibubapa terhadap faktor-faktor penyebabserangan asma di kalangan kanak-kanak di dalam kajian ini. "Korre!asiPearson" telah digunakan untuk menguji perkaitan di antara seranganasma dengan faktor persekitaran dalaman rumah pesakit. Keputusan yangdiperolehi menunjukkan bahawa tiada perkaitan yang signifikan di antarafaktor persekitaran dalaman rumah pesakit dengan serangan asma yangdialami oleh mereka (r = 0.15).

    Bau cat

    P.udara

    Tekanan emosi

    Cuaca sejuk

    Ke1etihan

    Makanan

    Asap rokok

    Ubat nyamuk

    Habuk/debu

    Asap kenderaan-F=:::::t==F=::..+--f---+---+-+---10% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

    PeratusResponden

    Rajah 1. Persepsi ibubapa terhadap penyebab serangan asma di kalangan pesakit

    Paras PMJO di Kuala LumpurData kualiti udara dari Jabatan Sains Alam Sekitar, UPM di DewanBandaraya Kuala Lumpur mendapati bahawa parlike! terampai berada ditahap yang kritikal kerana parasnya kerapkali me!ebihi paras piawaianyang disarankan untuk Malaysia semasa episod jerebu. J adual Imenunjukkan perbandingan paras PMIO dengan garis panduan bagikualiti udara di Malaysia. Rajah 2 menggambarkan taburan PMIO semasakajian iaitu I September-31 Disember dan Rajah 3 menunjukkan taburanPMIO semasa episod jerebu iaitu dari 15 September-6 Oktober. Rajah 4pula merupakan taburan peratusan serangan asma pada masa kajian dan

    278 Pertanika J. Sci. & Technol. Vol. 4 No.2, 1996

  • Hubungan Pencemaran Partikel Terampai (pM 10) dengan Pesakit Asma

    JADUAL 1Perbandingan aras PMIO (J-lg/m3) dengan garis panduan kualiti udara Malaysia

    Tarikh

    1 Sept-31 Dis(Sepanjangkajian)

    15 Sep,-6 Ok,(Episadberjerebu)

    Min

    84

    124

    Maksima

    285

    285

    Minima

    22

    36

    SisihanPiawai

    ±50.2

    ±67.9

    GarispanduanKualiti Udara

    di Malaysia

    150

    150

    300ri 250~ I- Io 200

    ~ 150

    "~ 100!so

    0• • • • • • £~ " " " " ~

    >~ > > > . . . . • ., .

    ~•

    ~• ~ ~ ~ ~ ~ ~ ° ° ° ° ~

    is~

    is 9 c 9:z w ~ ~ ~z z z

    ~ • ~ g; ~ .. ~ " ~ ~" ~ ~ ~HaribulanRajah 2. Tren kepekatan PM10 di Kuala Lumpur (1 Sept-31 Dis 1994)

    BO ,.--------- _

    ".

    30'

    20

    10

    o ,viI 7- 14- 21- 28- 6_ 13- 20- 27- 4- 11- 18·

    .10 ·_'-sep Sep Sep Sep Okt Okt Okt O"ktNOVl;';o',""o,";'oc"nD",.-rii;;-.~.:':';;-;;;;'-__--.JHaribulan

    Rajah 3. Tren peratusan mangan asrna di kalangon responden (1-Sept-31 Dis 1994)

    Pertanika J. Sci. & Technol. Vol. 4 No.2, 1996 279

  • Zailina Hashim, Juliana Jalaludin, Azrnan Zainal Abidin dan Azizi Haji Omar

    300,------- -,

    oL.. ~--l

    15-1~1~18-1.~21-U-~-2~2~~2~~5»2-3-~~~

    ~~s~s~~s~~p~s~s~~~s~S~~~mlm!mIOkl~

    :::: ISO

    .::: 100

    ...X ,.0:-

    ><

    E 250

    '""- '00o

    Hal'ihulan

    Rajah 4. Tren kepekatan PMI0 di Kuala Lumpur semasa ,pisodjerebu (15 Sept.(j Okt94)

    - ~ .-_ ..... ,--1

    ..70

    ~ 60

    ~50

    40

    30

    ~ 20"J.: 10

    0

    l!>- 17·s,p s,p

    19- 21· 23- 25· 27- 29- 2- +- 6_s~ ~p s~ ~ s~ ~ Ok! Okt ~

    Hal'ilmlall

    Rajah 5. Tren peratusan serangan asma di Kuala LumpuT ~tma.'>U epi~od jerebu(15 S,p-6 Okt 1994)

    Rajah 5 semasa episod jerebu. Peningkatan paras PM10 begitu ketara padamasa jerebu disebabkan oleh sumber luaran iaitu pembakaran hutan diKalimatan dan Sumatera di samping sumber tempatan seperti pembakaranbahan sisa pepejal, pembakaran bahanapi dari kenderaan dan industri.

    Perkaitan di Antara Pencemar dengan Scrangan AsmaUjian "Korrelasi Pearson" telah digunakan untuk melihat perkaitan diantara kepekatan bahan pencemar dengan serangan asma seperti yangterdapat dalam Jadual 2. Peratus serangan asma didapati denganmenggunakan bilangan pesakit yang mendapat serangan asma pada haritertentu dibahagi dengan jumlah semua pesakit didharab seratus.Keputusan dari ujian "Korrelasi Pearson" yang dijalankan menunjukkanbahawa terdapat perkaitan yang signifikan di an tara PMIO denganserangan asma pada keseluruhan masa kajian. (r = 0.73). Keputusan yangdiperolehi semasa jerebu pula menunjukkan perkaitan yang lebih signifikandi antara PMIO dengan serangan asma (r= 0.86). Rajah 6 dan 7

    280 Pertanika 1, Sci. & Technol. Vol. 4 No.2, 1996

  • Hubungan Pencemaran Partikel Terampai (PMlO) dengan Pesakit Asma

    JADUAL 2Perkaitan di antara pencemar dan serangan asma

    Jangkamasa Variabel r

    Sepanjang masa kajian(1 Sept-31 Dis)

    Serangan asma &PMIO 0.73***

    Pada masa jerebu(15 Sept-6 Okt)

    Serangan asma &PMI0 0.86***

    *** Signifikan pada paras keertian p ~ 0.001

    300

    250

    •y ~ 0.1995x - 3.3382

    R' - 0.5379•

    150 200PMI0 (~g/m3)

    100

    80r------------------~

    "6 70

    ~ 60~ 50§ 40~

    g 30~ 20~

    J5 100+-4+_ ==-=-4-

  • zaiJina Hashim, Juliana Jalaludin, Azman zainal Abidin dan Azizi Haji Omar

    Penyumbang utama kepada sumber PM to di negara kita adalah dariproses pembakaran bahan bakar seperti gasolin, arang dan kayu, dari eksoskenderaan dan serombong asap kilang. Terdapatjuga pembakaran terbukaterhadap bahan sisa bangunan, hutan tebangan dan sampah dari MajlisPerbandaran Daerah. Di samping ini sumber luar iaitu pembakaran hutanyang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, juga menyumbang kepadapeningkatan PMIO ini. Paras PMIO yang tinggi ini telah memberi kesankepada pesakit asma di dalam kajian ini. Hasil dari kajian ini juga dapatmenyokong kesimpulan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Perry el at.(1982) dan Ponka (1991).

    KESIMPULANKajian menunjukkan bahawa serangan asma mempunyai perkaitan yangsignifIkan dengan PMIO sepanjang masa kajian (4 bulan). Disamping ini,terdapat perkaitan yang lebih ketara semasa episod jerebu. Peningkatanparas PM I0 secara mendadak akibat· dari sumber dalaman dan luaransena keadaan meteorologi telah menyebabkan PMIO melebihi darigarispanduan yang disarankan untuk kualiti udara di Malaysia.

    RUJUKANAMERICAN THORACIC SOCIETY. 1978. Health Effects 'If Air Pollution. New York:

    American Lung Association, p. 1-25.

    FORESTIERE, F., M.G. CORBO, R. PISTELL, PAOLA MICHELOZZI, AGABATI NEW,CIAPPI BRANCATO and A.C. PERUCCI. 1994. Bronchial responsiveness pollutionlevels. Archives of Environmental Health 63(5): 113-120.

    HAYMES, M.L. and L.S. WELLS. 1986. Environment and Human Performance. Champaign,Ill.: Human Kinetics Publishers, p. 13-117.

    ]NOUYE, R. and Z.A. AZMAN. 1986. Diural variations and frequency distribution of airpollutants concentration in Kuala Lumpur and its outskirts - A preliminaryanalysis. Pertanika 9(2): 201-208.

    JABATA1'f ALAM SEKITAR. 1992. Laporan Interim Kejadian Jerebu Di Malaysia 1991.

    JABATAN ALAM SEKITAR. 1995. Laporan Interim Kejadian Jerebu Di Malaysia 1994.

    PERRY, G.B., H. CHAl, D.W. DICKEY, R.H.JONES, R.A.JINSWAN, C.G. MORRILL,S.L. SPECTOR and P.C. WEISER. 1982. Elfects of particulates air pollution onasthmatics. Am. J. Public Health 73(1): 50-56.

    PONKA, M.D. 1991. Asthma and low level air pollution in Helsinki. Archives ofEnvironmental Health 46(5): 262-269.

    WHO. 1979. Executive summary of sulfur oxides and suspended particulates matter.EnvironmtTIt Health. Criteria 8: 1-7.

    282 Pertanika J. Sci. & Technol. Vol. 4 No. 2, 1996