hbhe3103 771216036033 gaya hidup sihat
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
1/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
1
FAKULTI BAHASA PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI / 2011
HBHE 3103 : GAYA HIDUP SIHAT
NAMA : RAMZU NAZRI B. YAHUDA
NO. MATRIKULASI : 771216036033002
NO. KAD PENGENALAN : 771216-03-6033NO. TELEFON : 012-9548463
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY
WILAYAH KELANTAN
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
2/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
2
Pengenalan
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.Insan yang
sihatpastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
negara.Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai
suatukeadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari
sebarangpenyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan
bahawa statusgaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang
sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan
insan.Berpandukan kepada konsep The 3 Fives yang dilancarkan di Negara China dan
diamalkan oleh Jabatan Kesihatan Afrika Selatan ke atas atlet mereka,berpandukan kepada
peranan makanan yang bersih dan sihat serta aktiviti fizikal ke arah mencapai gaya hidupyang sihat, juga sesuai diamalkan oleh rakyat biasa kerana amalan ini juga telah diamalkan
oleh rakyat biasa ke arah gaya hidup yang sihat.
.Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti
dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera oleh semua. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang
boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.Dengan mengamalkan pengetahuan tentang
The 3 Fives,dapat memberi pendedahan kepada kita semua untuk membuat pilihan yang
bijak.Kunci tingkah laku ini amat penting untuk kesihatan setiap orang tanpa halangan
usia,latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka apa lagi
antara atlet dengan bukan atlet.
Dalam konsep The 3 Fives dicadangkan 3 langkah-langkah ke arah mencapai
kehidupan yang sejahtera iaitu:
1. Kunci kearah makanan yang selamat.2. Kunci kearah pemakanan yang sihat.3. Kunci untuk aktiviti fizikal yang yang sesuai.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
3/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
3
1 5 Kunci ke arah makanan yang selamat
1.1 Kebersihan
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit bukan sahaja atlet. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian.Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan
seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar
tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu
selera.Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa
padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang
ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.Tempat-tempat pembiakan
nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
1.2 Asingkan makanan mentah dengan makanan yang dimasak.
Makanan mentah dengan makanan yang dimasak perlulah diasingkan supaya tidak
berlaku pencemaran silang di antara makanan mentah dengan makanan yang telah
dimasak.Ini kerana makanan mentah mungkin terdapat pencemaran yang akan dipindahkan
kepada makanan yang telah dimasak.Selain itu juga perlatan yang digunakan juga mestilah
berasingan atau dibasuh terlebih dahulu agar pencemaran tidak berlaku.Mengikut AVA iaitu
Penguasa Nasional bagi keselamatan makanan di Singapura menetapkan pemeriksaan yang
khsusus tentang keselamatan makanan segar dengan makanan yang diproses.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
4/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
4
Imej dari http://www.google.com.my
1.3 Masak dengan sempurna
Mengikut The 3 Fives , juga makanan hendaklah dimasak dengan sempurna
terutamanya daging, telur dan makanan-makanan laut.Makanan-makanan seperti sup atau
makanan yang berkuah hendakl;ah dibiarkan mendidih sehingga suhu mencapai 70C.Bagimakanan yang berdaging pastikan air rebusan daging tersebut jernih dan bukan berwarna
merah jambu.Elakkkan memasak makanan terlalu lama semasa menggoreng,menggril atau
membakar makanan, ini bertujuan menggelakkan makanan tersebut daripada menghasilkan
bahan-bahan yang bertoksid.Kaedah ini sesuai diamalkan oleh rakyat biasa ke arah
mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bebas dari bahan bertoksid. Simpan makanan
yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Ini
disebabkan oleh kerana bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya
mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak
dan menyebabkan keracunan dan basi)
1.4 Simpan makanan pada suhu yang selamatMengikut Tip Pemakanan ,jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi
tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan
makanan yang betul adalah penting kerana untuk memastikan makanan berada dalam
keadaan yang selamat sehingga dimakan.Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul,
persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput.Ini bertepatan dengan The 3
Fives , yang menayarankan tip supaya jangan tinggalkan makanan yang telah dimasak pada
suhu bilik lebih dari dua jam.Selain itu juga makanan yang telah dimasak pada suhu di bawah
5C perlulah didinginkan.Pastikan juga makanan yang telah dimasak dipanaskan pada suhu
lebih daripada 60C sebelum dihidangkan.
http://www.google.com.my/http://www.google.com.my/http://www.google.com.my/ -
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
5/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
5
Couventure yang telah mengalami Fat bloom ( faktor suhu) yang dipetik dari laman
homechoc.com
1.5Gunakan air dan bahan mentah yang selamat.
Penggunaan air dan bahan mentah yang selamat ialah dengan menggunakan air yang
dirawat hingga selamat digunakan.Pilih bahan mentah makanan yang segar dan makanan-
makanan yang boleh menyumbangkan ke arah kebaikan kesihatan.Selain itu juga pilihlah
makanan yang telah diproses dengan selamat, contohnya susu yang telah dipasteur dan
jangan gunakan bahan-bahan yang melebihi tarikh luput.Ini amat penting diberi perhatian
oleh semua pihak kea rah menjaga kesihatan.
2. 5 Kunci ke arah pemakanan yang sihat
2.1 Penyusuan bayi dengan susu ibu di awal kelahiran
Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi.Malah susu ibu juga
merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh
diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.Penyusuan ibu pada bulan-bulan
awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan
seseorang bayi.Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi dalam kadar yangmencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
6/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
6
membesar.Susu ibu mengandungi kolostrum,menguatkan system imuniti bayi.Ini boleh
melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit-birit, selsema,bronkitis dan radang paru-
paru.Selain itu juga susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, eczema dan
kolik bayi.Susu ibu juga mengandungi nutrient tertentu yang amat kritikal untuk
perkembangan otak.Ini membantu bayi dalam meningkatkan kecerdikan anak-anak.Ia nya
juga tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
2.2 Makan pelbagai jenis makanan
...Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan
ringan ataupun makanan segera.Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian
tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau
meminum arak kerana kesannya amat membahayakan.Jelaslah, diet yang seimbang
membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
May 14, 2009 .Pemakanan yang betul perlu dalam kehidupan ini.Seseorang perlu
mengamalkan gizi makanan yang seimbang.Makanan dibahagikan kepada 4 bahagian yang
utama.Ia boleh dirujuk pada Piramid Makanan.
Paras1- Ia meliputi nasi, mee, bihun, bijirin dan ubi.
Paras 2- Ia meliputi buah-buhan dan sayur-sayuranParas 3Ia meliputi ikan, ayam atau itik,
daging, kekacang, dan susu atau produk tenusu
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
7/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
7
Paras 4- Ia meliputi lemak, minyak, gula dan garam.
Pengambilan makanan yang tidak betul dan teratur mengakibatkan kemudaratan kepada
kesihatan.Contohnya membawa kepada penyakit obesiti, daibetis dan lain-lain.
2.3 Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara semulajadinya kurang mengandungi
lemak dan dapat membekalkan zat-zat penting dan bahan-bahan lain seperti serat, yang
sangat penting ada kesihatan. Bahan-bahan ini adalah sumber vitamin C, vitamin E ,
karotinoid yang terbaik. Ini termasuk sumber yang membentuk vitamin A dan asid folik.Zat
antioksidan (seperti vitamin C, karatinoid, vitamin E dan beberapa jenis mineral) yangterdapat dalam makanan dari tumbuh-tumbuhan, kebelakangan ini, telah menarik minat ramai
ahli-ahli sains dan orang ramai kerana ia dikatakan memiliki peranan penting bagi
mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan beberapa penyakit kronik. Jadi, untuk
mengekalkan zat-zat ini janganlah memasak sayur-sayuran terlalu lama kerana dengan
berbuat demikian ia akan merosakkan zat-zat tersebut. Buah-buahan hendaklah dimakan
segar.Asid folik ataufolate (sebahagian dari vitamin B kompleks) dapat mengurangkan risiko
kecacatan kelahiran yang serius.Mineral seperti potasium dan kalsium yang terdapat dalam
banyak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan mungkin boleh mengurangkan risiko tekanan
darah tinggi.Oleh Dr Tee E Siong ialah Pengerusi Panel Penasihat Program Permulaan
Pemakanan Ceria (BRIGHT START Nutrition) dan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia.
Bagaimanapun, memang tidak dinafikan sayur-sayuran adalah penting untuk diet anak
anda. Doktor dan ahli pemakanan seluruh dunia bersetuju mengenai kepentingan sayur-
sayuran.Program Pemulaan Pemakanan Ceria (Bright Start Nutrition atau BSN) juga
memberi penekanan yang sama terhadap sayuran. Anda boleh mendapati kami telah
memasukkannya dalam Mesej Utama yang Ketiga dalam Panduan Pemakanan BSN, iaitu
Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan
vitamin dan mineral.Ini juga dititikberatkan dalam Piramid Panduan Makanan. Sayur-sayuran
telah diletakkan pada aras kedua dan harus diambil paling banyak selepas makanan
karbohidrat.Kebaikan sayur-sayuran tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan
natrium serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi
vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan
fitokimia).Sebenarnya, setiap jenis sayuran mempunyai pakej nutrien yang tersendiri. Maka,
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
8/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
8
setiap jenis sayur-sayuran berbeza dari segi jumlah dan jenis nutrien yang
dibekalkannya.Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan
perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara
keseluruhannya.Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia
mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.Serat diet yang terdapat
dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah
sembelit di kalangan kanak-kanak.Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia
yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik.Ini bertepatan dengan
piramid makanan yang disediakan.
2.4 Hadkan pengambilan lemak dan minyak
Pengambilan lemak dan minyak dalam makanan perlu diambil tapi dalam jumlah
yang sedikit.Pilih lemak sayuran yang tidak tepu contohnya minyak soya,minyak bunga
matahari,minyak jagung daripada memilih minyak haiwan dan minyak-minyak lain yang
tinggi dengan lemak tepu seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.Pilih daging-daging
yang berwarna putih contohnya ayam, itik,angsa,serati dan ikan yang mana daging jenis ini
selalunya rendah kandungan lemaknya berbanding dengan daging berwarna merah contohnya
daging lembu, daging kerbau dan lain-lain.Selain itu juga kita mestilah mengurangkan
pengambilan daging yang telah diproses kerana daging jenis ini mengandungi kandungan
lemak dan garam yang tinggi.Gunakan susu rendah lemak atau susu tiada lemak dan hasil-
hasil tenusu yang lain apabila diperlukan.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
9/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
9
Lemak dan minyak merupakan nutrien perlu untuk tubuh.Walau bagaimanapun,
pengambilan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan penggna. Di akhir tahun 80-
anhingga pertengahan tahun 90-an, majoriti aktiviti penyelidikan dan pembangunan makanan
memfokuskan terhadap penghasilan makanan rendah lemak dan kurang lemak (Ohr, 2000).
Sejak beberapa dekad yang lalu, lebihan lemak didalam diet telah membuktikan terdapat
perkaitan dengan beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan
beberapa penyakit kanser (Cotton dan Blundell, 1994). Pengambilan lemak yang dicadangkan
oleh United States Department of Agriculture (USDA) dan Human and Health Services
(HHS) adalah sebanyak 30% daripada keseluruhan pengambilan tenaga manakala bagi lemak
tepu adalah sebanyak 10% untuk rakyat Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh
Dunford (2001).
Manakala pengambilan lemak yang dicadangkan untuk rakyat Malaysia adalah
sebanyak 25-30% daripada pengambilan tenaga.Pengambilan lemak yang berlebihan juga
dikaitkan dengan peningkatan kolestrol di dalam darah.Pengambilan lemak berlebihan boleh
menambah berat badan sehingga menjadi obes. Norhasmah (1999) mendapati 35.7% wanita
dan 28% lelaki dewasa mengalami kelebihan berat badan (overweight) dan obes, dan 34.5%
wanita mengalami obesiti berbanding lelaki di dalam kajian beliau terhadap penduduk
dewasa Malayu yang tinggal di rumah pangsa, Bangsar, Kuala Lumpur.Berikut ialah piramid
makanan keperluan minyak dan lemak yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
10/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
10
Makanan yang mengandungi pelbagai lemak yang patut dikurangkan pengambilannya.
2.5Kurangkan pengambilan garam dan gulaRakyat negara ini bukan saja mengambil terlalu banyak gula, malah kebanyakan kita
juga kuat makan garam khususnya garam yang tersembunyi dalam makanan. Kajian
Pengambilan Makanan Di Kalangan Penduduk Dewasa 2002/2003 mendapati, pengambilan
garam rakyat Malaysia adalah 25 peratus lebih tinggi daripada had yang disarankan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Memang tanpa garam dan gula, hidangan jadi
hambar. Malangnya, dua bahan utama masakan ini juga menjadi pencetus dan perangsang
kepada banyak masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit
jantung.Menurut Pengurus Pemakanan Hospital Assunta, Ho Shiau Fen, had pengambilan
garam yang dibenarkan hanya lima gram atau satu sudu teh sehari. Malangnya had ini sukar
dipatuhi kerana makan di luar atau membeli makanan siap dimasak menjadi budaya kita,
khususnya bagi penduduk bandar.Kajian mendapati lebih 80 peratus pengambilan garam
datang daripada garam dan sos yang ditambah ke dalam makanan. sama ada disediakan di
rumah atau restoran.Garam adalah nama umum bagi sodium klorida. Garam membabitkan
dua elemen: 40 peratus sodium dan 60 peratus klorida. Rasa masin sebenarnya datang
daripada klorida manakala sodium pula boleh memberi kesan buruk jika diambil terlalu
banyak.Sumber garam lain ialah soda penaik, sodium nitrat, monosodium glutamat (MSG),
belacan, cencaluk, budu, sos soya (kicap), sos tomato dan cili, petis, garam laut, garam batu,
ikan dan telur masin, jeruk, asam serta semua snek bergaram.Pakar jantung seluruh dunia
sependapat mengatakan, pengurangan pengambilan garam adalah langkah penting untuk
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
11/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
11
merendahkan jumlah kematian akibat penyakit jantung. Ini kerana pengambilan garam
berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yang ada kaitan rapat dengan serangan
jantung dan otak (strok).Malah, pengambilan garam berlebihan juga memberi kesan negatif
terhadap buah pinggang. Ini bermakna jika mengurangkan pengambilan garam, kita bukan
saja dapat merendahkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan jantung, malah ia secara
tidak langsung turut memelihara dan memanjangkan hayat buah pinggang.Sebagai panduan,
satu sudu teh bersamaan 2,000 miligram garam; satu sudu teh MSG mengandungi 620
miligram garam dan satu sudu teh garam gantian (garam potassium) bersamaan 865 miligram
garam.Had garam harian ialah 2,000 miligram saja (satu sudu teh). Jadi apabila memasak,
buat kiraan kasar supaya jumlah keseluruhan garam dalam hidangan tidak terlalu tinggi.Satuperkara penting ketika membeli-belah ialah membaca label.Pilih produk bertulis kurang
garam atau tiada garam tambahan. Produk ditulis bebas garam sebenarnya mengandungi
kurang lima miligram sodium (garam) bagi setiap hidangan. Label kurang garam bermakna
produk berkenaan mengandungi kurang 140 miligram sodium bagi setiap hidangan.Bagi
produk ditulis penggunaan garam dikurangkan pula bermakna kandungan garamnya 25
peratus lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori sama atau produk sama dari
jenama lain.Ini beertepatan dengan saranan The 3 Fives yang menyarankan agar
menggelkkan makanan yang mengandungi jumlah kandungan garam yang tinggi dan hadkan
pengambilan minuman ringan dan air buah-buahan yang telah dimasukkan jumlah gula yang
tinggi.
3. 5 Kunci untuk aktiviti fizikal yang sesuai
3.1 Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan
emosi sertaboleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti
fizikal yangkerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan
kesejahteraankeseluruhannya.Justeru itu pemakanan dan senaman saling seiring dengan
keperluan tubuh badan makanpemakanan yang lengkap namun berkhasiat mampu melahirkan
insan berkualiti dancerdas.Kealpaan dan pengabaian pemakanan yang baik dan sihat
mengakibatkan diri terdedahpada serangan jantung, stress , strok dan pelbagai komplikasi
yang lain.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
12/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
12
3.2 Jadi seorang yang aktif pada setiap hari dalam pelbagai cara yang termampu iaitu
samada dengan berjalan kaki ke kedai untuk membeli belah,gunakan tangga daripada
menggunakan lif dan boleh juga dengan mengamalkan turun daripada bas lebih awal dari
destinasi yang dituju dan berjalan.
3.3 .Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani
oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
hujung minggu.Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan
sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka
tinggi.Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang
cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.Jelasnya, semakin kerap senaman
dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas
datangnya daripada badan yang cergas.
3.4 Semua lapisan tidak kira sama ada atlet atau rakyat perlu melakukan aktiviti-aktiviti
yang berintensiti tinggi untuk kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.Aktiviti-aktiviti ini
boleh didapati daripada sukan contohnya bola sepak, bermain badminton, ata bola keranjang
dan aktiviti-aktiviti bersenam seperti arobik, berlari dan berenang. Selain itu juga jika tempat
kerja tidak begitu jauh bolehlah tunggang basikal untuk ke tempat kerja berbanding dengssn
memandu kereta.Ini semua perlu diamalkan untuk menjaga kesihatan kita semua.
3.5 Murid-murid atau remaja perlu biasakan diri dengan melakukan aktivitip-aktiviti
fizikal yang beerintensiti tinggi selama 60 minit pada setiap hari.Halkan dapat dilaksanakan
dengan menggalakkan remaja dan murid-murid untuk menyertai bidang sukan dan
melakukan aktiviti-aktiviti fizikal untuk keseronokkan.Selain itu juga bekalkan murid-murid
dan remaja ini dengan persekitaran yang selamat untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikalserta
dedahkan tentang aktivitip- aktiviti fizikal ini dengan meluas sama ada di sekolah atau di
rumah.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
13/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
13
kKESIMPULAN..
...........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan
yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya semua lapisan
masyarakat bukan sahaja golongan atlet perlu mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul
kelak.The 3 Fives yang dicadangkan kepad para atlet ini amat baik jika diamalkan oleh
kita semua.Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.
..
Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan
hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala
penyakit. Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati kesihatan yang
berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya
bukan mimpi dan mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh
setiap orang tanpa halangan usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun
status kehidupan mereka.
-
7/30/2019 Hbhe3103 771216036033 Gaya Hidup Sihat
14/14
HBHE3103 771216036033 GAYA HIDUP SIHAT
14
BIBLIOGRAFI
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html
http://www.smartconsumer.my
http://www.myhealth.gov.my
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/penyusuanibu.asp
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.htmlhttp://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.htmlhttp://www.smartconsumer.my/http://www.smartconsumer.my/http://www.myhealth.gov.my/http://www.myhealth.gov.my/http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/penyusuanibu.asphttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/penyusuanibu.asphttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/penyusuanibu.asphttp://www.myhealth.gov.my/http://www.smartconsumer.my/http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html