honda future media launch agenda · ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada honda future ialah...

14
HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA 10:30am Guest Arrival and Registration 11:00am Welcome note by Emcee 11:03am Welcome speech by Mr. Satoshi Okada, Managing Director/CEO of Boon Siew Honda Sdn Bhd 11:13am Bike Unveiling 11:20am Photo Session 11:30am Product Presentation 11:37am Q&A Session 12:00noon Lunch at Kim Ma Restaurant 1:30pm End of Event

Upload: doananh

Post on 01-May-2018

218 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

 

HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA 10:30am Guest Arrival and Registration

11:00am Welcome note by Emcee

11:03am Welcome speech by Mr. Satoshi Okada, Managing Director/CEO of Boon

Siew Honda Sdn Bhd

11:13am Bike Unveiling

11:20am Photo Session

11:30am Product Presentation

11:37am Q&A Session

12:00noon Lunch at Kim Ma Restaurant

1:30pm End of Event

   

Page 2: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

P ress I nformation 18 Julai, 2012 BISNES

‘FUTURE’ TARUHAN HONDA KEKAL TERAJU INDUSTRI MOTOSIKAL

Boon Siew Honda Sdn Bhd, peneraju dalam industri motosikal Malaysia sejak beberapa dekad lalu

mensasarkan untuk terus kekal sebagai jenama nombor satu dengan memperkenalkan model baru, Honda

Future.

Dengan pasaran motosikal Malaysia dijangka berkembang sebanyak 4 hingga 6% pada 2012 dan 2013, Boon

Siew Honda memperkenalkan ‘Future’, moped baru yang mampu melakukan perjalanan sejauh 338

kilometer dengan satu tangki penuh (diuji oleh ECE 40 Mode), motosikal pertama seumpamanya di negara

ini.

“Di sebalik trend perkembangan transmisi automatik, moped tetap menjadi asas kepada perniagaan

motosikal di Malaysia. Permintaan pengguna mungkin telah beralih dengan lebih banyak tumpuan kepada

nilai estetika, tetapi asas keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga berubah selama beberapa dekad

ini. Sebab itulah kami percaya di mana ‘Future” sesuai untuk pengguna-pengguna muda dan tua dengan

penampilan yang begaya, kecekapan bahan api dan juga ciri-ciri praktikal tersedia,” kata En. Satoshi Okada,

Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd.

Pada tahun 2011, Boon Siew Honda menguasai 44% pasaran. Dengan pelancaran Honda ‘Future’, mereka

mengunjurkan perkembangan pasaran dengan sasaran 3500 unit sebulan.

Honda Future dipertingkatkan oleh kebuk-U 19L yang lebih besar untuk penyimpanan topi keledar muka

penuh dan barangan peribadi, muatan tangki minyak 5.6 liter (tangki minyak model terdahulu Wave 125 X

Ultimo 3.7 liter), dan dijana oleh enjin empat lejang generasi baru 125cc OHC 4 kitaran baru menjanjikan

penjimatan minyak sehingga 7.6% (berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) disamping kuasa pecutan yang

mantap dan berkuasa pada setiap rpm. Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat

duduk lebih lebar, lampu belakang LED dan juga meter laju bermuka jernih yang cukup sporti.

Dijual pada harga antara RM5,578 sehingga Rm5,998 (cadangan harga atas jalan), Honda Future dijangka

dapat meningkatkan populariti Honda sebagaimana yang dibuktikan jenteranya sebelum ini, Honda EX-5.

Bergantung kepada permintaan, Honda Future menawarkan tiga varian pilihan kepada pengguna. Varian 1

dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan brek cakera depan, Varian 2 dilengkapi dengan roda

sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan manakala Varian 3 menggabungkan penghidup enjin

elektrik, roda sporti dan brek cakera depan dan belakang. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan

warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik. …bersambung

Page 3: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

CIRI-CIRI UNGGUL:

Menjelajah Lebih Jauh

Honda Future mempunyai beberapa keistimewaan dengan kebuk-U 19liter yang lebih besar untuk

memudahkan penyimpanan barangan peribadi dan topi keledar muka penuh.

Tangki minyak lebih besar 5.6liter juga menjadi ciri-ciri utama Honda Future. Tangki muatan minyak lebih

besar membolehkan perjalanan lebih jauh (sehingga 338km, 100km lebih jauh berbanding dengan Wave 125

X Ultimo) tanpa perlu melakukan pengisian semula.

Keutamaan lain yang diberi perhatian termasuklah tempat letak bateri bahagian sisi bagi memudahkan

penyelenggaraan, akses pintar pembukaan tempat duduk dan juga peningkatan tahap keselamatan automatik.

Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam

Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE, penggunaan bahan api Honda Future menawarkan kecekapan

bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km untuk setiap liter berbanding dengan Wave

125 X Ultimo. Dengan peningkatan pembakaran bahan api yang lebih baik, ia menghasilkan pembakaran

yang bersih mematuhi standard Euro 2 dan motosikal mesra alam.

Tunggangan Lebih Selesa

Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai saiz pengguna. Selaras dengan fungsi

sebagai moped jarak jauh, Honda Future dibina dengan tempat duduk lebih lebar dan ergonomik untuk

penunggangan yang selesa sepanjang masa. Dengan acuan reka bentuk bahagian depan yang menghapuskan

penggunaan skru dapat mengurangkan bunyi getaran dari penutup depan.

Lebih Selamat

Penggunaan lampu belakang LED Berpadu dapat memastikan pencahayaan yang lebih galak pada sebarang

keadaan cuaca. Reka bentuk canggih meter laju bermuka jernih dan juga lampu isyarat dan kabus bergaya

menjadi penampilan unik dan meningkatkan tahap ketampakan pada waktu malam.

Page 4: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SPESIFIKASI:

ENJIN

Enjin Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran

Gerek & Lejang 52.4 x 57.9mm

Sesaran Enjin 124.8cc

Nisbah Mampatan 9.3 : 1

Sistem Penghidup Penghidup Elektrik & Tendang

Muatan Minyak Pelincir 0.9 liter (Selepas ditanggalkan), 0.7 liter (Selepas pembuangan)

TRANSMISI KUASA

Klac Automatik & Klac Basah Berbilang Plat

Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan

Gear 1 2.500 (35/14)

Gear 2 1.550 (31/20)

Gear 3 1.150 (23/20)

Gear 4 0.923 (24/26)

Nisbah Penurunan Utama 3.350 (67/20)

Nisbah Penurunan Akhir 2.571 (36/14)

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan DC-CDI

Bateri 12V/3.0A.h(10H)

Page 5: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SPESIFIKASI: DIMENSI

Panjang Keseluruhan 1932mm

Lebar Keseluruhan 711mm

Tinggi Keseluruhan 1092mm

Jarak Roda 1258mm

Berat Bersih Varian 1 (Elektrik/Roda Jejari/Cakera Depan): 99kg

Varian 2 (Elektrik/Roda Sporti/Cakera Depan): 100kg

Varian 3 (Elektrik/Roda Sporti/Cakera Depan belakang): 101kg

CASIS

Bentuk Kerangka Tulang Belakang

Suspensi Depan – Teleskopik 81mm

Belakang – Kembar 81mm

Muatan Tangki Petrol 5.6 liter

Ukuran Tayar Depan – 70/90-17M/C 38P

Belakang – 80/90- 17M/C 50P

Sudut Caster 26° 30'

Jejak Trail 68mm

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum 7.6kW (9.6PS) /7500rpm

Tork Maksimum 10.6Nm (1.08kgf.m) /5500rpm

Nota:Spesifikasi boleh ditukar bila-bila masa tanpa notis.

Media information, please contact:

Global PR Sdn Bhd

Paulynne Cheng at [email protected] or 016-213 8765.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

Head Office:

25-B, Lebuh Farquhar 10200 Penang, Malaysia

Tel: 604-2613422 Fax: 604-2613433

Page 6: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SIDANG MEDIA PELANCARAN HONDA FUTURE, 18 Julai 2012

Ucapan daripada En. Satoshi Okada, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif

Selamat pagi dan selamat datang kepada semua media, tuan-tuan dan puan-puan.

Sudah hampir sembilan bulan lamanya sejak kali terakhir kami bertemu pada majlispengenalan model baru

Honda tahun lepas. Sepanjang tempoh itu, rakan-rakan saya di Honda tidak hanya duduk berdiam diri.

Dengan Semangat Impian berterusan, pada hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Honda Future

– motosikal berkuasa dan selamat, praktikal dan bergaya, selesa serta tampil anggun. Ini merupakan moped

pertama di Malaysia yang mampu melakukan pengembaraan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan hanya

satu tangki penuh sebagaimana hasil kajian Mod ECE 40.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai ciri-ciri yang terdapat pada Honda Future kerana En. Tatsuya

Minagawa (Ketua Projek Honda Future) akan memberikan penjelasan lebih terperinci mengenainya pada

program hari ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan inovasi dan evolusi berterusan dan digabungkan dengan

Semangat cabaran menjadi pegangan teguh kepada Honda. Beginilah bagaimana kami mengekalkan

kedudukan sebagai peneraju pasaran di Malaysia saban tahun. Kami sentiasa meletakkan sasaran kepada

penghasilan produk yang sempurna. Di sebalik trend perkembangan transmisi automatik, moped tetap

menjadi asas kepada perniagaan motosikal di Asia. Permintaan pengguna mungkin telah beralih dengan lebih

banyak tumpuan kepada nilai estetika, tetapi asas keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga

berubah selama beberapa dekad ini. Dengan menggabungkan semua ciri-ciri yang diperlukan di dalam

pasaran yang semakin luas, kami berharap Honda Future mampu merapatkan jurang diantara pengguna-

pengguna sedia ada di pasaran dan pengguna-pengguna generasi baru.

…bersambung

Page 7: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

Sama seperti model-model lain dalam kapasiti sama All Mode Mighty Series, Honda Future mengutamakan

keseimbangan dari segi prestasi, gaya, kecekapan penggunaan bahan api pada tahap optimum dan

mengekalkan imej motosikal Honda yang boleh dipercayai dan tahan lasak. Dalam erti kata lain, siapa kata

motosikal praktikal dan pelbagai guna tidak kelihatan menarik?

Bergantung kepada kehendak masing-masing, tiga varian daripada model sama ditawarkan kepada

peengguna-pengguna. Varian 1 yang dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan brek cakera depan

dijual pada harga antara RM5,578 (cadangan harga atas jalan); Varian 2 dilengkapi dengan roda sporti,

penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan dijual pada harga RM5,728; manakala Varian 3 yang

dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda sporti dan brek cakera depan dan belakang boleh didapati pada

harga RM5,998. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam

Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik.

Semua yang hadir pada hari ini akan dapat menyaksikan model baru ini sebentar lagi. Namun sebelum itu,

saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir.

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Honda dan ‘Semangat Impian’.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

(676896-A)

Head Office:

25-B, Lebuh Farquhar 10200 Penang, Malaysia

Tel: 604-2613422 Fax: 604-2613433

Page 8: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

 

HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA 10:30am Guest Arrival and Registration

11:00am Welcome note by Emcee

11:03am Welcome speech by Mr. Satoshi Okada, Managing Director/CEO

of Boon Siew Honda Sdn Bhd

11:13am Bike Unveiling

11:20am Photo Session

11:30am Product Presentation

11:37am Q&A Session

12:00noon Lunch at Kim Ma Restaurant

1:30pm End of Event

   

Page 9: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

P ress I nformation 18 Julai, 2012 PEMOTORAN

MOTOSIKAL HONDA FUTURE – HERO PENJELAJAH JAUH

Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan moped jarak jauh pertama

Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan model terbaru, Honda Future, jentera moped jarak

jauh pertama yang membolehkan perjalanan jauh sehingga 338 kilometer tanpa pengisian semula

minyak sebagaimana hasil kajian Mod ECE 40 (Paling baik dalam kategori).

Model terbaru Honda ini menggabungkan kecekapan bahan api, estetika, lebih praktikal, lebih

selamat dan keselesaan di dalam satu pakej, di mana ia sesuai untuk semua peringkat umur dan

juga keadaan jalan raya. Ciri Terunggul daripada model ini adalah 19liter kebuk-U dan boleh

menyimpan sebiji topi keledar muka penuh dan barangan peribadi, ini boleh dikatakan sebagai

ketua jentera moped.

Dengan muatan tangki minyak 5.6 liter yang ada pada Honda Future, digabungkan dengan enjin

empat lejang generasi baru 125cc OHC 4 kitaran baru menjanjikan penjimatan minyak sehingga

7.6% (perbandingan dengan model dahulu Wave 125 X Ultimo) disamping kuasa pecutan yang

mantap dan berkuasa pada setiap rpm.

“Inovasi dan evolusi berterusan dan digabungkan dengan Semangat Cabaran menjadi pegangan

teguh kepada Honda. Beginilah bagaimana kami mengekalkan kedudukan sebagai peneraju

pasaran di Malaysia pada saban tahun. Kami sentiasa meletakkan sasaran kepada penghasilan

produk yang sempurna. Dengan menggabungkan semua ciri-ciri yang diperlukan kepada pasaran

yang semakin luas, kami berharap Honda Future mampu merapatkan jurang diantara pengguna-

pengguna di pasaran sedia ada dan pengguna-pengguna generasi baru,” kata Satoshi Okada,

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd.

Dijual pada harga antara RM5,578 sehingga RM5,998 (cadangan harga atas jalan), Honda Future

dijangka dapat meningkatkan populariti Honda sebagaimana yang dibuktikan jenteranya

sebelum ini, Honda EX-5. Bergantung kepada permintaan, Honda Future menawarkan tiga

varian pilihan kepada pengguna. Varian 1 dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan

brek cakera depan, Varian 2 dilengkapi dengan roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek

cakera depan manakala Varian 3 menggabungkan penghidup enjin elektrik, roda sporti dan brek

cakera depan dan belakang. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan warna – Jingga

Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik. …bersambung

Page 10: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

CIRI-CIRI UNGGUL:

Menjelajah Lebih Jauh

Honda Future mempunyai beberapa keistimewaan dengan kebuk-U 19liter yang lebih besar

untuk memudahkan penyimpanan barangan peribadi dan topi keledar muka penuh.

Tangki minyak lebih besar 5.6liter juga menjadi ciri-ciri utama Honda Future. Tangki muatan

minyak lebih besar membolehkan perjalanan lebih jauh (sehingga 338km, 100km lebih jauh

berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) tanpa perlu melakukan pengisian semula.

Keutamaan lain yang diberi perhatian termasuklah tempat letak bateri bahagian sisi bagi

memudahkan penyelenggaraan, akses pintar pembukaan tempat duduk dan juga peningkatan

tahap keselamatan automatik.

Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam

Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE, penggunaan bahan api Honda Future menawarkan

kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km untuk setiap liter

berbanding dengan Wave 125 X Ultimo. Dengan peningkatan pembakaran bahan api yang lebih

baik, ia menghasilkan pembakaran yang bersih mematuhi standard Euro 2 dan motosikal mesra

alam.

Tunggangan Lebih Selesa

Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai saiz pengguna. Selaras

dengan fungsi sebagai moped jarak jauh, Honda Future dibina dengan tempat duduk lebih lebar

dan ergonomik untuk penunggangan yang selesa sepanjang masa. Dengan acuan reka bentuk

bahagian depan yang menghapuskan penggunaan skru dapat mengurangkan bunyi getaran dari

penutup depan.

Lebih Selamat

Penggunaan lampu belakang LED Berpadu dapat memastikan pencahayaan yang lebih galak

pada sebarang keadaan cuaca. Reka bentuk canggih meter laju bermuka jernih dan juga lampu

isyarat dan kabus bergaya menjadi penampilan unik dan meningkatkan tahap ketampakan pada

waktu malam.

Page 11: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SPESIFIKASI:

ENJIN

Enjin Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran

Gerek & Lejang 52.4 x 57.9mm

Sesaran Enjin 124.8cc

Nisbah Mampatan 9.3 : 1

Sistem Penghidup Penghidup Elektrik & Tendang

Muatan Minyak Pelincir 0.9 liter (Selepas ditanggalkan), 0.7 liter (Selepas pembuangan)

TRANSMISI KUASA

Klac Automatik & Klac Basah Berbilang Plat

Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan

Gear 1 2.500 (35/14)

Gear 2 1.550 (31/20)

Gear 3 1.150 (23/20)

Gear 4 0.923 (24/26)

Nisbah Penurunan Utama 3.350 (67/20)

Nisbah Penurunan Akhir 2.571 (36/14)

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan DC-CDI

Bateri 12V/3.0A.h(10H)

Page 12: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SPESIFIKASI: DIMENSI

Panjang Keseluruhan 1932mm

Lebar Keseluruhan 711mm

Tinggi Keseluruhan 1092mm

Jarak Roda 1258mm

Berat Bersih Varian 1 (Elektrik/Roda Jejari/Cakera Depan): 99kg

Varian 2 (Elektrik/Roda Sporti/Cakera Depan): 100kg

Varian 3 (Elektrik/Roda Sporti/Cakera Depan belakang): 101kg

CASIS

Bentuk Kerangka Tulang Belakang

Suspensi Depan – Teleskopik 81mm

Belakang – Kembar 81mm

Muatan Tangki Petrol 5.6 liter

Ukuran Tayar Depan – 70/90-17M/C 38P

Belakang – 80/90- 17M/C 50P

Sudut Caster 26° 30'

Jejak Trail 68mm

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum 7.6kW (9.6PS) /7500rpm

Tork Maksimum 10.6Nm (1.08kgf.m) /5500rpm

Nota:Spesifikasi boleh ditukar bila-bila masa tanpa notis.

Media information, please contact: Global PR Sdn Bhd Paulynne Cheng at [email protected] or 016-213 8765.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A) Head Office:

25-B, Lebuh Farquhar 10200 Penang, Malaysia Tel: 604-2613422 Fax: 604-2613433

Page 13: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

SIDANG MEDIA PELANCARAN HONDA FUTURE, 18 Julai 2012

Ucapan daripada En. Satoshi Okada, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif

Selamat pagi dan selamat datang kepada semua media, tuan-tuan dan puan-puan.

Sudah hampir sembilan bulan lamanya sejak kali terakhir kami bertemu pada majlis pengenalan

model baru Honda tahun lepas. Sepanjang tempoh itu, rakan-rakan saya di Honda tidak hanya

duduk berdiam diri. Dengan Semangat Impian berterusan, pada hari ini, kami dengan bangganya

memperkenalkan Honda Future – motosikal berkuasa dan selamat, praktikal dan bergaya, selesa

serta tampil anggun. Ini merupakan moped pertama di Malaysia yang mampu melakukan

pengembaraan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan hanya satu tangki penuh sebagaimana

hasil kajian Mod ECE 40.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai ciri-ciri yang terdapat pada Honda Future kerana

En. Tatsuya Minagawa (Ketua Projek Honda Future) akan memberikan penjelasan lebih

terperinci mengenainya pada program hari ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan inovasi dan evolusi berterusan dan digabungkan

dengan Semangat cabaran menjadi pegangan teguh kepada Honda. Beginilah bagaimana kami

mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran di Malaysia saban tahun. Kami sentiasa

meletakkan sasaran kepada penghasilan produk yang sempurna. Di sebalik trend perkembangan

transmisi automatik, moped tetap menjadi asas kepada perniagaan motosikal di Asia. Permintaan

pengguna mungkin telah beralih dengan lebih banyak tumpuan kepada nilai estetika, tetapi asas

keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga berubah selama beberapa dekad ini. Dengan

menggabungkan semua ciri-ciri yang diperlukan di dalam pasaran yang semakin luas, kami

berharap Honda Future mampu merapatkan jurang diantara pengguna-pengguna sedia ada di

pasaran dan pengguna-pengguna generasi baru.

…bersambung

Page 14: HONDA FUTURE MEDIA LAUNCH AGENDA · Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat ... Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 ... Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail

Sama seperti model-model lain dalam kapasiti sama All Mode Mighty Series, Honda Future

mengutamakan keseimbangan dari segi prestasi, gaya, kecekapan penggunaan bahan api pada

tahap optimum dan mengekalkan imej motosikal Honda yang boleh dipercayai dan tahan lasak.

Dalam erti kata lain, siapa kata motosikal praktikal dan pelbagai guna tidak kelihatan menarik?

Bergantung kepada kehendak masing-masing, tiga varian daripada model sama ditawarkan

kepada peengguna-pengguna. Varian 1 yang dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan

brek cakera depan dijual pada harga antara RM5,578 (cadangan harga atas jalan); Varian 2

dilengkapi dengan roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan dijual pada harga

RM5,728; manakala Varian 3 yang dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda sporti dan brek

cakera depan dan belakang boleh didapati pada harga RM5,998. Ketiga-tiga varian didatangkan

dengan tiga pilihan warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah

Euforia Metalik.

Semua yang hadir pada hari ini akan dapat menyaksikan model baru ini sebentar lagi. Namun

sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua yang hadir. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada Honda dan

‘Semangat Impian’.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A)

Head Office:

25-B, Lebuh Farquhar 10200 Penang, Malaysia Tel: 604-2613422 Fax: 604-2613433